Monday, July 1, 2013

Syahidnya Seorang Mujahid Pattani




Kami mendapati pemuda ini dalam keadaan lemah, sakit karena disiksa dan didera oleh tentara penjajah Siam. Beliau ditahan di dalam penjara oleh tentara penjajah atas tuduhan yang tidak jelas dan tidak masuk akal. Dia kemudian disidang oleh mahkamah dan dijatuhi vonis hukuman mati. Dia tidak dapat hadir ke persidangan karena masalah kesehatan.

Setelah mengetahui telah divonis hukuman mati, beliau akhirnya pergi ke dalam hutan dan bergabung dengan kelompok mujahidin. Itu terjadi setahun yang lalu.

Tetapi sekarang beliau telah tiada. Hafizi Abdul Qani telah syahid pada 24 Mei Jum'at 2013 pukul 4.00 petang. Ketika itu kabar kembalinya beliau ke kampungnya di Kampung Pupur, Menara telah dilacak oleh anjing penjajah. Informasi keberadaannya telah diketahui dan sampai ke tangan tentara penjajah Thai. Kira-kira 200 orang tentara termasuk polisi datang untuk menyerang Hafizi. Beliau hanya seorang diri dan harus menghadapi tentara penjajah yang sangat banyak. Beliau tidak gentar. Dengan tenaga dan kekuatan yang ada beliau melawan sekuat tenaga tentara penjajah Siam tersebut.

Walaupun rumahnya dikepung dan diserang dia tetap melawan. Dia tidak mau menyerah. Membunuh atau dibunuh. Dia terus melawan dan berjihad sehingga beliau akhirnya gugur sebagai seorang syuhada pada petang Jum'at.

Jenazah beliau telah dikebumikan di belakang Mesjid Darul Ehsan, Kampung Pupur, Menara, Patani Darussalam. Kakak beliau, yang juga seorang syhada, as-Syahid (insya Alloh) Mubaraq juga disemayamkan di tempat ini.

Ibunya Puan Muslimah sangat bangga mempunyai dua orang anak lelaki yang syahid. Semoga Allah memberikan kemenangan kepada mujahidin di mana pun mereka berada. Aamiin

source http://kembaralisan.blogspot.com/

Kita di serang dengan pelbagai serangan

Ketika Imam Hassan Al Banna duduk bersama Ikhwanul Muslimin, beliau telah berkata, kita di serang dengan pelbagai serangan , dan kita tahu bahawa hanya Allah kita kembali, Akan tetapi janganlah hanya kita menunggu sahaja kemenangan. Bergeraklah dengan bersungguh-sungguh dalam amal ini dan berdoalah kepada Allah.Ketika Imam Hassan Al Banna duduk bersama Ikhwanul Muslimin, beliau telah berkata, kita di serang dengan pelbagai serangan , dan kita tahu bahawa hanya Allah kita kembali, Akan tetapi janganlah hanya kita menunggu sahaja kemenangan. Bergeraklah dengan bersungguh-sungguh dalam amal ini dan berdoalah kepada Allah.

9 ahli Parlimen Mesir letak jawatan

Sembilan Ahli Parlimen Mesir letak jawatanSembilan Ahli Parlimen Mesir meletak jawatan sebagai tanda sokongan kepada protes rakyat
KAHERAH - Sembilan ahli Parlimen Mesir disahkan meletak jawatan susulan demonstrasi menentang kepimpinan Presiden Mohammed Mursi, semalam.

Salah seorang ahli Parlimen terlibat memberitahu media Ahram Online, mereka terpaksa meletak jawatan daripada Majlis Shura dan Parlimen sebagai sokongan terhadap rakyat Mesir.

Memetik laporan Al- Jazeera, setakat ini, keseluruhan tugasan perundangan Mesir dilaksanakan oleh Majlis Shura selepas Parlimen dibubarkan pada Jun 2012 oleh Majlis Tertinggi Angkatan Tentera (SCAF) yang memberi kuasa penuh kepada ketenteraan.

