Monday, January 17, 2011

Azan: Peguam mohon maaf




2011/01/17

KUALA LUMPUR: Peguam, Ng Kian Nam, hari ini memohon maaf secara terbuka kepada semua umat Islam di negara ini atas kesilapannya meminta laungan azan sebuah masjid berhampiran kediamannya di kawasan Bukit Kerinchi di sini diperlahankan. 

"Setiap orang mempunyai kelemahan dan saya mahu meminta maaf kepada semua umat Islam di negara ini di atas salah faham yang terjadi. Sebenarnya saya tidak tahu membezakan antara suara azan dan ceramah (kuliah subuh)," katanya dalam sidang media di sini hari ini.Turut hadir pada sidang media tersebut ialah Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, yang juga Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.
Sebelum sidang media itu, Raja Nong Chik mengadakan perbincangan tertutup dengan Ng, Pengerusi Masjid Al-Ikhlasiah Ikram Mohd Yusof dan wakil Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) dan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA). 

Dalam satu memorandum bertarikh 20 Disember 2010 kepada Jabatan Perdana Menteri, Ng meminta supaya tindakan diambil bagi memperlahankan bunyi azan di Masjid Al-Ikhlasiah di Bukit Kerinchi itu kerana didakwa mengganggu tidurnya. 

Berikutan itu, PERKASA dan PEKIDA telah mengadakan protes di perkarangan masjid berkenaan bagi mengecam tindakan Ng yang dikatakan telah menyentuh sensitiviti umat Islam. 

Ng berkata, beliau tidak berniat untuk menyinggung perasaan umat Islam di negara ini berhubung isu itu serta berharap isu itu tidak disensasikan lagi. 
Raja Nong Chik pula berkata, isu itu sewajarnya tidak diperbesarkan kerana ia adalah salah faham yang tidak disengajakan dan menjadikan insiden itu sebagai iktibar. 

Beliau juga meminta permohonan maaf Ng diterima oleh semua pihak. 

Mengulas dakwaan terdapat arahan daripada pihak atasan yang meminta pihak masjid memperlahankan suara azan berikutan aduan Ng itu, Raja Nong Chik menafikan kewujudan arahan itu. 

"Pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) sendiri menafikan bahawa adanya arahan tersebut dan saya sendiri tidak tahu-menahu mengenainya," katanya yang gembira dengan permohonan maaf Ng dan sikap terbuka dua NGO Melayu yang sebulat suara menerima permohonan maaf tersebut. - BERNAMA 

Ummi Hafilda Anak Derhaka Yang Dibuang Bapanya Sendiri



MEMAHAMI PSIKOLOGI DAN MOTIF UMI HAFILDA ALI
Selamat menjalani ibadah puasa dengan tekun dan sabar. Puasa tahun ini ada sedikit kelainan kerana di saat ini kita tidak dapat mengalihkan perhatian kita dari perbicaraan Dato' Seri anwar Ibrahim yang sedang berlangsung sekarang ini.

Lebih hebat lagi baru dua hari kita berpuasa, Umi Hafilda pun dipanggil untuk memberi keterangan - saksi pendakwa yang paling sensasi kerana surat beliau kepada Dr. Mahathirlah yang telah mencetuskan isu ini.

Umi yang selama ini cukup menarik perhatian dengan pakaian-pakaian mahal yang diperagakan akhirnya dipanggil sebagai saksi. Kita ingat bahawa kita telah melihat kemuncak kejahatan dalam episod Anwar ini. Rupa-rupanya di dalam sesi soal balas peguam bela DS Anwar tahulah kita betapa kesediaan wanita bernama Umi Hafilda ini untuk melakukan apa sahaja untuk mencapai matlamatnya - walaupun dengan menfitnah ayah dan adek-beradeknya sendiri.

Sekarang barulah kita dapat memahami kenapa seorang ayah tergamak memutuskan zuriat anaknya dan tidak mengaku anaknya dunia akhirat. Tindakan memutuskan hubungan zuriat ini sebenarnya tidak ada dalam Islam, berdosa malah satu tindakan yang mustahil untuk diterima. Kalau tindakan memutuskan silaturrahim dengan saudara seagama sudah dianggap dosa besar di dalam Islam apatah lagi mumutuskan hubungan zuriat.

Lagipun bagaimana mungkin seseorang itu memutuskan hubungan dan tidak mengaku anak kerana hakikatnya dia tetap anak beliau, meskipun dia tidak mengakuinya lagi.

