Saturday, November 1, 2014

Rakyat Malaysia mangsa terakhir MH17 dikenal pasti


KUALA LUMPUR 1 Nov. - Mangsa terakhir tragedi MH17 rakyat Malaysia yang juga nenek tiri kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein telah dikenal pasti.
Hishammuddin yang mengumumkan perkara tersebut berkata, jasad Allahyarham Siti Amirah Prawira Kusuma, 83, telah disahkan semalam.
“Perasaan saya bercampur-campur. Lega dan sedih. Memang saya rasa syukur.
“Tiada istiadat penghormatan di Malaysia. Keluarga meminta jasad beliau dikebumikan di Belanda,” jelas Hishammuddin pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucapan penutup Konvensyen UMNO Selangor 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Dengan pengesahan identiti itu, bermakna kesemua 43 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa dalam nahas pada 17 Julai itu telah dijumpai.
Hishammuddin berkata, pengebumian kesemua mangsa rakyat Malaysia bertepatan dengan janji Najib untuk bertanggungjawab mencari kesemua mangsa berkenaan sebelum ini. - UTUSAN ONLINE
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/rakyat-malaysia-mangsa-terakhir-mh17-dikenal-pasti-1.19366#sthash.6fi1L3Hq.dpuf

Lima tahun hidup bergelumang dosa


Hazumi (tengah) bersama dua lagi bekas pelatih Baitul Ehsan mengakui insaf selepas memasuki pusat perlindungan wanita itu.
Hazumi (tengah) bersama dua lagi bekas pelatih Baitul Ehsan mengakui insaf selepas memasuki pusat perlindungan wanita itu.
SABAK BERNAM – “Lima tahun hidup saya bergelumang dengan dosa dan Alhamdulillah, ALLAH bukakan hati saya untuk berubah,” kata seorang bekas pelatih Rumah Perlindungan Wanita Baitul Ehsan, Hazumi (bukan nama sebenar), 24.

Hazumi anak sulung daripada enam beradik berkata, dia mula terjebak dengan gejala sosial sejak dari tingkatan tiga lagi apabila sering mengikut teman lelakinya merempit di sekitar Kuala Lumpur.

Menurutnya, bermula dari situ, dia semakin ‘liar’ dan sering pulang lewat malam hingga pernah terlanjur beberapa kali dengan teman lelakinya.

“Jiwa muda merasakan inilah dunia yang saya cari. Saya dah besar panjang, inginkan kebebasan dan berseronok dengan teman lelaki yang memahami keinginan saya,” katanya kepada Sinar Harian.

Walaupun sering dimarahi ibu bapanya, Hazumi masih terus bersosial, tetapi dia yang cepat bosan dengan sesuatu aktiviti itu mula meninggalkan dunia rempit dan terjebak dengan budaya 'skin' dan 'punk'.

“Akibat pengaruh kawan juga, saya jadi gengster dan mula ikut kumpulan tertentu dengan perwatakan diri saya pun berubah. Rambut saya pacak, dan kalau rasa tak puas hati saya juga sanggup bergaduh,” katanya.

Hazumi berkata, setelah tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dia ditawarkan menyambung pengajian peringkat diploma dalam jurusan pengurusan perhotelan di sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

“Langkah saya makin panjang. Saya praktikal di hotel terkemuka.Semasa cuti semester saya bekerja sambilan di sebuah hotel dan pernah menerima bayaran daripada pelanggan untuk khidmat seks,” katanya.

Katanya, dia tidak pernah serik dengan perbuatannya itu sehinggalah bapanya tekad mengambil keputusan menghantarnya ke Baitul Ehsan agar Hazumi dapat kembali ke pangkal jalan dan tidak terjebak dengan aktiviti tidak bermoral.

“Mulanya memang saya tak nak datang ke sini (Baitul Ehsan). Tapi bapa cabar saya, kalau saya boleh ubah perangai dia akan keluarkan saya dengan cepat.

“Masuk saja sini saya demam seminggu. Saya tak bebas, tapi lama-kelamaan saya makin selesa dan seronok dengan rakan-rakan di sini.

“Saya di sini hanya tiga bulan. Ketika melangkah keluar, hati jadi sebak dan sayu kerana terpaksa tinggalkan rakan-rakan,” katanya.

Menurutnya, sejak dari itu, dia tekad untuk berubah dan menyambung pengajiannya dalam bidang kemahiran di Pekan, Pahang sebelum bertemu jodoh dengan seorang duda yang sememangnya lelaki terbaik yang membimbingnya ke jalan kebenaran.

“Kalau tak kerana ibu bapa saya yang suruh masuk ke Baitul Ehsan, tak tahulah kehidupan saya pada masa sekarang. Saya juga bersyukur kerana mendapat suami yang dapat menerima saya seadanya,” katanya.

Pelik! Lelaki China Masuk Botol Dalam Dubur Untuk Rawat Sembelit.


Berita yang mengemparkan datang dari lelaki berasal  dari China di mana didalam tubuhnya terdapat sebuah botol . Botol aneh tersebut diketahui berada didalam tubuh dekat alat kelaminnya.

Lelaki yang tidak ingin disebutkan namanya ini awalnya mengalami sembelit. Karena ia sudah berusia 60 tahun, jadi ia tidak tahu bagaimana cara mengatasinya.

Kemudian, ia memiliki idea untuk merawatinya dengan menggunakan sebuah botol. Ia pun mencuba cara tersebut dan tiba-tiba tanpa disengaja botol itu masuk kedalam duburnya.

Lalu, lelaki tu terkejut dan mencuba untuk menarik botol itu keluar. Tapi, botol itu malah semakin masuk dan akhirnya tidak boleh keluar.