Sementara itu, speaker Majlis Shura, Ahmed Fahmy berkata, sebilangan ahli Parlimen lain turut meletak jawatan tetapi masih belum menerima surat daripada mereka.
Sebelum ini, Muhammed dalam ucapannya berkata, polarisasi hayat politik Mesir semakin terancam dan bakal lumpuh.
Beliau turut mengaku membuat kesilapan pada tahun pertama memegang jawatan dengan memberi peluang kepada pembangkang mengadakan rundingan  bagi membuka jalan untuk menjalinkan kerjasama dalam pembentukan Perlembagaan.

Bagaimanapun, Barisan Penyelamat Nasional (NSF) mendakwa, Muhammed gagal bertanggungjawab terhadap polarisasi politik dan ekonomi negara.

"Peluang telah diberi untuk mengetuai perdamaian tetapi beliau tidak bertindak sedemikian. Peletakan jawatan beramai-ramai ini adalah salah sokongan buat Mesir," kata ahli Parlimen yang turut meletak jawatan, Mona Makram.

Remaja hina raja dipenjara

Remaja hina raja dipenjaraKumpulan pemerhati menggesa pihak berkuasa membebaskan 13 aktivis di Manama
MANAMA - BAHRAIN - Mahkamah jenayah di Bahrain menjatuhkan hukuman penjara setahun ke atas seorang remaja selepas didapati bersalah menghina keluarga Diraja Al Khalifa di laman Twitter.

Menurut laporan Press TV, Ali al-Shofa, 17, dipercayai menghina Raha Hamad Isa Al Khalifa, ditahan di kediamannya.

Susulan tangkapan, aktivis hak asasi manusia menggesa pihak berkuasa membebaskannya kerana bertentangan dengan undang-undan kebebasan hak bersuara.

Media tempatan melaporkan, aktivis turut meminta campur tangan Ketua Pegawai Kesatuan Eropah (EU), Catherine Ashton bagi membebaskan 13 aktivis kerana melancarkan protes aman.

"Jika benar hal ehwal luar EU adalah pusat pengaduan awam, kami mohon supaya  aktivis ini dibebaskan segera," kata pengarah hak pemerhati asasi kemanusiaan EU, Lotte Leicht.

Bekas MP Jerai Cerai Isteri Talak Satu ?

Bekas MP Jerai Cerai Isteri Talak Satu ?

KUALA LUMPUR 1 Julai - Bekas Ahli Parlimen (MP) Jerai (PAS) Mohd Firdaus Jaafar melafazkan cerai dengan talak satu kepada isterinya Nurul Huda Binti Arshad di Mahkamah Rendah Syarie, Daerah Gombak Timur hari ini.

Tuntutan cerai difailkan oleh Nurul Huda selepas mendapati tiada lagi keserasian dalam perhubungan antaranya dengan Firdaus.

Ketika perbicaraan, Nurul Huda hanya mengangguk tanda faham setelah Hakim Shaiful Azli Bin Jamaludin bertanya sama ada beliau mengerti fakta kes yang dibacakan oleh Peguam Zahir Razak yang mewakili Firdaus.

Setelah meneliti kes, Hakim kemudiannya bersetuju terhadap tuntutan cerai tersebut dan memerintahkan Firdaus melafazkan cerai dengan talak satu.

Nurul Huda yang tidak diwakili peguam kemudiannya menitiskan air mata apabila Firdaus melafazkan cerai.

Dalam temubual bersama wartawan Rakyat News, beliau menyatakan perasaan redha diatas penceraian tersebut.

Sepanjang lima tahun perkahwinan, Firdaus dan Nurul Huda tidak dikurniakan cahaya mata.

