Showing posts with label ratu. Show all posts
Showing posts with label ratu. Show all posts

Wednesday, December 19, 2012

Ratu hadiri mesyuarat Kabinet




RATU ELIZABETH II (dalam bulatan) duduk dalam mesyuarat Kabinet di Downing Street, London semalam.


LONDON - Pemerintah Britain, Ratu Elizabeth II (gambar) menghadiri satu mesyuarat Kabinet di sini sempena sambutan jubli intan pertabalan baginda semalam.
Kehadiran baginda merupakan lawatan pertama yang dilakukan oleh seorang kerabat diraja Britain sejak lebih 100 tahun dahulu.
Ratu itu yang berusia 86 tahun itu tiba di kediaman rasmi Perdana Menteri David Cameron, 10 Downing Street untuk mesyuarat para menteri kanan Kabinet.
Istana Buckingham menyatakan, Ratu Elizabeth II akan menerima cenderamata jubli intan daripada Kabinet sempena 60 tahun baginda berada di atas takhta dan turut hadir sebagai pemerhati pada mesyuarat itu.
Berdasarkan sejarah, Ratu Victoria yang meninggal dunia pada 1901 pernah menghadiri mesyuarat Kebinet.
Mesyuarat Kabinet pada kebiasaannya berlangsung sekitar sejam setengah tetapi baginda akan menyertainya selama 30 minit sebelum beredar bersama Setiausaha Luar, William Hague untuk melawat Pejabat Kementerian Luar.
Pada mesyuarat kabinet berkenaan, Ratu Elizabeth II duduk di tengah meja mesyuarat bersama Cameron di sebelah kanan dan Hague di sebelah kiri baginda.
Meja yang berbentuk seperti sebuah bot itu diperkenalkan oleh Harold Macmillan, Perdana Menteri yang berkhidmat dari tahun 1957 hingga 1963 supaya beliau dapat melihat semua menterinya.
Ratu Elizabeth II pernah beberapa kali berkunjung di Pejabat Perdana Menteri Britain dengan kunjungan terakhir dibuat pada Julai lalu untuk menghadiri majlis makan tengah hari yang dihoskan Cameron dan turut dihadiri oleh bekas perdana menteri, Gordon Brown, Tony Blair dan John Major.
Seramai 12 perdana menteri berkhidmat di bawah pemerintahan ratu itu.
Ratu Elizabeth II akan menerima kunjungan mingguan oleh Perdana Menteri Britain.
Baginda berhak dan bertanggungjawab menyatakan pandangannya dalam hal ehwal kerajaan.
Tiada orang lain hadir pada pertemuan dengan perdana menteri tersebut, tiada catatan minit pertemuan manakala isi pertemuan mereka tidak pernah dibincangkan. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1219&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2FRbS63Gi 
Hakcipta terpelihara 

Thursday, July 7, 2011

Menang ratu cantik selepas kuruskan badan


BREE BOYCE menang Ratu Cantik Carolina Selatan di Columbia, Amerika Syarikat pada 2 Julai lalu.


COLUMBIA, Amerika Syarikat - Walaupun sebelum ini memiliki berat badan 104 kilogram (kg), Bree Boyce yang berusia 22 tahun mampu membuktikan bahawa boleh memenangi Ratu Cantik Carolina Selatan selepas dia menurunkan berat badannya, lapor sebuah akhbar semalam.
Setelah berjaya menurunkan berat badan sehingga 49kg, Bree telah memenangi pertandingan ratu cantik peringkat negeri itu pada 2 Julai di sini.
Dia yang merupakan seorang penyanyi dari Carolina Selatan membuat kejutan dengan kemenangan itu dan bakal bertanding dalam Ratu Cantik Amerika yang akan berlangsung di Las Vegas, Januari depan.
Beberapa foto menunjukkan dia mengalami transformasi mendadak daripada gadis berbadan gemuk sehingga menjadi seorang wanita yang berkeyakinan dan menawan kerana bentuk badan Bree kini kurus.
"Matlamat saya ialah menginspirasikan semua peringkat umur untuk menjadi sihat menerusi amalan pemakanan yang sihat, senaman dan percaya pada diri sendiri.
"Anda mempunyai kuasa untuk mengubah kehidupan anda,
"Saya begitu teruja untuk berkongsi pengalaman ini bersama rakan-rakan. Saya cukup bertuah kerana dapat berjumpa orang ramai menerusi lawatan di sekolah dan acara kebajikan," katanya menerusi laman sosial Facebook.
Bree memberitahu, dia tidak percaya dengan diet kerana sering gagal dengan mencuba kaedah itu sebaliknya melihat badannya seperti sebuah kereta yang memerlukan bahan api untuk bergerak dengan lebih cekap.
"Kalau saya mahu makan kek coklat saya akan makan tetapi bukan setiap hari dan setiap jam. Kamu perlu mengambilnya secara sederhana," jelasnya. - Agensi
Kosmo! Online - Dunia

Sunday, May 8, 2011

Mesti makan begitu saja


LEDANG: Bagi mendapatkan kepastian mengenai khasiat tersembunyi ratu anai-anai, seorang tabib Cina yang menjalankan perniagaan berasaskan herba dan ginseng di bandar ini mengesahkan kehebatannya.
Toh Su An, 60, mengakui ratu anai-anai adalah sejenis ubat yang diamalkan masyarakat Cina sejak ratusan tahun lalu.

