Thursday, March 28, 2013
Komponen BN: Tarik balik semua IC di Sabah.
Presiden Pertubuhan Pasokmomogun KadazanDusun Murut Bersatu (Upko) Tan Sri Bernard Dompok menggesa kerajaan menarik balik kesemua kad pengenalan yang dikeluarkan di Sabah dan mengeluarkan semula dokumen berkenaan kepada golongan yang dikenalpasti sebagai warga yang sah.
Menurut laporan Borneo Post, MP Penampang itu menuntut demikian untuk menyisihkan golongan yang memiliki dokumen berkenaan secara tidak sah.
Anggota exco kerajaan Sabah itu juga berkata, beliau akan mengesyorkan perkara itu kepada suruhanjaya siasatan diraja mengenai pendatang asing di Sabah.
"Ini akan memberi peluang kepada kita di Sabah untuk membuktikan ketulenan kewarganegaraan kita supaya orang Sabah yang asli sahaja diberikan dokumen kerakyatan seperti kad pengenalan baru itu," katanya seperti dipetik dalam laporan itu.
Kenyataan itu disokong para pemimpin parti komponen BN yang mewakili kumpulan Kadazan-Dusun Murut – presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah Tan Sri Joseph Kurup.
Kedua-dua mereka hadir dalam sidang media sama, lapor Borneo Post.
Dompok dilaporkan berkata demikian ketika melancarkan gerakan untuk membantu gereja di negeri itu, yang dinamakan Operasi Tataba.
DAP guna Bulan, nescaya pitam Umno!
TIADA yang paling memeranjatkan semua orang mengenai PRU13 ini apabila DAP bersedia bertanding atas nama PAS dengan lambang Bulan Penuh Purnama kiranya ROS membabi buta membatalkan pendaftaran DAP.
Dan PAS pula menyambutnya bagai menyediakan nyiru kalau tidak cukup tapak tangan kiranya DAP diuji oleh pejabat Pendaftaran Pertubuhan berikutan kesilapan kira undi pemilihan pimpinannya lalu. ROS mahu DAP mengundi semula sedang DAP merasa tidak perlu kerana ia telah membetulkan kesilapannya.
Politik ROS itu sudah berakhir apabila Lim Kit Siang menggemparkan alam sedia bertanding atas nama PAS kiranya DAP dibatalkan dan PAS pula menyambut cadangan Kit Siang dan Karpal Singh.
Saya berada di ceramah PAS di Bukit Katil, Melaka apabila penceramah PAS menyebutkan kesediaan DAP menjadi calon PAS, disambut dengan takbir dan tepuk tangan oleh sekitar 400 orang yang hadir.
Jika reaksi itu dari penyokong akar umbi PAS, jelaslah poliltik DAP dan PAS tidak mengelirukan penyokong akar umbi PAS tetapi yang keliru para penganalisis politik saja.
Kiranya hal itu terjadi Setiausaha Agung PAS, Dato Mustapa Ali kena guna sedikit masa dari kerjanya yang banyak itu untuk menanda tangani surat tauliah membenarkan setiap calon DAP menggunakan lambang Bulan untuk diserahkan bersama borang pencalonan kepada pegawai SPR di ssetiap pusat penamaan calon di seluruh negara.
Dan ia nikmat dan rezeki bagi peniaga bendera Bulan kerana penggunaannya akan bertambah lebih sekali ganda, justeru ia dipasang pula di setiap orang Cina dan India serta Bumiputera Sarawak dan Sabah.
Berita yang diletupkan oleh Lim Kit Siang itu dikira ribut yang lebih menggemparkan Perdana Menteri Najib dan penyokongnya. Ia lebih gempar dari ribut penduduk Pulau Pinang yang bertempik ‘NO’ kepada Najib yang bertanya apakah mereka bersedia untuk BN? Malah ia lebih kencang dari ribut besar yanag melanda kawasan kenduri besar sempena jelajah Najib di Tanah Merah, Kelantan di mana dia mengumumkan ‘7 dosa besar Pakatan.’
Lepas ucapannya ribut besar dan hujan lebat luar biasa melanda tempat itu habis khemah terpelanting dan kerusi meja lintang pukang.
Keributan itu cukup kencang untuk mendebarkan dada dan jantung Najib dan penyokong, tetapi jika jadi DAP bertanding atas calon PAS, maka sekalian UMNO nescaya akan pitam.
PAS sudah menyediakan beberapa calon bukan Islam melalui DHPPnya, maka tidak ganjil baginya menerima DAP menjadi calonnya.
Malah kalau DAP dibatalkan dan ia tidak mendaftarkan semula atau tidak menggunakan nama lain pun mungkin tidak bermasalah. Boleh difikirkan DHPP itu ditransformasi disesuaikan dengan keperluan DAP dengan autonomi dan kebebasan begeraknya seperti yang ada dan alangkah indahnya kalau parti yang berbeza kepercayaan politik itu boleh berada di bawah satu bumbung.
Ia mungkin pelik tetapi tiada yang mustahil sekarang.
20 tahun dulu keduanya tidak boleh bertembung, tetapi sekarang transformasi telah berjalan pesat dan laju, sejarah negara China sekarang hidup sebagai satu identiti dengan dua sistem berikutan Hong Kong kembali ke pangkuannya, mungkin boleh terjadi pada PAS dan DAP dengan dua aliran kepercayaan politik berada di bawah satu langit.
Allah Maha Kaya, tahulah Dia bagaimana hendak menyatukan penduduk yang sama-sama menentang kezaliman dan anti-rasuah dalam masyarakat yang hendak menegakkan negara berkebajikan.
Apa ROS nak buat lagi?
Yang meluluskan Presiden umNO itu sendiri.. tapi kena serang adalah Pakatan Rakyat!
Inilah Malaysiaku yang tegas & adil !!
rujukan :
- http://
- http://www.utusan.com.my/
Demo bukan budaya kita - Madey Kutty
Hari ini hampir semua staf syarikat Insuran yang terbesar di rantau ini, Great Eastern Insurance anak syarikat OCBC Bank, telah turun kejalan raya mendesak agar Ketua Eksekutifnya Datuk Koh Yaw Hui letak jawatan atau disingkirkan serta merta.
Nampaknya gaya turun ke jalanraya tuntut keadilan dan mau suara didengar sudah menjadi satu amalan dan budaya kita.
Kalau dicakap secara baik enggan terima dan degil maka jalan terakhir ialah turun ke-jalanraya.
Jika kakitangan syarikat gergasi sehebat ini boleh berani dan bertekad untuk berdemo mendesak bosnya letak jawatan, sudah pasti ada isu berat yang sepatutnya ditangani dan diselesaikan secara baik telah gagal dilaksanankan oleh pihak majikan.
Amat jarang suasana sebegini berlaku dinegara kita.
Sebelum ini staf CIMB yang diterajui adik kandung bongsu Najib Razak, Nazir Razak telah berdemo atas rasa ketidak puas hati cara Nazir Razak mengurus tadbir CIMB dan juga menjaga kebajikan mereka.
INGAT, INI BUKAN SATU AMARAN, INI SATU JANJI!!
TIPU PILIHANRAYA...
RAKYAT TURUN KE JALANRAYA HAMBAT DAN HUMBAN UMNO/BN.!!
Tak lari gunung di kejar, perubahan akan berlaku juga, insyaallah.
.
26 MAC — Tidak usah kita membuat spekulasi tentang pilihanraya lagi kerana ia akan tetap datang. Tidak lari gunung di kejar, kata pepatah kita. Yang terpenting arus perubahan sudah tidak dapat di hambat lagi oleh pihak yang cuba menahan arus perubahan itu. Setiap hari arus itu semakin pantas berkembang. Perubahan jelas akan berlaku jika di izin Tuhan.
Bagi saya pilihanraya akan di adakan pada bulan Mei yang akan datang ini. Penggal kali ini adalah penggal yang penuh dan terpanjang dalam sejarah Malaysia Merdeka. Penggal yang terpendek ialah penggal 1978 sehingga 1982 yang hanya selama tiga tahun lapan bulan.
Kita sedang melalui pengalaman pertama kali di mana penggal pilihanraya yang di bawa sampai kepenghujung penggalnya kerana pihak yang berkuasa amat takut menghadapi kekalahan. Najib tidak dapat mengukur sejauh mana rakyat menyokong beliau dan partinya walaupun berbagai-bagai “handouts” di berikan kepada rakyat sekarang ini.
Dengan penangguhan ini ia memberikan keyakinan penuh kepada sebilangan besar rakyat yang Umno sudah sampai ke penghujung kuasa. Sikap dan perasaan takut Umno itu merupakan penyumbang besar terhadap kehilangan keyakinan rakyat terhadap parti itu. Perasaan takut Umno itu telah membuat rakyat juga dalam ketakutan untuk memberikan sokongan kepada parti yang sedang mengalami ketakutan itu.
Keadaan ini seolah-olah telah di atur untuk memberikan peluang kepada Pakatan Rakyat pula untuk mengambil alih. Saya sendiri merasakan yang sudah sampai waktunya menggilirkan pusaka mentadbir negara kepada pihak “alternative” dan melakukan perubahan itu bukannya satu tindakan jenayah seperti yang cuba di yakinkan oleh pihak Umno dan BN. Masa untuk membuktikan tuduhan dan lekehan Umno yang Pakatan tidak pandai untuk mentadbir negara itu salah, sudah hampir sampai masanya.
