Friday, September 13, 2013

Tolong kongsi kepada rakan dan taulan.

Tolong kongsi kepada rakan dan taulan.

C4

Isteri cilik maut pada malam pertama

Isteri cilik maut pada malam pertamaMangsa yang dikenali sebagai Rawan meninggal dunia akibat pendarahan dalaman yang teruk. - Gambar hiasan

SANAA - YEMEN.Seorang kanak-kanak perempuan lapan tahun di bandar Meedi, wilayah Hajjah, barat laut Yaman meninggal dunia pada malam pertama perkahwinannya dengan lelaki berumur 40 tahun, pada minggu lalu.

Ketua Dewan Rakyat Yaman dan aktivis hak asasi manusia, Arwa Othman berkata, mangsa yang dikenali sebagai Rawan mengalami pendarahan dalaman yang teruk dan rahimnya turut pecah selepas melakukan persetubuhan pertama dengan suaminya.

"Mereka membawanya ke klinik tetapi doktor gagal menyelamatkannya.

"Pihak berkuasa juga belum mengambil sebarang tindakan terhadap keluarga pengantin cilik  itu mahupun suaminya. Pemimpin puak juga dikatakan cuba untuk menutup kes tersebut selepas ia tersebar secara meluas," jelasnya lagi.

Menurut Al-Arabiya, difahamkan kebanyakan keluarga miskin di negara itu mengahwinkan anak perempuan mereka pada usia yang muda kerana ingin menjimatkan kos selain mahu mendapatkan wang hantaran bagi menyara hidup pada masa depan.

Ketua Al-Qaeda gesa serang AS, boikot ekonomi



 
WASHINGTON: Ketua rangkaian Al-Qaeda, Ayman al-Zawahiri dalam ucapan sempena sambutan ulang tahun ke-12 tragedi 9 September, menggesa serangan terhadap Amerika Syarikat (AS) dilakukan serta memboikot ekonomi terbesar dunia negara berkenaan.

Ringkasan ucapan selama 72 minit dan terjemahannya ke bahasa Inggeris itu boleh diperoleh menerusi kumpulan pemikir SITE.
Ucapan itu dimuat naik dalam forum jihad berkenaan sehari selepas AS menganjurkan uparaca memperingati tragedi yang mengorbankan hampir 3,000 nyawa dalam serangan 11 September, 2001. - AFP 

Mahkamah perintah blogger Papagomo bayar ganti rugi RM500,000


 
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi perintah blogger 'Papagomo' bayar ganti rugi RM500,000 kepada ahli perniagaan Abdul Razak Mohd Noor berhubung saman fitnah. 

'Letak senjata atau kami gempur'

FotoPertempuran antara tentera Filipina dan MNLF menyebabkan satu kawasan kediaman terbakar. - Foto AFP Kerajaan Filipina beri kata dua kepada pemisah MNLF

Manila: Kerajaan Filipina semalam, memberi kata dua kepada pemisah Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) pimpinan Nur Misuari supaya meletak senjata mereka atau diserang tentera.
Amaran itu diberi pada hari keempat krisis di Zamboanga selepas pemisah MNLF menyerang bandar itu dan menjadikan ramai penduduk sebagai perisai manusia hingga menimbulkan ketakutan di kalangan mereka.

Tiba masanya untuk kamu bekerjasama menyelesaikan keadaan ini secara aman secepat mungkin” Edwin Lacierda, Jurucakap Presiden Benigno Aquino

Seramai 1,500 askar Filipina sudah mengepung enam kawasan pemisah MNLF berkubu.
Jurucakap Presiden Benigno Aquino, Edwin Lacierda, berkata kerajaan sedia menunjukkan keazamannya bagi menyelesaikan masalah.

“Tiba masanya untuk kamu bekerjasama menyelesaikan keadaan ini secara aman secepat mungkin,” kata Edwin.

Pantau keadaan
Apabila didesak mengenai amaran kerajaan untuk menyerang pemisah di Zamboanga, Lacierda berkata: “Kami akan menilai keadaan setiap hari. Kami mengkaji semua kemungkinan yang bakal terjadi.”

