Friday, December 9, 2011

SPR minta jelas dakwat kekal PRU 13 dikatakan tidak sah ketika solat

Oleh : Wartawan Sinar Harian
Tarikh : December 9, 2011
PASIR MAS - Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali, menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuat penjelasan mengenai penggunaan dakwat ketika mengundi, kerana ia mungkin akan mengurangkn bilangan pengundi dalam PRU 13 kelak.

Masih ramai rakyat yang tidak tahu mengenai penggunaanya kerana dikatakan tidak sah digunakan ketika solat. - SH KelantanSPR minta jelas dakwat kekal PRU 13 dikatakan tidak sah ketika solat - Kelantan - Sinar Harian:

Tindakan Umno Pulau Pinang memalukan

Oleh : SH ONLINE/ZULAIKHA ZULKIFLI
Tarikh : December 9, 2011
Idris Ahmad
SHAH ALAM- Tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pro Umno di Pulau Pinang 'menghadiahkan' replika kek najis kepada Ketua Menterinya, Lim Guan Eng dianggap memalukan dan menjauhkan orang bukan Islam dengan agama rasmi negara itu.
Ahli Jawatankuasa Pas, Idris Ahmad turut mempersoalkan tindakan mereka menghadiahkan replika kek najis kepada Guan Eng sempena ulang tahun ke 51 semalam.
''Ajaran mana yang mengajar sikap begini? Adakah ini yang dikatakan Islam wasatiah?. Semua tindakan ini memalukan Islam dan menjauhkan orang bukan Islam dengan Islam yang harmoni dan mulia," katanya dalam kenyataan media hari ini.
Sementara itu, beliau meminta pemimpin Umno menghentikan pelawaan untuk bersatu dengan Pas kerana mendahului Islam daripada segalanya.
"Pas mempunyai jati diri dan tahu meletakkan kompas perjuangan walaupun apa cercaan yang diterima kerana ini adalah lumrah perjuangan. Perjuangan Pas semakin diterima, sentiasa segar di hati rakyat ketika Umno sedang mengalami mimpi ngeri untuk mara ke hadapan," ujarnya.Tindakan Umno Pulau Pinang memalukan - Politik - Sinar Harian:

Selamatkan baki wang rakyat dalam NFC



KUALA LUMPUR, 8 Dis: Kerajaan perlu bertindak segera menyelamatkan wang rakyat dengan mengambil alih semua aset National Feedlot Corporation (NFC) yang masih tertinggal.

Langkah ini perlu dibuat untuk menyelamatkan sebanyak mungkin wang yang telah diberi pinjam kepada NFC tetapi telah dibelanjakan bukan untuk 'core busines'nya.

Demikian cadang Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa yang juga Exco Ekonomi kerajaan negeri Kelantan dalam satu kenyataannya hari ini.

"Dalam keadaan seperti ini, Kerajaan seharusnya bertindak cepat untuk menyelamatkan semaksimum mungkin jumlah wang yang telah diluluskan itu.

"Aset-aset yang telah diletakkan atas nama persendirian atau syarikat persendirian oleh NFC harus segera diarahkan untuk diserahkan kepada Kerajaan.

"Kondominium dan tanah di Putra Jaya, jika diserahkan kepada Kerajaan sekurang-kurangnya membolehkan Kerajaan mendapat semula sebahagain wang yang telah diluluskan tetapi telah digunakan untuk tujuan yang tidak bersangkutan," kata Husam (gambar) dalam kenyataannya.

Beliau juga mencadangkan agar Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga, Datuk Seri Senator Shahrizat Jalil juga melepaskan jawatan sebagai sikap pertanggungjawaban dengan apa yang berlaku dengan melindungi kepentingan kerajaan dalam situasi sebegini.

Bagi Husam, neliau seharusnya menunjukkan beliau berada di sebelah Kerajaan dan rakyat jika dakwaan beliau bahawa beliau tidak terlibat dengan sebarang urusan perniagaan suaminya adalah benar.

"Sehingga kini, tidak nampak peranan beliau sebagai Menteri Kabinet benar-benar berkecuali dari NFC yang diuruskan oleh suami beliau.

"Paling tidak, jika kredibiliti beliau mahu dijaga, beliau sendiri mencadangkan satu dua diligence atau odit bebas dilakukan dan laporannya dibentangkan kepada umum.

