Sunday, September 9, 2012
jangan gaduh tapi dia yang gaduh teruk sekali...kah kah kah!
Tentera diarah kawal kawasan penduduk Buddha daripada diserang
DHAKA 1 Okt. - Bangladesh hari ini, menghantar pasukan tentera ke kawasan penduduk Buddha selepas berlaku serangan di tokong dan kediaman mereka ekoran penyiaran gambar yang mengutuk agama Islam di laman sosial Facebook.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121002/lu_03/Tentera-diarah-kawal-kawasan-penduduk-Buddha-daripada-diserang#ixzz289XKEKkh
© Utusan Melayu (M) Bhd
Sekurang-kurangnya lima tokong Buddha diserang di kawasan yang berasingan di Cox Bazaar semalam dengan beribu-ribu penunjuk perasaan beragama Islam memusnahkan beberapa patung Buddha sebelum polis antirusuhan menggunakan kekerasan untuk menyuraikan mereka.
"Kami terpaksa melepaskan peluru getah untuk menyuraikan keadaan,'' kata Timbalan Ketua Polis Wilayah Tenggara, Faruk Ahmed.
Katanya lagi, seramai 107 orang telah ditahan berhubung kes keganasan yang berlaku semalam
"Ini merupakan serangan terancang, kami tidak akan menyembunyikan sesiapa sahaja yang memainkan peranan penting dalam serangan itu,'' kata Faruk.
Sekurang-kurangnya lima buah rumah musnah terbakar selepas 25,000 orang penunjuk perasaan merusuh di Ramu, daerah Cox Bazaar dengan memusnahkan tokong Buddha dan membakar beberapa buah rumah lagi pada malam Sabtu.
Rusuhan itu kemudian merebak ke Patia, dengan penunjuk perasaan bertindak menyerang dan memusnahkan rumah penduduk yang dihuni penganut Buddha di luar bandar pelabuhan di Chittagong.
Faruk berkata, tentera juga melakukan rondaan di kawasan Buddha dan tokong di Cox Bazaar untuk menghalang keganasan itu kembali berlaku.
"Tentera dan juga pengawal sempadan telah dikerah ke tempat bermasalah,'' katanya sambil menambah keadaan di kawasan tersebut kelihatan tenang tetapi tegang.
Sementara itu, Menteri Dalam Negeri Bangladesh, Mohiuddin Khan Alamgir menuduh pembabitan pelarian Muslim Rohingya dalam serangan ke atas tokong dan kediaman masyarakat Buddha di tenggara negara ini.
Selain masyarakat Rohingya katanya, parti pembangkang turut terbabit dalam serangan itu yang disifatkannya sengaja menjejaskan keharmonian negara ini. - AFP/REUTERS
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121002/lu_03/Tentera-diarah-kawal-kawasan-penduduk-Buddha-daripada-diserang#ixzz289XKEKkh
© Utusan Melayu (M) Bhd
Farid, Diana kahwin tahun depan!
WARTAWAN SINAR HARIAN
9 September 2012
9 September 2012
TAHNIAH diucapkan kepada pasangan selebriti, Farid Kamil dan Diana Danielle, yang baru melangsungkan pertunangan pada Ahad lalu. Majlis yang diadakan secara tertutup itu hanya dihadiri keluarga dan teman rapat mereka. Dalam majlis itu, Diana menerima sebentuk cincin dan juga beberapa hantaran lain.
Nampaknya pasangan ini serius menjalinkan hubungan cinta dan tentunya peminat mahu mereka segera ke jinjang pelamin. Sudah bersedia melangkah ke fasa itu, baik Diana mahupun Farid memilih tahun hadapan untuk memeterai cinta mereka.
Bagaimanapun, buat masa ini mereka ingin memberi tumpuan terhadap karier masing-masing.

Abby dituduh jual badan
AKMALIAH RAZAK
9 September 2012
9 September 2012
MASIH teguh dalam usaha mendekatkan diri dengan ilmu agama, penghijrahan Abby Abadi dalam dunia politik (Pas) mengundang pelbagai reaksi.
Abby bukan saja semakin pandai berkata-kata mengenai ilmu agama, bahkan juga semakin berani mengkritik orang di sekelilingnya.
Selepas isunya mempertikaikan kenyataan Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, mengenai hukum hudud, Abby kembali memanaskan 'alam maya' apabila membuat pengakuan ada individu menuduhnya menjual badan dan muka semata-mata untuk parti.
Abby menerusi Twitternya bagaimanapun pantas mempertahankan dirinya; "Saya tidak pernah terlintas untuk berbuat sedemikian. Fitnah bertebaran, dosa berpanjangan," katanya ringkas.

Isteri Sham fail penceraian
WARTAWAN SINAR HARIAN
9 September 2012
9 September 2012
Sham Kamikaze: 'Tunggu kenyataan rasmi saya!'
Berita penceraian pemuzik dan pendakwah bebas, Sham (Kamikaze) pastinya menjadi bualan ramai ketika ini.
Isterinya, Farazila Abdul Jabar telah memfailkan cerai terhadap Sham di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, sejak 30 Ogos lalu. Farazila menerusi sebuah akhbar mendakwa, Sham gagal menjalankan tanggungjawabnya sebagai suami.
Bagaimanapun, Farazila menafikan penceraiannya berpunca dari kontroversi pernikahan kedua Sham bersama seorang janda yang juga dikatakan kakak kepada Maulana AF.
Sham bagaimanapun sehingga kini belum memberikan sebarang penjelasan mengenai penceraiannya itu. Namun menerusi Twitternya, Sham meminta agar orang ramai tidak membuat spekulasi dan tohmahan sehingga dia memberikan kenyataan rasmi.
Farazila dan Sham berkahwin pada 17 Ogos 2008 secara rahsia di kampung Farazila, di Batu Pahat, Johor.

Punggung adalah milik peribadi!
TOK PERAK
9 September 2012
9 September 2012
*JANGAN ambil ringan pada punggung, sebab anggota bahagian belakang itu – tidak kira bentuk, warna atau ukuran – adalah milik mutlak peribadi, dan bukan untuk dikongsi dengan orang lain.
