Friday, May 23, 2014

Main kasaq nampak puak2 macai niii ..

Identiti mereka setakat ini belum jelas tetapi berdasarkan kain rentang yang dipamer dan jaketnya menggambarkan kumpulan itu aktivis NGO dan anggota Pemuda Umno Bentong.
Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin hari ini berkata telah mengarahkan anggota sayap kanan parti itu untuk bertenang.
Main kasaq nampak puak2 macai niii ... selama hari ni hangpa dok kata kat DAP macam-macam ... DAP tak pernah ambil apa-apa tindakan ponn. Tapi sekali DAP kata CELAKA kat hangpa ... pandai pula hangpa nak berkungfu bagai.
Citt !! Poodaahhh ... !!

Pancaroba

Teluk Intan : Pandangan Saya
1. Pagi ini saya sekali lagi berhalangan untuk menyampaikan kuliah di Medan Ilmu. Hasrat saya untuk mengulas tentang PRK Teluk Intan di sana, namun kesihatan yang tidak mengizinkan menyebabkan saya terpaksa meminta ia digantikan dengan pengkuliah yang lain.
2. Berhubung pilihanraya kecil Teluk Intan, ramai yang bertanya pendirian saya berhubung isu hudud setelah calon DAP dikatakan membuat kenyataan menolak hudud. Saya tegaskan bahawa hudud merupakan satu kewajipan. Mana-mana orang Islam wajib menerima hukum ini sebagaimana mereka menerima kewajipan bersolat dan berpuasa. PAS tidak pernah lari dari kewajipan ini bahkan konsisten mempertahankannya semenjak daripada hari ia ditubuhkan lagi.
3. Di Teluk Intan, kerusi tersebut ialah kerusi DAP yang merupakan rakan tahaluf siyasi PAS. Bersama-sama DAP dan juga PKR, PAS telah bekerjasama membentuk Pakatan Rakyat dan sama-sama memperjuangkan keadilan dan membanteras rasuah. Sehingga hari ini DAP belum pernah menzalimi PAS sebagaimana yang dilakukan UMNO sebelum ini.
4. Justeru, apabila calon DAP dikatakan menolak hudud, ia tidak mengejutkan kerana itulah perbezaan PAS dengan DAP. Dalam hal ini, PAS sewajibnya berusaha lebih gigih memberikan kefahaman kepada DAP agar kebaikan dan keindahan hukum Islam ini dapat difahami dan diterima. Sebab itu, saya sentiasa menaruh harapan agar satu hari nanti DAP menerima hasrat PAS ini hasil dakwah berterusan yang tidak henti-henti.
5. Usia Pakatan Rakyat baru sahaja lima tahun. Dalam masa lima tahun, adalah satu perkara yang logik jika DAP masih belum memahami hasrat PAS dalam isu ini. Pihak yang patut malu ialah UMNO yang telah setengah abad bersahabat dengan parti-parti komponen bukan Melayu dalam Barisan Nasional, namun hingga sekarang masih gagal memberikan kefahaman tentang Islam. Bahkan ada ahli Parlimen UMNO sendiri secara terang-terangan mengeluarkan kenyataan untuk mengundi menolak hudud di Parlimen nanti.
6. Saya kira UMNO perlu menilik wajah di cermin sebelum mentohmah PAS kononnya menggadaikan prinsip. Jerawat, kurap dan panau di badan sendiri masih bertompok merata tiba-tiba jari lurus menuding kononnya orang lain itulah pesakit kusta! Sedarkah UMNO bahawa parti Gerakan itulah yang menjanjikan rantai manusia bagi menghalang hudud dibentang?
7. Saya ingatkan sekali lagi, elakkanlah menjadikan isu hudud sebagai bahan kempen di Teluk Intan. Dalam pertarungan DAP dan Gerakan ini, tiada untungnya isu ini ditimbulkan. Pada saya, harapan saya tetap ingin melihat Pakatan Rakyat menang di Teluk Intan dan hudud akhirnya berjaya dilaksanakan!
Salam hormat.
HAJI NIK ABDUL AZIZ NIK MAT,
Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu.
Bertarikh : 23 Rajab 1435H

Polis patut tangkap "samseng BN" ganggu kempen Dyana Sofya

SHAH ALAM, 23 MEI: Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih2.0) kecewa apabila masih banyak kesalahan serius yang melibatkan gangguan ketenteraman awam dan jentera kempen tidak ditangani polis.
Gangguan terbabit termasuk insiden yang melibatkan penunggang motorsikal terhadap calon DAP di Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud di sebuah pasar pagi baru-baru ini.
“Gangguan penunggang motorsikal yang dirakamkan PEMANTAU pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) masih berlaku dan kelihatannya disasarkan kepada calon wanita.
“Polis harus tegas dalam mengambil tindakan segera untuk menangkap samseng sebegini, jika tidak mereka akan berleluasa,” menurut kenyataan bersama Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 yang dipengerusikan Maria Chin Abdullah dan timbalannya, Dr Ahmad Farouk Musa.
Tegas Bersih 2.0 tindakan menghadkan interaksi antara mana-mana calon dengan pengundi tidak membantu pengundi memilih calon terbaik untuk mewakili mereka sama ada di Dewan Negeri mahu pun Dewan Rakyat.