Tetapi setelah mengetahui latar belakang Umi Hafilda ini, betapa dia telah bersikap biadab terhadap ibunya, menfitnah ibu dan ayahnya sehingga mereka bercerai, kita sekurang-kurangnya dapat bersimpati dengan Haji Ali. Mungkin dia terdorong melakukannya kerana tekanan batin yang tidak tertanggung lagi. Ini tidak mustahil berlaku kepada ibu dan ayah yang berhadapan dengan anak yang sangat derhaka serta sanggup melakukan perbuatan yang terkutuk itu. Mungkin atas dasar inilah Pak Ali tergamak untuk membuang anaknya.

Hubungan antara ibu bapa dengan anak boleh terputus apabila salah satu darinya keluar dari Islam atau bertukar kafir tetapi anak tetap bertanggungjawab melayani orang tuanya dengan baik dan beradab meskipun mereka telah kafir atau keluar dari agama Islam; sandaran kesah Nabi Nuh a.s. dengan anaknya yang tidak beriman; Allah mengatakan kepada Nabi Nuh bahawa anak tersebut bukan anaknya lagi.

Berdasarkan kepada latar belakang inilah maka Umi Hafilda ini dengan jelas tidak dapat diterima kesaksiannya. Bukan sahaja beliau tidak layak untuk menjadi saksi dari sudut pandangan Islam dia juga tidak layak untuk menjadi saksi mahkamah kalau dirujuk kepada Akta Keterangan di mana saksi-saksi hendaklah merupakan individu yang tidak diragui kesaksiannya dan tidak menghadapi kes-kes yang mana kesaksiannya boleh dipertikai.

Di dalam kes Umi Hafilda ini, dia bukan sahaja sudah tidak dipercayai oleh keluarganya sendiri dia juga menanggung hutang yang banyak. Inilah perkara-perkara yang ingin di ketengahkan oleh peguam-peguam DS Anwar untuk menolak saksi beliau di dalam perbicaraan ini.

Kemudian peguam DS Anwar cuba untuk menunjukkan bahawa Umi sebenarnya mempunyai hati terhadap Anwar. Oleh kerana DS Anwar tidak membalas 'cinta'nya maka dia telah berdendam dan terlibat di dalam konspirasi untuk membunuh karier politik Anwar. Umi menafikan dengan sekeras-kerasnya. Tetapi soalan-soalan yang diajukan oleh En. Cristopher Fernando, membayangkan bahawa Umi sebenarnya ada hati terhadap DS Anwar.

Antara cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh En. Fernando ialah Umi mengelek gambar DS Anwar ke hulu kehilir, juga mencadangkan Umi pernah mengungkapkan kata-kata kepada orang lain yang menunjukkan dia hendak kepada DS Anwar. Tindakan Umi untuk membalas dendam dengan cara ini sebenarnya tidak pelik, sekiranya cadangan-cadangan ini betul.

Di dalam sejarah pun kita menemui kesah-kesah yang hampir serupa. Isteri menteri Aziz bernama Zulaikha pernah jatuh hati kepada Nabi Yusuf a.s. Apabila cintanya tidak berbalas dan beliau terperangkap, beliau telah menfitnahkan Nabi Yusuf a.s. cuba mencabuli maruahnya. Akibatnya Al-Aziz, menteri tersebut telah memenjarakan Nabi Yusuf bertahun-tahun lamanya. Ya! Seorang wanita yang dikecewakan akibat cinta yang tidak berbalas sanggup berlaku sangat kejam kepada lelaki yang dianggap mengecewakan dirinya.

Apakah hubungan Umi dengan teori konspirasi. Semalam mahkamah gempar lagi apabila team pembela mengemukakan tape rakaman perbualan di antara Ummi dan Dato' Sng. Sedutan-sedutan daripada transkrip perbualan itu telahpun disiarkan di dalam media-media asing. Kita tunggu perbicaraan hari Isnin depan dengan harapan mahkamah tidak mengambil keputusan drastik untuk menghalang tape rakaman tersebut diterima sebagai bahan perbicaraan.

Kita menjangkakan tidak ada masalah bagi tape tersebut dikemukakan, kerana kalau tilam yang sangat mencurigakan dapat diusung kemahkamah, takkanlah pita rakaman yang lebih kredible dihalang pula!

Umi yang nampak garang sebelumnya dilaporkan kelihatan pucat lesi seperti yang dilaporkan oleh beberapa media asing apabila kewujudan pita rakaman tersebut diumumkan oleh peguam bela DS Anwar. Kita tunggu perbicaraan hari Isnin untuk ulasan selanjutnya insyaAllah.

Sumber Arkib - 
Hang Jebat@yahoo.com

Skandal Seks Ummi Hafilda Ali Dengan Mike Tyson



Pada 23 April 2001 (Isnin) yang lalu, sekitar jam 9.00 pagi, isteri Tan Sri Muhammad Taib telah menyerang Ummi Hafilda di sebuah restoren di Sri Hartamas. Ummi yang baru selesai 'breakfast' dan sedang membuat pembayaran di kaunter, telah diheret ke dalam kereta dan diserang oleh isteri Tan Sri Muhammad Taib.