Ada pun perihal punggung, telah terbukti dulu, kini dan selamanya, sekiranya digunakan secara baik, ia boleh membawa faedah. Tetapi kalau tersilap guna, tidak kira apa cara, boleh membawa padah.
Seorang remaja 19 tahun telah menggunakan punggung tidak pada tempatnya, menyebabkan dia ditahan polis Selasa lalu untuk disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan. Pendek kata jangan main-main pada punggung, dan jagalah punggung masing-masing!
*ARAKIAN perihal remaja berkenaan rupanya seorang pelajar jurusan multimedia kreatif di sebuah kolej swasta berhampiran Kuala Lumpur. Ternyata dalam hal punggung pelajar semester tiga itu tidaklah begitu kreatif, atau mungkin terlebih kreatif.

Dia dikatakan terlibat dalam insiden menunjukkan punggung ke arah gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, pada perhimpunan ‘Janji Demokrasi’ di Dataran Merdeka malam merdeka lalu.
Ketika rakyat seluruh negara menyatakan rasa syukur sambil menjeritkan kemerdekaan, remaja berkenaan memilih untuk mempamerkan punggungnya di khalayak ramai. Tidaklah diketahui mengapa dia tidak berasa malu berbuat demikian.
Mudah-mudahan siasatan polis nanti – di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu sengaja mengaibkan dengan niat hendak memecahkan keamanan – dapat mengetahui bagaimana seorang yang waras boleh menayang punggung seperti menayang iPad atau iPod.
Ayah kepada pelajar berkenaan telah pun memohon maaf bagi pihak anaknya kepada Najib, Rosmah dan seluruh rakyat Malaysia.
*ADA pun perihal menonggeng punggung bukanlah sesuatu yang luar biasa di tempat kita. Dulu-dulu hanya orang tidak waras @ gila yang tidak segan silu melondehkan seluar atau kain untuk mempamerkan punggung dan benda-benda lain dalam kain.

Semenjak dua menjak ini orang waras pun gemar menonggeng punggung di khalayak ramai, walaupun tujuannya bukanlah untuk dibuat penilaian punggung siapa yang lebih besar lagi lebih menawan.
Tentu ramai masih ingat insiden bulan Mei lalu, apabila sekumpulan lelaki yang mengaku dari sebuah NGO telah berkumpul di hadapan kediaman Datuk Ambiga a/p Sreenevasan, untuk beraksi menonggeng punggung ke arah rumah tersebut.
Mereka berbuat demikian kerana menentang tindakan Ambiga menganjurkan perhimpunan ‘Bersih 2.0’. Setakat ini tidak ada tindakan ke atas tukang tonggeng tersebut. Apakah tonggeng punggung jenis ini tidak termasuk dalam kategori biadab atau kurang ajar?
Pada hemat saya, tonggeng punggung di tempat umum tidak kira di mana, apa tujuannya – sama ada bertutup atau terdedah – tetap aksi kurang sopan. Maka yang sengaja mempamer punggung di kediaman Ambiga itu pun patut disiasat.
*AKHIR kalam, masih mengenai punggung, akhir-akhir ini ada satu kegilaan baru, terutama dalam kalangan remaja di seluruh dunia, mengenai apa yang disebut ‘gangnam style’. Ini satu lagu Korea dinyanyikan oleh Jae Sang Park atau PSY.

Muzik ini disertai dengan gerak tubuh @ tarian seperti orang menunggang kuda. Sejak disebarkan dalam Youtube, 100 juta orang seluruh dunia telah menyaksi, menikmati, dan meniru penuh semangat tarian ini.
Oleh sebab macam menunggang kuda tentu sekali ada aksi tonggeng dan goyang-goyang punggung. Remaja seluruh dunia, termasuk di negara kita, sudah terikut-ikut gaya gangnam. Ada yang suka, ramai juga yang menentang.
Dulu Inul, penyanyi dangdut dari Indonesia itu pun pernah mencetuskan kontroversi di negara ini, gara-gara punggung. Persembahannya mendapat sambutan yang amat hangat, bukan sahaja sebab dangdut, lebih-lebih lagi gaya dia berpunggung-punggung.
Aksinya di pentas membuat penonton – terutama lelaki – menjerit gila-gila, terutama apabila Inul menggoyang punggungnya bagaikan menggerudi bumi itu. Sebab gaya gerudinya yang hangat itu persembahannya di sini pernah diharamkan.
Sama ada ‘gangnam’ atau ‘gerudi’ dua-dua melibatkan punggung. Bagi yang tidak suka, mereka kata itu aksi kurang sopan. Bagi yang suka @ gila-gila, itu dianggap hiburan dan penuh seni. Dulu-dulu ada seni panggung, sekarang ada seni punggung!
Anggota polis sahkan pengawal peribadi Anwar tak acu pistol...
Anggota polis sahkan pengawal peribadi Anwar tak acu pistol.....Lagi berita penuh disini: http://pkrl.blogspot.com/ 2012/09/ anggota-polis-sahkan-pengaw al-peribadi.html —
Facebook Rafizi Ramli kena godam (hacked) BeritaBlog Milo Suam
LAMAN Facebook peribadi milik Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat, saudara Rafizi Ramli nampaknya sudah digodam oleh individu tidak bertanggung jawab.Rafizi Ramli diketahui umum aktif membongkarkan salah laku dan penyelewengan pimpinan atasan Umno dan Barisan Nasional maka tidak hairanlah beliau menjadi sasaran penggodam upahan.
Maju nya Sabah di bawah pemerintahan UMNO/BN. Tahniah
FGV telah jual sahamnya sebanyak 400 juta unit kepada GENTING salah 1 pusat perjudian terbesar d MALAYSIA dgn pelaburan RM 2 billion...
Secara tak langsung bones dari FGV ke peneroka salah 1 hasil dari genting!!!!
Majoriti peneroka MELAYU ISLAM...
Boleh ke guna duit tu untuk pergi HAJI ? Buat korban hasil yang dari GENTING.....
