Tuesday, March 23, 2010

Salahuddin Mahu Seret PM ke Jawatankuasa Hak Dan Kebebasan



Oleh Fazli Othman
KUALA LUMPUR 23 MAC - Ahli Parlimen Kubang Kerian Salahuddin Ayub akan menyerahkan fakta dan dokumen berkaitan isu tuntutan royalti minyak Kelantan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat yang didakwa bercanggah dengan jawapan yang diberikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada sidang Parlimen 4 November lalu.
Timbalan Speaker Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersetuju untuk menerima dokumen berkaitan perkara tersebut setelah 
Salahuddin bangun dengan mengemukakan usul tersebut di bawah Peraturan Mesyuarat 36 (12) pagi tadi.
Dalam sidang media beliau berkata Najib diberi tempoh tujuh hari bagi membuat penjelasan dan jika tidak beliau boleh dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.
Perdana Menteri pada sesi penggulungan November lalu didakwa telah menyelewengkan fakta berhubung hak Kelantan mendapat royalti atas alasan minyak tersebut berada di luar kawasan perairan negeri, iaitu tiga batu nautika seperti dirujuk pada Akta Ordinan Darurat 1969.
Beliau berhujah Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 1969 sebenarnya telah pun dimansuhkan.
"Walaupun ordinan tersebut telah dimansuhkan kerajaan telah memperuntukan wang ihsan kepada negeri Terengganu dengan mengambil kira minyak di luar perairan negeri itu," kata Salahuddin.
"Meskipun peruntukan perundangan adalah jelas, kerajaan telah memperuntukan wang ehsan untuk negeri Terengganu dengan mengambilkira pengeluaran minyak di luar pesisir negeri tersebut.
"Dengan menggunakan perkataan wang ehsan, Perdana Menteri telah menyeleweng Dewan yang mulia kerana menurut satu surat yang ditulis oleh Petronas kepada Datuk Setiawangsa, Pegawai Kewangan Negeri di Pejabat Perbendaharaan Negeri Wisma Darul Iman Kuala Terengganu yang bertarikh 19 September 1978 menyatakan anggaran pembayaran wang royalti petroleum 1979.
"Begitu juga surat-surat daripada Petronas kepada kerajaan negeri Terengganu selepas itu termasuklah kepada Menteri Besar Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada tahun 1999 telah jelas menyatakan wang royalti.
"Bagi saya jelas Perdana Menteri telah menyelewengkan Dewan dan dengan menggunakan Peraturan Mesyuarat 36 (12), saya memberi tempoh tujuh hari supaya Menteri membuat penjelasan", jelas beliau dalam sidang media yang diadakan di lobi parlimen.
Dalam pada itu, Speaker meminta tempoh seminggu untuk meneliti semua dokumen dan fakta dan Najib harus menjawab dalam masa tujuh hari dan jika tidak  beliau boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Hak Dan Kebebasan.

Gejala buang bayi: Perlu kepada kaedah pencegahan



Idris Ahmad   

Parti Islam Semalaysia (PAS) memandang berat gejala pembuangan bayi di negara ini. Perbuatan durjana yang lebih teruk daripada zaman jahiliah sebelum baginda dibangkitkan menjadi Rasul. Gejala ini amat memalukan  negara, kebetulan majoriti yang   terlibat ialah orang melayu Islam. Fenomena yang berlaku menunjukkan gejala yang tidak bermoral ini semakin parah dan menggambarkan kegagalan kerajaan yang ada pada hari ini gagal untuk mendidik rakyat menjadI manusia yang berguna dan tahu tentang nilai hidup mereka.

Peristiwa ini amat memalukan Islam kerana orang Melayu mewakili penduduk yang beragama Islam.  Secara tidak langsung akan merosakkan imej Islam di pandangan orang bukan Islam di negara ini.

Parti Islam Semalaysia (PAS) melihat bahawa kerajaan Umno/BN pada hari ini tidak serius dalam menanggani masalah ini. Ia bukan mencari jalan untuk menutup punca supaya gejala ini tidak berlaku. Ia lebih kepada program yang bersifat menyapu sampah di bawah karpet. Program yang dilaksanakan  untuk mengatasi masalah akhlak lebih beroreintasikan perniagaan sesama kroni. Sebab itu projek Rakan Muda dan PLKN semuanya oreintasi untuk mengkayakan kroni sahaja. Akhirnya matlamat tidak tercapai, sebaliknya wang negara lesap begitu sahaja walau terpaksa membelanjakan wang berbilion ringgit.

Sepatutnya dalam menanggani masalah pembuagan bayi ia mesti bertindak sebagai mana kaedah Islam iaitu  “Saddu Zara’ik” menutup pintu kerosakan. Kerajaan sepatutnya mengawal pusat hiburan, memperkatatkan peraturan iklan yang menghairahkan, mewajibkan pelajar Islam memakai tudung, mengawal pergaulan bebas, kempen menutup aurat, kempen jauhi zina.

Selain daripada mendidik dan mengawal maka kaedah yang paling berkesan ialah mesti kembali kepada hukum yang Allah kenakan kerana hukum Allah  mempunyai roh iaitu “nakala minallah” yang Allah akan melontarkan kegerunan untuk pelaku maksiat menjauhkan perbuatan zina. Sudah banyak cadangan yang kerajaan cadangkan, kita tidak dengar satu pun cadangan untuk kembali kepada apa yang diajar oleh ajaran Islam.
Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Royalti: Dokumen dakwa Najib bohong diserah kepada Speaker



Hazayani Zakaria   
KUALA LUMPUR, 23 Mac: Ahli Parlimen Pakatan Rakyat akan menyerahkan dokumen yang mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berbohong berhubung isu royalti kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat esok.

Salahudin Ayub (PAS-Kubang Kerian) dalam satu sidang media pagi ini berkata, beliau telah mengemukakan perkara itu kepada Speaker di bawah Peraturan Mesyuarat 36 (12) pagi tadi.

"Sebentar tadi saya telah bangun dalam dewan dan mengemukakan peraturan mesyuarat 36(12) yang meminta penjelasan daripada yang dipertua dewan dan ahli parlimen yang pada anggapan saya telah melakukan penelewengan fakta pada 4 November tahun 2009." katanya yang juga Naib Presiden PAS.