“Pengundi berhak mendapatkan sebanyak maklumat mengenai semua calon secepat mungkin supaya mereka berdaya membuat keputusan terbaik dalam pemilihan wakil mereka.
“Maka, Bersih 2.0 berharap pihak berkuasa tidak akan mengambil tindakan terhadap calon pilihan raya kecil yang menjalankan kempen awal,” kata kenyataan itu lagi.
Bersih 2.0 turut menggesa rakyat supaya mempersoalkan calon yang menjanjikan pembangunan infrastruktur hanya ketika berkempen kerana isu terbabit merupakan hak rakyat dan bukannya ‘ganjaran’ untuk undi mereka.
“Tolak politik kotor yang menyentuh persoalan peribadi calon, sebaliknya, desak semua pihak yang berkenaan supaya membentangkan dasar yang akan dibawa ke badan perundangan jika dipilih sebagai wakil,” kata kenyataan bersama itu lagi.http://networkedblogs.com/X6UrE

Tentera tadbir Thailand


  • Tentera tadbir ThailandAskar memaklumkan beberapa larangan ketika rampasan kuasa dilaksanakan.

BANGKOK - THAILAND. Panglima Angkatan Tentera Thailand mengumumkan tentera mengambil alih pentadbiran bagi mengembalikan kestabilan selepas keganasan dan kebuntuan krisis politik tercetus sejak enam bulan lalu.

Panglima Prayut Chan-O-Cha berkata, pengambilalihan kuasa itu perlu bagi mengelak konflik berpanjangan.

“Bagi mengembalikan kestabilan dengan segera, Jawatankuasa Mengekalkan Keamanan Kebangsaan iaitu Angkatan Tentera Thailand, Tentera Udara Diraja Thailand dan polis mengambil alih pentadbiran bermula hari ini, 22 Mei (semalam) pada jam 4.30 petang. Semua rakyat mesti bertenang dan pegawai kerajaan mesti bekerja seperti biasa,” katanya kepada akhbar Agensi.

Bagaimanapun rampasan kuasa itu tidak menjejaskan hubungan diplomatik.

Langkah itu diambil selepas tentera gagal capai kesepakatan dalam rundingan dengan parti-parti politik untuk meredakan protes jalanan di Bangkok.

Sementara itu dalam pengumuman dari masa ke semasa, tentera mengisytiharkan  perintah berkurang mulai jam 10 malam hingga  5 pagi dan mereka dilarang berkumpul melebihi lima orang.

Semua stesen radio dan televisyen diarah menggantung beberapa program.

Selain itu, Perlembagaan digantung dan semua menteri Kabinet diarah melapor diri dengan tentera.

Ia adalah kudeta ke-12 sejak pemerintahan beraja pada 1932.

Perintah berkurung diisytihar di seluruh Thailand


  • Perintah berkurung diisytihar di seluruh Thailand

BANGKOK - THAILAND. Hanya beberapa jam selepas rampasan kuasa diisytihar semalam, tentera Thailand mengumumkan beberapa langkah seperti perintah berkurung dan menghentikan program biasa dalam televisyen.

Majlis Pengekalan Keamanan dan Ketenteraman Awam, yang diwujudkan selepas rampasan kuasa itu, akan menyelia keadaan di negara itu.

Majlis itu mengumumkan perintah berkurung di seluruh negara mulai 10 malam hingga 5 pagi dan kesemua stesen radio dan televisyen diarah menghentikan rancangan seperti biasa.

Sebaliknya stesen siaran dan saluran program asing perlu menyiarkan bahan yang dibekalkan oleh tentera dengan sebahagian besar adalah lagu-lagu patriotik dan pengumuman oleh tentera dari masa ke semasa.

Majlis itu turut mengumumkan bahawa kerajaan sementara dibubarkan dan Perlembagaan digantung tetapi Dewan Senat, mahkamah dan pertubuhan badan-badan bebas boleh meneruskan fungsi masing masing.

Perdana Menteri sementara Niwutthamrong Boonsongpaisan dan anggota Kabinet diarah melaporkan diri kepada majlis itu malam tadi.

Berikutan penangkapan pemimpin tunjuk perasaan daripada kumpulan penyokongdan menentang kerajaan, penunjuk perasaan dilihat mula meninggalkan kubu masing-masing petang semalam.