ADAKAH PENEROKA2 TAHU ?
BUKTI ? ADA SEMUA TERTULIS DI PAPAN CARTA FGV siapa pemilik saham terbesar itu
KONGSIKN PADA ANAK2 PENEROKA YANG LAIN MOGA MEREKA BOLEH BAGI TAU PADA ORANG2 TUA MEREKA ...AGAR X SUBAHAT DENGAN SAHAM YANG MELIBATKN WANG DARI GENTING....
Wartawan Jepun: 'Ini mungkin hari terakhir saya di Syria'
9 September 2012
RAKAN setugas wartawan Jepun yang terbunuh di Syria, Kazutaka Sato berkata, Mika Yamamoto pernah berkata hari pertamanya berada di negara itu mungkin akan menjadi hari terakhir.
Yamamoto, seorang wartawan perang veteran, pernah membuat liputan di negara-negera bergolak seperti Afghanistan, Iraq dan Balkan dilaporkan telah menerima tugasan untuk melaporkan peningkatan kadar keganasan di negara itu sejak bulan lalu.
Sato dan Yamatomo yang bekerja untuk Japan Press, telah ditugaskan bersama di Syria.
Semasa kejadian, Sato berkata, dia berada hanya beberapa meter dari Yamatomo sebelum ditembak.
Sebelum ini, Sato yang pernah diberi perlindungan di zon perang bersama Yamatomo telah menggambarkan minatnya dalam bidang kewartawanan.
"Saya rasa, Yamatomo masih percaya bahawa melaluinya boleh menghentikan peperangan... malah, pemberitaan dia juga lebih tertumpu pada (soal) kanak-kanak, saya percaya dia mahu memberitahu dunia bagaimana kanak-kanak yang tidak berdosa itu sakit, mati dan terlukanya hati mereka," katanya.
Sato berkata, sebelum ini dia tidak dapat menangani dengan baik kehilangan rakan setugasnya itu dan satu-satunya cara dia boleh mencari ketenangan adalah dengan bercerita apa yang berlaku kepada isterinya.
Mengimbau kembali kejadian, Sato berkata, mereka ketika itu berada di bandar Aleppo yang dikepung oleh tentera pemberontak Syria dan melihat 10 hingga 15 lelaki berjalan ke arah mereka.
"Pada mulanya saya fikir, mereka adalah tentera Syria dan kami ketika itu berdiri sebelah-menyebelah.
"Apabila saya baru memegang kamera, kumpulan tadi mula menembak dan dari situlah semuanya berlaku," ujarnya lagi.
Ujar Sato, seorang lelaki yang memakai topi keledar berwarna hijau zaitun dari kumpulan itu berjaya membuatkan mereka berfikir bahawa mereka adalah dari tentera Syria.
Menceritakan detik cemas itu, Sato berkata, ketika dia berpaling dan berlari, dia mendengar bunyi tembakan, diikuti oleh tembakan senjata automatik.
"Saya fikir saya akan ditembak dan ketika itulah saya terpisah dari Mika," katanya.
Selepas kejadian, dia cuba mencari sahabatnya itu selama beberapa jam dan percaya Yamatomo selamat.
"Ketika itu, saya tidak terfikir langsung yang dia telah meninggal dunia.
"Saya bertanya kepada seorang pejuang pemberontak di mana Yamatomo, dia memberitahu saya, 'dia di hospital, pergi dan lihat sendiri.'
"Pada ketika itu, saya mula membayangkan apa yang telah berlaku kepadanya..," katanya.
Katanya lagi, ketika tiba di tingkat satu lobi hospital, matanya terpandang ke arah sebuah pengusung, yang di atas ada satu mayat yang ditutupi sehekai kain dan pada ketika itu, Sato sudah mengetahui itu adalah rakan setugasnya, Yamatomo.
Sato percaya Yamatomo memang menjadi sasaran tentera pemberontak kerana dia seorang wartawan asing.
Dia berkata, ketika kejadian, salah seorang daripada lelaki bersenjata itu menjerit, "Ada mereka di sini, orang Jepun," tetapi ia adalah sukar untuk menentukan apa yang dikatakan melalui video yang sempat merakamkan detik-detik cemas itu.
Sewaktu Sato menonton kembali video rakaman yang sempat difilemkan oleh Yamamoto semasa kejadian, menyaksikan bagaimana dia ditembak dengan peluru beberapa kali.
"Dalam video itu dia hidup. Saya tidak tahu bagaimana saya akan berurusan dengan kenangan ini kerana suaranya masih terngiang-ngiang," katanya dengan nada tenang.
Sehubungan itu, Sato telah meminta kerajaan Syria melalui kedutaannya di Tokyo untuk meneliti kematian Yamatomo dan mengharapkan sedikit jawapan.
"Saya perlu tahu apa yang berlaku padanya.
"Yamatomo seorang pengamal media yang memengang prinsip profesional dalam menjalankan tugas.
"Dia adalah 'tangan kanan dan kiri' saya, segala-galanya untuk saya, tanpanya saya tidak tahu apa yang boleh saya lakukan sekarang," jelasny.
* Dipetik dari CNN

Tokoh Syiah Ini Hujat Presiden Mursi dan Khulafaur Rasyidin
Tokoh Syiah kontroversial, Yasser Habib melancarkan 'serangan' sengit kepada Presiden Mesir, Muhammad Mursi, akibat ucapan di Iran yang menyanjung para Khulafar Rasyidin dan menyatakan sikapnya yang bertentangan dengan rejim Bashar Al-Assad.
Yasser Habib dikenali sebagai tokoh Syiah ekstrim dan di kalangan media disebut seorang yang tidak sopan dalam bertutur kata. Yasser terang-terangan mengkritik Presiden Mursi dengan mengatakan, "Presiden Mesir ini orang idiot dan baru sembuh dari penyakit epilepsi." Lebih banyak dia menuturkan, "anda (Presiden Mursi) tidak menyeronokkan dan tidak berprestasi."
