Thursday, August 30, 2012

Sitkom komedi Islam BBC dikecam



LONDON 29 Ogos - Sebuah drama bersiri televisyen komedi BBC mengenai pemimpin masyarakat Islam di Britain, menerima 200 aduan selepas didakwa 'mempersendakan Islam dan menggambarkan stereotaip mengenai Asia dan tidak menghormati al-Quran'.
Satu daripada babak dalam drama berjudul Citizen Khan itu yang mencetuskan kemarahan penduduk Islam, menggambarkan anak perempuan kepada sebuah keluarga Khan bergegas memakai tudung dan berpura-pura mengaji Al-Quran ketika bapanya pulang ke rumah.
Drama sebanyak enam episod itu, yang disiarkan buat pertama kalinya di BBC pada pukul 10.35 malam kelmarin, diarahkan oleh Adil Ray, seorang penganut Islam warga Britain yang juga memegang watak utama dalam Citizen Khan.
"Ini adalah stereotaip yang amat teruk dan jahil," tulis seorang penonton dalam papan mesej BBC.
"Ia amat mengecewakan terutamanya ketika babak anak perempuannya berpura-pura mengaji al-Quran," tulis seorang lagi penonton.
Pengkritik turut mengecam pengulangan banyak stereotaip mengenai penganut Islam Britain dengan episod pertama itu menceritakan tentang masalah rancangan perkahwinan seorang daripada anak Khan.
Jurucakap BBC, bagaimanapun berkata, Citizen Khan telah membuat permulaan yang positif apabila episod pertamanya disaksikan kira-kira 3.6 juta penonton.
"Drama komedi baru selalunya mencetuskan pelbagai reaksi berbeza daripada penonton, tetapi watak dalam drama ini hanya rekaan semata-mata dan tidak mewakili mana-mana masyarakat," kata jurucakap BBC. - AGENSI

Tukang kimpal rayu bantuan



ANUAR Nawi (tengah) menunjukkan kesan pembedahan isterinya, Siti Rawiah Ali di rumahnya di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan, semalam.
KOTA BHARU 28 Ogos - Seorang suami di Kampung Pulau Melaka dekat sini, Anuar Nawi, 43, bukan sahaja terpaksa mengerah kudrat mencari rezeki, tetapi juga perlu menguruskan isteri lumpuh dan tujuh orang anaknya yang masih bersekolah.
Isteri Anuar, Siti Rawiah Ali, 47, lumpuh sejak lebih tiga tahun lalu selepas menjalani pembedahan membuang tumor pada tulang belakangnya.
Lebih menyedihkan, Anuar sekeluarga yang dihimpit kemiskinan, kemungkinan terpaksa keluar daripada rumahnya yang dibina atas tanah milik arwah datuknya kerana telah dijual kepada seorang individu.
Anuar yang bekerja sebagai tukang kimpal dan mempunyai tujuh orang anak berusia lima hingga 18 tahun itu tidak mampu menyara keluarga sepenuhnya kerana pendapatan yang diperoleh tidak seberapa.
Menurutnya, walaupun mereka mendapat bantuan RM400 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), namun ia tidak mencukupi kerana keluarganya agak besar.
"Pendapatan saya sebagai tukang kimpal juga tidak seberapa kerana tidak ramai pelanggan dan kerja-kerja yang saya lakukan agak lambat disebabkan terpaksa menguruskan anak- anak ke sekolah dan isteri.
"Saya berharap ada pihak yang sudi tampil untuk membantu merawat isteri supaya dia pulih seperti sediakala dan saya dapat menumpukan pada kerja untuk menyara keluarga," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.
Sementara itu, Siti Rawiah berkata, dia kini bergantung sepenuhnya kepada suami untuk menguruskan kehidupannya serta anak-anak kerana tidak mampu untuk bergerak.
Menurutnya, ketumbuhan pada tulang belakang dikesan kira-kira lima tahun lalu dan pakar perubatan terpaksa melakukan pembedahanbagi menyelamatkan nyawanya.
"Sebelum ini doktor ada memberitahu, jika pembedahan membuang tumor tersebut dilakukan, saya berdepan risiko lumpuh dan atas persetujuan suami, pembedahan dilakukan dan saya lumpuh.
"Sudah lebih tiga tahun saya terlantar begini dan tidak mampu untuk melakukan sebarang kerja termasuk menguruskan rumah tangga dan hanya berharap pada suami untuk melakukannya," ujarnya sayu.
Tambahnya, dia juga tidak mendapat rawatan susulan sejak lebih dua tahun lalu kerana mengalami masalah untuk berulang-alik ke hospital ekoran ketiadaan kenderaan untuk membawanya dan kini hanya bergantung kepada ubat-ubatan yang diambil di hospital.
Dalam pada itu, kehidupan keluarga Anuar sedikit terubat apabila mendapat perhatian daripada Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Panchor, Che Rosli Hassan yang melawat keluarga berkenaan.
Che Rosli ketika ditemui berkata, pihaknya akan berusaha mendapatkan bantuan sewajarnya seperti kerusi roda bagi memudahkan Siti Rawiah bergerak.
Orang ramai yang prihatin dan sedia membantu meringankan beban keluarga ini boleh menyalurkan sumbangan kepada Siti Rawiah ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) 03201-29-00017565-3.