Rakyat negara mahu merasakan “ambience” politik yang berbeza kerana rakyat sudah terlalu lama menghadapi tekanan dan dakyah di bina oleh Umno itu. Rakyat mahukan sebuah kerajaan yang membina pemikiran baru rakyat dan keluar dari ancaman dakyah busuk Umno dan BN itu.
Saya ingin memberikan pandangan yang agak susah bagi mereka yang malas untuk berfikir. Pilihanraya kali ini kita akan menghadapi arus perubahan rakyat. Mana-mana parti mesti mengikut kehendak dan aspirasi rakyat yang sebenarnya. Rakyat bukan lagi terikut-ikut dengan dakyah yang di lakukan oleh Umno dan BN yang menggunakan alat propaganda mereka seperti saluran TV dan akhbar Utusan dan sebagainya.
Rakyat berkehendakkan bukan setakat untuk memberikan kemenangan kepada pihak “alternative” tetapi rakyat mahukan perubahan dalam segala-galanya. Kerosakan yang di lakukan oleh Umno dan BN sejak Dr Mahathir mentadbir negara terlalu besar dan sudah melepasi sempadan kemampuan orang ramai untuk melakukan penyelesaiannya.
Kali ini ia bukan setakat mendapat kemenangan bagi pihak “alternative” tetapi aspirasi dan kemahuan rakyat lebih besar dari mendapat kemenangan ke atas Umno dan BN itu. Kini rakyat memerlukan parti atau pihak yang benar-benar seorang “planner” teknokrat, dan berkemampuan untuk membina sebuah negara yang baru dengan memulakan dasar dan perancangan baru yang selari dengan kehendak waktu dan zamannya serta berteraskan kepada Perlembagaan yang ada.
Apa yang boleh menyelesaikan segala kekalutan negara ialah kegagalan pimpinan untuk membina “national unity” yang betul dalam erti kata yang sebenarnya. Pimpinan hari ini tidak berusaha untuk menyatukan rakyat kerana penyatuan rakyat itu akan memisahkan mereka dari kuasa. Mereka sanggup untuk terus menyuburkan perasaan saling mencemburui dan membenci di antara satu dengan yang lain kerana kepentingan politik sempit dan haloba mereka.
Membersihkan siasah dan politik serta kerajaan hari ini bukan setakat menghapuskan rasuah dan penyalah gunaan kuasa sahaja. Membersihkan negara dari rasuah itu hanya ibarat menghilangkan sakit seperti pesakit yang memakan ubat tahan sakit (pain killer) semata-mata. Memakan “painkiller” itu hanya boleh menahan sakit tetapi penyakitnya tetap tidak sembuh juga. Tugas yang lebih besar dari itu ialah untuk menyembuhkan penyakitnya, iaitu penyakit yang menyebabkan kesakitan itu.
Negara perlukan sebuah negara yang di tadbir dengan jujur dan mempunyai pelan jangka panjang yang mantap yang boleh di guna pakai buat jangka masa yang panjang. Rakyat sudah tidak termakan dan tertarik dengan “handouts” yang “one off” sahaja kerana itu bukanlah pentadbiran sebuah kerajaan yang progresif dan membeli perasaan dan jiwa rakyat tidak lagi laku di zaman moden dan yang penuh “competitive” ini.
Rakyat tidak lagi mahu melihat segala projek yang melibatkan rakyat di tentu dan di lakukan secara “ad hoc” dan tidak membawa rakyat untuk bersama-sama menyokongnya. Itu sebabnya seperti yang di sebutkan tadi pimpinan mestilah seorang “planner” yang berpengalaman dan memahami roh politik negara yang mencukupi dan bukan setakat di beri tempat kerana mereka termasuk di dalam koridor mereka yang berkuasa.
Kita tidak lagi memerlukan pengumuman-pengumuman yang berbentuk “ad hoc” kerana itu akan memudharatkan tahap kewangan negara dan tidak mempunyai “prudence” yang tinggi dalam sesuatu keputusan yang di buat. Kita tidak mahu lagi setiap hari ada sahaja pengumuman yang boleh di takrifkan sebagai membeli undi kerana ia membuatkan kos menyelenggara kerajaan terlalu tinggi.
Rakyat sudah begitu jemu dengan tindakan memaksa agensi-agensi kerajaan di paksa membawa manusia yang ramai untuk menunggu kedatangan pemimpin-pemimpin besar negara kerana menunjukkan sokongan politik sebagai yang di alami oleh pegawai-pegawai kerajaan sekarang ini, lebih-lebih lagi semasa menunggu ketibaan pilihanraya.
Jika kerajaan sekarang ini benar-benar kerajaan yang bertanggungjawab, kerajaan tidak akan menggunakan tenaga dan waktu kerja pegawai kerajaan untuk menumpukan kepada usaha membawa rakyat ramai ke perhimpunan politik pimpinan kerajaan. Tindakan ini sesungguhnya merupakan satu tindakan yang tidak beretika dan amat rendah darjatnya di sisi demokrasi dan moral sebuah kerajaan berdaulat.
Semuanya ini amat di gusari oleh penjawat-penjawat awam terutamanya mereka yang bertugas di Jabatan-Jabatan yang melibatkan orang awam yang ramai. Mereka juga mempunyai perasaan bersalah kerana terpaksa berbelanja wang rakyat yang banyak dengan menyewa ratusan bas dan kenderaan yang lain untuk memaksa rakyat menghadiri program lawatan pemimpin.
Kerajaan ini sesungguh nya ibarat kereta tua yang sangat tinggi kos penyelenggaraannya dan kos ini di tanggung oleh rakyat. Pihak yang mendapat sokongan ialah pihak yang menganjurkan program yang di hadiri oleh puluhan ribu manusia yang datang dari jauh dan dekat tanpa di bayar dan di berikan pengangkutan seperti yang di anjurkn oleh parti-parti dalam Pakatan Rakyat.
Budaya ini nampaknya hanya boleh dihapuskan jika rakyat beriltizam untuk melakukan perubahan kerana melakukan perubahan terhadap budaya buruk ini merupakan satu perjuangan yang sangat penting di lakukan. - Aspan Alias
PRU13 : ‘Taib Ambil Balak, Anwar Juga Salah’
SHAH ALAM : Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud bahawa beliau dalang video NGO antarabangsa Global Witness yang mendedahkan rasuah lesen balak Taib dan keluarganya.
Anwar yang juga Ketua Pembangkang mendakwa menjadi mangsa fitnah akhir-akhir ini kerana semua tokoh-tokoh berkuasa yang mengambil tanah, saham dan balak berpakat menggunakan media bagi menyerang beliau.
“Ini ‘standard’, semua masalah di Malaysia termasuk kekalahan Manchester United kepada Real Madrid juga salah saya kerana pengadilnya Turki,” sindirnya ketika diwawancara stesen Radio Free Malaysia (RFM) malam semalam.
Katanya, Taib perlu menjawab kebenaran di sebalik penyebaran video itu dan bukannya menggunakan media bagi menyerang beliau.
“Saya tidak terlibat, tetapi isunya bukan siapa yang terlibat (penyebaran video), liputan Global Witness itu ada kebenaran dan apakah mampu Tan Sri Taib atau Kerajaan Barisan Nasional (BN) Sarawak jawab,” katanya yang merupakan Ketua Umum PKR.
Baru-baru ini, Taib menuduh Anwar menjadi dalang kepada penyebaran video itu dan mendakwa Anwar tidak layak mentadbir negara kerana seringkali membawa pihak luar untuk campur tangan dalam perjalanan politik di negara ini.
Umno-BN turut menuduh Anwar sebagai agen Yahudi, US, Turki, India dan turut dikaitkan sebagai agen Sulu ketika peristiwa berdarah di Lahad Datu.
Di samping itu, Anwar menegaskan siasatan segera perlu dilakukan terhadap Taib dan keluarganya berikutan penyebaran video berkenaan.
“Apakah tidak benar, tanah dirampas, apakah tidak benar, beberapa tokoh besar termasuk keluarga menjadi maha kaya menggunakan kuasa, mengkhianati amanah.
“Ini soalan yang mesti dijawab, kalau benar bilion-bilion ringgit dan mana wang itu, siapa yang beri mandat kepada pemimpin negara mengambil tanah rakyat, tanah negeri menjadi hak milik keluarga mereka,” katanya.
Dalam pada itu, RFM merupakan usahasama stesen radio gelombang pendek Radio Free Sarawak (RFS) di frekuensi MW 1,359 kHz memulakan siarannya malam tadi dengan menyiarkan wawancara bersama Anwar dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat (PR) yang lain.
Pembentangan Manifesto Pakatan Rakyat di RTM Selama 10 Minit Secara Rakaman. Media Malaysia Sudah Bebas?
Jikalau pemilihan Presiden Amerika sebelum ini, cukup meriah. Masing-masing, baik daripada kalangan penyokong parti Republikan & juga Parti Demokrat berpuas hati apabila diberikan ruang dan tempat yang hampir 99% samarata termasuklah siaran langsung di televisyen yang dapat ditonton beratus juta rakyat Amerika.
Termasuklah berlangsungnya pertembungan debat antara Barack Obama dengan Matt Romney. Kalah menang adat permainan dalam politik asalkan bertanding dan berlawan di atas padang yang sama rata di mana demokrasi yang dilaungkan terbukti berjalan dengan lancar. Bagaimana dengan Malaysia?
Begitu juga, suasana sebenar semasa berlangsungnya Pilihanraya di Britain. Jikalau kita meletakkan sasaran untuk menjadi negara maju dan moden pada tahun 2020, pemikiran kita berpolitik juga haruslah berada pada paras yang sepatutnya.
