Friday, June 7, 2013

Kes bekas tahanan ISA, pekerja dipindah ke Mahkamah Tinggi



7 Jun 2013
KUALA LUMPUR - Mahkamah Majistret Ampang hari ini memerintahkan kes bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Yazid Sufaat dan seorang pekerjanya yang didakwa menjadi anggota kumpulan pengganas Tanzim Al-Qaeda Malaysia dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Farizul Hassan Bakri bagi memindah kes itu, bagaimanapun tiada tarikh ditetapkan.

Sementara itu peguam Wan Hidayati Nadirah Wan Ahmad Nasir yang mewakili kedua-dua tertuduh memaklumkan kepada mahkamah beliau menangguhkan hak anak guamnya untuk mencabar penahanan dan pertuduhan itu di mahkamah tinggi.

Pada 27 Mei lepas, Yazid, pengusaha kafeteria di Kompleks Mahkamah Jalan Duta dan pembantunya Muhammad Hilmi Hasim didakwa di mahkamah atas pertuduhan menjadi anggota kumpulan pengganas Tanzim Al-Qaeda Malaysia.

Yazid, 49, dan Muhammad Hilmi, 33, didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah beralamat DL 11, Taman Bukit Ampang, Lorong Mutiara 2, Lembah Jaya antara 1 Ogos 2012 dan 7 Feb lepas mengikut Seksyen 130KA Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Sebelum ini Yazid didakwa terhadap pertuduhan menggalakkan keganasan bagi mengugut orang awam di Syria manakala Muhammad Hilmi dan seorang lagi suri rumah Halimah Hussein didakwa bersubahat dengannya melakukan kesalahan itu.

Bagaimanapun pada 20 Mei lepas, Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan ketiga-tiga mereka daripada pertuduhan itu selepas membenarkan permohonan mereka bagi membatalkan pertuduhan itu.

Dalam membuat keputusan penting itu, Hakim Kamardin Hashim bersetuju dengan hujahan peguam berhubung isu pertuduhan dan pemakaian Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) yang digubal mengikut Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan dan memutuskan Perkara 149 itu hanya terpakai bagi tindakan ancaman di Malaysia. - Bernama

ADZAB BAGI WANITA


Baca, jangan tak baca , untuk renungan
(tolong ingatkan kepada semua kaum perempuan yang anda kenal)

Saudara dan saudari kaum muslimin dan muslimat
Renungan khususnya untuk para wanita dan diriku sendiri.

Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat
Rasulullah saw menangis manakala ia datang bersama Fatimah. Lalu keduanya bertanya mengapa Rasulullah saw menangis. Beliau menjawab,

"Pada malam aku di-isra'- kan , aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Karena, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya.

Putri Rasulullah saw kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.

Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.

Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking.

Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri.

Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta.

Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar,
beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang
rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka,"kata Nabi saw.

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka
disiksa seperti itu?

*Rasulullah menjawab, "Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang digantung susunya adalah istri yang 'mengotori' tempat tidurnya.

*Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas.

*Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.

*Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya karena ia bisa shalat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mau mandi junub.

*Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami."Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis.
Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan.

Kisah tiga orang Bani Israel

Nabi bersabda: Sungguhnya ada tiga orang Bani Israel, seorang berkulit belang, seorang berkepala botak dan yang lain matanya buta. Allah ingin menguji mereka, maka Dia mengirim malaikat. Malaikat ini mendatangi orang yang berkulit belang dan bertanya: Apa yang paling kamu sukai? Orang itu menjawab: Warna (kulit) yang bagus, kulit yang indah dan sembuhnya penyakit yang membuat orang jijik kepadaku. Malaikat tersebut mengusap tubuhnya, maka penyakitnya sembuh dan ia diberi warna yang bagus dan kulit yang indah. Malaikat bertanya lagi: Harta apa yang paling kamu senangi? Orang itu menjawab: Unta. Atau: Ia menjawab: Sapi. (Ishak ragu-ragu tentang itu). Lalu ia diberi unta yang hampir melahirkan lalu malaikat berkata: Semoga Allah memberkahinya untukmu. Kemudian ia mendatangi orang yang botak lalu bertanya: Apa yang paling kamu sukai? Orang itu berkata: Rambut yang indah dan sembuhnya penyakit yang membuat orang jijik kepadaku. Malaikat mengusapnya, maka penyakitnya sembuh dan ia diberi rambut yang indah. Malaikat bertanya lagi: Harta apa yang paling kamu senangi? ia menjawab: Sapi. Maka ia diberi sapi bunting lalu malaikat berkata: Semoga Allah memberkahinya untukmu. Kemudian malaikat mendatangi yang buta, lalu bertanya: Apa yang paling kamu sukai? Ia menjawab: Allah mengembalikan penglihatanku, sehingga aku dapat melihat manusia. Maka Malaikat mengusapnya, sehingga penglihatannya kembali normal. Malaikat itu bertanya lagi: Harta apa yang paling kamu sukai? Ia menjawab: Kambing. Maka ia diberi kambing yang beranak. Selanjutnya semua binatang yang diberikan itu beranak-pinak sehingga orang yang berpenyakit belang dapat mempunyai unta satu lembah, yang botak mempunyai sapi satu lembah dan yang asalnya buta memiliki kambing satu lembah. Pada suatu ketika malaikat kembali mendatangi orang yang berpenyakit belang dalam bentuk dan cara seperti ia dahulu lalu berkata: Aku orang miskin yang telah terputus seluruh sumber rezeki dalam perjalananku, maka pada hari ini tidak ada lagi pengharapan, kecuali kepada Allah dan kamu. Demi Tuhan yang telah menganugerahimu warna yang bagus, kulit yang indah serta harta benda, aku minta seekor unta untuk membantuku dalam perjalanan. Orang itu berkata: Masih banyak sekali hak-hak yang harus kupenuhi. Maka malaikat itu berkata kepadanya: Aku seperti mengenal kamu, bukankah kamu yang dahulu berpenyakit kulit belang yang manusia jijik kepadamu, serta yang dahulu fakir lalu diberi harta oleh Allah? Orang itu berkata: Aku mewarisi harta ini secara turun-temurun. Malaikat berkata: Kalau kamu berdusta, semoga Allah menjadikan kamu seperti dahulu lagi. Setelah itu malaikat tadi mendatangi orang yang dahulu botak dalam bentuknya seperti dahulu lalu berkata kepadanya seperti apa yang dikatakannya kepada orang yang berkulit belang, dan orang itu menjawabnya seperti jawaban orang yang belang tadi. Maka malaikat berkata: Jika kamu berdusta, semoga Allah menjadikan kamu seperti dahulu lagi. Kemudian sesudah itu malaikat mendatangi orang yang dahulu buta dalam bentuk dan cara seperti dahulu lalu berkata: Aku orang miskin yang mengembara dan telah terputus seluruh sumber rezeki dalam perjalananku, maka pada hari ini tidak ada lagi pengharapan, kecuali kepada Allah dan kamu. Demi Tuhan yang telah memulihkan penglihatanmu, aku minta seekot kambing untuk membantuku dalam perjalanan. Orang itu berkata: Dahulu aku buta, lalu Allah memulihkan penglihatanku, maka ambillah apa yang kamu inginkan dan tinggalkanlah apa yang tidak kamu inginkan. Demi Allah aku tidak akan membebani kamu untuk mengembalikan sesuatu yang telah kamu ambil untuk Allah. Maka malaikat berkata: Peganglah hartamu itu semua, karena kamu sekalian hanya sekedar diuji, kamu telah diridai Tuhan, sedangkan kedua sahabatmu telah dimurkai Allah.

