Showing posts with label aneh. Show all posts
Showing posts with label aneh. Show all posts

Saturday, September 29, 2012

Bayi Misteri,Berkaki Kambing Dan Tiada Tengkuk

Seorang bayi misteri dilahirkan di Jigawa, utara barat Nigeria di mana bayi tersebut dilahirkan dengan sepasang kaki kambing dan tidak mempunyai tengkuk....
.Ibu kepada bayi terbabit dikatakan sudah kali ke-empat mengalami nasib begini. Masih tidak diketahui kenapa perkara sebegini boleh berlaku.
Allah maha berkuasa, ada sesuatu yang ingin disampaikan dalam kejadian penuh misteri ini 
– wootmedia

Wednesday, August 1, 2012

Bunuh diri kerana mempunyai muka yang menakutkan

Pada abad ke-19 , ada seorang lelaki bernama Edward Mordrake yang mempunyai 2 muka . Mengikut sumber yang boleh dipercayai , muka kedua itu tidak boleh makan dan bercakap , tetapi boleh gelak dan menangis . Edward telah berjumpa doktor-doktor dan merayu untuk menanggalkan muka kedua itu kerana muka itu selalu menakutkan beliau pada waktu malam . Namun , tiada seorang pun yang mampu menanggalkan muka tersebut atas risiko yang sangat tinggi . Akhirnya , Edward membunuh diri ketika dia berusia 23 tahun .

Thursday, May 26, 2011

Jarum, paku dalam badan

SUBANG: Sekumpulan doktor di Hospital Ciereng Subang semalam berjaya mengeluarkan tiga daripada empat jarum yang berada dalam tubuh kanak-kanak, Erik Nuriana.
Pembedahan yang membabitkan pakar bedah, pakar bius, ahli radiologi dan beberapa kakitangan perubatan lain mengambil masa tiga jam. Daripada empat jarum yang bersarang dalam perut Erik, pakar perubatan berkenaan mengeluarkan tiga yang sudah berkarat sementara yang keempat gagal dikeluarkan kerana sudah memasuki usus besar.

“Satu daripada empat jarum yang berada dalam tubuh Erik belum dapat dikeluarkan kerana ia berada di dalam usus besar.
“Kami berharap ia akan keluar apabila dia membuang air besar,” kata pakar bedar, Dr Jaya Sutisna kepada akhbar Internet, Inilah.com, selepas pembedahan itu.

Terdapat empat jarum dikesan berada dalam tubuh kanak-kanak berusia 14 bulan itu sebelum ini.

"Keputusan untuk melakukan pembedahan selanjutnya atau tidak adalah terletak kepada pakar bedah yang merujuk kepada imej sinar-X bagi mengetahui perkembangan selanjutnya,” kata Jaya.
Erik mengalami kejadian ganjil sejak berusia empat bulan. Dia mengeluarkan benda keras dan berkarat seperti paku, jarum, batu dan buah rantai ketika membuang air besar.

Sehubungan itu, Hospital Ciereng Subang membentuk pasukan khas yang terdiri daripada beberapa doktor pakar untuk merawatnya. - Agensi
myMetro | Jarum, paku dalam badan

Thursday, May 12, 2011

Tubuh kurus, berat melampau


DERITA...Rosyatinah memangku anaknya yang lumpuh selepas diserang penyakit misteri sejak dua tahun lalu.

DERITA...Rosyatinah memangku anaknya yang lumpuh selepas diserang penyakit misteri sejak dua tahun lalu.

KUANTAN: Doktor mengesahkan dia tidak menghidap sebarang penyakit, namun timbul pelbagai persoalan apabila susuk tubuhnya jauh berubah hingga kurus melidi sedangkan dia makan dengan banyak berbanding sebelum dia diserang penyakit misteri itu dua tahun lalu.
Lebih aneh, di sebalik tubuhnya yang kurus itu, Saila Alias, 25, yang kini mampu terbaring di atas tilam, cukup berat untuk diangkat, malah tidak cukup dengan kudrat dua orang dewasa.
“Pernah dua ahli keluarga kami cuba mengangkat Saila tapi tak mampu. Biarpun kurus, beratnya tidak masuk akal dan tidak setanding dengan fizikalnya,” kata ibunya, Rosyatinah Yon, 48.

Menurutnya, sebelum sakit dua tahun lalu, berat badan Saila kira-kira 49 kilogram (kg), namun sekarang bila dia diangkat beratnya dirasa bertambah lebih sekali ganda, dianggarkan tidak kurang daripada 100kg.


“Saya tak tahu berat sebenar Saila sekarang kerana sejak dia sakit kami tak pernah timbang memandangkan dia lumpuh,” kata ibu tunggal itu ketika ditemui di rumah adiknya di Taman Tas.
mymetro

Wednesday, April 13, 2011

Ikan berkepala buaya



SEGAMAT - Seorang penjaring ikan di sini terkejut apabila menemui seekor ikan berkepala seakan buaya ketika menarik jaring yang dipasangnya di Sungai Segamat untuk menangkap ikan air tawar.

