Thursday, March 6, 2014

PENTADBIRAN PR TERUK?



kalau saya kata pentadbiran PR buruk tentu orang BN kata " itulah dah diramal gitu" sebalik jika saya kata terbaik maka dikata yg saya dusta tipu daya.

BN tak perlu kata dan saya juga tak mahu kata dan biar auditor negara kata.

Saya tak mahu jelaskan dan keratan surat kabar kata kesan laporan auditor negara.

Nah, baca dan hayati betul2 dan pastinya auditor negara tidak berbohong.

ISMAILY BUNGSU

Tentera Rusia, Ukraine mulai bosan


6 Mac 2014

Tentera Rusia, Ukraine mulai bosan
Tentera Rusia, Ukraine mulai bosan Askar Ukraine menghabiskan masa bermain bola sepak berhampiran kubu Rusia.



SEVASTOPOL - UKRAINE. Ketika ketegangan politik antara Ukraine dan Rusia memuncak, ratusan tentera dari kedua-dua negara itu yang kini berada di Pangkalan Tentera Belbek di Crimea dikatakan mulai kebosanan.

Selepas cubaan tentera Ukraine untuk menawan kembali pangkalan udara mereka yang ditawan Rusia pada Selasa lalu gagal, ratusan tentera negara itu dikatakan bersantai sambil bermain bola sepak berhampiran kubu Rusia, sementara menanti arahan selanjutnya.

Perlawanan itu juga turut ditonton oleh tentera Rusia yang lengkap bersenjata dan berkawal.

Akhbar LA Times melaporkan, seorang askar Ukraine mempelawa tentera Rusia untuk bermain bola sepak namun tidak dihiraukan.

“Mari kita mulakan perlawanan bola sepak antara Ukraine dan Rusia. Peperangan ini belum berakhir,” menurut laporan itu kepada AP.

Bagaimanapun, akhbar itu melaporkan, seorang pengawal Rusia mengarahkan askar terbabit untuk berundur dan tidak menghampiri kubu mereka.

Semalam, Ketua Angkatan Tentera Ukraine Kolonel Yuli Mamchor dilaporkan berbincang dengan Ketua Tentera Rusia selepas kerajaan sementara Ukraine menuduh pasukan tentera di Crimea cuba berpaling tadah.

3 negara Arab panggil balik duta ke Qatar


2014/03/06
Riyadh: Arab Saudi, Bahrain dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) semalam memanggil balik duta mereka dari Doha sebagai membantah tindakan Qatar yang didakwa campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara berkenaan.

Ketiga-tiga negara Teluk Arab itu membuat keputusan berikutan apa yang yang digambarkan akhbar sebagai kekecohan dalam pertemuan menteri luar enam negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC) lewat petang kelmarin di Riyadh.


“Negara GCC berusaha menghubungi Qatar pada semua peringkat untuk bersetuju dengan dasar penyatuan, untuk memastikan tiada campur tangan, secara langsung atau tidak, dalam hal ehwal dalaman mana-mana negara anggota,” kata negara terbabit dalam satu kenyataan bersama.

Mereka juga meminta Qatar, penyokong Ikhwanul Muslimin, yang diharamkan di kebanyakan negara Teluk supaya tidak menyokong mana-mana pihak bertujuan mengancam keselamatan dan kestabilan anggota GCC, tambahnya, merujuk kepada kempen antagonis media.

Pengkritik menuduh saluran satelit berpengaruh, al-Jazeera, yang beribu pejabat di Doha kerana liputan berat sebelah yang menyokong Ikhwanul Muslimin, dan beberapa wartawannya dibicarakan di Mesir kerana dakwaan menyokong kumpulan itu. - AFP

Tentera bukan dapat arahan Russia


2014/03/06

Tentera bukan dapat arahan Russia
Tentera Ukraine (kanan) berdiri bersebelahan anggota bersenjata dipercayai tentera Russia, di dalam pangkalan tentera Ukraine di Yevpatoria, Crimea, semalam. - Foto REUTERS

Moscow tidak benarkan pertumpahan darah, Putin tak mahu krisis jejaskan hubungan ekonomi

MADRID: Russia semalam berkata ia tidak ada kuasa ke atas tentera pro-Moscow yang sudah menguasai secara 'de-facto' ke atas semenanjung Crimea yang diduduki majoritinya oleh rakyat Russia.