Kini Salahudin pula diminta serah diri ke balai polis


Abdul Aziz Mustapha,06 Jun 2013
KUALA LUMPUR: Selepas beberapa orang dikenakan tindakan di bawah akta Hasutan, kini Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub (gambar) pula dikehendaki oleh pihak polis.

"Saya dikehendaki hadir ke balai polis Kepong esok (Jumaat) di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan," kata beliau.

Seksyen 143 Kanun Keseksaan biasanya digunakan bagi tuduhan menyertai apa yang dianggap oleh pihak kerajaan dan polis sebagai perhimpunan haram.

Salahuddin bagaimanpun tidak jelas perhimpunan mana yang dirujuk oleh pihak polis.

Beliau menyifatkan ini operasi balas dendam dan satu lagi bukti bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib adalah seorang pemimpin yang sama sekali tidak boleh dipercayai.

"Sebelum ini, beria-ia Najib berjanji untuk menghormati hak-hak asasi.

"Nampak benar semua itu bohong dan beliau tidak boleh dipercayai sama sekali," kata Salahuddin.

Dengan apa yang terus berlaku sehingga kini, beliau yakin kebencian rakyat semakin membara.

"Malah, usaha untuk memberitahu lebih ramai rakyat bahawa kerajaan Najib adalah kerajaan pilihan raya tipu bukan sahaja tidak akan dapat dipatahkan malah akan digerakkan dengan lebih hebat.

"Taktik ugutan sebegini tidak akan berjaya dan rakyat tidak boleh ditakut-takutkan," katanya.

Seksyen 143 Kanun Keseksaan menetapkan, jika disabitkan, seseorang itu boleh dipenjara sehingga enam bulan, atau denda, atau kedua-dua sekali.

Apakah Menteri Dalam Negeri seorang penjenayah?


Lim Kit Siang,06 Jun 2013
Saya ucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang telah menyatakan kemarahan mereka terhadap keangkuhan dan kesombongan Menteri Dalam Negeri yang baru, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (gambar), yang pada Selasa lalu muncul di kaca televisyen menyebut: “Siapa Lim Kit Siang? Saya tidak kenal siapa dia.”

Pertanyaan “Siapa Lim Kit Siang” tidak penting, sebaliknya yang penting adalah “Siapa Ahmad Zahid Hamidi” yang baru saja dilantik menjadi Menteri Dalam Negeri.

Pertanyaan ini penting terutamanya kerana Pengerusi Biro Undang-undang DAP dan Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo telah menyeru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menggantung Zahid daripada Kabinet bagi membuktikan Perdana Menteri benar-benar serius untuk membuat pembaharuan dalam kerajaan.

Gobind telah menyatakan kepada Perdana Menteri bahawa sesuatu yang “kurang molek” untuk meletakkan sebuah kementerian yang penting dan berkuasa seperti Kementerian Dalam Negeri di tangan seorang yang telah diarahkan untuk menjawab saman sivil yang dikemukakan terhadapnya atas tuduhan menyerang seseorang, memandangkan orang yang sebegini mampu membuat tindakan yang membawa kepada ketegangan, dan ini akan merosakkan citra kerajaan Barisan Nasional (BN).

Apa respons Najib terhadap pandangan Gobind bahawa dengan menjadikan Zahid sebagai menteri di Kementerian Dalam Negeri yang bertanggungjawab ke atas polis, ketegangan boleh berlaku kerana Kementerian Dalam Negeri merupakan salah satu di antara kementerian yang mempunyai kuasa besar, di mana polis dan penjara merupakan antara lembaga yang berada di bawahnya.

Ahmad Zahid telah disaman oleh ahli perniagaan Amir Abdullah Bazli yang mendakwa Ahmad Zahid telah menumbuknya di bahagian mata pada 16 Januari 2006 di kelab riadah Country Heights, Kajang, Selangor, menyebabkan tulang hidungnya patah dan mata kirinya bengkak.

Ahmad Zahid yang ketika itu adalah timbalan menteri penerangan telah menafikan tuduhan tersebut dan memohon kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk menggugurkan kes tersebut. Permohonannya telah diketepikan oleh mahkamah yang sama pada 21 April 2010.

Beliau kemudiannya telah memfailkan saman balas terhadap Amir Abdullah, 41 tahun, kerana mendakwa yang beliau terpaksa berdepan dengan aib dan trauma emosional berikutan tuduhan berkenaan.

Bagaimanapun, tahun lalu sebuah panel Mahkamah Rayuan yang dianggotai tiga orang hakim sebulat suara telah menolak permohonan Zahid untuk membatalkan saman ke atasnya dan memerintahkan menteri itu untuk membayar kos sebanyak RM5,000. Mahkamah juga telah memerintahkan Zahid untuk menjawab tuduhan ke atasnya.

Najib sewajarnya memberi respons terhadap persoalan yang dibangkitkan oleh Gobind, khususnya kerana Najib adalah Perdana Menteri pertama yang melantik seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri dengan tanggungjawab khusus untuk mengukuhkan “integriti” dan “tadbir-urus yang baik”.

Najib terutamanya perlu menjelaskan sama ada beliau menyedari tentang adanya tuduhan yang serius terhadap Zahid itu sewaktu beliau memegang jawatan timbalan menteri penerangan dan sama ada Perdana Menteri telah mempersoalkan mengapa polis tidak mendakwa Zahid atas kesalahan menyerang pada tahun 2006 dan menjelaskan jawapan yang telah beliau terima.

