Tuesday, January 27, 2015

Bekas Tentera British Temui Wanita Dicari


Diterbitkan: Selasa, 27 Januari 2015 11:11 AM

Warren Holbrook.
GEORGE TOWN: Misi bekas tentera British, Warren Holbrook adalah untuk menjejaki seorang wanita rakyat Malaysia yang patut dikahwininya pada 1968 membuahkan hasil.
Wanita berkenaan, Wan Jamilah Wan Hussein, kini menetap di Australia. Bekas abang iparnya berjaya untuk menghubungkan semula Holbrook bersama beliau menerusi panggilan telefon.
Holbrook, di mana kisahnya disiarkan The Star pada Isnin, terkejut apabila menerima panggilan telefon daripada Wan Jamilah.
"Panggilan pertama yang saya terima daripada bekas abang ipar Jamilah pada kira-kira pukul 9.30 pagi. Dia (bekas abang ipar) di Kuala Lumpur ketika dia menghubungi saya," katanya berusia 69 tahun.
"Pada kira-kira pukul 10.15 pagi, saya mendapat panggilan daripada Jamilah," tambah Holbrook.
"Jamilah kini menetap di Melbourne dan terkejut apabila mengetahui saya sedang mencarinya. Dia gembira dan kami bercakap selama kira-kira 10 minit," katanya, sambil menambah bahawa Jamilah berkahwin dengan seorang rakyat Australia pada 1971 dan dikurniakan dua anak dan seorang cucu.
"Dia mempunyai seorang anak perempuan berusia 41 tahun dan anak lelaki berumur 39 tahun. Saya sekarang ada nombor telefonnya dan kami akan berhubung.
"Jamilah masih pulang ke Pulau Pinang, sekurang-kurangnya sekali setahun, biasanya pada April, untuk menziarahi saudara-maranya," kata Holbrook yang berterima kasih di atas usaha bekas abang ipar Jamilah.
"Saya pernah tinggal bersama dia (bekas abang ipar Jamilah) apabila saya datang dari Kluang, Johor, untuk berjumlah Jamilah (di Pulau Pinang), dan dia akan meminjamkan saya motosikal untuk saya berjumpa dengan Jamilah," katanya mengimbas kembali.
Telefon bimbit Holbrook sering berdering sejak kisahnya disiarkan di The Star.
"Saya terima sejumlah panggilan dan pesanan teks. Ada antara mereka mengucapkan selamat berjaya untuk menjejaki Jamilah, manakala yang lain berkata mereka akan cuba membantu saya mencari Jamilah.
"Malah ada antara mereka mempunyai maklumat dan cadangan bagi membantu dalam mengesan di mana Jamilah berada," katanya.
"Saya bersyukur di atas bantuan dan keprihatinan semua pihak, dan saya mahu mengucapkan terima kasih kepada semua di atas ucapan mereka," kata Holbrook, yang menghabiskan masanya pada pagi isnin dengan menjawab banyak panggilan telefon dan membalas pesanan teks.
Dia turut ditemuramah menerusi panggilan telefon oleh sebuah stesen radio tempatan pada Isnin.
Sumber komental Siakapkeli, Princess Bonda
"Saya beritahu mereka semua yang saya telah menemuinya (Jamilah)," kata Holbrook, yang belum berkahwin.

Rusia naik taraf ketenteraan negara

Yury Borisov
Yury Borisov
MOSCOW - RUSIA . Timbalan Menteri Pertahanan Rusia mengumumkan pengeluaran dron tentera dan sistem peluru berpandu S-500, sebagai sebahagian daripada usaha pemodenan ketenteraan di negara itu.

Yury Borisov berkata, kenderaan udara tanpa pemandu (UAV) dan sistem pertahanan peluru berpandu serba canggih itu dijangka keluar dua tahun lagi.

"UAV berat yang dibangunkan dengan kerjasama Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan (FSB) akan melaksanakan pelbagai tugas taktikal, operasi dan strategik," katanya.

Sekurang-kurangnya empat projek pertahanan kini berada di peringkat akhir pembangunan dan dijangka keluar dalam masa terdekat sebagai sebahagian daripada usaha menaik taraf.

Tidak seperti sistem sebelumnya S-400, S-500 direka untuk mengunci dan memintas beberapa peluru berpandu balistik dalam saat selain berupaya dikendalikan pada ketinggian sehingga 210 kilometer. - RT

Ayah 'dibom' kerana asyik buka surat anak


Saat bungkusan Edamame 'meletup
Saat bungkusan Edamame 'meletup
DISEBABKAN ayahnya asyik membuka dan membaca suratnya, seorang anak membuat keputusan untuk mengenakan ayahnya sendiri.