Seperti disiarkan Okezone.com, kejadian ini baru diketahui oleh pihak hospital setelah lelaki ersebut datang karena mengeluh terus merasa sakit pada perutnya.

Kemudian, doktor melakukan pemeriksaan rontgen dan betapa terkejutnya pihak hospital ketika melihat ada sebuah botol berukuran kecil didalam perut lelaki tersebut.

Botol itu terlihat terletak didekat alat kelamin lelaki itu. Ternyata saat ditanya barulah lelaki  tua itu mahu menceritakan yang sebenarnya terjadi.

Kini lelaki tua itu sudah menjalani proses pembedahan pengeluaran botol itu dari dalam tubuhnya, dan kini masih dalam proses penyembuhan.

Peguam Muslim Menulis: Wasatiyah penuhi tuntutan Islam



Oleh Zainul Rijal Abu Bakar

Islam muncul mengimbangi Nasrani dan Yahudi dengan menitikberatkan hal ehwal agama di samping tidak mengetepikan - Gambar hiasan
Kerajaan Persekutuan menerapkan dasar wasatiyah dalam pelaksanaan amalan Islam di Malaysia. Pengerusi Institut Wasatiyah Malaysia (IWM), Tan Sri Dr Abdullah Md Zin berkaitan, asas atau dalil pendekatan wasatiyah diambil daripada al-Quran.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Dan demikianlah pula Kami jadikan Kamu (wahai umat Islam) "ummatan wasata" (satu umat yang pilihan cemerlang dan adil) supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan (syahadah) kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan Kamu." (Surah al-Baqarah, ayat 143)
'Ummatan wassata' menurut Tafsir Pimpinan ar-Rahman ialah umat pilihan lagi adil dan umat yang pertengahan iaitu tidak melampau dan tidak keterlaluan dalam menganut kepercayaan, demikian juga akhlak serta amalannya meliputi soal dunia dan akhirat.
Konsep penuh bijaksana
Konsep wasatiyah yang diperkenalkan menepati konsep maqasid syar'iyyah yang penuh kebijaksanaan serta tidak merugikan umat Islam. Ia dirangka secara menyeluruh dan lengkap dengan panduan yang jelas. Wasatiyah dalam perkara agama perlu jelas, tegas dan dikupas secara bijaksana untuk memberi kefahaman kepada masyarakat.
Dalam konteks ini, wasatiyah bukan bermaksud 50:50 (sama rata) tetapi pendekatan berteraskan kasih sayang, kesejahteraan dan perpaduan yang dikongsi bersama dengan penuh kecemerlangan.
Pendekatan wasatiyah boleh dikatakan sebagai pendekatan berimbang. Ia tidak semestinya moderat atau pertengahan semata-mata dalam erti kata memilih yang sederhana sahaja kerana pendekatan wastiyah perlu dipacu dengan kecemerlangan.
Jika diamati sepenuhnya, ayat itu menceritakan umat wasatiyah akan menjadi 'syuhada' atau saksi kepada manusia.
Syuhada jika ingin dikaitkan dalam sistem perundangan, ia sebahagian daripada kaedah pensabitan dakwaan melalui iqrar, syahadah, bayyinah, qarinah dan lain lain lagi. Pensabitan melalui iqrar atau pengakuan adalah mudah kerana orang yang didakwa mengaku dakwaan terhadapnya.
Jika tiada terdapat pengakuan, keterangan boleh diberikan melalui syahadah, bayyinah, qarinah dan lain-lain. Dalam kategori ini keterangan melalui syahadah adalah keterangan yang paling utama dan tuntas.
Pemberi syahadah atau dipanggil 'syahid' (untuk ramai dipanggil 'syuhada') perlu menjalani tapisan ketat bagi memastikan beliau memberi keterangan yang benar. Suatu proses dinamakan 'tazkiyah al syahid' atau siasatan terhadap pemberi keterangan boleh dilakukan oleh hakim.
Umat yang mengamalkan wasatiyah berdasarkan ayat al-Quran sudah pastinya umat cemerlang yang melepasi piawaian tinggi ditetapkan. Oleh itu, pendekatan wasatiyah menganjak paradigma umat ke arah ketinggian dan kesucian agama Islam.
Jika kita menelusuri sejarah, Islam hadir di tengah-tengah peradaban Nasrani dan Yahudi. Masyarakat Nasrani ketika itu amat menitikberatkan aspek kepadrian kerana pendeta mereka menggarap segala permasalahan ibadat dan menjadikan masyarakat Nasrani ketat dalam isu beragama.
Yahudi pentingkan kebendaan
Masyarakat Yahudi pula ketika itu terlalu mementingkan kebendaan sehingga mengawal aspek keduniaan seperti perdagangan dan perniagaan. Islam muncul mengimbangi kedua-dua agama ini dengan menitikberatkan hal ehwal agama di samping tidak mengetepikan aspek keduniaan.
Inilah keindahan Islam yang dijelmakan melalui pendekatan wasatiyah seperti terkandung dalam firman Allah SWT. Masyarakat Islam sepatutnya bukan sekadar berjaya dalam kehidupan di dunia dan akhirat tetapi cemerlang menghadapi segala cubaan di dunia serta menikmati kecemerlangan di akhirat.
Tonggak wasatiyah adalah prinsip akidah, iaitu keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT. Konsep ini perlu membuktikan agama Islam berupaya menyusun dan mengatur masyarakat sehingga mewujudkan peradaban unggul dengan wujudnya konsep perpaduan dalam kepelbagaian.
Kehidupan berimbang yang menjurus kepada kecemerlangan ini perlu terus dipupuk dalam diri masyarakat Islam di Malaysia khususnya dan dunia amnya. Malaysia sudah diiktiraf sebagai negara Islam contoh dalam kalangan negara Islam dan bukan Islam.
Pendekatan wasatiyah akan terus memacu kejayaan negara dan melakar kecemerlangan sebagai sebuah negara Islam contoh. Pendekatan bersepadu ke arah kecemerlangan ini perlu diaplikasi oleh masyarakat Islam dengan teras maqasid al syariah bagi meletakkan Islam di tempat paling tinggi.
* Penulis ialah Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia

Situasi Tegang Buat Keluarga - Abang Anwar


Diterbitkan: Sabtu, 1 November 2014 9:57 AM
Anwar (kanan) bersama isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah ketika keluar dari Mahkamah Persekutuan, Putrajaya, Jumaat.