Masih percaya pemimpin UMNO?

Saudaraku, anak2 ini amat mengharapkan bantuan kita

Saudaraku, anak2 ini amat mengharapkan bantuan kita, jika kita tidak mampu pergi jihad di Syria. Tetapi berdoalah setiap kali sujud dalam solat dan selepas solat, mohon Allah s.w.t selamatkan mereka dari anjing2 Basyar yang masih taat kepada Basyar.

"Berjuang itu memang pahit, kerana syurga itu manis......"

"Berjuang itu memang pahit, kerana syurga itu manis......" petikan lagu Hijjaz.
Walaupun tangannya kudung sebelah, tetapi sebelah lagi masih ada, tenaga masih kuat dan nyawa masih hidup, maka beliau keluar mengejar syahid.

Free Syrian Army

Ini antara gambar terbaik oleh Free Syrian Army (FSA) atau mujahidin Syria yang sedang gigih melawan kegilaan tentera2 Basyar yang semakin ganas membunuh rakyat Syria tanpa mengira usia dan jantina. 
Doakan mujahidin Syria berjaya, jika ajal mereka sampai, semoga Allah masukkan mereka dalam golongan syahid, aameen...

Ahli Fizik Ukraine Masuk Islam Kaji Matahari Terbit Dari Barat



Perkembangan Islam di Ukraine yang pesat menyaksikan hampir setiap dua minggu terdapat rakyat asal Ukraine samada lelaki atau wanita memeluk agama Islam di Pusat Islam Kyiv. Tetapi kejadian berikut ada kelainan apabila pusat tersebut didatangi oleh saintis Ukraine bernama Dimitry Boliakov. Beliau seorang saintis muda yang tekun dalam kajian bidang fiziknya. Beliau memasuki masjid di pusat tersebut ditemani bersama seorang ahli yang aktif di pusat tersebut.

Pusat Islam Kyiv

Selepas Imam menyampaikan kuliah biasanya di masjid tersebut dan kemudiannya diikuti dengan majlis lafaz syahadah oleh saudara Dimitry. Apakah kelainan perisytiharan syahadah kali ini berbanding dengan yang lain sebelumnya. Ketika inilah Dimitry mula menjelaskan perjalanannya menuju keimanan terhadap Islam. Dia menyatakan kemasukannya didalam Islam ialah hasil dari kajian sains terutamanya dalam fizik yang menjadi pengkhususannya. Sidang jemaah dengan penuh khusyuk dan tanda tanya bagaimana kajian fizik yang beliau jalankan dapat membawanya memeluk Islam.


Majlis Lafaz Syahadah Saudara Dimitry

Dimitry mula menerangkan bahawa ia menjalankan kajiannya bersama sepasukan saintis yang berwibawa dalam bidang kajian Vacuum Physics dibawah kelolaan Prof Nikolay Kosinikov yang merupakan pelopor dalam bidang tersebut. Dia menyatakan mereka membuat ujikaji terhadap sebuah globe bagi mengesahkan teori terbaru yang menjelaskan tentang putaran bumi dipaksinya, dan mereka berjaya mengukuhkan teori itu.

