Showing posts with label liwat. Show all posts
Showing posts with label liwat. Show all posts

Saturday, January 21, 2012

PAS mahu mahkamah syariah adili kes liwat





2012/01/21

DUNGUN: PAS mahu penyelesaian kes jenayah berkaitan hubungan sejenis atau homoseksual terutama yang membabitkan umat Islam di negara ini diadili menggunakan peruntukan undang-undang jenayah syariah. 

Sehubungan itu, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, berkata parti itu akan meneliti kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilaporkan mendakwa undang-undang berkaitan hubungan sejenis atau homoseksual di negara ini sudah lapuk dan harus dikaji semula.
“Kami belum tahu apa Anwar cakap yang sebenarnya. Jadi, kita (PAS) nak dapatkan dulu teks ucapan atau apa yang diucapkan itu (oleh Anwar), kemudian baru kita bincang.
“Bagi PAS, undang-undang yang ada (berkaitan jenayah hubungan sejenis) perlu dipinda dan sudah tentu yang terbaik (untuk mengadilinya) ialah undang-undang jenayah syariah,” katanya ketika ditemui selepas berceramah pada sambutan Jubli Emas Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu, di sini, malam kelmarin. 

Beliau mengulas kenyataan Anwar dalam wawancara dengan BBC World News, Khamis lalu yang dilaporkan menyokong pemansuhan undang-undang homoseksual apabila ditanya mengenai sokongan diterimanya daripada pelbagai kumpulan selepas dibebaskan daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. 

Anwar yang diwawancara menerusi persidangan video di Mumbai, dilaporkan berkata, walaupun masyarakat di negara ini tidak menerima amalan homeseksual, undang-undang lapuk mengenainya tidak harus digunakan bagi menghukum orang yang tidak bersalah. 

Mengulas rombakan Exco Selangor yang tidak memberikan portfolio Hal Ehwal Islam kepada PAS, Mohamad berkata, PAS tidak membantah perubahan itu. 
Sebaliknya, beliau berkata, PAS mengguna pendekatan kolektif untuk mentadbir negeri itu termasuk dalam hal ehwal berkaitan isu agama. 

Sementara itu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata parti itu akur keputusan Abdul Khalid untuk mengambil alih portfolio Hal Ehwal Islam, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri yang dipegang sebelum ini. 

“Ya, kita boleh terima (pertukaran portfolio). Kita memerintah secara kolektif,” katanya di Masjid Rusila, semalam. 

Thursday, January 19, 2012

Bapa Saiful rayu lagi Peguam Negara bertindak



KUALA LUMPUR 18 Jan. - Bapa kepada Mohd. Saiful Bukhari, Azlan Mohd. Lazim, 58, hari ini sekali lagi merayu pihak Peguam Negara supaya segera bertindak mengemukakan rayuan demi keadilan anaknya.
Menurut beliau, ini kerana Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail sehingga kini seakan 'berdiam diri' daripada mengemukakan sebarang rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat anaknya, 9 Januari lalu.
Jelasnya, apa yang merisaukan, tempoh masa untuk memfailkan notis rayuan berkenaan cuma tinggal beberapa hari sahaja lagi.
''Saya sebagai bapa kepada Mohd. Saiful berharap Yang Berbahagia Tan Sri Peguam Negara (Abdul Gani) sebagai pendakwa raya dapat memfailkan notis rayuan ke atas keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 Januari lepas.
''Saya juga merasa sedikit risau kerana sehingga hari ini tiada perkembangan berkenaan memfailkan rayuan tersebut. Saya percaya tempoh masanya hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi.
''Bagaimanapun saya percaya Peguam Negara akan mengambil pertimbangan yang sewajarnya dalam memfailkan notis rayuan itu,'' katanya.
Beliau berkata demikian menerusi kenyataan yang disiarkan di blog Mohd. Saiful,http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com.
Pada 11 Januari lalu, Azlan dalam satu sidang akhbar merayu Peguam Negara segera mengemukakan rayuan serta mengecam keras kenyataan Majlis Peguam yang menyarankan agar Abdul Gani tidak perlu memfailkan rayuan terhadap kes membabitkan anaknya itu.
Mengulas lanjut, Azlan berkata, pihaknya percaya hak anaknya sebagai seorang warganegara dan rakyat yang menjunjung Perlembagaan negara untuk melalui proses rayuan tidak akan dinafikan.
''Saya juga percaya bahawa hak untuk aduan anak saya diadili sehingga ke peringkat mahkamah yang tertinggi tidak akan diabaikan dan dinafikan oleh pihak Peguam Negara.
''Saya juga mohon pihak Peguam Negara agar tidak terpengaruh dengan desakan Majlis Peguam atau mana-mana pihak agar tidak mengemukakan rayuan,'' tegasnya.

