Monday, July 25, 2011

PAS: Mengapa mahu siarkan selepas dua minggu?

Video yang ditayangkan pihak polis Khamis lalu dan akan disiarkan melalui rangkaian televisyen yang dikuasai kerajaan dan Umno mengenai himpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai sesuai untuk zaman televisyen hitam putih, kata ahli jawatankuasa pusat PAS, Idris Ahmad.

NONE“Sayang seribu kali sayang, skrip ini hanya sesuai di zaman televisyen hitam putih, sedangkan sekarang zaman IT yang bergerak pantas seperti kilat,” kata Idris (pertama dari kanan, berketayap) dalam satu kenyataan media.

Menurut pemimpin PAS itu, polis sekarang berada di dalam keadaan serba salah untuk menafikan bahawa mereka tidak berkasar ketika berdepan dengan tunjuk perasaan aman BERSIH 2.0 yang lalu.

Terbaru, katanya, polis terpaksa menayang rakaman video menunjukkan layanan baik polis kepada peserta perhimpunan.

NONE“Hampir dua minggu baru polis menyiarkan video versi polis sedangkan seluruh dunia sudah menyaksikan keganasan polis sewaktu berhadapan dengan peserta demo melalui Youtube yang disiar selepas beberapa minit demo berlalu.

“Sekarang polis susah hati, kerana rakyat tidak boleh menerima tayangan skrip polis,” katanya.

Menurut Idris, beberapa soalan patut dibangkitka, antaranya kenapa lambat sangat video ditayang, sedangkan lambakan gambar yang terpapar melalui lensa kamera dan juga internet adalah sebaliknya.

Justeru, katanya adalah mustahil di dalam beberapa minit demo rakaman yang menunjukkan polis bertindak ganas itu boleh disunting.

“Kenapa insiden gambar Tuan Haji Mohamad Sabu tidak ditayangkan sepenuhnya?” soalnya.

Nasib polis

NONEBeliau merujuk taklimat Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Salleh Mat Rashid, Khamis lalu yang berkata tidak ada kebenaran bahawa kenderaan milik polis melanggar motosikal timbalan presiden PAS itu.

"Malah rakaman CCTV menunjukkan beliau terjatuh dari kenderaannya selepas terlanggar 'fender' Pajero,” kata Salleh.

Malah, wartawan yang hadir ditunjukkan video sebuah kenderaan polis mengejar dua motosikal, satu yang dibonceng oleh Mat Sabu. Namun visual berkenaan tidak jelas menunjukkan apa yang berlaku kerana beberapa sudut pandangan tidak dapat dirakamkan.

NONEMenurut Idris, Mohamad Sabu juga dituduh tidak cedera oleh pihak polis termasuk pemimpin Umno yang mendakwa beliau berlakon.

“Sedangkan satu dunia tahu bahawa timbalan presiden PAS itu sudah menjalani pembedahan di hospital pakar Shah Alam, bukan bomoh patah Pongsu Seribu,” katanya.

Menurut beliau polis sekarang sedang bertarung dengan peserta BERSIH dan perlu menjawab tohmahan yang dilemparkan terhadap mereka.

“Inilah nasib polis apabila bernaung di bawah kerajaan BN yang tidak bijak mengurus hal ehwal kepolisan.

“Insya Allah profesional polis akan dipertingkatkan jika Pakatan Rakyat diberi mandat di dalam PRU ke-13 nanti,” katanya.
Video polis sahih

rais yatimSemalam, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim berkata Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menyiarkan video perhimpunan 9 Julai lalu yang dirakamkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Beliau berkata apa-apa video mahupun gambar yang dapat menjawab tomahan yang mendakwa pihak berkuasa berlaku zalim terhadap para peserta perhimpunan BERSIH 2.0 itu, perlu didedahkan kepada orang ramai.

NONEMengenai sama ada video itu kelak akan disiarkan berulang kali atau tidak, Rais berkata semua itu akan bergantung kepada keadaan dan kesesuaian.

Antara klip rakaman yang dipertontonkan kepada wartawan pada Khamis lalu adalah mangsa tunggal perhimpunan BERSIH 2.0 yang meninggal dunia, Baharudin Ahmad, pada perhimpunan 9 Julai itu.

Polis menafikan lelaki itu dibelasah pihak berkuasa dan mendakwa tulang rusuk lelaki itu patah adalah mungkin disebabkan oleh rawatan Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) yang diberikan.

funeral baharudin bersih protesterSalleh juga menafikan luka di bibir dan gigi lelaki berusia 58 tahun itu patah adalah akibat keganasan pihak polis.

“Saya diberitahu terdapat dakwaan tiga tulang rusuk dan giginya patah. Menurut pakar perubatan tulang rusuk itu patah mungkin akibat rawatan CPR.

“Mengenai gigi yang patah, ini mungkin kerana tiub dimasukkan ke dalam mulutnya kerana pegawai perubatan cuba menyedarkannya semula,” katanya.

NONETimbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula semasa di Melaka, semalam berkata video pada perhimpunan 9 Julai lalu yang dipaparkan oleh polis adalah rakaman yang sahih dan sah bertujuan mendedahkan situasi sebenar dan bukannya bermotifkan politik.
RTM dan TV3

NONESementara Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar pula berkata beliau telah menyerahkan rakaman video itu kepada stesen penyiaran termasuk Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) dan TV3.

Rakaman video polis itu turut menunjukkan layanan baik polis terhadap pemimpin BERSIH termasuk pengerusinya Datuk S Ambiga, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar.

NONEAda juga babak di mana polis memakaikan topeng penutup hidung dan mulut kepada Nurul Izzah dan dalam video itu itu turut menayangkan keterangan ikhlas Hadi di Lapangan Terbang Terengganu bahawa beliau mengaku menerima layanan yang baik daripada polis kepada penyokong-penyokongnya.

Video itu turut menayangkan bagaimana orang ramai ditahan dengan cara baik, dimintaNONEmenunjukkan kad pengenalan diri dan beg, orang tua yang mengalami sakit pinggang dibantu polis untuk naik di atas kereta polis dan pertanyaan kepada tahanan dengan berhemah.

"Mereka juga tidak digari...Malah, mereka diberi kebenaran untuk menghubungi ahli keluarga...Kesemua yang ditahan juga dihantar ke pusat tahanan sementara di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) dengan pelbagai persediaan dilakukan antaranya tempat menunggu (untuk proses dokumentasi) yang selesa, makan
PAS: Mengapa mahu siarkan selepas dua minggu? - Malaysiakini

CRNI: Kartun 'haram' tepati standard antarabangsa

Walaupun mahkamah mengekalkan pengharamannya, Jaringan Antarabangsa Hak Kartunis (CRNI) tetap beranggapan bahawa karya kartunis terkenal Zulkiflee Anwar Ulhaque atau Zunar menepati standard antarabangsa.

Sehubungan itu, pengarahnya Dr Robert Russell berkata, CRNI menyuarakan kebimbangan tehadap keputusan itu yang dianggap memberi lesen kepada kerajaan "bertindak lebih keras" terhadap Zunar dan kartunis editorial lain.

NONE"Dalam jangka masa panjang, kekangan terhadap kebebasan bersuara adalah lebih mengancam ketenteraman awam berbanding karya seorang kartunis yang mendidik publik," kata Russell (kiri).

Beliau juga mendakwa, dengan penghakiman itu, mahkamah turut meminggirkan hak kebebasan bersuara yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persektuan.

"CRNI menggesa Malaysia dan mahkamah Malaysia menghormati kebebasan bersuara kepada semua rakyat Malaysia dan mengkaji semula keputusan mahkamah pada 14 Julai lepas," katanya lagi.

Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) Kuala Lumpur pada 14 Julai lalu mengekalkan keputusan pengharaman oleh menteri dalam negeri ke atas beberapa buku Zunar.

Hakim Rohaya Yusuf turut mengenepikan semakan kehakiman yang dikemukakan oleh syarikat yang mewakili kartunis berkenaan, Sepakat Efektif Sdn Bhd serta penerbitnya Mkini Dotcom Sdn Bhd.

NONEKatanya, beliau memutuskan bahawa langkah menteri berkenaan dalam mengharamkan buku tersebut adalah betul, dengan mengambil kira sensitiviti di negara ini.

Dalam kenyataan hari ini, Russell menegaskan bahawa "tidak ada yang lebih benar dari kebenaran" kerana kedua-dua buku itu - 1Funny Malaysia dan Perak Darul Kartun - memfokuskan kepada isu penting yang menjadi perhatian orang ramai.

Jaringan antarabangsa yang berpengkalan di Amerika Syarikat itu pada 7 Julai lalu menganugerahkan penghargaan dalam bidang kartun editorial kepada Zunar (atas).