Paul Low, sebagai menteri yang memegang portfolio “integriti” dan “tadbir-urus yang baik” perlu menyatakan sama ada beliau bersetuju bahawa Zahid perlu mengundurkan diri sebagai Menteri Dalam Negeri sehinggalah dia membersihkan dirinya daripada tuduhan serius melakukan jenayah serang pada Januari 2006 lalu ketika beliau memegang jawatan timbalan menteri penerangan.

Kes berkenaan menimbulkan persoalan penting mengapa Zahid belum dituduh oleh Polis atas jenayah serang.

Kes ini juga menimbulkan pertanyaan sama ada Malaysia telah mendapat seorang penjenayah sebagai Menteri Dalam Negeri yang baru.

Apakah Zahid atau Najib bersedia untuk menjawab persoalan tentang kesesuaian Zahid sebagai Menteri Dalam Negeri yang baru di Parlimen pada 26 Jun nanti sedangkan pertuduhan jenayah terhadapnya masih berlangsung dan polis pula gagal untuk mendakwa Zahid ketika itu?

Erdogan, Gul tak sekata isu bantahan

Erdogan, Gul tak sekata isu bantahan
Penunjuk perasaan berkhemah sepanjang malam di Dataran Taksim di Istanbul untuk meneruskan bantahan ke atas pemerintahan Tayyip Erdogan yang dianggap bersikap kuku besi. Ankara: Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan dan Presiden Abdullah Gul mempunyai pandangan berbeza mengenai bantahan besar-besaran di negara itu, menonjolkan perbalahan mereka menjelang pilihan raya tahun depan apabila kedua-duanya berpotensi bertanding sebagai presiden, kata pemerhati.

Sejak gas pemedih mata mula dilepaskan ke arah penunjuk perasaan secara aman di Dataran Taksim di Istanbul bulan lalu, merebak menjadi pertempuran ganas di seluruh negara, Erdogan mempertahankan tindakan itu.
Berdepan cabaran besar


Berdepan cabaran paling besar kepada pemerintahannya selama sedekad, pemimpin berusia 59 tahun itu menyifatkan penunjuk perasaan sebagai pelampau dan meneruskan lawatan rasmi ke Afrika Utara, berikrar keadaan di Turki akan reda sebaik beliau kembali semalam.

Ramalan itu disangkal penunjuk perasaan yang berkumpul dalam jumlah lebih besar menggesa peletakan jawatan Erdogan, menuduh beliau mengamalkan kuku besi dan melaksanakan nilai konservatif Islam di negara sekular itu.

“Amat menyedihkan dilayan seperti ini. Sukar bagi Erdogan untuk mengendurkan bahasa kasar dan sombong, yang tidak boleh diterima masyarakat,” kata pakar sains politik di Universiti Galatasaray di Istanbul, Ahmet Insel, mengenai ramai penunjuk perasaan muda yang marah dengan pendirian keras Erdogan.

Pandangan cara aman
Dalam perbezaan jelas, Gul, 62, yang kerap digambarkan sebagai ‘polis baik’ berbanding Erdogan yang digelar ‘polis jahat’ menyuarakan nada lebih damai, memberi jaminan kepada penunjuk perasaan mesej mereka sudah diterima dan menggesa mereka menyuarakan pandangan dengan cara aman.

Namun Gul sendiri bukan asing kepada kontroversi dengan sejarah politik Islam dan keputusan isterinya memakai tudung mencetuskan kritikan ketika dilantik pada 2007.

Didesak memberi jawapan kepada kenyataan lebih lembut Gul kepada penunjuk perasaan, Erdogan berkata beliau tidak tahu maksud presiden, dan menegaskan demokrasi muncul daripada kotak undi. - AFP

Vladimir Putin, isteri umum berpisah

Vladimir Putin, isteri umum berpisah
Vladimir Putin dan isteri, Lyudmila. MOSCOW: Presiden Russia, Vladimir Putin dan isteri Lyudmila hari ini mengumumkan mereka sudah bercerai selepas berkahwin selama 30 tahun.

“Ia satu keputusan bersama," kata Putin dalam temu bual dengan stesen televisyen Rossia-24, sekali gus menamatkan spekulasi mengenai status perkahwinan mereka sebelum ini.
“Perkahwinan kami sudah berakhir, ia disebabkan kami tidak berjumpa antara satu sama lain," kata Lyudmila yang berada di sebelah Putin ketika temu bual itu.


Pasangan itu membuat pengakuan mengejutkan selepas bersama-sama menonton persembahan tarian ballet klasikal, “Esmeralda” yang dipersembahkan oleh syarikat State Kremlin Ballet di Istana Negara Kremlin.

Khabar angin sebelum ini bertiup kencang mengenai kehidupan peribadi Putin namun ia tidak dibincangkan dalam akhbar arus perdana Russia.

Sebuah akhbar Moscow melaporkan pada 2008 bahawa Putin hampir mengahwini seorang atlet gimnas Olimpik, Alina Kabayeva, yang berusia 31 lebih muda daripadanya.

Namun laporan itu dinafikan kerajaan dan penerbitan akhbar itu terus ditutup.
Putin dan Lyudmila dilihat amat jarang bersama sejak tahun lalu dan kali terakhir tampil di tempat awam pada Mei 2012. - AFP

JKSB akan bayar pampasan kepada mangsa runtuhan

JKSB akan bayar pampasan kepada mangsa runtuhan
KONKRIT sepanjang 50 meter dan berat 200 tan yang sedang dalam pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang di Batu Maung runtuh semalam. - Foto Danial Saad Georgetown: Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) akan membayar pampasan kepada mangsa yang terbabit dengan tragedi runtuhan Jambatan Kedua Pulau Pinang.

Pengarah Urusan JKSB, Datuk Prof Ir Dr Ismail Mohamed Taib, berkata pihaknya akan membayar wang pampasan permulaan sebanyak RM10,000 kepada mangsa yang terbabit dengan tragedi berkenaan.
Beliau berkata demikian kepada petugas media di lokasi kejadian di Batu Maung dekat sini, hari ini. 