Seorang pengguna YouTube, Edamame, memuatnaik sebuah video yang merakam aksi ayahnya membuka umpan berupa bungkusan yang dialamatkan kepada Edamame sendiri, telah menarik perhatian 3 juta pelayar.

Bungkusan tersebut, yang 'meletup' sebaik sahaja dibuka, mengeluarkan serbuk berkilat atau glitters yang pantas sahaja memenuhi meja kerja ayahnya.

Ayah Edamame jelas marah atas tindakbalas tersebut.

Walaupun cara ini tidak digalakkan, ini suatu pengajaran yang baik, bukan? Tak elok baca surat orang lain!

Kenapa Ronaldo menyamar jadi pengemis?


Kenapa Ronaldo menyamar jadi pengemis?
MADRID - SEPANYOL. Bintang bola sepak antarabangsa, Cristiano Ronaldo sanggup menyamar sebagai pengemis semata-mata mahu memberikan kejutan buat peminat ciliknya.

Memetik laporan Mirror.uk, Ronaldo dilihat mengenakan jambang palsu, berambut panjang dan menyarungkan baju kelabu yang menampakkan dia sedikit berisi untuk mengelak dirinya dikenali.

Kapten Portugal itu juga turut mempamerkan aksi bermain bola sebelum memberikan kejutan kepada seorang budak lelaki dengan memberikan sebiji bola yang ditandatanganinya.

Kehadiran Ronaldo mula disedari orang ramai apabila dia mula menanggalkan jambang dan juga rambut palsunya itu di hadapan peminat cilik tersebut.

Pasma ‘dipersila’ tinggalkan Pas


Jangan rosakkan parti jika tidak sehaluan

KUALA LUMPUR 26 Jan. - Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) ‘dipersilakan’ untuk meninggalkan Pas sekiranya pendirian pertubuhan itu tidak lagi sehaluan dengan parti.
ABDUL HADI AWANG
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, ‘bahtera’ yang dikemudikan setiap parti dalam pakatan pembangkang adalah berbeza.
Beliau secara berkias meminta semua pihak di dalam Pas agar jangan membocor dan merosakkan ‘bahtera’ parti sekiranya mereka merasakan ‘bahtera’ itu bergerak perlahan serta mempunyai kekurangan.
“Pasma ini ibarat mereka yang menebuk kapal. Kalau rasa payah sangat pergilah ke bahtera lain yang kamu suka, yang kamu rasakan lebih cepat sampai ke destinasi.
“Pergilah ke kapal DAP, kapal Parti Keadilan Rakyat (PKR), kalau nak cepat lagi ke Putrajaya pergilah ke bahtera UMNO,” katanya dalam kenyataan melalui laman Facebook milik beliau hari ini.
Pada 26 Oktober lalu, Abdul Hadi membidas Pasma kerana mempertikaikan keputusan Majlis Syura Ulama Pas yang melarang ahli-ahli parti menyertai pertubuhan tersebut.
Beliau ketika itu turut mempersoalkan status Pasma yang kononnya bergerak selari dengan kepentingan parti dan secara sinis menggambarkan tidak tahu asal usul mereka yang dianggap ‘entah daripada spesies mana’.
Pasma yang diketuai Presidennya, Datuk Ir. Phahrolrazi Zawawi ditubuhkan pada 11 Ogos lalu ketika Pas dilanda konflik dalaman yang serius ekoran perbezaan pendirian dalam kalangan pemimpin-pemimpinnya berhubung krisis Menteri Besar Selangor.
Pasma yang didalangi kumpulan Anwarinas dan sering mengkritik pimpinan tertinggi Pas termasuk Abdul Hadi tidak disenangi oleh golongan ulama di dalam parti.
Phahrolrazi dalam wawancara dengan portal berita propembangkang, Malaysiakini yang disiarkan pada 21 Januari lalu mendakwa, Abdul Hadi seolah-olah tidak berminat lagi untuk berada dalam pakatan pembangkang.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kundor itu membuat andaian tersebut berdasarkan sikap Abdul Hadi yang enggan menghadiri mesyuarat majlis pimpinan pakatan pembangkang selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Sementara itu, Abdul Hadi turut mengingatkan tentang peranan penting yang dimainkan Majlis Syura Ulama Pas dalam memandu parti agar tidak terbabas daripada sempadan syarak.
“Kita menggabungkan para ulama yang menguasai kepelbagaian bidang dalam memutuskan sesuatu ijtihad mengikut kesesuaian zaman,” ujarnya.
Beliau juga menyarankan ahli-ahli Pas mencontohi pendekatan bekas Timbalan Presiden Pas, Allahyarham Datuk Dr. Zulkifli Muhammad yang sanggup menarik balik cadangan membuka keahlian bersekutu kepada orang bukan Islam setelah dibantah oleh golongan majoriti dalam parti.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/pasma-8216-dipersila-8217-tinggalkan-pas-1.53026#sthash.SAA7Xc9D.dpuf