Menurutnya, Perdana Menteri dalam jawapannya berhubung isu royalti tahun lalu menggunakan istilah wang ehsan sedangkan terbukti dalam surat Petronas kepada pegawai kewangan Negeri Terengganu pada tahun 1979, jelas menggunakan bayaran royalti, bukan wang ehsan.

Ujarnya juga, surat Petronas kepada Menteri Besar Terengganu ketika itu, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang juga menyebut wang royalti.

“Perdana Menteri telah mengunakan perkataan wang ehsan dalam isu tuntutan royalti dan telah menyelewengkan dewan,” katanya.

Menurut Salahudin, dokumen berkaitan sedang disediakan dan dijangka diserahkan kepada Speaker pagi esok.

Pada masa yang sama, Najib diberi tempoh tujuh hari bagi membuat penjelasan berhubung perkara itu.

"Dewan boleh merujuk beliau kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan maka tadi saya berdiri dan memberi tempoh selama tujuh hari kepada Perdana Menteri untuk membuat penjelasan," katanya.

Najib ketika perbahasan berhubung isu tuntutan royalti Petroleum Kelantan di Dewan Rakyat pada 4 November lalu menggunakan mendakwa Terenganu hanya diberikan wang ehsan.

Polis Bantuan MBPJ: Hishammuddin Sanggah Keputusan Musa





Oleh Faizal Ezzany
KUALA LUMPUR 23 Mac - Perselisihan faham antara Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammudin Hussein dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan semakin jelas apabila menteri membuat penafian menolak permohonan Majlis Bandaraya Petaling Jaya untuk menubuhkan Polis Bantuan seramai 50 anggota.
Suara Keadilan sebelum ini melaporkan MBPJ telah memperuntukan RM4.2 juta untuk tujuan tersebut tetapi telah ditolak oleh Musa.
Keputusan yang dibuat oleh Ketua Polis Negara secara bertulis pada 17 Mac kepada MBPJ mengatakan kelulusan tidak dapat diberi dengan alasan akan wujud pertindihan kuasa antara polis dengan pasukan yang akan ditubuhkan nanti.
Hishammudin hari ini menegaskan pihak KDN tidak pernah menolak permohonan dari mana-mana pihak termasuk syarikat persendirian dalam usaha membantu polis membasmi jenayah di negara ini.
Beliau berkata sepatutnya kelulusan diberikan kerana ini adalah satu usaha yang baik membantu pihak polis. 
Kenyataan menteri itu jelas mengambarkan pendirian bercanggah dengan Musa ekoran beberapa isu termasuk surat perletakan jawatan serta  campur tangan pihak ketiga dalam urusan pentadbiran polis.
Ahli Parlimen Machang Saifuddin Nasution Ismail menyifatkan memang jelas wujud perselisihan antara menteri dan KPN jika dirujuk kepada kenyataan mereka sebelum ini.
"Memang jelas sekali ada perbalahan antara mereka seperti kes surat perletakan jawatan yang disiarkan di dalam akhbar dan juga tentang kenyataan campur tangan pihak ketiga.
"Kenyataan yang diberikan oleh Menteri Dalam Negeri itu jelas dan tak perlu dinafikan lagi, ini menunjukkan suatu yang tidak sihat dalam usaha untuk membasmi jenayah. Saya rasa mereka perlu meredakan pertelingkahan antara mereka agar suasana keselamatan dalam negara ini lebih terjamin," kata beliau.
Hishammudin dalam kenyatannya memberitahu pihak yang memohon boleh merujuk kepada dia secara terus bagi menilai semula permohonan tersebut serta menyambut baik langkah MBPJ.

Bakar Utusan Malaysia Tindakan Biadap: Mohamad


KUALA LUMPUR: Seorang penyokong kerajaan hari ini menyifatkan tindakan orang Melayu membakar akhbar Utusan Malaysia baru-baru ini sebagai perbuatan paling biadap terhadap bangsanya sendiri.

Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) berkata, akhbar itu merupakan lidah rasmi bangsa Melayu ketika menuntut kemerdekaan dahulu tetapi malangnya, akhbar itu kini dihina oleh orang Melayu sendiri.

"Saya ingin menyatakan terutamanya kepada orang Melayu yang membakar Utusan Malaysia beberapa minggu lalu sedarkah perbuatan ini perbuatan yang paling biadap kepada bangsa Melayu.

"Utusan Malaysia ditubuhkan pada tahun 1937, 73 tahun yang lalu. Inilah lidah rasmi bangsa Melayu (ketika) hendak menuntut kemerdekaan negara ini. Inilah akhbar yang mendidik minda Melayu supaya terus maju, inilah lidah yang menjadi wakil kepada wadah perjuangan Melayu untuk menyatukan Melayu dan membawa Melayu kepada perubahan yang lebih baik dari zaman itu untuk masa-masa akan datang.

"Apakah tergamak orang Melayu menghina satu akhbar yang begitu besar jasanya kepada bangsa Melayu," katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong pada Dewan Rakyat hari ini.

Perbahasan Mohamad itu kemudian dicelah beberapa Ahli Parlimen termasuk Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) yang turut kecewa dengan tindakan orang Melayu terhadap akhbar arus perdana itu.

"Kita di sini bukan membela siapa, tetapi kita nyatakan yang benar tetap benar, mungkinkah mereka telah dipengaruhi oleh pemimpin bukan Melayu," kata Bung Moktar.

Bung Moktar berkata, akhbar itu juga dilabel sebagai rasis oleh pihak pembangkang kerana sering menyiarkan berita berbentuk provokasi seperti pendedahan pembatalan perarakan sambutan Maulidur Rasul oleh kerajaan Pulau Pinang.

Membahaskan isu lain, Mohamad mahu peruntukan pada Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) nanti lebih banyak berbanding RMK-9 memandangkan lima tahun akan datang, segala harga barangan dan kemudahan akan meningkat naik.

Selain itu, beliau turut menyatakan kebimbangan senario wanita tempatan yang berkahwin dan lari bersama lelaki dari Lombok yang semakin menjadi-jadi pada masa kini.

