Ada 8 orang menteri di Jabatan Perdana Menteri. 2 orang dari UMNO, 1 orang dari PBRS, 1 orang dari PBB, 1 orang dari PRS, 1 orang Sarawakian dan 2 orang senator (CEO Maybank & Presiden Transparency International Malaysia). Ringkasnya 4 dari semenanjung (termasuk 2 senator) dan 4 dari Sabah & Sarawak).Apa Respon ANDA ???
Sidang Media (16.05.2013) --
KUALA TERENGGANU - Pesuruhjaya PAS Terengganu YB haji Mohd Abdul Wahid Endut menafikan kerajaan PAS Terengganu yang memerintah dari tahun 1999 sehingga 2004 tidak memberi peruntukan kepada Ahli-ahli Dewan undangan Barisan nasiona (BN) yang menjadi pembangkang ketika itu.
Beliau meminta Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad said memeriksa rekod-rekod kewangan semasa kerajaan PAS memerintah untuk mendapat maklumat sebenarnya.
"saya nak nafi, bila disebut (oleh Ahmad said) dikatakan semasa kita (PAS) memerintah dulu kita tak pernah bagi (peruntukan Adun kepada wakil BN adalah) tidak betul, kita bagi (beri),
"boleh tengok rekod (laporan)lah......... boleh check (semak) rekod dengan pejabat kewangan.....dengan pejabat SUK, tengok rekod (laporan) massa kita memerintah dulu, ada peruntukan itu dan kita bagi melalui saluran-saluran yang telah ditetapkan,"tegasnya dalam sidang media yang diadakan di pejabat Perhubungan PAS pada Khamis 16 Mei. [Lihat dan dengar Video]
Beliau berkata, apabila PAS memberi peruntukan tersebut kepada empat wakil rakyat pembangkang (BN) pada masa itu, ia telah menjadi 'ancaman politik' kepada Umno dan Barisan Nasional (BN).
Beliau yang menjadi Exco kerajaan ketika itu berkata, apabila mereka merasa terancam dan wakil Terengganu Allahyarham Awang Jabar telah mengusulkan dalam Perhimpunan Agung Umno supaya royalti minyak ditarik dari kerajaan negeri Terengganu.
Menurutnya, selepas kerajaan persekutuan merampas wang royalti minyak itulah, kerajaan PAS Terengganu tidak lagi memberikan peruntukan kepada wakil-wakil pembangkang.
Oleh itu, beliau mahu kerajaan baru Terengganu selepas pilihanraya umum ke-13 lalu agar megamalkan politik yang lebih matang dan tidak berpolitik secara 'kampungan'.
- Buletinonline.net -
Dhob atau biawak padang pasir adalah binatang yang halal di makan mengikut jumhur ulamak dan hukumnya harus.Berdasarkan pencarian saya setakat ini,Nabi tidak memakan dhob tetapi nabi membenarkan sahabat memakan dhob.Ini saya kongsikan sedikit fakta berkenaan dengan dhob/biawak padang pasir ini:
-Dhob tidak meminum air tetapi hanya memakan tumbuhan yang lembab seperti rumput yang hidup di padang pasir.
-Dhob sangat laju apabila berlari.
-Dikatakan setengah dhob yang disembelih mengambil masa selama 24 jam untuk mati.
-Dhob boleh hidup sehingga 700 tahun.
-Dhob akan bertukar jantina setiap 2 tahun sekali.
-Dikatakan dagingnya seakan-akan rasa daging lembu tetapi lembut.
SHARE kepada semua, biar semua orang tahu.
Komen anda ?