Akan tetapi Dimitry mengetahui terdapat riwayat dalam sebuah hadis dari nabi saw yang diketahui umat Islam, bahkan termasuk dalam asas akidah mereka. Hadis ini mengukuhkan lagi tentang kajian yang telah dibuatnya. Dimitri merasa yakin bahwa pengetahuan seperti ini, yang terdapat lebih dari 1.400 tahun yang lalu hanya mungkin didapati dari Tuhan yang mencipta alam ini sendiri.

Teori yang dikemukan oleh Prof. Kosinov merupakan teori yang paling baru dalam menjelaskan fenomena perputaran bumi pada paksinya. Kumpulan pengkaji ini menyediakan sebuah sampel berupa globe yang diisi penuh dengan cairan dari logam, kemudiannya mengenakannya dengan medan magnet yang terhasil dari electrode akibat caj dua elektronik. Iaitu proses aliran arus letrik DC melalui electrode yang menghasilkan medan magnet kemudiaanya menyebabkan globe diisi cairan logam itu berputar pada paksinya. Fenomena ini dinamakan “electo-magno-dynamic phenomenon”. Gerak ini pada asanya menjadi aktivitas perputaran bumi pada paksinya.

Realitinya di alam ini, daya matahari merupakan “kekuatan penggerak” yang melahirkan medan magnet yang mendorong bumi untuk berputar pada paksinya. Kemudian gerak putaran bumi ini samada cepat atau lambatnya seiring dengan daya kekuatan daya matahari. Atas dasar ini pula bergantung kedudukan arah kutub utara dan juga kearah manakah kedudukan tersebut.

Telah didapati bahawa kutub magnet bumi hingga tahun 1970 bergerak dengan kecepatan tidak lebih dari 10 km dalam setahun, akan tetapi pada tahun-tahun terakhir ini kecepatan tersebut bertambah hingga 40 km dalam setahun.

Bahkan pada tahun 2001 kutub magnet bumi bergeser dari tempatnya hingga mencapai jarak 200 km dalam sekali gerak. Ini berarti bumi dengan pengaruh daya magnet tersebut mengakibatkan dua kutub magnet bergantian tempat. Artinya bahwa “gerak” perputaran bumi akan mengarah pada arah yang berlawanan. Ketika itu matahari akan terbit (keluar) dari Barat.

Ilmu pengetahuan dan maklumat seperti ini tidak didapati Dimitry dalam buku-buku atau didengar dari manapun, akan tetapi ia memperoleh kesimpulan tersebut dari hasil kajian dan uikaji makmal yang dijalankan. Ketika dia meneliti berbagai-bagai kitab agama lain, ia tidak mendapatkan satupun petunjuk kepada maklumat tersebut selain dari Islam.

Ia mendapati maklumat tersebut dari sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, bahawa Rasulullah saw bersabda,

“Tidak akan terjadi kiamat sehingga matahari terbit dari tempat terbenamnya, apabila ia telah terbit dari barat dan semua manusia melihat hal itu maka semua mereka akan beriman, dan itulah waktu yang tidak ada gunanya iman seseorang yang belum pernah beriman sebelum itu.” (Riwayat Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah. Dan riwayat Ahmad, Abu Dawud dan Ibn Majah)

Matahari terbit dari Barat akan terjadi selama satu hari saja, kemudian tertutuplah pintu taubat. Setelah itu, gerakanmatahari pun akan kembali seperti sebelumnya terbit dari timur sampai terjadinya kiamat. Saintis NASA juga mengesahkan fenomena ini seperti dalam artikel dibawah.