"Wanita kita suka sangat kepada lelaki Lombok ini kenapa? Saya dengar orangnya handsome (kacak), lemah-lembut. Kita harus berhati-hati, saya hendak ingatkan kalau perempuan kita berkahwin dengan lelaki Lombok jangan kita ambil tindakan melulu, kalau dah kahwin apakah wajar kita suruh bercerai," katanya. - BERNAMA

Raja katak saman The Sun 5 juta


Presiden Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali hari ini mengemukakan saman terhadap akhbar The Sun dengan menuntut ganti rugi sebanyak RM5 juta.


Spesis katak yang paling cantik didunia, tetapi sangat merbahaya

Saman itu dikemukakannya ekoran penyiaran artikel dalam akhbar tabloid berkenaan mendakwa Sultan Selangor, Sultan Sharifuddin Idris Shah telah menasihati beliau kerana bersikap ultra-Melayu dan melampau serta cauvinis dalam memperjuangkan hak bumiputera di negara ini.


Ibrahim menamakan Ketua Pengarang Kumpulan The Sun, Ho Kay Tat, penerbit akhbar The Sun Sun Media Corporation Sdn Bhd dan penulis artikel berkenaan, Terence Fernandez sebagai defendan.


Writ saman tersebut dikemukakan oleh firma guaman, Salehuddin Saidin kepada akhbar tabloid berkenaan melalui kiriman faks dan serahan tangan hari ini.


Ibrahim dalam penyataan tuntutannya mendakwa, artikel bertarikh 17 Mac 2010 yang disiarkan dalam akhbar tabloid itu yang bertajuk Sultan Keeps Perkasa Guessing On Invitation, menceritakan tentang kehadiran Sultan Sharifuddin tidak pernah sekali pun memberi perkenan untuk merasmikan mesyuarat agung Perkasa pada 27 Mac ini kerana baginda bimbang wakil rakyat Bebas itu bersifat ultra-Melayu dan cauvinis.


Zahrain 'bunuh 40 penyamun'

Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim sekali lagi membuat kenyataan yang mengejutkan apabila mendakwa sebenarnya seramai 40 wakil rakyat Barisan Nasional yang mahu melompat menyertai Pakatan raklyat pada 16 September 2008 dan bukannya lapan seperti yang dikatakan beliau sebelum ini.

"Sebenarnya ada ramai lagi nama yang tidak saya sebutkan, saya cuma baru dedahkan lapan nama sahaja tapi sebenarnya ada 34 hingga 40 orang Ahli Parlimen BN.

"Ahli Parlimen Kalabakan pun rapat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Sebenarnya saya keluar parti kerana parti ingin hadapkan saya ke Lembaga Displin, saya tersinggung kerana Anwar tak benarkan saya mengkritik kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang.

"Saya juga tidak akan dedahkan nama-nama Ahli Parlimen yang lain seperti yang dicabar oleh Ahli Parlimen Kalabakan.

"Saya terkejut kerana Kalabakan membuat serangan peribadi dan tidak memberikan saya laluan untuk menjawab di dalam Dewan dan saya terpaksa menjawab melalui sidang media ini," kata Zahrain pada sidang media di luar Dewan petang tadi.

Sebelum itu Ghafur mendakwa Zahrain membuat pembohongan dan meminta beliau menamakan Ahli Parlimen yang disebut akan melompat pada 16 September 2008.

Dalam sidang media yang ditemani Ahli Parlimen Kulim Zulkifli Noordin, beliau enggan mendedahkan nama yang disebut akan meninggalkan Barisan Nasional walaupun dicabar oleh Ahli Parlimen Kalabakan.
* teringat cerita Ali Baba bersama 40 penyamun...

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Nazri hina kaum Wanita

.Ahli Parlimen Titiwangsa Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali berkata penggunaan ungkapan 'anak betina' yang ditujukan kepada Ahli Parlimen Wanita Pakatan dalam sidang Dewan berkenaan dianggap sebagai satu penghinaan kepada kaum wanita.
"Perkataan 'anak jantan' menerangkan keberanian golongan lelaki tetapi apabila ungkapan 'anak betina' ditujukan pada kami adalah sangat tidak wajar.
Kami juga membantah kebiadaban beliau kerana penggunaan perkataan betina itu merujuk kepada binatang sedangkan tempat kami sebagai seorang wanita adalah terpuji dan perlu dihormati," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini hari ini.
Merujuk kepada anutan seksisme, Dr Lo' Lo' berkata adalah berlawanan dengan Perlembagan Malaysia dan pengakuan negara dalam mendukung tuntutan untuk menghapuskan sebarang bentuk diskriminasi terhadap wanita (CEDAW).
Ini kerana anutan seksisme membawa pemikiran bahawa satu gender adalah lebih inferior atau lemah dari yang lain.
Ia juga bermaksud mendriskiminasikan gender dan tidak mempedulikan perihal memelihara maruah dan martabat gender, lelaki atau wanita.
"Seksisme dalam Parlimen sering berulang kerana tiada pengharaman terhadap pengujaran dan kelakuan seksis dalam peraturan mesyuarat. Namun apa yang berlaku, Ahli-ahli Parlimen yang seksis yang sepatutnya dihukum bebas lepas begitu sahaja," ujar beliau lagi.
Sehubungan itu, Wanita Pakatan menyeru seluruh wanita Malaysia supaya menyenaraihitamkan Ahli Parlimen yang seksis dengan tidak akan memilih calon-calon ini dalam pilihan raya akan datang.
Sementara Ketua Wanita KEADILAN Zuraida Kamaruddin melahirkan rasa kecewa beliau bilamana selepas 50 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan masih terdapat di kalangan Ahli Parlimen lelaki yang gagal memahami konsep seksisme.
"Saya betul-betul kecewa kerana sehingga kini Ahli Parlimen lelaki masih tak dapat memahami isu keserataan gender dan meletakkan kaum wanita di tempat yang sepatutnya dengan memainkan ungkapan berunsur seksis," katanya.
Mengulas isu sama, Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok pula menyarankan Speaker Dewan Rakyat untuk mengambil perhatian ke atas perlakuan sedemikian supaya tidak berulang pada masa akan datang.
"Speaker hendaklah bersikap tegas dengan menegur mana-mana Ahli Parlimen atau mengambil tindakan serius berhubung perkara ini."
Hadir sama dalam sidang media tersebut, Ahli Parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Mohd Yusof dan Ahli Parlimen Bukit Mertajam Chong Eng.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Ku Yie - Janda Najib Razak



