Thursday, October 25, 2012

Konflik Rakhine ragut 11 nyawa



Keganasan etnik yang berlaku di negeri Rakhine antara etnik Islam Rohingya dan Rakhine Buddha sering menyaksikan kediaman kedua-dua pihak dibakar. - Agensi
YANGON 23 Okt. - Konflik agama di negeri Rakhine di barat Myanmar meragut 11 lagi nyawa dalam pergaduhan terbaru antara etnik Rohingya Islam dan penganut Buddha, semalam.
Ketua Keadilan Rakhine, Hla Thein berkata, sehingga laporan ini dikeluarkan, hanya tiga mangsa terbunuh telah dikenal pasti iaitu dua wanita Rohingya Islam dan seorang lelaki Buddha, di kampung Pandeinkone.
"Situasi di situ (Pandeinkone), sukar dikawal dan kami masih belum mendapat maklumat mengenai mangsa yang cedera," katanya.
Pihak berkuasa Myanmar, hari ini terpaksa melaksanakan perintah berkurung di kawasan perbandaran Minbya dan Mrauk U di barat Rakhine, berikutan pergaduhan yang berlarutan sehingga menyebabkan lebih 300 buah kediaman dibakar.
Perintah itu berkuatkuasa bermula malam tadi dari pukul 7 petang (waktu tempatan) hingga pukul 5 pagi ini.
Sengketa terbaharu itu yang bermula di bandar Minbya kelmarin, merebak ke Mrauk U dan berterusan sehingga semalam, memaksa perintah berkurung dilaksanakan bersama kawalan keselamatan.
Sehingga kini, darurat diisytiharkan di negeri Rakhine dan perintah berkurung dilaksanakan di lima kawasan perbandaran utama iaitu di Maungtaw, Buthidaung, Sittway, Thandwe, Kyaukphyu dan Yanbye sejak Jun lalu.
Perintah itu dipanjangkan ke Kyauktaw pada Ogos lalu dan terbaharu, Minbya dan Mrauk U, menjadikan keseluruhan kawasan dikenakan perintah berkurung berjumlah sembilan.
Setakat ini, sengketa agama di Rakhine telah mengorbankan 90 nyawa, 116 lagi cedera dan memaksa 65,000 penduduk menjadi pelarian.
Selain itu, sebanyak 4,822 buah kediaman, 17 buah masjid, 15 buah kuil dan tiga buah sekolah dibakar dalam sengketa yang masih berlarutan itu. - AFP/ BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121024/lu_02/Konflik-Rakhine-ragut-11-nyawa#ixzz2AKKZFhax
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Qatar labur RM1.2 bilion pembangunan semula Gaza



KHAN YUNIS, Wilayah Palestin 24 Okt. - Qatar akan meningkatkan pelaburannya dalam pembangunan semula Gaza berjumlah AS$400 juta (RM1.2 bilion) berbanding AS$254 juta (RM773 juta) sebelum ini.
Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Hamas, Ismail Haniya sempena lawatan Amir Qatar yang diberikan sambutan `hero’ oleh penduduk Gaza.
``Amir telah bersetuju untuk meningkatkan pelaburannya di wilayah ini,’’ kata Haniya dalam sidang media, semalam. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121024/lu_11/Qatar-labur-RM12-bilion-pembangunan-semula-Gaza#ixzz2AKJfeGml
© Utusan Melayu (M) Bhd 

8,500 pekerja lombong Afrika Selatan dipecat



JOHANNESBURG 24 Okt. - Syarikat lombong Afrika Selatan, Gold Fields semalam memecat kira-kira 8,500 pekerjanya yang enggan untuk menghentikan satu mogok haram di lombong KDC Timur.
``Semua 8,500 pekerja itu yang melancarkan mogok itu tidak kembali bekerja. Justeru, kami menghantar surat pemecatan kepada mereka.
``Pekerja mempunyai tempoh 24 jam untuk membuat rayuan di atas penyingkiran masing-masing,’’ kata jurucakap syarikat Sven Lunsche. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121024/lu_12/8500-pekerja-lombong-Afrika-Selatan-dipecat#ixzz2AKIzYQU0
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Enam maut dalam serangan bom di Syria




DAMSYIK 25 Okt. - Sebuah bom kereta meletup di selatan bandar ini semalam mengakibatkan enam terbunuh dan mencederakan 20 yang lain, lapor televisyen tempatan yang menyalahkan pemberontak bertanggungjawab atas serangan itu.

Serangan itu menyusul selepas Utusan Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Liga Arab, Lakhdar Brahimi mengumumkan kerajaan Syria dan beberapa pemimpin pemberontak bersetuju melaksanakan gencatan senjata sempena perayaan Aidil Adha selama empat hari.

Sementara itu, kumpulan militan al-Nusra dalam kenyataannya menolak gencatan senjata dengan kerajaan. - AFP



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121025/lu_10/Enam-maut-dalam-serangan-bom-di-Syria#ixzz2AKI1GVvf
© Utusan Melayu (M) Bhd

Satu lagi dah kena langgaq

RM 207 Billion Lesap

Apa yang mengejutkan ialah, Kerajaan Jepun telahpun membayar pampasan kepada Kerajaan Malaysia sejumlah RM207 billion. Tetapi kemanakah wang tersebut disalurkan?

Pelbagai usaha telah dibuat oleh bekas-bekas buruh paksa ini untuk mendapatkan wang pampasan tersebut termasuk lah dengan mengumpulkan maklumat buruh-buruh paksa yang terdapat diseluruh negara. Seramai hampir 30,000 bekas buruh paksa ata
upun waris mereka telah menyertai pertubuhan ini sebagai ahli.

Satu persatuan yang diberi nama Persatuan Kebajikan Bekas dan Warisan Buruh Binaan Landasan Keretapi Siam ke Burma 1942-1946 ditubuhkan yang mana akhirnya telah berjaya didaftarkan secara rasmi dengan Pendaftaran Pertubuhan pada 11 Januari 2011.

Sejak didaftarkan secara rasmi, Ahli Jawatankuasa Persatuan telah memohon beberapa kali untuk mendapatkan wang pampasan dari Kerajaan Malaysia, tapi hingga kini masih gagal.

Pengesahan tentang wujudnya sejumlah wang pampasan tersebut dibuktikan dengan satu memo yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia yang bertarikh 29 Mac 2011.

Pada 27 Julai 2011, Persatuan telah memohon secara rasmi bayaran wang pampasan tersebut setelah menunggu begitu lama.

Sejak dari itu, beberapa urusan surat menyurat diantara persatuan dengan Jabatan Perdana Menteri dan Pejabat Peguam Negara.

Namun, pada 3 Oktober 2011, Bahagian Kabinet, Jabatan Perdana Menteri telah menghantar satu surat kepada Persatuan untuk memberitahu bahawa pengeluaran wang pampasan ini memerlukan proses tertentu kerana kelulusanya melibatkan Dana Khas.

Apakah Dana Khas yang dimaksudkan? Bukankah wang tersebut sudah diberikan oleh Kerajaan Jepun?

Sekarang sudah setahun perkara ini berlaku tetapi belum ada keputusan dibuat. Apakah wang tersebut sudah digunakan untuk tujuan lain?

Pada 10 Oktober yang lalu, DS Hj. Nizar Jamaludin telah membangkitkan isu ini di Parlimen. Soalan Hj. Nizar itu cukup serius tapi malang, tidak ada akhbar arus perdana yang membangkitkan isu tersebut.

Perkara tersebut didedahkan Nizar ketika perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2013, di parlimen, 10 Okt lalu.
"Sayangnya, tiada sebarang penjelasan diberikan berhubung persoalan saya ketika saya dedahkan perkara tersebut di Dewan Rakyat, sebelum ini. Menteri tidak menjawab langsung," tegas beliau ketika dihubungi Harakahdaily.
 —

Kempen Anti Saman Ekor (KASE)

Katanya di km 376 Slim River dah jadi gini....

'Jangan biar politik atasi agama'

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Selangor, Mazlan Abdullah
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah Jabatan
 Agama Islam Selangor, Mazlan Abdullah

HARI Raya Aidiladha sering dikaitkan dengan ibadah korban. Tetapi sejauh manakah pengertian ibadah ini mampu diselami masyarakat terutama sekali golongan muda? Semakin ramai anak muda kini yang tidak begitu faham hukum serta hikmah yang terkandung dalam ibadah ini.
Tanpa kita sedari ibadah korban yang dituntut agama ini mengandungi seribu satu hikmah terutama sekali dapat mempereratkan lagi hubungan saudara sesama Islam dan dalam masa yang sama ia melatih kita bersyukur terhadap nikmat yang diberi ALLAH SWT.
Bukan itu saja. Ibadah korban ini juga dapat dikaitkan dengan perpaduan ummah. Umum mengetahui yang perpaduan di kalangan orang Melayu Islam negara ini seakan-akan mula goyah disebabkan berlainan fahaman politik. Bagaimana ibadah ini mampu mengubah dan menstruktur semula umat Islam negara ini?

Ikuti wawancara Sinar Harian Online bersama Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Mazlan Abdullah membincangkan secara lebih mendalam mengenai ibadah korban, hikmah serta bagaimana ibadah ini secara tidak langsung mampu membangun ummah.

SINAR HARIAN ONLINE: Hari Raya Aidiladha juga dikaitkan dengan ibadah korban, boleh ustaz jelaskan secara terperinci  pengertian ibadah korban?
MAZLAN:
 Terdapat dua pengertian sebenarnya. Pengertian dari segi bahasa ialah sesuatu yang dikorbankan kerana ALLAH dan dari segi syarak pula, korban bermaksud menyembelih binatang tertentu pada masa-masa tertentu dengan niat mendekatkan diri kepada ALLAH SWT.