SEJAK MERDEKA KETUA MENTERI PULAU PINANG BERBANGSA CINA, KENAPA BILA LGE JADI KETUA MENTERI BARU UMNO SEDAR HABISLAH PULAU PINANG DI BAWAH CINA..?? TAKTIK KUNO UMNO NI RAKYAT DA JEMU DENGAR ~
Pernah suatu ketika, untuk menggantikan kaca matanya, peruntukan kerajaan diberi hampir RM1,000 selayaknya sebagai Menteri Besar Kedah. Di kedai kaca mata, kami menjadi saksi, dia menitip kata."Banyak ni...ini duit rakyat. Bukan duit aku...takpalah, cari yang murah sudah."Bukan itu sahaja, adakalanya baju dipakai semurah RM19.00, yang dibeli dari sebuah kedai lama milik seorang Cina yang kisahnya itu, pernah saya abadikan dalam buku 'Kisah Istimewa Pejuang Kita', yang diterbitkan dua tahun lalu. Seorang yang tidak pentingkan diri.-AZAMIN AMIN
KUALA LUMPUR 16 MEI: Rekod buruk Najib Razak selama memegang portfolio Menteri Kewangan cukup menjadi kayu ukur Perdana Menteri itu tidak lagi layak meneruskan jawatan tersebut, kata Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.Beliau mengulas pengekalan jawatan Menteri Kewangan yang disandang Najib dalam pengumuman senarai Menteri Kabinet semalam.
“Berdasarkan rekod kewangan semasa, beliau boleh dikategorikan Menteri Kewangan gred ‘F’ kerana gagal membawa transformasi ekonomi seperti yang dicanang.
“Berbanding lima Perdana Menteri sebelum ini, Najib adalah Perdana Menteri paling boros dan banyak menghabiskan duit negara,” katanya kepada Keadilan Daily.
Sebelum ini, format penjawatan Perdana Menteri memegang portfolio Menteri Kewangan yang dipraktikkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad diteruskan oleh Tun Abdullah Badawi dan disambung Najib.
Saifuddin berkata, rekod ‘terbaik’ yang dicatat Najib adalah menambah jumlah hutang negara sehingga lebih RM500 bilion sebelum diambil alih dari Abdullah sebanyak RM250 bilion pada 2009.
“Satu-satunya ‘kejayaan’ Najib selama memegang jawatan Menteri Kewangan apabila hutang negara melonjak sehingga RM500 bilion.
“Pertambahan sebanyak lebih RM200 bilion dalam masa empat tahun merupakan jumlah yang amat membimbangkan. Rakyat terpaksa menangung hutang sementara menunggu pilihan raya lima tahun akan datang,” kata Saifuddin.
Katanya, tindakan Najib menamakan dirinya sebagai Menteri Kewangan kerana beliau bimbang kehilangan pengaruh di kalangan Menteri Barisan Nasional.
“Najib adalah Presiden Umno yang meletakkan Umno dalam posisi terburuk sepanjang sejarah pilihan raya. Jika Najib kehilangan pengaruh dalam aliran kewangan negara, bermakna beliau akan hilang pengaruh total di kalangan Menteri BN.
“Itu yang lebih dibimbangi Najib berbanding kedudukan negara yang semakin hampir ke tahap bankrap,” kesalnya.
Saifuddin juga bimbang jika negara bankrap di bawah pentadbiran Najib menyebabkan rakyat terpaksa menanggung bebanan malah pelbagai masalah lain akan timbul termasuk pertambahan kadar jenayah dan gejala sosial.
Sebelum ini, rekod kewangan negara menunjukkan kedudukan hutang negara berada pada tahap lebih RM547.79 bilion atau lebih 53 peratus dari Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) ketika Parlimen dibubarkan pada 3 April lalu.
sumber: http://www.keadilandaily.com/hutang-negara-rm500b-najib-tak-layak-pegang-menteri-kewangan/
PETALING JAYA: Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen berhubung penganjuran himpunan besar-besaran Black 505 di Kelana Jaya pada 8 Mei lalu.
Nik Nazmi didakwa kerana gagal memaklumkan kepada polis berhubung himpunan tersebut dalam tempoh 10 hari sebelum himpunan yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Kelana Jaya.Beliau didakwa di bawah Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum denda sehingga RM10,000.
Sekiranya disabitkan bersalah dengan denda melebihi RM 2,000, Nik Nazmi akan hilang kelayakan sebagai Adun.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwaraya, Wan Shaharuddin Wan Ladin manakala peguambela, Eric Paulsen mewakili Nik Nazmi.
Hakim, Datin Rohaya Ayob menetapkan sebutan kes pada 4 Jun depan.
Nik Nazmi dibebaskan tanpa ikat jamin selepas Rohaya menetapkan ikat jamin hanya akan dikenakan sekiranya beliau cuba mengelak untuk hadir dalam sebutan kes itu.