PUTRAJAYA: Kes liwat kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan sahaja menjauhkan dirinya daripada politik, tetapi juga daripada keluarganya, kata abang kepada ketua pembangkang, Jumaat.
Idrus Ibrahim, 71, berkata kes itu berjalan terlalu lama dan telah menimbulkan ketegangan dalam kehidupan keluarga Anwar.
"Ia sudah berjalan terlalu lama, sejak dari 16 tahun yang lalu," kata Idrus, merujuk kepada kes liwat Anwar yang pertama yang bermula pada tahun 1998.
Dalam kes liwat yang terdahulu, Mahkamah Tinggi mensabitkan kesalahan dan Anwar dihukum sehingga sembilan tahun penjara pada tahun 1999.
Beliau akhirnya dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan pada tahun 2004.
"Apabila kes pertama bermula, anaknya berada di sekolah rendah, kini cucunya pula berada di sekolah rendah," kata Idrus.
Beliau juga mengkritik mereka yang mengejek Anwar dan keluarganya kerana tuduhan tersebut, mengatakan bahawa Anwar masih mempunyai satu lagi peringkat untuk membersihkan namanya di Mahkamah Persekutuan.
"Fikirkan bagaimana perasaan anda jika saudara atau bapa anda menghadapi kes ini," katanya.
Idrus berkata, beliau telah mengikuti kes itu di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan dan merasakan bahawa keluarga dan rakan-rakan sering mendapat perhatian awam.
"Tetapi saya sering memberi ruang saya kepada orang lain, terutama untuk pemerhati asing. Sangat penting untuk orang lain melihat apa yang sedang berlaku di mahkamah,"katanya.
Anwar mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan terhadap sabitannya atas tuduhan meliwat bekas membantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Banyak Tanah Rizab Melayu terlepas kepada pihak lain


HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Teras Pengupayaan Melayu (Teras)  menegaskan Tanah Rizab Melayu (TRM)  pada dasarnya mesti dikekalkan dalam kalangan orang Melayu.

Namun, Presiden Teras, Mohd Azmi Abdul Hamid penghakisan TRM sejak negara mencapai kemerdekaan sehingga sekarang sangat dikesali.

"Malah guna kuasa, kecuaian dan penyelewengan pihak tertentu telah menyebabkan TRM terlepas kepada pihak lain tanpa diketahui oleh masyarakat Melayu," ujar beliau dalam satu kenyataan, sebagaimana di bawah.

Teras Pengupayaan Melayu (Teras) mengambil perhatian berat isu Tanah Rizab Melayu (TRM) yang baru-baru ini dibangkitkan semula.

Pengambilalihan TRM dengan begitu banyak namun tidak diganti sebagaimana sepatutnya mengikut Perkara 89 (3) Perlembagaan Persekutuan, tidak sepatutnya berlaku.

Pihak berkuasa negeri nampaknya tidak sensitif mengenai implikasi jangka panjang yang bakal dihadapi apabila aset tanah orang Melayu terhakis. Kesannya akan juga melibatkan masa depan aset umat Islam di negara ini akan terjejas.

Kami menegaskan TRM pada dasarnya mesti dikekalkan dalam kalangan orang Melayu. Namun penghakisan TRM sejak negara mencapai kemerdekaan sehingga sekarang sangat dikesali. Salah guna kuasa, kecuaian dan penyelewengan pihak tertentu telah menyebabkan TRM terlepas kepada pihak lain tanpa diketahui oleh masyarakat Melayu.

Kini kenyataan TRM sudah jauh berkurangan dari keluasan asal tidak  mengejutkan. Pentadbiran TRM yang sepatutnya diuruskan dengan amanah oleh pihak kerajaan negeri ternyata gagal untuk mengekalkan dan memajukan aset tanah orang Melayu.

Kami ingin mengingatkan dua objektif utama Rizab Melayu ialah: 1. Menyekat tanah kerajaan di dalam kawasan Rizab Melayu daripada dilupuskan dengan apa cara juapun kepada bukan Melayu dan 2.  Menyekat tanah Pegangan Melayu atau tanah Rizab Melayu daripada dibuat apa-apa urusniaga persendirian (private dealings) di antara Melayu dan bukan Melayu.

Matlamatnya ialah dengan dua objektif itu diharapkan tanah-tanah kepunyaan Melayu akan berkekalan dikuasai oleh orang Melayu sepanjang zaman.

Kami berpendirian, dengan pelbagai agensi Islam dan korporat bumiputera yang ada masakini, TRM tidak sepatutnya dibenarkan dipajak kepada bukan Melayu selama tempoh tertentu seperti mana yang pernah dicadangkan sebelum ini. Sepatutnya gabungan agensi dan korporat bumiputera boleh memajukan TRM untuk kepentingan orang Melayu.