Yasser juga tidak bersetuju dengan pujian Mursi terhadap para khulafar Rasyidin melalui ucapannya dalam Sidang Kemuncak (KTT) Gerakan Non-Blok (GNB) yang berlangsung di Tehran dan menanyakan korelasi pujiannya itu dengan acara Sidang Kemuncak GNB.
Tokoh Syiah radikal ini, dalam ceramah agama yang ditayangkan salah satu stesen televisyen Syiah Iran dengan berani mencaci-maki dan menghujat tiga khalifah; Abu Bakar As-Siddiq, Umar bin Khattab, dan Uthman bin Affan Radhiyallahu Anhum, dan melabelkan mereka sebagai orang munafik.
Dalam ceramah itu Yasser juga mengarahkan percakapannya kepada Presiden Mursi, "Jika anda memuji Abu Bakar, Umar, dan Uthman di tengah-tengah bandar Tehran, Iran, maka kami (Syiah) telah melakukan perkara sebaliknya. Kami telah melaknat mereka bertiga di tengah-tengah bandar Kaherah sejak tahun sembilan puluhan, ketika Hassan Shehata menghujat dan melaknat mereka melalui ceramah dan buku-buku karangannya yang mengakibatkan dia masuk penjara, "ujarnya.
Hassan Shehata adalah warga Mesir penganut Syiah, dia dikenal sebagai orang berlidah tajam yang berani menghina dan mengutuk manusia yang terbaik selepas Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi wa Sallam iaitu para sahabat Radhiyallahu Anhum.
Yasser Habib, tokoh Syiah yang tidak jauh berbeza dengan Hassan Shehata, selalu mencemarkan dan membantah akidah Ahlussunnah wal Jama'ah. Selain terbiasa mencaci-maki Khulafar Rasyidin, dia juga menghina Ummul Mukminin, Aisyah Radhiyallahu Anha dan sahabat Nabi yang lain. Kalimat cacian dan makian yang dialamatkan kepada Aisyah itu dilontarkannya dalam sebuah acara khusus di London, England yang mana kata-kata kotor dan tidak senonoh mengalir bak air dari mulut Yasser Habib. Perlakuannya ini menggemparkan negara asalnya, Kuwait sehingga Dewan Menteri memutuskan untuk mencabut kewarganegaraan Kuwait darinya.
Mursi Bertabur Bintang!
Mursi Bertabur Bintang! Itu kira-kira sebutan yang sesuai disematkan pada Presiden Mesir, Muhammad Mursi. Kerana dalam tempoh dua bulan memikul amanah sebagai Presiden, beliau mampu mewujudkan mimpi-mimpi bertahun-tahun rakyat Mesir:
Pertama, beliau berjaya dalam menamatkan pemerintahan tentera dan membatalkan 'dustur mukammil' atau perlembagaan penyempurna buatan tentera.
Kedua, beliau berjaya memastikan kestabilan keselamatan di Sinai dan sempadan.
Ketiga, beliau berjaya membentuk Dewan Presiden yang terdiri daripada kumpulan profesional, ia juga menunjuk wakil presiden dari kalangan bebas. Yang terbaru adalah beliau melantik sepuluh Gabenor baru.
Keempat, beliau berjaya membebaskan hutang petani (tidak perlu membayar) dan membentuk pasukan pembangunan .
Kelima, beliau berjaya mengembalikan wibawa Mesir dalam percaturan dunia antarabangsa dan bebas daripada hegemoni Amerika (lawatan beliau ke Saudi, sidang kemuncak negara2 Afrika, lawatan ke China, Sidang Kemuncak Non Blok dan terbaru pidato beliau di Liga Arab).

Presiden Mesir Bekerja 18 Jam Sehari
Penasihat Presiden Mesir, Saifuddin Abdulfatah mengatakan, bahawa Mursi bekerja selama 18 jam sehari, dan sokongan masyarakat tiap hari kian menguat untuknya.
Abdulfatah, anggota dari pasukan penasihat presiden Mesir ini menjelaskan lebih lanjut, sejauh pemerhatiannya Presiden dalam sehari bekerja tak kurang dari 18 jam, dan kerap berbincang dengan para penasihatnya dalam mengambil sebuah keputusan, "Kedepan kami akan berusaha agar presiden mempunyai agenda bulanan dengan masyarakat, berbincang langsung dengan mereka dan merasakan langsung permasalahan yang mereka alami. "jelas Abdulfatah.
Dalam sebuah persidangan yang diadakan oleh FJP (Parti IM) di bandar Manufiah, Mesir, Abdulfatah mengatakan, bahawa seandainya saat ini diadakan pillihanraya semula, tentu suara Mursi naik signifikan berbanding suara sebelumnya. Ia kemudian menyebut keinginan para politikus yang tidak menyukai Mursi dan meminta adanya pilihanraya ulang hanyalah berita kosong belaka, "Mereka hanya berteriak-teriak di TV, kerana faktanya di jalanan, rakyat semakin mencintai Mursi." Jelas Abdulfatah.
Sidang Kemuncak Non Blok baru-baru ini yang diadakan di Iran menurut penasihat presiden ini telah mengangkat citra Mesir dan Mursi. Menurut Abdulfatah, saat ini negara yang berpengaruh di kawasan bertambah, disamping Turki, Saudi dan Iran, kini ada Mesir.
YAB Tuan Guru dan pimpinan sempat bergambar bersama-sama pengunjung NON MUSLIM
137 terbunuh pada hari Sabtu di Syria, kebanyakkannya di Damascus dan Aleppo.
-137 terbunuh pada hari Sabtu di Syria, kebanyakkannya di Damascus dan Aleppo.
-HQ Keselamatan Jenayah di Damascus telah berpaling tadah dan bersama dengan kebangkitan rakyat.
-Jack Peirse , Pengasas Dr tanpa sempadan berkata situasi di Syria kini penuh kengerian dengan pembunuhan beramai-ramai sepanjang masa.
-Eropah mengenakan sekatan baru terhadap Bashar untuk mengurangkan sumber kewanganya kerana dia masih mampu menghabiskan sebanyak 10Mil USD $ sehari untuk melancarkan perang terhadap rakyatnya.

