Friday, April 19, 2013

Korea Utara beri prasyarat rundingan damai



WARTAWAN SINAR HARIAN
19 April 2013
Korea Utara beri prasyarat rundingan damai
Askar Korea Selatan giat melakukan latihan darat di Semenanjung Korea.
PYONGYANG - Korea Utara dengan angkuhnya memberi pra syarat menuntut penarikan semula sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan meminta Korea Selatan dan sekutu kuatnya, Amerika Syarikat menamatkan latihan di Semenanjung Korea sekiranya, mereka berhasrat mengadakan rundingan bagi meredakan ketegangan.

Mengikut kepada laporan AP, kenyataan dikeluarkan Jabatan Suruhanjaya Pertahanan Pyongyang selepas tuntutan rundingan damai dari Washington dan Seoul ditolak sebulat suara.

Minggu lalu, Washington melalui Setiausaha Negaranya, John Kerry, sedia berbincang dengan Pyongyang namun negara pimpinan Kim Jong Il itu perlu membuat perjanjian pelucutan senjata sebagai menghormati hak negara antarabangsa.

Bagaimanapun, syarat tersebut tidak dipersetujui Pyongyang.

Mahkamah arah bekas Presiden Pakistan ditahan



WARTAWAN SINAR HARIAN
18 April 2013
 Pervez Musharraf
Pervez Musharraf
ISLAMABAD - Mahkamah mengarahkan tangkapan dibuat ke atas bekas Presiden Pakistan, Pervez Musharraf.

Beliau hadir di Mahkamah Tinggi Islamabad ketika dikeluarkan arahan tersebut.

Pihak polis di mahkamah bagaimanapun tidak membuat sebarang tangkapan terhadapnya semasa arahan dikeluarkan.

Bekas presiden itu kemudian meninggalkan mahkamah dengan  diiringi pengawal keselamatan beliau.

Pervez bagaimanapun masih boleh memfailkan rayuan terhadap perintah mahkamah di Mahkamah Agung Pakistan.

Pengemis, pelacur jadi calon




19 April 2013
SUKKUR - Pakistan menerima 23,000 senarai nama calon yang berhasrat bertanding dalam Pilihan Raya Pakistan, bulan depan.

Media tempatan melaporkan, selain tokoh politik dan akademik, golongan penari, pengemis dan pelacur antara yang mencuba nasib.

“Dari jumlah itu hanya tujuh bakal dipilih dan menjadi calon rasmi pada pilihan raya tersebut,” menurut laporan itu.

Laporan turut memetik, golongan penari, pengemis dan pelacur yang mahu bertanding sudah pun berkempen tentang kesamaan hak di negara konservatif itu.

Seorang calon bebas, Sanam Faqeer dari selatan Sukkur berkata, golongan tidak berkepentingan adalah kumpulan lebih telus dan jujur dalam menunaikan janji dan memperjuangkan hak rakyat.

“Kami tidak perlu mencuri duit rakyat untuk mengumpul kekayaan peribadi bagi kepentingan keluarga sendiri,” katanya dalam laporan  AFP.

Insya Allah jadi kenyataan...in sya Allah....in sya Allah...in sya Allah


maklumat terbaru yang diterima menunjukkan Pakatan Rakyat dijangka menang sehingga majoriti 68 kerusi menerusi satu sumber perisikan yang bocor beberapa hari lalu.

I have received information that the Bukit Aman and Defence Ministry intelligence do not rule out the defeat of Barisan Nasional in the 13GE. According to one Bukit Aman intelligence estimate, which I cannot verify whether it is from the police or not, the possible outcome of the 13GE for parliamentary elections is as follows:


Dengan kedudukan ini, Pakatan Rakyat diramal mampu menguasai 145 kerusi, jauh dari sasaran asal 125 kerusi sahaja semasa anggaran awal yang dibuat pertengahan Mac lalu.

Sementara BN cuma memperolehi 77 kerusi sahaja, jauh lebih buruk dari jangkaan asal 95 kerusi juga mengikut anggaran awal pada pertengahan Mac.

Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang yang mendedahkan maklumat ini berkata, walaupun dia tidak dapat mengesahkan sumber yang diterima dari perisikan polis di Bukit Aman, inilah kedudukannya menjelang penamaan calon esok di seluruh negara.

Analisis yang dibentang Ketua Ekonomi Bank Islam yang masih digantung sehingga hari ini, Azrul Azwar Ahmad Tajuddin menyebut Pakatan Rakyat berkemungkinan memperolehi antara 115 hingga 125 kerusi manakala BN antara 95 ke 105 kerusi sahaja.