Tian Chua pi dengar isra' mi'raj



Aku mengenalinya dgn rapat.. Selesai ceramah israk~mikraj... ada sesiapa yang mahu beri pencerahan? Telah lama aku amat-amati YB nihh... Ilmu dia tentang Siasah Syariah cukup hebat berbanding dengan pemimpin2 UMNO.. Beliau mampu menghuraikan perihal Piagam Madinah dengan cukup baik.. Itulah bezanya manusia yang berilmu dengan manusia yg tidak berilmu.. Note : Kini ilmu islam dipelajari oleh umat manusia di seluruh dunia sedangkan penganut agama islam itu sendiri meninggalkan hukum agamanya.. benarlah seperti apa yang diperkatakan oleh Allah s.w.t " jika sesuatu kaum / bangsa itu enggan membawa agama Allah Maka Allah akan gantikannya dgn kaum / bangsa yang lain " Walaupun manusia memperlekehkan tetapi Allah jualah yang berhak memberi hidayahnya..... Tiada satu jaminan pun bahawa bangsa melayu akan kekal selama-lamanya membawa agama Allah hingga ke hari kiamat
Teuku Zacharyah Iskandar.
Admin FB : Anak Muda Bangkit Hancurkan UMNO

Gambar Kejadian Palang Konkrit Jambatan Kedua Pulau Pinang Runtuh



Palang Konkrit Jambatan Kedua Pulau Pinang Runtuh

GEORGE TOWN - Menurut berita terkini dari KOSMO, satu palang konkrit di Jambatan Kedua Pulau Pinang sepanjang 300 meter yang menghubungkan bahagian Batu Maung di sini runtuh tadi.

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 7.05 petang itu mengejutkan para pekerja kontrak yang sedang menyiapkan kerja-kerja akhir di jambatan itu.

Runtuhan palang konkrit itu turut mengenai jalan raya berdekatan.




Difahamkan terdapat beberapa kenderaan termasuk motosikal yang melalui kawasan berdekatan kawasan itu ranap ditimpa runtuhan itu.

Kejadian berlaku ketika jalan itu sesak dengan kenderaan orang ramai yang dalam perjalanan pulang dari tempat kerja.




Pihak bomba yang tiba di tempat kejadian kira-kira lima minit kemudian kini sedang melakukan kerja-kerja mengesan kemungkinan ada mangsa yang terlibat.

Beberapa jentera berat termasuk kren terpaksa diguna bagi membantu pihak bomba mengalihkan runtuhan. 

Kenapa projek BN banyak yg runtuh?

runtuh pulak dah

Satu lagi projek Bartisan Nasional runtuh....

Satu lagi project BN "runtuh"..projek Berbillion RM wang hasil titik peluh rakyat ,amat berdosa dan memalukan negara di mata dunia ng maju walaupun tiada gempa bumi namun perkara ini boleh terjadi.

Najib buat magic lagi

Masih ingat lagi David Copperfield yang ingin datang pertama kali sekitar tahun 1989 dan ingin menghilangkan jambatan Pulau Pinang tapi Mahathir pada masa itu tidak benarkan?
TAPI Kali ini Najib telah berjaya buat 'magic' sebahagian jambatan kedua Pulau Pinang itu 'hilang'....

Kesian melayu ditipu kaum sendiri

Melihat Bulan Terbelah Dua, Sejarah Raja India Masuk Islam


splitingmoon
Share
Peristiwa yang berkenaan dengan raja Chakrawati Farmas ini terdokumentasi dalam naskah lama di Perpustakaan Kantor India, London dengan nomor: Arabic, 2807, 152-173. Ini dikutip di buku “Muhammad Rasulullah” oleh M. Hamidullah:
“Terdapat sebuah riwayat sangat tua di Malabar, Pantai Barat Daya dari India, bahwa Chakrawati Farmas, salah satu raja mereka, telah mengamati terbelahnya bulan, mukjizat dari nabi suci (saw) di Mekkah, dan setelah mempelajari hal tersebut, ia tahu bahwa itu adalah satu ramalan dari seorang Pembawa Pesan Tuhan dari Arabia, dia menugaskan anak lelakinya sebagai pemimpin dan menugaskan dia untuk menemuinya. Dia memeluk agama Islam di tangan Nabi saw, dan ketika pulang ke negerinya, di bawah arahan Nabi, dia wafat di pelabuhan Zafar, Yemen, dimana terdapat makam dari “Raja Orang India” dengan iman yang dikunjungi selama berabad-abad.”
Manuskrip tua di perpustakaan kantor India juga berisi keterangan terperinci lainnya tentang raja Chakrawati Farmas dan perjalanannya. Peristiwa terbelahnya bulan ini disebutkan dalam al-Qur’an, Surah Al-Qamar (54), ayat 1-3.
87 tahun, usia Raja Valiyathampuram dari Kodungallur di Pusat Kerala adalah salah satu keturunan raja Cheraman Perumal [yang dikenal sebagai raja Chakrawati Farmas], orang Indian pertama yang memeluk agama Islam pada awal abad ke-7. Dalam wawancara berikut yang diambil oleh A U Asif di Ernakulam, dia mengetahui secara detil tentang leluhur awalnya dan masjid paling tua dari daratan India. Dia juga meminta orang Indian Utara untuk datang ke Kerala dan melihat bagaimana orang-orang dengan agama berbeda hidup di situ selama berabad-abad dengan atmosfer harmoni, persaudaraan dan damai. Bagaimana pendapat anda tentang buyut Cheraman Perumal? Cheraman Perumal tidak hanya raja dan leluhur terhebatku, tapi orang India pertama yang datang ke dalam pelukan Agama Islam. Dia sebenarnya orang yang diberkahi Islam dan masjid pertama di India. Ini terjadi bahkan sebelum kedatangan Muhammad bin Qasim dan Mahmud al-Ghaznavi. Ini memperlihatkan bahwa Agama Islam tidak datang ke India dengan pedang.
Lihat bawah Masjid Cheraman Juma (Masjid), sebelum renovasi dan gambar sesudah renovasi, Kodungallur, Kerala. Masjid Cheraman Juma diberi nama sesuai dengan orang India pertama masuk agama Islam, raja Cheraman Perumal Chakrawati Farmas. Ini dibangun pada 629 M oleh Malik Ibn Dinar yang memimpin kelompok yang tiba di India. Dan ini mengokohkan satu fakta bahwa konversi orang India ke agama Islam di India tidak menggunakan kekuatan.
Kejadian yang menimpa Raja Malabar diatas, telah jauh di prediksikan oleh salah satu Kitab Ramalan Masa Depan agama Hindu, yang bernama Bhavisya Puran.
Bhavisya Puran adalah ramalan dalam bahasa sansakerta. Arti singkatnya adalah “Kitab Ramalan Masa Depan.” Sejak ajaran Hindu memiliki basis di India, bahkan hingga sekarang, telah diwariskan secara turun temurun bahwa kenabian atau utusan akan lahir di negara India itu sendiri. Kepercayaan ini bertentangan dengan Kitab Bhavisya Puran itu sendiri yang mengatakan bahwa Guru Besar (Great Master) akan muncul di luar negara India (mlechcha acharya) dan tinggal di daerah berpasir (marusthal). Ia akan bernama Mahaaamad. Dalam suatu paragraph singkat yang terdiri dari 18 baris syair, kata Mahaamad disebutkan sebanyak lima kali. Terdapat informasi yang menarik dalam Bhavishya Purana, bahwa Mahaamad akan menampakan tandanya pada Bhoj, penguasa dari Dhar, dan dia akan menbangun sebuah agama yang membolehkan umatnya memakan daging, dengan perintah dari Ishwar atau Tuhan.
Jika diteliti dengan baik, diketahui bahwa terdapat hubungan Bhoj, penguasa dari Dhar dengan Raja Malabar. Betul sekali Bhoj, penguasa dari Dhar adalah Raja Malabar yang bernama Chakrawati Farmas.
Raja Malabar mengetahui persis ramalan-ramalan dalam ajaran agamanya, sehingga beliau tahu persis apa yang harus dilakukan. Ramalan akan adanya utusan yang mampu membelah bulan, ditulis dalam Kalki Puran, sebuah kitab yang berisi tanda-tanda kejadian akan datangnya Avatar Terakhir yang bernama Kalki.
1. Kalki akan muncul di akhir Kali Yug dan akan menjadi penunjuk jalan bagi seluruh dunia
2. Ia akan lahir pada bulan dengan hari ke 12. (Nabi Muhammad lahir pada tanggal 12 Rabiual Awwal)
3. Orang tuanya bernama : Vishnu bhagat dan Soomati yang berarti Hamba Tuhan dan Keselamatan. (Nabi Muhammad memiliki ayah yang bernama Abdullah/hamba Tuhan dan memiliki ibu yang bernama Aminah/keselamatan).
4. Ia akan memiliki kegagahan dan tubuhnya harum
5. Ia akan mendapatkan kebijaksanaan dalam sebuah Gunung. (Nabi Muhammad pertama kali mendapatkan wahyu di Gua Hira)
6. Ia akan medapatkan kuda dari Tuhan, yang memiliki kecepatan yang melebihi cahaya. Ia akan mengendarainya melewati bumi dan 7 langit. (Kejadian Isra Miraj pada Nabi Muhammad)
7. Kalki akan membelah Bulan.