Bas PKR Jelajah Merdeka Rakyat disimbah cat lagi
WARTAWAN SINAR HARIAN
8 September 2012
8 September 2012
SHAH ALAM - Bas yang digunakan PKR pada program Jelajah Merdeka Rakyat disimbah cat merah kali kedua dalam seminggu ini, kata Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kali ini insiden itu terjadi di Melaka.
"Minggu lepas di Kelantan, kali ini di Melaka. Tindakan samseng makin berani dan biadab!" kata mesej Twitter Anwar hari ini.
Kata beliau, gerombolan dipercayai anggota Pemuda sebuah parti melempar cat merah di bahagian cermin hadapan bas Jelajah Merdeka Rakyat sebaik menghampiri Rumah Terbuka Aidilfitri PKR Melaka di Kampong Kelubi, Jasin.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad yang dihubungi Sinar Harian Online turut mengesahkan kejadian tersebut.
Bas terbabit diserang di Kota Bharu, Kelantan awal pagi 1 September di hadapan Pasar Siti Khadijah.
Ia dilancarkan oleh PKR pada 31 Ogos sebagai kemudahan untuk menggerakkan Jelajah Merdeka Rakyat.
Dalam kejadian di Kota Bharu, cermin bas tersebut telah dipecahkan dan cat merah disimbah pada bas tersebut.
Bas itu mempunyai 19 tempat duduk, kemudahan wifi, tempat mesyuarat, tandas dan dilengkapi sistem bunyi dan pentas segera.
Dalam pada itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin ketika dihubungi berkata, beliau dan Anwar berada dalam bas ketika kejadian.
"Bas disimbah cat dan dibaling dengan botol dan batu ketika bas tiba di kawasan kejadian," kata beliau.
Kata beliau, bas diserang apabila skuad AMK yang berada di kawasan kejadian cuba menghalang beberapa pemuda, dipercayai ahli Umno, cuba menyekat bas daripada meneruskan perjalanan ke tempat majlis.
"Apabila bas mula bergerak selepas kumpulan itu dileraikan ke tepi jalan, kumpulan pemuda itu membuang cat ke arah bas dan baling, dipercayai botol dan batu," kata beliau.
Ketika kejadian ada 10 penumpang termasuk beliau, Anwar dan seorang lagi anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
Shamsul Iskandar berkata, pihaknya akan membuat laporan polis esok.
"Saya kenal salah seorang yang berada dalam kumpulan pemuda adalah seorang penghulu. Saya akan dapatkan butiran dan akan dedahkan selepas membuat laporan polis esok," kata beliau lagi.
Pengemis mundar-mandir
WARTAWAN SINAR HARIAN
9 September 2012
9 September 2012
JALAN MERU - Bermodalkan muka sedih sambil merayu-merayu meminta simpati, warga asing meminta sedekah daripada orang awam terutamanya pemandu kenderaan di beberapa lokasi di sini.
Tinjauan Sinar Harian di beberapa lokasi di Klang, mendapati perbuatan meminta sedekah semakin menjadi-jadi.
Kebanyakan golongan peminta sedekah berusia sekitar 40-an hingga 70-an itu menjadikan persimpangan lampu isyarat sebagai lubuk rezeki ketika pemandu kenderaan berhenti semasa lampu merah.
Dengan berpakaian ala islamik, mereka akan bergerak dari sebuah kenderaan ke kenderaan lain sambil mengetuk cermin kereta sambil memohon simpati supaya diberikan wang.
Pengguna, Suraya Izhar, 28, berkata, kegiatan meminta sedekah itu semakin berleluasa di persimpangan lampu isyarat terutamanya Bandar Bukit Tinggi, Klang Parade dan Jalan Meru
"Peminta sedekah pula bukan seorang tetapi ramai tidak kira lelaki atau wanita. Mereka akan berdiri di tepi jalan tanpa mengira masa sekalipun panas terik.
“Saya perhatikan ada pemandu kenderaan yang bersimpati dengan mereka memberikan wang dan tidak kurang juga sebaliknya," katanya.
Bagaimanapun katanya, tindakan pengguna memberikan wang mendorong lebih ramai peminta sedekah muncul di kawasan itu.
"Bersimpati memang bagus tetapi biarlah pada tempatnya, jika tidak ia hanya akan menyebabkan aktiviti meminta sedekah semakin menjadi-jadi.
“Sikap masyarakat yang terlalu pemurah dan mudah bersimpati mendorong aktiviti itu berleluasa,” katanya.
Dalam pada itu, Suraya menggesa pihak berkuasa menangani aktiviti tidak sihat itu yang dilihat menjadi rutin harian sebagai cara mudah mendapatkan wang.
"Mereka mengambil kesempatan dengan sikap pemurah masyarakat dan ia perlu ditangani kerana secara tidak langsung aktiviti meminta sedekah itu menjejaskan imej sesebuah kawasan.
"Jangan biarkan peminta sedekah yang sihat tubuh badan boleh mencari rezeki dengan bekerja menjadikan aktiviti meminta sedekah sebagai kerjaya," katanya.
Difahamkan, peminta sedekah juga semakin berani menadah tangan daripada orang awam di restoran dan gerai makan, bagaimanapun mereka terdiri daripada kanak-kanak yang menjual tisu serta pelekat ayat suci al-Quran.

Lumpuh akibat demam kepialu
WARTAWAN SINAR HARIAN
9 September 2012
9 September 2012
MARANG – Menyayat hati. Demikianlah kisah hidup bekas guru, Abdul Rahman Ali, 66, yang lumpuh akibat serangan penyakit demam kepialu dan terpaksa berhenti kerja pada usia muda iaitu ketika berumur 22 tahun kesan akibat penyakitnya itu.
Abdul Rahman berkata, setahun sebelum itu dia adalah guru di sebuah sekolah rendah di Gua Musang, Kelantan pada awal 70-an, namun akibat kesan serangan penyakit itu dia terpaksa mengambil keputusan berhenti kerja.