"Pendirian seperti itu boleh membuktikan beliau benar-benar tidak melindungi sebarang kemungkinan salahguna wang atau pecah amanah suami atau keluarga beliau.

"Sebaliknya, jika beliau terlibat dengan percutian keluarga atas wang NFC yang juga adalah wang rakyat, langkah terhormat adalah meletakkan jawatan menteri serta merta dan menasihatkan suami beliau serta anggota keluarga yang lain menyerahkan semua aset-aset bukan perniagaan berkaitan serta merta," kata Husam.

Husam juga kesal dengan sikap apathy yang ditunjukkan Perdana Menteri dalam isu ini.

"Sikap berdiam diri Perdana Menteri seakan menunjukkan skandal sebesar ini tidak menjadi keutamaan kepada beliau dan tidak ujud 'sense of urgency' melindungi negara dari salah guna dan penyelewengan bila mana ia melibatkan kerabat dekat UMNO/BN.

"Program Transformasi yang dilaungkan adalah gimmik semata-mata dan pentadbiran beliau, sama dengan pentadbiran lain sebelumnya, tidak mampu keluar dari amalan penyalahgunaan dan penyelewengan berskala besar seperti ini.

"Laporan Ketua Audit Negara dan pendedahan ekoran dari itu sepatutnya sudah cukup untuk beliau bertindak terhadap semua pihak terlibat.

"Odit lanjutan boleh dilakukan sebagai menghargai apa yang telah dibangkitkan oleh Ketua Odit dan berdiam diri hanya memberi makna sikapnya tidak accountable, bersih dan telus. Beliau sanggup membiarkan rakyat terus kecewa dengan amalan-amalan yang merugikan ini," tambah Husam.

Bila tersepit, baru Umno ingat PAS



Bila tersepit, baru Umno ingat PAS:
Harakahdaily KUALA LUMPUR, 9 Dis: Apabila orang Melayu mula menolak Umno, maka baru pemimpin Umno teringat bahawa PAS adalah parti orang Melayu.
“Selama ini mereka memandang PAS sebelah mata sahaja, seolah-olah PAS bukan parti Melayu.
“Sewaktu mereka kuat seolah-olah PAS ini, parti haram. Apa yang mereka tidak buat kepada PAS selama ini,” ujar AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dalam satu kenyataan.
Justeru, tanya beliau, berapa ramai di kalangan pimpinan PAS yang ditangkap ISA, ditukar tempat kerja, diturun pangkat, diskriminasi bantuan, menganaktirikan Kelantan, menghalang ustaz-ustaz PAS daripada memberi ceramah agama.
Sekarang, ujarnya mereka cuba mengajak PAS bersatu atas nama perpaduan Melayu, kononnya Melayu terancam pada hal yang terancam ialah Umno.
Tambahnya, terbaru seruan Datuk Seri Najib Razak di dalam Persidangan Agung Umno supaya PAS meninggalkan DAP demi agama dan Melayu, dan menuduh PAS kuda tunggangan DAP.
Katanya, ketika mereka menuduh DAP mengancam Melayu, rakan sejawat mereka, MCA begitu biadap dengan Islam dan Melayu.
“Kenapa mereka tidak menegur keceluparan mulut Presiden MCA, Chua Soi Lek terhadap Islam?
“Cuba bayangkan jika ucapan itu keluar daripada pemimpin DAP,” katanya lagi.
Semalam, kata beliau NGO pro Umno di Pulau Pinang menghadiahkan replika kek najis kepada Lim Guan Eng sempena ulang tahun ke-51.
“Ajaran mana yang mengajar sikap begini? Adakah ini yang dikatakan Islam wasatiah?” katanya.
Beliau menegaskan, semua tindakan itu memalukan Islam dan menjauhkan orang bukan Islam dengan Islam yang harmoni dan mulia.
Justeru, beliau menggesa pemimpin Umno supaya menghentikan pelawaan untuk bersatu dengan PAS.
Jelasnya, PAS mempunyai jati diri dan tahu meletakkan kompas perjuangan.
Katanya lagi, PAS mendahulukan Islam daripada segalanya, walaupun apa cercaan yang diterima kerana itu adalah lumrah perjuangan.
“Perjuangan PAS semakin diterima, sentiasa segar di hati rakyat, ketika Umno sedang mengalami mimpi ngeri untuk mara ke hadapan,” ujarnya.