 
Posted by jeebond
KUALA LUMPUR 1 Julai - Bekas Ahli Parlimen (MP) Jerai (PAS) Mohd Firdaus Jaafar melafazkan cerai dengan talak satu kepada isterinya Nurul Huda Binti Arshad di Mahkamah Rendah Syarie, Daerah Gombak Timur hari ini.

Tuntutan cerai difailkan oleh Nurul Huda selepas mendapati tiada lagi keserasian dalam perhubungan antaranya dengan Firdaus.

Ketika perbicaraan, Nurul Huda hanya mengangguk tanda faham setelah Hakim Shaiful Azli Bin Jamaludin bertanya sama ada beliau mengerti fakta kes yang dibacakan oleh Peguam Zahir Razak yang mewakili Firdaus.

Setelah meneliti kes, Hakim kemudiannya bersetuju terhadap tuntutan cerai tersebut dan memerintahkan Firdaus melafazkan cerai dengan talak satu.

Nurul Huda yang tidak diwakili peguam kemudiannya menitiskan air mata apabila Firdaus melafazkan cerai.

Dalam temubual bersama wartawan Rakyat News, beliau menyatakan perasaan redha diatas penceraian tersebut.

Sepanjang lima tahun perkahwinan, Firdaus dan Nurul Huda tidak dikurniakan cahaya mata.


Posted by jeebond

Alhamdulillah

Alhamdulillah,berapa maksimum likes untuk pasangan yang bahagia ini ? <3

Nasib pemogok lapar Guantanamo


Nasib pemogok lapar Guantanamo
Nasib pemogok lapar Guantanamo
PENJARA  Guantanamo ditubuhkan pada  11 Januari 2002 oleh bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush untuk menahan suspek yang ditangkap di Afghanistan dan di tempat lain selepas serangan 11 September 2001.
Susulan timbulnya aktiviti penyeksaan, sekumpulan besar tahanan mula melancarkan mogok lapar pada pertengahan 2005.

Tahanan menganjurkan beberapa mogok lapar bagi membantah penahanan yang dibuat ke atas mereka tanpa sebab.

Sehingga ke hari ini, tindakan mogok lapar masih berterusan di pusat tahanan Guantanamo di mana memaksa pihak pengurusan pusat memaksa tahanan makan secara menyakitkan. 

Pencabulan terang-terangan AS
Seorang penganalisis politik mendedahkan, keadaan tahanan yang dahsyat dalam penjara di bawah pengawalan tentera Amerika Syarikat (AS) di Guantanamo Bay, Cuba, hanya sebahagian kecil daripada pelanggaran hak asasi terang-terangan Washington di seluruh dunia.
“Ia (Guantanamo) adalah bahagian kecil daripada bilangan itu kerana AS menguruskan begitu banyak penjara lain di seluruh dunia menerusi pelbagai negara,” Stephen Lendman, seorang pengarang terkenal dan Penyelidik Bersekutu di Pusat Penyelidikan Untuk Globalisasi, berkata dalam satu wawancara eksklusif bersama media antarabangsa, minggu lalu.
Beliau menambah bahawa Guantanamo adalah 'wajah awam Amerika yang hodoh'.
Lendman juga mengkritik Presiden AS, Barack Obama kerana gagal menunaikan janjinya untuk menutup penjara itu.

Penganalisis itu berkata lebih separuh daripada tahanan Guantanamo berhak untuk dibebaskan tetapi AS tidak melepaskan mereka atas sebab-sebab yang amat tidak munasabah.

“Tahanan di situ benar-benar putus asa. Mereka sanggup menahan lapar sehingga mati. Ia adalah satu pilihan yang lebih baik daripada tinggal di Guantanamo selama-lamanya," katanya. Lendman.

Dipaksa makan

Kira-kira 130 daripada 166 tahanan penjara Guantanamo yang melancarkan mogok lapar bukan sahaja dibiarkan di dalam kesejukan melampau, malah turut melalui prosedur paksa makan secara kejam dan berbentuk seksaan.
Menarik sekali, kesemua jururawat dalam penjara tidak memakai tanda nama bagi mengelak tahanan membuat aduan kepada peguam mereka.