Dari Ibn ‘Abbas,

“Maka Ubai bin Ka’ab berkata: “Maka bagaimana jadinya matahari dan manusia setelah itu?” Rasulullah menjawab: “Matahari akan tetap menyinarkan cahayanya dan akan terbit sebagaimana terbit sebelumnya, dan orang-orang akan menghadapi (tugas-tugas) dunia mereka, apabila kuda seorang laki-laki melahirkan anaknya, maka ia tidak akan dapat menunggang kuda tersebut sampai terjadinya kiamat.” (Fathul Baari, Kitaburriqaq, Juz 11, Thulu’issyamsi Min Maghribiha).

Tentera Pembebasan Syria telah berjaya menawan Lapangan Terbang Tentera Titinaz di utara bandar Halab

Terkini.

Tentera Pembebasan Syria telah berjaya menawan Lapangan Terbang Tentera Titinaz di utara bandar Halab. Mujahidin juga melaporkan bahawa berjaya menawan gudang senjata berat rejim Basyar di Dimasyq semalam (29/8/2012).

Teruskan berdoa untuk mereka.

Derita 30 tahun

KASIH IBU...Sakyah  menjaga Selmah yang menghidapi penyakit kulit tahap kritikal di rumahnya.
KASIH IBU...Sakyah menjaga Selmah yang menghidapi
penyakit kulit tahap kritikal di rumahnya.
 
TEMERLOH: “Apabila melihat keadaan dia saya amat terharu mengenangkan kesakitan yang dialaminya sejak 30 tahun lalu.
“Memang sedih melihat dia terpaksa menahan rasa gatal yang dialami sepanjang masa walaupun pelbagai usaha dilakukan untuk meredakan kegatalan dan menyembuhkan penyakitnya itu,” kata Sakyah Naemat, ibu kepada seorang wanita berusia 56 tahun yang menderita penyakit kulit di sini.

Sakyah, 78, berkata, penyakit yang menyerang anaknya, Selmah Basar mula dikesan ketika wanita itu mengandungkan anak kedua pada usia 26 tahun.

“Pelbagai usaha termasuk menggunakan kaedah perubatan tradisional dan moden dilakukan, tetapi ia tidak mendatangkan perubahan positif, sebaliknya penyakit itu semakin serius sejak akhir-akhir ini.

“Selmah juga sudah mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshah) dan Hospital Raub, tetapi penyakit terbabit tidak juga sembuh.

“Sebab itu, dia terpaksa berulang alik ke Hoshah untuk rawatan termasuk membersihkan kulit yang menggelupas di seluruh badan,” katanya ketika ditemui di Kampung Mempateh, Lanchang, di sini, kelmarin.


Sementara itu, adik Selmah, Abd Wahid, 54, berkata, segala keperluan termasuk penggunaan lampin pakai buang bergantung kepada bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berjumlah RM300 sebulan serta ahli keluarga lain.

Menurutnya, disebabkan penyakit kulit itu yang dikatakan pada tahap kritikal, segala urusan berkaitan keperluan diri terpaksa bergantung sepenuhnya kepada ahli keluarga.

“Sejak akhir-akhir ini pergerakan kakak agak terbatas, justeru, menyukarkannya melakukan perkara harian termasuk makan dan menukar pakaian.

“Memang sedih apabila melihat keadaannya yang terlantar, tetapi kami sudah melakukan yang terbaik dan mendoakan penyakit kakak sembuh,” katanya.

Penderitaan Selmah turut mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lanchang, Datuk Mohd Sharkar Shamsudin yang melawat Selmah.

Sharkar yang sudah beberapa kali menziarah Selmah belum mendapat pengesahan daripada pakar perubatan berhubung penyakit yang dihadapi ibu tunggal berkenaan.

“Dalam hal ini, saya minta pakar perubatan tampil menghulurkan bantuan bagi meringankan beban Selmah selain saya berusaha mendapatkan bantuan alternatif lain,” katanya.

Bagi mereka yang ingin menghulurkan bantuan, sumbangan boleh disalurkan melalui akaun Maybank Abd Wahid (No. 106053020422).