Kenyataan terbaru itu dibuat selepas Presiden mengadakan mesyuarat tertutup dengan beberapa anggota Kabinet di Istana Malacanang.

Sehingga kini, Benigno mengarahkan pihak berkuasa memastikan penyelesaian secara aman dalam kejadian berkenaan selain memastikan keselamatan penduduk.

Edwin juga merujuk kepada tindakan pemisah MNLF terbabit yang memberitahu mahu mengadakan perhimpunan untuk keamanan tetapi membawa senjata ke sana.

Setakat ini, 12 orang terbunuh dan 21 lagi cedera di Zamboanga.

Sementara itu, 100 pemisah MNLF terbabit menyerang bandar kedua dekat pelabuhan yang menjadi tempat mereka menahan tebusan yang bermakna kawasan krisis bertambah kepada dua.

Serangan terbaru diketuai pemisah Abu Sayyaf dan militan lain di bandar Lamitan, Pulau Basilan, kata pegawai.

Bagaimanapun, serangan itu dipatahkan oleh tentera kerajaan selepas pertempuran berlangsung sejam.

Militan maut

Beberapa militan maut manakala dua askar cedera, kata Kolonel Carlito Galvez.

Basilan terletak tidak jauh dari Zamboanga. Mengulas pembabitan Abu Sayyaf, Carlito menyifatkan kumpulan itu berharap dapat memperluas pengaruh dan penyokongnya.

Panglima Abu Sayyaf yang dikehendaki Manila, Isnilon Hapilon dan Puruji Indama mengetuai serangan itu.

Gabenor Mujiv Hataman berkata, pihak berkuasa mengetahui lebih awal serangan di Basilan sekali gus membolehkan mereka memindahkan penduduk. - AGENSI

Pertempuran merebak


Zamboanga City: Pertempuran di antara komando kerajaan dan pemberontak Moro yang menuntut kemerdekaan meningkat dan merebak ke pulau kedua, kata pegawai semalam.

Kebanyakan rumah terbakar ketika tentera kembali menguasai sebuah daerah yang ditawan militan Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) selama tiga hari.


Beberapa letupan dan pertempuran singkat juga kedengaran ketika pemberontak mengebom kedudukan tentera Filipina.


Tentera mengadakan pemeriksaan dari rumah ke rumah dengan berhati-hati kerana bimbang terhadap serangan penembak curi.


Sumber tentera berkata tiada kematian dilaporkan di pihak mereka tetapi tidak pasti jika ia berlaku di pihak pemberontak. Jurucakap tentera, Domingo Tutaan berkata mereka cuba mengelak kematian di kalangan orang awam dan mahu krisis itu diselesaikan secepat mungkin. Sementara itu Tutaan berkata tiga tentera maut dan sembilan cedera dalam pertempuran di Pulau Basilan. Datuk Bandar Zamboanga, Isabelle Clomaco-Salazar pula berkata dia membuka talian komunikasi dengan pengasas dan pemimpin MNLF, Nur Misuari dan merayu supaya tebusan dibebaskan, terutama di kalangan wanita dan kanak-kanak. Ketegangan semasa menyebabkan Zamboanga lumpuh dengan seramai sehingga 170 orang awam dipercayai terperangkap di bandar berkenaan. - Reuters

Imam berkhutbah politik dipecat


RIYADH 12 Sept. - Kementerian Hal Ehwal Islam Arab Saudi memecat lima imam dari beberapa buah masjid di bandar raya ini, selepas mereka menyampaikan khutbah menyentuh isu-isu sensitif yang bersifat politik, lapor akhbar al-Hayat semalam.
Setiausaha Kementerian, Tawfiq Al-Sudairy berkata, kira-kira 18 lagi imam turut digantung tugas atau dilarang menyampaikan khutbah.
Kesemua mereka yang dipecat terdiri daripada dua imam di Riyadh, serta masing-masing seorang lagi dari daerah utara negara ini, di Tabuk dan Qassim.
Tawfiq berkata, seorang imam di Jeddah, diharamkan daripada berkhutbah dan sedang disiasat, sementara dua lagi imam di wilayah timur negara ini, digantung tugas selama dua bulan. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130913/lu_08/Imam-berkhutbah-politik-dipecat#ixzz2eiuPoW52
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Paderi kontroversi mahu bakar al-Quran ditahan