Sunday, October 23, 2011

Haram liwat isteri di bawah Ta’zir bukan Hudud

Ust Dr Khairuddin Razali Liwat isteri menurut Mazhab Syafie adalah perlakuan jenayah yang tidak termasuk dalam kategori Hukuman Hudud tetapi Hukuman Ta’zir. Menurut al-Imam al-Syarbini:- seorang tokoh Mazhab Syafie- “Adapun menyetubuhi isterinya atau hambanya pada dubur (liwat) maka pendapat Mazhab ialah wajib dita’zir sekiranya berulang. Sekiranya tidak berulang maka tidak dikenakan ta’zir.” Rujuk Mughni al-Muhtaj, Juz 16, hlm. 356-357.
Malah, Imam Abu Hanifah tidak mengkategorikan liwat sebagai Hukuman Hudud tetapi Hukuman Ta’zir meskipun ianya haram berbeza dengan Imam Syafie yang mengkategorikannya sebagai hukuman Hudud. Al-San’ani –salah seorang tokoh ulama mazhab Hanafi menyebut dalam Bada’I al-Sana’i`:
“dan demikianlah persetubuhan pada dubur lelaki atau perempuan tidak mewajibkan Hudud di sisi Abu Hanifah meskipun ianya adalah haram kerana persetubuhan tidak berlaku pada kemaluan depan, maka ia bukannya zina. Manakala di sisi kedua-duanya –Imam Muhammad dan Imam Hasan ( dua tokoh besar mazhab Hanafi) dan juga di sisi Imam Syafie perbuatan itu mewajibkan hukuman hudud.” Bada’I al-Sana’i`, Juz 15, m/s 24. Ini kerana pada pendapat Imam Abu Hanifah zina yang disebut dengan jelas hukumnya di dalam al-Quran merujuk kepada “persetubuhan pada kemaluan depan.”
Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud Dan Qisas) Terengganu 2002 telah mengambil pendapat Imam Syafie dan Mazhab Syafie dalam mengkategorikan jenayah liwat sebagai Hukuman Hudud dan tidak menkategorikan liwat isteri sebagai Hukuman Hudud.
Hukuman jenayah dalam Islam terbahagi kepada tiga. iaitu Hukuman Hudud, Hukuman Qisas dan Hukuman Ta’zir. Kesalahan jenayah yang tidak termasuk dalam kategori Hudud dan Qisas dimasukkan dalam kategori Ta’zir. Kadar Hukuman Hudud telah ditetapkan oleh Allah antaranya zina yang mesti disebat atau dibuang negeri. atau direjam Kadar Hukuman Ta’zir pula boleh diijtihad oleh para ulama dan pemerintah berdasarkan beberapa peraturan dan syarat yang telah ditetapkan.
Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud Dan Qisas) Terengganu 2002 adalah Enakmen untuk memperuntukkan dua jenis jenayah dalam Islam, iaitu Hukuman Hudud dan Hukuman Qisas sahaja. Adapun Hukuman Ta’zir tidak dihuraikan terperinci oleh Enakmen ini. Apa-apa kesalahan jenayah Islam yang tidak disebut dalam Enakmen ini secara automatic termasuk dalam kategori jenayah Ta’zir yang hukumannya diserahkan kepada budi bicara badan perundangan atau mengikut Enakmen ini hukumannya diserahkan kepada budi bicara Mahkamah. Kesalahan-kesalahan itu dinamakan kesalahan-kesalahan takzir dan hukumannya dinamakan hukuman takzir.
Hal ini disebut dalam Seksyen 3. Jenis-Jenis Kesalahan, ceraian (c) “kesalahan-kesalahan yang lain daripada kesalahan-kesalahan Hudud dan kesalahan-kesalahan Qisas, tetapi hukumannya diserahkan kepada budi bicara badan perundangan atau mengikut Enakmen ini hukumannya diserahkan kepada budi bicara Mahkamah. Kesalahan-kesalahan itu dinamakan kesalahan-kesalahan takzir dan hukumannya dinamakan hukuman takzir.” (Rujuk Tr. P.U. 4/2002 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud Dan Qisas) Terengganu 1423H/2002M, Bahagian 1, Seksyen 3. Jenis-Jenis kesalahan. www2esyariah.gov.my/esyariahmal/portalv1/)
Begitu juga Bahagian XI Seksyen 65. Pemakaian Hukum Syarak Dalam Tafsiran menetapkan: (1) semua kesalahan-kesalahan dalam Enakmen ini dan peruntukan-peruntukan mengenainya hendaklah ditafsirkan mengikut Hukum Syara‘; dan rujukan kepada hukum itu, hendaklah dibuat mengenai apa-apa perkara yang tidak diperuntukkan dalam Enakmen ini.“ (Rujuk Tr. P.U. 4/2002 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud Dan Qisas) Terengganu 1423H/2002M, Bahagian XI, Seksyen 65. Pemakaian Hukum Syarak Dalam Tafsiran www2esyariah.gov.my/esyariahmal/portalv1/enakmen/)
Seksyen 14 Enakmen tersebut yang dirujuk oleh salah seorang ahli parlimen hari ini menetapkan “Liwat ialah suatu kesalahan yang merupakan persetubuhan di antara seorang lelaki dengan seorang lelaki yang lain atau di antara seorang lelaki dengan seorang perempuan selain daripada isterinya yang dilakukan di luar tabii iaitu melalui dubur“. Rujuk Seksyen 14. Liwat, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud Dan Qisas) Terengganu 1423H/2002M, www2esyariah.gov.my/esyariahmal/portalv1/enakmen/
Seksyen 14 dengan tajuk Liwat ini menjelaskan takrifan jenayah Liwat yang dikenakan Hukuman Hudud. Menurut seksyen ini, jenayah Liwat yang akan dikenakan Hukuman Hudud tidak merangkumi keadaan di mana isteri diliwat oleh suami.
Persoalannya, bagaimana pula dengan isteri yang diliwat oleh suami? Apa hukumannya? Adakah ianya halal? Jawapannya ialah meliwat isteri adalah haram dengan sepakat ulama. Ia adalah perlakuan jenayah yang termasuk kategori Hukuman Ta’zir bukannya Hukuman Hudud.
Apabila hukuman bagi jenayah Liwat Isteri nya tidak disebut dalam Seksyen 14, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud Dan Qisas) Terengganu 1423H/2002M, maka ia termasuk dalam kategori Ta’zir sebagaimana penjelasan dalam Seksyen 3. Jenis-Jenis kesalahan dan juga dirujuk kepada Bahagian XI Seksyen 65. Pemakaian Hukum Syarak Dalam Tafsiran.
Amat malang sekali apabila ada ahli parlimen yang berstatus peguam telah gagal memahami dengan tepat peruntukan dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud Dan Qisas) Terengganu 1423H/2002M sehingga membuat kesimpulan kefahaman yang boleh memberikan kefahaman negative kepada masyarakat seolah jenayah Liwat Isteri adalah dibenarkan dan dibolehkan.
Kesimpulannya tidak mengkategorikan sesuatu perlakuan jenayah sebagai Hukuman Hudud tidak bererti ianya halal dan dibenar dan tidak dianggap sebagai jenayah, malah ia dikategorikan sebagai Hukuman Ta’zir.
Untuk maklumat lebih lanjut tentang Hukuman Jenayah Islam, Ulama sepakat bahawa zina termasuk kategori Hukuman Hudud yang telah ditetapkan hukumannya. Namun, mereka berbeza pendapat adakah liwat termasuk kategori Hukuman Hudud atau Ta’zir? Imam Abu Hanifah tidak mengkategorikan liwat sebagai hukuman hudud meskipun haram kerana pada pendapat beliau, zina yang disebut dengan jelas hukumnya di dalam al-Quran merujuk kepada “persetubuhan pada kemaluan depan.” Hal ini berbeza dengan Imam Syafie yang mengkategorikannya sebagai Hukuman Hudud.
Perbezaan pendapat di kalangan ulama besar ini dalam beberapa perkara cabang melibatkan hukum hudud, qisas dan ta’zir menggambarkan keluasan fiqh Islam. Ia memberi ruang untuk setiap pemerintah mengambil pendapat dan pandangan yang lebih bermaslahat pada zamannya untuk dijadikan sebagai perundangan Negara atau negeri yang akan dilaksanakan.
Antara contoh perbezaan pendapat ulama lagi dalam kes Hudud dan Ta’zir ini ialah melibatkan Hukuman Zina. Hukuman Hudud Zina tidak dikenakan kepada Kafir Harbi yang diberi keamanan di negeri Islam apabila berzina dengan wanita Islam menurut Mazhab Hanafi berbeza dengan pendapat Abu Yusof –salah seorang tokoh mazhab Hanafi-.
Begitu juga menurut Abu Hanifah menyetubuhi wanita mati walaupun pada kemaluan depan, dan menyetubuhi binatang tidak dikategorikan zina meskipun ianya adalah haram. Maka ia tidak termasuk dalam hukuman hudud tetapi termasuk dalam ta’zir. Begitu juga Imam Abu Hanifah tidak mengkategorikan persetubuhan dengan mahram yang dinikahi sebagai Hukuman Hudud tetapi dikategorikan Ta’zir, berbeza dengan Imam Syafie yang menjadikannya sebagai Hukuman Hudud.
Kesimpulannya tidak mengkategorikan sesuatu perlakuan jenayah sebagai Hukuman Hudud tidak bererti ianya halal dan dibenar dan tidak dianggap sebagai jenayah, malah ia dikategorikan sebagai Hukuman Ta’zir.