Mungkin Berita Semasa meletakkan harapan yang terlalu tinggi terhadap Malaysia jika mahu dibandingkan dengan Britain & Amerika yang dikategorikan sebagai negara yang bebas daripada sudut kebebasan medianya.
Jadi, kami cuba melihat negara Kenya pula. Kenya? Ya…sebuah negara yang agak mundur di benua Afrika jikalau dibandingkan dengan Malaysia. Bezanya, mereka berani mengadakan debat antara calon Presiden semasa berlangsungnya Pilihanraya di Kenya yang disiarkan secara langsung. Bagaimana pula dengan Malaysia yang terkenal dengan sistem demokrasi raja berperlembagaan?
Jikalau mahu jadi pemimpin politik buat sekadar tahu buat kerja tetapi seorang pemimpin politik perlu berdepan samada dengan rakyat mahupun pihak lawan. Contohnya jikalau di Malaysia, pihak pembangkang seperti Pakatan Rakyat.
Sakit kepala kami meneliti satu-persatu ranking kekebebasan media 2012 dikalangan negara-negara yang tersenarai :
Melihatkan senarai teras bagi negara yang begitu bebas melalui media mereka, Malaysia tidak tersenarai.
Melihatkan senarai di pertengahan ranking bagi negara yang mengamalkan kebebasan media yang agak seimbang, Malaysia juga tidak tersenarai.
Akhirnya melihatkan di kedudukan di bawah, Malaysia diletakkan sebagai sebuah negara yang tidak bebas dalam kebebasan media bersama-sama dengan senarai di bawah ini…
Sumber : Ranking Global & Regional Press Freedom 2012
Terbaru, Menteri Penerangan (Datuk Seri Rais Yatim) membuka peluang kepada Pakatan Rakyat utnuk membentangkan manifesto mereka (SEPERTI DI SINI). Walaubagaimanapun, tawaran tersebut telah pun ditolak oleh pimpinan Pakatan Rakyat atas 3 sebab di bawah ini :
Masa yang diberikan terlalu pendek & tidak munasabah. Pakatan Rakyat mahukan ruang & hak untuk menjawab dan memberikan penjelasan kepada rakyat Malaysia di TV bukan semasa Pilihanraya Umum ke 13 semata tetapi pada setiap masa dalam semua media arus perdana dan stesen TV.
Pembentangan manifesto Pakatan Rakyat mesti dibuat secara siaran langsung bukannya rakaman seperti yang diberikan sekarang ini
Pakatan Rakyat merasakan ini bukan cara untuk memberikan justifikasi bahawa kerajaan sudah menyediakan akses yang sama kepada Pakatan Rakyat — with macai.
Terowong bawah laut P.Pinang dipertikai sebab Zarul bukan kroni Umno
- http://
RUPA-rupanya kontraktor Melayu bernama Datuk Zarul Ahmad Zulkifly mempengerusikan Consortium Zenith BUCG Sdn. Bhd., iaitu syarikat kontraktor yang dipilih untuk membina infrastruktur beberapa lebuh raya nyah trafik serta terowong bawah laut di Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion.
Zarul berkata, beliau terkejut kerana Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Farizan Darus sendiri mempengerusikan jawatankuasa pemilihan tender secara telus dan terbuka,tanpa campurtangan mana-mana ahli politik pemerintah di negeri berkenaan.
"Tender sebesar ini kalau di (bawah Kerajaan) Persekutuan, saya rasa saya tiada 'can' (peluang memenangi).
"Di sini, saya hormat dan tabit kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang kerana dia cakap serupa bikin.
"Saya tak pernah mengalami prosedur yang begitu telus, tiada 'sembunyi-sembunyi', semuanya jelas dan terang-terang dikendalikan oleh Ahli Lembaga Tender yang bukan terdiri oleh ahli-ahli politik, tetapi, (dikendalikan) oleh pegawai-pegawai kerajaan," ujar beliau dalam satu majlis interaksi dua hala bersama-sama warga Seberang Perai Utara (SPU), di sini baru-baru ini.
Ketua Menteri, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng dan Datuk Mansor Othman (Timbalan Ketua Menteri I) turut berucap pada majlis interaksi tersebut yang dikendali oleh Kerajaan Negeri.
Zarul berkata pihaknya dipilih kerana mempunyai rekod cemerlang dalam membina infrastruktur terbaik di peringkat dunia.
Malah, katanya lagi, Zenith BUCG dipilih kerana syarikat itu menawarkan sebut harga terendah berbanding syarikat-syarikat lain semasa proses tender terbuka berlangsung sebelum ini.
"Dia (Kerajaan Negeri) tak tanya pun Zairul ini orang Umnokah atau orang apa, tetapi dia lihat atas rekod pencapaian kita (Zenith BUCG)...kita lawan secara tender terbuka dengan semua syarikat gergasi Malaysia.
"Salahkah saya (dari Zenith), seorang Melayu bergabung dengan sebuah syarikat dari China (BUCG) menawarkan harga paling murah untuk rakyat Pulau Pinang, mereka (pemimpin Barisan Nasional) memberi tohmahan kepada saya," soal beliau di depan hampir 300 warga tempatan, rata-rata Melayu.
Difahamkan, China Railway Construction Corporation (CRCC) dan Beijing Urban Construction Group (BUCG) adalah dua syarikat gergasi dunia dari China yang bergabung dalam konsortium tersebut.
Manakala, Sri Tinggi Sdn. Bhd. dan Juteras Sdn. Bhd. adalah dua syarikat kontraktor Bumiputera Melayu tempatan yang menyertai konsortium tersebut.
Kesemua pihak berwajib itu terlibat secara langsung dalam penyelidikan awalan serta pembinaan projek terowong dasar laut Gurney Drive-Bagan Ajam sepanjang 6.5 kilometer (km), lebuh raya Gurney Drive-Tun Dr Lim Chong Eu 4.2 km, lebuh raya Tun Dr Lim Chong Eu-Bandar Baru Air Itam 4.6 km, dan jalan menghubungkan antara Tanjung Bungah dan Teluk Bahang 12km.
Sementara itu, Guan Eng berkata, terowong bawah laut itu dicadangkan oleh Kerajaan Negeri untuk melancarkan trafik George Town ke Seberang Perai Utara.
Selain itu, beliau berkata, projek itu terpaksa diteruskan kelak memandangkan Kerajaan Pusat beberapa kali menolak pembayaran RM10 juta oleh Kerajaan Negeri bagi mewujudkan sistem pengangkutan bas awam secara percuma di seluruh Pulau Pinang.
Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, Kerajaan Negeri konsistan menolak cadangan pembangkang Pulau Pinang untuk menyekat kemasukan kenderaan ke George Town sebagaimana yang diamalkan di Singapura.
"Pembangunan ini diharap akan membawa kemajuan di SPU...Pulau Pinang bukan Singapura. Pulau Pinang tak mahu ikut (amalan trafik) Singapura. Rakyat seharusnya menikmati kebebasan bergerak.
"Tiap-tiap rakyat berhak masuk ke 'Pulau' (George Town), jangan hanya mereka yang mampu (kaya) sahaja yang boleh masuk. Negeri ini bukan untuk orang kaya saja, tetapi untuk seluruh rakyat Pulau Pinang," tegas Guan Eng yang juga Setiasaha Agung DAP Malaysia.
Dalam perkembangan sama, beliau berkata, tol akan dikenakan bagi pengguna terowong bawah laut itu selaras dengan kadar tol yang ditetapkan oleh Kerajaan Pusat ke atas pengguna kedua-dua Jambatan Pulau Pinang kelak.
"Kerajaan negeri tidak mahu dituduh cuba mensabotaj projek kerajaan Pusat sekiranya tidak mengenakan bayaran tol untuk terowong sepanjang 7.2 kilometer (km) dari Persiaran Gurney ke Bagan Ajam.
"Kita tiada pilihan, sekiranya tidak mengenakan tol, Kerajaan Persekutuan ada alasan untuk halang perjalanan projek ini dan mungkin tidak ada orang akan guna Jambatan Kedua Pulau Pinang.
"Mesti ingat, apabila terowong (bawah laut) ini siap, saya tiada lagi. Terowong ini untuk semua anak-anak kita. Mereka lah akan mengucap terima kasih kepada semua kita," ujar beliau.
Apakah perkara pertama sekali yg mula2 diseru Nabi Muhammad setelah baginda dilantik Allah sbg Rasul-Nya..?
# Apakah pemimpin Muslim yg ada benar2 mempraktikkan seruan Islam ini...?
Seruan Islam :
1. Tidak ada Tuhan melainkan Allah. Dia Tuhan yg Satu. Pencipta segala yg di langit dan di bumi. Sembahlah Tuhan yg Satu. jgn menyembah benda2 yg dicipta manusia. Aqal yg rasional harus digunakan bukan disisihkan. Aqal adalah anugerah.
2. Akuilah bhw Nabi Muhammad itu adalah hamba Allah dan Nabi-Nya. Dan baginda diperintahkan Allah utk membimbing manusia agar mrk beroleh kejayaan dunia dan akhirat...
3. Bahawa semua manusia di sisi Tuhan itu adalah sama tarafnya, tak kira warna kulit maupun kaum. orang kaya sama taraf dgn yg miskin. sultan sama taraf dgn org biasa. Majikan sama taraf dgn pekerja. semuanya sama taraf di sisi Tuhan.
manusia yg memiliki taraf tinggi di sisi Tuhan, hanyalah mrk yg bertaqwa (menjauhi dosa), berbuat amal kebaikan, dan berakhlak mulia.