MIAMI 12 Sept. - Seorang paderi yang pernah mencetuskan kontroversi sebelum ini, Terry Jones (gambar) semalam ditahan sebelum dia sempat membakar hampir 3,000 naskhah al-Quran sempena ulang tahun serangan 11 September 2001, lapor media Amerika Syarikat (AS).
Akhbar Orlando Sentinel melaporkan, Jones, 61, ditahan di bandar Mulberry, berdekatan Tampa dan menghadapi dakwaan mengangkut bahan api secara haram dan membawa senjata api secara terbuka.
Orlando Sentinel melaporkan, Jones ditahan bersama seorang lagi paderi, Marvin Sapp beberapa minit sebelum mereka dijadualkan membakar naskhah kitab suci tersebut.
Menurut polis, ketika ditahan, Jones sedang menaiki trak pikap yang menunda sebuah pemanggang besar berisi sejumlah naskhah al-Quran terendam dalam minyak tanah.
Akhbar itu melaporkan, beberapa botol minyak tanah turut ditemui dalam trak tersebut.
Jones merancang untuk membakar al-Quran secara terbuka ketika ketegangan tinggi di Asia Barat dan kemungkinan tindakan ketenteraan terhadap Syria oleh kerajaan pimpinan Presiden AS, Barack Obama.
Menurut laman web Jones, dia merancang membakar 2,998 naskhah al-Quran di Tampa Bay semalam, bagi memperingati mangsa yang terbunuh dalam serangan 11 September tersebut. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130913/lu_05/Paderi-kontroversi-mahu-bakar-al-Quran-ditahan#ixzz2eiti978z
© Utusan Melayu (M) Bhd 

India laksana perintah berkurung di Kashmir



SEPASUKAN polis menahan penunjuk perasaan dalam satu protes yang berlangsung di Shopian, Kashmir semalam.- AFP


SRINAGAR - Pihak berkuasa menguatkuasakan perintah berkurung di beberapa bahagian di Kashmir semalam bagi meredakan protes ganas selepas seorang lelaki maut ditembak pasukan keselamatan.
Timbalan Pesuruhjaya di daerah Shopian, Bashir Ahmed Bhat berkata, mangsa terbunuh kelmarin apabila seorang penunjuk perasaan ditembak dengan peluru penabur.
Sebahagian penduduk menegaskan bahawa pasukan separa tentera melepaskan tembakan ke arah orang ramai yang melakukan bantahan dekat sebuah kem polis di daerah Shopian, kira-kira 50 kilometer di selatan Srinagar.
Beratus-ratus penduduk di wilayah yang ditadbir India itu membaling batu, melaungkan slogan anti-India dan menggesa kem polis dirobohkan selepas tembakan dilepaskan.
Polis menggunakan gas pemedih mata dan belantan sebagai tindak balas.
Kashmir terletak di sempadan antara India dan Pakistan dengan kedua-dua negara itu menuntut wilayah tersebut. - AP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0913&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2einjbCnY 
Hakcipta terpelihara 

Belanda mohon maaf kepada Indonesia



DUTA Belanda ke Indonesia, Tjeerd de Zwaan (tengah) bergambar bersama anggota keluarga mangsa yang terselamat dalam pembunuhan beramai-ramai di Rawagede, Jawa Barat antara tahun 1945-1949.- AP