Sebelum itu, tentera AS dengan mudah mengeluarkan kenyataan bahawa kira-kira 100 sahaja tahanan yang melancarkan mogok lapar dan dibantah oleh peguam tahanan yang memberitahu bilangan sebenar.

Seorang banduan yang masih melancarkan mogok lapar sejak Februari lalu menceritakan, majoriti pemogok lapar diseksa dan disakiti oleh pengawal penjara dan jururawat yang memaksa mereka makan.

Ahmed Belbacha, 43, warganera Aqlgeria berkata, proses pemaksaan makan telah mengakibatkannya muntah sehingga keluar darah.

"Ketika mereka memaksa kami makan di Kem 6, kaki dan tangan kami diikat dengan rantai besi. Kemudian, kami dipaksa duduk di kerusi sebelum mengikat kami di situ pula," kata Ahmed.

Kem 6, adalah sebuah bangunan penjara dilengkapi 200 sel dan pusat tahanan terbesar di Teluk Guantanamo.

Ahmed yang ditahan di pusat tahanan Guantanamo sejak 11 tahun lalu pernah dibebaskan selama enam tahun tetapi ditahan semula atas sebab tidak munasabah.

Laporan media menyebut, pegawai penjara memaksa banduan makan melalui tiub besi yang dimasukkan ke hidung tahanan. Kumpulan hak asasi kemanusiaan melabelkan tindakan paksa makan sebagai penyeksaan.

Dua minggu lalu, kira-kira 200 pakar perubatan dan profesional menghantar surat terbuka kepada Presiden AS, Barack Obama, memintanya untuk membolehkan tahanan dirawat oleh pakar.

Obama dikritik

Presiden Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa, Peter Maurer menggesa pentadbiran Obama untuk memperbaiki keadaan di Guantanamo dan mengkritik prosedur paksa makan sebagai penyelesaian kepada mogok lapar.

“Jika kita lihat mogok lapar hari ini, kita mentafsirkan ini sebagai gejala, sebagai petunjuk tentang kekurangan perspektif bahawa tahanan mempunyai, kesan daripada kerajaan AS yang tidak menepati janji yang telah dibuat
dahulu," kata Maurer pada sidang akhbar baru-baru ini.

Sejurus dilantik sebagai presiden AS, Obama menandatangani perintah eksekutif untuk menghentikan jawatankuasa tentera dan menutup penjara Guantanamo menjelang 2010. Walau bagaimanapun, janji ini masih tidak dilaksanakan sehingga ke hari ini.

Pada awal 2009, Obama membuat perjanjian dengan jelas sekali untuk menutup penjara dalam masa 12 bulan.

Beliau malah menyalahkan Kongres atas kegagalan untuk membuktikan janjinya.

Adun Ayer Keroh kena serang lagi


Adun Ayer Keroh kena serang lagi
Cermin belakang SUV miliknya turut pecah dibaling batu.
Adun Ayer Keroh kena serang lagi
Cermin belakang kereta turut pecah.
Adun Ayer Keroh kena serang lagi
Poay Tiong berdiri di hadapan pagar rumahnya yang disimbah cat merah
Adun Ayer Keroh kena serang lagi
Poay Tiong (dua, kiri) menerangkan sesuatu kepada pegawai penyiasat.
BUKIT BERUANG - Selepas cermin keretanya dipecahkan dua minggu lalu, sekali lagi, Adun Ayer Keroh dari DAP, Khoo Poay Tiong menerima kejutan apabila pagar dan sebuah keretanya yang lain pula disimbah cat merah.

‘Kejutan’ itu disedari Poay Tiong ketika keluar dari rumahnya di Jalan D1, Taman Dahlia, di sini, kira-kira jam 7.30 pagi.