05 April 2009 11:40 AM





Oleh Mohd Sayuti Omar
SEJAK beberapa malam dulu dan kemuncaknya hari ini semua media massa cetak dan eletronik memaparkan kisah hidup dan perjuangan Najib Razak. Perjalanan politik Najib dari awal hingga akhir - sehingga angkat sumpah menjadi PM ke-6 dilakar dan ditulis demikian rupa. Sem
uanya menggambarkan kehebatan dan keagungan Najib sebagai 'dewa bangsawan politik.'

Bukan saja karektor Najib sebagai seorang pelajar yang baik, cerdik dan pintar sejak sedari kecil dilukiskan; kegemaran, pakaian, cara pidato dan telatah Najib di meja makan juga turut sama dilukiskan. Pendeknya semua tidak terlepas dari cakupan media massa, masing-mas
ing berlumba untuk menukilkan (glorify) sesuatu yang indah dan menyeronokkan.

Penulis yang mencari makan di hujung pena pula akan mencatat sesuatu yang merujakan rakyat tentang Najib. Mengelak rakyat agar menyokong Najib sepenuhnya sebagai perdana menteri. Manakala ahli politik yang mencari kerusi akan melihat Najib umpama sebutir intan yang bersinar dari semua dimensi dipandangnya.

Semua orang yang hampir dengan Najib diinterviu dan ditanya mengenai masa silam Najib. Mengenai sikap Najib dan falsafah politiknya. Mereka yang berkongsi kereta dengan Najib semasa di London juga turut sama diinterviu dan cerita itu dipaparkan dengan penuh nostalgik bagi menggambarkan kerendahan dan ketawadukan diri Najib.Ibu Najib, Tun Puan Rahah Mohd Noah juga sudah semestinya ditanya mengenai anaknya yang bertuah itu. Maka berceritalah Rahah mengenai masa kecil perdana menteri itu. Bahawa Najib bukan dilahirkan untuk menjadi perdana menteri, namun Rahah terpaksa akur dengan kehendak dan ketentuan Allah s.a.w. Dan jawatan yang dijabat oleh anak sulung itu sangat disyukurinya.

Begitu juga dengan isteri kedua Najib, Rosmah Mansor pun dipotretkan begitu anggun sekali. Sebagai seorang isteri yang bekerja kuat dan pemberi semangat kepada Najib. Seorang isteri yang berpeluh berpela bersama Najib dalam mengapai kerusi penuh berkuasa itu. Bahkan ada yang gatal mulut berkata jika bukan kerana kesungguhan Rosmah, Najib tidak mungkin menjadi perdana menteri!

Ertinya orang yang bekerja kuat untuk meletakkan Najib di kerusi nombor wahid negara ialah Rosmah Mansor? Maka wajarlah kalau Najib menyanyangi Rosmah lebih dari segala-galanya.

Dan saya sebagai penulis yang mengikut perjalanan politik Najib sejak tahun 80-an merasa semacam tidak lengkap apabila media dan orang bercakap mengenai Najib. Persis ada kekosongan telah berlaku dalam autobiografi kehidupan Najib itu, apabila perkara ini dialpakan.

Apakah hakikat ini tidak diketahui oleh pengamal media atau pencatat sejarah politik berusia bawah 30-an ataupun ianya sengaja dilupakan? Kalau wartawan atau penulis muda lupa, apakah wartawan dan penulis veteran juga lupa mengenai hal ini?

Apa yang saya maksudkan itu ialah seorang insan bernama Puteri Zainah binti Iskandar, perempuan pertama yang bersama Najib membina kehidupan. Siapakah Puteri Zainah ini? Dia adalah wanita pertama yang berada di sisi Najib. Wanita pertama yang berada di kiri Najib atas pelamin yang kilau gemilau. Wanita pertama yang menjadi teman tidur Najib yang sah. Wanita pertama yang meyendukkan nasi ke pinggan Najib. Wanita pertama yang mengambil baju dan seluar Najib untuk ke pejabat.

Ke manakah wanita ini sekarang? Apakah ia boleh dilupakan bahawa beliau pernah wujud bersama perdana menteri baru itu? Apakah ianya boleh dilupakan begitu saja? Bolehkan setiap detik sejarah berlalu dihapuskan oleh perasaan kebencian?

Tidak.... wanita ini tidak boleh disunyikan seolah ia tidak pernah hidup bersama Najib. Betapa sejuta kali tidak suka sejarah ini tetap terpahat dalam benak rakyat. Betapa pun ada kuasa yang cuba menafikannya, namun sejarah dan biologi tidak boleh menafikan bahawa darah wanita ini ada dalam tubuh tiga orang anak perdana menteri itu; Mohd Nizar, 32, Puteri Norlisa, 28 dan Mohd Nasifuddin? Bolehkah dunia mengenepikan begitu saja?

Puteri Zainah masih hidup dan masih sihat. Cebisan kenangan indah dan buruk beliau dengan Najib masih terpampar di kepalanya. Dia juga berhak sebenarnya bercakap mengenai Najib. Dia masih waras untuk bercerita segala-gala dari malam pertama sehinggalah kemalam terakhir kehidupan rumah tangganya dengan Najib. Sebelum si janda Rosmah Mansor menjelma dalam lataran hidup Najib, Puteri Zainah atau lebih dikenali dengan Ku Yie inilah yang mengikut Najib ke majlis-majlis kerajaan. Yang menemani Najib menziarahi rakyat di Pekan dan seluruh Pahang semasa Najib menjadi Menteri Besar Pahang dulu. Ku Yielah yang menjadi pujaan dan kesayangan Tun Puan Rahah. Ku Yielah yang lebih dikenali dan dimesrai rakyat Pahang berbanding dengan Rosmah.