JAKARTA - Kerajaan Belanda meminta maaf secara rasmi atas insiden pembunu- han beramai-ramai dan keganasan oleh tenteranya di Indonesia lebih enam dekad lalu.
Tragedi itu berlaku semasa penduduk Indonesia berjuang menuntut kemerdekaan dari- pada Belanda.
Duta Belanda, Tjeerd de Zwaan mengeluarkan kenyataan permohonan maaf tersebut semalam.
Dalam kenyataannya, kerajaan Belanda memohon maaf kepada balu-balu mangsa ekoran keganasan yang dilakukan oleh tentera negara itu antara tahun 1945 hingga 1949.
De Zwaan berkata, kerajaan Belanda bersetuju untuk membayar pampasan sebanyak AS$26,612 (RM87,393) kepada balu-balu mangsa dari Sulawesi dan Rawagede.
Persetujuan tersebut dicapai selepas mereka mengemukakan tuntutan di sebuah mahkamah Belanda.
Pembunuhan beramai-ramai itu berlaku di perkampu- ngan Rawagede, Jawa Barat pada 9 Disember 1947.
Dalam keganasan tersebut, askar-askar Belanda membunuh 430 kanak-kanak dan belia lelaki.
Indonesia mengisytiharkan kemerdekaan daripada Belanda pada 17 Ogos 1945 tetapi Belanda hanya mengiktrafnya pada 1949. - AP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0913&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2ein66Ooe 
Hakcipta terpelihara 

Zamboanga terus bergolak


PASUKAN tentera berlindung di belakang sebuah kereta perisai ketika mereka mara ke lokasi kumpulan pemisah Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) di Zamboanga semalam.- AFP


ZAMBOANGA - Tentera Filipina semalam bertempur dengan anggota-anggota Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) selepas sejumlah gerila Islam itu menyerang bandar kedua dekat bandar Zamboanga.
Kumpulan pemisah menyerang pinggir bandar Lamitan, Pulau Basilan yang didiami majoriti penganut Kristian, kata Timbalan Datuk Bandar, Roderick Furigay.
Menurutnya, lima orang hilang dan dua lagi mengalami kecederaan.
Gabenor wilayah tersebut, Mujiv Hataman menyatakan bahawa serangan berkenaan berjaya ditangkis.
Pulau Basilan terletak berhampiran bandar Zamboanga yang menyaksikan para pejuang MNLF menjadikan berpuluh-puluh penduduk di sini sebagai tebusan sejak Isnin lalu.
Kumpulan bersenjata yang merupakan pengikut pengasas MNLF, Nur Misuari bertindak demikian selepas tentera kerajaan menyekat percubaan mereka menaikkan bendera pemisah di sebuah bangunan kerajaan.
Krisis yang memasuki hari keempat itu telah melumpuhkan bandar pelabuhan yang didiami hampir sejuta penduduk.
Pergolakan tersebut menyebabkan kebanyakan perkhidmatan penerbangan dan feri di Zamboanga tergendala.
Hampir 15,000 penduduk berhampiran kawasan terjejas melarikan diri daripada terperangkap dalam pertempuran. Mereka mendapatkan perlindungan dekat sebuah stadium dan beberapa sekolah di sini.
Setiausaha Dalam Negeri, Mar Roxas berkata, tentera telah diarahkan untuk menghalang kumpulan pemisah menyusup masuk atau mendapatkan bantuan daripada penduduk setempat.
Sekurang-kurangnya sembilan orang dilaporkan terkorban sejak pertempuran di Zamboanga bermula.
Dalam perkembangan berkaitan, Presiden Filipina, Benigno Aquino III telah menghantar beberapa pegawai tertinggi Kabinet dan ketua tentera bagi mengawasi krisis di selatan negara itu.
Misuari tidak kelihatan di khalayak ramai atau mengeluarkan sebarang kenyataan sejak sejumlah pengikutnya menceroboh Zamboanga.
Terdahulu, Datuk Bandar Zamboanga, Maria Isabelle Climaco berkata, MNLF menuntut masyarakat antarabangsa menjadi orang tengah dalam krisis itu dan mereka enggan berbincang dengan pegawai tempatan. - AP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0913&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2eimSt6ih 
Hakcipta terpelihara