Buka pintu kemaafan

KUALA TERENGGANU: Meskipun keputusan Mahkamah Tinggi Syariah di sini, kelmarin berpihak kepada Mustafa Ismail, 66, namun jauh di sudut hatinya tersimpan ruang kemaafan untuk melihat anak kandungnya kembali bersama.
Pesara syarikat cari gali minyak itu berkata, dia terpaksa bertindak nekad menyaman anak sulungnya, Nasrun, 39, kerana itu saja jalan terakhir untuk melihat anaknya itu menjenguk keluarga dan dua anak yang ditinggalkan lebih lapan tahun lalu.

Katanya, dia mengambil tindakan berkenaan semata-mata untuk mengajar anaknya dan itu saja cara yang ada untuk bertemu dengannya.

“Bertahun dia tidak pulang menjenguk kami dan dua anaknya yang sering berharap dapat berjumpa bapa mereka.

“Saya tunaikan apa yang termampu dan mahkamah buat keputusan. Sebarang tindakan saya serahkan pada mahkamah. Kini kami hanya menunggu kepulangannya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Beladau Kolam di sini.

Akhbar semalam melaporkan, seorang pengurus syarikat cari gali minyak diperintahkan membayar RM18,866.50 dan memohon maaf secara terbuka mengikut hukum syarak kepada kedua-dua ibu bapa serta dua anaknya yang diabaikan sejak lebih lapan tahun lalu.


Arahan itu dikeluarkan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah di sini.

Lindsay terselamat daripada tuduhan curi




LOS ANGELES: Lindsay Lohan semalam dibebaskan daripada sebarang pembabitan dalam kecurian barang kemas bernilai lebih RM321,000 dari sebuah rumah di Hollywood Hills.
Polis berkata, mereka tidak mempunyai “bukti mencukupi” untuk meneruskan kes ekoran dakwaan beberapa barang dilarikan dari rumah berkenaan baru-baru ini.

Lindsay berada di rumah itu kerana menghadiri parti diadakan pemiliknya. Selebriti bermasalah itu dikatakan menuding jari kepada rakannya, Andrew Knight, yang juga anak lelaki pemuzik, Suge.

Lindsay, 26, disoal siasat polis tetapi pendakwa daerah Los Angeles berkata, mereka tidak mempunyai bukti mencukupi untuk membuktikan kes itu melangkaui keraguan yang munasabah. Namun, ia bukanlah berita baik sepenuhnya untuk Lindsay apabila dia dilarang menginap di hotel kegemaran selebriti Hollywood, Chateau Marmont, kerana gagal menjelaskan bil biliknya.

Dia dibebaskan daripada pengawasan pada Mac lalu atas dakwaan memandu di bawah pengaruh arak dan kokain pada 2007.

Lindsay masih berada dalam pengawasan tidak rasmi sehingga 2014 berhubung kes kecurian barang kemas pada tahun lalu.


Jika didakwa dalam kes terbaru itu, Lindsay boleh dipenjara. - TS

Kembar siam jadi bintang TV




ABBY dan Brittany mampu bekerjasama memainkan tugas masing-masing memandu kereta seperti orang biasa.
ABBY dan Brittany mampu bekerjasama memainkan tugas masing-masing memandu kereta seperti orang biasa.
GAMBAR promosi menjelang permulaan siri realiti bagi memaparkan perjalanan hidup seharian mereka sebagai pasangan kembar siam.
GAMBAR promosi menjelang permulaan siri realiti bagi memaparkan perjalanan hidup seharian mereka sebagai pasangan kembar siam.
LOS ANGELES: Pasangan kembar siam Abby dan Brittany Hansel meraikan ulang tahun kelahiran mereka ke-22 dalam episod pembukaan siri realiti televisyen mereka di Amerika Syarikat, lapor media semalam.
Siri itu - berjudul Abby And Brittany - memaparkan mereka memakai cermin mata berhias bagi meraikan hari bersejarah itu.
Berasal dari Minnesota, siri itu akan menayangkan detik Abby dan Brittany menamatkan pengajian di universiti, mencari pekerjaan dan mengembara ke Eropah bersama kenalan dalam siri terbaru mereka.

Dalam gambar promosi untuk siri itu, Abby dan Brittany digambarkan bersedia memulakan hidup normal, bergaya di depan kamera dalam kotak telefon awam tradisional di London, berehat bersama rakan di bawah sinar matahari dan memandu kereta.