:Md Sailan Serian, 54, berkata, dia memang selalu memasang jaring di Sungai Segamat lebih-lebih lagi selepas musim banjir tempoh hari memandangkan banyak ikan yang diternak di kolam mungkin dihanyutkan air.

Menurutnya, ketika sedang mengutip beberapa ikan air tawar yang tersangkut di jaringnya, dia terkejut kerana melihat haiwan pelik yang disangkakan anak buaya.

“Saya amat takut sewaktu pertama kali melihatnya kerana muncung dan bentuknya betul-betul menyerupai seperti anak buaya. Apabila saya amati dengan teliti, ianya adalah seekor anak ikan pelik yang masih lagi hidup,” katanya.

Sailan berkata, dia membawa anak ikan tersebut pulang ke rumah untuk menyimpannya di dalam akuarium.

“Selepas meletakkan ikan tersebut bersama ikan lain, saya dapati bilangan ikan di dalam akuarium itu semakin berkurangan.

“Hajat untuk menyimpannya lebih lama berkecai kerana ikan tersebut mati selepas saya terlupa memasang gas oksigen bagi membantu pernafasannya,” katanya.

Tuesday, April 12, 2011

Ibu suka makan kusyen sofa


ADELE memberitahu masalahnya bermula kerana tertekan dengan penceraian ibu bapanya.


BRADENTON, Amerika Syarikat (AS) - Seorang ibu kepada lima orang anak, Adele Edwards didapati mengalami sejenis gangguan pelik yang dikenali sebagai Pica kerana dia gemar memakan kusyen sofa.
Pica merupakan gangguan yang sering dialami oleh kanak-kanak dan ibu mengandung yang kekurangan nutrien tertentu. Ia boleh menyebabkan mereka suka memakan benda-benda seperti kapur tulis, duit syiling, bateri dan tanah.
Dia yang berasal dari Bradenton, Florida Amerika Syarikat (AS) dikatakan telah memakan kusyen selama 21 tahun. Adele dilihat cuba mendapatkan bantuan selepas masalahnya itu sudah tidak dapat dikawal.
"Sejak beberapa tahun lalu, saya sudah makan tujuh sofa. Saya membuka zip alas kusyen dan memakannya. Apabila sudah makan, saya sukar untuk berhenti. Kini, doktor memberitahu jika saya meneruskannya, ketagihan ini akan membunuh saya," katanya.
Adele mengakui tabiat peliknya itu berlaku kerana tertekan sewaktu ibu bapanya mahu bercerai ketika dia baru berusia 10 tahun. Kini, dia memakan kusyen sebanyak 15 kali sehari. Adele terpaksa mendapatkan rawatan terapi dan hipnosis demi menghilangkan ketagihan luar biasa itu. - Agensi
-kosmo

Sunday, March 6, 2011

Buah tumbuh pada batang

SH


ENDAU - Seorang warga emas terkejut selepas mendapati setandan buah pisang tumbuh di tengah batang yang ditebang tiga bulan lalu tumbuh di kediamannya di Felda Endau.

Wan Abu Bakar, 72, tergamam apabila melihat pokok pisang putar yang ditebang mempunyai buah di tengah-tengah batang sejak dua bulan lalu.

Menurutnya, kejadian pelik itu disedari anak perempuan Julaiha Abu Bakar, 41 dan memaklumkan perkara berkenaan kepadanya.

“Pada mulanya saya tidak percaya selepas diberitahu oleh Julaiha, namun setelah diamati, ia betul dan pastinya saya amat terkejut,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, kejadian itu adalah pertama kali berlaku dalam hidupnya selepas hampir lima belas tahun menanam pisang.

“Dalam sejarah hidup saya, ini kali pertama melihat buah pisang tumbuh di tengah-tengah tanpa mempunyai jantung pisang. Ia kejadian alam unik yang berlaku pada buah pisang yang hampir masak,” katanya yang turut dikenali sebagai Pak Wan.

Sementara itu, isterinya, Timah Cik 72, memberitahu, dia juga terkejut dan menyifatkan kejadian itu sebagai menakjubkan.

Thursday, March 3, 2011

Gempar tangkap ular kepala keli

SH


TUMPAT - Seekor ular pelik yang mempunyai kepala seolah-olah seekor ikan keli ditemui berenang di dalam Sungai Kelantan mengemparkan penduduk Sungai Nyior Palekbang.

Ular pelik itu ditemui seorang remaja, Mohd Khairi Hassan, 17, empat hari lalu ketika mengangkat pukat yang ditahannya di dalam sungai tersebut.

Ia kelihatan terapung-apung di dalam sungai sebelum Mohd Khairi menangkapnya menggunakan peralatan menangkap ikan dan membawanya ke kawasan darat.

Pegawai Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Unit Daerah Tumpat, Mohd Fuad Ismail berkata, anggota JPAM diketuai Nik Huwaina Nik Hassan bersama empat anggota lain bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan mengenai penemuan ular tersebut.

“Ular tersebut ditemui Mohd Khairi kira-kira jam 4.30 petang, dan ia dibawa ke pejabat JPAM Tumpat sebelum diserahkan ke Jabatan Perhilitan untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika ditemui.