4. Muslim itu bersaudara. oleh itu mrk harus saling berkasih sayang dan tolong-menolong. bukan menjaga kepentingan diri saja.
5. Bahawa yang kuat harus tolong yg lemah. yg kaya harus tolong yg miskin. Orang miskin memiliki hak utuk menerima sebagian harta dari orang yg kaya. monopoli tidak dibenarkn, share kekayaan hanya dgn kroni adalah dilarang. Rasuah dilarang. Segala kezaliman terhadap kaum yg lemah spt kanak2, wanita, orang tua, adalah dilarang.
inilah antara intipati utama dalam ajaran Islam... yg menitik berat keadilan dan kebajikan buat semua...
Islam itu Indah.
-nw-
ini pula foto utk buat perbandingan . orang yg menggunakan aqal pasti boleh menilai.
BARUA DAN JENTERA DAULAH
Saya wajib menerangkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai jentera daulah. Ini kerana lembaga ini sedang memainkan peranan yang amat penting untuk masa depan kita semua. SPR diwujudkan oleh Parlimen. Dari segi perlembagaan SPR seharusnya tunduk kepada parlimen. Mengikut Parlimen SPR ialah satu lembaga bebas dari kuasa eksekutif. Tetapi ini tidak berlaku. SPR hari ini telah menjadi barua paling setia kepada United Malays National Organisation.
Saya juga wajib menerangkan kepada orang ramai tentang apa itu lembaga kepolisan - PDRM. Lembaga ini seharusnya bertugas untuk menjaga keamanan orang ramai. Tetapi ini tidak berlaku. Polis kita hari ini telah menjadi barua kepada United Malays National Organisation.
Saya juga wajib menerangkan tentang lembaga kehakiman - mahkamah dan Peguam Negara. Lembaga kehakiman ini wajib bergerak bebas berasaskan Perlembagaan dan undang-undang yang telah diluluskan oleh Parlimen. Tugas lembaga ini ialah untuk menjamin kepentingan orang ramai. Tetapi hakikatnya hari ini lembaga kehakiman juga telah menjadi barua kepada United Malaya National Organisation.
Apa itu barua? Barua ini adalah satu konsep yang memiliki pelbagai makna. Secara jenerik barua ialah orang persaorangan atau kumpulan orang. Barua lebih rendah tahapnya dari seorang perkerja yang membuat kerja untuk mendapat upah. Barua ini lebih rendah tahapnya dari macai, ghurka atau hamba. Ini kerana barua ini tidak memiliki nilai dan harga diri. Ciri-ciri yang amat menonjol yang dimiliki oleh barua ialah kebijaksaan Sang Barua membodek.
Saya wajib juga menerangkan apa itu daulah. Dan apa itu lembaga daulah. Jika kita memahami daulah dan lembaga daulah maka kita akan memahami dengan jelas apa itu barua. Dan bagaimana barua muncul dan bergerak dalam daulah.
Daulah ialah perkataan Arab yang telah diMelayukan. Dalam bahasa Inggeris daulah ialah ‘state’ atau negara. Negara yang dimaksudkan disini bukan Negara Malaysia tetapi struktur, simbol dan lembaga-lembaga yang mewujudkan kelahiran sesebuah negara.
Negara wujud dengan adanya jentera negara atau jentera daulah. Parlimen, Polis, Mahkamah, SPR, Badan Kehakiman atau Tentera adalah lembaga yang bergerak sebagai jentera-jentera daulah. Lembaga dan jentera-jentera inilah yang mewujudkan negara Malaysia. Tanpa jentera-jentera ini Malaysia tidak akan wujud.
Parlimen adalah badan yang mewujudkan jentera atau lembaga ini. Tujuan mewujudkan lembaga daulah ialah untuk memastikan kepentingan orang ramai – kepentingan awam - didahulukan dari kepentingan individu. State atau daulah wajib menjalankan dasar untuk kepentingan umum bukan kepentingan individu atau satu kumpulan kecil. Ini falsafah daulah yang tidak berganjak sama ada di Timur, di Barat, Utara atau Selatan.
Hari ini di Malaysia semua jentera daulah yang sepatutnya menjalankan tugas untuk menjaga kepentingan orang ramai telah menjadi barua kepada United Malays National Organisation. Lembaga-lembaga ini dikendalikan oleh individu-individu. Individu yang mengendalikan lembaga-lembaga ini seharusnya sosok-sosok yang berwibawa, cekap, berilmu dan memiliki ketrampilan moral. Ini kerana sosok-sosok ini menjalankan kewajiban yang maha berat untuk memastikan kepentingan orang ramai didahulukan. Ini tidak berlaku.
Orang ramai akan bertanya bagaimana lembaga-lembaga daulah dan jentera daulah ini dapat dijadikan barua oleh United Malays National Organisation. Bukankah semua ini wajib dipantau oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara?
Sebenarnya menjadikan lembaga-lembaga ini sebagai barua bukan satu yang susah. Ini amat senang untuk difahami dan senang dilakukan. Dalam zaman Mahathir Anak Lelaki Iskandar Kutty teknik untuk melahirkan barua ini telah menjadi satu seni.
Mahathir cukup senang dengan sesiapa sahaja yang memiliki masalah. Megat Joned yang terlibat dalam kes bunuh ‘pemilik kedai video’ terus menjadi barua Mahathir yang setia. Rahim Tambi Chik dengan kes rogol juga menjadi barua yang setia. Kuncinya ialah semua Sang Barua yang bekerja dengan Mahathir adalah sosok yang bermasalah. Sosok yang mengamalkan rasuah. Sosok yang berhutang. Lagi banyak beban dipikul lagi setia Sang Barua ini.
Teknik yang sama juga telah menobatkan lembaga kehakiman sebagai barua kepada United Malays National Organisation. Awalan sejarah lembaga kehakiman Malaysia ini amat dihormati kerana lembaga ini bebas dan berwibawa. Tetapi Anak Lelaki Iskandar Kutty telah mengubah semua ini. Justeru, muncul watak yang bernama Yussof Chin. Muncul V.K Lingam. Teknik ini diteruskan oleh Najib untuk melahirklan watak paling baru bernama Tan Sri Cecil Abraham. Lagi banyak ‘rahsia gelap’ yang dimiliki oleh sosok-sosok ini lagi layak untuk dilantik untuk menjadi barua.
Adalah rahsia umum bahawa ada diantara hakim-hakim ini ‘boleh didangdut’ . Mereka ‘ di dangdut’ oleh Towkay Ayam, oleh Towkay lendir, oleh Towkay Judi atau oleh Towkay Dadah. Perangai suka ‘ berdangdut’ ini telah menjalar dari mahkamah rendah hingga ke mahkamah tinggi. Apakah ini tidak diketahui oleh Peguam Negara? Kah kah kah. Peguam Negara juga ialah kaki dang dut paling ‘top’.
Pekara yang sama juga berlaku kepada lembaga kepolisan. Lembaga ini bukan hanya suka ‘berdangdut’ malah banyak pegawai lembaga ini telah menjadi pemilik ‘kelab dang dut’. Polis di Malaysia yang pada satu ketika dahulu amat dihormati dengan moto – sedia berkhidmat – kini telah berjaya dijadikan Sang Barua oleh Anak Lelaki Iskandar Kutty.
Saya menulis tentang SPR, Polis dan Kehakiman ini kerana semakin dekat PRU13 – semakin jelas dilihat kebaruaan lembaga-lembaga ini. Saya perhatikan dengan rapi bagaimana pihak polis telah dibaruakan ketahap gaban. Laporan kepada pihak polis tentang jenayah yang jelas dilakukan oleh penyokong United Malays National Organisation telah tidak dipedulikan. Serangan demi serangan menimpa penyokong Pakatan Rakyat telah dibakul sampahkan.
Tetapi dengan cergas sekali lembaga polis akan bertindak terhadap Tian Chua, meyerbu pejabat Suara Keadilan, menangkap Mat Sabu atau Ci Gu Bard. Sikap ‘cergas’ ini menampakkan kepada umum bahawa polis hari ini ialah barua United Malays National Organisation.
Polis yang bertindak untuk menangkap Tian Chua atau Mat Sabu ini dengan cekap menghantar tuduhan ke mahkamah. Sekali lagi orang ramai melihat bagaimana mahkamah telah dijadikan barua. Saya bukan bercakap kosong. Bukti kebaruaan mahkamah ini tertonjol dalam kes pembunuhan Altantuya.
Dalam kes pembunuhan Altantuya yang paling menonjol ialah apabila Mahkamah, Hakim dan Pendakwa tidak bertanya kepada Sirul atau Azilah siapa yang mengupah mereka. Ini kerana Sirul dan Azilah dalam Akuan Bersumpah telah mengatakan bahawa mereka membuat kerja bunuh kerana makan upah.
Kes Altantuya ini telah membebaskan Razak Baginda dari terlibat. Kebaruaan mahkamah jelas apabila Pendakwa tidak pula pula membuat rayuan untuk Razak Baginda. Biasanya dalam kes bunuh pasti akan ada rayuan untuk ulang bicara. Bayangkan dalam Kes 7 Pelajar Berdemo dan Kes 4 Siswa UKM – bukan saja mahkamah merayu malah hingga hari ini kes masih berjalan. Jika ini bukan kerja barua maka Rosmah Mansor masih anak dara sunti yang langsing dan ramping.