CRNI mewakili lebih 600 kartunis di seluruh dunia dengan 21 kerjasama dengan negara membangun di Eropah, Asia, Afrika dan Amerika Latin.
CRNI: Kartun 'haram' tepati standard antarabangsa - Malaysiakini

Pemuda PAS: Akhirnya SPR akui pengundi hantu

Kenyataan SPR berhubung 'klon' dalam daftar pemilih secara tidak langsung merupakan pengakuan bahawa pengundi hantu benar-benar wujud, dakwa Pemuda PAS.

NONE"Ini merupakan kenyataan 'u-turn' (pusingan-u) SPR mengenai pengundi hantu yang selama ini tidak pernah diakui, malah menuduh Pakatan Rakyat mengada-adakan cerita untuk melunturkan kayakinan rakyat kepadanya," kata pengerusi pemulihan demokrasi dan mobilisasi Pemuda PAS Suhaizan Kaiat.

Suhaizan (kanan) juga berkata, pengakuan itu dianggap kejayaan kepada BERSIH 2.0 apabila pembersihan daftar pemilih termasuk antara lapan tuntutannya.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar semalam dilaporkan berkata, pihaknya tidak pernah menafikan kewujudan 'klon' dalam daftar pemilih.

Sehubungan itu, jelas SPR sentiasa menggesa pengundi untuk tampil memeriksa pendaftaran mereka selain mengharapkan kerjasama parti politik untuk membersihkannya.

Beliau menjawab persolaan yang ditimbulkan Suhaizan sebelum itu berhubung dakwaan pendaftaran berganda di Baling dan Kuala Nerang.

Boleh batal kemenangan
Wan Ahmad (bawah, berkemeja biru) juga berkata, SPR tidak dapat mengeluarkan nama terbabit tanpa pengesahan daripada Jabatan Pendaftaran Negara, lapor The Star.

Dalam kenyataan hari ini, Suhaizan juga mengkritik proses pembatalan data bertindan yang didakwa memerlukan proses rumit.

wan ahmad wan omar EC secretary in k berangIni kerana Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981 menyatakan daftar yang sedia berkuatkuasa menjadi keterangan prima faciebagi menentukan sama ada seseorang berhak mengundi.

Sehubungan itu, Suhaizan berkata, jika pilihan raya diadakan pada waktu terdekat, ia akan menggunakan daftar pemilih yang diragui.

"Mana-mana parti yang menang dalam pilihanraya ke-13 tetapi mempunyai data-data pemilih yang meragukan mungkin boleh dibatalkan kemenangannya. Ini merupakan sesuatu yang serius bakal akan berlaku.

"Oleh itu Pemuda PAS mendesak agar ditubuhkan suatu suruhanjaya diraja mengkaji sistem perjalanan pilihan raya dalam negara kita yang dilihat bermasalah," katanya yang juga ketua Pemuda PAS Johor.
Pemuda PAS: Akhirnya SPR akui pengundi hantu - Malaysiakini

Gigi, rusuk patah: Keluarga tetap tunggu laporan HKL


Keluarga Allahyarham Baharudin Ahmad masih tertanya-tanya bagaimanakah polis mendapat fakta berhubung sebab kematian lelaki yang meninggal dunia semasa menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 di KLCC, Kuala Lumpur dua minggu lalu.
Sedangkan, pihak keluarga sendiri masih belum menerima laporanbedah siasat yang dijalankan ke atas jenazah Allahyarham pada malam 9 Julai lalu, kata seorang anak mangsa berkenaan, Mohd Nasrul.
"Saya tertanya-tanya, kenapa kami belum dapat lagi (laporan bedah siasat), tapi polis dah keluar kenyataan," kata Mohd Nasrul, 22, ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.
Beliau juga enggan memberikan komen lanjut berhubung kecederaan yang dialami mangsa berkenaan memandangkan keluarganya masih belum menerima laporan tersebut walau telah berkali-kali mendesak hospital berkenaan.
Namun, polis telahpun menafikan dakwaan bahawa pasukan berkenaan telah melakukan keganasan ke atas Allahyarham Baharudin manakala kecederaan dialami mangsa itu pula berpunca daripada rawatan yang diberikan ke atasnya.
Seorang pegawai kanan Polis Bukit Aman, Datuk Salleh Mat Rasid pada Jumaat lalu dilaporkan sebagai berkata, tulang rusuk mangsa yang patah itu juga "mungkin" disebabkan oleh rawatan kecemasan yang diberikan ke atasnya.
Gigi lelaki berusia 58 tahun itu pula "mungkin" patah disebabkan tiub yang dimasukkan ke dalam mulut lelaki berkenaan bagi tujuan "menyedarkannya semula."
Salleh turut mendakwa, tiada gas pemedih mata dilepaskan di lokasi KLCC dan tiada anggota polis berada di lokasi Baharudin meninggal dunia.
Ketika ditanya, anak mangsa berkenaan bagaimanapun pantas menjawab, beliau tidak akan memberikan komen selagi belum melihat laporan bedah siasat berkenaan.
"Kami pun tak dapat laporan bedah siasat, sebab kematian pun tak tahu. Jadi tunggu keputusan bedah siasat dahulu baru kami boleh komen," kata Mohd Nasrul lagi.
Tambahnya, pihak Hospital Kuala Lumpur memberitahu beliau bahawa keluarga mangsa tersebut hanya akan menerima keputusan berkenaan dalam tempoh "empat hingga enam minggu lagi."
Anggota keluarga Allahyarham sebelum ini mengemukakan memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia dan juga kepada Ketua Polis Negara, mendakwa kecederaan yang dialami mangsa itu mungkin berpunca daripada keganasan polis.
Gigi, rusuk patah: Keluarga tetap tunggu laporan HKL - Malaysiakini

Polis tiba lambat kerana masalah pengangkutan


BERKABUNG: Rakyat Norway memberikan penghormatan terakhir kepada para mangsa serangan bom kereta yang diletupkan di depan pejabat kerajaan dan para belia yang mati ditembak Anders Behring Breivik semasa mereka menyertai perkhemahan di Pulau Utoeya di tapak letupan di ibu kota Oslo. -- Foto REUTERS

INSIDEN LETUPAN BOM DAN TEMBAKAN DI NORWAY
Sukar dapatkan bot dan tiada helikopter boleh segera digunakan

OSLO: Polis hanya tiba selang 90 minit selepas insiden tembakan di Pulau Utoeya kerana lambat mendapatkan helikopter dan bot yang boleh ke pulau itu.

Akibatnya, 86 orang sudah ditembak mati.Penyerang berusia 32 tahun, Anders Behring Breivik, menyerah diri apabila polis tiba ke pulau itu.Menurut Ketua Polis, Encik Sveinung Sponheim, pasukannya dikerahkan ke pulau itu lebih 50 minit selepas tembakan pertama dilaporkan kedengaran di pulau itu.Perjalanan ke tasik bertentangan dengan pulau itu mengambil masa sekitar 20 minit.Setibanya di situ, pasukan polis mengambil masa lagi 20 minit untuk mencari bot ke pulau tersebut.Menurut beliau, pihak polis tidak mempunyai helikopter yang boleh segara digunakan untuk ke pulau itu.'Terdapat masalah pengangkutan untuk ke Utoeya. Kami juga sukar mendapatkan bot,' kata Encik Sponheim.Sementara itu, para peserta perkhemahan belia anjuran parti pemerintah, Parti Buruh, di pulau itu, berkata Breivik kelihatan tenang semasa melepaskan tembakan.Cik Helen Andreassen, 21 tahun, berkata beliau segera terjun dan berenang di tasik untuk melarikan diri daripada Breivik.'Dia berdiri di tepi tasik, dengan menggunakan senapang, dia dengan tenang mencari sasaran dan melepaskan tembakan,' ujar beliau.Selama lebih sejam, Breivik turut memasuki kawasan hutan untuk mencari mangsanya.'Saya dengar orang menjerit. Saya dengar orang merayu usah bunuh mereka. Saya dengar tembakan. Saya yakin saya juga akan mati. Para peserta lari lintang-pukang. Mereka panik dan panjat pokok. Ada juga yang kena pijak,' kata seorang anggota belia Parti Buruh, Encik Erik Kursetgjerde, 18 tahun.Memandangkan Breivik menyamar sebagai pegawai polis, dia dengan tenang telah memujuk beberapa mangsanya agar keluar daripada tempat persembunyian dan meyakinkan mereka bahawa dia datang untuk menyelamatkan mereka.Apabila mangsanya keluar, Breivik menembak mereka satu persatu.'Dia kelihatan seronok. Dia berjalan di sekeliling pulau seolah-olah dia yang berkuasa,' kata seorang lagi belia yang selamat, Magnus Stenseth.Sebahagian besar daripada lebih 500 peserta perkhemahan yang dianjurkan oleh sayap beliau Parti Buruh itu merupakan anak-anak pendatang dari Afrika dan Asia yang mahu melibatkan diri dalam masyarakat Norway.Seorang lagi peserta yang selamat, Miriam Einangs, 17 tahun, berkata:'Saya dengar cerita ada orang yang berenang merentasi tasik, orang bersembunyi di belakang batu dan hampir ditembak. Ada banyak lagi cerita ngeri yang kami dengar.' - Agen
Cyberita Online Luar Negara

Filem Melayu kembali jadi tumpuan rakyat Singapura

JOHOR BAHRU 24 Julai - Filem Melayu dari Malaysia kembali mendapat sambutan hangat daripada rakyat Singapura sehingga ada pawagam yang melaporkan mencatat penjualan tiket 'pecah panggung.'