Di luar mahkamah, Nik Nazmi berkata, kes tersebut adalah satu permulaan yang kurang baik bagi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Polis Negara yang baru, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
“Saya berpendirian ini satu tindakan bermotifkan politik dan satu pembaziran sumber pihak polis yang sepatutnya menumpukan usaha terhadap membanteras jenayah.
“Saya juga merasakan tindakan ini bertentangan dengan agenda ‘National Reconciliation’ (pendamaian nasional) yang cuba diwar-warkan oleh Perdana Menteri,” katanya.
Sementara itu Eric berkata, kes tersebut adalah jelas satu tindakan provokasi terhadap Pakatan Rakyat selaku pihak pembangkang.
“Kita lihat Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 ini disalahgunakan. Kalau dilihat di Myanmar memperuntukkan lima hari untuk penganjuran himpunan tetapi di Malaysia hingga 10 hari.
“Kita percaya ini adalah satu permulaan yang mana selepas ini akan lebih ramai pemimpin Pakatan Rakyat akan didakwa berhubung penganjuran perhimpunan tersebut,” katanya.
Himpunan Black 505 yang berlangsung di stadium Kelana Jaya pada hari itu dihadiri kira-kira 50,000 penyokong Pakatan Rakyat bagi membantah keputusan pilihanraya ke 13.
Malaysia akan dapat menambah pendapatan sebanyak hingga RM27 bilion jika cadangan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebanyak tujuh peratus dilaksanakan seperti di negara jiran, Singapura.
Buat sang pejuang agama, ketahuilah berjuang agama bukan dihampar dengan karpet merah, ia dihampar dengan penuh duri disepanjang perjalanan.
# Al-fatihah..smoga roh Tok guru fadhil nor d cucuri rahmat..aminn. Allahuakbar x3peringatan bsm-Admin
Saya sedih apabila bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Fairuz Khairuddin mencadangkan supaya parlimen membentangkan usul untuk melucutkan kerakyatan Anwar atas alasan beliau mengancam ketenteraman awam dan keselamatan negara.Pada saya tuntutan Saudara Fairuz itu adalah satu ugutan yang tidak sepatutnya diucapkan.
Ini kerana Perlembangaan Perkara 28(2) menyatakan: “Tiada seorang pun yang dilahirkan di dalam Persekutuan boleh menurut kuasa Perkara ini dilucutkan kewarganegaraan di bawah Perkara 25.” Ini bermakna kerakyatan Anwar yang merupakan warganegara melalui kuat kuasa undang-undang sama sekali tidak boleh dilucutkan.
Perkara 26B(2) pula memperuntukkan: “...tiada seorang pun boleh dilucutkan kewarganegaraan ... jika Kerajaan Persekutuan berpuas hati bahawa akibat daripada pelucutan itu dia tidak akan menjadi warganegara mana-mana negara.”
Dengan melihat kepada peruntukan perlembagaan di atas, maka tidakkah cadangan untuk melucutkan kerakyatan Anwar itu sebagai tidak masuk akal dan memalukan?
Saya tidak bela Anwar. Anwar mungkin melakukan kesalahan, dan jika itu yang berlaku, maka jangan cadangkan perkara yang tidak masuk akal untuk melucutkan taraf kerakyakan beliau. Sebaliknya, desaklah supaya kerajaan mengambil tindakan tegas mengikut peraturan dan undang-undang yang sedia ada. Ingatlah, politik baru adalah politik matang, bukan politik dendam...
- Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff (Salute ~)
dulu tuduh Pakatan Rakyat, sekarang apa sudah jadi Najib? Mohon komen sikit para penyokong kuat UMNO/BN ye....
Pengerusi Majlis Persekutuan Sekolah Mubaligh Kristian Malaysia, Datuk Mary Yap Kain Ching dilantik Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia-kabinet baru Najib.
Antara sumbangannya: Resolusi-resolusi FCCMSM dapat diluluskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia :
1- Bible Knowledge boleh diajar di sekolah kebangsaan dan sekolah mubaligh;
2- Penubuhan Kelab/Persatuan yang bukan beragama Islam;
3- Pemberian Quota 10% untuk pemilihan dan penempatan murid ke sekolah mubaligh;
4- Bible Knowledge termasuk dalam senarai matapelajaran SPM;
5- Peruntukan untuk sekolah mubaligh melalui Pakej Praransang;
6- Perlantikan Pengetua dan Guru Besar untuk sekolah mubaligh mengikut prinsip konsultasi maxima dengan Mission Authorities;
7- Sekolah mubaligh dapat status yang sama dengan sekolah kebangsaan;
8- RM100 juta diagihkan kepada sekolah mubaligh di bawah bajet 2013.