Rampasan kuasa itu diumumkan oleh Panglima Tentera Thailand Jen Prayuth Chan-ocha semasa mengadakan mesyuarat dengan pihak yang terbabit dalam konflik politik negara itu termasuk kerajaan sementara, Suruhanjaya Pilihanraya, pemimpin kumpulan penyokong kerajaan dikenali sebagai 'Baju Merah', pemimpin menentang kerajaan dan Jawatankuasa Pembaharuan Demokrasi Rakyat (PDRC).

Menurut akhbar Nation memetik sumber dalam berita atas taliannya, Jen Prayuth mengisytiharkan rampasan kuasa selepas Menteri Keadilan sementara Chaikasem Nitisiri, yang mengetuai barisan kerajaan sementara, berkata kerajaan akan berundur.

Jen Prayuth dikatakan membangkitkan soalan selepas mesyuarat itu kecoh apabila tiada pihak mahu melepaskan tuntutan masing-masing.

Bagaimanapun, kumpulan menentang kerajaan nampaknya gembira dengan perkembangan terbaru itu.

"Ini adalah kejayaan kami. Saya menyertai bantahan hampir empat bulan," kata Shahrutal Phachai, seorang anggota PDRC kepada Bernama di salah sebuah kubu kumpulan itu di Ratchadumnoen Avenue di sini.

"Saya tahu rampasan kuasa ini bukan cara yang betul untuk menyelesaikan konflik politik tetapi ia lebih baik daripada tidak melakukan sebarang usaha," katanya yang menunggu bas untuk pulang ke rumah selepas pemimpin PDRC menghentikan bantahan susulan rampasan kuasa itu.

Seorang lagi penyokong kumpulan menentang kerajaan, Taleb Mudmod, 60, seorang petani dari Surathani, wilayah selatan Thailand, berkata beliau amat gembira kerana tentera mengambil tindakan untuk menyelesaikan konflik selepas kerajaan sementara tidak lagi mempunyai kuasa.

"Saya percaya tidak ada keganasan selepas rampasan kuasa," kata Taleb yang sedang menunggu bas untuk pulang ke kampungnya selepas beberapa bulan menyertai bantahan itu.

Bagaimanapun, penyokong 'Baju Merah' di Jalan Aksa di pinggir ibu kota, mula pulang ke rumah dengan suasana suram selepas kerajaan sementara yang disokong oleh mereka dibubarkan. - Bernama

Kudeta kali ke-19


Dalam pengumuman disiar stesen televisyen Thailand, Prayuth berkata langkah itu diambil bagi mengembalikan keamanan dan membolehkan reformasi dilaksanakan. 
“Bagi memulihkan keadaan semasa dengan segera dan demi mengembalikan keamanan kepada rakyat serta membawa perubahan politik, ekonomi dan struktur politik, tentera perlu mengambil alih kuasa,” katanya. 

Keputusan itu dibuat sejurus selepas Prayuth memanggil semua pemimpin kumpulan yang bertelagah supaya berunding selepas Thailand dilanda kebuntuan politik sejak enam bulan lalu.
Foto
ANGGOTA tentera berkawal berdekatan tempat perhimpunan kumpulan pro kerajaan di Bangkok.
Foto
ANGGOTA tentera lengkap bersenjata mengawal keadaan.

Tentera turut menguatkuasakan perintah berkurung dari jam 10 malam hingga 5 pagi.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/23

Akhirnya, tentera


Sejurus sebelum itu, semua tokoh utama yang terbabit dalam konflik politik di Thailand dibawa dari Kelab Tentera tempat berlangsung pertemuan membincangkan langkah mencari penyelesaian kemelut semasa ke bangunan berek di kawasan lain.

Kecuali wakil Senat dan agensi pengendali pilihan raya Thailand, semua peserta perbincangan itu dibawa menaiki van tentera dengan kawalan ketat.
Mereka ialah wakil kerajaan sementara diketuai Chaikasem Nitisiri, pemimpin Jawatankuasa Reformasi Demokratik Rakyat, Suthep Thaugsuban, wakil Barisan Bersatu Menentang Kediktatoran, Jatuporn Prompan, pemimpin Parti Pheu Thai Left Jen Viroj Pao-in dan pemimpin Parti Demokrat, Abhisit Vejjajiva. Dalam pengumuman awalnya, Prayuth berkata, tentera dan polis memutuskan untuk menguasai kerajaan bagi mengelak keganasan tercetus. “Thailand kini ditadbir Majlis Keamanan Dan Kawalan Ketenteraman Awam Kebangsaan,” katanya. Sementara itu, malam tadi, agensi berita melaporkan tentera kini menggantung perlembagaan Thailand, melarang perhimpunan membabitkan lebih daripada lima orang di sebarang tempat dan semua siaran televisyen serta radio digantung.