Akhbar Berita Harian Singapura melaporkan bahawa salah satu pawagam di republik itu, Rex Cinemas di Mackenzie Road dekat Serangoon mencatatkan peningkatan penjualan tiket sekitar 60 peratus sejak ia mula menayangkan filem Melayu awal tahun lalu.

Penjualan tiket di pawagam itu dilaporkan meningkat menerusi tayangan filem Khurafat, KL Gangster dan Nur Kasih The Movie, dipercayai ekoran peningkatan mutu penerbitan filem dan bajet yang lebih besar.

Tinjauan akhbar berkenaan di beberapa pawagam lain seperti Jade Theatre di Beach Road dan Golden Village juga telah mula menayangkan filem Melayu.

Pengarah Rex Cinemas, Senthil Kumar, 28, dipetik akhbar itu sebagai berkata, penjualan tiket bagi panggung itu meningkat 60 peratus sejak ia mula menayangkan filem mega Melayu.

Sebagai contoh, katanya, KL Gangster yang ditayangkan sejak minggu lalu telah mengutip lebih S$200,000 (RM492,491) dengan kira-kira 20,000 penonton, sekali gus menjadikannya filem Melayu paling laris di panggung itu setakat ini.

"Saya rasa filem Melayu mendapat sambutan baik sejak beberapa tahun lalu, cuma di Singapura tidak banyak tempat menayangkannya. Jadi, apabila kita mula tayangkan lebih kerap, ramai yang datang menonton.

"Sehubungan itu, kami akan berusaha sebaik mungkin untuk membawa masuk filem mega Melayu ke pawagam Rex dan pada masa ini kita menayangkan kira-kira dua filem Melayu sebulan," katanya.

Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri

Nenek bersyukur cucu, rakan dipenjara dan sebat



Rokiah Boto bersyukur Shamsul Kahar Mohamad dan Mohd. Ikhwan Abdullah yang menyamunnya bulan lepas dikenakan hukuman penjara dan sebatan di Kota Bharu, semalam.


KOTA BHARU 24 Julai - Seorang nenek berusia 78 tahun bersyukur apabila diberitahu bahawa cucunya dan seorang pemuda yang berpakat menyamunnya bulan lepas dikenakan hukuman penjara dan sebatan oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini.

Rokiah Boto berkata, perbuatan cucunya, Shamsul Kahar Mohamad, 30, berpakat dengan rakannya, Mohd. Ikhwan Abdullah, 30, untuk menyamun gelang tangan dan rantai leher emas miliknya bernilai RM6,000 tidak boleh dimaafkan.

"Syukur Alhamdulillah. Saya tidak akan ampunkan mereka. Sungguh tidak sangka cucu sendiri sanggup buat macam itu," katanya sambil menahan sebak ketika ditemui di rumahnya di Taman Binjai Manis, Ketereh, di sini, hari ini.

Menceritakan kembali insiden itu Rokiah berkata, dia ditolak oleh rakan Shamsul dengan kuat sehingga terjatuh di lantai dapur.

"Sekarang Alhamdulillah semakin sihat tetapi kalau nak berjalan kena guna dua tongkat. Masa mula-mula ditolak dahulu, hendak berjalan ke tandas pun sampai makan masa setengah jam," katanya yang tinggal di rumah itu bersama seorang anak perempuannya.

Katanya, semasa kejadian dia tinggal di rumah seorang diri kerana anaknya keluar bekerja di kedai kopi berhampiran.

"Ibu bapa Shamsul sudah lama meninggal dunia. Mengenangkan cucu yang datang, saya pun berilah masuk. Cucu saya itu pun sebenarnya bukan selalu datang rumah ini dan tidak sangka kejadian seperti ini yang berlaku," katanya.

Utusan Malaysia Online - Mahkamah

China siasat kedai Apple palsu



BEBERAPA pelanggan menguji produk elektronik dalam kedai Apple palsu di Kunming, provinsi Yunnan, China, pada 22 Julai lalu. - REUTERS


SHANGHAI 24 Julai - Pihak berkuasa bahagian industri dan komersial China di Kunming mula melakukan pemeriksaan di semua kedai elektronik di bandar raya yang terletak di barat daya selepas seorang penulis blog rakyat Amerika Syarikat (AS) mendedahkan kewujudan kedai Apple palsu di sana.

Agensi berita Xinhua hari ini melaporkan pemeriksaan itu dilakukan selepas tiga buah kedai yang dinamakan 'Apple Stores', walaupun tidak berdaftar dengan Apple Inc. didedahkan di dalam Internet.

Pemeriksaan itu meliputi lesen perniagaan, permit yang dibenarkan bagi menggunakan jenama tersebut dan saluran pembelian bagi setiap kedai, kata pekerja jabatan industri dan komersial.

Keputusan daripada pemeriksaan tersebut akan diumumkan tidak lama lagi.

Sebanyak tiga buah kedai Apple yang didakwa palsu ditemui seorang penulis blog kembara yang menggunakan nama samaran BirdAbroad.

Dia memuat-naik gambar-gambar kedai tersebut dan mencabar kedai itu membuktikan status sah dan hak menggunakan logo Apple.

Pendedahannya itu menarik minat media serta pengguna Internet.

Apple mempunyai empat buah kedai yang sah di Beijing serta Shanghai dan tiada di wilayah Kunming mahupun Yunnan.

Syarikat itu mempunyai 13 pengedar yang sah di Kunming. - Reuters

Utusan Malaysia Online - Luar Negara

AS bina penempatan haram di Guantanamo – Duta Cuba


PRESIDEN Amerika Syarikat (AS), Barack Obama dalam kempen pilihan raya presidennya pada 2008 berjanji akan menutup pusat tahanan paling kejam di dunia iaitu Pusat Tahanan Teluk Guantanamo, Cuba.

Namun, sehingga hari ini pusat tahanan itu masih beroperasi dan bagi Cuba pula ia tidak melihat janji Obama itu sebagai sesuatu yang besar kerana pangkalan tentera AS akan tetap berada di Teluk Guantanamo sekalipun Obama memenuhi janjinya.

Bagi Cuba, Guantanamo tetap merupakan wilayahnya dan menganggap pangkalan tentera di pulau itu sebagai penempatan haram AS di wilayahnya.

Ikuti temubual Duta Cuba ke Malaysia. CARLOS A. AMORES dengan wartawan Utusan Malaysia, IRMAN HASHIM dan RAJA INTAN DIANNA RAJA AZAHAM berhubung perkara tersebut.

UTUSAN: Mengapakah Cuba mempunyai pandangan sedemikian berhubung pusat tahanan itu dan pangkalan tentera AS di Guantanamo?

Carlos: Teluk Guantanamo merupakan kawasan milik Cuba, Kami menganggap penempatan tentera AS itu sebagai penempatan haram kerana kami tidak mahu mereka berada di sana lagi. Mereka sudah berada di sana lebih 100 tahun.

Bagaimanakah keadaan itu boleh berlaku?

Carlos: AS telah mengadakan satu perjanjian sewa dengan kerajaan Cuba pada 1903 untuk menempatkan tentera di Teluk Guantanamo dengan syarat-syaratnya bersifat berat sebelah. Ini termasuk jika perjanjian sewa itu mahu dibatalkan ia harus dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Cuba sebagai pemilik tanah mahu AS keluar tetapi tidak dapat berbuat demikian kerana wujudnya syarat itu. Lagipun, AS juga tidak memerlukan Teluk Guantanamo lagi kerana pangkalan tentera berkenaan kini hanya digunakan sebagai pusat tahanan bagi suspek pengganas.

Bagaimana Cuba melihat kebangkitan China sebagai kuasa baru sama ada daripada segi ketenteraan mahupun ekonomi. Apakah pandangan Cuba mengenai perkembangan ini?

Carlos: Seperti yang diketahui, China adalah rakan rapat Cuba. China dilihat lebih menumpu kepada pembangunan negara itu sendiri. Namun, China kini juga muncul sebagai kuasa ekonomi kedua terbesar pada tahun lepas. Justeru, apabila memiliki kuasa ekonomi, China dilihat berperanan dalam politik dunia.

Keadaan itu sangat berfaedah kerana ia akan membantu dalam membentuk dunia pelbagai polar.

Apakah Cuba merasakan hubungan AS dan China kini boleh mengugat keamanan dunia?