9- Seorang pegawai dilantik oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menjaga kebajikan sekolah mubaligh.
Sila rujuk : http://www.mary-yap.com/sample-page/
Seorang Cina (bukan) Tokey Besar di Kelantan telah memberi RM30,000.00 kepada Pimpinan PAS untuk dibuat Jamuan Kemenangan kerana DUN kawasannya masih dimenangi PAS dan kerana Kelantan masih KEKAL di bawah PAS. Ini bukti tiada Rasis di Kelantan (juga negeri lain), bahkan Bangsa Cina hidup harmoni bersama kerajaan PAS.
Menara Jam Diraja Mekah atau nama popular "Menara Abraj Al-Bait" merupakan yang tertinggi di dunia dengan ketinggian 595m.Lokasi menara ini berada di seberang jalan Masjidil Haram, masjid paling suci umat Islam. Menara Abraj Al Bait dibangun untuk menampung para jemaah haji yang semakin banyak datang ke Makkah untuk menunaikan ibadah haji.
Jam di puncak menara ini dapat dilihat dari seluruh kota Makkah. Dengan diameter 46meter, ia merupakan jam terbesar di dunia, 5 kali lebih besar dari Big Ben di London. Jam di Cevahir Mall di Istanbul dan Turki hanya 36meter diameter. Kalimah 'Allah' tertulis pada empat sisinya, boleh dilihat pada jarak 25 kilometer. Ia menggunakan 2 juta lampu LED. 21,000 lampu merah dan hijau di puncak menara. Lampu ini akan bercahaya 5 kali menandakan waktu solat.
7:28PM Mei 17 2013 Ketua polis negara yang baru Tan Sri Khalid Abu Bakar mesti membuang persepsi negatif bahawa beliau mempolitikkan pasukan keselamatan demi kepentingan BN dengan menumpukan kepada usaha membanteras jenayah dan bukan mensasarkan pemimpin Pakatan Rakyat.
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng (kanan) berkata, Khalid mesti membuktikan ikrarnya untuk mengutamakan keselamatan rakyat dan mengembalikan persekitaran yang selamat untuk orang ramai.
"Ikrar tersebut pastinya akan diuji supaya tidak menjadi janji mulut semata-mata tetapi mesti dibuktikan dengan kejayaan menurunkan kadar jenayah di dalam negara," katanya yang juga setiausaha agung DAP.
Dalam kenyataannya hari ini, Lim berkata, keselamatan awam antara isu pilihan raya umum yang menyaksikan rakyat meluahkan kebimbangan mereka terhadap peningkatan jenayah meski indeks jenayah menurun sebanyak 7.6 peratus dalam tahun 2012.
"Tan Sri Khalid boleh menjadi ketua polis negara yang lebih teruk daripada pendahulunya, kecuali jika beliau boleh menunjukkan kejayaannya membanteras penjenayah dan bukan menguruskan musuh politik BN," katanya.
Sumber: MalaysiaKini
MODUS OPERANDI:Sekumpulan lelaki (semua berkacamata hitam) dalam van Vanette warna silver dan berplat palsu, menghampiri mangsa yang berjalan berseorangan dari belakang.
Bila van berhenti, suspect (gambar fotofit) buka pintu dan hulurkan sebungkus coklat Cadbury sebagai umpan.
Bila mangsa menghulurkan tangan untuk mengambil coklat itu, suspect akan cuba menyambar tangan mangsa.
Dalam kes ini, mangsa sempat menarik semula tangan dan lari.
TUJUAN SEBARAN:
Sebagai peringatan dan langkah berjaga-jaga kerana kita tidak tahu siapa, bila dan di mana mangsa seterusnya.
RUJUKAN REPOT :
CHUKAI / 004506 / 13 - 15 Mei 2013
PEGAWAI PENYIASAT : SJN MOHD TARMIZI BIN KASSIM
BILIK GERAKAN IPD KEMAMAN : 09 - 859 1999