Sebaliknya, semua siaran mesti datang daripada pihak tentera ‘bagi memastikan rakyat mendapat maklumat tepat.’ Tidak cukup dengan itu, tentera mengarahkan pemangku perdana menteri Niwatthamrong Boonsongphaisan dan Kabinetnya melapor diri di kawasan yang ditetapkan di Bangkok. - Agensi
Foto
PENYOKONG Baju Merah berpegangan tangan sambil berjalan di kubu penyokong kerajaan di Nakhon Pathom, semalam.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/23

Media korban pertama kudeta di Thailand



Bangkok: Mangsa pertama sebaik saja tentera merampas kuasa di Thailand semalam ialah media.

Seorang bekas profesor sains politik sedang membincangkan deklarasi undang-undang tentera dalam siaran langsung di televisyen ketika program itu ditamatkan dengan arahan majlis yang dibentuk menggantikan kerajaan sivil.


Pihak tentera mengharamkan media mewawancara ahli akademik dan bekas penjawat awam mengenai pendapat mereka yang boleh mencetuskan konflik.



Sejurus selepas siaran gangguan, pengacara rancangan terbabit berkata: “Kami terpaksa menamatkan perbincangan,” sebelum tersenyum dan menyambung: “Kamu ada maklumat yang ingin ditambah?” Bekas rektor Universiti Ramkhamhaeng, Sukhum Nualsakul, sempat melambai di depan kamera dan berpesan: “Kita berjumpa lagi apabila keadaan reda.” Keadaan yang terjadi di stesen berkenan menggambarkan hak kebebasan media mula disekat sebaik saja Panglima Tentera Jen Prayuth Chan-ocha mengumumkan kudeta.


Prayuth mendakwa tindakan itu penting bagi mengekalkan keamanan selepas hampir krisis politik berlaku selama tujuh bulan dan tiada penyelesaian dicapai. Sekurang-kurang 28 orang maut sejak November dalam ketidakstabilan politik di Thailand.


Wartawan dan kumpulan hak asasi mengkritik tentera mengatakan mereka menyasarkan media berbanding antikerajaan.

Penyokong utama kebebasan akhbar Chiranuch Premchaiporn berkata, dengan menutup mulut rakyat, tentera menyangka mereka boleh mengawal situasi.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/23

Presiden Belarus rela berperang lawan Putin


Moscow: Presiden Belarus Alexander Lukashenko mengkritik referendum menuntut pemisahan di Ukraine dan mengingatkan Russia supaya tidak lagi merampas wilayah bekas Soviet selepas berjaya mengambil semula Crimea.

“Ukraine mesti bersatu sebagai sebuah negara. Rakyatnya perlu berpegang teguh bahawa timur dan barat kedua-duanya sebahagian daripada satu negara,” katanya dalam satu temu bual dengan rangkaian Internet Dozhd.


Kata Lukashenko, dia sendiri akan mengangkat senjata mempertahankan Belarus daripada mana-mana peceroboh termasuk Presiden Russia Vladimir Putin.

“Saya akan berjuang tidak kiralah siapapun yang menceroboh bumi Belarus, termasuk jika orangnya ialah Putin,” katanya.


Di bawah pentadbiran Lukashenko yang memerintah sejak 1994 Belarus menjadi sekutu paling kuat Russia, namun sejak dulu presiden itu meletakkan pendiriannya sebagai enggan tunduk kepada mana-mana kuasa luar, sama ada Barat atau Russia. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/23

Shebab lebar perang Somalia ke Kenya



Mogadishu: Kumpulan Shebab yang dikaitkan dengan al-Qaeda semalam berikrar membawa ‘perjuangan’ mereka ke Kenya dalam pengumuman dibuat pemimpin kanan yang turut menggesa pejuangnya bangkit menentang Nairobi.

Tentera Kenya kini bertempur dengan pasukan keselamatan kerajaan di Somalia menghadapi militan seperti Shehab.


Kumpulan terbabit dikenali dengan taktik melancarkan serangan bom dan pembunuhan bagi membalas dendam.

Ancaman terbaru Shebab ini bagaimanapun menimbulkan ketakutan baru bahawa lebih banyak serangan dirancang dilakukan di Kenya.


Pegawai kanan Shebab, Fuad Mohamed Khalaf berkata, peperangan mereka akan dibawa ke Kenya.


“Jika tentera Kenya membunuh seorang budak perempuan Somali, kami akan membunuh seorang anak perempuan di Kenya.

“Kami menggesa semua Muslim di Kenya bangkit melawan kerajaan dari dalam negara. Mereka membunuh orang kita termasuk kanak-kanak.

“Apabila askar dan kapal terbang tentera Kenya membunuh warga Somalia, Tuhan mengizinkan anda membalasnya. Kami akan memerangi orang Kenya dan membunuh mereka yang berada di negara kami. Somalia akan menjadi tempat mereka bersemadi,” katanya.