ALLAH SWT berfirman dalam Surah Al-Kauthar yang membawa maksud, “maka kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu dan sembelilah qurban sebagai tanda syukur. Jelas di sini yang ibadat ini membawa makna yang begitu besar sekali bagi mensyukuri nikmah rezeki yang diberi oleh ALLAH SWT. Selain itu, jika kita melakukan korban, binatang yang kita korbankan itu juga akan menjadi tunggangan kepada sesiapa yang melakukan ibadah ini bagi memudahkan perjalanan di silatur mustaqim di hari akhirat nanti.
Selain dari itu, jika ada yang tidak tahu, ibadah ini juga menjadi salah satu penghapus dosa atau menjadi kifarah bagi pelakunya disebabkan dosa dan kesilapan lalu di samping memberi kelegaan kepada orang yang melakukan ibadah ini dan juga keluarganya.

SINAR HARIAN ONLINE: Apakah hukum melakukan ibadah korban ini? Bagaimana pula binatang yang boleh digunakan dalam melakukan ibadah ini?
MAZLAN:
 Hukum melakukan ibadah ini ialah sunat muaakkad iaitu sunat yang sangat dituntut bagi sesiapa yang berkemampuan. Terdapat enam jenis binatang yang boleh digunakan sebagai korban iaitu yang paling utama, pertama ialah unta, kedua lembu, ketiga kerbau, keempat kambing, kelima kibas dan keenam biri-biri.
Ini biasa kita dengar mengenai jenis binatang tetapi binatang yang akan dijadikan korban juga mempunyai syarat-syarat tertentu. Binatang yang akan menjadi korban mestilah tidak buta, tidak cacat seperti kudung kaki, putus kaki dan sebagainya. Paling afdal binatang yang akan dijadikan korban ialah gemuk, bertanduk dan jantan.
Ada juga yang bertanyakan kepada saya selain dari binatang yang disebutkan tadi, binatang seperti kijang, zirafah atau seladang boleh digunakan dalam ibadah korban atau tidak. Jadi saya ingin tegaskan di sini, binatang seperti ini tidak termasuk dalam binatang yang boleh dijadikan korban kerana sifatnya yang liar dan tidak jinak. Jika dijadikan korban, ia akan dikira sebagai sembelihan biasa saja.

SINAR HARIAN ONLINE: Bagaimana pula dengan hukum makan daging korban? Sesetengah masyarakat ada yang silap faham mengatakan daging korban tidak boleh dimakan bagi yang melakukan korban? Adakah benar?
MAZLAN:
 Benar, tetapi jangan salah faham pula di sini. Orang yang melakukan ibadah ini tidak boleh memakan daging binatang korban jika mereka melakukan kurban wajib iaitu jika bernazar. Jadi jika ia bernazar melakukan korban, maka wajib menyedekahkan semuanya sekali, tidak boleh makan.
Jika korban yang dilakukan bukan sebab nazar maka, bolehlah ia dimakan. Pembahagian daging korban adalah begini, 1/3 sunat dimakan oleh orang yang melakukan ibadah ini, 1/3 lagi diberi kepada fakir miskin dan lagi 1/3 pula diberi kepada orang kaya. Jika berkemampuan, buatlah ibadah korban ini setiap tahun kerana terlalu banyak fadilat serta ganjarannya.


SINAR HARIAN ONLINE: Ada hukum lain mengenai ibadah ini yang mahu ustaz terangkan?
MAZLAN: 
Ya, ada beberapa lagi yang perlu saya terangkan  iaitu mengenai syarat sah ibadah korban hendaklah binatang yang tidak mempunyai sebarang kecacatan atau boleh memudaratkan kesihatan jika memakan dagingnya, disembelih oleh orang Islam, korban juga dalam masa tertentu iaitu selepas sembahyang hari raya haji pada 10 Zulhijjah hingga sebelum terbenam matahari iaitu pada 13 Zulhijjah. Syarat yang terakhir pula ialah orang yang berkongsi mengorbankan unta atau lembu tidak lebih dari tujuh orang di mana masing-masing menyumbang 1/7 bahagian.
Antara syarat mereka yang dituntut mengerjakan ibadah ini ialah Islam, merdeka, akil baligh, bermukim dan berkemampuan.

SINAR HARIAN ONLINE: Bagaimana ibadah ini boleh diterjemahkan dan bagaimana mahu menyemat erti pengorbanan terutama sekali di kalangan remaja. Kerana ibadah ini simbolik juga kepada pengorbanan nabi kita pada suatu masa dahulu.
MAZLAN:
 Umum mengetahu yang tidak ramai remaja masa kini yang terdedah dengan ibadah ini. Ada juga yang tidak mahu ambil pusing dan mengambil mudah mengenai ibadah walaupun hakikatnya ibadah ini bukan saja terhad mengorbankan binatang tetapi terdapat pelbagai hikmah di sebalik ibadah ini.
Jadi apa yang saya mahu tekankan di sini ialah walaupun dari pandangan mata kita ibadah ini terhad kepada mengorbankan binatang tetapi masyarakat kita khususnya kepada remaja mereka harus tahu yang hikmah di sebalik ibadah ini terlalu besar. Ini kerana ibadah ini juga mempunyai kaitan dengan pengorbanan yang seharusnya remaja tahu ertinya.
Jika tidak mampu berkorban wang ringgit demi menjayakan ibadah ini, para remaja di luar sana boleh mengorbankan dan menyumbangkan tenaga mereka dalam menjayakan ibadah ini. Itu dari segi ibadah yang ini. Tetapi, jika kita lihat di masa sekarang, ramai remaja yang mengambil lewa keadaan sekeliling  mereka, tidak ambil endah mengenai masa depan dan pengorbanan yang dilakukan keluarga.
Jadi, saya mahu menyeru para remaja di luar sana supaya sedia berkorban untuk keluarga tersayang. Harus diingat jika kita menghadapi kesusahan, tempat pertama yang kita mengadu selain dari ALLAH SWT ialah keluarga kita. Mereka yang akan mengambil berat dan cuba menyelesaikan sebarang masalah jika kita ditimpa sebarang kesusahan.
Jadi, jika anda sebagai anak, korbankanlah sedikit waktu untuk membantu ibu bapa jika mereka memerlukan bantuan. Tanpa ibu bapa, siapalaj kita sebagai anak. Pengorbanan yang mereka  lakukan dalam membesarkan kita tidak terbalas jasanya. Jadi jika ibu bapa meminta pertolongan, jangan memberi seribu satu alas an dikhuatiri akan derhaka. Korbankan sedikit masa dan kelapangan walaupun sesibuk mana kita sekalipun. Jika mampu, korbankan sedikit wang ringgit bagi meringankan beban yang terpaksa dihadapi ibu bapa. Jika ibu bapa sakit, sedialah mengorbankan masa bagi menjaga mereka. Selagi kita ada peluang, gunakanlah sebaik-baiknya bagi menjaga kedua ibu bapa kita selagi mereka bernafas.

SINAR HARIAN ONLINE: Pandangan ustaz berhubung remaja kini yang semakin alpa dengan ibadah ini?
MAZLAN: 
Walaupun semakin ramai yang mula alpa mengenai ibadah ini, kita tidak terlalu terlambat untuk mendidik mereka. Apa yang penting ialah peranan ibu  bapa sendiri dalam memberi pendidikan ibadah kepada anak-anak sedari kecil lagi. Ajaklah anak-anak pergi melihat dan merasai pengalaman mahu menguruskan ibadah ini. Peranan ibu bapa yang palinng penting sekali. Ajak mereka pergi ke kuliah-kuliah agama untuk mendekatkan diri lagi dalam mendalami ibadah dalam agama kita.
Didiklah anak-anak mengikut lunas-lunas Islam yang dituntut. Jika sedari kecil lagi anak-anak didedahkan dengan ibadah ini, mereka sendiri akan menyedari betapa pentingnya ibadah ini di samping hikmah-hikmah dan ganjaran yang terlalu besar dapat dikutip jika melakukan ibadah ini.
Kadangkala, remaja tidak ada hala tuju yang jelas jadi keluarga terdekat yang perlu didik. Kalau boleh, biarlah ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’.
Remaja di luar sana mesti merasai sendiri dan menghayati erti korban ini. Jika generasi muda tidak tahu asas ibadah ini, bagaimana mereka mahu berdepan dengan situasi akan datang? Sampai bila mahu terus bergantung kepada ustaz dan golongan emas yang kerapkali melakukan ibadah ini?
Jadi sebagai remaja, mereka sendiri harus bertanggungjawab dan perlu menanam satu azam dalam diri supaya belajar untuk mendalami ilmu agama di samping terus istiqamah jika mahu belajar mendalami ilmu agama yang menjadi teras dalam kehidupan.
Erti pengorbanan sendiri mencakupi makna yang cukup meluas dan ini yang harus dipegang oleh remaja supaya kehidupan duniawi dan akhirat stabil, bukan fokus kepada duniawi sahaja.
Contoh lain, ada anak-anak atau remaja di luar sana yang tidak tahu mahu uruskan jenazah. Bayangkan jika ibu bapa sendiri meninggal dunia, orang lain pula yang perlu uruskan jenazah ibu bapa mereka, dalam agama yang paling afdal menguruskan jenazah ibu bapa ialah anak-anak mereka sendiri. Ini yang kita mahu elakkan berlaku di kalangan masyarakat kita.