masjid india yang runtuhSelain itu, sejarah India dan Cina kuno (yang pada waktu peristiwa ini belum mengenal apa pun tentang Islam) telah mencatat dan menceritakan peristiwa ini. Sayyid Mahmud Syukri al-Alusi, dalam bukunya Ma Dalla ‘Alaihi Al-Qur’an, mengutip dari buku Tarikh al-Yamini bahwa dalam sebuah penaklukan yang dilakukan oleh Sultan Mahmud bin Sabaktakin al-Ghaznawi terhadap sebuah kerajaan yang masih menganut paganisme (musyrik) di India ia menemukan lempengan batu di dalam sebuah istana taklukan tersebut. Pada lempengan tersebut terpahat tulisan, “Istana ini dibangun pada malam terbelahnya bulan, dan peristiwa itu mangandung pelajaran bagi orang yang mengambil pelajaran.”
Ibn Katsir dalam al-Bidayah wa al-Nihayah vol. 3 hal. 130, juga menyebutkan adanya riwayat dari India yang menceritakan tentang terbelahnya bulan. Juga dalam Mustadrak al-Hakim vol. 4 hal. 150 menyebutkan riwayat tentang kedatangan raja India dan pertemuannya dengan Nabi Muhammad saw. Abu Said al-Khudri ra berkata: “Raja India memberikan hadiah seguci jahe pada Nabi Muhammad saw. Para sahabat memakannya sepotong-potong. Aku juga turut memakannya”. Raja tersebut termasuk golongan sahabat ,karena ia pernah melihat dan berjumpa dengan Nabi dan meninggal sebagai muslim, namanya terdaftar dalam kitab al-’Isabah Ibn Hajar, vol 3. hal. 279 dan Lisan al-Mizan Imam al-Dzahabi, vol 3 hal. 10 dengan nama Sarbanak, sebuah nama yang dikenalkan oleh orang-orang Arab.
http://aliefqu.wordpress.com/2013/04/18/melihat-bulan-terbelah-dua-sejarah-raja-india-masuk-islam/

Dong Zong melampau - Kok Seong


SEBAHAGIAN orang ramai yang hadir pada Bicara Eksekutif Budaya 2013 Kesantunan Bahasa Melayu Dalam Komunikasi Dan Penulisan Mutakhir di Kompleks Dagangan Mahkota, Kuantan, semalam.
KUANTAN 6 Jun - Masyarakat Cina khususnya Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) perlu sedar tidak ada negara lain di dunia yang membenarkan kaum Cina terus hidup sebagai 'Cina' kecuali di Malaysia.
Sehubungan itu, Felo Penyelidik Utama Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr. Teo Kok Seong mahu pertubuhan itu berhenti membuat tuntutan melampau sebaliknya menggunakan pendekatan mengambil kira resam 'di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung'.
Menurut beliau, realiti masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dengan orang Melayu merupakan pemilik kuasa dominan perlu diakui semua pihak termasuk masyarakat Cina.
Sehubungan itu, tambahnya, pelantikan menteri tidak fasih berbahasa Mandarin yang dibangkitkan Dong Zong baru-baru ini bukan isu besar.
"Perkara ini melampau sedangkan orang Cina yang tidak fasih bahasa Melayu langsung tidak diungkit. Orang Cina pun tidak pernah baiki keadaan ini. Ini sesuatu yang tidak baik, saya kira sudah waktunya perkara ini dibincangkan betul-betul sebab saya kira apa matlamat orang Cina hidup di Malaysia ini.
"Kalau pergi Indonesia, orang Cina kena tukar nama dan sekolah Cina tidak ada, Thailand pun sama. Di Malaysia kita boleh jadi orang Cina, pergi ke sekolah Cina dan merayakan apa-apa sahaja perayaan," katanya.
Beliau berucap dalam Program Bicara Eksekutif Budaya 2013 bertajuk Kesantunan Bahasa Melayu Dalam Komunikasi dan Penulisan Mutakhir di Kompleks Dagangan Mahkota, di sini hari ini.
Sementara itu, Kok Seong berkata, pelantikan dua anggota Kabinet, Senator Datuk Paul Low dan Datuk Mary Yap Kain Ching hanya kerana tidak fasih bahasa Mandarin tidak wajar dipertikai kerana bahasa kebangsaan adalah bahasa Melayu.
"Masyarakat Cina cakap mereka ini tidak layak jadi pemimpin mereka, sampai tahap itu sekali. Malah, masyarakat Cina walaupun setelah 55 tahun merdeka, ada yang tidak boleh memahami bahasa Melayu.
"Apakah ceramah perlu disampaikan dalam bahasa Cina (Mandarin). Kita ada bahasa sendiri (kebangsaan). Sepatutnya perkara ini tidak timbul kerana pemimpin tidak perlu fasih dalam bahasa Cina hanya kerana hendak berkomunikasi dengan mereka," katanya.
Sementara itu, katanya, penyatuan nasional yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini bertepatan dengan keadaan masa kini.
Tambah beliau, kaedah terbaik menyelesaikan masalah perpaduan itu ialah dengan mewujudkan Sekolah Wawasan.
"Sistem persekolahan sekarang telah memecah-belahkan anak-anak bangsa pada usia muda. Jadi kita kena fikirkan cara selesaikan masalah ini.
"Saya rasa Sekolah Wawasan adalah jalan terbaik. Kita bina sekolah tiga aliran ini sebelah menyebelah supaya akhirnya akan mempertingkat integrasi antara pelajar," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130607/po_01/Dong-Zong-melampau---Kok-Seong#ixzz2VUGcNJcG
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tentera bunuh tanpa sebab