Amerika Syarikat (AS) menawarkan ganjaran AS$5 juta (RM16 juta) untuk penangkapan Fuad. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/23

Siapa bom Urumqi?


Dalam letupan di sebuah pasar dipenuhi orang ramai di Urumqi itu Beijing segera menuding jari menyalahkan kumpulan dilabel ‘pengganas yang kejam.’ 
Kejadian semalam adalah antara yang paling buruk dan menunjukkan pendirian komuniti setempat menentang pemerintahan China di wilayah ramai didiami etnik Uighur. 

Agensi berita Xinhua melaporkan, Presiden Xi Jinping ‘berazam mengembalikan keamanan dan menghukum pengganas yang bertanggungjawab.’
Foto
KEADAAN di sekitar pasar selepas serangan bom.

Letupan berlaku kira-kira jam 7.50 pagi.

Saksi dilaporkan melihat ‘dua kenderaan SUV’ merempuh orang ramai sebelum bahan letupan dibaling dari dalam. 

Satu daripada kenderaan berkenaan meletup di dalam pasar itu. 

Saksi turut melaporkan mendengar kira-kira 12 letupan kuat. 

Seorang wanita dikenali sebagai Saloshka yang berada hanya beberapa kaki dari tempat kejadian berkata di akaun Sina Weibo miliknya bahawa antara yang maut ialah warga emas. 

Perkara itu juga dapat dilihat dalam gambar tempat kejadian yang menunjukkan orang ramai kebanyakannya sudah berusia lanjut diheret ke dalam ambulans atau menaiki basikal untuk mendapatkan rawatan di hospital berhampiran. 

Ada juga mangsa dilihat duduk dalam keadaan terkejut sementara beberapa tempat di pasar berkenaan terbakar. 

Menurut Tianshan Net, letupan berlaku di daerah Shayibake yang dikenali sebagai Saybagh dalam bahasa Ughyur. 

Majoriti penduduk di kawasan itu ialah etnik Han yang tidak beragama Islam. 

Sejak kebelakangan ini, Xinjiang kian dihimpit keganasan termasuk membabitkan etnik Uighur dan Han. 

Profesor di Universiti Teknologi Nanyang di Singapura, Rohan Gunaratna berkata, serangan semalam membuktikan China perlu memikirkan semula caranya menangani keganasan di Xinjiang. 

“Sebaiknya Beijing berusaha memenangi hati komuniti Uighur supaya mereka tidak bersimpati dengan pihak militan dan membantu kerajaan China memerangi pengganas. 

“Selagi ini tidak dilakukan, serangan akan terus berlaku dan pengganas menjadi lebih berani. Setiap kali pengganas berjaya melaksanakan serangan bererti aktiviti risikan gagal dilakukan sebaiknya,” katanya. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/23

Mengawan hanya 72 jam setahun


FU WAN dan Feng Yi hanya akan dilepaskan untuk bersama selama tiga hari dalam setahun.


KUALA LUMPUR – Pasangan beruang panda gergasi, Fu Wa (jantan) dan Feng Yi (betina) yang ditempatkan di Zoo Negara, Hulu Klang di sini sebaik tiba dari China kelmarin hanya akan disatukan selama 72 jam dalam tempoh setahun bagi proses mengawan.
Timbalan Presiden Zoo Negara, Rosly Ahmat Lana berkata, panda betina hanya mempunyai waktu subur tiga hari dalam setahun dan tempoh itu ditentukan melalui ujian hormon.
Menurutnya, selain daripada tempoh tiga hari itu, pasangan panda tersebut akan tinggal di kandang yang berasingan bagi mengelakkan berlakunya pergaduhan.
Katanya, memang menjadi tabiat panda tidak hidup secara berpasangan kerana akan bergaduh kecuali pada waktu-waktu tertentu iaitu untuk mengawan.
“Walaupun kedua-duanya diletakkan secara berasingan, namun kami akan memantau paras hormon pasangan panda ini dan apabila sampai masanya ia akan dilepaskan untuk mengawan.
“Malah kami yakin Feng Yi (panda betina) cukup subur untuk beranak di Malaysia walaupun hanya dapat bersama kira-kira 72 jam dalam setahun,” katanya ketika ditemui di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0523&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz32UQ3y100 
Hakcipta terpelihara 

