Monday, October 26, 2015

Aceh kuatkuasakan kanun jenayah syariah


Aceh kuatkuasakan kanun jenayah syariah

25 OKTOBER 2015
Aceh kuatkuasakan kanun jenayah syariah Mereka yang didapati bersalah boleh dirotan sebanyak 40 kali atau lebih.

BANDA ACEH - INDONESIA. Wilayah Aceh di Indonesia sudah menguatkuasakan kanun jenayah syariah yang ketat, kata pegawai pemerintah tempatan.

Ia antara lain menetapkan zina, homoseksualiti dan berkelakuan intim secara terbuka bagi pasangan yang belum bernikah sebagai kesalahan jenayah.

Aceh satu-satunya wilayah di negara itu yang melaksanakan hukum syariah.

“Golongan bukan Islam boleh memilih sama ada mahu dibicarakan di bawah hukum syariah atau di bawah kanun jenayah Indonesia,” kata ketua jabatan hukum syariah Aceh, Syahrizal Abbas.

Hukum syariah baharu itu juga menetapkan hukuman bagi kesalahan rogol dan gangguan seksual.

Aceh diberikan kuasa autonomi khas pada 2005 sebagai sebahagian daripada satu perjanjian dengan Jakarta yang bertujuan menamatkan keganasan puak pemisah yang berlarutan berdekad-dekad lamanya, dan kemudian dibenarkan menguatkuasakan undang-undang syariah.

Awal tahun ini, sebuah daerah di Aceh meluluskan undang-undang kecil yang mewajibkan sekolah-sekolah mengasingkan pelajar lelaki dan perempuan dalam kelas.

Satu lagi daerah pula mengharamkan wanita daripada membonceng motosikal dengan penunggang lelaki, lapor Reuters

lu pikir la sendiri


Kes Khairuddin, Matthias Chang dipindah ke Mahkamah Tinggi



BEKAS Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan (kiri) dan pegua, Matthias Chang Wen Chieh. - Foto Mohamad Shahril Badri Saali
KUALA LUMPUR: Kes bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguam, Matthias Chang Wen Chieh yang menghadapi pertuduhan cuba melakukan sabotaj terhadap perkhidmatan perbankan dan kewangan negara, hari ini dipindahkan ke Mahkamah Tinggi di sini.
Majistret Siti Radzeah Kamarudin membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Masri Mohd Daud ketika kes disebut di hadapannya hari ini.
Terdahulu Masri mengemukakan surat izin pihak pendakwa raya kepada mahkamah bagi kes Khairuddin dan Chang dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.
Peguam Mohamed Hanif Khatri Abdulla yang mewakili kedua-dua tertuduh tidak membantah permohonan itu, bagaimanapun beliau memohon Mahkamah Tinggi menyebut kes itu hari ini bagi membolehkannya mengemukakan isu jaminan terhadap anak guamnya.
Siti Radzeah memaklumkan tarikh sebutan kes itu akan ditetapkan oleh Mahkamah Tinggi.
Khairuddin, 53, dan Chang, 65, kedua-duanya memakai kemeja T putih, melemparkan senyuman sambil melambaikan tangan kepada anggota keluarga sejurus memasuki mahkamah. Isteri Khairuddin, pelakon Datin Seri Umie Aida juga hadir.
Khairuddin, dan Chang, didakwa melakukan kesalahan itu di lima lokasi - pejabat Ketua Bahagian Jenayah Ekonomi dan Kewangan Perancis di Paris, Balai Polis Charing Cross London, United Kingdom, pejabat Peguam Negara Switzerland di Bern, Balai Polis WaiChan, Hong Kong, dan ibu pejabat polis Cantoment, Singapura - antara 28 Jun hingga 26 Ogos tahun ini.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 124L Kanun Keseksaan (Akta 547) dan dibaca bersama-sama Seksyen 34 kanun sama, yang membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun.
Pada 19 Oktober lalu, Mahkamah Tinggi merujuk kes Khairuddin dan Chang ke Mahkamah Persekutuan bagi menentukan sama ada pertuduhan yang mereka hadapi boleh dibicarakan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) Akta 2012 (SOSMA).
Mahkamah tertinggi negara itu akan memutuskan tiga persoalan undang-undang iaitu adakah pertuduhan terhadap tertuduh mengikut Seksyen 124L Kanun Keseksaan, di luar lingkungan perlembagaan SOSMA?
Jika jawapan kepada persoalan pertama adalah ya, adakah tertuduh mempunyai hak untuk dibebaskan dengan ikat jamin dengan serta-merta?
Jika jawapan kepada persoalan pertama adalah tidak, haruskah perbicaraan terhadap kedua-dua tertuduh dijalankan di Mahkamah Sesyen mengambil kira peruntukan hukuman tertakluk di bawah Seksyen 124L Kanun Keseksaan?
Mahkamah Persekutuan menetapkan 3 November ini untuk mendengar perkara itu.
- BERNAMA

Ahmed dapat semula jam kontroversi


Irving (Amerika Syarikat): Pelajar yang ditangkap selepas membawa jam buatannya ke sekolah dan disangka bom, memperoleh semula ciptaan kontroversinya itu.

Ahmed Mohamed semalam memuatnaikkan gambarnya dengan jam itu di Twitter dengan menulis: “AKHIRNYA DAPAT SEMULA JAM SAYA.”


Seorang jurucakap Jabatan Polis Irving berkata, jam berkenaan diambil oleh peguam Ahmed.

Selasa lalu keluarga remaja itu berkata, Ahmed akan menyambung persekolahannya di Qatar.

Ahmed, 14, yang menjadi sensasi di Internet selepas gambarnya digari ketika ditangkap di sekolahnya bulan lalu, menerima tawaran daripada Yayasan Qatar untuk menyertai Program Pereka Muda.