Nik Aziz sudah 
boleh duduk


KOTA BHARU 26 Jan. – Kesihatan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilaporkan bertambah baik apabila beliau sudah mampu duduk ketika menjalani latihan pemulihan buat pertama kali hari ini.
NIK ABDUL AZIZ NIK MAT
Anaknya yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh berkata, malah bekas Menteri Besar itu juga mula mempunyai selera makan dan mengambil makanan dalam kuantiti lebih banyak berbanding sebelum ini.
“Doktor memberitahu keadaan ayahanda sudah stabil, walau bagaimanapun, ayahanda kelihatan agak keletihan. Itu faktor tua dan kesan kanser dialaminya.
“Doktor juga menceritakan beberapa keajaiban yang berlaku semasa ayahanda dalam proses rawatan. Katanya, keadaan ayahanda di luar daripada buku yang ditulis. Itu kuasa Allah,” katanya melalui laman Facebook beliau petang ini.
Nik Abduh dalam pada itu turut berterima kasih kepada rakyat di seluruh negara yang tidak putus-putus mendoakan kesihatan bapa beliau itu.
“Semoga Allah melindungi ayahanda daripada sebarang keburukan dan terus merahmati ayahanda di hujung dunianya dan di akhirat nanti,” katanya.
Nik Abdul Aziz, 84, dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) pada 20 Januari lalu akibat penyakit kanser prostat tahap empat.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/nik-aziz-sudah-8232-boleh-duduk-1.53022#sthash.qM2vny2y.dpuf

Adik kesal MH370 dijadikan jenaka


AKSI peserta yang menjadikan tragedi MH370 sebagai jenaka dalam
AKSI peserta yang menjadikan tragedi MH370 sebagai jenaka dalam pertandingan ‘Tata Beach Titanic Cup’ di Golden Bay, New Zealand, baru-baru ini, dikutuk oleh adik seorang penumpang kapal terbang itu. – AGENSI
WELLINGTON 26 Jan. – Adik kepada seorang lelaki New Zealand yang merupakan penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS), MH370 dilapor ‘meluat’ dengan tindakan peserta pertandingan ‘Tata Beach Titanic Cup’ yang membina replika pesawat MAS dalam pertandingan itu.
Malah lebih malang, peserta itu dinobatkan sebagai pemenang pertandingan perlumbaan bot kadbod tersebut yang juga menyediakan hadiah untuk ka­tegori bot karam paling dramatik.
Gambar yang disebarkan di Internet, memaparkan pesawat yang diperbuat daripada kadbod itu dimasukkan ke dalam laut semasa pertandingan tahunan yang diadakan di Golden Bay.
“Saya amat terperanjat. Kehilangan pesawat itu juga masih belum mencapai tempoh setahun. Apa perasaan mereka sekiranya ahli keluarga mereka ada di dalam pesawat itu?
“Peserta itu tidak sepatutnya menjadikan tragedi tersebut sebagai bahan jenaka,’’ kata wanita dari Christchurch, Sara Weeks sebagaimana lapor portal stuff.co.nz.
Abang Sara, Paul, 38, merupakan antara penumpang pesawat itu yang dilaporkan hilang pada 8 Mac tahun lalu ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing.
Pereka replika pesawat itu, Robert Chubb tanpa rasa bersalah berkata, dia percaya, sudah cukup lama sejak tragedi membabitkan pesawat MH370 berlaku bagi orang ramai untuk melihat perkara melucukan berbanding mencari kesalahan.
“Para penonton beranggapan replika itu satu pameran yang baik.
“Tragedi MH370 merupakan satu peristiwa besar, sementara pertandingan ini hanya satu acara kecil-kecilan. Saya fikir orang ramai perlu melihat ironi dan unsur jenaka padanya,’’ kata Chubb.
Sementara itu, wakil pihak penganjur pertandingan, Dave Myall mengaku replika itu menggambarkan tentang bagaimana pesawat MH370 sedang tenggelam, namun ‘merit kesenian menjadi faktor di sebalik pemilihan Chubb sebagai pemenang’.
“Saya minta maaf setelah mendengar kekesalan Sara, namun pertandingan ini merupakan acara tempatan dan perlu diambil daripada konteks itu,’’ katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/adik-kesal-mh370-dijadikan-jenaka-1.52909#sthash.f8NQluFq.dpuf