Akhirnya kita sampai ke pada SPR. Lembaga ini adalah barua totok yang akan menipu untuk memastikan tuannya United Malays National Organisation menang dalam PRU13. Sebagai bukti - semakan Kerajaan Selangor di Bestari Jaya Utara mendapati kawasan yang mempunyai penduduk seramai 1,788 itu mempunyai pengundi seramai 3,589 orang. Kawasan Ijok pula yang diwakili Menteri Besar, Khalid Ibrahim, turut mencatatkan penambahan seramai 721 pengundi baru yang tidak dapat dikenalpasti. Pengundi lebih ramai dari penduduk. Bila dilaporkan - SPR telah tidak mempedulikan kes Ijok ini.
Di Pandamaran lebih 3 ribu pengundi telah kehilangan nama mereka dalam daftar mengundi. Lebih dari 5 ribu nama pengundi yang disangsikan telah ditemui. Kes kehilangan nama pengundi dan pengundi yang disangsikan ini telah di bawa ke Mahkamah Tinggi Shah Alam. Mahkamah telah menolak permohonan YB Charles Santiago untuk semakan daftar pengundi walaupun dibekalkan bukti yang jelas. Justeru , daftar ‘penuh penipuan’ ini akan digunakan dalam PRU13.
Apa yang jelas ialah lembaga dan jentera daulah ini semuanya telah dan sedang dijadikan barua oleh United Malays National Organsiatiomn. SPR, Polis, Jabatan Pendaftaran Negara dan Mahkamah kini sedang berkerjasama. Sebagai barua yang setia kepada tuannya lembaga-lembaga ini sedang bekerja keras siang dan malam untuk memastikan Pakatan Rakyat kalah dalam PRU13 ini.
Lembaga-lembaga daulah ini sedang menjadi benteng dan tembok untuk mempertahankan Parti Ketuanan Melayu dari ditenggelamkan oleh ombak rakyat. Sosok-sosok yang mengendalikan SPR – Pengerusi dan Pegawai – sedar bahawa sokongan rakyat menyebelahi Pakatan Rakyat. Ketua Hakim Negara dan kuncu-kucunya tahu bahawa tarikh lupus kuasa telah lama sampai. Malah Pegawai Polis yang berpangkat sedar bahawa United Malays National Organisation akan dihumbankan oleh rakyat.
Justeru semua sosok-sosok yang menjadi barua ini sedar apa akan terjadi kepada mereka. Ada yang telah bersedia untuk pindah ke luar negara. Ada yang secara senyap-senyap telah membeli ‘insuran’ dengan Pakatan Rakyat saperti yang telah dilakukan oleh Hitam dan Musa Hasan.
Tetapi masih ada satu kumpulan kecil yang masih berdegil. Sang Barua ini cuba mengviagrakan United Malays National Organisation yang semakin lembik. Untuk Sang Barua ini saya nasehatkan sila minta dari Lebai Google satu gambar klasik. Gambar klasik ini ialah gambar helikopter diatas Kedutaan Amerika pada 30 April 1975. Ini adalah hari Saigon ditawan – hari kuasa imperialis Amerika kalah dalam Perang Vietnam. (TT)
BARUA BARUA KERAJAAN LAMA VIETNAM
PEGAWAI KERAJAAN
PEGAWAI SPR VIETNAM
POLIS DAN MATA MATA
PEGUAM DAN HAKIM
BARUA AMERIKA
AJEN AJEN AMERIKA
CUBA MELARIKAN DIRI
MASUK KE DALAM KAWASAN KEDUTAAN AMERIKA
Mengapa harus bercakap tentang politik?
Sebelum menjawab soalan ini, harus tanya dahulu. Apa itu politik? Rata-rata melihat politik itu sinonim dgn tipu daya, fitnah, saling membenci, saling menuduh. segalanya tipu. politik itu kotor. semuanya mengelirukan.
maka harus dijelaskan terlebih dahulu.. apa itu politik.
Adik2 kakak2 abang2 sekalian.. (dipendekkan cerita) apabila kita bercakap tentang politik,, kita sebenarnye bercakap tentang bagaimana pemimpin2 sedia ada ini, menggunakan kuasanya dalam....mengurus.... :
1) ekonomi negara.
adakah ia dibagikan secara adil dan saksama? apakah ada unsur2 kezaliman dlm sistem ekonomi negara kita? apakah ada korupsi? apakah ada monopoli yg menyebbkn penindasan terhdp pihak yg lain..? apakah harga barang yg naik secara melambung itu membebankn rakyat marhaen terutama yg miskin..? apakah hasil bumi malaysia ini diguna dgn hemah atau membazir..? apakah pemimpin yg sedia ada ini berjiwa rakyat atau berjiwa pentingkan diri dan kroni ..?
Dengan ekonomi yg semakin merudum, hutang negara melonjak naik berbillion, kegiatan jenayah pun meningkat mendadak (sbb nak cari duit terdesak)
Penting ke tidak ckp tentang perkara ini? Tentulah penting.
2) keadaan sosial dan spiritual masyarakat
bagaimana keadaan moraliti masyarakat kita sekarang? apakah semakin berakhlak atau sebaliknya. apakah nilai2 utama yg diajar islam diamalkan? seperti Keadilan, Akhlak Mulia, Tulus, Amanah, Moraliti, saling menghormati dan sebagainya.
bagaimana akhlak generasi muda kita yg sering disuap dgn hiburan yg tidak bermoral..? semakin indah atau semakin hancur..? bagaimana dgn institusi kekeluargaan di negara ini, semakin baik atau sebaliknya..? bagaimana dgn masalah sosial yg semakin berleluasa ini..? bukankah ini terjadi akibat kelalaian pemimpin yg memegang kuasa yg ternyata mengabaikan tugas mendidik masyarakat (pemimpin itu sendiri tidak bermoral dan tidak amanah)
Lihat saja iklan2, drama2, film di TV, di cinema yg tidak dikawal, byk memaparkan unsur2 tidak bermoral, unsur2 inilah yg byk menyumbang kpd masalah2 sosial di negara ini. Inilah yg byk merosak moraliti dan spiritual masyarakat kita. Ada menteri2 kisah?
Penting ke tidak ckp tentang perkara ini? Tentulah penting.
3) Pendidikan
apakah ada kaitan antara pendidikan dgn politik..? Tentu sekali. Jika pemimpin yg berkuasa itu seorang yg tidak bermoral dan korup, maka tidak hairanlah sistem pendidikn negara kita pun akan menjadi korup juga. Saluran dana yg seharusnya disalurkn utk menaikkan mutu pendidikan tidak sampai kpd pihak yg berhak. malah, pendidikan itu sendiri dijadikan wadah utk mengaut kekayaan. akibatnya pendidikan yg tujuan asalnya utk mendidik rakyat malaysia kini telah dicemari dgn tangan2 yg tamakkan kuasa. siapa yg merana? anda dan anak2 anda juga
Penting ke tidak ckp tentang perkara ini? Tentulah penting
admin nak tulis panjang lagi tapi dah masuk waktu zohor, jumpa lagi
foto diselit buat tatapan dan renungan semua..
Sejarah Politik Malaysia : DUN Negeri Sembilan DUN pertama terbubar tengah malam ini
NEGERI SEMBILAN 27 MAC: Pertama kali dalam sejarah Malaysia, Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan menjadi DUN pertama terbubar secara automatik bermula tengah malam ini, ketika Parlimen masih belum dibubarkan.
Mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri, DUN Negeri Sembilan akan bubar dengan sendiri kerana tiada pembubaran DUN dilakukan sebelum itu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ampangan, Rashid Latiff menyifatkan pembubaran automatik ini ekoran ketakutan Perdana Menteri membubarkan Parlimen awal untuk berhadapan PRU 13.
“Bukan saja dalam sejarah Negeri Sembilan, malah di Malaysia, tak pernah terjadi DUN terbubar dengan sendiri. Ini kerana Datuk Seri Najib Razak tidak yakin untuk memenangi pilihan raya.
“Mungkin tempoh lima tahun sejak 2008 masih tidak cukup untuk menunjukkan prestasi pemerintahan beliau (Najib),” sinis Rashid mengulas perkara itu.
Negeri Sembilan mempunyai 36 kerusi DUN. Pada 2004, Pakatan Rakyat hanya menguasai dua daripada 36 kerusi di Negeri Sembilan iaitu Lobak dan Bahau.
Namun, pada PRU 2008, Pakatan menguasai tambahan 13 kerusi, sekaligus menafikan majoriti dua pertiga BN.
Kini pecahan kerusi DUN adalah – 21 milik BN dan 15 kerusi milik Pakatan Rakyat yang terbahagi kepada 10 kerusi milik DAP, 4 dikuasai KEADILAN dan satu dimenangi PAS.
Mengulas lanjut, Rashid berkata, sebagai kerajaan sementara, BN diingatkan supaya tidak menyalahguna kuasa dengan membuat keputusan serta dasar baru.
“Kerajaan sementara harus bersikap ‘gentleman’, urus mengikut had perlembagaan, bukan berlagak seolah-olah baru mendapat mandat dan buat keputusan besar. Sedarlah bahawa kamu (BN) hanya kerajaan menumpang bermula tengah malam ini,” tegasnya.
Dalam perkembangan lain, Rashid memaklumkan Pakatan Rakyat di Negeri Sembilan cukup bersedia menghadapi pilihan raya.