Misi cari MH370 disambung semula

Tentera Thailand arah gantung program televisyen


BANGKOK 23 Mei - Tentera Thailand hari ini mengarahkan kesemua stesen televisyen dan radio untuk menggantung program-program biasa mereka dan memaparkan siaran tentera sahaja ekoran rampasan kuasa yang berlangsung.
Tindakan itu dilakukan bagi memastikan berita yang tepat disiarkan kepada orang ramai, kata seorang jurucakap tentera di dalam satu pengumuman di televisyen.
Ketua Tentera Thailand, Prayut Chan-O-Cha melakukan satu rampasan kuasa tentera semalam, menggulingkan kerajaan yang dipilih dan meletakkan negara ke dalam keadaan yang tidak menentu selepas beberapa bulan persengketaan politik buntu. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140523/lu_10/Tentera-Thailand-arah-gantung-program-televisyen#ixzz32UM6gxOV
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Kumpulan Baju Merah mahu teruskan bantahan


BANGKOK 22 Mei - Ketua kumpulan Baju Merah, Jatuporn Prompan berikrar akan meneruskan tunjuk perasaan di wilayah Nakhon Pathom, pinggir Bangkok walaupun tentera melakukan rampasan kuasa bagi mengawal kerajaan.
"Adakah anda akan melawan atau tidak? Kami tidak akan berganjak.
"Jangan panik kerana kita telah menjangkakan perkara ini (rampasan kuasa)," katanya kepada penyokong Baju Merah yang sebelum ini mengugut untuk menentang rampasan kuasa tentera.
Terdahulu, laporan Reuters menyebut, tentera Thailand melepaskan tembakan meriam air bagi menyuraikan beribu-ribu penunjuk perasaan prokerajaan atau dikenali sebagai kumpulan Baju Merah yang berkumpul di Nakhon Pathom, beberapa jam selepas rampasan kuasa diumumkan oleh Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Prayuth Chan-ocha.
Jurucakap tentera, Thanawut Wichaidit berkata, seorang pemimpin aktivis yang setia kepada bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra, turut ditahan dalam kejadian berkenaan.
Bagaimanapun, berita itu tidak dapat disahkan.
Komander Angkatan Tentera Darat, Jeneral Teerachai Nakwanit pula berkata, pihaknya telah mengerahkan askar ke lokasi bantahan bagi mengiringi penunjuk perasaan keluar daripada kawasan tersebut.
"Kami telah menghantar tentera dan kenderaan untuk membantu penunjuk perasaan mengosongkan kawasan bantahan," katanya. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140523/lu_03/Kumpulan-Baju-Merah-mahu-teruskan-bantahan#ixzz32UKuP1Os
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Rampasan kuasa boleh cetus rusuhan berdarah


BANGKOK 22 Mei - Rampasan kuasa tentera di Thailand yang diumumkan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Prayuth Chan-ocha hari ini, dibimbangi boleh mengakibatkan lebih banyak rusuhan berdarah di negara ini.
Sejak enam bulan lalu, penyokong antikerajaan diketuai Suthep Thaugsuban menjalankan demonstrasi hampir setiap hari dan masih menunjukkan tanda-tanda tidak puas hati dengan pelbagai pendekatan yang telah dilakukan kerajaan dalam usaha menamatkan kemelut politik Thailand.
Keputusan Prayuth hari ini, dikhuatiri membangkitkan kemarahan penyokong Baju Merah yang prokerajaan sekali gus menjadikan masa depan Thailand semakin tidak menentu.
Dalam pada itu, kumpulan antikerajaan pula dilihat bersorak gembira dengan mengibarkan bendera kebangsaan sebaik-baik tentera mengumumkan rampasan kuasa.
Rampasan kuasa kali ini juga mengulangi kembali pemerintahan tentera selama 41 hari pada 2006 di bawah pemerintahan Jeneral Sonthi Boonyaratglin yang menyingkirkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri ketika itu, Thaksin Shinawatra.
Sepanjang lebih sebulan itu, Thailand ditadbir kerajaan sementara diketuai Jeneral Bersara Surayud Chulanont sebagai Perdana Menteri.
Krisis politik di Thailand sejak November lalu, turut memperlihatkan kelemahan kerajaan demokrasi negara ini apabila Kabinet terpaksa bersidang di lokasi yang dirahsiakan semata-mata untuk mengelak diserang penunjuk perasaan antikerajaan.
Kuasa Perdana Menteri yang di­pilih melalui pilihan raya, Yingluck Shinawatra juga semakin terhad selepas beliau membubarkan Parlimen pada Disember lalu, sekali gus membuatkan keadaan bertambah buruk.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140523/lu_02/Rampasan-kuasa-boleh-cetus-rusuhan-berdarah#ixzz32UKmTfRv
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tentera Thailand rampas kuasa