Sehari selepas Presiden Amerika Syarikat Barack Obama berkata Russia tentunya “tidak memperbodohkan semua orang” terhadap peranannya di Ukraine, menteri luar Russia Sergei Lavrov menegaskan tentera di Crimea itu bukan mendapat perintah daripada Kremlin.
Kita melihat ketegangan politik, ia tidak harus menjejaskan kerjasama ekonomi” Vladimir Putin, Presiden Russia

Lavrov menggesa semua pihak untuk menghormati undang-undang, perjanjian dan perlembagaan Ukraine untuk mengembalikan keamanan.

“Jika mereka adalah tentera bagi mempertahankan diri sendiri yang diwujudkan oleh penduduk Crimea, kami tidak ada kuasa ke atas mereka,” kata Lavrov pada sidang media di Madrid.

“Mereka tidak menerima arahan daripada kita,” kata diplomat Russia itu.

Russia kepung misil Ukraine


Bagaimanapun, kata jurucakap itu, Volodymyr Bova, kawalan misil terbabit masih berada di tangan Ukraine. Kata Bova, sebahagian daripada pangkalan di Cape Fiolent dekat Sevastopol di selatan Crimea sudah dikuasai tentera Russia. “Depoh misil di situ masih dalam kawalan Ukraine,” katanya. Tentera pro-Moscow juga menguasai sebahagian daripada pangkalan kedua di Evpatoria tetapi ia bukan tempat simpanan misil.

Jurucakap lain berkata, tentera Ukraine masih menguasai pos kawalan dan pusat kawalan di lokasi terbabit. “Pengambilalihan militia dan tentera Russia itu berlaku tanpa sebarang keganasan,” katanya. Kira-kira 20 tentera Russia - diperkuat ratusan militia pro-Moscow - sudah cuba menguasai pangkalan Evpatoria petang kelmarin mencetuskan beberapa insiden tegang namun tiada sebarang tembakan dilepaskan kumpulan berkenaan. Di samping itu, wilayah Crimea yang didiami ramai etnik Russia berada di bawah kawalan pasukan bersenjata pro-Moscow sejak Viktor Yanukovych disingkir daripada jawatan sebagai Presiden Ukraine. Sementara itu, Presiden Russia Vladimir Putin terus menafikan ada tentera Russia beroperasi di Crimea dan mendakwa pihak yang bertindak di wilayah itu adalah “pasukan keselamatan tempatan.” - AFP
Foto
ANGGOTA keselamatan Ukraine berbual dengan penduduk tempatan ketika militia dipercayai dari Russia berkawal di luar pangkalan tentera di Perevalnoye di luar Simferopol, semalam.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/06

Khalid: Bukan baru orang tak senang dengan saya


RAZIATUL HANUM A. RAJAK
6 Mac 2014
Abdul Khalid Ibrahim
Abdul Khalid Ibrahim



SHAH ALAM -  "Bukan perkara baru orang tak senang dengan saya," kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menurutnya, beberapa keputusan yang dibuat sebelum ini juga tidak disenangi pihak tertentu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai rasa tidak senang beberapa pihak terhadap tindakannya menandatangani MoU penstrukturan industri bekalan air Selangor, baru-baru ini.

"Saya rasa berdasarkan pengalaman bekerja berpuluh tahun, perkataan 'tidak senang' itu bukan baru hari ini (timbul).

"Saya ambil alih Guthrie juga ada yang tidak senang. Saya ambil alih ladang di Indonesia juga ada yang tidak senang.... tapi saya senang," katanya berseloroh dalam program Soal Jawab yang disiarkan di TV3, malam tadi.

Menjawab soalan lanjut mengenai pertikaian daripada pimpinan partinya sendiri, Abdul Khalid berkata dalam PR, semua ahli bebas menyuarakan pendapat.

"Anda kena faham. Parti kami parti reformis di mana semua orang bebas mengeluarkam buah fikiran.

"Kalau kita faham apa yang kita buat, kita boleh jawab semua (pertikaian) itu. Saya dan Datuk Panglima boleh jelaskan," katanya.

Menteri Tenaga Teknologi, Hijau, dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili turut menjadi tetamu dalam program tersebut.