Carlos: Walaupun AS sering mengkritik China dalam beberapa isu, namun pada masa yang sama, negara itu (Amerika) masih ingin mengekalkan hubungan baik dengan China. Dengan kedudukan China yang kukuh sebagai kuasa ekonomi dan ketenteraan, pada masa depan, AS tidak akan boleh bertindak sesuka hati di rantau ini.

Baru-baru ini Cuba menyaksikan perubahan dalam kepimpinan parti pemerintah, Parti Komunis. Adakah rakyat akan menyaksikan perbezaan berbanding pentadbiran sebelum ini?

Carlos: Kerajaan Cuba kini dalam proses melaksanakan perubahan terutama perubahan ekonomi. Perubahan yang bakal disaksikan adalah sejajar dengan garis panduan ekonomi baru yang diluluskan oleh Kongres Parti Komunis pada April lalu.

Apakah bentuk perubahan ekonomi yang ingin dilaksanakan?

Carlos: Ketika ini, kebanyakan rakyat bekerja dengan kerajaan atau anak syarikat milik kerajaan. Di bawah garis panduan berkenaan, kerajaan ingin melihat mereka bekerja sendiri dengan kerajaan menyediakan bantuan-bantuan bersesuaian. Sebanyak 200 aktiviti perniagaan telah dikenal pasti bagi menggalakkan penglibatan rakyat.

Di bawah sektor pertanian pula, kerajaan ingin membuka lebih banyak tanah untuk pertanian bagi mewujudkan lebih ramai petani. Ketika ini, kira-kira 100,000 rakyat Cuba menjadi petani.

Utusan Malaysia Online - Luar Negara

Spratly: Vietnam bantah China



PENUNJUK perasaan Vietnam melaungkan slogan anti-China berhubung ketegangan di Spratly di Hanoi, semalam. - AFP


HANOI 24 Julai - Polis Vietnam hari ini membenarkan 300 penunjuk perasaan anti-China mengadakan perarakan aman di bandar raya ini selepas perhimpunan mereka sebelum ini mencetuskan kemarahan di Internet.

Ini merupakan hari Ahad kelapan berturut-turut penunjuk perasaan berkumpul sebagai bantahan ekoran ketegangan di Laut China Selatan.

Pihak berkuasa sebelum ini membeni laluan kepada lima bantahan kecil yang diadakan di Kedutaan China, tetapi kemudian terpaksa menyuraikan dua demonstrasi dan menahan mereka yang terbabit selepas perbincangan antara Hanoi dan Beijing diadakan pada Jun.

Bantahan kali ini diadakan di tempat berasingan, sekitar tasik Hoan Kiem yang terkenal sebagai tempat pertemuan penduduk setempat dan pelancong asing.

Sebahagian daripada penunjuk perasaan memakai baju-T sebagai membantah tuntutan tentera maritim China ke atas wilayah di Laut China Selatan, yang dikenali di Vietnam sebagai Laut Timur.

Vietnam dan China mempunyai pertikaian panjang berhubung kedaulatan ke atas kumpulan pulau yang kaya dengan minyak, Paracel dan Spratly, yang juga merupakan laluan kapal perdagangan utama.

Ketegangan mula tercetus pada Mei lalu apabila Vietnam mendakwa kapal pengawasan marin milik China memotong kabel eksplorasi kapal kaji selidik di zon eksklusif ekonomi negara.

Penunjuk perasaan melaungkan 'Paracels dan Spratlys adalah milik Vietnam' selain membawa sepanduk nama anggota tentera yang terkorban dalam pertempuran sebelumnya. - AFP

Utusan Malaysia Online - Luar Negara

Fanatik Kristian Norway mahu lancar Perang Salib





SUNDVOLLEN, Norway 24 Julai - Seorang fanatik Kristian berhaluan kanan yang membunuh sekurang-kurangnya 92 orang di Norway menganggap tindakannya sebagai sangat kejam tetapi perlu, kata peguamnya.

Dalam kenyataan pertamanya menerusi peguam sejak dia ditangkap, Anders Behring Breivik, 32, menyatakan kesediaan untuk menjelaskan tindakannya di mahkamah pada sesi yang dijadual diadakan esok berkaitan permohonan untuk melanjutkan tempoh penahanannya.

"Dia percaya tindakannya sangat kejam tetapi pada fikirannya tindakan itu perlu diambil," kata peguam, Geir Lippestad kepada stesen televisyen bebas, TV2.

Katanya, anak guamnya mengaku melepaskan tembakan dan meletupkan bom.

Lippestad yang bercakap malam tadi tidak memberi butir lanjut mengenai motif Breivik.

Breivik membenci 'golongan marxis budaya', mahu 'perang salib' dilancarkan bagi menyekat penyebaran Islam, dan dia juga menggemari senjata api dan sukan angkat berat selain menyiarkan pandangannya di laman web, kata pegawai.

Rakaman video yang disiarkan di laman web YouTube menunjukkan beberapa gambar Breivik, termasuk dia berpakaian penyelam sambil mengacukan senjata automatik. - Reuters

Utusan Malaysia Online - Luar Negara

43 maut tragedi kereta api laju di China


BEIJING 24 Julai - Pasukan kecemasan hari ini bertungkus lumus untuk mengeluarkan mangsa daripada gerabak-gerabak dua buah kereta api laju China yang terlibat dalam perlanggaran, yang setakat ini mengorbankan sekurang-kurangnya 43 orang dan lebih 200 lagi cedera.

Kereta api pertama kehilangan kuasa akibat dipanah petir lalu dirempuh dari belakang oleh kereta api kedua, menyebabkan dua gerabak terjatuh dari jambatan dalam nahas yang dijangka menimbulkan persoalan baru mengenai tahap keselamatan program peluasan perkhidmatan kereta api di China.

Kemalangan itu berlaku tidak sampai sebulan selepas China dengan penuh publisiti merasmikan perkhidmatan baru kereta api laju yang menelan kos AS$33 bilion (RM99 bilion) dari Beijing ke Shanghai yang memendekkan masa perjalanan antara kedua-dua bandar raya terpenting di negara ini daripada 10 jam kepada lima jam.

Kereta api laju dari Hangzhou ke Wenzhou, wilayah Zhejiang, timur China, dirempuh dari belakang oleh kereta api kedua di pekan Shuangyu di Wenzhou, lapor China National Radio.

Ia tergelincir dari landasan dan dua gerabaknya terjatuh dari jambatan pada kira-kira pukul 8.50 malam tadi (waktu sama di Malaysia), lapor Xinhua dengan memetik sumber bomba tempatan.

Gambar yang disiarkan di laman web dan mikroblog China menunjukkan gerabak panjang dalam kedudukan menegak, dengan satu hujung bersandar pada jambatan, manakala satu lagi terdampar di atas tanah kira-kira 20 meter di bawah jambatan.

Lebih 1,400 orang di dalam kedua-dua kereta api telah dibawa keluar dari gerabak yang setiap satunya boleh membawa kira-kira 100 penumpang. - AFP

Utusan Malaysia Online - Luar Negara

Keluarga rayu 6 nelayan dibebas menjelang Ramadan


PONTIAN 24 Julai - Keluarga enam nelayan tempatan yang menunggu keputusan rayuan daripada Mahkamah Agung Indonesia tetap menaruh harapan, ahli keluarga mereka yang kini ditahan di negara itu akan dibebaskan menjelang Ramadan minggu depan.

Mereka berharap pihak peguam bela dengan dibantu para pegawai Wisma Putra dapat meyakinkan mahkamah bahawa kumpulan nelayan berkenaan tidak bersalah dan tidak menceroboh perairan negara tersebut.

Noor Aisyah Jamari, isteri Reduan Aris, salah seorang nelayan tersebut berkata, ketibaan bulan Ramadan minggu depan diharap dapat membawa berita gembira kepadanya dan tiga anak mereka.

Katanya, dia berasa sebak dan sayu setiap kali menghubungi suaminya yang merayu supaya dapat dibebaskan dengan segera kerana sudah tidak tahan dengan kehidupan di dalam penjara.

"Berilah kami peluang untuk menyambut Ramadan bersamanya yang telah terpisah sejak empat bulan. Ketiga-tiga anak saya sentiasa merindui ayah mereka," katanya semasa ditemui di rumahnya di Kampung Pontian Besar di sini semalam.

Keenam-enam nelayan tempatan yang ditahan 8 Mac lalu kerana didakwa menceroboh perairan negara jiran ialah Ibrahim Mohd. Kassim, Reduan, Mohamad Zamri Hamzah, 26, Zainuddin Hamzah, 53, Rosli Abd. Rashid dan Jamil Mat Top, 53. Turut ditahan ialah Subani Samsudin, 40, warganegara Indonesia yang bekerja di dalam bot tersebut.