“Bagaimanapun, kesukaran mendapatkan ratu anai-anai membuatkan jenis perubatan berkenaan seakan-akan lenyap daripada pengetahuan umum,” katanya.

Toh mengakui ratu anai-anai sungguh berkesan untuk menambah kesuburan bagi wanita, tetapi dengan syarat kaum Hawa perlu memakannya begitu saja tanpa sebarang campuran.

Katanya, ratu anai-anai juga dapat membantu merawat beberapa jenis penyakit seperti tekanan darah rendah, darah tinggi dan sembelit.

Sementara itu, pakar sakit tuan, Datuk Dr Ismail Thamby berkata, semua itu hanya kepercayaan karut yang banyak dipengaruhi oleh psikologi seseorang kerana daripada aspek perubatan, anai-anai tiada khasiat apatah lagi mampu merawat masalah mati pucuk.


Katanya, amalan pelik seperti memakan serangga dan alat kelamin haiwan sebenarnya adalah songsang yang hanya memberi kesan placebo (perawat) sementara.

“Keberkesanan sesuatu petua atau amalan songsang ini ada kaitan dengan aspek psikologi pengamalnya kerana walaupun daripada segi perubatan ia tidak menunjukkan apa-apa khasiat, namun pengamal percaya ia berkesan.
“Bila disebut mengenai kelemahan syahwat, ia sebenarnya bergantung kepada minda dan cara pemikiran individu itu sendiri,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, fenomena kepercayaan songsang bukan baru di negara ini, malah ada yang diamalkan secara turun-temurun bergantung kepada budaya individu itu.

Katanya, antara penyakit yang sering ada kaitan dengan mati pucuk adalah diabetes, darah tinggi atau hipertensi, kolesterol tinggi selain penyakit jantung.

“Rakyat di negara ini terlalu mudah mempercayai apa jua petua atau amalan yang kononnya dapat mengatasi mati pucuk dan berani mencuba tanpa mengetahui kesan negatifnya.

“Tongkat Ali contohnya sering digunakan oleh lelaki kerana dipercayai dapat memberi tenaga, sedangkan berdasarkan kajian ia sebenarnya merangsang hormon testosteron yang mana memberi rangsangan syahwat dan ereksi,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, untuk mengatakan amalan berkenaan salah sepenuhnya agak sukar kerana ada pengamal merasakan perubahan positif apabila makan serangga perosak itu.

Katanya, semua itu bergantung kepada pemikiran dan kepercayaan seseorang selain psikologi. Bagaimanapun, amalan itu masih belum terbukti berkesan mengikut aspek perubatan sebenar.
mymetro

Monday, January 17, 2011

Si manis 17 dipilih Ratu Amerika





2011/01/17

TERESA Scanlan (kanan) terkejut sebaik diumum pemenang Ratu Amerika 2011.
TERESA Scanlan (kanan) terkejut sebaik diumum pemenang Ratu Amerika 2011.
Pemenang paling muda sejak sembilan dekad pertandingan dianjurkan 

LAS VEGAS: Teresa Scanlan, 17, dari Nebraska, dinobat sebagai Ratu Amerika semalam, sekali gus muncul pemenang paling muda dalam sejarah sembilan dekad pertandingan berkenaan.
Scanlan menarik perhatian juri dengan memakai gaun petang putih dan menunjukkan bakat dengan bermain piano lagu White Water Chopped Sticks dalam pertandingan bakat.
Ketika pusingan akhir, beliau ditanya mengenai maklumat rahsia kerajaan yang dibocorkan melalui laman web WikiLeaks dan sama ada keselamatan Amerika Syarikat atau hak penduduk untuk mengetahui maklumat sensitif adalah lebih penting. 

Scanlan melihat kebocoran itu sebagai satu risikan dan berkata: “Apabila ia membabitkan keselamatan negara, kita perlu fokus terhadap keselamatan dulu kemudian baru hak rakyat untuk mengetahui. Kita tidak boleh biarkan perkara seperti itu berlaku dan ia perlu dikendalikan dengan sebaiknya.” 

Tempat kedua adalah Ratu Arkansas, Alyse Eady. 

Antara peserta yang bertanding ialah Ratu Delaware, Kayla Martell, yang menempatkan diri sehingga ke peringkat separuh akhir. Martell mengalami sejenis penyakit, alopecia areata, yang menyebabkan beliau kehilangan semua rambutnya ketika berusia 10 tahun. Beliau menyertai pertandingan itu dengan mengenakan rambut palsu. 
Tahun ini adalah ulang tahun ke-90 Ratu Amerika Syarikat. 

Pihak penganjur turut menganjurkan program pencapaian dan memberikan biasiswa kepada golongan wanita muda terbabit. 

Pada 2010, kumpulan terbabit membantu memberi lebih AS$45 juta (RM139.5 juta) wang tunai dan biasiswa. 

Seramai 53 wanita dari seluruh negara terpilih dalam pertandingan pada peringkat setempat sebelum mereka ke Los Angeles untuk menyertai pertandingan akhir yang diadakan semalam. 

Sebagai Ratu Amerika Syarikat, Scanlan akan ke seluruh negara tahun depan dan membantu meningkatkan kesedaran mengenai masalah pemakanan. 

Ratu Amerika 2010, Caressa Cameron dari Virginia, 22, menjadi duta muhibah bagi Children’s Miracle Network dan beliau menghabiskan masa sepanjang tahun membantu meningkatkan kesedaran mengenai HIV/AIDS. – Reuters