Ummi dilapurkan malu dan menangis kerana beliau diheret tangannya, dimaki hamun dan diserang oleh isteri Mike Tyson di hadapan khalayak ramai sebelum dimasukkan ke dalam sebuah kenderaan. Telefon bimbit Ummi juga dirampas dan dilemparkan sehingga pecah dan berkecai.

Sejurus Ummi keluar dari kenderaan tersebut, muka Ummi didapati mempunyai kesan-kesan calar dan luka berkemungkinan akibat pertengkaran yang berlaku di dalam kenderaan isteri Mike Tyson.

Menurut sumber-sumber yang rapat dengan isteri Tan Sri Muhammad, hubungan suaminya dengan Ummi telah sekian lama dipantau sehinggalah pada 21 April 2001 (Sabtu) yang lalu apabila beliau dapat mengesan percubaan Ummi untuk menghubungi Tan Sri Muhammad Taib melalui telefon. Malangnya, panggilan tersebut telah dijawab oleh isteri Tan Sri Muhammad Taib sendiri dan beliau terus memaki hamun Ummi kerana menceroboh kebahagian rumah tangganya.

Ingatan kepada ahli-ahli UMNO: inikah ciri-ciri kepimpinan yang bakal mewarisi perjuangan orang Melayu? Wahai Tan Sri Muhammad Taib, insaflah dan jangan kamu terus berbohong kepada umat Melayu? Wahai Ummi, hentikanlah dendam kesumat kamu kepada Anwar dan keluarga kamu. SB Reformasi senantiasa berada di sisi mu untuk mencatatkan pergerakan dan tindak tanduk kamu yang cukup menjijikkan.

Bertaubatlah dan Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

Sumber: 
Tranung Kite

Tunisia bentuk kerajaan baru



TUNIS 16 Jan. - Kepimpinan baru Tunisia mahu membentuk satu kerajaan campuran yang bersatu bagi usaha menangani kegiatan pencerobohan bangunan, perbuatan membakar dan tembakan yang berlaku selepas Presiden Zine al-Abidine Ben Ali digulingkan.
Speaker Parlimen, Fouad Mebazza yang mengangkat sumpah sebagai Presiden sementara semalam, meminta Perdana Menteri, Mohamed Ghannouchi supaya membentuk satu kerajaan bersatu bagi membentuk perpaduan negara.
Pihak berkuasa Perlembagaan berkata, pilihan raya Presiden perlu diadakan dalam tempoh 60 hari.
Pemimpin pembangkang, Najib Chebbi berkata, selepas perbincangan diadakan dengan Ghannouchi, pilihan raya mungkin diadakan di bawah pemantauan antarabangsa dalam tempoh enam atau tujuh bulan lagi.
''Ghannouchi mencadangkan parti kami menyertai pembentukan kerajaan campuran yang akan membuka kepada satu pasukan demokratik yang membawa maksud parti kami dan dua parti lain,'' katanya kepada radio French RTL.
Ghannouchi dijangka mengadakan lebih banyak perbincangan berhubung pembentukan kerajaan campuran, hari ini.
Askar dan kereta kebal ditempatkan di tengah bandar Tunis bagi mengawal kegiatan menceroboh bangunan apabila Ben Ali yang memerintah lebih 23 tahun, melarikan diri ke Arab Saudi ekoran rusuhan antikerajaan yang mengorbankan berpuluh-puluh nyawa.
Tembakan rambang juga telah dilepaskan ke arah kereta-kereta di Tunis semalam dan banduan melarikan diri daripada penjara ketika para pemimpin cuba menghalang Tunisia terjerumus dalam suasana kelam-kabut selepas penggulingan berkenaan.
Tidak dapat dipastikan siapakah yang melepaskan tembakan itu tetapi sumber kanan tentera memberitahu Reuters bahawa orang yang mempunyai kaitan dengan Ben Ali mendalangi kejadian tersebut.
Penggulingan Presiden Tunisia selepas rusuhan mungkin memberikan keberanian kepada pergerakan pembangkang dan orang biasa Arab untuk bangun mencabar kerajaan-kerajaan di Asia Barat.
Perunding Keselamatan Janusian, Henry Wilkinson berkata, apa yang membimbangkan banyak kerajaan di rantau ini adalah krisis Tunisia itu berlaku secara spontan dan tidak tersusun. - Reuters

Leila tak ikut suami, kini berada di Dubai





2011/01/17

Leila Ben Ali
Leila Ben Ali
TUNIS: Bekas wanita pertama Tunisia, Leila Ben Ali yang secara meluas banyak disamakan dengan Imelda Marcos dari Filipina, tidak bersama melarikan diri dengan suaminya Zein El Abidine Ben Ali ke Arab Saudi, sebaliknya dikatakan berada di Dubai, destinasi beli-belah sering dikunjunginya. 