Gambar fail bertarikh 11 Mac tahun lalu, menunjukkan sebahagian mayat penduduk kampung yang mati ditembak anggota tentera Robert Bales di dalam sebuah van di kampung Alkozai, daerah Panjwayi di wilayah Kandahar, Afghanistan. - AFP
WASHINGTON 6 Jun - Seorang tentera Amerika Syarikat (AS) semalam, mengaku bersalah di atas pertuduhan membunuh 16 rakyat Afghanistan pada Mac tahun lalu dan mengakui pembunuhan tersebut dilakukan tanpa sebarang sebab.
Robert Bales membuat pengakuan itu di sebuah mahkamah di sini, dipercayai bagi memastikan dia dapat mengelak daripada dikenakan hukuman mati di atas kesalahan tersebut.
Bales menyerang penduduk di dua buah kampung yang kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, sekali gus menyaksikan AS menggantung operasi mereka di Afghanistan.
Menurut pendakwa raya, Bales keluar daripada pangkalannya di Kandahar pada 11 Mac 2012 sebelum subuh dengan membawa sepucuk pistol 9 milimeter dan selaras raifal M-4 yang dilengkapi dengan pelancar bom tangan.
Dia kemudiannya menyerang kampung Alkozai sebelum balik ke pangkalan bagi memberitahu rakannya tentang kejadian itu.
Namun, rakan setugasnya tidak mempercayai kata-kata Bales itu dan menyambung semula tidur mereka, menyebabkan anggota tentera tersebut melancarkan serangan kedua di kampung Najiban.
Dalam pada itu, saudara kepada mangsa yang mengetahui keputusan mahkamah tersebut, terkejut dengan pengakuan bersalah dibuat Bales yang dirasakan mampu membuatnya terlepas daripada hukuman mati.
"Hukuman penjara tidak akan membawa sebarang makna,'' kata Said Jan yang kehilangan isteri dan tiga saudaranya akibat perbuatan Bales.
Sementara itu, seorang juri akan membuat keputusan pada Ogos ini sama ada Bales akan dijatuhi hukuman penjara seumur hidup atau tanpa kemungkinan mendapat parol. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130607/lu_03/Tentera-bunuh-tanpa-sebab#ixzz2VUIJzeg6
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Runtuh lagi...

Penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang runtuh
MOHD ISKANDAR OTHMAN
6 Jun 2013
Penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang runtuh
Kerja-kerja mengalihkan sisa runtuhan sedang giat dijalankan. - Foto Sinar Harian oleh MOHD ISKANDAR OTHMAN
Penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang runtuh
Kerja-kerja mengalihkan sisa runtuhan sedang giat dijalankan. - Foto Sinar Harian oleh MOHD ISKANDAR OTHMAN
 Penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang runtuh
Penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang yang sedang dalam pembinaan runtuh dalam satu kejadian kira-kira pukul 7.15 petang tadi. - Foto Bernama
BAYAN LEPAS - Jalan penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang berhadapan dengan kilang Motorola di sini runtuh kira-kira jam 7.15 malam tadi.

Menurut jurucakap Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB), runtuhan berkenaan adalah sebahagian daripada ‘ramp’ di bawah kerja-kerja pembinaan pakej 3A yang sedang giat dijalankan.

Beliau berkata, siasatan lanjut berkenaan punca kejadian sedang dijalankan dan kenyataan rasmi akan dikeluarkan esok.

“Kita masih siasat punca kejadian dan JKSB akan keluarkan kenyataan berhubung kejadian ini selewat-lewatnya pagi esok,” katanya ketika dihubungi di sini.

Sementara itu, seorang saksi kejadian Zalali Mohamad, 30, berkata, kejadian berlaku begitu pantas dan beliau melihat beberapa kenderaan yang melalui jalan itu dihempap runtuhan berkenaan.

“Saya berada tidak jauh dari tempat kejadian dan tiba-tiba terdengar bunyi dentuman kuat..apabila saya berpaling melihat jambatan itu saya nampak beberapa buah kenderaan dihempap runtuhan berkenaan.

“Saya tidak pasti berapa jumlah kenderaan yang terlibat tetapi saya nampak sebuah kereta dan motosikal dihempap,” katanya.

Sehingga kini kerja-kerja mengalihkan runtuhan sedang giat dijalankan oleh anggota penyelamat.

Jumlah kenderaan dan mangsa yang terlibat belum dapat dipastikan.

Projek pembinaan jambatan kedua itu dilancarkan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2008 dan kerja-kerja pembinaan dimulakan pada 3 Mac 2009. Ketika ini sebanyak 94 peratus kerja-kerja pembinaan berjaya dilaksanakan.

Pada 30 April lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi pemimpin pertama negara yang menggunakan laluan Jambatan Kedua Pulau Pinang sepanjang 24 kilometer dari bahagian pulau ke tanah besar untuk ke satu majlis di Kepala Batas, Seberang Perai.