Kami mencadangkan Majlis Hartanah atau Bank Tanah dengan tabung amanah yang mencukupi ditubuhkan bagi membeli dan memegang sementara TRM dan kuota Bumiputra yang hendak dijual. Ini akan mengelakkan dari tanah milik Melayu terlepas tangan bila orang Melayu tidak mampu memajukannya atau bila kuota Bumiputera tidak dibeli oleh orang Melayu. Majlis Hartanah ini boleh membeli hartanah yang sudah dibangunkan supaya memastikan ia tidak berpindah milik kepada bukan Melayu.

Soalnya kenapa pihak kerajaan negeri dan persekutuan tidak mengambil inisiatif supaya TRM dibangunkan oleh agensi khas seperti Mara, UDA, dengan peruntukan khas dalam Rancangan Pembangunan Lima Tahun Malaysia? Apakah masalahnya yang menyebabkan semua agensi ini tidak boleh bergabung sumber untuk membangunkan TRM?

Kami menggesa agar TRM yang digadai kepada institusi kewangan atau individu bukan Melayu mestilah diambil alih. Tidak ada alasan pihak agensi kerajaan tidak boleh berbuat demikian. Masalahnya ialah pihak berkuasa negeri (PBN) tidak memastikan supaya apabila dilelong hanya Melayu sahaja boleh membeli. Akibatnya apabila ini tidak diuruskan dengan baik, akhirnya banyak kes tanah Melayu terlepas kepada bukan Melayu.

Kami juga meneliti pihak berkuasa negeri tidak berusaha agar pemilik-pemilik tanah Melayu dibolehkan mewartakan tanah mereka sebagai TRM, seperti yang boleh dilakukan di Johor. Urusan penukaran syarat TRM perlu dipermudahkan dengan premium tambahan yang minimum.

Soal harga pasaran akan menjadi rendah apabila diwartakan sebagai TRM tidak timbul kerana matlamatnya bukan untuk dijual tetapi untuk dimajukan dengan dikekalkan pemilikannya di tangan orang Melayu.

Kami kesal kenapa pengambilalihan dan penggantian TRM tidak dilakukan dengan serentak sedangkan inilah punca kenapa banyak TRM semakin mengecil.

Kami juga mendapati TRM yang telah diambil balik di bawah Akta Pengambilalihan Tanah (APT) 1960 tidak dikeluarkan dari TRM dan penggantiannya tidak dibuat serentak. Sebab itu ia mewujudkan keadaan yang sangat mengelirukan iaitu dalam rekod, TRM tersebut masih wujud tetapi di lapangan sebenar ia tidak wujud lagi. Hakikatnya TRM tersebut sudah dipindah milik, namun begitu tidak berlaku penggantian sebagaimana sepatutnya. Akibatnya TRM terus mengurang. - HARAKAHDAILY 1/11/2014

Tribunal Timbang Tara Putuskan Bekas Tanah KTMB Di Singapura


Diterbitkan: Jumaat, 31 Oktober 2014 4:42 PM

SINGAPURA: Tribunal timbang tara yang dilantik Malaysia dan Singapura telah memutuskan sebuah syarikat usahasama pelaburan kedua-dua negara tidak akan bertanggungjawab secara bersyarat membayar caj pembangunan bekas tiga keping tanah milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Keppel, Kranji dan Woodlands.

Tribunal itu memutuskan syarikat M+S Pte Ltd, tidak akan bertanggungjawab untuk membayar caj itu jika tanah berkenaan adalah hak mutlak M+S Pte Ltd dan jika ia telah membangunkan tanah itu seperti yang dicadangkan dalam lampiran Perjanjian Capai Persetujuan (POA).

Kedua-dua negara dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar masing-masing, berkata mereka berpuas hati dengan proses timbang tara dan bersetuju untuk mematuhi dan melaksanakan sepenuhnya keputusan tribunal itu.

"Dengan menyelesaikan perkara ini melalui timbang tara pihak ketiga, kedua-dua negara telah memperlihatkan komitmen bersama untuk menyelesaikan pertikaian itu secara damai, mengikut undang-undang antarabangsa," kata kenyataan itu.

Ia berkata kejayaan penuh pelaksanaan POA telah membuka jalan bagi projek-projek pembangunan bersama dan kerjasama erat antara Singapura dan Malaysia.

Perdana menteri Singapura dan Malaysia mengumumkan pada September 2010 bahawa kedua-dua negara mempunyai pandangan berbeza berhubung caj pembangunan tiga bidang tanah itu yang terkandung dalam POA.

Kedua-dua pemimpin bersetuju untuk menyelesaikan isu itu secara baik menerusi timbang tara dan bersetuju untuk menerima keputusan timbang tara itu sebagai muktamad dan kekal.

Pada Januari 2012, Singapura dan Malaysia melaksanakan perjanjian, mengusulkan isu itu ke Mahkamah Timbang Tara sebagai usaha terakhir dan muktamad. Mahkamah Tetap Timbang Tara bertindak selaku pendaftaran dalam timbang tara itu.

Prosiding timbang tara itu dibuat mengikut peraturan prosedur yang dipersetujui oleh Malaysia dan Singapura, dan didengar di hadapan tiga orang anggota tribunal timbang tara yang dilantik kedua-dua negara.

M+S Pte Ltd ialah syarikat usahasama pelaburan yang dimiliki Khazanah Nasional Malaysia dan Temasek Holdings Singapura.

Wanita Cuba Kahwin Militan IS Didakwa


Diterbitkan: Jumaat, 31 Oktober 2014 2:04 PM
Ummi Khalsom dibawa ke van polis selepas pendakwaan.

SEPANG: Seorang wanita hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan cuba menjadi anggota kumpulan militan digelar Negara Islam (IS).

Ummi Khalsom Bahok, 25, didakwa cuba memberi sokongan kepada IS dengan mengambil penerbangan pesawat Airasia dari KLIA2, Sepang ke Brunei dan Istanbul, Turki untuk berkahwin dengan anggota kumpulan itu, Aqif Huessin Rahaiza.