Akhbar Britain The Telegraph melaporkan semalam, Leila yang berusia 20 tahun lebih muda daripada suaminya yang berusia 74 tahun dan dikenali sebagai kuasa di sebalik takhta, dikatakan melarikan diri lebih dulu ke Dubai.
Kerajaan Arab Saudi kelmarin mengesahkan presiden Tunisia yang digulingkan oleh revolusi rakyat itu kini berada di negara berkenaan.
Sementara itu, akhbar Britain itu juga melaporkan rakyat Tunisia yang selama sebulan mengadakan tunjuk perasaan besar-besaran sehingga menyaksikan Ben Ali melarikan diri, turut gembira melihat Leila meninggalkan negara itu. 

Bekas pendandan rambut itu yang berasal dari keluarga sederhana, dituduh menggunakan perkahwinannya dengan Ben Ali untuk mengubah nasib keluarganya Trabelsis untuk menjadi antara keluarga terkaya di Tunisia. 

“Semua kuasa dan kekayaan Presiden Ben Ali jatuh kepada keluarganya, terutama isterinya,” kata seorang penganalisis politik Arab, Saad Djebbar. 

“Ben Ali terlalu bongkak dan ini menyisihkan penyokongnya sendiri.” 
Leila menonjolkan dirinya sebagai antara ahli politik wanita Arab paling progresif dan banyak mengetuai yayasan amal dan memperjuangkan hak wanita. 

Namun di sebaliknya, penonjolan awam itu bekas wanita pertama itu mengejar agenda yang dikatakan menyamai tindak-tanduk Imelda Marcos. – Agensi

Guangxi dipilih sedia perkakas meja makan William, Kate





2011/01/17

PIRING porselin yang ditempah khas untuk perkahwinan William dan Kate.
PIRING porselin yang ditempah khas untuk perkahwinan William dan Kate.
BEILIU: Sebuah syarikat pengeluar tembikar China memenangi tempahan untuk membuat perkakas kelengkapan meja rasmi untuk digunakan dalam majlis perkahwinan diraja Putera William dan tunangnya, Kate Middleton. 

Guangxi Sanhuan Group di Beiliu, sebuah bandar di selatan Guangxi di China yang terkenal dengan buatan perkakasan seramik dan tembikar berkata mereka mendahului lebih 500 syarikat lain dalam bidaan untuk menghasilkan tembikar perkahwinan diraja, saingan sengit daripada pengeluar seluruh dunia.
Syarikat terbabit kini menghasilkan kira-kira 16,000 produk kelengkapan meja untuk digunakan pada majlis perkahwinan berkenaan.
Pegawai syarikat berkenaan berkata, produk itu terbahagi kepada lima kategori termasuk satu set pinggan makan, cawan kopi dan piring, kole peringatan dan pinggan cenderahati. 

Ia sama ada untuk digunakan pada majlis perkahwinan itu atau diberikan kepada tetamu majlis sebagai cenderahati. 

Reka bentuknya adalah sebuah gambar yang memaparkan Putera William dengan pakaian seragam dan Kate Middletton dalam bentuk hati dengan tertera perkataan ‘Wililiam dan Catherine’ di bawahnya. 

“Apabila kami diumum menang tempahan itu, ketua syarikat kami amat gembira dan teruja. 
“Mereka memberikan perhatian penuh terhadapnya. Proses pengeluaran keseluruhan termasuk persediaan terpaksa dibuat dalam jadual yang ketat. Kami juga menggunakan dapur salai paling maju di China untuk membuat produk ini,” kata Pengurus Pemasaran Guangxi Sanhuan Group, Gary Qui. – Reuters

Si manis 17 dipilih Ratu Amerika





2011/01/17

TERESA Scanlan (kanan) terkejut sebaik diumum pemenang Ratu Amerika 2011.
TERESA Scanlan (kanan) terkejut sebaik diumum pemenang Ratu Amerika 2011.
Pemenang paling muda sejak sembilan dekad pertandingan dianjurkan 

LAS VEGAS: Teresa Scanlan, 17, dari Nebraska, dinobat sebagai Ratu Amerika semalam, sekali gus muncul pemenang paling muda dalam sejarah sembilan dekad pertandingan berkenaan.
Scanlan menarik perhatian juri dengan memakai gaun petang putih dan menunjukkan bakat dengan bermain piano lagu White Water Chopped Sticks dalam pertandingan bakat.
Ketika pusingan akhir, beliau ditanya mengenai maklumat rahsia kerajaan yang dibocorkan melalui laman web WikiLeaks dan sama ada keselamatan Amerika Syarikat atau hak penduduk untuk mengetahui maklumat sensitif adalah lebih penting. 