Jambatan kedua Pulau Pinang ialah jambatan terpanjang di Asia Tenggara yang dibina bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di Jambatan Pulau Pinang dengan kos RM4.5 bilion.

Kanak-kanak Afghanistan korban jet pejuang AS


Kanak-kanak Afghanistan korban jet pejuang AS
Tiga kanak-kanak terbunuh sewaktu jet pejuang tanpa pemandu AS membedil wilayah Kunar, semalam.
KUNAR - Tiga kanak-kanak terbunuh dalam serangan membabitkan jet pejuang tanpa pemandu Amerika Syarikat (AS) di wilayah Kunar, timur laut Afghanistan, semalam.

Jurucakap polis berkata kepada Reuters, kira-kira enam orang termasuk wanita turut cedera selepas pasukan ketenteraan AS melancarkan serangan berdekatan Pakistan.

Pada 20 Mei lalu, sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh dan puluhan cedera dalam serangan serupa di wilayah selatan Kapisa.

Ratusan penduduk Afghanistan dilaporkan menjadi korban bedilan jet pejuang AS sekali gus mengundang kemarahan rakyat kepada Barat.

Bagaimanapun, Washington mendakwa tindakan serangan bersama sekutu ke Afghanistan adalah untuk menghapuskan Taliban selain melabelkan negara itu masih tidak selamat kepada rakyat.

Selain Afghanistan, beberapa buah negara bergolak seperti Pakistan, Yaman dan Somalia turut menjadi mangsa serangan jet pejuang AS dengan alasan serupa yang meragut nyawa penduduk awam.

Gaji Taib Mahmud Lebih Besar Daripada Gaji PM Gaji Taib Mahmud naik dari RM13,000 ke RM39,000




Bernama semalam melaporkan, gaji bulanan ketua menteri Sarawak akan naik tiga kali ganda mula 1 Januari 2012 iaitu dari RM13,000 ke RM39,000 sebulan.
Ini bermakna tunggakan gaji mulai 1 Januari, 2012 hingga Mei, 2013 (17 bulan) perlu dibayar kepada Taib Mahmud berjumlah (tunggakan RM442,000.00) tidak termasuk Timbalan Ketua Menteri, RM11,500 kepada RM35,000 (tunggakan RM 399,500.00) menteri kanan dan speaker DUN RM9,000 kepada RM30,000 (tunggakan RM357.00.00) menteri, RM9,000 kepada RM27,000 (tunggakan RM306.000.00 pembantu menteri dan timbalan speaker, RM7,000 kepada RM21,000 (tunggakan RM238.000.00) anggota dewan undangan negeri, RM4,500 kepada RM15,000 (tunggakan RM178,500.00) dan setiausaha politik, RM3,000 kepada RM9,000(tunggakan RM102.000.00). Pendapatan isi rumah Rakyat dikampung rata-rata berpendapatan kurang dari RM3,000.00 sebulan.

TUNGGULAH HADIAH KEMENENGAN BN TAK LAMA LAGI. PASTINYA BN =BARANG NAIK.

Empat dikhuatiri terbunuh dalam runtuhan penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang..



Dalam kejadian runtuhan sebahagian daripada ‘ramp’ susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang berhadapan dengan kilang Motorola di sini yang runtuh kira-kira jam 7.15 malam tadi empat orang dikhuatiri terbunuh..

Ini berikutan penemuan sebuah kereta Kelisa yang berwarna putih yang remuk ditimpa runtuhan struktur tersebut..

Rakyat Yaman protes AS, Israel



7 Jun 2013
Rakyat Yaman protes AS, Israel
Puluhan ribu rakyat Yaman berhimpun sewaktu upacara pengebumian Houthi.
SANA'A - Lebih 10,000 penduduk Yaman mengadakan perhimpunan di utara negara bagi memprotes keganasan rejim Israel dan Amerika Syarikat (AS) ketika upacara pengebumian pengasas pertubuhan pembangkang Houthi, kelmarin.

Dipetik Al-Jazeera, menurut aktivis, peserta melaungkan kematian untuk AS dan Israel, sewaktu mengebumikan jenazah Hussein Badr al-Din al-Houthi.

Sebelum ini, jenazah Houthi disemadikan di penjara pusat dalam Sana'a di bawah pemerintahan rejim diktator yang digulingkan Ali Abdullah Saleh.

Kemudian, kerajaan baru Yaman yang dibangunkan semula selepas kebangkitan rakyat menyerahkan kembali mayat Houthi kepada keluarganya.

Terdahulu, Houthi terbunuh sewaktu bertempur dengan tentera kerajaan Yaman dalam perang Sa'dah pada 2004.

Korea Utara mahu berunding?



7 Jun 2013
Korea Utara mahu berunding?
Pyongyang akhirnya mahu berbincang dengan Seoul.
PYONGYANG - Korea Utara, semalam, mengemukakan cadangan rundingan bersama Korea Selatan bagi memulih beberapa projek komersial termasuk zon industri Kaesong yang ditutup sewaktu konflik awal April lalu.

Dipetik Al-Jazeera, susulan penutupan itu, lebih 50,000 pekerja dari Pyongyang dilaporkan hilang pekerjaan.

Media Pyongyang melaporkan, kerajaan bakal memulihkan beberapa saluran komunikasi yang terputus sebelum ini jika Korea Selatan bersetuju dengan tawaran rundingan itu.

Sementara itu, Kementerian Penyatuan Korea Selatan berkata, Seoul menerima tawaran tersebut selain berharap hubungan dapat dieratkan dengan lebih baik.

Dalam perkembangan lain, Jawatankuasa Penyatuan Aman Korea di Pyongyang turut mengusulkan perbincangan damai bagi membuka semula operasi lawatan resort pergunungan dan pertemuan keluarga sebagai kemuncak penyatuan 2000 pemimpin mereka.

Terdahulu, cadangan yang sama pernah dikemukakan Seoul tetapi ditolak Pyongyang.

Kumpulan radikal Islam mahu halang pertandingan Ratu Cantik Dunia




GAMBAR fail menunjukkan pemenang pertandingan Ratu Cantik Dunia 2012, Yu Wenxia (tengah) mengangkat kedua-dua tangannya ketika dia berdiri di sebelah Sophie Moulds (kiri) yang menduduki tempat kedua dan pemenang tempat ketiga, Jessica Kahawaty dari Australia di Ordos, China pada 18 Ogos 2012.