Pada 5 Mei lalu, mahkamah di Bengkalis menjatuhkan hukuman penjara selama 30 bulan, denda RM350,000 atau tambahan tiga bulan penjara sekiranya gagal menjelaskan denda tersebut. Kes tersebut kemudian dibawa ke Mahkamah Tinggi di Pekan Baru, namun pihak mahkamah telah menolak rayuan yang dikemukakan oleh nelayan pada Jun lalu.

Noor Aisyah memberitahu, dia dimaklumkan oleh suaminya, kes rayuan tersebut mula didengar minggu lalu dan mereka diwakili oleh peguam yang dilantik oleh kerajaan Malaysia.

"Rayuan ke Mahkamah Agung itu merupakan peluang terakhir suami dan rakan-rakannya sama ada dapat dibebaskan atau tidak," katanya.

Dia memberitahu, akibat terlalu memikirkan masalah yang dihadapi, dia mengalami serangan jantung baru-baru ini dan dinasihatkan oleh doktor supaya tidak melakukan kerja-kerja berat.

Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri

Pembedahan plastik: Nasib mangsa asid diketahui Selasa

MARAN 24 Julai - Nasib dua beradik mangsa simbahan asid, Shafiq Haikal Mat Safar Zaidi, 13, dan Shafiq Aiman, 10, akan ditentukan Selasa ini sama ada mereka perlu menjalani pembedahan plastik atau sebaliknya.

Ibu kedua-dua beradik itu, Norhashimah Julaili Mansur, 44, memberitahu, Hospital Kuala Lumpur (HKL) memaklumkan doktor pakar bedah plastik akan menentukan status kerosakan kulit mangsa sebelum membuat keputusan tersebut.

"Pagi ini, doktor mencuci dan membuang bahagian kulit hitam kesan simbahan asid untuk membolehkan kulit baru tumbuh. Kami dijangka berada di HKL sekurang-kurang dua minggu lagi.

"Doktor sedang mengenal pasti jenis cecair digunakan suspek yang menyebabkan kawasan kulit yang terkena simbahan bertukar serta-merta menjadi hitam," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini, hari ini.

Kedua-dua beradik itu terkena simbahan cecair dipercayai cuka getah di Felda Kesumba Jengka 9 dekat sini Rabu lalu, ketika dalam perjalanan ke rumah rakannya di kawasan tersebut.

Norhashimah Julaili memberitahu, dia difahamkan polis telah membawa suspek ke rumahnya di Felda Jengka 9 untuk mengambil bekas cecair yang digunakan untuk menyimbah kedua-dua anaknya.

Menurutnya, kedua-dua anaknya itu semakin pulih dan berharap dapat sembuh segera sebelum pulang ke rumahnya.

"Mereka menunjukkan semangat tinggi untuk pulih malah sering bertanyakan hal sekolah selain rindu kepada rakan dan guru masing- masing," katanya.

Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Supritendan Ahmad Johari Shahabudin ketika ditemui hari ini berkata, suspek berusia 30-an ditahan reman selama enam hari sejak Khamis lalu bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang membawa kecederaan parah.

Kata beliau, polis menunggu keputusan mahkamah berhubung kesihatan mental suspek.

Berikutan itu tegasnya, anggota masyarakat perlu melaporkan mana- mana individu yang boleh mengancam keselamatan awam terutamanya membabitkan masalah mental.

"Ahli keluarga tidak harus menyembunyikan sebarang masalah membabitkan ahli keluarga masing- masing," katanya.

Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri

Mangsa asid jumpa bapa di penjara



NURUL Dahyatul Fazlinda (kiri) selepas melawat bapanya, Mat Haizan Mat Yassin, ditemani ibunya, Che Ku Huzaimah dan adiknnya, Muhammad Irfan Firdaus (kanan) keluar dari Penjara Marang, Terengganu, semalam. – utusan/ Shaifudin Mohd Mor


MARANG 24 Julai - Jika sebelum ini, mangsa simbahan asid bapa sendiri, Nurul Dahyatul Fazlinda, 9, melepaskan rasa rindu terhadap bapanya, Mat Haizan Mat Yassin, 34, hanya dengan sepucuk surat yang dihantar melalui penjara, kali ini mereka berpeluang untuk bertemu mata.

Biarpun sentuhan dan penglihatan mereka dihalang cermin tempat bercakap selain hanya mampu mendengar suara melalui telefon, ia tidak menghalang dua beranak itu melepaskan rasa rindu antara satu sama lain ketika mangsa bersama ibu serta adik-beradiknya yang lain berkunjung ke Penjara Marang di sini hari ini.

Dalam pertemuan selama 45 minit itu, Nurul Dahyatul Fazlinda dilihat menangis teresak-esak sebaik sahaja berpeluang bercakap dengan bapanya, biarpun lelaki itu juga yang telah menyebabkan wajahnya terjejas teruk akibat simbahan asid dalam kejadian kira-kira setahun lalu.

"Saya sedih tengok abah duduk dekat dalam sana. Saya tak dapat pegang pun tangan abah sebab ada cermin halang," katanya ketika ditanya bagaimana perasaan dapat berjumpa bapanya di Penjara Marang di sini hari ini.

Drama pilu itu turut menyaksikan bapanya, Mat Haizan, berkali-kali dilihat menyeka air mata apabila terkejut dengan kunjungan ahli keluarganya.

"Terima kasih sebab masih ingat saya lagi. Terima kasih sebab bawa anak-anak jumpa saya," katanya ringkas.

Ketika pertemuan itu berlangsung, Mat Haizan turut dilihat memandang sayu wajah bekas isterinya, Che Ku Huzaimah Che Ku Awang, 29, dan memberitahu, wajah isterinya kelihatan kusam dan keletihan kerana kuat bekerja.

Mat Haizan kemudiannya sekali lagi tidak dapat menahan air mata dan berkali-kali memohon maaf kepada bekas isterinya itu yang telah diceraikan 11 Mei lalu kerana dia kini dalam tempoh hukuman 10 tahun selepas mahkamah mensabitkannya atas kesalahan mencederakan isteri, anak dan ibu mertuanya 15 Ogos tahun lalu di Kampung Sekayu, Hulu Terengganu.

Ketika kejadian itu, anak keduanya, Nurul Dahyatul Fazlinda cedera parah hampir keseluruhan wajah dan beberapa anggota badan akibat terkena simbahan asid selain ibunya, Che Ku Huzaimah, adik serta neneknya, Muhammad Irfan Firdaus, 3, dan Minah Omar, 57 tahun.

Dalam pada itu, Che Ku Huzaimah memberitahu, kunjungan berkenaan merupakan kunjungan kali ketiga mereka ke penjara tersebut untuk bertemu Mat Haizan yang kini menghadapi hukuman penjara kira-kira setahun.

Katanya, kunjungan tersebut juga dilakukan bagi memenuhi permintaan Mat Haizan dan anak-anaknya sebagai peniup semangat agar lelaki itu tabah menghadapi baki hukuman sembilan tahun lagi, selain perlu menyambut ketibaan bulan puasa dan hari raya tanpa ahli keluarga yang sempurna untuk tahun kedua.

"Pastinya suasana puasa dan hari raya tahun lalu dan tahun ini berbeza sebab tahun lalu kami melaluinya di hospital ekoran kejadian itu berlaku pada minggu pertama puasa dan semasa itu Nurul Dahyatul Fazlinda ditahan di wad lebih dua bulan. Tahun ini pula, bapa mereka di dalam penjara," jelasnya.

Menurut Che Ku Huzaimah, selepas hampir setahun kejadian berlaku, dia reda dan tiada lagi rasa marah terhadap bekas suaminya itu biarpun tindakannya benar-benar melukakan hatinya terutama setiap kali melihat wajah Nurul Dahyatul Fazlinda.

Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri

Gadis Bond pertama meninggal

PALM DESERT: Linda Christian, bintang Hollywood 1940-an yang mengahwini Tyrone Power dan menjadi gadis Bond pertama dilaporkan meninggal dunia.

Anak perempuannya, Romina Power, berkata Christian meninggal pada Jumaat di Palm Desert selepas bertarung dengan kanser kolon. Beliau berusia 87 tahun.
Dilahirkan di Mexico, Christian memulakan karier lakonan di Los Angeles dan sejak itu menandatangani satu kontrak bersama MGM. Beliau berlakon dalam filem pertamanya bersama Danny Kaye pada 1944 dalam filem komedi muzikal Up In Arms.
Setahun selepas muncul dalam filem Tarzan and the Mermaids pada 1948, Christian mengahwini Power, seorang daripada pelakon utama paling popular di Hollywood pada zamannya. Mereka akhirnya bercerai pada 1956.

Disebabkan beliau yang terkenal pada zaman itu, majalah Life memberikan nama jolokan ‘anatomic bom’ kepada Christian. – AP
Berita Harian Online | Gadis Bond pertama meninggal

Gaya hidup punca Winehouse mati

Penyanyi hadapi ketagihan dadah, alkohol

LONDON: Amy Winehouse, penyanyi lagu Rehab yang merumuskan perjuangannya dengan isu ketagihan dadah tanpa penghujung, meninggal dunia di sini kelmarin pada usia 27 tahun.