Ummi Khalsom, seorang penolong pegawai kredit yang tidak diwakili peguam, didakwa melakukan kesalahan itu di kaunter Imigresen Balai Pelepasan Antarabangsa, klia2, pada pukul 5.20 pagi, 5 Oktober 2014.

Bagi kesalahan itu, Ummi Khalsom didakwa mengikut Seksyen 130J9(1)(a) Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 511 kanun yang sama dan boleh dihukum di bawah Seksyen 130J.

Ia memperuntuk hukuman penjara tidak lebih daripada setengah daripada tempoh hukuman penjara seumur hidup atau penjara tidak melebihi 30 tahun, atau denda dan boleh dirampas mana-mana harta yang telah digunakan atau diniat untuk digunakan bagi melakukan kesalahan itu.

Ummi Khalsom turut didakwa atas tuduhan pilihan iaitu dengan cara mengambil penerbangan pesawat Airasia dari klia2 ke Brunei kerana cuba memberi sokongan kepada IS dengan memasuki Syria dari Brunei ke Istanbul, Turki untuk berkahwin dengan Aqif Huessin bagi manfaat kumpulan itu.

Kesalahan itu dituduh dilakukan pada waktu, tarikh dan tempat yang sama.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan bagi kedua-dua pertuduhan itu.

Hakim Aizatul Akmal Maharani menetapkan 20 November untuk sebutan bagi membolehkan kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Aizatul Akmal tidak membenarkan sebarang jaminan kerana kes berkenaan tidak memperuntukkan tertuduh dijamin dan akan ditahan sementara menunggu perbicaraan selesai.

Sepanjang prosiding, Ummi Khalsom yang bertudung labuh dan berjubah hitam kelihatan tenang dan mengganguk sebagai tanda faham atas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Wan Sharuddin Wan Ladin.

Tindakan Tegas Terhadap Pemilik Kenderaan Pasang Lampu HID, Ubah Suai Nombor Plat


Diterbitkan: Sabtu, 1 November 2014 8:01 AM
JPJ akan mengambil tindakan tegas terhadap pemilik kenderaan yang tidak mematuhi spesifikasi yang ditetapkan.

PETALING JAYA: Tindakan tegas akan diambil terhadap kenderaan dengan nombor plat pelbagai reka bentuk, lampu tambahan (lampu strob) dan lampu HID 'head lamp' yang tidak mematuhi standard.

Setelah berbulan-bulan mengeluarkan amaran, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memulakan tindakan keras di seluruh negara terhadap pengguna jalan raya yang melanggar peraturan dan spesifikasi, bermula Sabtu.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata kira-kira 1,500 anggota akan terlibat dalam operasi itu yang akan dilaksanakan bersama-sama dengan anggota polis trafik dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Beliau berkata pemeriksaan akan dilakukan di kawasan panas, sambil menambah operasi turut meliputi semua bandar dan pekan utama.

"Kami telah memberikan amaran yang cukup terhadap pemilik kenderaan untuk tidak menggunakan plat pendaftaran yang diubah suai dan lampu HID yang tidak diluluskan.

"Masa untuk berkompromi sudah berakhir. Kita tak akan layan sebarang alasan.

"Saman mandatoti akan dikeluarkan," katanya kepada The Star.

Ismail berkata di bawah spesifikasi JPJ, hanya tiga jenis plat nombor dibenarkan.

Bagi kenderaan biasa, ia mestilah terdiri daripada huruf dan nombor putih, timbul atau dilekat di plat hitam manakala bagi kenderaan kedutaan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau Pertubuhan Getah Asli Antarabangsa, ia harus terdiri daripada huruf putih dan nombor, timbul atau dilekat pada plat merah.

Teksi dan kereta sewa harus mempunyai huruf dan nombor berwarna hitam, timbul atau dilekatkan di atas plat putih.

Pemilik motosikal di atas 250cc yang melanggar kaedah-kaedah mengenai nombor plat akan dikeluarkan denda kompaun sebanyak RM100 (jika diselesaikan dalam masa dua minggu), RM150 (jika diselesaikan antara dua minggu dan sebulan) dan RM250 (jika diselesaikan selepas sebulan).

Bagi pemilik motosikal di bawah 250 cc akan dikenakan denda RM70 (jika diselesaikan dalam masa dua minggu), RM120 (antara dua minggu dan sebulan) dan RM200 (jika lebih dari satu bulan).

Ismail berkata lampu HID, yang menggunakan gas Xenon, bukan filamen, tidak dibenarkan untuk digunakan kecuali dalam kes-kes di mana perubahan yang dibuat terhadap keseluruhan sistem pencahayaan dengan akreditasi dari Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (Sirim).

"HID yang terlalu kuat boleh mengganggu penglihatan pengguna jalan raya yang lain dan berdepan risiko keselamatan," katanya.

Bagi lampu 'strob' atau 'beacon', sejenis lampu berwarna-warni, beliau berkata kenderaan persendirian dilarang memasang peranti sedemikian.

Beliau berkata hanya kenderaan polis, JPJ, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan ambulans diberi keutamaan menggunakannya.

mengenai cermin gelap, Ismail berkata JPJ telah menunda tarikh penguatkuasaan sehingga 1 Mei tahun depan.

"Kami menangguhkan tarikh penguatkuasaan dalam tempoh enam bulan untuk memberikan masa yang cukup kepada pemilik kenderaan yang diimport untuk menggantikan cermin gelap mereka selepas JPJ menerima banyak rayuan," katanya.