JAKARTA - Sebuah kumpulan radikal Islam semalam berikrar untuk menghentikan penganjuran pertandingan Ratu Cantik Dunia di Indonesia walaupun pihak penganjur mematuhi peraturan yang ditetapkan.
Kumpulan Hizb ut-Tahrir itu menyelar pertandingan tersebut kerana ia dianggap seperti menjual tubuh wanita.
Ia turut mengancam untuk mengadakan demonstrasi bagi membantah pertandingan tersebut.
Lebih 130 wanita akan bersaing dalam pertandingan itu yang berlangsung pada September depan di Bali.
Pertandingan akhir akan diadakan di Bogor, wilayah Jawa Barat.
Pihak penganjur kelmarin mengesahkan bahawa para peserta tidak akan memakai bikini semasa pertunjukan fesyen pantai di Bali.
Mereka sebaliknya akan memakai pakaian lebih sopan seperti fesyen tradisional.
Bagaimanapun, alternatif itu tidak diterima oleh kumpulan pelampau di Indonesia yang mempunyai 90 peratus penganut Islam daripada 240 juta penduduk.
"Menyokong pertandingan itu adalah sama seperti menyokong penjualan tubuh wanita," kata jurucakap Hizb ut-Tahrir, Ismail Yusanto.
Sebuah lagi kumpulan, Pergerakan Reformis Islam yang bergabung dengan Barisan Pembela Islam turut menyuarakan bantahan hebat.
Pada tahun lalu, penyanyi terkenal, Lady Gaga dihalang mengadakan konsert di sini selepas beberapa kumpulan radikal Islam mengancam untuk membakar lokasi persembahannya. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0607&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_06.htm#ixzz2VTYBv6IO 
Hakcipta terpelihara 

Erdogan enggan bertolak ansur dengan penunjuk perasaan Turki



SEKUMPULAN penunjuk perasaan melakukan senaman yoga di Taman Gezi di Dataran Taksim, Istanbul semalam.


ISTANBUL - Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan semalam menyatakan rancangan pembangunan semula Taman Gezi di Dataran Takzim di sini akan diteruskan.
Beliau membuat kenyataan itu walaupun para penunjuk perasaan msih berhimpun di Taman Gezi sebagai usaha untuk menentang rancangan tersebut.
Menurutnya, projek itu ditentang oleh pihak pembangkang kerana rancangan tersebut datangnya daripada Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP).
Erdogan yang bercakap kepada pemberita di Tunis, Tunisia semasa melakukan lawatan ke negara itu berkata, terdapat beberapa kumpulan pengganas yang memanipulasi tunjuk perasaan tersebut yang pada mulanya bermula sebagai kempen alam sekitar tetapi bertukar menjadi perhimpunan antipemerintahannya.
Tunjuk perasaan di Turki yang bermula dengan rancangan pemerintah untuk menebang 600 pokok di Taman Gezi di Dataran Taksim di sini untuk mendirikan sebuah pusat beli-belah dan pusat kebudayaan masih berlanjutan sejak Jumaat lalu.
Bilangan penunjuk perasaan semakin ramai apabila mereka bukan sahaja menentang rancangan untuk menebang pokok itu tetapi juga menyatakan perasaan marah terhadap Erdogan yang dianggap bersikap angkuh.
Tunjuk perasaan anti-Erdogan itu kemudian merebak ke beberapa buah bandar lain seperti di Ankara dan Izmir.
Menurut beberapa kumpulan hak asasi manusia dan perkhidmatan perubatan, pertempuran yang melibatkan para penunjuk perasaan dengan polis itu telah menyebabkan dua orang terbunuh dan lebih 4,000 orang cedera.
Tumpuan para penunjuk perasaan itu ialah Dataran Taksim dan Taman Gezi di tengah Istanbul yang kini didiami oleh sejumlah penunjuk perasaan.
Pada hari pertama tunjuk perasaan tersebut yang berlaku pada minggu lalu, Erdogan menggelarkan para penunjuk perasaan itu dalam bahasa Turki sebagai capulcu yang bermakna perompak dan penjarah.
Para penunjuk perasaan kemudian mengambil kesempatan dengan mengubah perkataan capulcu itu dengan menggantikannya sebagai capulling yang membawa maksud penentangan. Mereka nekad terhadap serangan gas pemedih mata dan menjerit slogan anti-Erdogan.
Perkataan itu kemudian digunakan oleh para pengguna rangkaian sosial.
Para pengguna Facebook mengemas kini status mereka dengan menggunakan perkataan itu.
Tunjuk perasaan anti-Erdogan yang paling besar itu turut disertai oleh para pekerja yang memakai sut, wanita memakai tudung kepala dan para peminat bola sepak.
Semua lapisan masyarakat itu bersatu bagi menentang Erdogan yang dianggap mengamalkan gaya pentadbiran autokratik.
Erdogan sebelum ini merupakan Perdana Menteri Turki yang paling popular dalam kalangan penduduk dalam tempoh beberapa dekad lalu.
Namun, kini sebahagian penyokongnya turut menyertai tunjuk perasaan itu.
"Terdapat pegawai-pegawai dan anggota di dalam partinya yang tidak gembira dengan perkembagan terbaharu itu," kata satu sumber yang rapat dengan parti AKP pimpinan Erdogan.
Parti itu memperoleh kuasa menerusi tiga pilihan raya sejak tahun 2002.
"Ia merupakan situasi yang tidak pernah berlaku ke atas Erdogan. Beberapa orang di dalam AKP berpendapat, dasar-dasarnya perlu dilembutkan," tambah sumber tersebut.
Timbalan Perdana Menteri, Bulent Arinc sebelum ini meminta maaf kepada para penunjuk perasaan yang cedera selepas anggota-anggota polis bertindak keras terhadap mereka dengan melepaskan gas pemedih mata.
"Erdogan mengendalikan semua perkara dengan caranya sendiri. Beliau mewujudkan gaya pemerintahan autoritarian," kata seorang wartawan yang mengikuti rapat kerjaya Perdana Menteri itu, Cengiz Candar.
Seorang anggota pertubuhan Antikapitalis Muslim, Fatma Dogan yang ditubuhkan pada tahun 2001 menyatakan, pihaknya akan terus berada di Dataran Taksim untuk melindungi Taman Gezi.
Menurutnya, beliau dan para penyokongnya menentang pemerintahan autoritarian dan keganasan polis.
Taman Gezi tersebut kini dipenuhi dengan khemah-khemah para penunjuk perasaan yang menentang rancangan pembangunan semula itu. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0607&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz2VTXfIwFq 
Hakcipta terpelihara