** Ust Dr Khairuddin Razali adalah Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat
Haram liwat isteri di bawah Ta’zir bukan Hudud:

'via Blog this'

Saturday, October 22, 2011

Polemik liwat: Peguam PAS cabar MP Zul kritik ‘hukum hudud Umno’

Oleh G Manimaran
October 22, 2011
KUALA LUMPUR, 22 Okt — Peguam PAS Mohamed Hanipa Maidin mencabar jika Ahli Parlimen Bebas Kulim Bandar-Baru Zulkifli Noordin, yang menimbulkan aspek berkaitan dengan peruntukan liwat dalam hukum hudud yang digubal kerajaan negeri Terengganu pada 2002, jika jujur sepatutnya mengkritik “hudud Umno” di Wilayah Persekutuan.
Menurut Hanipa, dalam undang-undang yang digubal kerajaan pusat — yang dilabelnya sebagai “undang-undang Umno” — di Wilayah Persekutuan, liwat hanya “salah jika lelaki meliwat lelaki yang lain.”
“Berdasarkan tafsiran liwat di Seksyen 2 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan adalah jelas bahawa seorang yang sama ada meliwat seorang perempuan yang lain atau meliwat isterinya tidak dikira melakukan apa-apa kesalahan di Wilayah Persekutuan jauh sekali akan dihukum.
“Renungan kepada Zulkifli Nordin - undang-undang mana yang lebih melindungi wanita?” kata beliau dalam entri blognya.
Semalam, Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib berkata dakwaan Zulkifli berhubung suami meliwat isteri melambangkan kejahilannya dalam hukum yang berkaitan syarak.
Harun berkata, hukum syarak tidak boleh dibaca sepintas lalu tetapi memerlukan disiplin ilmu yang tinggi.
Menurut Harun, liwat di antara suami isteri tidak termasuk dalam hukum hudud tetapi bukan bererti perbuatan itu tidak salah.
Jelas beliau, perbuatan itu tetap salah, cuma tidak termasuk dalam hukum hudud dan dari sudut hukuman ia akan dikenakan hukum takzir.
Hanipa menulis ekoran isu yang dibangkitkan oleh Zulkifli di Dewan Rakyat kelmarin, antara lain menurutnya, wakil rakyat itu menuduh hukum hudud yang hendak dilaksanakan oleh PAS membenarkan suami meliwat isteri.
Katanya, tuduhan tersebut dibuat dengan kononnya dirujuk kepada draf dan Enakmen Hudud dan Qisas Terenggganu 2002 yang diluluskan pada persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu ketika PAS memerintah negeri itu.
Kerajaan negeri Kelantan pula menggubal enakmen yang sama pada 1993.
Polemik baru ini muncul ketika timbul semula kontroversi pelaksanaan hukum hudud di Kelantan. Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terus melahirkan hasrat mahu melaksanakan undang-undang itu di Kelantan.
“Menurut beliau (Zulkifli) berdasarkan Seksyen 14 enakmen tersebut yang menerangkan tentang liwat yang dimaksudkan dengan seseorang lelaki memasukkan zakarnya ke dalam dubur seseorang lelaki atau perempuan, kecuali isteri. Katanya, perkataan kecuali dengan isteri itu jelas membawa maksud seseorang suami boleh memasukkan zakarnya ke dalam dubur isterinya kerana ia tidak dimaksudkan meliwat,” tulis Hanipa.
Beliau seterusnya berkata adalah sesuatu yang malang bagi profesion guaman negara ini mempunyai seorang peguam yang nampaknya tidak memahami perkara asas dalam penafsiran undang-undang.
Kata Hanipa, daripada kenyataan Zulkifli nampaknya beliau terlibat dengan politik murahan yang hanya sekadar untuk menimbulkan keraguan terhadap perkara yang jelas dan tiada keraguan.
Katanya, hujah beliau yang mengatakan bahawa Seksyen 14 Enakmen Jenayah Syariah Terengganu bercanggah dengan Islam kerana tidak menganggap perbuatan meliwat isteri sebagai satu kesalahan boleh dengan mudah dipatahkan dengan beberapa alasan.
Kata Hanipa, Seksyen 14 Enakmen Jenayah Syariah Terengganu secara jelas memperuntukkan “liwat ialah satu kesalahan yang merupakan persetubuhan di antara seorang lelaki dengan seorang lelaki yang lain atau di antara seorang lelaki dengan seorang perempuan selain daripada isterinya yang dilakukan di luar tabii iaitu melalui dubur.
“Jika dilihat kepada Seksyen 14 tersebut terdapat dua kesalahan yang boleh diklasifikasikan sebagai kesalahan liwat iaitu hubungan seks melalui dubur antara lelaki dan lelaki dan hubungan seks melalui dubur antara lelaki dan wanita selain daripada isteri lelaki tersebut.
“Seksyen 15 enakmen yang sama memperuntukkan ‘sesiapa melakukan kesalahan liwat hendaklah dihukum dengan hukuman yang sama seperti yang ditetapkan bagi zina,” katanya lagi.
Menurut Hanipa, hukuman zina adalah 100 rotan bagi pesalah zina yang ghayru muhsan dan rejam sehingga mati bagi yang muhsan.
“Zulkifli menyatakan bahawa berdasarkan Seksyen 14 enakmen tersebut seorang yang meliwat isteri tidak melakukan kesalahan. Beliau berhujah bersandarkan frasa ‘selain daripada isterinya’ suami yang meliwat isteri terlepas dari hukuman hadd,” kata beliau sambil menambah, hujah itu memperlihatkan bahawa beliau tidak memahami perbezaan asas antara hudud dan takzir.
“Seksyen 14 bercakap tentang hudud. Seorang suami yang meliwat isterinya bukan tidak bersalah. Ia tetap salah. Cumanya kesalahan itu tidak boleh dikenakan hukuman hudud. Mungkin Zulkilfli bertanya kenapa tidak boleh kena hukum hudud?” katanya lagi.
“Jawapannya sepertimana yang dikatakan oleh Abdul Kadir Audah dalam bukunya yang terkenal ‘Tasyri’ Janaie’ terdapat keraguan sama ada isteri yang dinikahi secara sah oleh lelaki boleh dikenakan hukuman hadd hanya kerana ia ‘mengguna pakai hartanya’ mengikut kehendaknya. Dan, prinsip yang terpakai dalam hukum hudud adalah keraguan membatalkan hukuman hadd.
“Zulkifli mungkin bertanya adakah ini bermakna seorang suami yang meliwat isterinya akan terlepas hukuman? Jawapan kepada soalan tersebut adalah tidak. Suami yang meliwat isteri masih boleh dihukum tetapi bukan dengan hukuman hudud sebaliknya beliau hanya boleh dihukum oleh hukuman takzir,” kata Hanipa lagi.
Jelas beliau, jika Zulkifli cermat dan tidak tergopoh-gapah membaca keseluruhan enakmen tersebut beliau akan pasti dapat melihat Seksyen 3 enakmen yang sama, yang menyatakan secara jelas, “dengan syarat bahawa apabila sesuatu kesalahan hudud atau qisas tidak boleh dihukum dengan hukuman hudud atau hukuman qisas kerana tidak dapat memenuhi syarat-syarat yang dikehendaki bagi hukuman-hukuman itu, maka kesalahan itu adalah menjadi suatu kesalahan takzir dan hendaklah ia dihukumkan demikian.”
“Seksyen 3 enakmen tersebut sekali gus menjawab segala kekeliruan yang Zulkifli cuba timbulkan. Seksyen 3 menunjukkan bahawa liwat ke atas isteri tetap salah menurut enakmen yang PAS gubal tetapi ia bukan kesalahan hudud sebaliknya ia hanya satu kesalahan takzir. Dan, Zulkifli juga kena faham hukum takzir tidak semestinya lebih ringan dari hukuman hudud,” katanya lagi.
-minsider