Scorpene Tembak Torpedonya Yang Pertama


Diterbitkan: Sabtu, 1 November 2014 8:39 AM

KUALA LUMPUR: Kapal selam KD Tun Abdul Razak melakukan tembakan torpedonya buat pertama kali di Laut China Selatan ketika sesi latihan bagi menunjukkan keupayaan kapal tersebut.

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dalam satu kenyataan berkata, kapal selam Scorpene yang melancarkan torpedo Black Shark terhadap sebuah feri penumpang yang telah diubah suai kira-kira pukul 11.13 pagi Jumaat, memusnahkan kapal tersebut dengan satu letupan besar.

"Tembakan torpedo menandakan kali pertama kapal selam kami telah melakukannya sejak ketibaan kapal pertama, KD Tunku Abdul Rahman, di Pelabuhan Klang pada 3 September 2009.

"Ini juga kali pertama torpedo Black Shark telah ditembak sejak ia diperkenalkan oleh pengeluar Itali, Whitehead Alenia Sistemi Subacquei (WASS)," kata TLDM dalam satu kenyataan.

Juga terlibat dalam latihan pada JUmaat adalah empat buah kapal, helikopter Fennec, bot tempur CB90 dan kapal selam penyelamat Mega Bakti.

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menyediakan pesawat B 200T dan EC 725 untuk latihan.

TLDM berkata kejayaan demonstrasi pelancaran torpedo itu merupakan tanda bahawa angkatan laut negara harus dilihat sebagai satu kuasa yang kuat di rantau ini.

"Penambahan kapal selam untuk inventori TLDM bukan sahaja meningkatkan keupayaan armada tetapi melengkapkan keupayaan kami untuk melibatkan diri dalam peperangan tiga dimensi - di bawah air, di permukaan dan di udara," katanya.

KDN Sedia Pulangkan Bahan Terbitan Kristian Yang Dirampas


Diterbitkan: Jumaat, 31 Oktober 2014 9:43 PM

PETALING JAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang menyiasat rampasan sebanyak 574 buku agama Kristian, 419 cakera padat dan lima cakera video digital (DVD) milik seorang lelaki yang tiba di KLIA2 dari Medan, Indonesia pada 25 Oktober lalu.
KDN dalam satu kenyataan berkata, pemeriksaan mendapati bahan terbitan itu mengandungi perkataan Allah.
Bahan terbitan yang dirampas di terminal utama itu dirujuk kepada kementerian oleh pegawai Jabatan Kastam pada 27 Oktober lalu dan surat rampasan untuk tujuan penyiasatan dan pemeriksaan telah dikeluarkan.
Menurut kementerian itu, KDN telah menyemak dengan pembawa dan dijelaskan bahawa bahan terbitan tersebut dibawa keluar ke terminal utama kerana pembawa perlu mendaftar masuk bagasinya untuk menyambung penerbangan ke Sabah.
"Pada kebiasaan, jika bagi tujuan transit, bagasi tersebut akan dipindahkan terus ke pesawat seterusnya dan tidak dibawa turun ke terminal utama," katanya.
Menurut KDN, pada mulanya pemilik tersebut mendakwa bahan terbitan tersebut adalah untuk kegunaan peribadinya tetapi kemudiannya menyatakan ia untuk kegunaan sebuah gereja di Sabah.
"Sehubungan itu, surat penahanan untuk kajian dan semakan (bersifat sementara) telah dikeluarkan kepada pembawa bagi mengesahkan penerbitan tersebut dengan sebenarnya akan dibawa ke Sabah," menurut kenyataan itu.
KDN berkata bahawa pada masa ini pihaknya sedang mendapatkan maklumat lanjut daripada pembawa berkenaan.
"Penerbitan tersebut akan dilepaskan sebaik mendapat pengesahan serta butir-butir lanjut daripada pembawa di Sabah," katanya.
Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup berkata, kerajaan akan melakukan apa sahaja untuk memastikan bahan bacaan agama itu dipulangkan kepada pemiliknya.
"Perkara ini mendapat perhatian saya pada Khamis, dan saya akan memastikan sama ada rampasan itu mempunyai alasan yang kukuh atau tidak," katanya.