“Ini bermakna, kami sekeluarga akan berpindah ke Qatar, tempat Ahmed menerima biasiswa sepenuhnya untuk menyambung persekolahannya di peringkat menengah dan universiti,” menurut kenyataan yang dikeluarkan keluarganya.

Kenyataan itu dikeluarkan beberapa jam selepas remaja berkenaan hadir di upacara ‘malam astronomi’ anjuran Presiden Barack Obama di Rumah Putih. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 Oktober 2015 @ 5:05 AM

GAMBAR dari akaun Twitter Ahmed menunjukkan dia bersama jam kontroversinya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/88146#sthash.rVTkeRW0.dpuf

Pelawak mungkin presiden baru Guatemala


Guatemala City: Seorang bekas pelawak televisyen yang tidak mempunyai pengalaman politik dijangka memenangi pilihan raya presiden yang diadakan semalam selepas skandal rasuah menyebabkan pemimpin sebelum ini tumbang.

Dengan menggunakan status ‘orang luar’ dan janji untuk mewujudkan sebuah kerajaan bersih, populariti Jimmy Morales, 46, meningkat mendadak sejak skandal rasuah berjumlah jutaan dolar memaksa peletakan jawatan dan penangkapan Presiden Otto Perez.


Kajian menunjukkan Morales dengan mudah akan mengalahkan bekas wanita pertama Sandra Torres yang juga berikrar untuk menangani rasuah.

Bagaimanapun, Sandra dilihat oleh kebanyakan rakyat Guatemala sebagai wakil orde lama.

Morales sebelum ini pernah terbabit dalam rancangan lawak selama 14 tahun.

Bagaimanapun, beberapa pihak bimbang jika dia menang kerana ideanya dianggap khayalan, termasuk memaksa guru memakai GPS bagi memastikan mereka berada di kelas untuk mengajar.

Manifestonya hanya enam muka surat, tanpa menjelaskan bagaimana dia akan memerintah. Parti Barisan Penumpuan Kebangsaan yang diketuainya hanya mempunyai 11 daripada 158 kerusi di Parlimen.

“Dia tidak ada rancangan dan tidak ada pasukan,” kata penganalisis politik Guatemala Hugo Novales.

Sebahagian rakyat juga bimbang dengan kemenangan pelawak itu yang berjanji untuk memberikan telefon pintar kepada pelajar dan membangkitkan semula pertikaian wilayah dengan negara jiran Belize.

Morales menang pusingan pertama pada 6 September lalu tetapi meraih kurang 50 peratus undi untuk mengelak pilihan raya semula. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 Oktober 2015 @ 5:04 AM

MORALES ketika berkempen di Guatemala City Khamis lalu.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/88142#sthash.7twNrofl.dpuf

Gadis napalm buang parut selepas hampir 40 tahun


Florida: Wanita yang satu ketika dulu pernah dikenali sebagai ‘gadis napalm’ apabila imejnya menangis dalam keadaan bogel selepas diserang bom kimia pada Perang Vietnam dirakam jurugambar dari Associated Press (AP) akhirnya berpeluang membuang parut lecuran teruk dialami dalam kejadian itu.

Kini, hampir 40 tahun selepas serangan pada 1972 itu, Kim Phuc yang dianggap simbol keperitan Perang Vietnam mungkin tidak lagi perlu menutup parutnya yang menjadi peringatan penderitaan dialami ketika itu.


“Selama ini saya sangka parut berkenaan akan dibawa sampai mati. Saya memujuk hati bahawa bila mati saya tidak akan rasa lagi kesakitan akibat parut saya.

“Tetapi kini saya mempunyai harapan untuk hidup dengan lebih normal,” katanya,



Kim kini berada di Miami untuk menemui ahli dermatologi yang mempunyai kepakaran dalam rawatan laser bagi pesakit yang mengalami lecuran.

Bulan lalu, Kim, 52, memulakan beberapa siri rawatan laser dengan doktornya, Jill Waibel yang mampu melembutkan dan melicinkan tisu parut tebal sepanjang lengan kiri, leher serta tengkuk dan hampir sepenuhnya pada belakangnya.

Lebih penting lagi, rawatan itu akan mengurangkan kesakitan yang masih dialami sehingga hari ini.

Kim ditemani suami Bui Huy Toan dan wartawan AP, Nick Ut, 65, yang merakam gambar pada 1972 itu dan masih berhubung dengannya sehingga hari ini.

“Dia yang merakam gambar saya ketika berusia sembilan tahun dulu dan kini dia jugalah yang akan melihat penghabisan kisah ini,” katanya.

Ut merakam gambar itu pada 8 Jun 1972 selepas tentera Vietnam Selatan secara tidak sengaja melepaskan napalm ke atas penduduk di perkampungan Kim, Trang Bang.

Ut berkata, dia masih ingat Kim menjerit ‘Panas! Panas!’ dalam bahasa Vietnam sebelum dia membawanya masuk ke van AP.

Kim kemudian menangis teresak-esak sambil berkata ‘Saya akan mati, panas sangat, matilah saya.’

Setiap rawatan Jill menelan belanja antara AS
$1,500 hingga AS$2,000 (RM6,400-RM8,500) tetapi dia menawarkan khidmatnya secara percuma ketika Kim menghubunginya.

Katanya, Kim yang kini tinggal di Kanada memerlukan kira-kira tujuh rawatan dalam tempoh lapan atau sembilan bulan akan datang. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 Oktober 2015 @ 5:10 AM

KIM masih rasa sakit akibat parut sehingga hari ini.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/88160#sthash.6U88y1gv.dpuf