Thursday, September 22, 2011

PM, isteri fail permohonan ketepikan sapina



KUALA LUMPUR 21 Sept. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor hari ini memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi di sini untuk mengetepikan sapina yang menghendaki mereka sebagai saksi pembelaan dalam kes liwat membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam permohonan tersebut, mereka menamakan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dan pihak pendakwaan sebagai pihak responden.
Kira-kira 45 minit selepas permohonan itu difailkan pada pukul 3.30 petang ini, pihak media dimaklumkan bahawa kesemua pihak yang terlibat akan bertemu dengan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah esok bagi menetapkan tarikh pendengaran permohonan berkenaan.
Permohonan tersebut difailkan di Kaunter Pendaftaran Mahkamah Tinggi Jenayah di sini oleh peguam-peguam, Datuk Salehuddin Saidin, M. Athimulan, Hisyam Teh Poh Teik dan Datuk Ghazi Ishak yang hadir mewakili pasangan berkenaan.
Kesemua peguam terbabit bagaimanapun enggan memberikan sebarang maklumat lanjut mahupun alasan-alasan yang dikemukakan dalam permohonan tersebut sehingga mahkamah mengeluarkan salinan yang sudah dimeterai.
Pada perbicaraan kes liwat pertama pada 1998, lima individu termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad membuat permohonan yang sama dan dibenarkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi yang mendengar kes tersebut.

Saturday, August 27, 2011

Tidak ikut standard

KUALA LUMPUR: Seorang pakar DNA mendakwa di Mahkamah Tinggi di sini, semalam, bahawa kaedah digunakan ahli kimia dalam mendapatkan ekstrak air mani dari dubur bekas pembantu peribadi, Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat bekas majikannya tidak mengikut prosedur yang betul.
Saksi keempat pembelaan, Dr Brian Leslie McDonald berkata, ini adalah kerana ujian analisis yang dilakukan ahli kimia, Dr Seah Lay Hong itu tidak mengenal pasti terlebih dulu bahan di analisis sebagai sperma atau tidak, sebaliknya hanya membuatnya berdasarkan andaian.

Dr McDonald berkata demikian ketika memberi keterangan di dalam prosiding pembelaan, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa meliwat Mohd Saiful Bukhari, 26.

Beliau berpendapat, ahli kimia itu sepatutnya menggunapakai amalan standard iaitu membuat slaid calitan terlebih dulu sebaliknya terus menjalankan proses pengasingan air mani itu.

“Dr Seah tidak mengenal pasti sama ada air mani itu adalah sel tulen dan bukan dari bahan lain. Air mani adalah lebih berat dan diibaratkan seperti bola manakala sel lain adalah ringan dan dianggap seperti belon.

“Oleh itu ujian pengasingan mengikut prosedur perlu dilakukan. Calitan air mani di atas slaid perlu dibuat dan ahli kimia perlu melihat di bawah mikroskop bagi memastikan sel yang ada adalah air mani,” katanya.


Menjawab soalan peguam Ramkarpal Singh, Dr McDonald berkata keputusan yang diperoleh Dr Seah adalah spekulasi dan ahli kimia itu tidak dapat memberi kesimpulan serta bukti bagi menyokong penemuannya itu. Sementara itu, dalam prosiding di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah itu, pegawai penyiasat Superintendan Jude Balacious Pereira dipanggil semula untuk tujuan penandaan terhadap laporan perubatan Mohd Saiful Bukhari yang dirampas daripada Pusat Rawatan Islam (Pusrawi).

Prosiding bersambung pada 19 hingga 23 September ini.
Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh menyebabkan Anwar dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jka sabit kesalahan.

Friday, August 26, 2011

Sampel calitan sperma rosak

Oleh Murni Wan Omar murni@hmetro.com.my KUALA LUMPUR: Seorang pakar DNA memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, semalam, bahawa sampel calitan sperma yang diambil dari dubur bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan, sudah rosak memandangkan ia diambil 56 jam selepas kejadian liwat didakwa berlaku. Saksi keempat pembelaan, Dr Brian Leslie McDonald berkata demikian ketika memberi keterangan dalam prosiding pembelaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa meliwat Mohd Saiful Bukhari. Menurutnya, sampel itu tidak akan menunjukkan keputusan yang baik jika ujian profil DNA dilakukan memandangkan ia hanya diambil selepas 56 jam dan 48 jam lagi disimpan di dalam suhu bilik. “Keputusan profil DNA Mohd Saiful Bukhari tidak konsisten dengan sejarah kes. Jarak tempoh masa lama dari kejadian kepada waktu sampel itu diambil sangat lama. “Sampel yang disimpan pada suhu bilik dan berada dalam keadaan lembap boleh menyebabkan berlaku pertumbuhan bakteria serta memusnahkan sampel itu,” katanya. Menjawab soalan peguam bela Ram Karpal, Dr Brian berkata, pengambilan sampel calitan daripada badan Mohd Saiful tidak mengikut pakai amalan standard kerana tiada slaid calitan disediakan sebelum ia dihantar kepada Jabatan Kimia Malaysia (JKM) untuk dianalisis. Sementara itu, merujuk kepada kesilapan menandakan label dua botol plastik mengandungi calitan diambil dari beberapa bahagian badan dan sekitar bahagian luar dubur Mohd Saiful, Dr Brian berkata sepatutnya kesilapan itu perlu dibetulkan mengikut prosedur yang ditetapkan. Dua bekas tersebut mengandungi sampel Mohd Saiful Bukhari yang bertarikh 26 Jun 2008 sedangkan Mohd Saiful menjalankan pemeriksaan perubatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 28 Jun 2008. Dr Brian berpendapat, oleh kerana kesilapan itu, ujian DNA yang dilakukan itu sepatutnya negatif. Pada 16 Mei lalu, Anwar, 64, diarah membela diri atas tuduhan meliwat Mohd Saiful, 26, tanpa kerelaan di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara di sini, antara pukul 3.10 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008. Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh menyebabkan Anwar dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jka sabit kesalahan. Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah bersambung hari ini.