Tidak mungkin Saiful reka bukti kes liwat - Pendakwaan

KETUA pasukan pendakwaan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah keluar dari mahkamah ketika rayuan terakhir kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada hari keempat dan akan disambung semula pada 3 November 2014 di Istana Kehakiman di Putrajaya, hari ini. - Foto Mohamad Shahril Badri Saali
PUTRAJAYA: Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak mungkin mereka-reka bukti kerana terdapat kebenaran yang nyata dalam keseluruhan keterangan berhubung dakwaan dia diliwat Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mahkamah Persekutuan diberitahu hari ini.
Ketua Pendakwaan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, berkata Mohd Saiful, pengadu dalam kes itu, boleh mengada-adakan bukti, tetapi dia tidak berbuat demikian.
"Terdapat banyak kebenaran. Anak muda ini tidak mungkin mereka-reka cerita. Dia boleh menafikan beberapa perkara tertentu, tetapi dia tidak berbuat demikian, jadi dia adalah saksi yang jujur," katanya.
Muhammad Shafee berkata Mohd Saiful telah menjawab dengan spontan soalan yang dikemukakan di mahkamah dan memberi penjelasan mendalam, satu persatu apa yang berlaku, sebelum dan selepas dakwaan liwat itu.
Beliau juga berhujah Mohd Saiful telah diganggu secara seksual oleh Anwar di tempat kerjanya sebelum kejadian itu yang mana dia menjadi perhatian seorang yang paling dominan, berpengaruh dan berkarisma.
Muhammad Shafee berhujah bagi pihak pendakwaan dalam rayuan Anwar terhadap sabitan dan hukuman penjara lima tahun kerana meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful, di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, Kuala Lumpur pada 26 Jun 2008.
Beliau berkata penderaan seksual itu berlaku dalam tempoh empat bulan sebelum Mohd Saiful berhenti menjadi pembantu peribadi Anwar.
Muhammad Shafee menjelaskan terdapat tanda yang menunjukkan kejadian liwat pada 26 Jun 2008 itu, bukan kali pertama berlaku berdasarkan keterangan Mohd Saiful dan dia turut menunjuk cara bagaimana ia berlaku.
"Saksi (Mohd Saiful) berkata perbuatan itu kasar. Katanya dia merasa sakit di bahagian rektum dan 'senak perut' dan 'Anwar memancutkan air maninya ke dalam dubur saya seperti biasa'," hujah beliau.
Muhammad Shafee berkata perkataan 'seperti biasa' menunjukkan kejadian itu telah berlaku lebih daripada sekali.
Beliau berkata, Mohd Saiful berkata selepas mereka berbincang tentang jadual kerja, Anwar mendekatinya dan berkata, "Can I f... you today?"
Muhammad Shafee berkata perkataan itu hanya boleh disebut jika seseorang benar-benar mengenali individu berkenaan.
Menyifatkan Mohd Saiful sebagai seorang saksi yang jujur, Muhammad Shafee berkata pengadu turut menunjuk cara perbuatan liwat itu di kondominium di hadapan hakim perbicaraan.
Beliau berkata, pada mulanya Mohd Saiful enggan menerima tawaran Anwar untuk melakukan liwat, tetapi apabila Anwar mulai berang, kedua-dua mereka pergi ke bilik tidur utama tempat kejadian liwat itu berlaku.
Muhammad Shafee juga berhujah sekiranya tiada sebarang hubungan antara mereka berdua, apa perlunya Anwar memberi sut pakaian Brioni (pakaian mewah jenama Itali) kepada Mohd Saiful.
"Malah saya sendiri pun tidak memiliki (pakaian mewah jenama Brioni); kita tahu betapa mahal harganya," kata Muhammad Shafee.
Beliau berhujah Anwar membawa Mohd Saiful dalam lawatan ke luar negara iaitu ke Singapura dan Hong Kong, dan semasa di Singapura pengadu diberi AS1,000 sebagai elaun.
Beliau berkata walaupun Mohd Saiful gagal meneruskan pengajian di universiti, Anwar memberi kepadanya elaun yang tinggi dan pengadu mempunyai bilik sendiri di pejabat.
Dalam hujah yang lain, beliau berkata Mohd Saiful bukan subahat, kerana terdapat kes undang-undang yang menyatakan mangsa penderaan seksual tidak boleh diperlakukan seperti itu. - BERNAMA

‘Dadah’ salai

Oleh Abd Rahman Adam

abdulrahman@hmetro.com.my

Miri: Jika merujuk nama yang diberi, pasti timbul pelbagai persoalan mengapa ikan salai ini dipanggil juga ikan dadah.
Mungkin, ada yang beranggapan ia mungkin dipanggil sedemikian disebabkan ketagihan jika memakannya, namun telahan itu salah.
Ikan salai atau dipanggil juga sebagai ikan tahai di utara Sarawak ini digelar ikan dadah kerana nama masakannya iaitu 'dadah' yang dipercayai boleh menyembuhkan penyakit termasuk memulihkan kesihatan ibu selepas bersalin, meredakan demam panas dan melegakan sakit badan.
Masakan ikan dadah ini dibuat ringkas saja, ia hanya perlu direbus dengan air dan dicampur bersama serai, bawang, asam keping, lada kisar, asam jawa dan garam.
Sama ada benar atau tidak masakan dipanggil ikan dadah ini mampu menyembuhkan penyakit, namun sukar dinafikan memandangkan ia memang cukup sedap dinikmati walaupun dimasak ringkas begitu saja.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 November 2014 @ 5:13 AM


PENGGEMAR memilih ikan tahai di pasar harian.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/5770#sthash.YfwReMo3.dpuf

Berang tunang mekap seperti wanita tua


PASANGAN bakal pengantin itu bertengkar selepas wanita itu tiba untuk rakaman gambar praperkahwinan dengan wajah wanita tua.

Beijing: Ikon Hollywood Audrey Hepburn pernah berkata: "Seorang wanita semakin cantik apabila dia semakin berusia."
Sentimennya itu bagaimanapun jelas tidak dipersetujui oleh seorang bakal pengantin lelaki di sini.
Kelmarin, seorang lelaki bertindak meninggalkan tunangnya selepas wanita itu muncul untuk penggambaran praperkahwinan mereka dengan memakai mekap yang melihatnya seperti wanita tua.
Keadaan yang sepatutnya ceria berubah menjadi keruh dengan ketibaan bakal pengantin perempuan itu.
Pasangan itu bertengkar selepas lelaki berkenaan tidak berpuas hati dengan mekap bakal isterinya.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
BAKAL pengantin perempuan terbabit menangis selepas ditinggal tunangnya.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 November 2014 @ 5:08 AM- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/5742#sthash.XVwIJrBl.dpuf