Scanlan melihat kebocoran itu sebagai satu risikan dan berkata: “Apabila ia membabitkan keselamatan negara, kita perlu fokus terhadap keselamatan dulu kemudian baru hak rakyat untuk mengetahui. Kita tidak boleh biarkan perkara seperti itu berlaku dan ia perlu dikendalikan dengan sebaiknya.” 

Tempat kedua adalah Ratu Arkansas, Alyse Eady. 

Antara peserta yang bertanding ialah Ratu Delaware, Kayla Martell, yang menempatkan diri sehingga ke peringkat separuh akhir. Martell mengalami sejenis penyakit, alopecia areata, yang menyebabkan beliau kehilangan semua rambutnya ketika berusia 10 tahun. Beliau menyertai pertandingan itu dengan mengenakan rambut palsu. 
Tahun ini adalah ulang tahun ke-90 Ratu Amerika Syarikat. 

Pihak penganjur turut menganjurkan program pencapaian dan memberikan biasiswa kepada golongan wanita muda terbabit. 

Pada 2010, kumpulan terbabit membantu memberi lebih AS$45 juta (RM139.5 juta) wang tunai dan biasiswa. 

Seramai 53 wanita dari seluruh negara terpilih dalam pertandingan pada peringkat setempat sebelum mereka ke Los Angeles untuk menyertai pertandingan akhir yang diadakan semalam. 

Sebagai Ratu Amerika Syarikat, Scanlan akan ke seluruh negara tahun depan dan membantu meningkatkan kesedaran mengenai masalah pemakanan. 

Ratu Amerika 2010, Caressa Cameron dari Virginia, 22, menjadi duta muhibah bagi Children’s Miracle Network dan beliau menghabiskan masa sepanjang tahun membantu meningkatkan kesedaran mengenai HIV/AIDS. – Reuters

PAS letak calon wanita bertanding di Tenang


Abdul Rahim Sabri & Kuek Ser Kuang Keng
Jan 16, 11
PAS meletakkan calon wanita - Normala Sudirman - untuk bertanding mewakili parti itu dalam pilihan raya kecil DUN Tenang pada 30 Januari ini.

tenang by election pas announce candidate 160111 hadiPengumuman itu dibuat oleh presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu majlis ceramah Pakatan Rakyat di Labis malam ini.

Hadir memberi sokongan ialah presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, penasihat DAP Lim Kit Siang, setiausaha agung PAS, Datuk Mustafa Ali serta beberapa pemimpin Pakatan yang lain.

Normala (kanan) merupakan ketua Muslihat PAS Labis, dan tidak pernah bertanding dalam pilihan raya sebelum ini.
Ibu kepada tiga orang anak itu - yang lebih dikenali sebagai Cikgu Mala - adalah dari Muar, Johor dan berkahwin dengan seorang guru di Tenang.
NONE
Normala (kanan) adalah guru lulusan Kolej Perguruan Tuanku Bainun, Pulau Pinang dan bertugas di Sekolah Kebangsaan LKTP Kemelah, Segamat, selepas meletak jawatan baru-baru ini.

Beliau berbuat demikian untuk menumpukan kepada politik sepenuh masa. Udang-undang pilihan raya melarang kakitangan kerajaan bertanding dalam pilihan raya.
Dalam sidang akhbar kemudiannya, Normala menegaskan bahawa pemilihannya sebagai calon merupakan pengiktirafan penting parti Islam itu kepada kepimpinan wanita muda.
Majlis pengumuman tersebut berlangsung di rumah kedai dua tingkat yang menjadi pusat operasi PAS.
Kira-kira 1,000 orang awam dan penyokong Pakatan, sebahagian besarnya dari PAS yang memakai kopiah putih, berkumpul di tepi jalan di depan rumah kedai tersebut
Pada mulanya, majlis tersebut dijadual diadakan di kawasan kosong 
berhadapan pusat operasi tersebut tetapi kemudian terpaksa dipindahkan ke pusat berkenaan.
Ia berlaku apabilatenang by election pas announce candidate 160111 crowdpemilik tanah kosong itu didakwa diugut dan majlis tempatan pula enggan mengeluarkan permit, kata ketua penerangan PAS Johor, Mazlan Aliman kepada Malaysiakini.
Mazlan juga mengesahkan laporan bahawa suami Normala - Makrof Abd Mutalib - telah menerima arahan untuk ditukar ke Johor Bahru.
"Pada awalnya, notis itu dihantar kepada beliau, tetapi ia kemudiannya ditarik balik," kata Mazlan sambil menambah notis pertukaran itu dihantar oleh jabatan pendidikan.
Makrof juga telah mengesahkan notis pertukaran tersebut.
Ditanya apakah alasan pertukaran tersebut, Mazlan menjawab "sebab politik".
tenang by election pas announce candidate 160111 wan azizahsementara itu, ketua umum PKR yang dijadual hadir di majlis
pengumuman tersebut terpaksa membatalkannya pada saat-saat akhir.
Menurut Dr Wan Azizah, Anwarterpaksa berada di Kuala Lumpur untuk membincangkan perbicaraan kes liwat terhadapnya esok, dengan para peguamnya.
Anwar juga memaklumkan perkara itu melalui twitternya.
Keputusan PAS meletak calon wanita di Tenang dilihat sebagai satu langkah untuk mensasarkan sokongan pengundi Cina yang merupakan 39 peratus pemilih berdaftar di Tenang.