Baiah: Belajar dari kesilapan


Baiah: Belajar dari kesilapan - Nasional - Sinar Harian
:KUANTAN – “Baiah itu tidak bercanggah dengan hukum syarak,” tegas Pesu­ruhjaya Pas Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengenai ikrar taat setia yang dilaksanakan calon parti Pas.
Tuan Ibrahim berkata, ia adalah satu mekanisme dalam parti supaya tidak ada calon yang mengecewakan rakyat selepas membuat pilihan dan menjaga kepentingan mereka.
Katanya, perjanjian itu membolehkan calon berfikir kesungguhan rakyat memilih dan memberi kemenangan.
“Kita bertungkus-lumus nak menangkan calon, tetapi tiba-tiba mereka khianati dan pastinya ramai yang kecewa,” katanya yang turut memberi contoh situasi berlaku di Perak pada pilihan raya musim lalu.
Menurutnya, baiah juga membawa maksud satu janji setia dan ‘pengharaman’ yang ditetapkan itu adalah mekanisme jaminan calon setia kepada janji dan ia tidak bercanggah dengan hukum syarak.
Tuan Ibrahim berkata, baiah wujud selepas Pas belajar dari kesilapan lalu kerana kekalahan di Terengganu dan kini ada ura-ura membeli wakil rakyat di Kelantan.
“Pas juga tidak mahu perkara kedua berlaku di Perak. Kerajaan negeri tumbang kerana ada wakil yang rakyat pilih tidak setia,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, baiah akan diadaptasikan kepada calon pas sahaja dan tidak membabitkan PKR dan DAP.
Beliau percaya parti itu juga mempunyai cara mereka untuk mengelakkan wakil rakyat lompat parti.

Aziz tinggalkan UIAM


Profesor Dr Abdul Aziz BariDUNGUN – Konflik membabitkan pakar perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari dengan majikannya, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), berakhir apabila beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan universiti berkenaan.


Abdul Aziz berkata, keputusan itu dibuat kerana beliau kini berasa tidak lagi sesuai untuk terus berkhidmat di universiti itu.
Menurutnya, beliau telah cuba untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai ahli akademik yang prihatin de­ngan masalah masyarakat, apabila melontarkan beberapa pandangan terhadap isu yang kritikal, namun pesekitaran di universiti berkenaan menyebabkan niatnya itu dianggap sesuatu yang ganjil, sekali gus gagal untuk menjadi seorang ahli akademik ideal.
“Saya terpaksa tinggalkan UIAM kerana dalam keadaan sekarang, saya tak nampak ada ruang sesuai untuk saya terus berkhidmat di universiti itu mahupun di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang lain,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri majlis minum petang bersama pertubuhan bukan kerajaan, Waris Badan Bertindak Pewaris Bumi Malaysia di Mayang Sari Resort di sini, petang semalam.
Ketika ditanya apakah beliau akan menyertai politik selepas meninggalkan UIAM, Abdul Aziz yang juga seorang kolumnis Sinar Harian berkata, beliau lebih suka memilih bidang akademik sebagai kerjaya dan buat masa ini, tidak berhasrat untuk menyertai parti politik sama ada kerajaan ataupun pembangkang.Aziz tinggalkan UIAM - Nasional - Sinar Harian:


Ummi mungkin bertanding

Tarikh : December 9, 2011
Ummi Hafilda
KUALA LUMPUR - Adik kepada Timbalan Presiden PKR, Ummi Hafilda Ali tidak menolak kemungkinan untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang sekiranya dicalonkan.
Bagaimanapun menurutnya, keputusan sama ada bertanding sebagai calon terletak kepada pucuk kepimpinan negara untuk putuskannya.
“Kalau pucuk kepimpinan merasakan saya layak, layaklah. Kalau pucuk kepimpinan kata saya tak layak pun tidak mengapa.
“Bagi saya, apa yang lebih penting ialah untuk membantu kerajaan mendedahkan pekung pembangkang dan siapakah mereka ini. Saya akan terus menjelajah ke seluruh negara untuk berceramah bagi tujuan itu,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemuramah dalam Program Kerusi Panas terbitan Bernama Radio24, semalam.
Dalam pada itu, Ummi menegaskan, usaha untuk membongkar hipokrasi pembangkang akan diteruskan selagi pimpinan utama dalam pakatan itu tidak sedar akan kesalahan mereka.
Usaha tersebut, ujarnya, hanya akan dihentikan selepas mereka bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.Ummi mungkin bertanding - Politik - Sinar Harian:

Mamak najis

NGO 'hadiah' Guan Eng kek replika najis


EMPAT replika kek berbentuk najis manusia dan sebiji berbentuk angka empat dibawa masuk oleh beberapa anggota NGO ke tempat menunggu tingkat tiga Bangunan Komtar, Pulau Pinang, semalam.