Kit Siang menghargai kenyataan bekas ketua polis negara, Musa Hassan yang meminta supaya politik ugut dan menakut-nakutkan rakyat yang diamalkan BN ditolak oleh seluruh rakyat.

Musa yang memegang 'janji' BEKAS perdana menteri, Najib bahawa proses peralihan kuasa akan berjalan secara aman turut mengingatkan BN tidak boleh menggunakan kekerasan sekiranya secara rasmi diisytihar kalah dalam pilihanraya umum nanti.

Malah, Kit Siang turut memuji Musa kerana terus profesional menegur BN dan Pakatan Rakyat walaupun sudah bersara dari perkhidmatan kerajaan kerana banyak campur tangan BN dalam pasukan polis semasa Musa menjadi ketua polis negara dulu.

Manifesto Air Percuma : BN Selangor Telan Ego Sendiri


Calon PAS Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, tawaran manifesto BN ini jelas bercanggah dengan pendirian parti itu yang sebelum ini lantang mengkritik pemberian air percuma boleh memufliskan negeri.

“Kalau dakwaan mereka bahawa negara akan muflis kerana manifesto PR, maka apakah dengan mereka meniru manifesto kami di peringkat Persekutuan dan Negeri itu akan turut membankrapkan negara dan negeri? “Sedangkan semasa di awal pemerintahan PR dahulu, mereka membuat pelbagai kecaman dan kritikan antaranya termasuklah pemberian air percuma yang hanya merugikan Kerajaan Negeri.

Bagaimanapun menurutnya, beliau tidak yakin usaha itu dapat dilakukan berikutan amalan monopoli dan kronisme masih diamalkan pentadbiran Umno-BN.

“Mereka boleh janji untuk memberikan air percuma, tetapi pengurusan air itu akan tetap diberikan kepada syarikat konsesi iaitu kroni mereka sendiri.

“Sepatutnya mereka boleh berikan air percuma kepada rakyat sejak dulu lagi, tetapi mereka tidak mahu kerana ia tidak mendatangkan untung kepada kroni,” tegasnya.

Veteran Umno, Aishah Ghani meninggal dunia




19 April 2013
Aishah Ghani
Aishah Ghani
KUALA LUMPUR - Veteran Umno Tan Sri Aishah Ghani meninggal dunia di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur di sini hari ini kerana sakit tua.
  
Aishah, 90, menghembuskan nafas terakhir pada 12.50 tengah hari setelah dimasukkan ke hospital berkenaan sejak Jumaat lepas setelah kesihatannya tidak stabil, menurut cucunya Ahmad Arif Astaman.
  
Jenazahnya dijangka dikebumikan selepas solat Asar di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Damansara petang ini. 
  
Aishah meninggalkan empat anak, tiga lelaki dan seorang perempuan.
  
Allahyarham merupakan wanita pertama Malaysia yang dilantik menjadi Senator dan wanita kedua di Malaysia yang menjawat jawatan Menteri selepas negara mencapai kemerdekaan. 
  
Pada 1949 beliau menyertai Umno dan menjadi setiausaha Cawangan Wanita UMNO Kampung Baru.
  
Allahyarham yang dilahirkan di Kampung Sungai Serai, Ulu Langat pernah menyertai Pertubuhan Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) pada akhir tahun 1945.
  
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Ulu Langat dan di Sekolah Diniyah Puteri, Padang Panjang, Sumatera serta pernah mengikuti kursus kewartawanan di London School of Journalism pada 1955. - Bernama

BENAR KATA-KATA PARA PEMIMPIN UMNO.... NURUL IZZAH BAKAL TERSUNGKUR DI LEMBAH PANTAI....TAK SAMPAI 50 ORANG JER HADIR CERAMAH BELIAU DI LEMBAH PANTAI MALAM TADI??????



Bila terbaca akan kata-kata sombong, angkuh dan takabur para pemimpin UMNO termasuk jugalah para pengikut, penyokong, pendokong dan ahlinya betapa Nurul Izzah Anwar akan tersungkur du Lembah Pantai ditangan Raja Nong Chik, maka terfikir jua Omak Kau betul ke rakaman gambar diatas?

Suatu pemandangan siri ceramah Nurul Izzah malam tadi dikawasan parlimen Lembah Pantai.Ingatkan apabila tersebarnya video lucah fitnah beliau maka warga Lembah Pantai akan cabut lari dari menyokong beliau.. Rupa-rupanya menjadi sebaliknya pula..Lagi difitnah lagi berduyun datang memberikan sokongan.