Menurutnya, keadaan kereta jenis Honda CRV terpakai yang baru dibelinya sebelum PRU13 masih dalam keadaan baik ketika beliau pulang ke rumah jam 12 tengah malam kelmarin.

“Saya balik ke rumah kira-kira jam 12 tengah malam selepas selesai urusan sebagai Adun dan sebelum memasuki rumah, keadaan kereta dan pagar rumah masih baik.

“Namun ketika keluar dari rumah jam 7.30 pagi saya melihat terdapat cat merah pada pagar dan kereta serta lantai garaj,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Poay Tiong berkata, cermin belakang kenderaan kemudahan sukan (SUV) miliknya turut pecah dipercayai dibaling batu berikutan terdapat objek keras itu di atas lantai.

“Perbuatan ini mungkin dilakukan antara jam 12 tengah malam hingga 7.30 pagi namun kira-kira jam 1 pagi saya ada terdengar bunyi sesuatu dari luar rumah.

“Saya tidak mengesyaki apa-apa malah menyangka mungkin bunyi itu dilakukan kucing lalu saya terus sambung tidur,” katanya.

Beliau berkata, mujur tiada perkara lebih buruk berlaku di dalam rumah yang turut dihuni isteri, Lee Wei Cheng, 43, dan tiga anak perempuannya berusia dari lima hingga 15 tahun.

“Saya tidak ada musuh membabitkan perkara lain, namun saya tidak menolak kemungkinan perbuatan ini berunsur politik dan mungkin juga berkaitan kritikan saya di dalam politik baru-baru ini.

“Mungkin saya ada tersalah cakap menyebabkan ada yang tidak puas hati dengan saya. Kalau ada yang tidak berpuas hati, saya sedia berunding. Banyak saluran boleh digunakan untuk berbincang,” katanya.

Menurut Poay Tiong, beliau yang menyerahkan kes tersebut kepada pihak polis turut berharap rakaman dari kamera litar tertutup (CCTV) di rumahnya boleh membantu untuk menyiasat kejadian berkenaan sekali gus
menyelesaikan kes.

“Kejadian seumpama ini kali kedua saya alami apabila kali pertama cermin bahagian kiri belakang kereta jenis Kia Sportage saya dipecahkan orang pada 13 Jun lalu dan laporan polis sudah saya buat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd Rahman ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima laporan pada jam 9.20 pagi.
“Kami menerima laporan di Balai Polis Bukit Baru sebelum memaklumkan kes berkenaan kepada anggota ronda dari Balai Polis Ayer Keroh lalu membuat tinjauan ke tempat kejadian.

“Rakaman CCTV akan diambil untuk membantu kes yang disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan kesalahan menakutkan secara jenayah,” katanya.

Wartawan panjat bahu mangsa banjir dipecat

GAMBAR menunjukkan imej seorang wartawan yang memanjat bahu seorang mangsa banjir semasa membuat liputan banjir di India kelmarin.


UTTARAKHAND - Seorang wartawan dipecat kerana membuat liputan bencana sambil duduk di atas bahu seorang mangsa banjir di sini, India, lapor sebuah akhbar semalam.
Majikannya, News Express menyifatkan wartawan tersebut sebagai tidak berperikemanusiaan di samping melanggar etika syarikat.
Wartawan tersebut, Narayan Pargaien membuat laporan di sini yang merupakan kawasan paling teruk dilanda bah dengan memanjat ke atas bahu seorang mangsa banjir.
"Anda tidak boleh memanjat ke atas bahu seseorang untuk membuat laporan berita," kata Rangkaian Televisyen News Express, Nishant Chaturvedi.
"Kami telah memecat Narayan pada Selasa lalu," tambahnya.
Walaupun News Express tidak pernah menyiarkan liputan tersebut rakaman itu telah dibocorkan di internet dan ditonton oleh lebih 2,000 pengguna di laman web YouTube. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0701&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz2XluIIYEV 
Hakcipta terpelihara