Kenapa media melupai Ku Yie ini? Rasanya elok kalau media ikut sama bertandang ke rumah ke Yei Jalan Maktab, off Jalan Gurney, Kuala Lumpur untuk bertanya dan bercerita masa-masa indah bersama bekas suaminya itu yang kini menjadi perdana menteri.

Tinjaulah juga pendapat dan pandangannya. Selaminya juga perasaan hati kecilnya bagaimana setelah lelaki yang pernah hidup bersamanya dulu kini sudah bergelar sebagai perdana menteri. Coretlah juga perasaan gembira Ku Yie atas apa yang berlaku itu. Tidak salah rasanya, bahkan tinjauan itu melengkap dan menyempurnakan lagi autobiografi Najib.

Ku Yie tentu menyimpan sejuta cerita mengenai Najib termasuk cerita-cerita misteri yang terlarang untuk dibukukan. Elok juga kalau dicungkilkan bagaimana rumah tangga mereka yang dibina selama lebih 10 itu tiba-tiba runtuh dan hancur. Sedikit sebanyak dari kisah rumah tangga itu dapat sama-sama kita melihat kelemahan Najib dan juga kemampuannya dalam membina negara dan nusa.

Saya menunggu dengan penuh minat cerita atau komen daripada Ku Yie. Saya mahu tenguk apa yang media tulis dan korek darinya. Sekiranya dalam tempoh beberapa hari ini tidak ada komen dari Ku Yie insyaAllah saya akan cuba membuka semula album kehidupan Ku Yie bersama perdana menteri yang sudah terbungkus dalam sejarah itu yang ada dalam pengetahuan saya.

Dan sejarah itu penting untuk dibaca oleh 27 juta rakyat Malaysia mengenali siapakah sebenarnya perdana menteri mereka dan siapakah juga wanita nombor wahid Malaysia kini.

Kita semua pengecut
Posted on Tuesday, March 23 @ 01:08:03 PDT
Dilulus untuk paparan oleh SongkokPutih

Oleh: shahil

"Assalaamualaikum dan salam hormat.

Kita semua pengecut...bahkan kebanyakan penulis di TKO ini pengecut. Semuanya menulis untuk menentang kebejatan, menampakkan diri sebagai pejuang tetapi menulis seperti askar yang menembak kemudian melarikan diri.

Dalam TKO ini masing-masing menulis berapi-api namun dengan nama samaran. Masing-masing menulis berbagai rentak dan nama. Ada menunjukkan rentak Islam, ada menunjukkan rentak liberal dan berbagai lagi.
Namun semuanya pengecut melainkan pemimpin-pemimpin atasan PR seperti Anwar Ibrahim, dan penulis seperti Subky Latif, Lutfi, Sayuti, dan pemimpin PAS seperti TG Hadi Awang, TG Nik Aziz, Husam dan lain-lain. Mereka menulis dengan nama sebenar.
Yang lain? Semua menulis dengan nama samaran. Macam-macam nama hingga mungkin akan ada nama "tongkang buruk", "taierok" dan lain-lain. Semuanya menulis bagai pejuang bahkan kelihatan seperti bakal-bakal mengangkat senjata.
Mengapa menulis dengan nama samaran? Sangat sedia maklum sebabnya. Kerana dengan nama samaran kita dapat melepaskan diri dari tanggung jawab. Siapa menulis artikel ini? Entah...Tongkang pecah bukan, taierok tidak mengaku.
Maka membaca tulisan tanpa penulis sebenar samalah mengutip bahan bertulis ditepi longkang. Bahan bertulis tidak bernama atau nama yang tidak dapat dikesan tidak boleh dijadikan rujukan thesis.
Maka sia-sia sahaja berada di laman ini hanya untuk membaca tulisan tanpa nama atau tulisan dengan nama samaran, yang tidak akan dapat di cari untuk dipertanggung jawabkan.
Telebih baik melayari MAlaysiakini. Sekurang-kurangnya diketahui pemiliknya Steven Gan.
Selamat tinggal TKO yang dipenuhi penulis pengecut.
Wassalam 
"
 

Kenapa? Why ?


KENAPA YB MIDAH MINAT SANGAT DENGAN SURAU TAMAN SONG CHOON

Tuesday, March 23, 2010

Taman Song Choon, Ipoh - Jika sebelum ini ADUN Sg. Rapat, Hamidah Osman bertindak menggunakan surau Al-Falah Taman Song Choon, Ipoh walaupun tanpa mendapat kebenaran dari AJK surau tersebut, kali ini beliau difahamkan sekali lagi cuba untuk menggunakan surau tersebut bagi tujuan politik beliau.

Salah seorang AJK surau Taman Song Choon memaklumkan bahawa wakil Yb Midah telah datang menemui salah seorang AJK surau tersebut untuk memaklumkan hasrat mereka namun ditolak mentah-mentah . Walaupun cuba dipujuk oleh Ketua Bahagian Umno Gopeng yang menjanjikan sumbangan seekor lembu dan wang ringgit , beliau tetap dengan pendirian bahawa AJK surau tersebut tidak akan membenarkan program tersebut diadakan di surau Taman Song Choon. Ini ekoran dari tindakan biadap umno yang menggunakan surau tersebut sebelum ini yang menggunakan surau bagi program politik walaupun tanpa kebenaran AJK surau.

Walaupun wakil umno cuba untuk mengatakan bahawa surau bukan milik PAS, AJK surau tersebut menyatakan bahawa walaupun surau itu bukan hak PAS,hanya orang PAS sahaja yang datang ke surau sedangkan ahli umno lebih gemar bersembang di padang. Ahli-ahli PAS juga komited memberikan sumbangan bagi menjayakan program kuliah yang diadakan hampir setiap malam di surau tersebut walaupun tidak mendapat bantuan walau satu sen termasuk dari jabatan agama sendiri.

Cadangan dari Yb Midah sendiri tidak dipersetujui oleh beberapa ahli umno di taman tersebut. Mereka mengatakan bahawa ahli-ahli umno "dipulau" oleh masyarakat sekeliling selepas tindakan umno menceroboh surau sebelum ini. Malahan ada di antara kenduri yang diadakan oleh ahli umno tidak dihadiri masyarakat setempat dan ada di kalangan mereka yang malu bergaul dengan masyarakat lantaran tindakan pemimpin umno kawasan terutamanya Hamidah sendiri yang tidak menghormati AJK surau.