“Saya kemudiannya mengambil keputusan merantau ke Besut dan menumpang tinggal di rumah seorang rakan di Kampung Beris, Besut beberapa bulan sebelum Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) membawa saya ke Taman Rahmat, Pulau Kerengga ini,” katanya.
Kini sudah 39 tahun Abdul Rahman tinggal di kawasan perumahan penduduk miskin itu dan dalam tempoh itu, dia meneruskan sisa-sisa kehidupannya seorang diri kerana tidak pernah berkahwin namun mempunyai saudara mara di daerah berkenaan.
“Saya di sini (Taman Rahmat) sejak berumur 27 tahun dan saya bersyukur. Malah, bernasib baik kerana tidak menghidap penyakit kronik yang lain. Saya juga bersyukur kerana menerima bantuan bulanan JKM sebanyak RM300 sebulan,” katanya.
Bagi Abdul Rahman, tinggal di penempatan orang kurang upaya (OKU) itu tiada bezanya berbanding tinggal di luar, malah mengakui kehidupannya lebih selesa kerana mempunyai ramai teman senasib untuk berkongsi cerita.
“Walaupun hidup miskin dan keadaan saya semakin terhimpit apabila barang keperluan di pasaran ketika ini semakin hari semakin mahal, tetapi ia tidak menghalang saya untuk menjalani kehidupan normal seperti insan lain di sini.
“Malah, saya bersyukur kerana cucu-cucu saudara tidak melupakan saya, mereka tinggal di daerah ini dan sering datang melawat. Terima kasih kerajaan kerana dapat menyediakan tempat seperti ini untuk insan miskin seperti kami,” katanya.

75 tahun tanpa MyKad
WARTAWAN SINAR HARIAN
9 September 2012
9 September 2012
SIDAM KIRI, Kedah – “Alhamdulillah, apa yang kami usahakan kini membuahkan hasil dan berjalan lancar. Sebagai adik ipar, saya tumpang gembira dengan apa yang telah dilakukan untuk kakak saya.
Demikian luahan Hamidah Said, 50, berhubung perkembangan proses permohonan Mykad, Zainap Isah, 75.
Zainap kini berada di bawah jagaan adik bongsunya, Wahab, 52 (suami Hamidah) di Kampung Banggol, Sidam Kiri.
Pada 4 Ogos lalu, seramai empat kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Alor Setar hadir ke rumah Wahab bagi membantu Zainap mendapatkan MyKad yang belum pernah dimilikinya sejak lahir.
Zainap yang juga orang kurang upaya (OKU) dan kini disahkan menghidap kanser rahim memerlukan dokumen pengenalan diri bagi membolehkan dia menerima rawatan selanjutnya dari hospital kerajaan.
Hamidah berkata, dia gembira dan bersyukur JPN berkunjung ke rumah mereka bagi menguruskan perkara berkenaan.
“Kami berdoa agar tidak lama lagi Zainap dapat memiliki kad pengenalan yang memudahkan urusan mendapatkan rawatan atau terapi sebagaimana yang disyorkan doktor terhadapnya,” katanya.
Menurutnya, segala persiapan dan perkara berkaitan yang diminta JPN sudah disediakan awal bagi memudahkan urusan JPN, malah katanya reaksi Zainap juga berbeza kerana dilihat terlalu gembira.
“Setelah diberitahu hendak buat kad pengenalan, Zainap begitu teruja. Begitu juga ketika bawa Zainap ke kedai foto dan diambil gambar, dia seronok kerana belum pernah mengalaminya sebelum ini,” katanya.
Menurut Hamidah, keluarga menyediakan perkara berkaitan termasuk foto Zainap dan beberapa saksi seperti diminta JPN serta mendoakan proses mendapatkan Mykad berjalan lancar.
Ibu saudara Zainap, Rokiah Wahab, 86, berkata, dia tumpang gembira apabila mendapat tahu urusan berkenaan berjalan lancar.
Menurutnya, dia berasa lega kerana sebelum ini sudah banyak usaha dilakukan untuk membuat kad pengenalan Zainap yang menemui jalan buntu, namun kali ini ia berhasil.
“Zaman dahulu mana sempat nak ke pejabat sana pejabat sini, jururawat pun tiada, sekiranya ada anak nak bersalin semuanya dilakukan di rumah. Sebab tak pernah dibawa ke hospital, jadi kad pengenalan pun dianggap tidak mustahak.
“Namun, pada masa kini kad pengenalan sangat penting untuk melakukan sebarang urusan termasuk mendapatkan rawatan, uru-san surat-menyurat dan memohon bantuan, tambahan pula Zainap adalah OKU dan berhak menerima keistimewaan sepatutnya menjadi
haknya,” katanya.

Nasib Nasha tak sama Hasan
WARTAWAN SINAR HARIAN
9 September 2012
9 September 2012
KUALA LUMPUR – Kedudukan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa yang bakal ditentukan Majlis Syura dijangka tidak seburuk keputusan ke atas bekas Pesuruhjaya Pas, Datuk Hasan Mohamed Ali yang dipecat parti, awal tahun ini.
Ketua Pemuda Pas Pusat, Nasruddin Hassan, bagaimanapun menyerahkan keputusan kepada Majlis Syura yang akan bermesyuarat untuk menentukan nasib Nasharudin.
“Saya serah kebijaksanaan Majlis Syura, yang dipengerusikan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan dihadiri Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk membincang dan membuat keputusan,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat bulanan Dewan Pemuda Pas Pusat di ibu pejabat parti, semalam.
Menurutnya, keputusan itu dirujuk kepada Majlis Syura memandangkan, Nasharudin merupakan anggota Majlis Syura.
“Semua ahli Majlis Syura dihantar surat pekeliling seawal dua minggu lalu, dan ini adalah jika seseorang tidak hadir, dia perlu memaklumkan kepada Majlis Syura beberapa hari lebih awal.
“Maka, memandangkan Nasharudin tidak memberi apa notis, kita menjangkakan beliau akan hadir dalam mesyuarat itu nanti,” katanya.