Kerajaan negeri Selangor dan kerajaan Persekutuan menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) berkenaan penstrukturan semula industri bekalan air Selangor 26 Februari lalu.

Sejak itu, pelbagai reaksi diberikan termasuk yang tidak bersetuju dengan MoU tersebut.

Mahkamah tangguh keputusan permohonan rayuan Gereja Katolik

UMAT Islam mengaminkan doa solat hajat di depan Istana Kehakiman sebaik mahkamah menangguhkan keputusan berhubung penggunaan kalimah Allah oleh The Herald semalam.


PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan di sini semalam menangguhkan keputusan berhubung permohonan Gereja Katolik bagi kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang melarang penerbitan mingguan, The Herald daripada menggunakan kalimah Allah, dalam versi bahasa Malaysia terbitannya.
Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria, yang mempengerusikan panel tujuh hakim berkata, mahkamah menangguhkan keputusannya sehingga satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.
Terdahulu, panel itu mendengar penghujahan daripada peguam yang mewakili gereja itu, enam majlis agama Islam negeri dan Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma), di samping penghujahan daripada peguam kanan persekutuan mewakili Kementerian Dalam Negeri (KDN). Enam negeri itu ialah Terengganu, Kedah, Johor, Melaka, Wilayah Persekutuan dan Selangor.
Turut bersidang dalam panel itu bersama Arifin ialah Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md. Raus Sharif, Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin, Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum dan tiga Hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Tan Sri Suriyadi Halim Omar, Datuk Zainun Ali serta Datuk Jeffrey Tan Kok Wha.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0306&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz2v8QtpVSY 
Hakcipta terpelihara 

Rusia nafi arah kumpulan pro-Rusia kuasai Crimea


AP
DUA askar Rusia mengawal sebuah dermaga di Sevastopol, Semenanjung Crimea, Ukraine semalam.


MADRID - Kerajaan Rusia semalam memberitahu bahawa Moscow tidak mempunyai kuasa terhadap kumpulan bersenjata pro-Rusia yang kini mengusai wilayah Semenanjung Crimea di Ukraine.
Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov berkata, kumpulan bersenjata yang berada di Crimea tidak menerima sebarang arahan dari Kremlin yang merupakan pejabat Presiden Rusia, Vladimir Putin.
Beliau mengeluarkan kenyataan itu sehari selepas Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama memberitahu bahawa, Rusia tidak memperbodohkan sesiapa berhubung peranannya di Ukraine.
Lavrov juga menggesa semua pihak menghormati perjanjian damai yang dimeterai sebelum ini dan perlembagaan Ukraine bagi mengembalikan semula ketenteraman di rantau berkenaan.
"Sekiranya ada kumpulan bersenjata yang mempertahankan diri diwujudkan oleh penduduk di Crimea, kami tidak mempunyai kuasa terhadap mereka.
"Mereka (kumpulan bersenjata) juga tidak menerima arahan daripada kami," kata Lavrov dalam satu sidang akhbar selepas meng- adakan pertemuan dengan Menteri Luar Sepanyol, Jose Manuel Garcia-Margallo.
Konflik Ukraine dengan Rusia berlaku selepas anggota-anggota Parlimen memilih Oleksandr Turchynov sebagai Presiden sementara bagi menggantikan Viktor Yanukovych yang melarikan diri dari Kiev pada bulan lalu.
Yanukovych melarikan diri selepas beliau menandatangani satu perjanjian damai tajaan Barat bagi meredakan situasi politik selepas hampir 100 orang mati akibat pertempuran antara anggota-anggota polis dengan penunjuk perasaan.
Para penunjuk perasaan itu menuntut Yanukovych meletakkan jawatan selepas beliau enggan menandatangani satu perjanjian perdagangan dengan Kesatuan Eropah.
Jika perjanjian itu ditandatangani, barangan Ukraine akan menembusi pasaran di Eropah.
Namun, Rusia kemudian tidak mengiktiraf Turchnov sebagai Presiden sementara.
Sebaliknya, Rusia masih mengiktiraf Yanukovych sebagai Presiden Ukraine kerana beliau mempunyai hubungan amat rapat dengan Moscow.
Sejumlah askar-askar Rusia kemudian didapati mengawal beberapa lokasi di Semenanjung Crimea.
Semananjung itu juga mempunyai sebuah pangkalan tentera Rusia. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0306&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2v8OxMjoK 
Hakcipta terpelihara 