Menurutnya, ular tersebut sepanjang dua meter dan mempunyai berat tiga kilogram bagaimanapun masih belum diketahui spesiesnya.

“Spesiesnya belum diketahui, sama ada ia menyerang mangsa dengan mematuk, membelit, kami kurang pasti,” katanya.

Menurutnya, ketika operasi membawa ular tersebut ke pejabat JPAM, tiada sebarang kecederaan akibat serangan ular berkenaan, namun anggota JPAM tetap berhati-hati kerana khuatir diserang ular tersebut memandangkan ini adalah pertama kali anggota JPAM menemui ular seperti ini.

“Orang ramai yang ingin meminta bantuan JPAM boleh menghubungi 09-7254215,” katanya.

Difahamkan, badan haiwan berkenaan lembik, kulitnya pula kendur namun mengerutu seperti kulit biawak, berkepala seperti ikan keli, dan kulit berwarna keperangan itu mempunyai corak batik seperti ular sawa.

Monday, July 5, 2010

Gempar ikan berwajah manusia



Posted on the July 5th, 2010 under BeritaLuar NegaraMysteryUnik by Syedz
15/7

GAMBAR (dalam bulatan) menunjukkan seekor ikan kap milik Brenda O’Sullivan yang memiliki wajah seperti manusia.

DAGENHAM – Seekor ikan peliharaan di Britain menggemparkan pemiliknya kerana memiliki wajah seperti manusia, lapor sebuah akhbar semalam.
Ikan kap itu dibela seorang lelaki, Brendan O’Sullivan di sebuah kolam di rumahnya di sini. Lelaki berusia 44 tahun itu membeli ikan tersebut lima bulan lalu tetapi dia mula mengetahui ia memiliki tanda seperti mulut, hidung dan mata manusia baru-baru ini.
“Hanya pada minggu lalu ketika saya berjemur di belakang rumah saya, saya memerhati ke dalam kolam dan melihat ikan tersebut berenang ke arah saya,” kata Brendan.
“Saya kemudian terkejut. Ia memiliki tanda seperti dua mata, hidung dan mulut. Pada mulanya, saya ingat saya mengalami halusinasi,” tambahnya.
Ekoran keunikan itu, ikan kap milik lelaki berkenaan kini dianggarkan berharga 40,000 (RM196,067). – Agensi
kredit : kosmo.com.my

Thursday, May 13, 2010

Keanehan di langit Perth



GAMBAR menunjukkan seorang jurugambar amatur merakamkan sebuah objek ganjil di langit Perth, Australia.


PERTH, Australia - "Adakah sesuatu yang aneh berlaku di ruang angkasa di sini?", soal sebuah akhbar kelmarin.
Seorang lelaki yang cuma mahu dikenali sebagai Mark menganggap berlaku keanehan di ruang angkasa Perth setelah dia merakamkan beberapa objek ganjil di sekitar bandar raya itu.
"Kebanyakan orang hanya meluangkan masa untuk melihat di sekeliling mereka.
"Namun, mereka jarang mendongak ke langit sedangkan perkara aneh dan menarik berlaku di langit pada setiap masa," kata Mark yang merakamkan gambar di langit Perth lebih 10 tahun lalu.
"Sesetengah benda yang saya rakam kelihatan aneh dan saya tidak dapat menerangkannya," tambahnya. - Agensi

Saturday, May 8, 2010

Kalau mati kemalangan terus tanam dengan kereta


Bekas penggali kubur cipta keranda jadi kereta


Phil Bissett mencipta keranda yang dijadikan sebuah kereta.


ESSEX – Seorang bekas penggali kubur di Britain, Phil Bissett telah membina sebuah kereta satu tempat duduk berkelajuan 160 kilometer sejam (km/j) dengan menggunakan keranda sepanjang dua meter, lapor akhbar Daily Mail semalam
Bissett, 62, membeli keranda besi buatan tangan seberat 75 kilogram itu dengan harga £98 (RM470) melalui laman web lelongan eBay dan menamakan kenderaan ciptaannya Holy Smoke yang bermaksud kejutan.
“Ia mempunyai enjin berkapasiti 1300 cc dan kelajuannya pula mencecah 160 km/j,” katanya..
Menurut warga emas itu, beberapa bahagian lain kenderaan itu termasuk cesi diambil dari sebuah trak Volkswagen, kereta buggy dan sebuah kereta Ford lama.
Kereta unik milik Bissett boleh digunakan di jalan raya kerana dia telah membayar premium insurans dan mendaftarkan kenderaannya dengan pihak berkuasa.
“Kali pertama saya memandunya di jalan raya, seorang pemandu hampir terbabas ke dalam sebuah parit kerana terkejut manakala pemandu lain sibuk merakamkan gambar kereta saya,” katanya.
Bissett yang kini bekerja sebagai pelukis tatu menambah, dia mendapat idea membina kereta itu sewaktu melayari Internet dalam keadaan mabuk.
“Ia seperti kereta dalam filem seram kelakar, Adams Family dan ramai orang menganggapnya kelakar tetapi isteri saya pula bencikan kenderaan tersebut,” katanya.– Agensi