Pemilihan Normala juga akan membantu mengikis persepsi di kalangan bukan Islam yang melihat PAS sebagai sebuah parti Islam konservatif yang mendiskriminasikan kaum wanita - yang sering digunakan oleh MCA dalam kempen mereka.

azlanSeramai 5,635 pengundi Cina di Tenang dilihat menjadi kunci untuk 
mengurangkan majoriti BN sekiranya ia dapat mempertahankan kerusi tersebut dalam pilihan raya kecil 30 Januari depan.

Pengundi Melayu, yang majoritinya merupakan penduduk perkampungan Melayu dan peneroka tanah rancangan Felda, adalah penyokong tradisi Umno.

Walaupun lebih sedikit daripada separuh pengundi Cina menyokong PAS dalam pilihan raya umum lalu, tetapi dipercayai masih ada ruang untuk meningkatkan lagi sokongan mereka kali ini.

Terdapat kemungkinan Umno juga akan meletakkan calon wanita bertanding di Tenang.
Pergerakan itu telah melobi pucuk pimpinan pusat untuk meletakkan ketua Wanita Labis, Haslinda Salleh bertanding dalam pilihan raya kecil tersebut.

Calon BN akan diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin Rabu ini. 

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 22 Januari sebagai tarikh penamaan calon.
[Baca berita penuh]

Janda tuduh Tiger Woods geledah rumah, baca diari dan cari dokumen peribadi


PUTUS SUDAH KASIH SAYANG: Woods, yang diketahui masih menyayangi isterinya, dilaporkan kecewa kerana Cik Nordegren berjaya meneruskan kehidupannya dan dikatakan sudah menemui lelaki lain. -- Foto fail



MIAMI: Cik Elin Nordegren, janda bekas pemain golf nombor satu dunia Tiger Woods, mendakwa bekas suaminya menyelinap masuk dan menggeledah rumahnya di Florida, untuk membaca diari dan mencari dokumen peribadinya.

Majalah National Enquirer melaporkan Cik Nordegren memberitahu rakannya bahawa kejadian berlaku ketika beliau meninggalkan dua anak mereka dalam jagaan Woods untuk bercuti pada hari 'Thanksgiving' yang lalu.Woods menggunakan kedua-dua anaknya sebagai alasan kepada pembantu rumah Cik Nordegren kononnya mereka tertinggal sesuatu dan perlu mengambilnya.'Woods menggeledah rumah, mencari dokumen peribadi dan membaca diari untuk mengetahui cinta baru dalam hidup saya.'Saya berasa dikhianati. Saya benar-benar marah.'Beliau tiada hak berada di rumah saya. Saya tidak mahu beliau curi-curi mengintip kehidupan peribadi atau menyelongkar laci, almari dan cuba mencari diari.'Saya rasa beliau sentiasa mengintip. Perkahwinan kami sudah berakhir. Tidak bolehkah beliau menerimanya?'Saya hanya ingin meneruskan kehidupan tetapi beliau seperti tidak mahu menghadapi kenyataan,' katanya.Menurut Elin, beliau menyimpan jurnal peribadinya seawal 2001 dan mencatatkan setiap butiran terperinci kehidupannya.Woods, yang diketahui masih menyayangi isterinya, dilaporkan kecewa apabila mengetahui Elin berjaya meneruskan kehidupannya, malah kini sudah menemui lelaki lain.Woods tidak pernah mahu bercerai dengan Cik Nordegren dan sejak perpisahan mereka, beliau menjadi amat cemburu terhadap wanita itu, kata sumber.Diari Elin dilapor mencatatkan pelbagai maklumat mengenai kehidupan dan perceraiannya termasuk juga lelaki terbaru dalam hidupnya.Bulan lalu, akhbar The Sun melaporkan teman lelaki terbaru Cik Nordegren ialah pelajar dari Afrika Selatan berusia 35 tahun yang belajar bersamanya di Maktab Rollins.Berikutan kejadian itu, Cik Nordegren mengambil keputusan menyambut Krismas bersama kedua-dua anaknya di Sweden, berjauhan daripada Woods.Pasangan itu secara rasmi bercerai Ogos lalu - sembilan bulan selepas Woods mengalami kemalangan kereta dan pada malam sambutan hari kesyukuran. -- Agensi.