Mengenai pengalaman memandu, Brittany berkata, tugas menekan pedal minyak dan menukar gear dilakukan Abby.

“Saya mengawal suis lampu isyarat dan lampu,” katanya.

Brittany juga mengakui Abby memandu lebih laju daripadanya.

Sebelum ini, pasangan kembar siam terbabit membintangi sebuah dokumentari berjudul Joined For Life, serta sebuah program susulan, Abby And Brittany Turn 16.

Bintang siri realiti yang bakal melakar nama itu mula menjadi perhatian apabila mereka muncul dalam siri The Oprah Winfrey Show.

Brittany dan Abby juga pernah muncul sebagai penghias muka depan majalah Life pada 1996.

Ketika itu, mereka baru berusia enam tahun.

Mereka berkongsi hampir semua organ pada bahagian di bawah pusat, namun memiliki dua jantung dengan sistem pengedaran darah dikongsi bersama.

Mereka juga memiliki empat paru-paru dan dua perut.

Walaupun dilahirkan dengan tiga tangan, satu daripadanya dibuang melalui pembedahan.

Abby mengawal badan sebelah kanan, manakala tubuh kiri dikawal Brittany.

Ketika tidak ramai pasangan kembar siam seperti mereka hidup sehingga dewasa, Abby dan Brittany kini sihat tanpa sebarang masalah jantung atau kegagalan organ. - DM

Harry ditawar RM31j bintangi filem dewasa

Deretan akhbar yang menyiarkan  berita skandal Putera Harry  dijual di sebuah gerai di London minggu lalu.
Deretan akhbar yang menyiarkan berita skandal Putera
Harry dijual di sebuah gerai di London minggu lalu.
 

London: Penerbit filem dewasa syarikat Vivid Entertainment, Steve Hirsch menawarkan bayaran AS$10 juta (RM31.2 juta) kepada Putera Harry jika beliau bersetuju berlakon dalam sebuah filem dewasa, sejurus pendedahan skandal beliau berbogel bersama rakannya di sebuah hotal di Las Vegas baru-baru ini.

Laman web hiburan online TMZ.com yang memetik berita daripada akhbar New York Daily News, melaporkan, Hirsch sudah menghantar surat tawaran itu kepada Putera Harry dan kini hanya menunggu jawaban beliau. Filem yang ditawarkan itu diberi judul The Trouble with Harry.
“Kami ingin menawarkan anda peluang untuk menjadi seorang ‘putera paling hebat’ sepanjang zaman dengan berlakon di dalam sebuah filem dewasa bajet besar yang menyeronokkan.



Penampilan istimewa

“Sudah tentu ‘Little Harry’ (merujuk kepada anggota sulit Putera Harry) juga akan ditampilkan, tetapi saya memberi jaminan skrip filem ini ditulis dengan baik dan ‘Little Harry’ akan dipersembahkan dengan cara paling hebat (bermaksud Harry perlu mendedahkan seluruh tubuh termasuk anggota sulitnya tanpa segan silu),” kata Hirsch yang dipetik akhbar itu.

Harry bukan satu-satu anggota keluarga atau kerabat diraja yang pernah menerima tawaran Vivid Entertainment untuk berlakon filem dewasa.

Pada 2011, Hirsch menawarkan bayaran AS$5 juta (RM15.6 juta) kepada adik Duchess of Cambridge, Kate Middleton, Pippa untuk berlakon dalam filem dewasa keluaran syarikatnya.
Malah jika adik lelaki Pippa, James, juga sanggup ikut berlakon beliau menawarkan bayaran AS$1 juta (RM3.12 juta) kepadanya.

Hirsch bersama dua lagi ahli lembaga pengarah di dalam syarikatnya dikatakan berjaya mewujudkan satu perspektif baru dalam penerbitan filem dengan bentuk persembahan yang berbeza.

Bagaimanapun, sehingga kini, Harry yang sedang berhadapan dengan kritikan daripada pelbagai pihak di negaranya, tidak memberi sebarang jawaban. - Agensi

korang boleh faham tak?