Mampukah UMNO dan pencabarnya Raja Nong Chik menghimpunkan sejumlah yang hampir sama atau paling sengkek separuh dari ini jika buat ceramah dikawasan Lembah Pantai?

Ins'yAllah Nurul Izzah Anwar mampu pertahkan Lembah Pantai dengan penambahan majoriti.

Raja Sepanyol diminta undur

Raja Sepanyol diminta undurRaja Juan Carlos (dua dari kiri) Ratu Sofia (tiga dari kiri) bersama anggota kerabat diraja Sepanyol.

  Gaya hidup mewah, skandal punca Juan Carlos kian tidak disenangi

MADRID: Raja Sepanyol, Raja Juan Carlos sebelum ini adalah seorang daripada kerabat diraja paling popular di dunia, di mana media menerimanya dengan baik.

Bagaimanapun kini, hampir separuh daripada rakyat negara itu berpendapat beliau perlu mengundur diri bagi memberi laluan kepada anak lelakinya, Putera Felipe, 45, dan hampir satu pertiga kebanyakan adalah golongan muda negara itu mahukan negara terbabit menjadi sebuah republik.
Raja berusia 75 tahun itu dihormati ramai, malah Juan Carlos dikagumi kerana peranan beliau dalam perubahan republik aman Sepanyol kepada sebuah negara demokrasi pada 1970-an selepas empat dekad diperintah diktator dan akhirnya menumpaskan cubaan rampasan kuasa pada 1981.


Pendapat umum diburukkan lagi oleh dakwaan jenayah terhadap anak perempuan Juan Carlos dan suaminya dalam satu kes penyelewengan, akaun bank Swiss yang tidak dapat dijelaskan dan gaya hidup mewah termasuk lawatan ke Afrika, ketika krisis ekonomi melanda negara itu.

Media sosial merujuk warga Jerman Corinna zu Sayn-Wittgenstein sebagai perempuan simpanan raja, sekali gus menimbulkan permaisuri negara itu Ratu Sofia.

Juan Carlos disifatkan lelaki berkahwin yang sukakan semua perempuan tetapi memilih seorang daripadanya sebagai seorang isteri.

Keseluruhan kerabat diraja mengambil sikap berdiam terhadap perkara itu.
Ketika rakyat Sepanyol biasa berhadapan dengan hutang, pengangguran dan rasuah berleluasa dalam politik, aktiviti diraja itu mencetuskan penghinaan selepas beberapa tahun dihormati.

Obama kecam anggota Senat



Obama diiringi bekas anggota Kongres, Gabrielle Giffords (kiri), Naib Presiden AS, Joe Biden (kanan) dan ahli keluarga mangsa tembakan di Sekolah Rendah Sandy Hook, ketika berucap tentang kawalan senjata api di Rose Garden, White House, Washington DC, kelmarin. - AFP
WASHINGTON 18 April - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama marah dan kecewa dengan tindakan anggota Senat yang menolak untuk memperluaskan pemeriksaan ke atas latar belakang pembelian senjata api, sehingga rang undang-undang tersebut ditolak oleh Dewan Senat.
Sambil mengecam anggota-anggota Senat, Obama berkata, undian itu menunjukkan keadaan politik sebenar sambil mendakwa anggota politik bimbangkan kerjaya politik mereka musnah akibat kuasa pelobi senjata.
Dengan muka yang muram ekoran tekanan daripada keluarga kanak-kanak yang terbunuh dalam insiden tembakan di sebuah sekolah rendah di Connecticut pada tahun lalu yang menyaksikan berpuluh-puluh orang terbunuh dan bekas ahli Kongres wanita Gabby Giffords yang cedera akibat serangan bersenjata, beliau menyuarakan kemarahan berhubung penolakan itu.
"Ini adalah hari yang amat memalukan bagi Washington, tetapi usaha kami masih belum berakhir. Apa yang saya mahu jelaskan kepada rakyat AS, selagi kita tidak berputus asa, kita masih boleh membawa perubahan bermakna yang boleh mengurangkan keganasan senjata," katanya.
Dengan menggunakan bahasa yang jarang digunakan, beliau turut mengecam pelobi senjata dan mendakwa mereka 'sepenuhnya menipu terhadap rang undang-undang itu', selain menyatakan penolakan itu akan mewujudkan pejabat pendaftaran senjata 'Big Brother'.
Beliau berkata, Senat telah menolak kemahuan rakyat AS ekoran tinjauan menunjukkan 90 peratus daripada rakyat negara ini mahu pemeriksaan latar belakang pembelian senjata diketatkan.
Dewan Senat Amerika Syarikat (AS), semalam menolak langkah untuk memperluaskan pemeriksaan latar belakang pembelian senjata, sekali gus menjadi tamparan hebat kepada usaha Obama untuk memperketatkan undang-undang senjata api.
Sebanyak 54 daripada 100 anggota Senat menyokong pindaan untuk memperketatkan kawalan senjata api, tetapi gagal memperolehi 60 undi yang diperlukan untuk memenuhi syarat Senat, sebelum sesuatu undang-undang itu boleh dipinda. - dpa