Perjuang hak
SEBAK... Jue menceritakan keperitan hidup tanpa negara. |
Akibatnya, mereka terpaksa mengikat nafsu kerana tidak boleh berkahwin berikutan khuatir zuriat mewarisi kesulitan, jauh sekali bersekolah atau bekerja, selain terperap di rumah disebabkan risau berdepan tindakan pihak berkuasa.
Apa yang menghairankan, dua daripada remaja terbabit gagal memperoleh pengenalan diri kerana ibu bapa tidak mempunyai sijil nikah sedangkan empat abang dan kakak tidak berdepan masalah sama.
Berikut pengakuan tiga ibu malang yang kini tidak putus-putus berusaha mendapatkan hak warganegara untuk anak mereka yang dilahir dan dibesarkan di negara ini bagi mengelak masalah itu berlarutan hingga ke generasi seterusnya.
PM jumpa pelajar tunjuk punggung
POKOK SENA: Satu pertemuan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan pelajar yang menunjukkan punggung ke atas gambar pemimpin negara itu, Muhammad Ammar A Rahman, 19, pada malam Ambang Merdeka, baru-baru ini, bakal diadakan dengan disertai ahli keluarganya.
Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Shahlan Ismail berkata, setakat ini, masa dan tempat bagi pertemuan berkenaan belum dapat diputuskan Jabatan Perdana Menteri berikutan perlu melihat kepada kelapangan Perdana Menteri.
Menurutnya, Najib sebelum ini sudah menyatakan kesediaan untuk memaafkan dan berjumpa Ammar dan bapanya, tetapi belum menentukan tarikhnya kerana sibuk dengan urusan rasmi negara.
“Sekarang ini pun beliau berada di Russia bagi menghadiri Mesyuarat Pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) untuk membincangkan isu dua hala.
“Bagaimanapun, seperti yang pernah dikatakan Perdana Menteri sebelum ini, kesalahan tetap kesalahan dan kita tidak boleh berkompromi dalam proses undang-undang, “ katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Jamuan Hari Raya anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Pokok Sena, di sini, semalam.
Shahlan berkata, masyarakat seharusnya mengambil iktibar terhadap kejadian itu dengan tidak melakukan sesuatu tindakan semborono tanpa memikirkan kesannya pada diri sendiri. “Masyarakat di negara ini harus lebih sensitif terhadap perkara yang menyalahi etika dan undang-undang serta berfikiran matang, “ katanya.
Terdahulu, Ammar ditahan polis di Cheras, Kuala Lumpur pada Selasa lalu selepas menyerah diri di kolejnya sejurus tiba bersama ibu bapanya dari kampungnya di Batu Pahat, Johor.
Berikutan itu, bapa remaja terbabit A Rahman Abdullah, 53, melalui media, semalam menyatakan hasratnya untuk bertemu Najib bagi meminta maaf secara peribadi.
Ammar juga menyatakan permohonan maafnya kepada Perdana Menteri dan rakyat Malaysia serta ingin bertemu Najib untuk menyatakan kekesalan itu.
Boleh daftar lewat
PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menasihati Rohaya yang berkahwin tanpa sijil nikah membuat pendaftaran lewat kelahiran bagi dua anaknya yang tiada dokumen kelahiran.
Pegawai Perhubungan Awam JPN, Jainisah Mohd Noor berkata, sekiranya usia anaknya sudah melebihi 12 tahun, dia diminta terus membuat permohonan lewat kad pengenalan.
“Bagi permohonan lewat kelahiran, kita meminta si ibu melampirkan bukti anak dilahirkan di sini, selain rekod perubatan dari hospital tempat anak itu dilahirkan serta dua saksi.
“Kita juga meminta sijil nikah tapi jika tiada, anak akan mengguna bin atau binti Abdullah atau asmaulhusna lain walaupun bapa masih ada lagi,” katanya.
Bagi kes membabitkan wanita Filipina dengan lelaki Singapura iaitu Siti, katanya, JPN hanya akan memberi status penduduk tetap (PR) kepada warga asing mengikut syarat dan peraturan ditetapkan.
“Si ibu dikatakan sudah mempunyai status PR, manakala tiga anaknya tiada pengenalan diri.
“JPN akan memberi PR kepada penduduk asing berdasarkan dokumen ketika memasuki negara,” katanya.
Malah, pemberian status PR perlu mengikuti prosedur termasuk mendaftar dengan kedutaan masing-masing.
Katanya, jika seseorang itu lahir di negara selepas ibu mendapat status PR, anak akan mendapat kad pengenalan biru.
“Bagaimanapun, jika anak dilahirkan sebelum dia mendapat status PR, si anak tetap warga asing.
“Jika anaknya lahir di Malaysia, mereka boleh mendaftar sijil kelahiran,” katanya.
Bagi kes Jue, katanya, ia perlu diselidik secara terperinci bagi mengelakkan sebarang penipuan kerana ada banyak kes warga asing mengaku orang Sabah.
“Banyak kes warga asing mengaku orang Sabah. Jika dia memang orang Sabah secara automatik dia mendapat kad pengenalan Malaysia. Sebenarnya, pihak berkuasa tidak sewenang-wenang membenarkannya memasuki Semenanjung. Sekurang-kurangnya dia perlu menunjukkan sijil kelahiran,” katanya.
Mengenai anaknya, Jainisah berkata, kelahiran anak wajib didaftarkan jika dilahirkan di Malaysia.
Dalam keadaan situasi genting,mereka menuduh Dino iaitu pegawal yang memegang pistol mengacu pistol kearah perusuh!!
situasi sebenarnya ialah,Dino tidak pun mengacu pistol kearah perusuh.ia hanya mengeluarkan pistol untuk persediaan jika
berlaku perkara yang merbahaya kepada DSAI.
Faham baik baik kisah sebenarnya..! ni kronologi hari kejadian.
DSAI telah di ambush awal oleh puak perkasa dan umno sebelum kejadian baling cat dibas... dan dilaporkan bodyguard DSAI
telah bertempur awal sebelum bas ditahan so,mereka nak atau tak kena ikot SOP untuk lindungi DSAI kerana sebelum itu mereka
telah ambush dsai.