“Jentera dan kerjasama antara parti dalam Pakatan cukup kuat dan erat. Saya yakin kita akan menempuh jalan mudah untuk menawan Negeri Sembilan,” katanya.
Sementara itu, Ahli Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri, T Kumar yang senada menyatakan pembubaran DUN Negeri Sembilan akibat ketakutan Najib yakin Pakatan Rakyat boleh menawan negeri itu pada PRU nanti.
“Ini tandanya BN tak yakin menang. Mereka takut sokongan rakyat luar bandar dan bandar yang semakin baik kepada Pakatan.
“Kejayaan Pakatan tembus kubu kuat Umno di kawasan Felda menambah cemas Umno BN. Kita yakin dengan sokongan masyarakat yang ketara faktor penentu kejayaan Pakatan,” katanya
Presiden 1Malaya : Kalau saya PM, dah lama parlimen dibubarkan - Tok Ki Det
KUALA LUMPUR, 23 Mac — Tun Dr Mahathir Mohamad mengatakan akan membubarkan Parlimen tahun lalu sekiranya beliau adalah perdana menteri, apabila ditanya bilakah masa yang paling sesuai untuk melakukan perkara tersebut.
Menurut bekas perdana menteri yang memerintah selama 22 tahun itu, beliau tidak mengetahui bilakah parlimen akan dibubarkan.
“Saya tidak ada kuasa untuk bubar parlimen, jadi saya pun tak tahu bila.
“Kalau saya jadi perdana menteri, dah lama saya bubar dah. Tapi, saya tak ada kuasa, jadi saya pun tak tahu bila nak dibubarkan,” kata Dr Mahathir kepada wartawan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini
Tahukah anda, sesi pembodohan mahasiswa sedang dijalankan.?
Gambar menunjukkan di salah sebuah Universiti melayu (UITM SRI ISKANDAR) dan universiti2 melayu yg lain sedang giat di adakn ceramah macai Mohamed Razali Bin Abdul Rahman Bekas Pegawai Khas Ahli Parlimen Jelutong ini. benda yg diperkatakan tidak lain tidak bukan,memburukkan DAP.
Kita sudah tahu yang Parti Tindakan Demokratik (DAP) sentiasa menjadi musuh kepada umat Islam di bumi Malaysia ini. Dimaklumkan, seorang pemimpin kanan DAP pernah mengeluarkan kenyataan dalam satu ucapannya, yang berbaur hasutan terhadap agama Islam.
“Kita mesti memastikan Kristian menjadi agama rasmi Malaysia dan juga Perdana Menteri seterusnya beragama Kristian.”
Razali pernah ke Balai Polis untuk membuat laporan polis tentang pengumuman Kristian sebagai agama rasmi. Tetapi Mat Sabu mengarahkannya supaya laporan tersebut ditarik balik.
Guan Eng pula menawarkan RM 1Juta dan bercuti di Melbourne dan minta beliau menarik balik laporan polis tersebut. Usaha demi usaha dilakukan sehinggakan isteri beliau juga turut dilibatkan. Paderi datang di tempat kerja isterinya dan membuat tawaran yang lumayan untuk menarik balik laporan polis tersebut. Segala ugutan bunuh juga banyak kali dilakukan tetapi beliau tetap bertegas dengan keputusan untuk tidak menarik balik laporan tersebut.
Senarai rancangan besar DAP yang diberitahu oleh Mohamed Razali adalah seperti berikut:
1. Kristian sebagai Agama Rasmi.
2. Malaysia akan dijadikan negara republik. Dimaklumkan, Guan Eng mempunyai pejabat mewah di Singapura dan setiap minggu berjumpa dengan mantan Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew. Kekayaan DAP kini lebih daripada UMNO/BN.
3. YDP Negeri Pulau Pinang akan ditukar kepada Cina.
4. Sudah tentunya, sistem monarki negara akan dibubarkan, berdasarkan kenyataan Lim Kit Siang bahawa raja berketurunan lanun.
5. Isu azan, baru-baru ini, hanya untuk menilai tahap sensitiviti orang Islam. Tidak mustahil nanti azan akan diharamkan.
6. Pertandingan tilawah Al Quran akan dihapuskan.
7. NGO Melayu akan dihapuskan. cth PEKIDA & PERKASA.
8. Perkahwinan Antara-Agama akan digalakkan, Insentif RM 5,000 akan diberikan atas alasan human rights (penghapusan etnik Melayu).
9. Bahasa Inggeris dijadikan bahasa Rasmi. Bahasa kedua adalah Mandarin.
10. Mata pelajaran Agama Islam akan dimansuhkan.
11. Chin Peng akan diberi pengampunan dan diberi gelaran Tun.
12. MARA yang dianggap rasis akan dibubarkan.
13. GLC akan dipegang dan diterajui oleh orang Cina.
14. Di hotel Palma Penang, lagu Negaraku yang baru telah dimainkan, tanpa sebutan ‘raja’.
15. Rejimen Askar Melayu Diraja akan dibubarkan kerana telah banyak bunuh orang cina (komunis) sebelum ini.
16. Panglima Angkatan Tentera dan Ketua Polis Negara akan ditukarkan kepada orang Cina.
17. Kakitangan kerajaan berketurunan Melayu akan dikurangkan. Fokus kepada Kementerian Pendidikan.
18. KEMAS, BTN dan MKN akan ditutup.
19. Kedutaan Israel akan dibuka.
20. Pengkalan Tentera Israel akan dibuka di Port Dickson.
21. Majlis antara agama akan menggantikan Majlis Agama Islam
22. Wang zakat akan digunakan oleh orang bukan Islam. Percubaan telah dibuat di Perak sewaktu dibawah Nizar MB boneka. Ngeh pernah minta untuk guna wang zakat tetapi dihalang oleh Mufti.
23. Seperti yang dijangka, DEB akan dimansuhkan.
24. Parti berteraskan agama akan dibubarkan termasuk PAS. Mat Sabu pernah kata "Saya sanggup makan babi dengan Lim Guan Eng dari makan ayam dengan Najib” dalam satu majlis tertutup. PAS telah berjaya diliberalkan.
25. Yahudi dan CIA akan bantu menjayakan rancangan DAP. Mereka ini dilatih oleh Israel sebahagian daripada agen perisikan, MOSSAD selama 3 tahun dengan pelbagai ideologi termasuk ideologi ‘Malaysian Malaysia’ dan ‘Zionis’. Mengamalkan perjuangan mereka adalah segala-galanya, dan prinsip agama diketepikan.
Hal ini telah didedahkan oleh Mohamed Razali Bin Abd Rahman Bekas Setiausaha Organisasi DAP dan Timbalan Ketua Pemuda DAP.
Beliau mengaku pernah tinggal di gereja selama 2 minggu. Beliau mengatakan bahawa, Paderi Marine, warga USA telah berada di Malaysia selama 5 tahun untuk mengkristiankan orang Islam di Malaysia, terutamanya dalam kawasan Sibu. Setiap minggu sekurang-kurangnya 2 orang Melayu telah dimurtadkan.
Beliau telah keluar dari menjadi ahli DAP diatas kesedarannya kerana mendapati bahawa DAP paling benci kepada bangsa Melayu beragama Islam dan Raja2 Melayu. DAP berniat jahat untuk menukar perlembagaan Islam kepada Perlembagaan Kristian.
harap bro sebarkan. supaya mahasiswa macam kami tidak terpedaya. sedih kerana ada sahabt yang mempercayai hujah bodoh macai ni. harap di ambil berat.
-mahsiswa perihatin-
* terima kasih kepada seorang sahabat RAMM kerana sudi mengirimkan maklumat ini.
PAS mahu projek libatkan implikasi kewangan didedahkan kerana mandat BN telah tamat
Putrajaya perlu mendedahkan segala projek yang melibatkan implikasi kewangan, termasuk perjanjian yang telah ditandatangani semasa Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa (LIMA) Langkawi kerana mandat kerajaan Barisan Nasional (BN) dipilih rakyat telah tamat pada 8 Mac lalu, gesa Datuk Mahfuz Omar.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu menegaskan, mengambil kira tarikh Pilihan Raya 2008 yang dilaksanakan pada 8 Mac, mandat BN seharusnya tamat pada tarikh sama tahun ini kerana tempoh lima tahun itu telah tamat.
"Kerajaaan sementara tak boleh putuskan projek libatkan implikasi kewangan, hanya jalankan tugas harian," kata Naib Presiden PAS itu ketika sidang media di Ibu Pejabat parti tersebut di sini.
"Kerajaan sekarang ini sudah habis mandat, ini jenayah demokrasi dilakukan BN dalam usaha untuk mereka terus kekal berkuasa ... Satu rampasan kuasa tanpa senjata hak rakyat telah berlaku," tegas Mahfuz (gambar).
"Adalah sangat memalukan kerana tindakan ini menimbulkan krisis kepercayaan terhadap ahli perniagaan, pelabur, dengan menepikan kuasa rakyat."
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tegas Mahfuz masih lagi belum mengumumkan pembubaran Parlimen, sedangkan sepatutnya selepas tamat tempoh lima tahun, rakyat perlu diberi hak untuk kembali memilih peminpin mereka.
"Apabila berlaku sedemikian rupa, saya bimbang kerajaan banyak buat keputusan memberikan implikasikan kepada negara ... sepatutnya kembalikan kepada rakyat untuk rakyat pilih," tegasnya.
Tindakan luar biasa Umno BN sebelum parlimen bubar..