Thursday, August 25, 2011

‘Laporan tak lengkap’

KUALA LUMPUR: Seorang pakar forensik memberitahu Mahkamah Tinggi, semalam, bukan sesuatu yang ganjil jika tiada kecederaan dialami oleh bekas pembantu peribadi, Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat bekas majikannya, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Prof Madya Dr David Lawrence Noel Wells, saksi ketiga pihak pembelaan, berkata demikian ketika menjawab soalan balas Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden apabila dirujuk dengan kes itu dan juga jurnal perubatan yang dikemukakan.

Menurutnya, terdapat banyak faktor lain yang mempengaruhi termasuk penggunaan pelincir, tahap paksaan selain kelewatan membuat aduan boleh menyebabkan kecederaan hilang.

Menjawab soalan berhubung jangka hayat sperma, Dr David mengakui terdapat kes calitan sampel sperma masih boleh diperoleh dari dubur seorang individu walaupun selepas dua hari melakukan hubungan seks.

Bagaimanapun, dia tetap bertegas mengatakan sampel yang baik perlu diambil sebelum tempoh 36 jam. Beliau berkata demikian ketika Mohamed Yusof merujuk kepadanya satu kes yang diterima Makmal Sains Forensik Polis Metropolitan London yang diterbitkan dalam Jurnal Forensic Science International.

Berdasarkan jurnal itu, calitan sperma masih boleh diperoleh dalam tempoh 65 jam di bahagian rektum dan 46 jam dari bahagian dubur, selepas hubungan seks. Dr David juga memberitahu mahkamah bahawa penemuan di dalam jurnal itu dilaporkan pada 1982 dan tiada lagi penemuan terbaru yang boleh menyokong kes itu serta kemungkinan terdapat kesalahan ketika mengambil sejarah pesakit.

Menjawab soalan Mohamed Yusof, Dr David mengakui maklumat dalam borang protokol perubatan (proforma) dan laporan perubatan yang diambil dari Mohd Saiful Bukhari serta disediakan oleh doktor di Hospital Kuala Lumpur, tidak lengkap “Maklumat yang ada dalam kedua-dua laporan tidak lengkap bagi tujuan pemeriksaan dan ada perkara relevan tidak dilaporkan serta begitu juga sebaliknya. “Maklumat yang lebih terperinci perlu diambil dan menggunakan perkataan asal mangsa seperti bagaimana dia dipaksa melakukan seks oral dan sebagainya,” katanya.hmetro

Wednesday, August 24, 2011

Pengakuan bekas doktor Hospital Pusrawi

KUALA LUMPUR 23 Ogos - Seorang bekas doktor Hospital Pusrawi memberitahu Mahkamah Tinggi yang beliau ada menyediakan satu laporan perubatan selepas membuat pemeriksaan terhadap Mohd. Saiful Bukhari Azlan sebelum menyerahkannya kepada seorang pegawai hospital tersebut.
Dr. Mohamad Osman Abd. Hamid, 60, yang berasal dari Myanmar berkata, laporan tersebut yang disediakan dua hari selepas Mohd. Saiful Bukhari datang menemuinya pada 28 Jun 2008, diserahkan kepada pegawai bernama Azlan walaupun pegawai berkenaan bukan penyelianya.
Beliau yang merupakan doktor perubatan pertama ditemui oleh pengadu dalam kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengaku ada membuat satu akuan bersumpah selepas seorang peguam yang hanya dikenali sebagai Yusri datang menemuinya bersama seorang pesuruhjaya sumpah bernama Anuar.
Menjawab soalan semasa pemeriksaan balas oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden, saksi pembelaan kedua itu berkata, akuan bersumpah itu dibuat selepas laporan perubatan Mohd. Saiful Bukhari 'bocor' dan beliau kembali ke Myanmar ekoran sangat takut dengan insiden tersebut.
Mohamad Osman juga menjelaskan, beliau menyediakan akuan bersumpah itu setelah menyangka peguam berkenaan mewakili pihak Hospital Pusrawi dan meyakinkan beliau untuk mempercayai bahawa dokumen tersebut adalah untuk simpanan fail sulit.
Walaupun bersetuju menyediakan laporan perubatan tersebut sekalipun ia bukan prosedur biasa, beliau menafikan sanggup melakukan apa sahaja meskipun tidak mengetahui siapa yang menyuruhnya berbuat demikian.
Beliau juga berulang kali menyatakan bahawa pihak polis tidak pernah menyuruhnya membuat sebarang akuan bersumpah.
Mohamad Osman yang kini bertugas di Institut Jantung Negara (IJN) dalam keterangannya memberitahu, kemasukan objek plastik ke dalam dubur Mohd. Saiful Bukhari seperti yang dicatatkan dalam laporan perubatannya, dimaklumkan sendiri oleh pemuda tersebut.
Beliau bagaimanapun bersetuju dengan cadangan pihak pendakwaan bahawa catatan mengenai 'kemasukan objek plastik' itu ditambah kemudian iaitu hanya selepas pemeriksaan dibuat dan bukannya pada peringkat awal.
''Sekiranya awak bertanyakan mengenai punca kesakitan Mohd. Saiful lebih awal, awak tidak perlu menambah catatan ini? Awak juga tidak pernah bertanya siapa yang memasukkan objek plastik itu?'' tanya Mohd. Yusof yang dijawab 'ya' oleh saksi itu.
Saksi tersebut turut bersetuju bahawa kemasukan objek plastik ke dalam dubur tidak boleh dianggap sebagai liwat seperti ditulis dalam laporan perubatannya.
Terdahulu, ketika pemeriksaan utama oleh peguam Karpal Singh yang mewakili Anwar, saksi tersebut berkata, Mohd. Saiful Bukhari datang menemuinya pada 28 Jun 2008 dan mengadu tidak membuang air besar sejak seminggu dan sakit di bahagian dubur.
Menurutnya, pemeriksaan yang dijalankan dengan menggunakan proktoskop mendapati dubur pengadu dalam keadaan normal dan tiada kesan kecederaan.
''Selepas pemeriksaan tersebut, Mohd. Saiful memberitahu saya bahawa dia telah diliwat oleh seorang VIP (orang kenamaan). Saya sungguh terkejut lalu menasihatinya untuk membuat laporan polis dan mendapatkan pemeriksaan perubatan di hospital kerajaan,'' katanya.
Sementara itu, saksi pembelaan ketiga, pakar forensik, Dr. David Lawrence Wells memberitahu, beliau akan menggunakan alat-alat yang sama digunakan oleh doktor-doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL) dalam mengumpulkan sampel-sampel daripada mangsa malah turut menyifatkan alat-alat tersebut memuaskan.
Antara yang ditunjukkan kepadanya contoh putik kapas yang sering digunakan, salah satu bekas plastik yang digunakan untuk menyimpan sampel dan beg plastik yang digunakan untuk menyimpan semua bekas berisi sampel.
Pada 28 Jun 2008, dua orang doktor HKL; pakar bedah am, Dr. Mohd. Razali Ibrahim dan pakar perubatan, Dr. Khairul Nizam Hassan, ditugaskan untuk mengambil sampel daripada tubuh Mohd. Saiful Bukhari manakala pakar patologi forensik HKL, Dr. Siew Sheue Feng bertanggungjawab mengisi borang protokol perubatan (pro-forma).
Menjawab pertanyaan sama ada sesuatu sampel itu boleh disimpan di dalam laci, beliau menyatakan, sampel tersebut boleh dikira 'selamat' selagi ia disimpan secara kedap udara (air dry) atau dibekukan terlebih dahulu.
Wells yang pernah menetap di negara ini sewaktu kanak-kanak kerana bapanya bekerja dengan bekas Perdana Menteri, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra menyatakan, walaupun 'terkilan' dengan beberapa aspek dalam laporan perubatan HKL dan borang pro-forma, beliau tidak boleh menyatakan individu-individu yang menyediakan dokumen terbabit sebagai tidak cekap.
Anwar, 64, dibicarakan atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya yang berusia 26 tahun itu di unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No.99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.-utusan