SINAR HARIAN ONLINE: Apakah usaha Jais menyemai semangat pengorbanan dan cara mahu memberi kesedaran kepada remaja pentingnya ibadah korban ini?
MAZLAN:
 Setakat ini setiap tahun pihak Jais akan menganjurkan ibadah korban ini di setiap masjid dalam negeri. Jadi tidak menjadi masalah jika sesiapa yang mahu menyertai.
Jika menghadapi masalah kewangan, saya nasihatkan supaya menabung sejak awal. Tabung sedikit pun tidak apa apa yang penting niat kita itu dan menabung juga harus istiqamah. Jadi tidak timbul soal tidak ada wang untuk melakukan ibadah ini.
Pihak masjid atau surau juga boleh mengambil tindakan sendiri. Pada pandangan saya, masjid dan surau juga boleh adakan tabung khusus bagi ibadah korban jadi apabila sudah tiba masa, tiada lagi kekangan kewangan terutama sekali kepada mereka yang kurang berkemampuan.
Pihak Jais sendiri akan terus mengadakan acara memberi ceramah bagi memberi input kepada masyarakat di luar sana bukan saja mengenai ibadah korban tetapi juga ibadah lain. Ini merupakan usaha murni pihak kami bagi memberi pendedahan kepada orang ramai.
Setakat ini sambutan kepada semua program yang kami adakan amat menggalakkan. Dari situ, saya dapat rasakan kesedaran untuk mendalami ilmu agama ini semakin mendalam di kalangan masyarakat kita. Jadi usaha murni sebegini memang kami akan teruskan.
Setakat yang saya tahu, setiap masjid di negeri ini akan melakukan korban sekurang-kurangnay 10 ekor bagi setiap negeri masjid di Malaysia. Saya sendiri berpengalaman bekerja di Jakim, jadi ini jelas menunjukkan sambuntan yang menggalakkan diterima setiap tahun dalam menjayakan ibadah ini.
Di samping dapat bekerjasama dalam melakukan ibadah ini, kita juga dapat memupuk semangat perpaduan yang tinggi di kalangan masyarakat. Ini merupakan salah satu hikmah yang dapat kita rasai jika melakukan sunat yang dituntut dalam agama ini.
SINAR HARIAN ONLINE: Ustaz menyatakan mengenai perpaduan dapat diperkukuhkan jika ibadah ini dilakukan. Bagaimana pula ustaz melihat kurangnya atau runtuhnya perpaduan di kalangan umat Islam disebabkan berbeza fahaman politik?
MAZLAN:
 Seperti yang saya jelaskan tadi, dalam ibadah korban kita dapat lihat pelbagai hikmah. Selain membentuk kerjasama, ia juga boleh memperkukuhkan perpaduan di kalangan masyarakat. Jadi penting bagi setiap umat Islam supaya meletakkan agama di peringkat paling tinggi dalam kehidupan, agama merupakan keutamaan bukannya perkara lain seperti politik.
Ibadah ini mampu memulihkan perpaduan ummah  yang semakin merudum. Jadi, ketepikan fahaman politik yang berbeza dalam menjalankan ibadah ini. Jangan jadikan fahaman politik yang berbeza sebagai salah satu alasan untuk berpecah belah. Walaupun masing-masing mempunyai pegangan politik yang berbeza, dalam agama kita ini semua saja di sisi-Nya dan saya yakin, jika kita meletakkan  agama di tangga nombor satu, semua orang mampu mencapai perpaduan yang utuh.
Setiap pucuk pimpinan dalam masyarakat juga perlu meletakkan dan mengutamakan perpaduan bagi melaksanakan tugas-tugas penting termasuk hal-hal berkaitan politik. Ini signifikasi yang saya dapat simpulkan berhubung dengan perpaduan ini.
Jika mahu dibandingkan dengan zaman dahulu, saya merasakan masyarakat terdahulu mempunyai ikatan perpaduan yang cukup kukuh walaupun pegangan politik berbeza-beza. Jika mahu dibandingkan dengan zaman kini, masyarakat kini lebih bersifat individualistik, lebih suka hidup bersendiri tanpa mendambakan bantuan orang lain. Perkara ini yang kita harus elakkan kerana kita seharusnya hidup dalam keadaan bermasyarakat jika mahukan perpaduan yang kukuh.
Jadi, sekali lagi saya mahu tegaskan, jangan meletakkan politik mengatasi agama, letakkan agama di peringkat tertinggi jika mahu kembalikan perpaduan kukuh di kalangan umat Islam negara ini. Berpegang teguh dengan tali ALLAH SWT, saya yakin perpaduan yang kita dambakan selama ini dapat dikembalikan semula.
Harus diingat, kejayaan setiap orang itu tidak mungkin dapat digapai dengan dirinya sendiri, mereka juga memerlukan bantuan orang sekeliling bagi mencapai kejayaan, jadi berpijaklah pada bumi yang nyata, perpaduan amat penting jika mahu menggapai kejayaan.

Pelajar sarjana disyaki suspek tembak remaja Pakistan

Malala Yousufzai
Malala Yousufzai
ISLAMABAD - Sembilan orang telah ditahan berhubung insiden menembak pelajar perempuan Pakistan, yang mengkritik dasar Taliban, Malala Yousufzai, baru-baru ini.
Bagaimanapun suspek utama masih bebas.
Pihak polis Pakistan mengenal pasti Atta Ullah Khan, 23, dari daerah Swat, lokasi di mana Malala diserang, sebagai suspek utama.
Atta Ullah sedang mengikuti pengajian sarjana dalam bidang kimia.
Tambahan kepada enam lelaki, kesemuanya dari Lembah Swat, polis telah menahan ibu Atta Ullah, abang dan tunangnya.
Bagaimanapun saudara-mara Atta Ullah tidak didakwa terlibat dalam serangan itu, kata pegawai polis dipetik CNN.
Malala kini menerima rawatan di Hospital Universiti Birmingham. Dia dilaporkan berhadapan dengan masalah jangkitan
Keluarganya masih kekal di Pakistan.

Bukti jelas ulama Umno hanyut, Asri jawab Fathul

sinarharian
25 Oktober 2012


Ustaz Asri
SHAH ALAM - "Kenapa bila diajak berdialog tak mahu datang?" Ini persoalan dibangkitkan oleh bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin apabila ulama muda Umno, Fathul Bari Mat Jahaya mempertikaikan komentar beliau bersabit dakwaan wujud tokoh-tokoh ulama yang menyertai Umno sebagai hanyut.
"Padahal idea berhubung peranan ulama menasihati pemimpin ini idea beliau. Bila dijemput dan beliau tidak datang, itu salah satu tanda beliau sudah hanyut," kata Dr Asri kepada Sinar Harian Online.

Malah tambah Asri, komentar berhubung terdapatnya tokoh ulama dalam Umno terbabit politik wang dibangkitkan terlebih dahulu oleh panulis dari Umno sendiri.
"Kenapa beliau tidak berani tampil. Yang sebut berkenaan politik wang itu ialah wakil daripada Umno sendiri.
"Itulah masalahnya apabila beliau tidak ada di situ. Wakil Umno yang sebut, dalam Umno kalau tak ada wang, tak boleh bergerak. Saya dan seorang lagi panel hanya mengulas.
"Sinar Harian sudah jemput, datanglah. Bukannya bising di media, di Facebook, di Twitter," tegas Asri.

Dalam Wacana Sinar ke-15 yang membawakan tajuk 'Peranan Ulama Menasihati Pemimpin', Dr Asri menyifatkan segelintir tokoh-tokoh ulama yang menyertai Umno "hanyut" antara lainnya kerana tidak boleh menerima persekitaran politik parti teras Barisan Nasional (BN) itu.

Menurut beliau, berdasarkan pengalaman sebelum ini menunjukkan bahawa sebahagian ulama yang menyertai parti itu tidak berperanan disebabkan kewujudan amalan politik wang.
Malah dakwanya "masalah dalam parti pemerintahan, politik wang selalu digunakan dalam Umno, ini akan menyebabkan para ulama hanyut."

Semalam, kenyataan Asri itu kemudiannya dibidas oleh Fathul Bari yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia sambil menekankan adalah "tidak adil" untuk menjatuhkan hukuman dan melabel ulama yang menyertai Umno sebagai "hanyut."
"Jangan senang-senang pula menuduh mengenai rasuah atau politik wang jika tiada bukti. Membuat tuduhan tanpa bukti. Ini budaya apa? Kalau benar terlibat dengan politik wang, tolong buktikan," tegas Fathul Bari.

Asri kemudiannya dengan nada sinis mempersoalkan apakah Fathul Bari merasakan pandangan beliau itu merujuk kepada dirinya.
"Adakah beliau merasakan ulama itu merujuk kepada beliau? Ini berlaku apabila beliau merasakan diri beliau sebagai ulama. Walhal bukan menjadi tradisi golongan ilmuan Islam mendabik dada diri sebagai ulama," selar Asri.

Fathul Bari antara ulama muda yang dilihat lantang menyuarakan pendapat supaya pemimpin negara menjalankan amanah yang diberikan oleh rakyat seadil-adilnya.
Beliau kerap menekankan agar pemimpin sentiasa mengutamakan penjagaan agama, nyawa, maruah dan keturunan, harta benda, dan akal fikiran.
Fathul Bari menyertai Umno dua tahun lalu.

Selamat menyambut Aidil Adha

undi anda kepada BN ibarat undi anda menghina islam seperti si pelakon porno Chua Soi Lik

Loo Jo Yee : Gadis Cina, Mengapa Peluk Islam?



Loo Jo Yee ketika ditemubual di TV Al-Hijrah..


Kisah Loo Jo Yee : Gadis Cina 17 Tahun Memeluk Islam.