Sekumpulan tentera Thailand, melakukan sekatan jalan raya selepas rampasan kuasa diumumkan Jeneral Prayuth Chan-Ocha di Bangkok, semalam. - AFP
BANGKOK 22 Mei - Kemelut politik Thailand yang berlarutan sejak enam bulan lalu akhirnya melibatkan campur tangan pihak tentera apabila Panglima Angkatan Tentera Thailand, Jeneral Prayuth Chan-ocha mengumumkan rampasan kuasa bagi memulihkan kestabilan di negara ini, hari ini.
Prayuth mengumumkan tindakan tersebut menerusi siaran televisyen tempatan dan pihak tentera kini mengambil alih pentadbiran negara sepenuhnya.
Tindakan itu disusuli penggantungan Perlembagaan beberapa jam kemudian.
Seiring itu juga, pihak tentera mengarahkan semua stesen radio dan televisyen menangguhkan penyiaran rancangan biasa bagi memberi laluan kepada saluran penyiar tentera supaya maklumat yang tepat dapat disalurkan kepada rakyat.
Jelasnya, pihak tentera mengambil alih tugas kerajaan termasuk hubungan luar negara selain melakukan pembaharuan politik.
"Bagi memulihkan keamanan dan kestabilan negara ini dengan cepat, Jawatankuasa Penjaga Keamanan Kebangsaan bekerjasama dengan tentera darat, laut dan udara serta polis mengambil alih pemerintahan negara bermula pukul 4.30 petang, hari ini.
"Tindakan ini perlu dilaksanakan bagi menjaga rakyat dan orang ramai diminta meneruskan kehidupan seharian seperti biasa," kata Prayuth yang ditemani Ketua Polis Negara, Adul Saengsingkaew, dan beberapa pegawai kanan tentera lain.
Selain itu, pihak tentera melaksanakan perintah berkurung bermula pukul 10 malam sehingga 5 pagi di seluruh negara bermula hari ini.
Pengumuman itu dibuat hanya dua hari selepas pihak tentera menguatkuasakan undang-undang tentera di seluruh negara bagi membuka laluan kepada pihak yang terlibat bertemu di meja rundingan untuk menamatkan konflik.
Bagaimanapun menurut laporan portal The Nation, rampasan kuasa yang disebut-sebut selama ini menjadi kenyataan selepas kegagalan pemimpin parti politik yang bertelagah untuk mencari jalan penyelesaian melalui perbincangan selama dua hari anjuran pihak tentera.
Jelas laporan berkenaan, Pra­yuth mengarahkan pertemuan itu dihentikan dan semua wakil politik dibawa ke Rejimen Infantri Pertama yang terletak di Kelab Tentera selepas perbincangan itu gagal menemukan jalan penyelesaian pada pukul 4.10 petang.
Antara yang hadir dalam perbincangan itu termasuk wakil pergerakan Baju Merah, kerajaan, Parti Pheu Thai, Parti Demokrat, Suruhanjaya Reformasi Demokratik Rakyat, Dewan Senat dan Suruhanjaya Pilihan Raya.
Terdahulu, sumber saksi berkata, askar Thailand membawa keluar ketua penunjuk perasaan antikerajaan, Suthep Thaugsuban ke lokasi yang tidak diketahui semasa perbincangan berlangsung. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140523/lu_01/Tentera-Thailand-rampas-kuasa#ixzz32UKdIkI0
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Perlembagaan Thailand digantung selepas rampasan


BANGKOK 23 Mei - Pemimpin tentera Thailand menyatakan hari ini bahawa perlembagaan negara digantung, selepas rampasan kuasa dilakukan.
Mereka menyatakan, ia dilakukan bagi menamatkan persengketaan politik yang berlangsung beberapa bulan lalu.
"Dalam usaha untuk mentadbir negara ini dengan lancar, pemimpin tentera telah menggantung perlembagaan 2007, kecuali bab di bawah pentadbiran Diraja," kata satu kenyataan yang keluarkan dalam televisyen tempatan. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140523/lu_09/Perlembagaan-Thailand-digantung-selepas-rampasan#ixzz32UKRCDWk
© Utusan Melayu (M) Bhd 

MACAI-MACAI UMNO KENA TERIMA KENYATAAN BUKANNYA BUAT PERANGAI ANAK CELAKA !!!!!


Masih lagi macai-macai UMNO nak nafikan Parti CELAKA ANAK HARAM JADAH ?????? .. Lihat sahaja gelagat dan perangai kalian ... Disebabkan kalianlah UMNO dipandang hina dan jijik oleh rakyat ..
Perangai macam otak masuk air ... jenis penyokong parti menghadapi masalah penyakit mental tahap kronik.
Like 

Hahahaha nampak DAP saja anti islam kononnya....

UMNO bodohkan dan takutkan Melayu Teluk Intan.