Lagi gambar pemimpin negara dihina



MUHAMMAD Faiz Hashim (tengah) bersama ahli-ahli Pemuda dan Wanita UMNO mengadakan bantahan aman setelah membuat laporan polis terhadap gambar menghina pemimpin negara di Kuantan, Pahang, semalam. - UTUSAN/AHMAD ZAKKI JILAN
KUANTAN 5 Mac - Sebanyak enam laporan polis dibuat di Balai Polis Indera Mahkota dekat sini bagi meminta siasatan dilakukan terhadap penyebaran gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang diubah suai secara keterlaluan bersama seekor khinzir.
Laporan tersebut dibuat oleh Ketua Pemuda UMNO Bahagian Indera Mahkota, Muhammad Faiz Hashim; Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuantan, Nara Nikman Nordin dan Ketua Wanita UMNO Bahagian Indera Mahkota, Wan Napiah Wan Yusof.
Yang turut membuat laporan ialah Ketua Puteri UMNO Bahagian Indera Mahkota, Esfarini Suddin; Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Paya Besar, Mohd. Farid Basirun dan Ketua Sekretariat Pemuda UMNO Kuala Krau, Nasrulisyam Abd. Hamid.
Muhammad Faiz (gambar) berkata, laporan polis itu dibuat bagi mendesak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat segera penghinaan terhadap pemimpin negara itu.
“Ini merupakan satu perbuatan yang melampaui batas. Sepatutnya kita harus menghormati pemimpin negara tidak kira daripada parti politik mana sekalipun.
“Tindakan tegas perlu diambil kerana isu penghinaan terhadap pemimpin negara ini sering berulang sehingga menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan rakyat," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Sementara itu, Nara Nikman berkata, pihaknya bimbang tindakan tersebut boleh mengganggu gugat ketenteraman negara ini.
“Penghinaan ini amat berat dan kami Pemuda UMNO tidak dapat menerimanya sama sekali. Jika tidak dibendung, saya bimbang isu ini mengundang keadaan tidak harmoni dalam negara," katanya.
Wan Napiah pula berkata, polis perlu menjalankan siasatan segera memandangkan perkara tersebut serius kerana melibatkan pemimpin negara.
“Justeru, kami menggesa satu kertas siasatan dibuka bagi mengenal pasti pihak yang terlibat dalam usaha jahat itu," ujarnya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140306/po_01/Lagi-gambar-pemimpin-negara-dihina#ixzz2v8LmEuIg
© Utusan Melayu (M) Bhd 

201 kelahiran bayi direkod di Sekolah Harapan


MELAKA 5 Mac - Pusat perlindungan remaja hamil, Sekolah Harapan di Jasin mencatatkan sebanyak 201 kelahiran bayi sejak penubuhannya pada September 2010.
Exco Wanita, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Kebajikan Melaka, Datuk Latipah Omar berkata, sehingga kini seramai 216 remaja hamil dari seluruh negara ditempatkan di sekolah berkenaan dengan mencatatkan 14 penghuni pada 2010; 2011 (84); 2012 (51); 2013 (61) dan enam penghuni bagi dua bulan pertama tahun ini.
"Perbelanjaan keseluruhan sekolah adalah ditanggung oleh Majlis Agama Islam Melaka dengan pengisian keagamaan dijalankan pada sesi pagi, manakala sesi petang diisi dengan pelajaran akademik," katanya ketika menjawab soalan Md. Rawi Mahmud (BN-Tanjung Bidara) mengenai perkembangan pusat perlindungan itu pada persidangan pertama penggal kedua Dewan Undangan Negeri Melaka ke-13 di sini, hari ini.
Katanya, dalam tempoh itu juga sebanyak 28 penghuni mengambil peperiksaan awam dengan 21 orang menjalani peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Penilaian Menengah Rendah (7).
Dalam sidang akhbar selepas itu, Latipah berkata, bayi berkenaan kebanyakannya dijaga oleh ibu kandung mereka selain ada yang diserah kepada keluarga angkat. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140305/dn_39/201-kelahiran-bayi-direkod-di-Sekolah-Harapan#ixzz2v6ahugYi
© Utusan Melayu (M) Bhd