Loo Jo Yee adalah seorang gadis berusia 18 tahun dari etnik Cina di Malaysia. Keluarga Jo Yee merupakan pengikut agama kristian yang kuat. Dan beliau bakal menjadi seorang
paderi di sebuah gereja. Disebabkan itu, keluarga beliau sangat bantah hingga menganggap masuk Islam adalah sangat menghinakan bagi keluarganya.

Loo Jo Yee sebenarnya telah memeluk Islam ketika masih berusia 17 tahun. Disebabkan di Malaysia mempunyai undang-undang untuk memeluk agama Islam bermula umur 18 tahun sahaja, beliau terpaksa menangguhkan dulu permohonan tersebut sehingga umurnya mencecah usia 18 tahun sekarang.

Beliau tiada nama Islam kerana sekarang ini, seseorang 
muallaf sudah tidak perlu menukar nama kepada nama Islam, dan hanya perlu ber'binti'kan kepada Abdullah serta tak perlu tukar bangsa. Maka namanya kekal Loo Jo Yee binti Abdullah.

Loo Jo Yee mendapat hidayah melalui dua peristiwa yang menarik.
 

1. Jo Yee mempunyai ramai rakan-rakan yang beragama Islam. Mereka telah berdebat tentang agama masing-masing. Ketika itu, beliau bermatlamat untuk membawa rakan-rakan Islam memeluk agama Kristian. Namun, untuk berdebat dengan rakan-rakan, beliau telah mengkaji Al-Quran, membaca kisah Nabi Muhammad s.a.w dan mengkaji kemunculan Islam untuk mencari kelemahan Islam.
 

Semakin beliau mengkaji, semakin lama beliau mula tertarik dengan ajaran Islam. Beliau sendiri mengaku bahawa di dalam Bible banyak perkara yang telah diolah hingga menyimpang dari perkara sebenar. Oleh itu, Jo Yee mengkaji Islam dengan lebih mendalam untuk mencari perkara yang sebenar. Dengan itu, beliau telah mendapat ketenangan jiwa ketika membaca Al-Quran. Itu adalah hidayah pertama Loo Jo Yee.
 

2. Jo Yee pernah disyaki menghidap penyakit thyroid di bahagian leher. Doktor mengesahkan 90% besar kemungkinan adalah penyakit tersebut. Beliau merasakan ini adalah penamat bagi kehidupan beliau walaupun masih muda. Rakan-rakan Islam Jo Yee banyak memberi galakkan kepada beliau untuk cuba memohon doa kepada Allah Taala. Beliau cuba dengan menadah tangan, menangis dan hanya berserah kepada Allah.
 

Keesokan harinya, ketika beliau menjalani medical check-up, doktor mengesahkan penyakit itu bukan kanser. Disebabkan itu, beliau yakin dengan kuasa Allah taala dan beliau terus mengucap 2 kalimah syahadah serta-merta. Subhanallah.. Allahuakhbar!
 

Selepas bergelar muallaf, banyak dugaan yang Jo Yee terpaksa terima. Beliau dipulau rakan-rakan dan keluarga tercinta. Tapi, beliau sangat bersyukur kerana mendapat keluarga angkat di Ipoh yang mengambil berat terhadap beliau. Beliau juga merasa terharu kerana telah dipilih Allah untuk mendapat hidayah ketika berumur 17 tahun, sedangkan remaja yang seusia beliau sibuk bersuka-ria hingga jauh tersasar. Jo Yee berharap selepas ini dia berpeluang untuk berdakwah kepada remaja-rakan yang seusia dengan cara tersendiri.
 

P/S: Orang bukan Islam pun boleh tertarik dengan Islam. Kenapa kita ni masih 
lalai dan jauh dari-Nya? Adakah kita hanya Islam sebab keturunan yakni Islam otomatik?

Nauzubillah...

Lumpuh kena serpihan bedilan kereta kebal


       
AMMAN (JORDAN): Senjata bukanlah penyelesaian masalah bagi pergolakan yang berlaku antara puak pembebasan dan tentera rejim Presiden Syria, Bashar al-Assad dalam menjamin keamanan serta kestabilan negara berkenaan.

Peperangan antara dua kumpulan itu bukan sekadar membunuh antara satu sama lain, malah natijahnya lebih besar apabila rakyat tidak berdosa menjadi mangsa.


Buktinya, ratusan rakyat terbunuh manakala lebih sejuta terpaksa menjadi pelarian dan mendapatkan perlindungan di negara seperti Iraq, Lubnan serta Jordan.

Itulah perkara yang diutarakan, Abdul Ilah, 32, berasal dari Homs, Syria yang kini lumpuh selepas terkena serpihan bedilan peluru kereta kebal tentera rejim Bashar ketika cuba menyelamatkan penduduk di kejiranannya yang tercedera. Abdul yang parah diselamatkan sebelum dibawa keluarganya ke Amman. Dia dan keluarga kini berlindung di sebuah rumah yang diserahkan rakyat Jordan kepadanya.


Berkongsi kisah hitamnya itu, Abdul berkata, dia dan sembilan rakan keluar daripada rumah mereka selepas berlaku peperangan antara tentera kerajaan dengan puak pembebasan untuk menyelamatkan penduduk kawasan berkenaan.


Katanya, ketika usaha menyelamatkan penduduk yang cedera, sebuah kereta kebal membedil rumah penduduk kawasan berkenaan.

“Serpihan peluru itu terkena belakang menyebabkan saya mengalami kecederaan parah,” katanya.


Menurutnya, dia yang mengerang menahan kesakitan sempat melihat rakannya terbujur kaku di tanah sebelum diselamatkan penduduk lain yang berada di situ.

Ibunya, Randah al-Derubi, 43, berkata, selain Abdul terlantar sakit akibat peperangan, dia kehilangan seorang anak lelaki iaitu abang Abdul serta suami, Ilah.


“Manakala anak bongsunya melarikan diri mendapatkan perlindungan di Arab Saudi,” katanya. Menurutnya, kehilangan suami dan anak tercintanya berlaku pada 11 Ramadan lalu ketika seluruh umat Islam sedang berpuasa.


Isteri Abdul, Ataf Assaf, 23, yang diminta menceritakan kehidupan di kawasan perkampungannya itu berkata, ia cukup susah dan tidak boleh digambarkan.


“Bukan sekadar berada dalam keadaan ketakutan kami sekeluarga terpaksa mengikat perut sebelum mengambil keputusan melarikan diri dan berlindung di sini (Jordan),” katanya.

4 pejuang Palestin terkorban


       
GAZA: Ketegangan meningkat di wilayah Palestin ini semalam selepas serangan udara Israel meragut nyawa empat pejuang Palestin.

Israel melancarkan serangan itu selepas mendakwa kumpulan pejuang Palestin melepaskan 68 tembakan roket dengan mensasarkan selatan negara itu, menyebabkan dua warga Thai yang bekerja di kawasan terbabit cedera.


Kejadian semalam adalah keganasan rentas sempadan terbesar sejak Jun lalu dan berlaku sejurus selepas lawatan Emir Qatar ke wilayah berkenaan untuk melancarkan projek bantuan pembangunan semula Gaza.

Hamas yang mentadbir Gaza meluahkan rasa marah terhadap serangan Israel itu.


“Rejim Zionis bertanggungjawab terhadap setiap titisan darah yang mengalir di sini,” kata jurucakapnya, Fawzi Barhum. - AFP

Perintah berkurung di Rakhine


       
YANGON: Pihak berkuasa Myanmar semalam mengeluarkan arahan perintah berkurung pada waktu malam di sekurang-kurangnya dua bandar di Rakhine ekoran keganasan terbaru antara penduduk Islam dan Buddha.

Lebih 80 orang terbunuh dalam keganasan di tempat sama Jun lalu.
Media rasmi kerajaan Myanmar semalam melaporkan, dua orang terbunuh dan lapan cedera dalam keganasan terbaru yang berlaku sejak Ahad lalu sementara 1,039 rumah dibakar.

Bagaimanapun, menurut laporan daripada sumber lain, jumlah kematian adalah lebih tinggi.


Jurucakap Kerajaan Tempatan Rakhine, Hla Thein berkata, perintah berkurung dikuatkuasakan di bandar Minbya dan Mrauk Oo.


Polis yang bersenjata lengkap dikerah meronda.

Menurut satu sumber, keganasan juga meletus di bandar Myay Bone.

“Penduduk Islam menyediakan bot untuk melarikan diri tetapi mereka dikejar oleh penduduk Buddha yang kemudian bertindak membakar bot berkenaan,” kata sumber itu.

Seperti keganasan yang meletus Jun lalu, setakat ini tidak dapat dipastikan punca keganasan terbaru itu.

Sementara itu, ratusan pelajar Buddha Myamar mengadakan tunjuk perasaan untuk mendesak kerajaan mengusir penduduk Islam.

Mereka juga menyuarakan keengganan untuk belajar bersama pelajar Islam Myanmar serta mendesak kerajaan menghapuskan perkampungan Islam yang terletak di sepanjang laluan ke universiti mereka. - Agensi

Pengesan kamera AES



http://biaqpila.blogspot.com/,25 Okt 2012

DEY MACHA!!!
HARI NI RAMAI YANG AKAN BALIK KAMPUNG
SAMADA GUNA LEBUHRAYA ATAU PUN JALANRAYA
JANGAN JADI HANTU RAYA
HARAP BERDISIPLIN SENTIASA
KAH! KAH! KAH!

