Showing posts with label bayar. Show all posts
Showing posts with label bayar. Show all posts

Friday, September 2, 2011

Gibson bayar bekas kekasih RM2.24 juta

LOS ANGELES – Pelakon terkenal, Mel Gibson akan membayar sebanyak AS$750,000 (RM2.24 juta) kepada bekas kekasihnya yang merupakan seorang ahli muzik Rusia, Oksana Grigorieva.
Keputusan itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Peter Lichtman kelmarin berhubung perbalahan melibatkan Gibson dengan bekas kekasihnya itu.
Gibson juga diarahkan supaya meneruskan bayaran pembelian sebuah rumah melibatkan jutaan dolar kepada bekas kekasihnya.
Pelakon itu turut diarahkan supaya memberikan bantuan kewangan kepada seorang anak perempuannya hasil hubungan mereka.
Hakim berkenaan menegaskan bahawa Grigorieva tidak dibenarkan untuk mengemukakan kes sivil ke atas aktor tersebut kerana perbalahan mereka sudah diselesaikan menerusi pembiayaan daripada Gibson.
Gibson dan Grigorieva juga tidak dibenarkan untuk bercakap atau menulis mengenai masalah hubungan mereka. – Agensi, kosmo

Friday, May 6, 2011

UUM diarah bayar RM1.7 juta sebelum 2 Jun



BALING – Kerajaan negeri Kedah semalam menolak rayuan Universiti Utara Malaysia (UUM) berhubung penyambungan pemberian rebat cukai tanah di kampus universiti itu di Sintok atas alasan ia masih rendah berbanding cukai di universiti-universiti lain.
Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, UUM diberi masa sehingga 1 Jun ini untuk menjelaskan cukai sebanyak RM1.7 juta atau didenda RM91,000.
“Jika tidak bayar, kerajaan negeri boleh rampas tanah (kampus UUM),” katanya pada sidang akhbar selepas melawat tapak pembinaan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di Kuala Ketil di sini kelmarin.
Menurut Azizan, Pejabat Galian dan Tanah (PTG) tidak menyambung pemberian rebat cukai tanah untuk tempoh lima tahun lagi kerana ia akan menyebabkan kerajaan negeri kerugian kira-kira RM8 juta.
Menurut beliau, cukai yang dikenakan terhadap UUM iaitu 20 sen untuk satu meter persegi adalah rendah berbanding di Universiti Sains Malaysia iaitu RM2.50 dan 50 sen bagi Universiti Teknologi Mara di Merbok dekat sini.
Kosmo! pada 19 April lalu melaporkan UUM terpaksa menanggung bayaran cukai tanah yang tinggi sejak tahun 2008 berikutan tindakan kerajaan negeri tidak melanjutkan rebat yang diberikan selama dua tahun mulai 2006.
Sementara itu, Naib Canselor UUM, Prof. Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak kesal dan terkilan dengan keputusan tersebut kerana kerajaan negeri seolah-olah tidak menghargai segala pengorbanan UUM yang menyumbang ke arah pembangunan akademik dan sosioekonomi setempat.
Namun pihaknya tiada pilihan selain menjelaskan bayaran dan jika boleh, ia dibuat secara ansuran.
“Kami terpaksa membayar jumlah itu sebab ini sudah kali kedua ditolak selepas 2009 dan kita tidak bercadang nak merayu lagi dalam tempoh terdekat.
“Nak rayu apa kalau kepada orang yang sama, tapi kalau tukar kerajaan mungkin kita akan rayu,’’ katanya.

Monday, January 17, 2011

Kecoh Madonna dibayar RM194,280 untuk ke kelab malam Aura



LONDON - Kelab malam Aura di Mayfair mencetuskan persoalan sama ada ia membayar sebanyak £40,000 (RM194,280) kepada penyanyi terkenal, Madonna yang mengunjungi kelab malam itu, lapor sebuah akhbar semalam.
Sumber dalam industri kelab malam memberitahu akhbar Mail On Sunday bahawa ahli-ahli rombongan yang mengunjungi kelab malam Aura bersama-sama penyanyi itu telah dibayar dengan sejumlah wang di dalam sampul.
Pemberian wang tersebut diyakini berlaku tanpa pengetahuan penyanyi yang berusia 52 tahun itu kerana salah seorang rakannya memberitahu bahawa Madonna berasa tidak selesa jika dia dibayar untuk muncul di kelab malam berkenaan.
Menurut satu sumber, salah seorang rakan penyanyi itu menerima sebanyak £10,000 (RM48,570) kerana membawa Madonna kembali ke kelab malam itu.
Bagaimanapun, bayaran itu dikatakan untuk diagihkan kepada 25 orang penari yang akan menghiburkan Madonna untuk bergembira di Aura.
Dalam industri kelab malam, para selebriti akan dibayar oleh pihak pengurusan kelab kelab malam jika mereka membuat kemunculan walaupun tanpa melakukan sebarang persembahan.
Dua minggu lalu Madonna dilaporkan berbincang dengan taikun Malaysia, Datuk Seri Tony Fernandez yang merupakan pemegang saham terbesar kumpulan kelab malam Aura.
Perbincangan itu dikatakan mengenai sama ada Madonna akan membeli saham kelab malam tersebut. - Agensi