Tuesday, August 23, 2011

Keterangan Anwar cerita tanpa sumpah


KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim mengejutkan Mahkamah Tinggi di sini semalam apabila memilih untuk membela diri daripada tuduhan liwat terhadap Mohd. Saiful Bukhari Azlan di dalam kandang tertuduh tanpa mengangkat sumpah sekaligus menutup peluang pihak pendakwaan untuk menyoal balas.
Hakim Datuk Mohamad Zabidin Md. Diah sebelum itu menawarkan tiga pilihan kepada Anwar sama ada memberi keterangan secara bersumpah di kandang saksi dan pihak pendakwaan boleh menyoal balas; atau beri keterangan di dalam kandang tertuduh tanpa disoal balas pihak pendakwaan atau berdiam diri.
Anwar memilih pilihan kedua kerana merasakan tiada keadilan terhadapnya sepanjang perbicaraan kes.
Sejurus Anwar selesai membacakan teks keterangan bela diri sebanyak 32 muka surat, Peguam Cara Negara 11, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden terkejut dengan tindakan Penasihat PKR itu.
"Saya terkejut sebab ini kali pertama saya mendengar tertuduh memberi keterangan bela diri sebegini," katanya.
Teks keterangan bela diri Anwar pada awalnya menceritakan pengalaman tentang perbicaraan liwat pada 1998 yang mana dia didapati bersalah dan dipenjara 15 tahun.
Terdahulu, Anwar dalam keterangannya mendakwa satu imaginasi yang hebat diperlukan sekiranya benar dia akan menggunakan kekerasan terhadap bekas pembantunya itu.
Anwar merujuk kepada keadaan dirinya yang sudah berusia dan mempunyai masalah kesihatan berbanding Mohd. Saiful.
Tertuduh yang berkali-kali menafikan meliwat Mohd. Saiful berkata, pengadu mempunyai banyak peluang untuk lari.
"Di sini kita melihat seorang lelaki muda berusia awal 20-an, berketinggian enam kaki (1.8 meter), sihat secara fizikal, dan mempunyai hubungan rapat dengan pihak atasan polis serta ahli politik yang berkuasa.
"Sedangkan saya seorang lelaki tua berusia 60 tahun, mempunyai sejarah penyakit tulang belakang dan tidak mempunyai kuasa," katanya dalam bahasa Inggeris.
Selain itu, Anwar juga menggambarkan reaksi Mohd. Saiful selepas kejadian sebagai tidak logik apabila tidak menunjukkan rasa trauma.
"Tiada cubaan untuk mendapatkan laporan perubatan dan membuat laporan polis, kelakuan itu ternyata tidak konsisten selepas dikasari (liwat) sebaliknya dua hari kemudian dia bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, isterinya serta bercakap di telefon dengan Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan," katanya.
Pada 16 Mei lalu, Anwar, 64, diarah membela diri atas tuduhan meliwat Mohd. Saiful, 26, tanpa kerelaan di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara di sini di antara pukul 3.10 dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan Anwar boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebatan. Perbicaraan bersambung hari ini.kosmo

Monday, August 22, 2011

Anwar nafi lakukan seks dengan Mohd Saiful

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menafikan beliau melakukan seks dengan bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

"Saya secara mutlak menafikan dakwaan terhadap saya. Saya ingin menyatakan bahawa dengan sejelas-jelasnya bahawa saya tidak pernah mempunyai hubungan seksual dengan pengadu Mohd Saiful. Dakwaannya penipuan secara terang-terangan dan kejam dan akan dibuktikan sedemikian," kata Anwar.
Anwar, 64, yang membacakan kenyataan 32 muka dari kandang tertuduh, berkata tiada keterangan mengenai sebarang percubaannya untuk menyelak pintu unit kondomominium itu dari dalam.
Beliau berkata, berdasarkan testimoni Mohd Saiful, pengadu mempunyai kesempatan meninggalkan bilik itu tetapi beliau tidak berbuat demikian.

"Pengadu mempunyai peluang terbuka luas untuk lari tetapi beliau tidak berbuat demikian. Alasannya bahawa beliau terpaku ketakutan," kata Anwar.

Anwar, yang membaca kenyataan itu hampir dua jam, berkata Mohd Saiful sendiri telah mengaku bahawa beliau telah membawa bersama pelincir dan telah bersedia secara sukarela.

Selepas aksi yang didakwa, tertuduh menjelaskan mengenai testimoni pengadu bahawa Mohd Saiful telah minum dan berbual mesra dengannya.
Anwar berkata, tiada percubaan dibuat untuk mendapatkan rawatan dengan segera.

Bagaimanapun, Mohd Saiful menghadiri satu majlis Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menghadiri perjumpaan Kelab Anwar Ibrahim di rumahnya keesokannya tanpa menunjukkan sebarang tanda ketidakselesaan sama ada dari segi emosi dan fizikal.

"Oleh itu, sikapnya benar-benar tidak konsisten dengan telah dicabuli, pengadu bohong bulat-bulat," dakwa Anwar.

Anwar, 63, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos 2008 terhadap tuduhan melakukan hubungan bertentangan hukum alam di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun tahun sama.

Pada 16 Mei, Hakim Mohamad Zabidin memerintahkan Anwar untuk membela diri selepas memutuskan bahawa Mohd Saiful, ialah seorang saksi yang boleh dipercayai dan berwibawa.

Sambil membacakan kenyataan, Anwar juga mendakwa bahawa pihak pendakwa gagal melaksanakan tugas secara profesional.

Beliau mendakwa bahawa pihak pendakwaan secara konsisten enggan mendedahkan material penting kapada pasukan pembelanya termasuk senarai saksi pendakwa, nota klinikal doktor-doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL), kenyataan saksi termasuk kenyataan Mohd Saiful dan sampel forensik dan eksibit bagi pemeriksaan dan pengesahan bebas.

"Semua ini telah menyebabkan prejudis yang agak banyak kepada pembelaan saya dan ketidakadilan yang serius," kata Anwar.

Beliau juga menyentuh mengenai penghakiman panjang lebar oleh hakim perbicaraan Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah di akhir kes pendakwaan.

Anwar berkata, mengikut Seksyen 182A(1) Kanun Prosedur Jenayah, hakim sepatutnya memutuskan sama ada seorang saksi itu boleh dipercayai atau tidak di akhir kes pembelaan.