INI ADA SATU APLIKASI
UNTUK SMARTPHONE ANDROID
NAMANYA AES DETECTOR
GUA DAH UJI APLIKASI NI
TENGOK SCREEN CAPTURE KAT ATAS TU
MEMANG BAGUIH SEBAB DIA BAGI ALARM
KALAU ADA KAMERA SEKITAR 1 KM
DARI KENDERAAN KITA
JADI SEMPAT LA KITA SLOW DOWN
IKUT HAD LAJU YANG HALAL
SELAMAT LA DARI KENA SAMAN
KAH! KAH! KAH!

APLIKASI NI BUKAN SAJA BOLEH GUNA KAT LEBUHRAYA
KAT JALAN LAMA,JALAN BANDAR SEMUA BOLEH
CUMA SIAP SEDIA DENGAQ ALARM SAJA
KAH! KAH! KAH!

UNTUK DAPATKAN APLIKASI TERSEBUT SILA KE SINI

KALAU GUNA HP SILA KE GOOGLE PLAYSTORE,KEMUDIAN SEARCH AES DETECTOR
KLIK KAT IKON MACAM KAT BAWAH NI:

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA KE BLOG AES DETECTOR

Mahathir tidak pernah mungkir janji?



Aspan Alias,25 Okt 2012
Semalam Utusan Malaysia dapat RM1.50 dari saya kerana buat pertama kali saya membeli senaskhah akhbar propaganda UMNO itu setelah lima belas tahun tidak membeli atau melanggannya. Saya membeli rokok di sebuah stesyen minyak di Subang Jaya dan saya ternampak ‘headline’ muka depan akhbar itu yang menarik hati saya untuk berbelanja sebanyak RM1.50. Apa yang menarik kepada saya ialah tajuk ‘Dr M tegur Nik Aziz’ di muka depan akhbar itu. Setelah berfikir seminit dua saya relakanlah RM1.50 untuk membeli akhbar ini. Kali ini terpedaya juga saya oleh Utusan kerana tajuknya yang menarik perhatian saya apatah lagi ia melibatkan nama Dr M di muka depan itu.

Dalam liputan Utusan itu, Dr M telah menegur TGNA kerana telah memberitahu rakyat yang Tok Guru itu akan bertanding di dalam pilihanraya yang akan datang. Dr Mahathir menuduh TGNA tidak menepati janji-janji beliau (TGNA) untuk mengundurkan diri dari menjadi calon dalam pilihanraya yang akan datang dan meminta rakyat supaya menolak TGNA. Dr M berkata memilih orang yang tidak menunaikan janjinya akan membawa banyak masalah kepada negara. Apa masalah yang dimaksudkan Dr M itu tidak pula saya ketahui kerana saya tidak membaca laporan itu sehingga habis walaupun saya telah membeli akhbar itu dengan berat hati.

Saya tidak hendak sentuh tentang janji TGNA itu buat kali ini untuk memendekkan tulisan saya ini. Saya mahu memberikan fokus kepada mungkir janji Dr Mahathir yang telah membawa masalah kepada UMNO dan seterusnya kepada rakyat dan negara. Selalunya orang yang sentiasa mengintai-ngintai kesalahan pihak lawan ini akan terlupa kepada janji-janji beliau yang beliau tidak mahu menunaikannya selama ini. Dr M tentu telah terlupa apa yang beliau janjikan kepada rakyat khususnya ahli-ahli UMNO semasa beliau mengambilalih kepimpinan parti itu dari Hussein Onn pada tahun 1981 dahulu.

Semasa mengambilalih pimpinan UMNO dari Hussein Onn dalam perhimpunan agong 1981 itu Dr M telah berjanji kepada ahli-ahli UMNO melalui perwakilan di Dewan Nirwana, Hotel Hilton, yang beliau meminta rakyat memberikan ‘signal’ jika ada tanda-tanda yang ada segelintiran rakyat yang tidak menyukai beliau.  Dengan tanda-tanda itu beliau berjanji akan mengundurkan diri secara terhormat Itu janji beliau secara terbuka yang beliau luahkan semasa ucapan penangguhan sebaik sahaja beliau menjadi Presiden kepada parti yang telah beliau matikan pada tahun 1988 itu.

Tetapi akhirnya beliau tidak menunaikan janji beliau itu dan telah membawa masalah besar yang kita warisi pada hari ini. Beliau tidak mahu berundur walaupun jawatan beliau itu telah dicabar dan beliau hanya mendapat kemenangan yang begitu tipis. Kemenangan tipis ini merupakan tanda-tanda yang jelas orang ramai sudah mula tidak berkeyakinan dengan pimpinan dan mahukan UMNO menyampaikan signal itu kepada Dr M. Beliau bukan sahaja tidak mahu mengundurkan diri tetapi telah meruntuhkan semua institusi demokrasi kerana bertegas ingin melanjutkan keseronokan dan kegilaan berkuasa sebagai PM semasa itu.

Beliau telah mematikan pendaftaran UMNO dan dalam usaha melakukan itu beliau mendapat reaksi keras dari ahli-ahli UMNO maka beliau telah membuang dan memecat beberapa hakim Mahkamah Agong termasuk Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas. Badan eksekutif yang beliau ketuai telah masuk campur dalam hal perundangan dan kehakiman untuk memungkiri janji-janji beliau itu. Akhirnya tindakan beliau itu telah memberikan banyak masalah kepada negara dan rakyat sehingga ke hari ini.

Apa yang beliau katakan dalam Utusan itu benar tetapi beliau sendiri tidak mahu menunaikan janji-janji beliau dan sanggup membunuh semua institusi demokrasi negara semata-mata keinginan beliau untuk berkuasa terus menerus sambil memungkiri semua janji-janji beliau semasa mula-mula mengambilalih kepimpinan dari Hussein Onn pada tahun 1981 itu.

Dr Mahathir telah banyak memungkiri janji-janji beliau sendiri dan beliau tidak boleh menuduh TGNA sebagai pendusta kerana tuduhan itu sepatutnya beliau arahkan kepada diri beliau sendiri. Pada tahun 1985 sebuah parti baru, Parti Bersatu Sabah (PBS) telah ditubuhkan secara tergesa-tergesa beberapa hari sebelum Sabah mengadakan pilihanraya negeri. PBS telah menyertai pilihanraya negeri untuk menumbangkan parti Berjaya. Mahathir telah pergi ke Sabah dan berucap dan berjanji secara terbuka yang beliau akan ‘swim and sink’ dengan Berjaya. Beliau memihak kepada Berjaya pimpinan Haris Salleh dan berulang-ulang kali berjanji untuk berenang dan tenggelam bersama Berjaya.

Tetapi apabila Berjaya tewas termasuk Presiden Berjaya, Harris Salleh yang ditewaskan oleh Kaduh Agundun di Tenom, Dr M telah lari dan memungkiri janji-janji beliau dengan parti Berjaya. Kebetulan saya berada di Kota Kinabalu dan mendengar ucapan beliau secara berdepan dan saya mendengar segala janji-janji beliau kepada Berjaya semasa itu. Dengan tangkas sekali Dr M telah membawa PBS ke dalam BN dan menjadi rakan komponen kepada BN pimpinan Dr M dari peringkat Persekutuan itu. Berjaya tenggelam tetapi Dr M tetap berenang dan meninggalkan Berjaya terumbang-ambing dan hanyut sampailah parti itu mati begitu sahaja. Mahathir terus berenang sampai 22 tahun berenang dan menenggelamkan semua musuh-musuhnya yang menghantui kedudukan beliau.

Janji-janji beliau untuk membangunkan negara tidak sampai ke mana kerana beliau hanya mampu untuk membina bangunan tinggi-tinggi, jambatan yang panjang-panjang di dunia. Beliau hanya mampu membina pembangunan fizikal yang merupakan sebahagian pembangunan negara. Pembangunan fizikalnya pesat kerana ia melibatkan projek-projek runding terus yang mahal-mahal untuk kepentingan kroni-kroni dan kebanyakan projek-projek tersebut adalah projek-projek cadangan kroni-kroni dan bukannya untuk keperluan rakyat dan negara. Projek-projek tersebut hanya memberikan keuntungan kepada segelintiran kroni dan keluarga beliau .

Tetapi dalam pembinaan sikap dan ‘mentality’ terhadap rakyat tidak ada langsung sehinggakan pembangunan infrastruktur yang besar-besar itu tidak ‘commensurate’ dengan pembangunan nilai dan budaya bangsa. Rakyat menjadi ahli masyarakat yang ‘materialistic’ yang mengutamakan pengisian perut dan tempolok mereka yang hampir kepada kuasa dan rakyat dipermainkan dengan gula-gula serta coklat manis-manis untuk melekakan mereka dan meneruskan sokongan terhadap kepimpinan yang tidak jujur dan ikhlas itu.

Dr M ini tidak dapat diikut kerenahnya lagi. Dalam satu masa dia mengatakan UMNO sudah busuk sampai ke usus dan mengatakan UMNO bukan untuk yang pandai, cerdik dan bijak. UMNO hanya untuk yang bodoh-bodoh dan yang tidak mempunyai tulang belakang. Tetapi dalam satu masa yang lain Dr M mahukan rakyat memberikan sokongan berterusan kepada UMNO dan BN.

Dalam keadaan UMNO yang lemah Dr M meninggalkan parti dan apabila partinya hilang sokongan tradisi 2/3 beliau menyalahkan Abdullah Badawi. Dr M menyertai kembali UMNO selepas musuh yang dibencinya Abdullah meletakkan jawatan sebagai PM. Apabila kembali menyertai partinya beliau menuduh UMNO itu parti yang rasuah. Dalam pilihanraya yang lalu beliau berkehendakan sangat rakyat supaya tidak memilih parti tetapi memilih calon.