Pemenang anugerah Grammy itu, terkenal kerana sanggul rambut umpama sarang lebah, suara menggetarkan jiwa dan kelakuan gila di atas pentas, ditemui mati di rumah barunya di Camden sebulan selepas persembahan memalukan di Serbia memaksanya membatalkan keseluruhan jelajah Eropahnya.
Polis ke rumahnya sekitar jam 3 petang dan lima jam kemudian mayatnya dikeluarkan untuk bedah siasat selepas jelas penyanyi itu hilang perjuangan dengan arak dan dadah.
“Siasatan diteruskan terhadap kematiannya. Pada peringkat awal, kes ini dianggap sebagai tanpa penjelasan dan tiada sebarang penahanan berkaitan kejadian itu,” kata Superintendan Raj Kohli.

Katanya, laporan bahawa Winehouse meninggal dunia disyaki mengambil dadah berlebihan adalah spekulasi pada peringkat ini.

Anggota keluarga sekian lama memberi amaran bahawa gaya hidup Winehouse, yang menyaksikannya keluar masuk pusat pemulihan mungkin membawa kepada kejatuhannya.

Persembahan kali terakhir yang dilalukan penyanyi itu ialah di Serbia Jun lalu, apabila Winehouse diejek peminat ketika bertungkus-lumus menyanyikan lagunya dan berdiri tegak.
Rakaman yang dihantar ke laman perkongsian video YouTube, menyebabkan pengurusannya membatalkan semua persembahan dan memberi penghibur itu tempoh yang diperlukannya untuk pulih. – Reuters
Berita Harian Online | Gaya hidup punca Winehouse mati

‘Saya laksana operasi syahid’

Rancang serangan Norway sejak 2009

OSLO: Suspek dalam serangan serentak Norway yang mengorbankan sekurang-kurangnya 92 orang mengaku bertanggungjawab dan berkata pembunuhan beramai-ramai itu sudah lama dirancang ketika negara berkenaan menangisi pemergian mangsa dalam keganasan terburuk sejak Perang Dunia Kedua.

Anders Behring Breivik, 32, ditahan kerana didakwa menembak sekurang-kurangnya 85 orang dalam satu perhimpunan belia Parti Buruh di sebuah pulau dan membunuh tujuh lagi dalam satu letupan bom kereta yang memusnahkan bangunan kerajaan di sini.
“Dia mengaku bertanggungjawab di atas serangan berkenaan,” kata peguam Behring Breivik, Geir Lippestad kepada media Norway.
Ketika tiada pengesahan rasmi identiti lelaki terbabit, dia didedahkan sebagai Anders Behring Breivik oleh media tempatan.

Raja Harald V, Perdana Menteri Jens Stoltenberg dan menteri lain akan menghadiri upacara gereja besar-besaran di sini, pagi semalam.

Satu nota rawak 1,500 halaman ditulis Behring Breivik berkata dia sedang menyediakan operasi syahid sejak musim luruh 2009.

Dokumen internet itu-sebahagian diari, sebahagian manual membuat bom dan sebahagian kata-kata kesat politik di mana dia memperincikan perasaan benci Islamnya, menjelaskan bagaimana dia menubuhkan satu perniagaan perlombongan dan perladangan bagi menyiapkan serangan di mana dia ditahan Jumaat lalu.
“Alasan untuk melakukan perbuatan ini ialah mencipta satu perlindungan sah jika saya ditahan dalam kaitan terhadap pembelian dan penyeludupan bahan letupan atau komponen bahan letupan - baja,” kata tulisan itu.

Ketika keterangan mengejutkan didengar dari peserta kem musim panas di mana sebahagian besar golongan belia berkumpul, Norway bertungkus lumus memahami bagaimana sebuah negara terkenal dengan keamanan boleh mengalami pertumpahan darah sebegitu.
– AFP
Berita Harian Online | ‘Saya laksana operasi syahid’

Waheeda ceramah di masjid

AMPANG: Biarpun Penasihat Pertubuhan Belia Islam Ampang, Ustaz Fazlul Rahimi menyarankan supaya Waheeda atau nama sebenarnya Norwahidah Abdul Wahab, 32, terus membabitkan diri dalam dunia hiburan berlandaskan syiar Islam, saranan itu tidak sedikit pun mengubah pendirian Waheeda untuk muncul semula.

Malah, Waheeda terus komited dengan pendiriannya untuk tidak mahu kembali dengan alasan hukum menyanyi pada asalnya adalah harus tetapi ‘sebab-sebab tertentu’ menjadikan karier yang pernah diceburinya adalah haram.


Kata Waheeda, kesukaran menjaga solat dan keadaan persekitaran dalam dunia hiburan yang ‘merimaskan’ memaksanya membuat keputusan meninggalkan kerjaya itu selama-lamanya.

Itu dinyatakan ketika Waheeda menjadi ahli panel satu program bual bicara berjudul Komplikasi Islam dan Iman Membawa Ketenangan anjuran pengurusan masjid al-Azim, Pandan Indah, di sini, Jumaat lalu disaksikan kira-kira 400 jemaah.


Difahamkan, program bual bicara terbabit adalah ceramah pertama berbentuk serius disampaikan bekas selebriti berkenaan mengikuti jejak suaminya, Akhil Hayy.


Dalam program itu, antara yang memberikan ceramah adalah pensyarah British Malaysia Institut (BMI) yang juga penceramah, Ustaz Farhan Sudduq dan bekas gitaris, Sham Kamikaze.

Menurut Waheeda, biarpun menerima saranan kembali ke dunia hiburan dengan kemunculan semulanya membawakan watak yang menyampaikan kesenian Islam namun dia bertekad tidak mahu kembali lagi ke dunia itu dengan memberikan alasannya.

“Saya serik dengan dunia hiburan, amat sukar untuk berwuduk dan menjaga solat. Kita tahu artis rindukan Allah SWT namun persekitaran merimaskan membuatkan kita leka menunaikan tanggungjawab sebagai hamba.

“Punca sukar menunaikan solat adalah kesibukan di set penggambaran. Saya berhadapan masalah untuk bersolat dan berwuduk kerana penggambaran yang melalaikan.


“Saya pernah mahu mengekalkan wuduk untuk bersolat lima waktu namun apabila pengarah produksi tahu saya berwuduk dia sewenang-wenangnya memegang tangan saya.


“Malah, dia (pengarah) turut ketawakan saya sesudah wuduk saya terbatal. Siapa dia untuk memainkan agama Allah!” katanya sambil menitiskan air mata.


Menurutnya, walaupun sempurna berwuduk kadang kala wuduknya terbatal sesudah terlanggar rakannya seorang lelaki yang berimej wanita.


“Saya rimas dengan dunia hiburan, saya bertekad meninggalkan dunia itu kerana dunia hiburan tidak menghormati Allah SWT,” katanya. Kata Waheeda, dia juga tidak mahu menyanyi lagi walaupun nasyid dengan alasan haram seorang wanita melunakkan suara di khalayak ramai.


Waheeda ketika diajukan soalan mengenai kehidupannya, berkata dia kini menjadi suri rumah sepenuh masa selain turut menghasilkan lagu untuk suaminya.


“Sepanjang berada di rumah saya menghabiskan masa mengkaji al-Quran dan Bible dan membaca karya pendakwah, Allahyarham Sheikh Ahmed Deedat,” katanya.

myMetro | Waheeda ceramah di masjid

Doktor beri cek tendang

KUALA LUMPUR: Doktor putar alam. Itulah gelaran layak diberikan kepada seorang pegawai perubatan bertauliah berusia lewat 30-an yang mengaut keuntungan ratusan ribu ringgit apabila memperdaya wanita terutama mereka yang ingin kelihatan cantik membuat pembedahan kosmetik sebelum lesap bersama wang mangsa.

Selain bijak berkata-kata, taktik doktor lelaki terbabit cukup mudah, iaitu menjadikan sebuah klinik di ibu kota sebagai pusat operasi bagi meyakinkan mangsa.

Difahamkan, kos pembedahan kosmetik yang ditawarkan doktor terbabit jauh lebih rendah daripada hospital lain dan itu antara strateginya untuk menarik minat pelanggan.

Sebaik menerima bayaran penuh kos pembedahan yang mahu dilakukan mangsa, doktor itu akan memberikan pelbagai alasan sebelum memberitahu pembedahan dirancang tidak boleh dilakukan.


Selepas itu, doktor berkenaan akan memberikan cek tendang kepada mangsa kononnya untuk membayar semula kos pembedahan dibuat sebelum menghilangkan diri.

myMetro | Doktor beri cek tendang

Fitnah makan diri

KUALA LUMPUR: Angkara cinta lama kembali bertaut, seorang wanita sanggup memfitnah suaminya sebagai penyebab dia menghidap HIV ketika membuat tuntutan fasakh (bercerai) di mahkamah syariah.