"Saya telah dinafikan keperluan untuk membuat membuat pembelaan saya secra bersumpah. Itu bermakna menafikan hak untuk satu perbicaraan yang adil dan saksama," kata Anwar.

Pemimpin pembangkang itu juga berkata, keputusan Hakim Mohamad Zabidin berhubung isu menemu bual saksi pembelaan, telah memberikan satu perhubungan dengan menyatakan bahawa mereka enggan ditemu bual.

Anwar menjelaskan bahawa dia akan bersedia dan sedia memberikan keterangan dengan mengangkat sumpah tetapi "terhalang" oleh pendakwaan dan dengan cara Hakim Mohamad Zabidin menjalankan perbicaraan itu.

Beliau menjelaskan bahawa saksi alibinya juga diganggu polis di mana kenyataan pemilik dua unit kondominium, Hasanuddin Abd Hamid dirakamkan dalam video oleh polis selama hampir 30 jam.

Beliau mengakhiri kenyataannya dengan menuduh bahawa dakwaan terhadapnya tidak lebih daripada satu konspirasi untuk memenjarakannya.

Perbicaraan di depan Hakim Mohamad Zabidin bersambung esok dengan pihak pembelaa memanggil pakar DNA dari Australia, Dr Brian Leslie McDonald dan Profesor Madya David Lawrence Noel Wells. - BERNAMA bharian

Pasukan peguam bela Anwar sapina PM, isteri

KUALA LUMPUR: Tujuh saksi termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor disapina pasukan peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi saksi pihak pembelaan dalam kes liwat Anwar.

Peguam Karpal Singh yang mengetuai pasukan pembelaan Anwar, memberitahu Mahkamah Tinggi yang mereka telah mensapina tujuh saksi yang ditawarkan oleh pasukan pendakwaan pada akhir kes mereka untuk menjadi saksi pihak pembelaan.
Karpal memaklumkan demikian kepada mahkamah selepas Anwar selesai memberikan kenyataan pembelaannya dari kandang saksi, untuk menjawab pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26. Saksi berkenaan ialah Najib, Rosmah, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan; bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof; doktor PUSRAWI yang memeriksa Mohd Saiful, Dr Mohammad Osman Abdul Hamid, jururawat PUSRAWI, Yazihan Jusoh dan pembantu rumah Indonesia, Suliati. - BERNAMA , bharian

Thursday, August 11, 2011

Anwar dibenar hadir ketika temu bual 15 saksi

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim dibenarkan hadir sama ketika peguam beliau menemu bual 15 saksi, termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor bagi pembelaan kes liwat yang sedang dihadapinya, tetapi tidak boleh turut serta dalam temubual itu.
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah yang membuat keputusan itu dalam kamar semalam, memutuskan Anwar mempunyai hak untuk hadir sama pada sesi temu bual berkenaan selepas mendengar hujah dikemukakan pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Hanafiah Zakaria dan peguam Karpal Singh mewakili Anwar.

Karpal ketika ditemui pemberita berkata, dengan keputusan itu semua saksi yang dikehendaki oleh pihak pembelaan untuk ditemu bual perlu hadir ke mahkamah.
Semua saksi yang dikehendaki oleh pihak pembelaan untuk ditemu bual perlu hadir ke mahkamah - Karpal Singh, Peguam
Beliau berkata, anak guamnya akan hadir sama kerana beliau mempunyai hak untuk mendengar temu bual itu dan pegawai penyiasat kes akan membantu pihaknya mengendalikan prosiding berkenaan. 

Katanya, saksi Dr Suresh Naidu, Nik Mahmood Nik Hassan, Datuk Nik Mohd Sidek Nik Abu Bakar, Raymond Yeoh Cheng Seong, Datuk Dr Jayaindran Sinnadorai, Prof Datuk Dr Mohamad Ariff Abdul Kareem dan Omar Malek Ali Marican yang perlu ditemu bual oleh pihaknya sudah berada di mahkamah semalam.

Pihak pendakwaan dan pembelaan memohon perintah sama ada Anwar boleh menghadiri sesi temu bual saksi bagi pihak pembelaan selepas bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof membantah kehadiran Anwar ketika temu bual itu kelmarin.

Pihak pendakwaan membantah kehadiran Anwar dalam sesi temu bual dengan alasan beliau berupaya menakut-nakutkan saksi dan boleh menyuruh mereka menyatakan apa yang dikehendakinya ketika saksi berkenaan. 
Selain itu, kejadian lalu dalam mahkamah ketika pihak pendakwaan mengemukakan saksi mereka dalam kes liwat itu menunjukkan peguam Anwar tidak mampu mengawal anak guam mereka.

Pada 16 Mei lalu, Anwar diperintahkan membela diri atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan selepas mahkamah memutuskan Mohd Saiful, iaitu pengadu kes adalah saksi yang bercakap benar dan berwibawa. Anwar dijadualkan membela diri pada Isnin depan.bharian

Monday, May 16, 2011

Keputusan kes liwat Anwar hari ini



KUALA LUMPUR – Selepas hampir tiga tahun berlanjutan, kes Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menghadapi tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan akan diputuskan hari ini oleh Mahkamah Tinggi di sini.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Md. Diah akan memberi keputusan pagi ini selepas meneliti dan mempertimbangkan hujah kedua-dua belah pihak di akhir pendakwaan sama ada akan membebaskan Anwar atau memanggil bela diri.
Pada 7 Ogos 2008, Anwar, 64, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan meliwat Mohd. Saiful, 26, tanpa kerelaan di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara di sini, antara pukul 3.10 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.
Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh menyebabkan Anwar dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.
Anwar yang kini dihimpit kontroversi rakaman video seks pernah didakwa atas tuduhan serupa iaitu meliwat pemandu isterinya, Azizan Abu Bakar pada 2000 namun selepas disabitkan bersalah dan menjalani hukuman penjara empat tahun, hukuman terhadapnya diketepikan oleh Mahkamah Persekutuan.
Seramai 27 orang saksi dipanggil memberi keterangan dalam perbicaraan yang bermula pada 3 Februari tahun lalu dengan saksi pertama ialah pengadu sendiri, Mohd. Saiful mendakwa diliwat oleh Anwar ketika menghantar fail yang tertinggal di pejabat.
Mohd. Saiful dalam keterangannya juga mendakwa tidak membuang air besar selama dua hari selepas kejadian sebelum membuat pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 28 Jun 2008.