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130419/lu_03/Obama-kecam-anggota-Senat#ixzz2Qrc5EZcz
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Mahkamah Pakistan arah Musharraf ditahan



ISLAMABAD 18 April - Mahkamah Pakistan hari ini mengarahkan bekas Presiden, Pervez Musharraf ditahan berhubung dakwaan khianat apabila memecat beberapa hakim kanan pada 2007 ketika beliau masih memimpin negara itu.
Setiausaha Agung Parti Liga Muslim Pakistan, Mohammad Amjad berkata, Mahkamah Tinggi Islamabad membatalkan ikat jamin Musharraf dan mengarahkannya ditahan hari ini.
"Mahkamah mengarahkan Musharraf ditahan berhubung tuduhan khianat apabila beliau memecat hakim kanan dan menguatkuasakan perintah darurat ketika beliau ingin mengekalkan kuasa pentadbirannya," katanya. - Reuters


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130418/lu_17/Mahkamah-Pakistan-arah-Musharraf-ditahan#ixzz2QrbE4Y7f
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Lima beranak merempat

Foto
NORSURIANI menjaga anaknya sementara Nazri keluar bekerja.
Kuantan: Disisih keluarga menyebabkan sepasang suami isteri serta tiga anak berusia lima, tiga dan setahun lima bulan terpaksa hidup bergelandangan di kawasan pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB) berdekatan padang Lorong 36 Taman Tas, di sini sebagai rumah mereka sejak lebih sebulan lalu.
Selain merempat di padang itu, keluarga malang berkenaan turut menjadikan kaki lima sebuah pasar raya serta stesen teksi di bandar ini sebagai rumah tumpangan untuk tidur sebelum pulang ke padang itu untuk menjalani rutin harian mereka.
Pasangan terbabit, Nazri Samsudin, 38, dan Norsuriani Jaafar, 29, serta tiga anak mereka, Mohd Alif Daniel, Intan Azura, dan Mohd Amirul Danish hidup merempat kerana berdepan masalah kewangan menyebabkan tidak mampu menyewa rumah.

Norsuriani berkata, mereka sebelum ini menumpang di rumah keluarga suaminya, tetapi dihalau dan sejak itu mereka tiada arah.


“Kami tidak tahu kenapa kami dibenci, mungkin kerana suami bekas banduan,” katanya.

Polis wajib ada Twitter, Facebook



Jakarta: Sebagai usaha untuk meningkatkan perkhidmatannya kepada orang awam, Ibu Pejabat Polis Tangerang mengarahkan balai dan anggota polis di bawah pengawasannya mewujudkan akaun Twitter dan Facebook.

Ketua Polis Bandar Tangerang Wahyu Widada berkata semalam, laman media sosial boleh membantu polis berkongsi dan menerima maklumat secara langsung dengan penduduk tempatan.


Teknologi terus berkembang dan ramai di antara anggota komuniti kita menggunakan laman rangkaian sosial untuk berkomunikasi serta berkongsi maklumat antara satu sama lain.

“Mengapa tidak kita juga berbuat demikian. Polis juga perlu menggunakan laman itu untuk tujuan sama,” katanya.


Menurut Wahyu, yang lebih penting polis boleh menjalinkan hubungan lebih rapat dengan penduduk supaya pegawai bertugas boleh sedia bertindak serta-merta terhadap sebarangt kejadian atas maklumat yang dihantar oleh penduduk tempatan.


“Anggota masyarakat boleh memaklumkan kepada polis menerusi Facebook atau Twitter mengenai kesesakan jalan raya, kemalangan dan juga jenayah.

“Ia akan membolehkan anggota membuat siasatan susulan hasil daripada maklumat di tempat kejadian,” katanya.


Beliau percaya dengan mewujudkan akaun Twitter dan Facebook akan dapat membantu perkembangan komunikasi dua hala antara polis dengan masyarakat awam. “Kami akan mengerah semua anggota kami membuka akaum laman media sosial popular supaya mereka dapat merasakan hubungan yang rapai dengan masyarakat.

“Penduduk yang memerlukan maklumat daripada polis juga boleh memintanya secara langsung dan mendapat reaksi segera,” katanya. - Jakarta Post