Sebelum ini umno telah menganjurkan program memasak bubur assyura di surau tersebut walaupun tanpa kebenaran dan akhirnya program tersebut dipulau oleh masyarakat sekitar dan YB Hamidah terpaksa membawa ahli-ahli umno dari luar bagi memenuhkan kerusi-kerusi yang kosong. Mereka juga terpaksa menebalkan muka menghantar bubur lambuk dari rumah ke rumah selepas tiada masyarakat yang hadir untuk mengambilnya sendiri.

DPPKG - Hairan kenapa umno beria-ia sangat hendak menggunakan surau taman song choon sedangkan mereka boleh menggunakan banyak lagi masjid dan surau di sekitar DUN Sungai Rapat tanpa halangan.

DPP Gopeng

ezam ingat dia seorang saja yang kenal Anwar


Ezam tidak kenal Anwar, sebab itu dia kluk-klek



Muhammad Yusri Amin

KOTA BHARU, 22 Mac: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan bekas Setiausaha Politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ezam Mohd Nor tidak mengenali Anwar sebenarnya.

Kerana tidak kenal itulah menyebabkan sikap beliau berubah-ubah atau kluk-klek, sekejap sokong dan sekejap lagi menentang Anwar.

“Saya pun kenal juga (Anwar Ibrahim). Dia kenal, saya pun kenal. Jadi tak usahlah mendakwa yang pelik-pelik sangat.

“Saya boleh terima nasihat dia, tetapi (jangan) sampai kepada peringkat (seolah-olah) macam saya tidak kenal siapa Anwar Ibrahim. Saya kenal Anwar semasa dia berada dalam ABIM lagi.

“Saya terima nasihat dia (Izam), tetapi saya juga menasihatkan dia jangan banyak ubah pandangan.

“Ini kerana kalau dia kenal Anwar Ibrahim, kenapa dahulu dia mendekati tetapi sekarang kenapa pula dia lawan. Ini menunjukkan dia tidak kenal. Namun saya kenal Anwar Ibrahim dahulu sampai sekarang.

“Izam tidak kenal, sebab itulah dia (bersikap) sekali rapat, sekali marah, itu menunjukkan tidak kenal,” tegasnya yang juga Mursyidul Am PAS.

Nik Aziz mengulas nasihat mantan Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Izam Mohd Nor supaya (Nik Aziz) menjauhi Anwar Ibrahim.

Ini kerana, mengikut dakwaan Izam bahawa dia lebih mengenali siapa dia Anwar Ibrahim.

harakahdaily


Read more: http://biaqpila.blogspot.com/2010/03/ezam-tidak-kenal-anwar-sebab-itu-dia.html#ixzz0izix0cKF

Musuh Zahrain bertambah




Ahli Parlimen Kalabakan Datuk Ghafur Salleh mendakwa Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim semakin 'gemuk' dan 'kenyang' setelah beliau bertindak keluar KEADILAN dan menjadi anggota Bebas.Dalam satu sidang akhbar yang diadakan setelah beliau membidas Zahrain di dalam Dewan kerana menamakan nya sebagai salah seorang antara lapan Ahli Parlimen yang mahu melompat menyertai Pakatan Rakyat pada 16 September 2008, Ghafur berkata zahrain telah berbohong.
"Saya tidak pernah lompat parti dan ini bererti Zahrain tidak menggunakan fakta yang betul.
"Media seperti Berita Harian, Utusan dan TV3 kata Anwar umpan saya, saya nak tanya siapa yang umpan siapa?
Saya minta Zahrain dedahkan semua 32 nama pemimpin wakil rakyat daripada Barisan Nasional yang ingin melompat.
"Apa yang boleh dikatakan di sini, Zahrain nampaknya sudah gemuk apabila sudah menjadi Ahli Bebas.
Saya nak beritahu Zahrain, jangan dengar cerita orang buat masyarakat di tempat saya keliru dan saya mahu tanya kenapa sudah dua kali 16 September, baru kali ini buat keputusan. Tarikh tersebut sudah menjadi sejarah kenapa sekarang baru dipersoalkan," kata Ghafur kepada media.
Ghafur berkata Zahrain perlu menamakan semua nama Ahli Parlimen yang mahu melompat jika dakwaan beliau itu benar dan mempunyai asas.
Sebelum ini Zahrain mendedahkan nama lapan orang wakil rakyat Barisan Nasional semasa perbahasan titah menjunjung kasih Yang DiPertuan Agong.
“Saya nak katakan apa yang berlaku untuk 16 September bukan dari pembangkang dan sebagainya tetapi daripada dalaman Umno yang cuba menjatuhkan kepimpinan Pak Lah pada waktu itu. Ia satu sejarah yang tidak boleh dinafikan ada dalam negara kita,” kata Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz omar.
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

ISU 1MALAYSIA & 1ISRAEL: ANWAR AKAN TAMPIL DEDAH FAKTA APCO



Selasa, Mac 23, 2010 | Author: Tok Kiyai
(Foto: EP)
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa APCO Worldwide pernah berkhidmat untuk Perdana Menteri Israel Ehud Barak pada 1999 dan beliau akan memberi penjelasan kepada Speaker Parlimen.
"Saya akan beri penjelasan, dan penjelasan ini akan dibuat berdasarkan respon Perdana Menteri pada 18 Mac," kata Anwar dengan merujuk kepada jawapan bertulis Perdana Menteri Najib Abdul Razak yang mengakui bahawa APCO Worldwide Sdn Bhd dilantik untuk menyediakan perkhidmatan komunikasi menyeluruh.
Awal hari ini Anwar diminta Dewan Rakyat untuk menjelaskan kenyataan bahawa '1Malaysia' adalah salinan pendua kepada 'Satu Israel' yang dirangka APCO.
Syarikat perunding ini bagaimanapun menafikan tuduhan tersebut, seraya BN bergegas merujuk Anwar ke jawatankuasa Parlimen untuk disiasat.
"Saya akan beri penjelasan, kerana APCO sememangnya berada di Israel pada masa itu. Mereka dibayar untuk menafikan perkara ini, tetapi saya akan tunjukkan fakta," tegas beliau merujuk kepada penafian syarikat itu.
"Saya juga mahu menuntut penjelasan siapa itu APCO, berapa kerajaan bayar kepada mereka dan apa peranan APCO dalam komunikasi dan apakah nasihat mereka kepada pelbagai kementerian, terutamanya kementerian-kementerian strategik," tambah beliau.
SUMBER di sini.