Hukum hudud dilaksana secara berperingkat



KUALA LUMPUR - Keputusan Kerajaan Kelantan tidak melaksanakan hukum hudud adalah kerana tidak mahu Perlembagaan Negeri digantung sekali lagi seperti yang pernah dilakukan Majlis Gerakan Negara (Mageran) pada sekitar 1977.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Kerajaan Negeri mengambil keputusan melaksanakan undang-undang tersebut secara berperingkat-peringkat.

"Langkah ini sebagai membawa seguni beras. Sekiranya tidak mampu membawanya, maka diambil secupak demi secupak hingga habis.

“Semasa Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri dahulu, beliau datang ke Kelantan dan beri amaran sekiranya hudud dilaksanakan, kerajaan pusat akan mengambil tindakan," katanya semasa pertemuan bersama hampir 130 blogers, di sini, kelmarin.

Katanya, walaupun Perlembagaan Negeri Kelantan pernah digantung Mageran, tidak semestinya bermakna hudud tidak boleh melaksanakan secara keseluruhan.

Mursyidul Am Pas itu berkata, sekiranya ketiadaan kuasa untuk melaksanakan undang-undang tersebut, maka tidak boleh ditinggalkan semua undang-undang berkenaan.

“Oleh itu, kita laksana hudud secara berperingkat dan Alhamdulillah, kaum Cina dan India turut menyokong langkah Pas,” katanya sebagai menjawab soalan penulis blog, Azizi Abdullah yang mendakwa semangat Pas menegakkan undang-undang jenayah Islam itu dilihat 'mengendur' selepas bersama Pakatan Rakyat (PR).

Terdahulu, Exco Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan yang juga seorang peguam, turut memberi respons terhadap soalan berkenaan dengan menegaskan bahawa undang-undang tersebut sudah diluluskan pada 1993 dan belum dimansuhkan.

"Bahkan ia juga telah mendapat perkenan Sultan Kelantan tetapi ia tidak dapat dilaksanakan kerana ada halangan dan cabaran tertentu," katanya.

Menurutnya, pendirian pada ketika itu adalah memikirkan kemudaratan yang akan dihadapi Kerajaan Negeri sekiranya undang-undang itu dilaksanakan.

“Kita berfikir, kalau laksanakan hukum hudud, apa halangan dan cabarannya. Disebabkan itu, kita tidak laksanakan hukum hudud secara keseluruhan.

“Tetapi ia tetap dilaksanakan dalam bentuk lain,” katanya.

Takiyuddin berkata, walaupun tidak dilaksanakan, undang-undang kecil yang lain dapat dilaksanakan, terutama dalam kes jenayah seperti mencuri, bunuh, merompak.

“Pelaksanaan tersebut sudah menjadi undang-undang dan masih berjalan,” katanya.

Kedai gunting rambut dalam lori




MOHD. NAFISOL menggunting rambut pelanggannya di atas lori yang dijadikan premis bergerak di Jalan Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur semalam.


TUNGGU GILIRAN. Seorang anggota tentera, Mohd. Nafisol Saad, 39, menarik perhatian ramai apabila menjadikan lori satu metrik tan miliknya sebagai kedai gunting rambut bergerak di sekitar Taman Setiawangsa dan Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Menurut Nafisol, kerja menggunting rambut pelanggan itu sudah menjadi sumber pendapatan keduanya selepas mendapat sambutan baik masyarakat setempat. Katanya, antara punca perkhidmatannya mendapat sambutan ialah bayaran yang dikenakan hanya RM5 untuk dewasa manakala kanak-kanak pula RM4. Kedai gunting rambutnya beroperasi setiap hari kecuali hari Sabtu bermula pukul 6 petang hingga 11 malam di Jalan Taman Setiawangsa dan sekitarnya. - Bernama

