Thursday, March 12, 2015

Shafee hanya dibayar RM1,000



MUHAMMAD SHAFIE hadir di mahkamah sewaktu perbicaraan kes liwat Anwar di Putrajaya Februari lalu.


KUALA LUMPUR – Kerajaan hanya membayar sebanyak RM1,000 kepada Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sebagai caj perkhidmatan beliau sebagai Ketua Pendakwa Raya dalam kes liwat membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri berkata, jumlah bayaran itu yang sebelum ini tidak didedahkan kepada orang ramai adalah bagi menghormati etika profesionalisme dan kerahsiaan antara majikan dan pelanggan.
Beliau berkata, jumlah bayaran itu bagaimanapun didedahkan selepas mendapat persetujuan Jabatan Peguam Negara dan Muhammad Shafee apabila perkara itu berulang kali dibangkitkan di Dewan Rakyat.
“Ingin saya maklumkan bahawa pendedahan jumlah bayaran bagi perkhidmatan beliau hanya boleh dibuat dengan persetujuan kedua-dua pihak yang terlibat.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0312&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz3U92ph19M 
Hakcipta terpelihara 

Zakia jalani rawatan psikologi, kaunseling



GAMBAR terbaharu Zakia bersama isterinya, Sharifah Erna dan anak mereka, Muhammad Hisyam Izzuddin yang dirakam baru-baru ini.


KOTA KINABALU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih memantau perkembangan emosi Lans Koperal Zakia melalui rawatan psikologi dan kaunseling.
Sumber keselamatan berkata, semalam merupakan hari kedua Zakia menjalani rawatan pakar berkenaan kerana dibimbangi mengalami trauma teruk ekoran telah diculik oleh pengganas Sulu dalam serang hendap di Mabul Water Bungalows Resort, Pulau Mabul, Semporna, Sabah tahun lalu.
“Kesihatan Zakia berada pada tahap baik tetapi masih dalam proses pemantauan bagi memastikannya benar-benar pulih daripada segi fizikal, mental dan rohani. Hari ini (semalam) adalah hari kedua Zakia menjalani rawatan tersebut. Kita tahu dia pasti trauma dengan apa yang berlaku (penculikannya sebelum ini),” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.
Menurut sumber tersebut, pihak keselamatan juga belum menemubual anggota polis itu kerana masih menunggu laporan penuh kesihatannya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0312&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz3U92eGvV4 
Hakcipta terpelihara 

Indonesia beri amaran kepada Australia



PROTES yang diadakan oleh rakyat Indonesia yang marah dengan kenyataan biadab Abbott.


JAKARTA – Seorang menteri Indo­nesia memberi amaran Australia bakal berdepan “tsunami manusia” jika Canberra terus memberi tekanan supaya dua penye­ludup dadah warganya yang kini me­nunggu untuk menjalani hukuman mati diberikan pengampunan.
Beberapa rakyat asing dijadualkan menjalani hukuman mati kerana kesalahan berkaitan dadah, manakala Australia merupakan antara negara yang merayu kepada Presi­den Joko Widodo supaya mengampunkan rak­yat mereka.
Banduan warga asing itu termasuk dua rakyat Australia, Andrew Chan dan Myuran Sukumaran di sam­ping seorang rakyat Perancis, seorang warga Brazil dan tiga rakyat Nigeria serta beberapa banduan dari Filipina dan Ghana.
Rayuan pengampunan yang dibuat oleh Australia itu turut meminta Indo­nesia agar mengenang budi Canberra yang telah banyak menghulurkan bantuan kepada mangsa tsuna­mi di Aceh.
Namun, tindakan Australia itu mencetuskan kemarahan ramai pemimpin Indonesia termasuk Menteri Keselamatan Tedjo Edhy Purdijatno.
Beliau memberitahu, pada minggu ini bahawa Indonesia boleh melepaskan tsunami manusia terdiri daripada sejumlah pencari suaka ke Australia.
“Indonesia banyak berusaha untuk meghalang pendatang haram dari negara-negara lain daripada mema­suki Australia,” beliau dipetik sebagai berkata oleh media Indonesia.
“Jika Canberra terus bersikap se­perti ini, Jakarta nyata akan melepaskan migran ini yang mahu pergi ke Australia.
“Terdapat lebih 10,000 pencari suaka ini di Indonesia pada masa ini. Jika mereka dibebaskan, Australia akan ber­depan tsunami manusia,” tam­bahnya.
Canberra telah bertungkus lumus selama bertahun-tahun untuk mengekang kemasukan pencari suaka yang menjadikan Indonesia sebagai negara transit.
Pada bulan lalu, Perdana Menteri Australia, Tony Abbott berkata, Jakarta perlu mengingati bantuan bernilai AS$1 bilion (RM3.69 bilion) yang dihantar oleh Australia bagi membantu mangsa tsunami di Lautan Hindi pada 2004. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0312&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz3U90XAJpZ 
Hakcipta terpelihara 

Nekad kuruskan badan Gara-gara malu diusung naik troli


12 Mac 2015 12:58 AM
China fattest man Liang Yong
Getting in shape: Yong now weighs 'just' 21 stone thanks to a healthy diet and regular exercise
At ease: Yong, from Dazu in Chongqing province, was born 'heavy', according to his father
China's  fattest man Liang Yong

BEIJING 11 Mac - Seorang pemuda yang pernah memegang gelaran lelaki tergemuk di China, nekad menguruskan badan gara-gara malu selepas diusung menggunakan troli ke hospital kerana tidak muat menaiki ambulans pada 2010.
Berat badan Liang Yong, 26, yang sebelum ini mencecah 225 kilogram, kini susut sebanyak 78.6 kilogram kepada 146.4 kilogram selepas lima tahun mengikuti program diet anjuran sebuah hospital di Chongqing, barat daya China.
Menurut laporan akhbar The People’s Daily, dia mahu berat badannya turun secara perlahan-lahan bagi mengelakkan kulitnya menggeleber.
“Gelaran lelaki tergemuk di China bukanlah satu perkara yang perlu dibanggakan.
“Sejak itu, saya berazam mahu mengurangkan berat badan. Saya berjaya apabila mencatat rekod sebagai individu paling banyak turun berat badan,” ujarnya.

Advertisement
Yong berkata, dia kemudian dibawa ke hospital tempatan yang bersetuju memberi rawatan percuma kepadanya.
“Di situ, saya mengamalkan diet sihat dan sering bersenam sehingga boleh bergerak seperti insan lain,” katanya.
Data tersebut akan digunakan sebagai panduan untuk merawat pesakit lain yang mempunyai masalah obesiti serius di negara ini.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/nekad-kuruskan-badan-1.68444#sthash.Bj68Hp0V.dpuf