UMNO LEBIH YAKIN DENGAN SYARIKAT YAHUDI BERBANDING SYARIKAT BUMIPUTRA (APCO)?




Tindakan UMNO mahu mengheret Anwar Ibrahim ke “Select Committee” Parlimenmenampakkan kesakitan yang mendalam yang dialami oleh UMNO.

Kes ini mendedahkan betapa UMNO adalah parti yang hipokrit. Semenjak mula-mula Anwar dipecat dari TPM, Dr Mahathir telah menuduh Anwar agen asing dan agen Amerika. Namun, dengan terdedahkan perkaitan UMNO dengan APCO, sebuah ajensi “Perhubungan Awam” milik Yahudi bertaraf antarabangsa amat memalukan UMNO.

Laman web APCO mendedahkan perkaitan UMNO dengan mereka secara terbuka:

Hong Kong (August 10, 2009) – APCO Worldwide, continuing to broaden its
activities in Asia, is opening a new office in Kuala Lumpur, Margery Kraus,
president and chief executive officer, announced today. Among the office’s first
clients is the Government of Malaysia under the government of Prime Minister
Najib Razak.

Malaysia continues to demonstrate that it is a major player in Asia, one of the great manufacturing nations for electronics and a sophisticated participant in global markets across many sectors", said Kraus.

"APCO’s ability to leverage strategic communication capabilities across borders
mirrors the kind of leverage Malaysia has achieved in its approach to business
and trade, making this a natural location for our expansion".

Diberitakan APCO dibayar oleh UMNO dengan duit rakyat Malaysia sebanyak 60 juta setahun. Kalau UMNO mengambil khidmat syarikat-syarikat Malaysia dan Bumiputra, UMNO hanya perlu membayar tidak lebih dari 10% dari kos itu.

MENGAPA SYARIKAT YAHUDI BERBANDING DENGAN BUMIPUTRA/MALAYSIA?

Untuk berkomunikasi dengan rakyat Malaysia, seharusnya syarikat Malaysia lebih layak. Ini kerana syarikat Malaysia lebih memahami cita rasa serta perasaan dan hati naluri rakyat Malaysia.

Mengapa perlu ambil syarikat dari luar negara yang mempunyai hubungan rapat dengan Israel? Apakah syarikat-syarikat Malaysia tidak berdaya maju? Apakah syarikat-syarikat di Malaysia tidak bermutu tinggi?

Di bawa artikel ini, saya mendapat senarai beberapa firma “Perhubungan Awam” di Malaysia yang boleh didapati di internet untuk rujukan pembaca sekelian.

ADAKAH UMNO TAKUT RAHSIA MEREKA TERBONGKAR?
Syarikat antarabangsa milik Yahudi diambil kerana mereka orang luar. Jadi, sekiranya ada apa-apa “rahsia” UMNO yang mereka tahu, maka terjamin rahsia itu tidak terdedah.

Adakah itu sebenarnya mengapa APCO diambil oleh kerajaan Malaysia? Adakah perginya Zahid Hamidi bertemu Presiden Israel satu masa dahulu atas perancangan APCO juga?

Adakah pemecatan wakil Malaysia di IAEA juga atas perancangan APCO?

Soalnya mengapa perlu syarikat milik Yahudi untuk menjalankan kerja-kerja UMNO ini. Itu soalan yang perlu kita bahaskan kerana sehingga hari ini, soalan ini masih belum berjawab.

Tapi yang sahnya, slogan 1Malaysia adalah ilham pemikir Yahudi yang diambil kerja oleh APCO yang sebelum ini digunakan oleh Ehud Barak di dalam membawa agenda “1Israel”.

1Malaysia, 1Israel. Berjalan sehati sejiwa.

Katak Pasir Mas berbunyi lagi, Kuang, Kuang, Kuang

TUESDAY, MARCH 23, 2010


Saya tak berapa pasti bagaimana bunyinya katak ketika memanggil hujan. Tapi rasa-rasa bunyinya kuang, kuang, kuang. al-Katak Pasir Mas cadang, suruh kononnya Si 'Awang Lembut' yang sembelit tu pergi menghadap Dr.Yusuff Al-Qaradawi, bersumpah dan mencerita kisah tentang dirinya.

Wahai si katak, Agama Islam amat berbeza dan memang berbeza dengan amalan penganut Kristian. Dalam Islam, hanya Allah SWT yang berhak mengampunkan segala dosa hambanya. Ini berbeza dengan kepercayaan dan amalan penganut kristian di mana Pope boleh mengampunkan dosa pengikutnya.

Dalam konteks ini apa maknanya nak bawa si 'Awang Lembut' itu menghadap Dr.Yusuff kerana beliau tiada kuasa sebagai seorang hakim untuk menerima sesiapa yang bersumpah menjadi 'mangsa'.

Dalam konteks DS Anwar, Dr.Yusuff hanya memberi hujah Syariah, bahawa sebarang pertuduhan berkait dengan zina atau liwat mesti didatangi saksi 4 orang yang adil lagi tidak fasik.

Kuang, Kuang, Kuang, rasa-rasanya si katak Pasir Mas dan kambing UMNgOk tu bercakap di luar konteks......alahai......

8 ahli Parlimen BN dipuji


KUALA LUMPUR 22 Mac - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memuji lapan ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) kerana kesetiaan mereka kepada parti walaupun dikaitkan dengan tindakan melompat parti bagi menubuhkan kerajaan 16 September.
Katanya, beliau sendiri telah bertemu dengan sebahagian daripada mereka dan dimaklumkan yang tawaran Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim itu ditolak secara bulat-bulat.
"Saya sungguh kagum dengan mereka ini kerana ia memberikan gambaran positif yang menunjukkan kesungguhan, keikhlasan dan kesetiaan mereka pada BN.
"Bagi saya kalau betul perkara ini akan berlaku, kenapa sampai sekarang tak ada seorang pun daripada mereka ini yang pergi ke seberang sana?" katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Beliau diminta mengulas pendedahan ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim baru-baru ini tentang lapan nama ahli Parlimen BN yang dikatakan akan melompat parti bagi membolehkan Anwar menubuhkan kerajaan 16 September.
Hishammuddin berkata, nama-nama wakil rakyat BN itu mungkin digunakan bagi terus memperdayakan pihak pembangkang supaya terus menyokong pelan penubuhan kerajaan baru itu.

Exco mohon jadi ibu angkat



HAMIDAH (dua dari kanan) bersama Rusnah melihat keadaan bayi yang ditemui di dalam semak di Ipoh, Perak semalam.


IPOH - Nasib malang bayi perempuan seberat 2.8 kilogram yang ditinggalkan di dalam semak berdekatan sebuah pusat beli-belah di sini pada Sabtu lalu, mendapat perhatian.
Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Pelancongan dan Hal Ehwal Wanita negeri Perak, Datuk Hamidah Osman melawatnya di Wad 6, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini.

Pertandingan tiga penjuru



PARA penyokong pemimpin MCA memenuhi ruang legar Wisma MCA di Jalan Ampang, Kuala Lumpur semasa proses pencalonan berlangsung semalam.


KUALA LUMPUR - Pertandingan bagi merebut 31 jawatan tertinggi kepimpinan MCA bermula secara rasmi semalam apabila 101 calon disahkan layak bertanding selepas proses penamaan calon selesai dijalankan.
Ia sekali gus membuka peluang kepada kira-kira 2,400 perwakilan untuk menentukan nasib parti itu sekali lagi pada 28 Mac ini selepas parti terbesar kaum Cina itu mengalami krisis kepimpinan yang terburuk dalam sejarahnya.

Tempoh seminggu untuk Anwar beri penjelasan



IBRAHIM ALI (atas, kanan) bertindak menghempas kertas apabila berlaku perang mulut selama lebih satu jam antara beberapa Ahli Parlimen di Dewan Rakyat semalam.


KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) diberi masa seminggu untuk menjelaskan kenyataannya bahawa gagasan 1Malaysia ditiru daripada slogan One Israel.
Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee memutuskan perkara itu selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohamed Nazri Aziz memaklumkan bahawa kerajaan memandang serius isu itu.

Pas akui sokong 'Kerajaan 16 September'


KUALA LUMPUR 22 Mac - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengaku mengetahui serta menyokong pembentukan 'Kerajaan 16 September' yang diusahakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2008.
Katanya, rancangan itu tidak menyalahi undang-undang ataupun etika berpolitik sekalipun Anwar turut mengaitkan nama Yang di-Pertuan Agong serta Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam usaha memujuk wakil rakyat Barisan Nasional (BN) menyertai pembangkang.
Menurut beliau, walaupun Yang di-Pertuan Agong tidak terlibat secara langsung dalam arena politik, namun Seri Paduka tetap berhak mengetahui rancangan itu serta menolak atau menerimanya.
''Bagaimanapun Agong masih mempunyai peranan dalam politik. Yang di-Pertuan Agong juga berhak tahu, berhak terima ataupun menolaknya (rancangan 16 September). Memang kita bersama berusaha membuat rancangan itu," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Beliau diminta mengulas pendedahan Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim pada sidang Dewan Rakyat Rabu lalu mengenai rancangan Anwar untuk mengambil alih kerajaan Pusat '16 September'.
Menurut Zahrain, dalam usaha memujuk wakil rakyat BN 'melompat' menyertai pembangkang, Anwar turut 'menjaja' nama Yang di-Pertuan Agong dan ATM kononnya kedua-dua institusi terhormat negara itu merestui pembentukan kerajaan berkenaan.
Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang mendakwa, rancangan 16 September itu sebenarnya serupa dengan usaha BN untuk menguasai negeri-negeri yang diperintah pembangkang namun tidak menjelaskannya dengan spesifik.

Bung Mokhtar akui pernah dipelawa


KUALA LUMPUR 22 Mac - Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin mengakui pernah dipelawa oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyertai kerajaan 16 September tidak lama dahulu.
Tanpa menyatakan tarikh serta lokasi perjumpaan itu dengan tepat, Bung Moktar berkata, pertemuannya dengan Anwar adalah secara kebetulan iaitu ketika mereka bersama-sama menaiki penerbangan sama.
''Dia (Anwar) datang jumpa saya tanya apa khabar, saya cakap baik dan dia tanya bila nak ikut, saya tanya ikut apa, dia kata sudah ada 30 orang dan saya balas awak ada 30 orang, bentuk kerajaanlah, itu sahaja," katanya.
Beliau berkata demikian ketika perbahasan menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong pada sidang Dewan Rakyat hari ini.
Bagaimanapun katanya, beliau tidak pernah langsung berhasrat untuk meninggalkan Barisan Nasional (BN) demi menyertai pembangkang bagi membentuk kerajaan.
Pendedahan Bung Moktar itu adalah sebagai reaksi terhadap kenyataan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mengenai rancangan pembentukan 'Kerajaan 16 September' oleh Anwar.
Sementara itu, Bung Moktar menyeru supaya anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang lain bangkit daripada tidur dan angan-angan membentuk kerajaan Pusat.
Sambil mengucapkan tahniah kepada Zahrain yang kini menjadi wakil Bebas setelah keluar parti 12 Februari lalu dan menyifatkan Zahrain bertindak sedemikian kerana sudah mendapat petunjuk daripada Tuhan untuk ke landasan yang benar.
"Yang lain saya tidak boleh cakap belum ada petunjuk tetapi mungkin mereka belum terbuka hati mereka oleh Allah, saya simpati dengan mereka yang belum mendapat petunjuk, saya berdoa satu hari sebab tiada yang boleh ubah hati manusia selain daripada diri mereka dan Allah," katanya.