KUALA LUMPUR: Seluruh pemimpin dan ahli-ahli PAS serta Pakatan Rakyat di seluruh negara diminta memantau dengan rapi segala tindakan luar biasa para pemimpin Umno-BN di negeri-negeri yang dikuasai parti itu, sementara tibanya saat pembubaran parlimen.
Ketika berada di hujung kuasa, para pemimpin Umno-BN dipercayai akan melakukan pelbagai tindakan untuk melakukkan pemindahan aset-aset mereka kepada kroni-kroni mereka, walaupun tindakan mereka itu menyalahi etika dan undang-undang.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, bukti terbaru mengenai tindakan buruk mereka itu boleh dirujuk kepada tindakan yang telah dilakukan oleh para pemimpin Umno-BN Pahang pada Februari lalu.
Menurut beliau, tindakan tersebut dilakukan menerusi mesyuarat Exco Pahang yang telah meluluskan seluruh pengurusan jalan raya di negeri itu kepada sebuah syarikat, Y. P. Mantanence Sdn. Bhd. mulai April ini selama 7 tahun.
Katanya, walaupun keputusan itu dibuat menerusi mesyuarat Exco, tetapi ia ternyata menyalahi etika, lebih-lebih lagi ia mempertingkatkan kos sehingga 25 peratus berbanding kos biasa.
"Disebabkan tindakan itu, banyak pihak turut menjadi mangsa, sehingga ia mencetuskan pelbagai rungutan di kalangan rakyat teutama para kontraktor kelas F," katanya kepada Harakahdaily ketika dihubungi hari ini.
Menurut Ustaz Tuan Ibrahim, setelah disiasat didapati tindakan tersebut sengaja dilakukan oleh mereka untuk membolehkan mereka memindahkan aset-aset mereka kepada kroni-kroni mereka, setelah disedari mereka tidak lagi berpeluang berbuat demikian pada masa akan datang jika parti itu kalah dalam PRU ke-13 nanti.
Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata, tindakan tidak bertanggungjawab seperti itu tidak mustahil turut dilakukan juga oleh para pemimpin Umno-BN di negeri-negeri lain yang dikuasai parti itu, sementara parlimen dibubarkan atau terbubar dengan sendirinya sehingga 28 April ini.
"Jadi kita mestilah memantau dengan rapi segala tindakan luar biasa mereka itu kerana selain untuk mengaut keuntungan peribadi dan memberikan habuan kepada kroni-kroni mereka, mereka juga ingin memberikan kesukaran dan tekanan kepada Pakatan Rakyat jika kita dapat memerintah negara selepas PRU ke-13 nanti," ujarnya.
Sebelum ini, tambah beliau, para pemimpin Umno-BN telah menimbulkan pelbagai tekanan kepada Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor melalui perjanjian air dengan Syabas.
"Walaupun Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor begitu prihatin kepada rakyat dengan membekalkan air percuma kepada rakyat untuk sekitar 11 mililiterpadu pertama, mereka pula berusaha untuk mengaut kepentingan peribadi tanpa mempedulikan hak rakyat.
"Kita sememangnya amat kesal dengan sikap mereka itu. Mereka juga telah sedar tentang kemarahan rakyat kepada mereka. Jadi sementara kuasa masih berada di tangan mereka sekarang, mereka pasti akan melakukan apa sahaja untuk kepentingan mereka. Tindakan mereka itu amat perlu dipantau oleh kita untuk membolehkan kita mengambil tindakan sewajarnya nanti," tegas beliau.
Beliau Gurubesar Sekolah Agama Felda Pasir Raja, Kula
Beliau Gurubesar Sekolah Agama Felda Pasir Raja, Kulai. Bukan sekali beliau mengambil kesempatan menghentam dan memfitnah PAS dan Pakatan Rakyat semasa sesi pembelajaran. Telah pun ditegur sebelum ini, tetapi mengulanginya lagi.
Adalah haknya menyokong dan mendokong Umno di luar waktu sekolah. Namun, beliau harus profesional. Ada murid yg ibu bapanya adalah penyokong PR. Sensitiviti semua pihak mesti dijaga.
Laporan Polis dan Jabatan Agama telah dibuat....
Adalah haknya menyokong dan mendokong Umno di luar waktu sekolah. Namun, beliau harus profesional. Ada murid yg ibu bapanya adalah penyokong PR. Sensitiviti semua pihak mesti dijaga.
Laporan Polis dan Jabatan Agama telah dibuat....
ORANG ASLI DI JERANTUT BERDEMONSTRASI
Akibat isu pembalakan yang telah mencemar dan mengorbankan kehidupan mereka, beberapa orang penduduk orang asal Sungai Kiol, di Jerantut Pahang mengadakan demontrasi aman di hadapan Pejabat Perhutanan Jerantut pagi tadi. Difahamkan, mereka adalah orang asli yang tinggal di kawasan Latar Meraung dan sekitarnya.
Kemarahan itu berpunca ada pihak tertentu yang menjalankan kerja-kerja pembalakan di kawasan mereka yang dipercayai merupakan kawasan tadahan hujan. Akibat tindakan rakus pihak terbabit menyebabkan kehidupan mereka terjejas, malah sumber air juga mengalami masalah yang cukup kritikal.
Di negeri Pahang, sememangnya adengan sebegini sering berlaku di sana sini. Masalah ini sudah berlarutan sejak sekian lama dan hingga kini masih tiada jalan penyelesaiannya. Tindakan orang asal dibuat selepas beberapa aduan mereka tidak dilayan oleh pihak yang berkenaan selama ini. Soalnya, sampai bilakah masa depan orang asli ini terpaksa diperkotak-katikkan demi kerakusan pihak tertentu untuk mengejar keuntungan mereka semata-mata.
30 polis dan JPJ tahan treler PAS
Muhammad Faizal, | 28 Mac 2013 |
(Polis dan JPJ menahan treler PAS)
IPOH: Lebih 30 anggota polis, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Cawangan Khas mengepung treler Negara Berkebajikan PAS dekat sini sebaik saja keluar dari lebuhraya.
Konvoi jelajah Negara Berkebajikan PAS ditahan oleh pihak polis ketika dalam perjalanan ke tapak program di Pengkalan Pegoh.
Pihak polis menahan konvoi jelajah di Taman Pinji Perdana setelah mengejar konvoi tersebut selepas melalui sekatan yang dilakukan oleh pihak berkua
Ketika ditanya tentang penahanan tersebut sehingga pihak polis terpaksa mengejar treler jelajah itu, mereka hanya menjalankan tugas mengikut arahan dikeluarkan.
Lebih kurang lima buah kereta peronda, empat buah motosikal berkuasa tinggi berada di tempat di mana konvoi tersebut ditahan.
Walaupun treler tersebut ditahan oleh pihak polis, namun pemeriksaan dilakukan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Konvoi jelajah yang ditahan hampir sejam itu dilepaskan setelah pihak JPJ membuat pemeriksaan dan mengambil segala maklumat dari rombongan konvoi.
Peguam PAS, Haji Asmuni Awi antara yang berunding dengan mereka bagi membolehkan perjalanan ke destinasi diteruskan.
Program yang pada awalnya dilakukan di Seksyen 18 terpaksa diubah ke tapak pasar malam Kampung Pengkalan Pegoh.
Pemindahan lokasi terpaksa diubah apabila pihak penganjur mengatakan terdapat ramai anggota FRU dan polis berada di kawasan berkenaan.
Pemindahan lokasi terpaksa diubah apabila pihak penganjur mengatakan terdapat ramai anggota FRU dan polis berada di kawasan berkenaan.
Program Trelar Jelajah Negara Berkebajikan PAS di Parlimen Bera.
Program Trelar Jelajah Negara Berkebajikan PAS di Parlimen Bera. Tarikh: 3 April 2013 (Rabu) Masa: 9.00 malam. Tempat: Jalan Emas, Taman Komersial Emas, Bandar Bera. (dari Jalan utama Triang - Temerloh, masuk melalui persimpangan lampu isyarat SK Kerayong Jaya) Pengisian info bersama pimpinan Pakatan Rakyat, edaran risalah dsb. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:- Dr. Mohd Wali Ahmad (Setiausaha) - 09-2508 522. Ustaz Mohd Yusof Che Din (Ketua Penerangan) - 013-2360132. Shahrul (Ketua Pemuda) - 013-981 4378. Semua dijemput hadir! |
Tentera China mendarat di Spratly
BEIJING 27 Mac - Tentera laut China, semalam mendarat di Kepulauan Spratly, kawasan yang turut dituntut oleh beberapa negara di Laut China Selatan termasuk Malaysia, ketika mengadakan latihan ketenteraan di kawasan maritim itu.
Laman web akhbar rasmi People's Daily melaporkan, tentera China mendarat di beting James selepas latihan ketenteraan yang bermula pada Sabtu lalu.
Akhbar itu melaporkan dua buah kapal peronda laju dan kapal pendaratan amfibia turut serta dalam latihan tersebut.
''Latihan di kawasan itu turut melibatkan penggunaan hoverkraf, helikopter, kereta kebal amfibia dan pesawat pejuang serta pesawat pengebom.
''Kemudian, ia diikuti satu lawatan rasmi ke beting James, semalam,'' lapor akhbar tersebut.
Pendaratan tersebut menandakan tindakan berprofil tinggi China untuk mengukuhkan tuntutan ke atas kawasan perairan tersebut.
Kepulauan Spratly turut dituntut oleh Malaysia, Vietnam, Filipina, Taiwan dan Brunei.