Seperti di tempat lain, orang Melayu Teluk Intan disajikan dengan cerita2 seram. Mustahil orang kampung belum graduate dari percaya cerita seram, puaka dan jembalang? Inilah akibatnya suka membaca majalah mestika yang penuh cerita misteri dan seram- maka terbawa bawa mempercayai cerita seram UMNO. Cerita seram UMNO- perkauman, agama, raja Melayu.
Orang kampung jangan lupa, semasa krisis perlembagaan dahulu yang hentam raja Melayu ialah UMNO, bukan PAS, DAP dan parti pembangkang. Maka yang mengancam kedudukan raja berpelembagaan ialah UMNO itu sendiri. Baru hari ini, UMNO bermuka muka menyokong mutlak raja2 Melayu kerana mereka mahu mengudakan institusi raja melayu melawan dengan pakatan rakyat. kita harap raja2 Melayu sedar bahawa mereka itu raja kepada seluruh rakyat, bukai raja kepada warga UMNO sahaja.

Panda dapat juta2 ...nasib rakyat sendri...merempat dinegara sendri...


KUANTAN, Akibat kesempitan hidup, tiga keluarga bersaudara terpaksa meneruskan kehidupan dengan mendirikan pondok serta khemah di atas sebidang tanah kebun di Taman Beserah, Kuantan di sini sejak setahun yang lalu.Kesemua mereka seramai 16 orang itu termasuk bayi berusia 43 hari dan seorang warga emas,Timah Mohammad, 65,yang merupakan nenek kepada bayi itu.
credit to
Mohd Mahathir

4 pemain utama IPP Malaysia

Kapitalis adalah suatu idea yang lahir dari pemikiran jijik bangsa yahudi dalam gerakan Freemason Illuminati bagi menjarah segala hasil dalam dunia ini dan seterusnya menekan umat manusia.
Manusia ditekan dari segi minda, akidah, tenaga, moral dan ekonomi..
Dari segi ekonomi ketika British menjajah dunia mereka telah membawa dasar Imperialisma sebagai suatu lambang kekuasaan serta keangguhan bangsa Eropah yang kononnya menjadi Tuan kepada bangsa -bangsa lain di dalam dunia ini.. Siapa yang menjadi dalang disebalik perluasan Empayar British ini?? Mereka tidak lain dan tidak bukan adalah golongan Yahudi Freemason dan Illuimati
Yahudi Freemanson inilah yg memperkenalkan sistem Kapitalisma dalam bidang ekonomi ke seluruh tanah jajahan British termasuklah ke dalam negara kita..
Dan kini dasar Kapitalisma Yahudi Freemason diamalkan dalam sistem ekonomi negara kita melalui dasar Penswastaan yang diperkenalkan oleh Tun Mahather ketika Mamak Pariah tersebut menjadi PM dengan alasan bagi meringankan beban kerajaan dan untuk menjadikan Agensi yang memegang Harta Negara ( milik rakyat ) menjadi lebih efisyen...
Maka LLN ( Lembaga Letrik Negara ) eset milik negara telah diswastakan menjadi TNB ( Tenaga Nasional Berhad ).. Dengan tertubuhnya TNB maka pegangan saham di dalam Syarikat tersebut boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja yang berkemampuan dari segi kewangan, maka Saham TNB boleh dijual dan terjual sesuka hati tanpa merujuk kepada rakyat..
Sebagai sebuah Syarikat, TNB juga boleh menerima syarikat - syarikat lain sebagai Hub kepada TNB dan Syarikat-syarikat lain boleh bergabung dgn TNB tanpa memerlukan persetujuan dari rakyat jelata. Maka Wujudlah Syarikat yang dikenali sebagai IPP yang dimiliki oleh Kroni-kroni Mahather Pariah bagi mengaut keuntungan.
Kini Bill Elektrik akan dinaikkan sekali lagi pada 1 Januari 2014 dan akan dinaikkan lagi dalam masa yang terdekat ini.. Untuk apa..?? Harga Minyak dunia setabil dan tiada lonjakan harga yg berlaku malah harganya sudah sedikit menurun tetapi TNB terpaksa mengikut telunjuk pemilik IPP Kroni Mahather Mamak Pariah bagi menaikkan Tarif Elektrik...
Inilah mainan yang dilakukan oleh kerajaan yang dipengaruhi oleh idea dan cara kerja gerakan Fremason Illuminati..
Note :
Bagaimana kuasa serta pengaruh Freemason Illuminati wujud dalam kerajaan Malaysia..? Fikir-fikirkanlah dengan hati yang terbuka..
Rakyat wajib bangkit menentang penindasan yang dilakukan oleh syarikat Kapitalis dalam negara kita.. Bangkit untuk berubah dari sekarang..
Bangkit Zahirkan Bantahan apabila Maruah dan Hak kita dicabar oleh Sang Penguasa yang menjadi sebahagian Pemain bagi sistem Kapitalis ciptaan Yahudi Fremanson ini..
Teuku Zacharyah Iskandar
Admin FB : Anak Muda Bangkit Hancurkan UMNO.