Semuanya bermula apabila wanita berusia 26 tahun itu dikatakan bertemu semula bekas teman lelakinya menerusi laman sosial facebook dan kembali menjalin hubungan.

Bagi menguatkan hujah tuntutan fasakhnya, dia mereka cerita kononnya si suami menyebarkan HIV kepadanya.

Bagaimanapun, alasan itu umpama ‘senjata makan tuan’ apabila pemeriksaan perubatan mendapati si suami yang berusia 27 tahun itu bebas daripada sebarang penyakit berbahaya, sekali gus membawa kepada pembongkaran wanita terbabit dijangkiti HIV kerana melakukan hubungan seks dengan bekas teman lelakinya.


Pengerusi Sukarelawan Peguam Untuk Semua (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata, suami wanita terbabit merujuk kepada SukaGuam minggu lalu bagi mendapatkan pembelaan selepas difitnah isterinya.

myMetro | Fitnah makan diri

AS, Israel dituduh bunuh saintis

TEHERAN: Speaker Parlimen Iran, Ali Larijani semalam menuduh Amerika Syarikat dan Israel menjadi dalang dalam pembunuhan seorang saintis negara itu.

“Tindakan Amerika dan rejim Zionis membunuh saintis Iran adalah satu lagi tanda mereka memusuhi kami,” kata Ali.


“Amerika perlu hati-hati terhadap kesan daripada perbuatan mereka,” katanya. Beliau menggesa pihak berkuasa keselamatan Iran bertindak balas ke atas perbuatan kedua-dua negara itu.

Menurut laporan media Iran, Dariush Rezaei, 35 tahun ditembak di ibu negara kelmarin. - AFP

myMetro | AS, Israel dituduh bunuh saintis

Visa umrah catat rekod

JEDDAH: Kira-kira 4.6 juta visa umrah dikeluarkan sehingga pertengahan bulan Syaaban, peningkatan sebanyak 1.1 juta berbanding tempoh yang sama pada tahun 2010, menurut statistik yang dikeluarkan oleh Agensi Umrah dan Haji di Kementerian Haji Arab Saudi.

Pakar umrah dan haji menjangka peningkatan itu disebabkan disebabkan projek pembangunan yang dijalankan di Makkah, termasuk pembukaan Projek Menara Zamzam bersebelahan Masjidil Haram.


Projek menara itu menyumbang kepada peningkatan kapasiti penginapan di kawasan itu.

Faktor lain termasuk membina jalan-jalan baru dan projek keretapi. Ini memudahkan pergerakan jemaah dan mengurangkan kesesakan lalu lintas.


Laman di sekeliling Masjidil Haram telah dibesarkan dan ia akan memberi impak yang besar kepada peningkatan bilangan jemaah.


Laporan itu turut menyentuh peningkatan jemaah umrah dari tahun ke tahun. Terdapat peningkatan sebanyak 100,000 pada 2008 berbanding 2007. Pada tahun 2009, tambahan 300,000 jemaah direkodkan sementara pada tahun lalu, bilangan jemaah bertambah sebanyak 200,000 orang. - SG

myMetro | Visa umrah catat rekod

Nafi berlaku kebuluran di Somalia

SOMALI: Seorang kanak-kanak mati setiap enam minit akibat kebuluran yang disebabkan kemarau di Somalia.

Menurut Agensi Tabung Darurat Kanak-Kanak Antarabangsa Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef), ini bermakna sekitar 250 kanak-kanak di bawah umur lima tahun kekurangan zat makanan setiap hari.

Tetapi ketua suku Somalia menafikan adanya kebuluran di negara itu.

Mereka mendakwa negara itu hanya mengalami “kekurangan hujan” dan mengugut pasukan bantuan daripada memasuki negara timur Afrika itu.

Unicef merancang satu misi bantuan besar-besaran di dua wilayah Somalia yang diisytiharkan mengalami kebuluran, minggu ini.

Penerbangan sewa khas akan mulai menghantar bekalan kecemasan ke kawasan itu sedikit masa lagi. - AFP

myMetro | Nafi berlaku kebuluran di Somalia

Tetap dikebumi ikut jantina asal

KUALA LUMPUR: Walaupun mendakwa sudah bertukar jantina dan melakukan pembedahan membuang alat kelamin, seseorang itu tetap dikebumikan mengikut jantina asal seperti dikurniakan Allah sejak azali apabila dia meninggal dunia, kelak.

Perunding motivasi yang juga penceramah bebas, Mohd Fauzi Mustaffa berkata, tidak timbul masalah mengebumikan golongan yang mengalami kecelaruan identiti itu kerana hukum jelas mengatakan mereka perlu disemadi mengikut jantina asal.


Cuma katanya, golongan berkenaan yang zahirnya sudah melakukan dosa besar (menukar jantina) perlu bertaubat nasuha iaitu bertaubat dengan sebenar-benarnya dan berjanji tidak kembali ke jalan sesat, sebaliknya patuh pada ajaran Allah Taala.

“Tidak perlu dia bimbang mengenai bagaimana nasibnya apabila dijemput ajal kelak, kerana walau apapun dilakukan dia tetap dikebumi mengikut jantina asalnya, kalau lelaki...prosedurnya lelaki juga tidak ada beza.


“Cuma apabila dia mengatakan sudah sedar, menyesal dengan perbuatan dilakukan perlu untuk dia bertaubat dengan sebenar-benarnya menyerah diri kepada Allah Taala dan semoga Allah menerima taubatnya.


“Dalam hadis sendiri menyebut, Allah Taala sangat suka kepada hambanya yang menyeleweng (daripada ajaran), tetapi kembali ke pangkal jalan, ibarat melebihi kegembiraan orang yang hilang barang dan jumpa kembali barangnya itu.

“Bermakna dia mencari Allah balik (apabila melakukan kesilapan), Allah akan menerima dia, jadi sekarang jangan fikir pasal mati, tetapi fikir mengenai bagaimana mahu berubah, menyucikan diri kepada ajaran Islam,” katanya.

Beliau mengulas laporan muka depan Metro Ahad semalam, mengenai kisah Mohd Qairun Abidin (bukan nama sebenar), 47, yang nekad membuang alat kelaminnya di Thailand kira-kira 25 tahun lalu kerana cinta terhadap kekasih songsangnya, namun kecewa apabila cinta itu hanya menjanjikan kebahagiaan separuh jalan saja.

Dia dilaporkan kini mengalami kecelaruan jantina kerana tidak tahu apa akan berlaku kepadanya terutama bagaimana dia dikebumikan jika dijemput ajal.


Mohd Qairun atau mahu dikenali sebagai Baby @ Katie juga memberitahu suatu ketika dia menjadi kegilaan ramai lelaki dan mempunyai teman lelaki yang sanggup sehidup semati, namun bila sudah ‘berkedut’, semua janji tinggal janji dan sesalan pun tiada guna kerana dia tidak mempunyai tempat mengadu, melainkan kembali kepada rakan ‘sealam’.

myMetro | Tetap dikebumi ikut jantina asal

Indonesia dakwa masih keliru

Jakarta kurang jelas prosedur program pemutihan pendatang tanpa izin

GEORGETOWN: Indonesia mendakwa masih keliru dan kekurangan maklumat mengenai standard prosedur operasi (SOP) berhubung program pemutihan pendatang tanpa izin yang akan dilaksanakan kerajaan, 1 Ogos ini.

Konsul Jeneral Indonesia di Pulau Pinang, Chilman Arisman, berkata pihaknya masih menunggu penjelasan secara terperinci daripada pihak berkuasa negara ini berhubung program berkenaan.
“Kami menyedari mengenai program pemutihan yang akan dilaksanakan pihak berkuasa di Malaysia kerana ia membabitkan tenaga kerja Indonesia, tetapi masih kurang jelas berhubung perjalanannya (pelaksanaannya).
“Justeru itu, kami amat berharap penjelasan lanjut mengenainya dapat diberikan supaya sebarang urusan kerja mudah dilakukan bagi menguruskan hal-ehwal tenaga kerja Indonesia di Malaysia,” katanya kepada Berita Harian di sini, semalam.

Baru-baru ini, kerajaan mengumumkan program pemutihan pendatang tanpa izin akan dilaksanakan bagi memperkemaskan rekod, sekali gus mengurangkan kumpulan itu di negara ini dan pelaksanaan dilakukannya secara berperingkat sehingga akhir tahun ini.

Bagaimanapun, program yang sepatutnya bermula 1 Julai lalu itu terpaksa ditangguhkan sehingga 1 Ogos ini berikutan wujud beberapa perkara berbangkit perlu diteliti, termasuk aspek keselamatan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dipetik berkata, beliau masih belum berpuas hati dengan proses pendaftaran pendatang tanpa izin yang dirancang sebelum ini, termasuk komitmen pihak majikan serta kementerian yang terbabit menjayakan program berkenaan.
Sementara itu, Chilman berkata, pihaknya akan mengadakan sesi dialog dengan Jabatan Imigresen di Konsulat Jeneral Indonesia di sini, esok bagi mengetahui perkembangan terbaru berhubung program pemutihan itu.