PULAU PINANG 8 Dis. - Beberapa buah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menghadiahkan 'kek' unik serta replika najis manusia kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sempena hari lahirnya yang ke-51 di Bangunan Komtar, di sini hari ini.
Bagaimanapun, cubaan 20 ahli NGO berkenaan gagal berikutan pintu utama menghala ke pejabat Setiausaha Agung DAP itu dikunci pengawal keselamatan.
Difahamkan replika najis itu diterima daripada empat individu yang mengisytiharkan mereka sebagai ahli NGO selepas keluar dari DAP.
Presiden Pertubuhan Suara Anak-Anak Malaysia Pulau Pinang (PSAMPP), Abdul Ghani Mohamed Jiman yang mengetuai kumpulan itu berkata, kek itu diperbuat daripada polisterin dan disalut dengan krim coklat sebagai tanda tidak berpuas hati mereka dengan pentadbiran Kerajaan Pulau Pinang yang disifatkan kotor dan hanya cantik di luaran sahaja.
''Kek yang bersalutkan coklat diluar itu jika dilihat ia sangat lazat dengan warna dan rupa bentuknya, namun apabila dipotong dalamnya palsu kerana diperbuat dengan polisterin yang sememangnya tidak boleh dimakan.
''Mereka (Kerajaan DAP Pulau Pinang) sama seperti kek itu di mana hanya cantik di luar namun di dalam sebaliknya.
''Kami membuat kek itu begitu adalah untuk menunjukkan bahawa pentadbiran DAP di negeri ini adalah palsu semata-mata. Mereka menipu rakyat dengan janji manis namun jika kita lihat agenda yang sebenar, semuanya palsu belaka," katanya kepada pemberita.

Ibu rayu bantuan tanggung rawatan anak

Oleh JAGATHESWARY NARAYANAN
n.jagatheswary@kosmo.com.my


AMINAH (tengah) bersama Asmidah Bebe (kanan) dan Mohd. Aswan Khan di rumah mereka di Bandar Utama, Hulu Selangor semalam.



HULU SELANGOR - Seorang kanak-kanak perempuan, Asmidah Bebe Bakir Khan, 5, tidak dapat menikmati hidup seperti rakan seusianya apabila menghidap penyakit atresia esofagus atau masalah saluran makanan yang pendek sejak lahir.
Menurut ibunya, Aminah Abdullah, 42, ekoran penyakit itu anaknya sukar untuk menghadam makanan dan sering muntah serta cirit-birit.
"Anak saya tidak aktif macam kanak-kanak lain sebaliknya asyik demam dan jatuh sakit," katanya ketika ditemui Kosmo! di rumahnya di Seksyen 3, Bandar Utama di sini semalam.
Menurut Aminah, dia juga terpaksa berulang-alik ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk membawa anaknya mendapatkan rawatan sebanyak dua kali sebulan.Kosmo! Online - Negara:

Naik KD Tun Abdul Razak hari ini

Oleh ZAKI SALLEH
zaki.salleh@kosmo.com.my


KAPAL selam KD Tun Abdul Razak yang kini berlabuh di Langkawi sempena LIMA 2011 akan membawa tujuh pemimpin pembangkang belayar hari ini.



LANGKAWI - Tujuh pemimpin pembangkang akan dibawa menaiki kapal selam KD Tun Abdul Razak di perairan Langkawi hari ini bagi merasai serta melihat sendiri keupayaan aset pertahanan negara itu.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, KD Tun Abdul Razak akan melakukan demonstrasi dan ujian menyelam dari Jeti Awana Porto Malai di sini pada pukul 3 petang.
Kata beliau, pemimpin berkenaan ialah Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Timbalan Presiden Pas, Mohammad Sabu, Timbalan Ketua Menteri I dan II Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman dan P. Ramasamy serta tiga Ahli Parlimen dari DAP, Pas dan Pakatan Rakyat.Kosmo! Online - Negara: