Tuesday, April 7, 2015

Hudud: Usul Hadi dalam aturan urusan mesyuarat Dewan Rakyat hari ini

KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang Persendirian berkaitan hudud yang akan dibentangkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, tersenarai dalam aturan urusan mesyuarat Parlimen hari ini.

Pembentangan rang undang-undang itu yang akan membuka laluan bagi pelaksanaan hudud di Kelantan disenaraikan sebagai perkara terakhir (No.24) untuk dikemukakan kepada mesyuarat.
Bagaimanapun, rang undang-undang itu mungkin tidak berpeluang untuk dibentangkan berdasarkan senarai aturan urusan kerajaan yang panjang.
Abdul Hadi telah mengemukakan notis bagi usul itu dibentangkan di Dewan Rakyat pada 18 Mac lepas.
Usul itu akan membolehkan Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang membentangkan rang undang-undang untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) 1965 bagi membuka laluan pelaksanaan hudud di Kelantan.
Pada 19 Mac, Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan meluluskan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015), atau hudud yang hanya terpakai kepada orang Islam mukalaf sahaja apabila ia dilaksanakan kelak selepas 44 ADUN sebulat suara meluluskan rang undang-undang itu.
Ketegasan PAS untuk membentangkan usul persendirian itu telah meretakkan hubungan dalam pakatan pembangkang, khususnya antara PAS dan DAP.
Susulan itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, dalam satu kenyataan, berkata DAP mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan dan menghentikan kerjasama dengan Abdul Hadi, sebagai protes pelaksanaan undang-undang hudud itu.
Rakan sekutu PAS di Sabah dan Sarawak pula bertindak menamatkan kerjasama dengan parti itu.
- BERNAMA


Dr Mahathir Akui Wang Negara Hilang Semasa Jadi PM


Diterbitkan: Selasa, 7 April 2015 5:05 PM
Dr Mahathir Mohamad.

PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui berlaku kehilangan wang negara semasa beliau menjadi Perdana Menteri.
"Saya akui di masa saya juga ada kehilangan wang negara. Tetapi rakyat dan dunia tahu bagaimana wang ini hilang," katanya menerusi satu kenyataan di blog chedet.cc pada Selasa.
Dr Mahathir berkata, punca kerugian itu membabitkan Perwaja Steel, Bank Bumiputra dan Maminco.
Beliau turut mahu penjelasan mengenai dakwaan terhadap penglibatannya dalam Konsortium Perkapalan dan Forex serta bagaimana ia merugikan kerajaan.
"Yang nyata ialah negara tahu di mana pergi wang yang dilabur semasa saya. Dalam perniagaan adakala untung, adakala rugi. 
"Yang tidak boleh diterima ialah duit itu hilang tanpa diketahui ke mana," katanya.
Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri dari 1981 hingga 2002.
Beliau turut merujuk kepada kejatuhan nilai Ringgit sebanyak 70 sen pada masa ini yang menyebabkan kerugian berbilion Ringgit kepada negara.
"Tetapi apabila Ringgit diselamatkan dari penyangak matawang, berbillion Ringgit duit kerajaan diselamatkan. Dan ramai peniaga yang muflis dan hampir muflis terselamat pada tahun 1998. Lupakan sahajalah peristiwa ini kerana ia berlaku di zaman saya," katanya.
Bagaimanapun katanya, tidak munasabah dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berkenaan dengan hutang RM42 bilion.
Kerajaan menubuhkan 1MDB pada 2009 bagi memacu pelaburan strategik, dikritik ekoran sejumlah besar hutangnya.
Dr Mahathir juga mempersoalkan peranan Low Teik Jho yang juga dikenali Jho Low dalam 1MDB sambil berkata, perbandingan tidak seharusnya dibuat antara Jho Low dan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin.
"Saya tidak menuduh Datuk Seri Najib (Tun Razak). Saya bertanya kerana hutang berbilion itu perlu ditanggung rakyat. Sesiapa yang menuduh saya ada agenda tersendiri atau saya lakukan perkara sama ketika masa saya (sebagai Perdana Menteri)," katanya.
Beliau berkata, ketika meletak jawatan, adanya usaha untuk mencari bukti beliau menipu wang kerajaan.
"Saya tidak ada masalah jika mereka menyiasat saya lagi," katanya.

Buka semula laman web ‘sebar fahaman radikal’


Jakarta: Kementerian Komunikasi dan Informasi Indonesia kelmarin membuka semula akses kepada 22 laman web selepas dikritik kerana mencabuli hak kebebasan bersuara.
Semua laman web berkenaan sebelum ini ditutup selepas Agensi Antipengganas Kebangsaan (BNPT) mendakwa ia mempromosikan fahaman radikal.
Pihak berkuasa percaya propaganda disebarkan militan Negara Islam (IS) di Internet membantu kumpulan berkenaan merekrut pejuang dari negara itu.
Bagaimanapun, kumpulan hak asasi manusia mengkritik kerajaan dan berpendapat tindakan seperti itu boleh memakan diri.
Sebelum ini, kerajaan halang akses ke beberapa laman sesawang termasuklah arrahmah.com, voa-islam.com dan dakwatuna.com.
Petang kelmarin, semua laman sesawang berkenaan boleh dilayari semula. - AFP
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/40914#sthash.HaUklo1H.dpuf

Manusia paling tua meninggal dunia

Tokyo: Dinobatkan selaku manusia tertua di dunia, Misao Okawa yang sebelum ini menyifatkan umurnya begitu panjang kerana ‘makan makanan lazat’ serta cukup waktu tidur, meninggal pada usia 117, semalam.
Anak saudagar kain di Osaka, Misao dilahirkan pada 1898 pada tahun Amerika merampas kepulauan Hawaii dan minuman jenama Pepsi-Cola dilancarkan.
Dia juga berkongsi tarikh lahir dengan pemimpin revolusi China, Zhou Enlai.
Selepas menyambut ulang tahun kelahirannya 5 Mac lalu Misao beransur hilang selera makan dan meninggal dunia awal semalam dengan dikelilingi cucunya.
Misao mendapat pengiktirafan Rekod Dunia Guinness pada Jun 2013 apabila Jiroemon Kimura, juga dari Jepun, meninggal dunia pada usia 116 tahun 54 hari.
Kini, orang tertua di dunia adalah Gertrude Weaver dari Amerika Syarikat yang akan menyambut hari ulang tahun kelahirannya ke 117 tahun pada 4 Julai ini. - Reuters
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 April 2015 @ 9:38 AM


Misao
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/40901#sthash.zbFEav6s.dpuf

Tuntut gelaran orang paling tua hidup di dunia


Tashkent: Rakan seorang wanita Uzbekistan yang meninggal dunia beberapa hari lalu mendakwa dia manusia paling tua di dunia kerana hidup sehingga 135 tahun.
Rakan Tuti Yusupova mendakwa sijil kelahiran dan pasport membuktikan dia lahir pada 1 Julai 1880.
Mereka kini mahukan Buku Rekod Guinness mencatatkan pencapaian itu.
Pemegang rekod ketika ini ialah wanita Perancis, Jeanne Calment yang meninggal dunia 1997 ketika berusia 122 tahun.
Tuti meninggal dunia pada minggu yang sama dengan Misao Okawa yang mati pada 1 April, beberapa minggu selepas menyambut hari lahirnya yang ke-117.
Menurutnya, bukti usia Tuti adalah muktamad dan maklumat mengenainya akan dserahkan kepada pegawai Buku Rekod Guinness.
Tuti baru-baru ini muncul dalam sebuah dokumentari “Tuti Yusupova - Witness of three centuries.” (Tuti Yusupova - Saksi kepada tiga abad)
Dalam dokumentari itu dia berkata, rahsia untuk hidup lebih lama adalah dengan melakukan banyak kerja di ladang dan hidup dengan jujur. - AFP
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/41352#sthash.lXB4UrFH.dpuf

Iklan pujuk kekasih

Beijing Seorang ahli perniagaan menempah iklan di sebuah akhbar arus perdana di sini semata-mata untuk meminta maaf daripada kekasihnya.
Lelaki yang dikenali sebagai Scott Xu itu menempah empat muka surat iklan di akhbar Beijing Youth Daily pada keluaran Khamis lalu.
Pada muka surat pertama memaparkan gambar lelaki itu bersama kekasihnya dan pada muka surat kedua menyiarkan sepucuk surat permohonan maaf yang ditulis dalam bahasa Inggeris.
Antara kandungan surat itu: “Kepada Xuan, hari ini mungkin hari yang biasa, tetapi sangat bermakna untuk kita. Saya memohon maaf kerana sering menyakiti kamu dan saya yang akhirnya terluka.
“Saya mahu kamu tahu bahawa kamu sangat penting dalam hidup saya dan saya sangat mencintai kamu. Tiada siapa yang boleh memberikan cinta seperti kamu yang sangat unik dan istimewa,” katanya.
Untuk dua muka surat seterusnya, Xu hanya menulis beberapa patah perkataan kepada kekasihnya.
Pada muka surat ketiga hanya tertera mesej: Saya membiarkan muka surat ini kosong” dan di muka surat terakhir “Kerana saya tidak tahu untuk menulis apa lagi”.
Menurut wakil Xu, ahli perniagaan itu membelanjakan 600,000 yuan (RM353,907) untuk menempah iklan berkenaan.
Ahli perniagaan itu dilaporkan mahu memujuk kekasihnya selepas mereka bertengkar baru-baru ini.
Difahamkan, pasangan itu baru bercinta selama tiga bulan.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 April 2015 @ 5:26 AM


IKLAN yang menyiarkan gambar Scott Xu bersama kekasihnya, Xuan.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/41564#sthash.np6SezTb.dpuf

Semak kenaikan wang beli kereta kerajaan

Jakarta: Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) mengakui keputusan kerajaan untuk menaikkan jumlah wang pendahuluan bagi membeli kereta jabatan kerajaan tidak sesuai untuk dilakukan pada waktu ini.
Jokowi juga berjanji untuk menyemak semula keputusan berkenaan selepas menerima bantahan daripada orang ramai.
“Waktu ini bukanlah waktu yang baik kerana faktor ekonomi, keadilan dan penjimatan negara,” katanya.
Satu keputusan yang dibuat kerajaan baru-baru ini membolehkan jabatan kerajaan menikmati kemudahan wang pendahuluan membeli kereta berjumlah 210.89 juta rupiah (RM59,100).
Bagaimanapun, keputusan itu tidak memberitahu kereta apa yang boleh dibeli oleh mana-mana jabatan kerajaan.
Jokowi memberitahu biasanya perbelanjaan negara dibincangkan di peringkat kabinet sebelum diluluskan.
Namun, keputusan kali ini hanya dibincangkan dan dipertimbangkan di peringkat Menteri Kewangan.
“Saya akan menyemak semula keputusan itu dan menyiasat siapa yang mengusulkannya,” tegas Jokowi. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 April 2015 @ 5:21 AM


JOKOWI
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/41773#sthash.FP8gQFzd.dpuf

Anti-Islam, Yahudi sama berat


London: Setiap pasukan polis di England dan Wales mungkin bakal diwajibkan merekodkan jenayah kebencian perkauman anti-Islam dan memandangnya sama serius seperti serangan anti-Yahudi.
Setiausaha Dalam Negeri, Theresa May membayangkan keadaan itu sekiranya Tory memenangi pilihan raya umum akan datang.
“Polis perlu merekodkan serangan ‘Islamofobia’ dalam kategori berlainan sebagaimana jenayah anti-Yahudi yang dicatat dalam kelas yang tersendiri,” katanya.
Buat masa ini, beberapa pasukan keselamatan termasuk Polis Metropolitan London, sudah berbuat demikian, namun di lokasi lain ia mungkin sekadar dikategorikan jenayah kebencian atau kesalahan lebih khusus seperti serangan dan menyebabkan kecederaan.
Seandaianya ia dilaksanakan, syarat itu dipercayai dapat memberi gambaran lebih tepat ke atas tahap jenayah Islamofobia di Britain yang dikatakan meningkat selepas serangan 9/11 di Amerika Syarikat. - Agensi
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/41749#sthash.RB76DakJ.dpuf

Pelajar bantah lawatan Jusuf Kalla

Makassar: Lawatan Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla di wilayah kelahirannya di sini disambut dengan bantahan besar-besaran oleh kumpulan pelajar.
Kumpulan pelajar dari Himpunan Mahasiswa Islam (HMI) Cabang Makassar itu berhimpun di jalan raya bagi meluahkan kekecewaan terhadap corak pemerintah Presiden Joko Widodo (Jokowi).
Tunjuk perasaan bermula apabila beratus-ratus pelajar berkumpul di sebuah pusat beli-belah sebelum mereka menghentikan sebuah lori buah-buahan untuk menghalang jalan raya.
Kumpulan pelajar turut membakar tayar dan menyebabkan jalan raya di bandar ini sesak teruk.
Wakil HMI, Dian Mahardipa berkata, tindakan itu adalah tanda kekecewaan mereka terhadap pimpinan Jokowi dan Jusuf yang melakukan pelbagai ‘jenayah’ kepada rakyat.
“Mereka menaikkan harga minyak dan tarif elektrik sesuka hati serta menunda hukuman mati terhadap pesalah dadah Bali Nine.
“Kami tidak akan berhenti membuat bantahan sehingga Jokowi dan Jusuf meletakkan jawatan,” katanya.
Beberapa kumpulan pelajar turut kelihatan berkumpul di bawah satu jejambat sebelum berarak menuju ke Universiti Islam Indonesia.
Kumpulan itu dikatakan akan kembali ke markas HMI sebelum keluar beramai-ramai ke jalan raya untuk meneruskan bantahan.
Jusuf yang mewakili Jokowi membuat lawatan kerja sehari ke Makassar bermula semalam.
Beliau dijadualkan membuat beberapa lawatan dan berucap di Universiti Hasanuddin sebelum kembali semula ke Jakarta. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 April 2015 @ 7:11 AM


PELAJAR membakar tayar untuk menghalang laluan Jusuf.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/41971#sthash.9pFARMgg.dpuf

Putera Harry tiba awal untuk latihan ketenteraan


Putera Harry
Putera Harry
SYDNEY – AUSTRALIA. Putera Harry dilaporkan telah tiba di Australia lebih awal untuk latihan ketenteraan selama empat minggu bersama Jabatan Pertahanan Australia.

Pewaris takhta ketiga Britain itu dijadulkan akan meletakkan kalungan bunga di makam ‘Unknown Australian Soldier’ di Canberra sebelum memulakan latihan tentera.

Semasa itu, beliau akan membuat rondaan dengan askar Orang Asli dan berlatih dengan pasukan khasdi negara itu, lapor BBC.

Harry, yang digelar Kapten Wales dalam peranan tentera Britain, akan meninggalkan tentera pada bulan Jun depan selepas berkhidmat selama 10 tahun.

“Saya tidak sabar untuk ditempatkan di Australia,” kata Harry.

Media melaporkan, putera itu akan membuat kerja kebajikan bagi badan amal lewat tahun ini.

Turki sekat akses ke Twitter dan YouTube


Turki sekat akses ke Twitter dan YouTube
ISTANBUL - TURKI. Akses ke laman mikro Twitter dan laman video popular, YouTube disekat atas perintah mahkamah, hari ini.

Reuters melaporkan, keputusan berkenaan diputuskan selepas aduan daripada beberapa individu diterima, sumber dalaman memberitahu.

Sebelum ini, Turki menyekat akses ke Twitter dan YouTube buat sementara waktu ketika pilihan raya pada 2014 selepas rakaman audio melibatkan bekas perdana menteri Tayyip Erdogan tersebar.

Larangan pamer produk tembakau


Tembakau
LONDON – BRITAIN. Larangan mempamerkan produk tembakau di tempat jualan di kedai-kedai kecil Britain telah mula dikuatkuasakan.

Tindakan mempamerkan produk tembakau adalah menyalahi undang-undang di kedai-kedai dan pasar raya besar sejak 2012, lapor BBC.

Sekarang kedai-kedai kecil dan premis perniagaan lain seperti pub serta kelab-kelab juga perlu menyimpan rokok daripada penglihatan pengguna.

Larangan itu telah disambut baik oleh kempen kumpulan Tindakan mengenai Merokok dan Kesihatan (Ash), tetapi mendapat kritikan hebat kumpulan pekedai Pakatan Peruncit Tembakau.

"Dua pertiga daripada perokok mula menghisap rokok sebelum berumur 18 tahun. Jadi ia adalah penting untuk meletakkan produk tembakau hilang daripada penglihatan demi melindungi generasi akan datang.

 "Paparan larangan di kedai-kedai kecil akan berusaha bersama-sama dengan pek diselaraskan, yang akan diperkenalkan pada bulan Mei 2016, untuk memberikan perlindungan lebih kanak-kanak daripada tertarik kepada pembungkusan tembakau berkilau."

Menurut jurucakap Pakatan Peruncit Tembakau,  Suleman Khonat: "Pengenalan larangan paparan ke dalam kedai-kedai yang lebih besar telah tidak bermakna. Bagaimana kita boleh pastikan langkah ini akan berhasil jika dilaksanakan di kedai-kedai yang lebih kecil?

"Sudah tentu peruncit perlu mematuhi undang-undang, tetapi ini adalah langkah seterusnya yang tidak perlu melibatkan perniagaan kecil."

Pemandu teksi jujur pulang wang penumpang


ADRIAN QUINN (kanan) berbesar hati memberi ganjaran kepada Mohammed
ADRIAN QUINN (kanan) berbesar hati memberi ganjaran kepada Mohammed Nisar yang memulangkan kembali wangnya yang tertinggal di dalam teksi. AGENSI
LONDON 6 April – Seorang pemandu teksi beragama Islam yang jujur, bertindak memulangkan wang tunai sebanyak 10,000 pound (RM 54,542) kepada seorang penumpang yang meninggalkan wang tersebut di belakang tempat duduk teksinya.
Mohammed Nisar, 55, membawa Adrian Quinn seorang ahli perniagaan ke Stesen Kereta Api Walsall apabila dia tertinggal beg yang mengandungi wang tunai tersebut dalam keadaan terburu-buru.
Quinn, 46, yang memperoleh wang itu dari harta peninggalan mendiang ibunya, berasa sangat sedih dengan kehilangan wang berkenaan.
“Saya berasa amat sedih kerana wang itulah satu-satunya harapan saya untuk menyelamatkan perniagaan,” katanya.
Tidak lama kemudian, pemandu teksi itu pulang ke tempat dia menghantar Quinn untuk memulangkan wang tersebut.
Terharu dengan perbuatan jujurnya, peniaga tersebut memberi ganjaran wang tunai serta menjemput keluarga Mohammed Nisar untuk makan malam di rumahnya.
“Nasihat saya kepada semua pemandu teksi di luar sana, pulangkan apa sahaja harta benda penumpang kepada mereka jika menjumpainya,” kata Mohammed Nisar.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/pemandu-teksi-jujur-pulang-wang-penumpang-1.78127#sthash.pAAZjtKo.dpuf