“Kami perlu tahu pembekuan pengambilan pekerja dari Indonesia akan mengambil masa berapa lama, selain tatacara pelaksanaan Program 6P (pendaftaran, pemutihan, pengampunan, pemantauan, penguatkuasaan dan pengusiran).

“Apabila maklumat mengenainya sudah mencukupi, saya fikir pemerintah Indonesia akan lebih bersedia sepenuhnya dan boleh memberikan kerjasama dengan pihak berkuasa di Malaysia,” katanya.
Berita Harian Online | Indonesia dakwa masih keliru

Tujuh tahun putus bekalan air

Penduduk kampung dakwa banyak kali lapor kepada KEDA, SADA

SIK: Hampir 200 penduduk membabitkan kira-kira 40 keluarga dari Kampung Keda Sektor Tangki Empat, Sungai Senang, berdepan kesukaran apabila bekalan air ke rumah mereka terputus sejak tujuh tahun lalu.

Penduduk mendakwa sebuah tangki yang dibina kerajaan di kampung itu untuk membekalkan air bersih hanya berfungsi beberapa tahun saja dan kini terbiar dan hampir reput.
Wakil penduduk kampung itu, Ahmad Bakar, 58, berkata tangki itu dibina bagi menakung air untuk disalurkan ke rumah penduduk berikutan masalah tekanan air rendah di kawasan berkenaan sejak beberapa tahun lalu, namun ia kini terbiar dan tidak boleh digunakan.
Katanya, penduduk kampung beberapa kali mengadukan masalah itu kepada pihak berkuasa, termasuk Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) dan Syarikat Air Darulaman Sdn Bhd (SADA), namun belum ada tindakan diambil.

"Walaupun Jabatan Kerja Raya (JKR) membekalkan air menggunakan lori tangki dengan kekerapan tiga atau empat hari sekali, ia tidak mencukupi untuk menampung keperluan penduduk kampung menyebabkan kami terpaksa mengambil air Sungai Senang yang terletak tiga kilometer dari sini.

"Malah, kami juga bimbang dengan tahap kebersihan air sungai yang digunakan kerana ia mungkin tercemar dan mendedahkan penduduk dengan penyakit bawaan air.

"Jadi, kami berharap kerajaan negeri melalui SADA atau KEDA dapat membantu menyelesaikan masalah berkenaan demi keselesaan penduduk," katanya ketika ditemui selepas menerima kunjungan Yang Dipertua Persatuan Kerabat Diraja Kedah (PKDK), Datuk Tengku Zainol Rashid Tengku Yahaya di kampung itu.
Suri rumah, Nurhaliza Mohd Saad, 43, berkata, ada kalanya penduduk terpaksa membeli air minuman dalam botol untuk minum dan memasak kerana tidak yakin dengan tahap kebersihan air sungai, terutama ketika musim hujan.

"Apabila musim hujan, air sungai keruh dan kami terpaksa mengeluarkan belanja tambahan untuk membeli air botol demi kesihatan keluarga.

"Sudah tiba masanya kerajaan membantu menyediakan bekalan air paip kerana ia kemudahan asas yang penting," katanya.

Sementara itu, Tengku Zainol Rashid berkata, pihaknya akan berusaha membantu penduduk kampung mendapatkan bekalan air paip dalam tempoh terdekat supaya mereka tidak perlu lagi menunggu lori mendapatkan bekalan air untuk kegunaan seharian.

"PKDK akan menulis surat permohonan kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah bagi mendapat bekalan air bersih kerana KEDA dalam kementerian berkenaan," katanya.
Berita Harian Online | Tujuh tahun putus bekalan air

Tiada tong sampah kena RM300

Pemilik premis komersial, rumah sebelum ini cuma dikompaun RM50

KUALA LUMPUR: Mulai hari ini, pemilik premis komersial dan rumah kediaman yang enggan menyediakan tong sampah di belakang premis mereka seperti dikehendaki Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengikut Undang-Undang Kecil (UUK) Pemungutan dan Pelupusan Kecil Sampah, akan dikenakan kompaun sebanyak RM300.

Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan DBKL, Datuk Amin Nordin Abdul Aziz berkata, sebelum ini, menerusi UUK itu, pemilik premis dan kediaman yang gagal berbuat demikian, hanya dikenakan kompaun RM50 saja, menyebabkan ramai daripada mereka memandang rendah perkara itu.
“Disebabkan nilai kompaun yang kecil sebelum ini, kebanyakan pemilik premis dan kediaman dilihat masih enggan mengikuti peraturan ditetapkan itu dan hanya 60 peratus saja daripada golongan berkenaan yang berbuat demikian,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Kempen Gerak Tumpu 2 Wilayah Persekutuan pada hari terakhir kempen itu di siar kaki Little India, di sini.
Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora, Mohd Zain Hassan dan Ketua Perkhidmatan DRB-Hicom Berhad, Datuk Ahmad Nadzarudin Abdul Razak.

Kempen itu yang menjadi kesinambungan kepada Gerak Tumpu 1 Wilayah Persekutuan yang berjaya mengumpul 1.5 juta tan sisa pepejal setiap hari sebelum ini, akan memberi tumpuan dalam usaha ‘menghapuskan’ kewujudan sampah sarap di tujuh kawasan iaitu Brickfields sebagai lokasi utama, selain Medan Imbi, sekitar Jalan Brunei, Fajar Lama Sungai Besi, Kompleks Damai, Menara Seputeh dan tepian Loke Yew.

Bagaimanapun, Amin berkata, pemeriksaan kali kedua yang dilakukan selepas pengedaran sebahagian daripada 15,000 notis yang disasarkan bagi mengarahkan pemilik premis dan kediaman menyediakan tong sampah tahun ini, menunjukkan wujudnya peningkatan dalam jumlah pemilik premis dan kediaman yang berbuat demikian.
Berita Harian Online | Tiada tong sampah kena RM300

Pihak berkuasa disaman kerana selamatkan banduan

DENVER, Amerika Syarikat (AS) - Seorang pembunuh menyaman pentadbiran penjara di negeri Colorado kerana menyelamatkan nyawanya selepas jantungnya berhenti berdegup.

Banduan berkenaan, Daniel Self (gambar) berkata, dia meminta pengawal-pengawal penjara supaya tidak memulihkannya jika pernafasannya terhenti semasa tidur.

Dia menghidap sejenis penyakit yang menyebabkan gangguan ke atas pernafasannya.

Dalam samannya, banduan berusia 54 tahun itu mendakwa pihak penjara sengaja enggan menghormati haknya untuk tidak menerima rawatan perubatan apabila pernafasannya terhenti pada tahun 2009.

Menurutnya, dia lebih rela mati selepas didapati bersalah pada 2003 kerana membunuh teman wanitanya Leah Gee, 24, yang mengandung ketika itu.

Kes berkenaan kini diteliti di sebuah mahkamah persekutuan AS. - Agensi

Kosmo! Online - Dunia

Pencari suaka berkurangan di Australia kerana Malaysia

SYDNEY - Kerajaan Australia semalam menyatakan ia mahu kumpulan pencari suaka politik yang dihantarnya ke Malaysia menerima layanan yang adil tetapi enggan mengesahkan satu laporan bahawa mereka akan diberikan hak bekerja di Malaysia.

Kerajaan Australia dijadualkan menandatangani satu perjanjian bersama Malaysia pada minggu ini dengan negara Asia Tenggara itu bersetuju untuk menerima 800 pencari suaka politik sebagai pertukaran kepada penempatan semula 4,000 pelarian asingnya.

Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Australia, Brendan O'Connor berkata, rundingan mengenainya kini di peringkat akhir.

Bagaimanapun, beliau enggan mengesahkan laporan bahawa pencari suaka politik yang dihantar ke Malaysia akan dibenarkan bekerja.

"Kami mahu mereka dilayan secara adil," katanya dalam wawancara bersama stesen televisyen tempatan, ABC.

Laporan akhbar Sun-Herald sebelum ini menyatakan perjanjian berkenaan yang belum didedahkan kandungannya, akan memberikan hak untuk bekerja di Malaysia kepada 800 pencari suaka politik terbabit.

Usul tersebut yang mencetuskan kritikan kerana Malaysia bukan penandatangan konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai pelarian.

O'Connor berkata, sejak usul perjanjian itu diumumkan pada Mei lalu, bilangan pencari suaka politik yang menaiki bot untuk berhijrah ke Australia berkurangan dengan mendadak.

"Sekitar lima ratus orang telah tiba setakat ini berbanding sejumlah 1,700 orang pada jangka masa sama tahun lalu," katanya.

- AFP

Kosmo! Online - Dunia