Kecoh Madonna dibayar RM194,280 untuk ke kelab malam Aura



LONDON - Kelab malam Aura di Mayfair mencetuskan persoalan sama ada ia membayar sebanyak £40,000 (RM194,280) kepada penyanyi terkenal, Madonna yang mengunjungi kelab malam itu, lapor sebuah akhbar semalam.
Sumber dalam industri kelab malam memberitahu akhbar Mail On Sunday bahawa ahli-ahli rombongan yang mengunjungi kelab malam Aura bersama-sama penyanyi itu telah dibayar dengan sejumlah wang di dalam sampul.
Pemberian wang tersebut diyakini berlaku tanpa pengetahuan penyanyi yang berusia 52 tahun itu kerana salah seorang rakannya memberitahu bahawa Madonna berasa tidak selesa jika dia dibayar untuk muncul di kelab malam berkenaan.
Menurut satu sumber, salah seorang rakan penyanyi itu menerima sebanyak £10,000 (RM48,570) kerana membawa Madonna kembali ke kelab malam itu.
Bagaimanapun, bayaran itu dikatakan untuk diagihkan kepada 25 orang penari yang akan menghiburkan Madonna untuk bergembira di Aura.
Dalam industri kelab malam, para selebriti akan dibayar oleh pihak pengurusan kelab kelab malam jika mereka membuat kemunculan walaupun tanpa melakukan sebarang persembahan.
Dua minggu lalu Madonna dilaporkan berbincang dengan taikun Malaysia, Datuk Seri Tony Fernandez yang merupakan pemegang saham terbesar kumpulan kelab malam Aura.
Perbincangan itu dikatakan mengenai sama ada Madonna akan membeli saham kelab malam tersebut. - Agensi

Hutang AS meningkat kepada RM43.76 trilion



WASHINGTON - Hutang Amerika Syarikat (AS) meningkat kepada AS$14.3 trilion (RM43.76 trilion) pada tahun lalu, lapor beberapa buah akhbar semalam.
Bagaimanapun. Presiden AS, Barack Obama meminta Kongres AS untuk meluluskan rang undang-undang bagi meningkatkan had hutang bagi melindungi ekononi negara tersebut.
Setiausaha Perbendaharaan AS, Timothy Geithner berkata, kegagalan untuk meningkatkan pinjaman akan menjadi satu malapetaka buat negara itu.
Pada 6 Januari lalu, Geither mengutus sepucuk surat kepada Ketua Anggota Parti Demokrat di Dewan Senat AS, Harry Reid meminta beliau meluluskan peningkatkan had hutang AS.
"Tidak pernah dalam sejarah kita, Kongres AS gagal untuk meningkatkan had hutang apabila diperlukan," kata Geither.
- Agensi

Polis pulih semula keamanan di Tunis



TUNIS - Polis semalam menahan berpuluh-puluh suspek yang melepaskan tembakan secara rambang dalam usaha untuk memulihkan keamanan di Tunisia selepas beberapa minggu protes jalanan dilakukan penunjuk perasaan.
Pemulihan keamanan itu dibuat selepas Zine El Abidine Ben Ali meletakkan jawatan sebagai Presiden pada Jumaat lalu dan melarikan diri ke Arab Saudi.
Beliau dikatakan berada di bandar Abha, selatan Jeddah.
Berpuluh-puluh orang terbunuh sejak sebulan lalu akibat pertempuran di antara polis dan penunjuk perasaan mengenai penindasan serta dakwaan rasuah yang dilakukan pentadbiran Zine.
Sekumpulan 200 orang di tengah Tunis bersorak kegembiraan semalam selepas beberapa anggota polis menangkap seorang pemandu ambulans kerana disyaki menjadi dalang kejadian tembakan.
"Penjenayah menggunakan ambulans untuk melepaskan tembakan," kata seorang anggota polis.
Beberapa pegawai polis menyatakan, lebih 50 orang ditangkap sejak Sabtu lalu kerana disyaki menggunakan ambulans, kereta sewa dan kenderaan perkhidmatan perlindungan awam untuk melepaskan tembakan.
Beberapa buah kereta kebal milik tentera turut ditempatkan di Tunis bagi mengawal keamanan.
Kelmarin, sebuah penjara dibakar di Moastir yang menyebabkan 42 orang terbunuh.
Kejatuhan Zine yang pernah merampas kuasa pada 1987 untuk menjadi presiden berlaku semasa kadar pengangguran berada pada paras 14 peratus dan kebebasan bersuara disekat.
Selepas peletakan jawatan presiden itu, bisnes milik keluarga Zine El menjadi sasaran sekumpulan pencuri.
Keluarga isteri Zine, Leila Trabelsi mempunyai kepentingan dalam beberapa bidang perniagaan daripada perbankan sehingga pengedaran kereta.
Sebuah cawangan bank Zeitouna di Tunis yang ditubuhkan oleh menantu Zine dibakar termasuk kereta Fiat, Porsche dan kenderaan buatan Kia kerana ia diedarkan oleh keluarga bekas presiden itu.
Speaker Parlimen Tunisia, Fouad Mebazza kini menjadi presiden sementara dan beliau meminta Perdana Menteri, Mohamed Ghannouchi untuk membentuk sebuah pentadbiran melibatkan beberapa buah parti politik. - Agensi