Kawasan perairan itu merupakan laluan utama perkapalan dan sumber utama perikanan, selain dilaporkan mempunyai sumber minyak yang banyak. - AP
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130328/lu_06/Tentera-China-mendarat-di-Spratly#ixzz2OogEfoHg
© Utusan Melayu (M) Bhd
Lagi masjid dibakar
Yangon: Perusuh beragama Buddha semalam membakar sebuah lagi masjid dan kediaman penduduk Islam di bandar di tengah Myanmar.
Ia kejadian keganasan terbaru membabitkan penduduk berbeza agama itu yang setakat ini sudah meragut kira-kira 40 nyawa.
Dalam kejadian terbaru yang berlaku selepas keganasan meletus, polis berkata, sebuah masjid di bandar Nattalin dibakar perusuh.
Penduduk berkata, polis tidak dapat berbuat apa-apa ketika sekumpulan perusuh Buddha tiba di bandar itu dan membakar masjid berkenaan.
“200 perusuh datang ke bandar ini. Polis tidak dapat mengawal mereka...mereka memusnahkan masjid dan beberapa kediaman. Kemudian mereka beredar,” kata seorang penduduk.
Perintah berkurung dari senja hingga ke Subuh turut dikenakan di tiga lagi bandar, lapor media kerajaan ketika pihak berkuasa cuba untuk menghentikan keganasan itu yang mula tercetus di Meiktila 130 kilometer ke utara Naypyidaw, hab komersial Myanmar.
Utusan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke Myanmar, Vijay Nambiar yang mengunjungi Meiktila berkata semalam, penduduk Islam menjadi sasaran kekejaman penganut Buddha.
Keganasan bermula 20 Mac lalu berikutan pertengkaran di kedai emas di Meiktila. Ia bertukar menjadi ganas dengan masjid dan kediaman penduduk Islam dijadikan sasaran.
Ia adalah keganasan terburuk sejak penduduk Islam Rohingya di negeri Rakhine diserang oleh penganut Buddha tahun lalu yang mengorbankan sekurang-kurangnya 180 orang dan menyebabkan lebih 110,000 kehilangan tempat tinggal. - AFP
Kampung Tanduo tinggal nama
Lahad Datu: Kampung Tanduo yang menjadi lokasi pendaratan kumpulan pengganas Sulu dan diduduki penduduk tempatan sejak 50 tahun lalu akan ditutup dan tidak lagi menjadi kawasan penempatan penduduk.
“Sebelum ini kita wujudkan pasukan penilaian untuk melihat sejauh mana kerosakan dan kerugian dialami penduduk Kampung Tanduo selain aspek keselamatan.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata, semua penduduk kampung itu yang kini menghuni pusat pemindahan sementara akan dipindahkan ke lokasi baharu yang diputuskan kemudian.
Menurutnya, keputusan itu dibuat selepas penilaian Majlis Keselamatan Negara (MKN) mendapati rumah di kampung itu mengalami kerosakan teruk.
Katanya, 12 rumah di kampung itu boleh dikatakan musnah sama sekali akibat pencerobohan pengganas di kampung itu.
Katanya, 12 rumah di kampung itu boleh dikatakan musnah sama sekali akibat pencerobohan pengganas di kampung itu.
PASUKAN keselamatan mengawal keadaan di Kampung Tanduo, semalam.
“Sebelum ini kita wujudkan pasukan penilaian untuk melihat sejauh mana kerosakan dan kerugian dialami penduduk Kampung Tanduo selain aspek keselamatan.
Polis buru 17 suspek kes tembak, samun Jalan Ampang, KL
27 Mac 2013
KUALA LUMPUR - Polis memburu 17 suspek yang dipercayai terlibat dalam kes menembak mati seorang lelaki di Jalan Ampang pada 21 Mac
lepas, selain beberapa kes samun.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata hasil siasatan mendapati kesemua suspek berusia antara 30 dan 40 tahun itu disyaki anggota kumpulan 'Morning Glory' yang bergiat aktif dalam beberapa kes samun di Brickfields dan Cheras sejak sekian lama.
Mangsa yang mati ialah Chan Hong Sau, 31, yang ditembak di luar Hotel Corus.
Polis percaya mangsa merupakan salah seorang anggota kumpulan berkenaan, dan mungkin ditembak oleh rakan kumpulan itu sendiri akibat pertikaian dan rasa tidak berpuas hati pembahagian hasil rompakan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Katanya, bagi kes samun, modus operandi mereka adalah memasuki rumah mewah antara 4 pagi hingga 7 pagi dengan memakai topeng ski dan sarung tangan sebelum menyamun dan melarikan kereta mewah mangsa.
Beliau berkata jumlah kerugian dianggarkan sebanyak RM1 juta melibatkan 18 kes rompakan yang dilakukan oleh kumpulan itu.
"Mereka (ahli kumpulan) itu tinggal di hotel-hotel mewah di sekitar ibu kota sebelum dan selepas melakukan rompakan," katanya.
Ku berkata, dalam kejadian pada 21 Mac lalu, mangsa ditembak dari jarak dekat oleh beberapa lelaki dengan melepaskan enam das tembakan, di mana empat tembakan terkena pada bahagian kepala, leher dan dada mangsa.
Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun.
Beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat pembunuhan itu dan kes rompak tersebut agar menghububgi pihak polis.
Sementara itu polis sedang mencari beberapa orang bagi membantu siasatan berhubung pembunuhan Chan dan 18 kes rompkan tersebut.
Mereka ialah Yong Kok Wai alias Ah Wai, 41, beralamat terakhir di Gombak, Kuala Lumpur; Kek Hai Liong, 35, (Teluk Intan, Perak); Sin WEi Kit, 26, (Raub, Pahang); Liew Wan Keng, 41, (Sungai Besi, Kuala Lumpur); Koay Ah Sam, 40, Kajang, Selangor); Foo Kim Lai, 36, (Jalan Peel, Cheras, Kuala Lumpur).
Liew Toh Choon, 27, (Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur); LIew Too Onn, 34, Ampang, Selangor); Wong Chee Keong, 43, (Selayang, Kuala Lumpur); Yip Kin Hoo, 34, Cheras, Kuala Lumpur); Chin Fai Tat, 28, Cheras, Kuala Lumpur); Cheong Cheow Soon, 35, (Cheras, Kuala Lumpur).
Leung Khai Man, 31, (Jalan Kenanga, Kuala Lumpur); Koh Wee Kiat, 35, (Puchong, Selangor); Wong Ee Yih, 43, (Johor); Yang Kim Fook, 38, (Perak) dan Leong Beng Hoe, 35, Batu Caves, Selangor). - Bernama
lepas, selain beberapa kes samun.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata hasil siasatan mendapati kesemua suspek berusia antara 30 dan 40 tahun itu disyaki anggota kumpulan 'Morning Glory' yang bergiat aktif dalam beberapa kes samun di Brickfields dan Cheras sejak sekian lama.
Mangsa yang mati ialah Chan Hong Sau, 31, yang ditembak di luar Hotel Corus.
Polis percaya mangsa merupakan salah seorang anggota kumpulan berkenaan, dan mungkin ditembak oleh rakan kumpulan itu sendiri akibat pertikaian dan rasa tidak berpuas hati pembahagian hasil rompakan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Katanya, bagi kes samun, modus operandi mereka adalah memasuki rumah mewah antara 4 pagi hingga 7 pagi dengan memakai topeng ski dan sarung tangan sebelum menyamun dan melarikan kereta mewah mangsa.
Beliau berkata jumlah kerugian dianggarkan sebanyak RM1 juta melibatkan 18 kes rompakan yang dilakukan oleh kumpulan itu.
"Mereka (ahli kumpulan) itu tinggal di hotel-hotel mewah di sekitar ibu kota sebelum dan selepas melakukan rompakan," katanya.
Ku berkata, dalam kejadian pada 21 Mac lalu, mangsa ditembak dari jarak dekat oleh beberapa lelaki dengan melepaskan enam das tembakan, di mana empat tembakan terkena pada bahagian kepala, leher dan dada mangsa.
Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun.
Beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat pembunuhan itu dan kes rompak tersebut agar menghububgi pihak polis.
Sementara itu polis sedang mencari beberapa orang bagi membantu siasatan berhubung pembunuhan Chan dan 18 kes rompkan tersebut.
Mereka ialah Yong Kok Wai alias Ah Wai, 41, beralamat terakhir di Gombak, Kuala Lumpur; Kek Hai Liong, 35, (Teluk Intan, Perak); Sin WEi Kit, 26, (Raub, Pahang); Liew Wan Keng, 41, (Sungai Besi, Kuala Lumpur); Koay Ah Sam, 40, Kajang, Selangor); Foo Kim Lai, 36, (Jalan Peel, Cheras, Kuala Lumpur).
Liew Toh Choon, 27, (Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur); LIew Too Onn, 34, Ampang, Selangor); Wong Chee Keong, 43, (Selayang, Kuala Lumpur); Yip Kin Hoo, 34, Cheras, Kuala Lumpur); Chin Fai Tat, 28, Cheras, Kuala Lumpur); Cheong Cheow Soon, 35, (Cheras, Kuala Lumpur).
Leung Khai Man, 31, (Jalan Kenanga, Kuala Lumpur); Koh Wee Kiat, 35, (Puchong, Selangor); Wong Ee Yih, 43, (Johor); Yang Kim Fook, 38, (Perak) dan Leong Beng Hoe, 35, Batu Caves, Selangor). - Bernama
Subscribe to:
Posts (Atom)