Tetapi sekarang Dr M mahu semuanya mengundi sesiapa sahaja yang diturunkan oleh parti untuk menjadi calon. Beliau telah ‘obsess’ dengan kehendak beliau untuk memenangkan BN sehinggakan beliau meminta semua pemimpin bersumpah tidak akan mensabotaj parti dalam pilihanraya yang akan datang ini sedangkan beliau sendiri adalah pensabotaj UMNO yang terbesar dalam sejarah kewujudan parti itu, sehinggakan beliau sanggup membunuhnya. Dr M bukan sahaja setakat pensabotaj parti tetapi beliau adalah pembunuh parti itu.

Habis keliru rakyat dengan kata-kata Dr M ini. Nak diikut nasihatnya nanti beliau akan menasihati kita melakukan perkara yang dulunya beliau tidak suka. Entah yang mana satu nasihat yang patut diikuti dan entah mana satu kata-katanya yang benar. Lidahnya sentiasa berubah dan jika ada kesempatan elok kita minta Dr M membuka mulutnya lebar-lebar untuk melihat apa jenis lidah yang ada di dalam mulut beliau itu. Kalau ia bercabang hendak juga kita tahu berapa cabangnya.

Pendeknya nasihat beliau kepada TGNA itu elok kita abaikan sahaja kerana jika kita terima nasihatnya, nanti dalam tempoh yang tidak berapa lama lagi Dr M akan menasihati untuk berbuat perkara yang lain pula.

Sesungguhnya Dr M hanyalah seorang yang bermain-main dengan politik yang melakonkan berbagai-bagai watak. Kadang-kadang watak baik tetapi selalunya beliau melakonkan watak sebagai orang jahat yang tidak senang dengan kebaikan yang dilakukan oleh orang lain.

Tetapi apa pun watak yang dilakonkan oleh beliau, Dr M gagal untuk menjadi negarawan. Beliau tidak mungkin mampu untuk menjadi negarawan lagi kerana beliau hanyalah seorang aktivis politik yang sekarang bermain dengan pihak yang hendak digugurkan oleh rakyat ramai.

Mungkin oleh kerana penyelia kemas dan pegawai penerangan khas gagal untuk melaksanakan tugas mereka maka Dr M lah yang mengambil alih tugas mereka untuk berkata-kata perkara yang mungkar sentiasa.

Tetapi kita tidak harus berasa kesal dengan tindakan Dr M ini kerana beliau dari dahulu sampai sekarang hanya kekal dalam keadaan rakyat berpecah-belah. Dalam keadaan rakyat sedang bersatu di luar BN ini Dr Mahathir nampaknya tidak akan menjadi orang yang relevan lagi untuk negara dan rakyat.

Tidak ada siapa yang boleh membetulkan Dr M ini. Hanya Tuhan sahaja yang boleh melenturnya. Kita abaikan sahaja pandangan beliau. Biarkan beliau bercakap kepada dirinya sendiri semahu beliau.

JUTAWAN ARAB SAUDI ADA USD7.7 BILLION-MEMILIH UNTUK JADI MISKIN SEMULA



Pernah dengar tak Al- Rajhi Bank. Mungkin korang pun ada buka akaun kat Bank tu. Hamba Allah yang kat atas ni ialah pengasas Bank Al- Rajhi tersebut. Bank Al-Rajhi adalah Bank Islam terbesar di dunia. Nama Jutawan ni ialah Sulaiman Al-Rajhi. Lahir pada tahun 1920 di Arab Saudi. Dibesarkan di padang pasir. Jutawan yang bekerja dengan hasil usaha sendiri dan bukan berasal dari kerabat diraja.

Fakta berkaitan dengan Sulaiman Al Rajhi ni :


1)  Beliau berasal dari orang miskin menjadi Jutawan dan memiliki USD7.7Billion. Beliau dahulu (2011) orang yang ke 120 terkaya didunia mengikut Majalah Forbes. Sekarang kembali miskin kerana telah menyerah seluruh hartanya kepada anak-anak dan sebahagian besarnya didermakan badan kebajikan.
2)   Membuka Bank Islam kerana Islam mengharamkan faedah atau interest (tiada Bank Islam waktu tu).
3)   Memulakan kerja harian selepas solat subuh dan berhenti hingga waktu Isyak.
4)   Mula-mula membuka Bank Islam di London kemudian baru ke Timur Tengah.
5)   Disiplin yang diamalkan selain bekerja keras ialah menepati masa.
6) Tidak suka membazir; kenapa perlu pasang langsir tebal dan memasang lampu sedangkan Allah swt telah beri cahaya pada siang hari secara percuma?
7)   Bisnes vs peribadi; memiliki ekuiti syarikat penerbangan dan masih membayar untuk tiketnya.
8)   Merendah diri; masih menaiki penerbangan kelas ekonomi.
9)   Menepati waktu; mempelajarinya pada awal memulakan bisnes kerana pernah lewat beberapa minit menghadiri mesyuarat dengan pegawai syarikat terkemuka di Eropah dan pegawai tersebut enggan berjumpanya kerana kelewatan tersebut.
10) Tegas dengan prinsip Islam; dijemput menghadiri jamuan makan malam. Keluar dari jamuan tersebut selepas menyedari ada program hiburan yang menyalahi syariat. Menteri bertanggungjawab akhirnya membatalkan program tersebut bagi membolehkan beliau berada dalam majlis tersebut. Itulah kuasa orang kaya yang beriman.
11) Semuanya baik-baik; Alhamdulillah. Itulah ucapan dari mulut beliau apabila mendengar kilang-kilangnya terbakar. Bukan sekali kejadian itu berlaku, tetapi dua kali.
12)  Semuanya Allah punya; kita cuma pemegang amanah di atas muka bumi.



MORAL CERITA : NAK JADI JUTAWAN KENA KERJA KUAT DAN PANDAI CARI PELUANG. TIADA SHORT CUT NAK JADI KAYA.

Uncle Majid

Selepas Anthony, Guan Eng pula bela TG Nik Aziz



Harakahdaily,24 Okt 2012

(Anthony Loke mempertahankan TG Nik Aziz di Dewan Rakyat)

KUALA LUMPUR: Selepas Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke menepuk meja di Dewan Rakyat kerana marahkan fitnah MCA terhadap Tuan Guru Nik Aziz, Setiausaha Agung DAP pula mengambil langkah yang sama.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam kenyataannya hari ini menyifatkan dakwaan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek bahawa TG Nik Aziz menggalakkan orang bukan Islam dirogol satu pembohongan besar.

"Ini satu pembohongan besar sama dengan pembohongan Utusan Malaysia apabila mendakwa saya anti-Melayu dan anti-Islam kerana Nik Aziz tidak pernah berkata begitu," kata Lim Guan Eng (gambar)dalam kenyataannya.

Semalam, Anthony Loke dalam ucapannya di Dewan Rakyat mempertikaikan kenyataan Chua Soi Lek yang bersetuju dengan Senator Heng dari MCA bahawa TG Nik Aziz menggalakkan orang Islam merogol wanita bukan Islam.

"Saya rasa ini adalah kenyataan yang paling biadab dari MCA. Chua Soi Lek adalah Presiden MCA yang paling silap dalam perkara ini," kata Anthony Loke, anggota Parlimen Rasah sambil menumbuk meja.

Bagi Lim Guan Eng, MCA adalah versi Cina untuk akhbar Utusan Malaysia yang bertenggek di atas kepalsuan, ketakutan dan kebencian untuk hidup.

"MCA umpama lelaki curang yang mendakwa dirinya bermoral dan bermaruah," kata Lim Guan Eng dalam kenyataannya.

Menurut Lim, fitnah terbaru Chua adalah bahawa kerajaan Pulau Pinang merampas peluang lebih 100,000 keluarga tempatan untuk membeli rumah di kawasan pulau akibat harga hartanah yang melambung.

Dalam tempoh setahun kenaikan harga kondominium/pangsapuri sebanyak 411%, rumah pangsa 339%, rumah kos rendah 157% dan rumah berasingan 103%.

"Ini merupakan fitnah yang tidak masuk akal kerana bagaimanalah harga kondo boleh naik sebanyak 411% dalam tempoh setahun?

"Pulau Pinang sudah tentu mengalami peningkatan harga hartanah paling tinggi di dunia apabila semua orang tahu harga hartanah paling tinggi adalah di Kuala Lumpur dan Johor Bahru yang tinggi dari Pulau Pinang," katanya.

Sejuk hati bila pemimpin DAP pertahan PAS



Ahmad Lutfi Othman,25 Okt 2012
Panik. Gelabah. Meracau-racau. Mungkin itu istilah sesuai dapat dirumuskan tentang situasi Umno-BN berdepan tsunami politik Mac 2008, lebih empat tahun lalu, yang menyaksikan BN kalah mengejut lima negeri dan hilang majoriti dua pertiga di Parlimen.

Nampak jelas, sekali Umno dirundung malang, hilang segera kewarasan berpolitik, juga kebijaksanaan mengatur strategi. Segala yang tercapai dek tangan digapai bagi menyelamatkan diri daripada terus tenggelam.

Sentimen dan api perkauman dinyalakan. Media dan alat propaganda yang dikuasai Umno, misalnya Utusan Malaysia dan TV3, bebas memercikkan bahang panas  menggugat sensitiviti. Jika saingan politiknya, seperti PAS ataupun DAP, berbuat demikian, pemimpin dan aktivisnya pasti diserkup pelbagai akta. Apa pun, rakyat semakin matang dan cermat memerhati aksi golongan terdesak itu.

