Wednesday, January 6, 2016

Solat hajat 10 kali sehari

Kuala Lumpur: “Saya amalkan solat hajat 10 kali sehari sebelum dan selepas solat fardu selain menunaikan solat sunat Dhuha setiap hari agar perjalanan hidup saya dipermudahkan dan dimurahkan rezeki.
“Alhamdulillah sejak berniaga saya tidak pernah gagal untuk melaksanakan kewajipan ini meskipun kehidupan saya sudah senang dan perniagaan pula semakin maju,” kata pengasas produk kecantikan popular Datuk Seri Dr Hasmizah Othman atau Datuk Seri Vida ketika ditanya rahsia kejayaan menjadi usahawan berjaya.
Menurut Vida, 44, sejak kecil dia sudah diajar untuk mengamalkan bacaan zikir dan selawat dalam kehidupan seharian selain sentiasa berdoa memohon agar diampun dosa tanpa mengira waktu.
“Amalan ini saya buat dari kecil selain bangun malam untuk menunaikan solat sunat dan berdoa malah saya sentiasa berusaha untuk tidak mengabaikan kewajipan ini agar tidak lalai dan terleka.
“Saya sebenarnya bimbang jika perkongsian saya ini dianggap sebagai menunjuk-nunjuk sehingga menimbulkan riak tetapi saya memandang ia dari sudut positif dan berharap semua ini menjadi ikutan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 January 2016 @ 6:59 AM


SEBUAH daripada empat rumah baru pengasas produk kecantikan Vida Beauty yang terletak di Meru Hills, Ipoh.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/105170#sthash.BKnNc86W.dpuf