Pihak Polis telah mengetahu bahawa bodyguard DSAI akan guna SOP mereka dan dalam keadaaan yang tegang,salah seorang
bodyguard kluarkan pistol... takkan nak pakai penyapu sapu diorang.kot?..
Sehingga saat ni di tulis,Dino masih lagi
di balai polis untuk soal siasat. (Sumber: SKUAD MALAYSIA)
Nampaknya isu ini akan berlegar semingu bermula besok
dan seperti biasa.Media tv3 akan provoke isu ini dan seperti biasa juga,Pencacai umno perkasa,geng ikan bakar akan buat laporan
polis seluruh Malaysia berhubung perkara ini. Dan lumrahlah,kita akan telan panadol sebab laporan mereka SPIN habis...Kihkihkih...
Bongkar!! Siapa Pewaris Sebenar Pusat Judi Genting Highlands?
Tauke Genting Highlands, Lim Goh Tong, semasa bekerja di Cameron Highlands tertarik dengan persekitaran Cameron Highlands. Bila balik KL, dia pun mula mencari kawasan yang hampir sama dengan Cameron Highlands tapi dekat dengan KL.
Cari punya cari…dia jumpa satu kawasan tanah tinggi di Gunung Ulu Kali yang berketinggian 1,800 kaki dari paras laut.
Gunung Ulu Kali terletak ditengah-tengah sempadan Selangor dan Pahang. Nak buat apa-apa projek pun, bukan senang…sebab kena deal dengan dua negeri.
Tapi Lim Goh Tong bukan bodoh…sebab dia tau orang Melayu boleh dibeli. Toksah kata orang kampung…bapak Menteri pun boleh dibeli.
Orang pertama dibeli oleh Lim Goh Tong ialah Tan Sri Haji Mohamed Noah Omar. Toksah tengok title Tan Sri ataupun title Haji. Itu semua tak ada makna. Lim Goh Tong menubuhkan Syarikat Genting Highlands Berhad dan melantik Haji Mohamed Noah sebagai Pengarah
Lim Goh Tong berpakat dengan Mohamed Noah untuk memohon tanah seluas 12,000 ekar yang terletak dalam negeri Pahang dan 2,800 ekar dari negeri Selangor. Dan sudah semestinya, perkara nak mintak tanah ni..Haji Mohamad Noah yang buat.
Kerajaan negeri Pahang meluluskan permohonan Genting Highlands Berhad serta merta. Tapi Datuk Harun Idris yang jadi Menteri Besar Selangor masa tu tak setuju nak bagi macam tu saja. Dia memberikan hak milik 99 tahun kepada Genting Highlands Berhad.
Goh Tong tak setuju dengan pajakan 99 tahun, sebaliknya dia mahukan hakmilik kekal. Datuk Harun tak setuju, sebaliknya dia hanya mahu bagi pajakan 99 tahun. Akhirnya, Datuk Mohamed Noah berjumpa dengan Tun Razak yang masa tu menjadi Timbalan Perdana Menteri supaya mendesak Datuk Harun suruh bagi juga kat Lim Goh Tong.
Datuk Harun terpaksa bersetuju dengan Tun Razak supaya memberikan tanah seluas 2,8000 ekar yang dimiliki oleh Kerajaan Selangor kepada Lim Goh Tong. Apa tujuan untuk membangunkan Genting Highlands..yang tu aku tak payah cerita. Kalau yang tu pun hangpa tak tau.. aku tak tau nak cakap la.
Tun Razak pun aku tak payah cerita.. sebab kalau tak tau dia tu bapak kepada Najib… tak tau nak kata apa la.
Cuma..berapa ramai yang tau siapa Tan Sri Haji Mohamed Noah yang menjadi kuda tunggangan Lim Goh Tong?
Tan Sri Haji Mohamed Noah adalah bapa mertua kepada Tun Razak. Datuk Najib jugak!! Anak Haji Mohamed Noah ialah Rahah (mak Najib) dan Suhaila (emak Hishamuddin).
Datuk kepada Najib dan Hishamuddin adalah kuda tunggangan Lim Goh Tong untuk mendapatkan 14,800 ekar tanah rizab Melayu untuk dijadikan pusat perjudian terkemuka didunia. Dan Pak Mentua dengan menantu bersepakat menggunakan kedudukan depa untuk mendapatkan persetujuan dua-dua kerajaan negeri.
Tun Razak dari Pahang.. jadi tak susah nak bodek Sultan Pahang. Manakala di Selangor, Tun Razak menggunakan kedudukannya sebagai Timbalan Perdana Menteri untuk memaksa Datuk Harun Idris menyerahkan tanah milik kerajaan Selangor kepada Pak Mentua dia.
Cara meluluskan Genting Highland pun semua kelam kabut. Sapa yang menentang semua kena steamroll.
Genting Highlands Berhad ditubuhkan pada 27 April 1965. Kerja-kerja membuat jalan dari Genting Sempah ke puncak gunung Ulu Kali bermula pada 18 Ogos 1965. Dalam masa empat bulan, semua proses permohonan tanah selesai. Masa tu kalau rakyat biasa nak tukar nama dalam geran pun mengambil masa dua tahun.
Sejarah selebihnya..yang tu hangpa cari sendiri la. Genting Highlands melalui beberapa proses pertukaran nama, percantuman, pertukaran pemegang saham.. akhirnya dimiliki sepenuhnya oleh Lim Goh Tong.
Sekarang ni…ada la dua tiga kerat Melayu yang jadi Pengarah non-eksekutif.. menguruskan pusat judi.
Tapi jangan risau…banyak lagi tanah-tanah di Malaysia ni yang belum tergadai. Semua orang mempunyai pilihan…sama ada nak terus pilih generasi Tan Sri Mohamed Noah untuk menggadaikan tanah Melayu..atau campak saja depa kelaut.
Jangan salahkan pencuri.. sebab kerja pencuri ialah mencuri. Salahkan diri sendiri sebab terus membenarkan pencuri bermaharajalela. ~msk
>>>> http://
Subscribe to:
Posts (Atom)