Memikirkan pengundi masih bermentaliti lapuk, mudah dikelirukan isu-isu sensasi dan cepat melupakan persoalan kritikal  -- seperti korupsi, salahguna kuasa, peningkatan kadar jenayah, kenaikan kos hidup -- Umno dan kembarnya, MCA, mencari jalan pintas demi mempertahankan Putrajaya.

Kepada audien Melayu-Islam, Umno ghairah menggambarkan PAS begitu kemaruk kuasa, sanggup menggadai prinsip perjuangan dan rela memeluk rakan barunya, DAP, yang dipersepsikan sebagai musuh agama dan bangsa. DAP pula diunjurkan  menjadi parti paling dominan dan mempunyai kuasa penentu dalam Pakatan Rakyat. Segalanya bertujuan untuk menakutkan pengundi Melayu terhadap usaha Pakatan membentuk kerajaan alternatif.

MCA, yang kalah  pada kebanyakan kerusi majoriti pengundi Cina, menggunakan lenggok bahasa dan penekanan isu berbeda. PAS yang disifatkan Umno sebagai kuda tunggangan DAP, telah diangkat Presiden MCA, Dr Chua Soi Lek -- ketika berdepan masyarakat Tionghua -- menjadi parti paling berpengaruh dan bakal menerajui kerajaan Pakatan di peringkat persekutuan.

Untuk mengusik emosi penyokong tradisinya, konsep Negara Berkebajikan dikritik hebat media Umno, dan PAS ditohmah sanggup melupakan cita-cita menubuhkan Negara Islam, sekali gus meremehkan Hudud. Bekas pemimpin PAS, seperti Dr Hasan Ali dan dua tiga kerat ulamak tertentu diperalatkan bagi memalitkan imej buruk ke wajah Parti Islam itu.

Dalam masa sama, lidah pemimpin MCA terutama Soi Lek, semakin fasih mencerca Hudud dan membayangkan satu undi kepada Pakatan bermakna satu undi kepada pelaksanaan undang-undang Islam, yang sengaja digambarkan sebagai peraturan kolot, menindas dan zalim.

Bukanlah isu besar jika MCA menolak Hudud, memandangkan Umno turut mengambil pendirian hampir sama. Malah sekutu rasminya dalam Perikatan sejak 1953 -- Umno -- melalui pemimpin utamanya kerap melemparkan ungkapan mempersenda dan menghina Islam.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu merumuskan dengan baik situasi ini: "Dulu ketika Umno tidak pandai lagi menggunakan hujah dalam ilmu-ilmu Islam seperti maqasid syariah untuk menolak perlaksanaan hukum Islam, para pemimpin dan pengikutnya mencaci dan mencerca hukum Islam habis-habisan dan menuduh hukum Islam primitif, menimbulkan huru hara dan sebagainya.

"Kerja jahat itulah yang kini disambung oleh Chua sekarang dengan restu Umno yang sengaja berdiam diri dengan perbuatan Presiden MCA itu menghina Islam."

Ketika Soi Lek memberikan gambaran salah terhadap apa yang didakwanya perlaksanaan Hudud di negara-negara yang dianggap "paling korup, tidak stabil dan tidak selamat", dalam perhimpunan agung MCA baru-baru ini, banyak pihak mengecam sikap membisu Perdana Menteri, Najib Razak yang merasmikan majlis berkenaan. Soi Lek juga tidak menyokong tohmahannya itu dengan fakta dan data sahih.

Dalam perhimpunan itu,  Naib Pengerusi Wanita MCA, Senator Heng Seai Kie, yang juga seorang timbalan menteri, memutarbelitkan ucapan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat pada majlis kempen menutup aurat di Kelantan, dengan mendakwa Mursyidul Am PAS itu menggalakkan orang Islam merogol wanita bukan Islam kerana mendedahkan aurat. Satu kenyataan paling biadab, kurang ajar dan cukup celupar!

Najib sebelum itu turut enggan mengulas dakwaan Soi Lek (yang hanya bersumberkan satu SMS diterimanya daripada individu yang tidak dikenali)  bahawa 1.2 juta rakyat akan hilang pekerjaan jika Hudud dilaksanakan. Presiden MCA menyenaraikan pelbagai industri yang terjejas dengan kehilangan pekerjaan yang didakwanya itu, antaranya, pekerjaan di resort perjudian Genting Highlands, pusat pertaruhan dan juga rumah urut.

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dalam satu majlis ceramah membidas Najib: "Presiden MCA boleh berucap menyerang Islam begitu biadap sekali dan dia  boleh duduk senyum. Kemudian bila berucap tak tegur pun. Mana dia maruah  sebagai umat?"

Namun apa yang ditunjukkan Soi Lek bukan lagi sekadar penolakan Hudud (sesuatu yang boleh dianggap lazim bagi seorang bukan Islam), tetapi ia usaha terancang dan bermotif untuk menghina dan merendahkan Islam bagi meraih sokongan. Menyedari MCA mungkin menjadi sejarah selepas PRU13, Soi Lek cuba menampilkan imejnya sebagai "pembela dan penyelamat" bagi masyarakat Cina daripada "kezaliman Hudud".

(Dalam satu paditonya, Mat Sabu menyindir: "Sekarang orang ramai bukan lagi bertanya berapa banyak kerusi MCA yang dimenanginya dalam PRU13 nanti, tapi mereka bercakap berapa ramai ahli MCA yang tinggal.")

Soi Lek secara terbuka pernah melafazkan: "Kita orang Cina berani menentang dan melawan Umno terutama dalam bab Hudud, adakah DAP berani dalam hal ini." Saya perhatikan banyak posting dalam internet menggandingkan kenyataan Soi Lek itu dengan ucapan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng: "Kita orang DAP tidak boleh menghalang kepercayaan orang Islam dalam hal agama mereka, begitu juga orang PAS tidak pernah menghalang dalam bab agama kita."  Masyarakat dapat menilai siapa sebenarnya yang memperlekehkan Hudud.

Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke Siew Fook selepas dilaporkan menepuk meja dalam sidang Parlimen menyokong Tok Guru Nik Aziz yang difitnah Senator MCA, memberi respons penuh hikmah: "Dalam politik kita berbeza pendapat, itu perkara biasa. Umpamanya, kita dalam DAP juga punyai pendapat berbeza dengan PAS dalam soal hukum Hudud. Tetapi kita tidak pergi sampai ke tahap memburuk-burukkan dan menghina Islam."

Gaya politik Soi Lek  -- yang kerap diingati dengan pengakuan rakaman rahsia hubungan seksnya pada 2007 di sebuah hotel di Johor -- dan pemimpin MCA mutakhir ini cukup berbahaya. Ia semakin menjadi-jadi apabila kenyataan menghina Islam oleh Soi Lek  sejak awal dulu tidak pernah ditegur pemimpin Umno. Seharusnya diperbetulkan, apatah lagi jika ia berpunca dari kejahilan, memandangkan Umno juga mempunyai ilmuan Islam dan ulamak!


Saya tertarik dengan ingatan Anthony Loke, Ketua Pembangkang dalam Dun Negeri Sembilan dan ahli Parlimen Rasah, tanda kewarasan dan kebijaksanaan pemimpin Pakatan tidak pernah pudar. Masyarakat Islam tentunya mendapat pengajaran bermakna dalam episod ini, sekurang-kurangnya dapat membantu membuat penilaian menyeluruh dan adil terhadap gelagat aktor-aktor politik yang gelisah berdepan hukuman rakyat.     


Sejuk dada saya membaca kenyataan dan reaksi pemimpin DAP terhadap fitnah MCA itu. Kalau dulu kita terpaksa mengharapkan sanggahan daripada pemimpin PAS tetapi kini cukuplah dengan sokongan sekutunya dalam DAP.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit turut melahirkan rasa terkejut dengan tindakan Soi Lek mempertahankan tuduhan liar Timbalan Menteri Wanita MCA yang mendakwa Tok Guru Nik Aziz membenarkan wanita bukan Islam yang tidak menuruti kod pemakaian Islam dirogol.

"Perasan terkejut kepada ucapan Chua bertukar menjadi kasihan dan sedih melihatkan Presiden MCA sanggup menjadi sebegitu hina untuk menghamburkan pembohongan-pembohongan dan penipuan kerana terdesak memikirkan prospek PRU13," tegas Kit Siang.

"Adalah jelas MCA dan Umno telah mengadakan 'perjanjian syaitan' supaya masing-masing menyebarkan pembohongan dan penipuan untuk menakut-nakutkan pengundi Cina dan Melayu, kerana mereka menyimpulkan bahawa politik kebencian sedemikian adalah satu-satunya cara untuk melindungi dan memelihara kuasa Umno-BN  pada PRU13," tambahnya.

Setiausaha Agung DAP, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam kenyataannya  menyifatkan fitnah terhadap Tok Guru Nik Aziz sebagai "satu pembohongan besar".

"Ini satu pembohongan besar sama dengan pembohongan Utusan Malaysia apabila mendakwa saya anti-Melayu dan anti-Islam kerana Nik Aziz tidak pernah berkata begitu," kata  Guan Eng dalam kenyataannya.

"MCA adalah versi Cina untuk akhbar Utusan Malaysia yang bertenggek di atas kepalsuan, ketakutan dan kebencian untuk hidup. MCA umpama lelaki curang yang mendakwa dirinya bermoral dan bermaruah," ujarnya.