Friday, March 4, 2011

Anwar tidak tahu sebab ditahan



KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memberi keterangan bicara dalam bicara di Mahkamah Tinggi di sini semalam mendakwa dia tidak diberitahu alasan dirinya ditahan sepanjang berada di dalam lokap Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini pada 16 dan 17 Julai 2008.
Ketua Pembangkang itu juga menyifatkan cara dia ditahan seolah-olah seperti penjenayah Botak Chin atau pengganas rangkaian Al-Qaeda apabila kenderaan yang membawanya diserbu sekumpulan komando bersenjata.
Ketika disoal peguam Karpal Singh, Anwar mendakwa dia telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan diarah menanggalkan pakaian untuk diperiksa oleh dua konsultan perubatan iaitu Dr. Datuk S. Jayandran dan Dr. Ee Boon Leong serta pakar bedah HKL.
Dia bagaimanapun enggan sampel darahnya diambil untuk ujian DNA.
Dakwanya, kedua-dua pakar melakukan pemeriksaan pada bahagian bawah tubuh antaranya mengukur kemaluan dan bulu kemaluan. Bagaimanapun, tiada sebarang alatan dimasukkan ke dalam duburnyaKosmo! Online - Negara

Wednesday, March 2, 2011

DNA Anwar dikait dengan 'Lelaki Y'


DATUK SERI ANWAR: Peguamnya mahu bukti yang diserahkan polis diputuskan sebagai tidak boleh diterima atas alasan bahawa cara tidak betul telah digunakan bagi mendapatkan bukti-bukti itu. -- Foto CHINA PRESS


KUALA LUMPUR: Seorang pegawai polis yang memberi keterangan dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam berkata bahawa pemimpin pembangkang itu memiliki beberapa barangan yang mengandungi sisa DNA yang sama dengan kesan air mani yang terdapat pada pengadu yang mendakwa diliwat ahli politik itu.
Datuk Seri Anwar boleh menghadapi hukuman penjara 20 tahun jika didapati bersalah meliwat bekas pembantunya itu, Encik Mohd Saiful Bukhari Azlan.Kes pihak pendakwaan tertumpu kepada usaha mengaitkan Datuk Seri Anwar kepada DNA yang didapati pada pengadu berusia 25 tahun itu dan pakaian miliknya.Sejauh ini, Datuk Seri Anwar enggan menyerahkan sampel DNA beliau kepada para penyiasat.Semalam, Timbalan Pegawai Turus Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Timbalan Superintenden (DSP) Yahya Abd Rahman, berkata pihaknya membekalkan berus gigi, ubat gigi, tuala kecil dan sabun mandi sahaja kepada setiap tahanan polis di mana-mana lokap.Menurut DSP Yahya, ketua pembangkang itu juga dibekalkan dengan barangan sama ketika ditahan di lokap IPK Kuala Lumpur pada 16 Julai 2008.Bagaimanapun, beliau telah menggunakan budi bicaranya membenarkan Datuk Seri Anwar membawa dua tuala dan sebotol air mineral ke dalam lokap di Tingkat 7 bangunan IPK itu.Ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Nordin Hassan, adakah tahanan lain bersama Datuk Seri Anwar dalam sel lokap sama pada hari itu, DSP Yahya berkata hanya Datuk Seri Anwar seorang sahaja di sel berkenaan.Menurutnya, Datuk Seri Anwar dibawa keluar pada keesokan harinya, pada 17 Julai 2008, dan beliau mengarahkan dua anggota polis mengunci sel tersebut.Saksi pihak pendakwaan itu juga memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa ketika beliau membuat pemeriksaan daripada luar sel selepas itu, beliau mendapati ada sebotol air mineral, tuala serta berus gigi dalam bilik itu.Minggu lalu, seorang ahli kimia kerajaan Malaysia memberitahu mahkamah ada sampel air mani yang ditemui pada Mohd Saiful mengandungi profil DNA yang dilabelkan milik 'Lelaki Y' yang, menurutnya, juga terdapat pada berus gigi, tuala kecil dan botol air yang diserahkan polis.Encik Karpal bagaimanapun berkata polis telah menggunakan kaedah tidak sah dalam mendapatkan barangan berkenaan daripada sel lokap Datuk Seri Anwar.'Kami mahu bukti ini diputuskan sebagai tidak boleh diterima, atas alasan bahawa cara tidak betul telah digunakan bagi mendapatkan bukti-bukti ini,' kata peguam veteran itu.Menurutnya, satu 'perbicaraan dalam perbicaraan' perlu diadakan dan beliau akan membuat penghujahan baginya hari ini.Datuk Seri Anwar didakwa meliwat Encik Mohd Saiful di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini, antara 3.01 dengan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. Beliau menafikan tuduhan itu.Perbicaraan didengar di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah. -- Agensi.Cyberita Online Luar Negara

Thursday, December 16, 2010

Menteri nafi polis Malaysia sebagai sumber maklumat

PENDEDAHAN WIKILEAKS TENTANG KES LIWAT
Hishammuddin tegaskan perincian dan rahsia siasatan sentiasa dijaga dan dipertahan


PUTRAJAYA: Pendedahan terbaru mengenai kes liwat ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, seperti dalam kabel diplomatik yang dibocorkan WikiLeaks tidak diperolehi daripada maklumat risik polis dan siasatan ke atasnya.
Demikian menurut Menteri Dalam Negeri Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.'Pendedahan yang menyentuh perbuatan liwat seperti yang tersiar dalam WikiLeaks itu tiada kaitan langsung dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM),' katanya seperti ditukil akhbar Berita Harian Malaysia semalam.Beliau berkata demikian sewaktu mengulas mengenai pendedahan WikiLeaks di mana agensi perisikan Singapura mengesahkan mengenai kegiatan Anwar berdasarkan bukti daripada risikan teknikal yang dilakukan agensi itu, dipercayai melalui kaedah memintas talian komunikasi Malaysia.'Dalam konteks ini, saya ingin tegaskan bahawa semua maklumat dan rahsia mengenai siasatan yang dilakukan PDRM sentiasa terpelihara dan sememangnya dijaga serta dipertahankan kerana ia membabitkan imej selain kredibiliti PDRM sendiri,' tambahnya.'Pendedahan dalam laman web WikiLeaks di mana sumber perisikan Singapura mengesahkan kepada pihak Australia bahawa Ketua Pembangkang itu memang terlibat dalam kegiatan meliwat tiada kaitan dengan siasatan yang dilakukan oleh pihak berkuasa negara ini,' jelasnya seperti ditukil akhbar Utusan Malaysia.'Apa yang didedahkan oleh WikiLeaks adalah perbincangan antara dua pihak iaitu Singapura dengan Australia,' katanya lagi.Oleh itu, menurutnya, adalah tidak bertanggungjawab jika ada pihak cuba mengaitkan perkara itu dengan polis atau Kementerian Dalam Negeri Malaysia.Ketua Polis Negara Malaysia, Tan Sri Ismail Omar, pula kelmarin menafikan PDRM membocorkan maklumat kepada WikiLeaks.'Saya tidak mahu pasukan polis diheret ke dalam perkara ini. Kami adalah pasukan yang profesional dan tahu tugas dan tanggungjawab kami,' tegasnya seperti ditukil akhbar The Star semalam.Beliau berkata begitu semasa mengulas kenyataan Datuk Seri Anwar menerusi Twitter berhubung kabel diplomatik yang didedahkan WikiLeaks, yang menunjukkan agensi perisikan Australia dan Singapura membincangkan kes liwatnya.Perbualan itu mendakwa Cawangan Khas (SB) PDRM sebagai sumber pendedahan seperti dilapor akhbar Australia, Sydney Morning Herald.Datuk Seri Anwar dilapor berkata:'Sumber? Polis SB Malaysia. Bukti tak ada.' - BHM, Utusan Malaysia, The Star.