Saya segera teringat bisikan Guan Eng semasa bertemunya di Lapangan Terbang LCTT, Sepang ketika saya masih keuzuran selepas menjalani pembedahan pintasan jantung. Beliau yakin hubungan PAS dengan DAP tidak mudah diputuskan disebabkan persefahaman pemimpin kedua-dua parti, terutama Tok Guru Nik Aziz dan Kit Siang, yang pernah melalui pelbagai penderitaan dan tekanan yang sama dalam memperjuangkan kebenaran dan hak rakyat.

Selamat hari raya Aidil Adha dan melaksanakan ibadah korban serta menghayati pengertian pengorbanan setulusnya seperti ditunjukkan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail. 

Hudud bukan polemik baru



Muhamad Razif Ahmad,
Cerita korban pasti tidak akan lekang daripada sebuah perjalanan kehidupan utusan Allah dalam melaksanakan perintah Tuhannya. Kisah Nabi Ibrahim A.S. dan anaknya, Nabi Ismail A.S. yang diceritakan dalam Al-Quran. Acap kali dikongsikan kepada semua lapisan masyarakat dan telah disyariatkan oleh Allah kepada umat Islam untuk melaksanakan ibadah korban.

Soal pengorbanan pasti tidak terlepas daripada cengkaman kehendak diri. Dalam banyak perkara, kebanyakannya perasaan untuk berkorban pasti bertentangan dengan rasa hati yang berat untuk tidak berkorban. Sehingga pada satu tahap, “Kalau nak sangat, kau kena langkah mayat aku dulu” kata si hati. Soal ikhlas pula mengambil alih tempat di hati, maka itu lebih baik.

Acap kali juga kita mendengar isu hukum Islam yakni hudud, hangat dibahaskan di antara pemimpin-pemimpin negara. Hudud dalam sudut bahasa  merujuk kepada ‘had’, atau ‘limit’.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
"Dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (Surah Al-Baqarah, ayat 229).

Setiap perlakuan pasti ada had yang ditetapkan. Hudud yang disebut di dalam kalam Al-Quran ini bukan ciptaan manusia. Al-Quran itu sendiri juga bukan ciptaan manusia, malah sebagai panduan cara hidup buat segenap umat manusia.

Jadi Apa Persoalan Sebenar?

Isu hudud sebenarnya tidak memerlukan pengaruh politik yang melampau sehingga menyentuh sensiviti individu muslim. Kenyataan ‘berani mati’ Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, seramai 1.2 juta rakyat Malaysia akan kehilangan kerja sekiranya hudud dilaksanakan di Malaysia.

Sikap membandingkan dengan negara Islam lain ternyata mengundang pelbagai kontroversi. Datuk Seri Dr Chua Soi Lek tidak berfikir pada skop yang luas. Kesannya akan dilihat apabila kenyataan membandingkan negara Malaysia dengan negara Islam yang lain pasti mengundang kemelut hubungan dua hala antara negara terbabit.

Datuk Seri Chua Soi Lek menimbulkan polemik ini dengan harapan dapat memperoleh undi daripada kaum cina semata-mata. Datuk Seri tidak melihat pada kaca mata sensiviti umat Islam secara keseluruhan. Perkara ini sangat menjengkelkan dalam konteks Malaysia sebagai negara majmuk yang dihuni oleh pelbagai kaum dan etnik.

ISIUKM berpandangan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek tidak mendapat pendedahan yang cukup dalam soal kesan perlaksanaan hudud. Datuk Seri jangan bersikap hentam keromo sahaja. Pelbagai reaksi balas ditampilkan dalam mengekang isu hudud ini.

“Therefore, hudud law will not impact non-Muslims,” – Menteri di jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

“Perkara berkaitan agama ini sudah tetap, jadi jangan caci atau hina hal-hal yang berkaitan akidah, ia hanya menunjukkan kebiadaban kita sahaja,” - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

"Jika tidak mampu (tiada masa untuk membaca dan memahami mesej yang disampaikan oleh gerakan Islam) , PKPIM merasakan lebih ramai individu, NGO Islam atau mana-mana pihak yang sanggup berdialog dan bersemuka dengan beliau bagi menjelaskan berkenaan perlaksanaan undang-undang Islam ini di Malaysia," - Presiden PKPIM, Ahmad Fahmi Mohd Samsudin.

Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berpendapat, kefahaman tentang pelaksanaan hukum hudud itu sangat penting jika tidak, rakyat akan menganggap perkara itu hanya sebagai isu politik semata-mata. – Sinar Harian

Cadangan Untuk Pemurnian Pandangan

Tindakan menyalahkan antara satu sama lain, tidak akan berakhir. Persoalan hudud ini memerlukan penerangan di setiap peringkat masyarakat. Sudah pasti menuntut komitmen yang tinggi di setiap peringkat masyarakat, kerana setiap individu berperanan terhadap perkara ini.

Tiada tindakan yang bersungguh dalam membina kefahaman rakyat terhadap perlaksanaan hudud. Pihak pemerintah Malaysia hanya memandang sebelah mata sahaja apabila rakan seangkatannya melabel Islam sedemikian rupa. Bukan isu siapa undi siapa, tetapi soal kefahaman itu perlu diperjelaskan.

Seharusnya baik pemimpin kerajaan, pembangkang, NGO dan orang yang arif kepada hukum hakam Islam duduk semeja berbincang hala tuju yang sebenar. Baik muslim mahupun bukan muslim mempunyai hak untuk mengetahui perincian hudud yang sebenar. Jika tidak, isu hudud ini paling kurang akan tamat di penghujung gelombang isu-isu politik.

Ayuh, korbankan ideologi kefahaman seketika. Baik kerajaan mahupun pembangkang dalam hukum hudud yang kian menjadi polemik hai ini. Ada pihak yang bermuka-muka dalam mengemukakan pandangan mereka. Alangkah baiknya, jika penerangan ini benar-benar membumi di dasar masyarakat agar tiada lagi salah faham yang timbul.

Penulis ialah Setiausaha Agung ISIUKM 2012-2013

AES bangkitkan kemarahan rakyat



Syed Abdullah Syed Osman Jamalullail,
Banyak telah dibicarakan dan berbagai reaksi yang tidak begitu menyenangkan apabila Sistem Penguatkuasaan Automatik (Automated Enforcement System - AES) dilaksanakan penguatkuasaannya di seluruh negara.

Walaupun tujuan asalnya untuk mengurangkan kadar kemalangan dan kematian jalan raya, di samping mendidik pengguna jalan raya supaya pemandu lebih berhemah terutama sekali mematuhi lampu isyarat dan tidak memandu melebihi had laju.

Walau apapun, hak dan suara rakyat hendaklah dihormati kerana sebagai pengguna jalan raya mereka lebih arif tentang permasalahan yang berlaku dan akan berlaku jika AES ini diteruskan juga.

Bayangkanlah, sistem lampu isyarat merah, kuning dan hijau itu apabila bertukar ke warna kuning yang memberikan isyarat supaya berhenti, hanya satu atau dua saat sahaja, sedangkan kenderaan yang mengekori kita dari belakang mungkin dipandu agak laju. Sudah tentu akan membahayakan pemandu di hadapan sekali kerana terpaksa menekan brek secara mengejut dan mudah terjadi pelanggaran yang bakal membabitkan beberapa keenderaan yang lain.

Keduanya sistem had laju di negara kita kadangkala tidak masuk akal, iaitu ada jalan raya yang mengehadkan kelajuan yang dibenarkan 30 kilometer sejam atau 40 kilometer sejam walaupun jalan raya itu tampak lurus dan tiada masalah apa pun.

Jika kamera AES dipasangkan di tempat-tempat berkenaan, pastinya ramai yang 'kantoi' dan akan menerima surat saman yang mencecah ratusan dan ribuan ringgit itu. Perkara itulah yang menjadi rungutan pengguna. Hal ini tidak termasuk lagi segelintir pengguna yang nakal yang sengaja memasang plat nombor palsu atau kemungkinan kesilapan teknikal sistem eletronik itu sendiri.

Tidak ada sebab mengapa AES perlu dilaksanakan buat ketika ini kerana kemalangan dan kematian yang membabitkan pemandu di sekitar tempat lampu isyarat dan kawasan zon had laju yang dibenarkan tidaklah seramai mana apabila berbanding dengan penunggang motosikal.

Selain itu, disyorkan agar semua lampu isyarat diletakkan skrin eletronik yang menyatakan minit dan saat sebelum lampu isyarat bertukar warnanya agar mudah untuk pengguna jalan raya memberhentikan kenderaan mereka atau bersedia untuk berhenti dan berapa lama menanti.

Kita kena betulkan sistem yang sedia ada dahulu sebelum masuk ke fasa AES. Hal ini  kerana sistem sekarang pun tidak begitu efisien dalam pengendaliannya lagi dan jika ingin diteruskan juga untuk permulaan janganlah dikenakan denda yang boleh membebankan pengguna.

Saya mencadangkan pengguna jalan raya yang didapati bersalah itu dihukum menghadiri kursus motivasi undang-undang jalan raya atau dikenakan tindakan membuat kerja-kerja kebajikan masyarakat dalam masa yang ditentukan. Mungkin cara ini dapat mendidik pengguna jalan raya dengan lebih berkesan lagi. Denda berbentuk wang ringgit hanya dikeluarkan setelah denda yang lain tidak berkesan atau diambil ringan sahaja.

Kita juga perlu mendisiplinkan pemandu teksi, bas dan kenderaan berat. Di lebuh raya, kenderaan ini selalunya tidak mematuhi had laju. Dalam masa yang sama kerajaan juga mesti menaikkan taraf jalan persekutuan dan negeri. Hal ini kerana, jalan rosak dan berlubang boleh menyebabkan kemalangan berlaku dan lorong jalan laluan khas motosikal juga sepatutnya diperbanyakkan lagi.