Pramugari jelita bikin heboh

Jakarta: Kunjungan Presiden Jokowi ke pusat petempatan penduduk di sekitar Gunung Sinabung memang menyebabkan heboh - bukan saja kerana ia adalah kali pertama dia menggunakan pesawat udara rasmi, malah ia juga disebabkan kejelitaan pramugari yang bertugas.
Tanpa diketahui siapa yang mula menyebarkannya, gambar Theresia Mariana Susanti yang bertugas sebagai pramugari Tentera Udara Indonesia di pesawat rasmi presiden itu cepat menarik perhatian ramai.
Bagaimanapun, semakan mendapati gambar itu asalnya dimuat naik di akaun Facebook Theresia yang boleh diakses sesiapa.
Berdasarkan akaun itu, Theresia menyatakan dia berasal dari Denpasar, Bali dan berkhidmat dengan Tentera Udara Indonesia.
Gambar dalam akaun itu juga menunjukkan dia memang berkhidmat dengan kapal terbang rasmi presiden.
Satu daripada gambarnya menunjukkan Theresia bersalam dengan Susilo Bambang Yudhoyono.
Pakaian seragam dikenakan Theresia juga menampakkan dia bertugas dengan Suakron 17 - bahagian yang khusus menguruskan pesawat berkenaan.
Selain Theresia, ada beberapa nama pramugari lain, seperti Rara dan Feby. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 November 2014 @ 5:06 AM


GAMBAR Theresia yang diambil dari akaun Facebooknya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/5711#sthash.iEnZ4aQ0.dpuf

Menteri cuma 1 peratus


Jakarta: Walaupun jawatan sebagai menteri memberi imej yang berprestij, kadang-kadang gaji yang diterima jauh lebih rendah berbanding pendapatan daripada perniagaan.

Sekurang-kurangnya itu yang dialami Menteri Kelautan dan Perikanan Indonesia, Susi Pudjiastuti (gambar), yang baru dilantik Isnin lalu.

Kata Susi, gajinya ketika ini hanya 1 peratus daripada pendapatan yang diterima sebagai pemilik syarikat penerbangan Susi Air.

“Dengan gaji sebegitu , saya lagi suka bekerja di Susi Air berbanding menjadi menteri kerana tugas perlu dilaksanakan lebih banyak,” katanya dengan nada bergurau semalam.

Walaupun begitu, Susi berkata, dia berjanji akan tetap menjalankan tugas dengan sebaik mungkin.

“Saya akan meluangkan masa dan tenaga demi negara,” katanya.

Sementara itu, Susi mendedahkan dia pernah digelar “gila” oleh kerajaan kerana selalu membuat aduan kepada pihak berkuasa.

Malah, kata Susi, pada suatu ketika dia pernah membuat aduan kepada 10 kementerian secara serentak.

Namun dia menyatakan tidak kecewa dengan keadaan itu.

“Malah kini kerajaan berpendapat, kita perlukan ‘orang gila’ untuk memastikan tugas dilaksanakan,” katanya.

Pada masa sama, kata Susi, kini baru dia mengerti bahawa tidak mudah menjadi sebahagian daripada anggota kerajaan.

Katanya, dia perlu terbuka kepada kritikan daripada pelbagai pihak termasuk orang bawahan dan individu berpengaruh.

“Mungkin pada ketika tertentu saya akan kecewakan mereka, tetapi sebenarnya ia bertujuan baik,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 November 2014 @ 5:06 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/5718#sthash.qPd8fIed.dpuf

Saiful mungkin diliwat banyak kali



Muhammad SHAFEE (dua dari kanan) memasuki Mahkamah Persekutuan ada hari keempat kes rayuan terakhir Anwar terhadap keputusan kes liwat Saiful Bukhari di Istana Kehakiman, Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan di sini semalam diberitahu bahawa Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mendominasi sepenuhnya Mohd. Saiful Bukhari termasuk melakukan perbuatan liwat terhadap mangsa beberapa kali.
Dalam hujah di hadapan panel lima hakim yang dike tuai, Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria, Ketua Pendakwaan, Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah berkata, ke terangan Saiful di mahkamah berhubung kejadian liwat itu adalah konsisten dan bukan direka cerita.
Muhammad Shafee menjelaskan, terdapat tanda-tanda yang menunjukkan kejadian liwat pada 26 Jun 2008 itu bukan kali pertama berlaku berdasarkan keterangan Saiful dan dia turut menunjuk cara bagaimana ia berlaku.
“Saksi (Saiful) berkata perbuatan itu kasar. Katanya, dia merasa sakit di bahagian rektum dan senak perut serta ‘Anwar memancutkan air maninya ke dalam dubur saya seperti biasa’,” hujah beliau.
Muhammad Shafee berkata, perkataan ‘seperti biasa’ menunjukkan kejadian itu telah berlaku lebih daripada sekali.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1101&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz3HloJG7x5 
Hakcipta terpelihara 

Agensi perisikan AS belanja AS$68 bilion


WASHINGTON – Agensi-agensi perisikan Amerika Syarikat (AS) membelanjakan hampir AS$68 bilion (RM223.6 bilion) tahun ini manakala jumlah tersebut hampir menyamai perbelanjaan risikan pada tahun 2013, kata kerajaan AS kelmarin.
Perbelanjaan untuk 17 agensi risikan di AS itu mencapai jumlah tertinggi sekitar AS$80 bilion pada tahun 2011 dan beransur menurun selepas itu, menurut perangkaan tahunan Pejabat Pengarah Perisikan Nasional dan Jabatan Pertahanan.
Angka yang didedahkan itu merupakan keseluruhan peruntukan yang diluluskan Kongres pada tahun kewangan berakhir September lalu.
Sebanyak AS$50.5 bilion (RM166 bilion) peruntukan itu digunakan oleh Agensi Perisikan Pusat (CIA) dan AS$17.4 bilion (RM57.2 bilion) lagi diagihkan untuk program perisikan tentera AS.
Jumlah perbelanjaan perisikan untuk tahun 2013 juga kekal AS$68 bilion walaupun bajet pe­risikan untuk tahun berkenaan melebihi angka tersebut. Namun, Kongres telah memotong peruntukan tersebut sebanyak beberapa bilion dolar.
Dalam pada itu, beberapa pegawai AS enggan mengulas bagaimana bajet tersebut digunakan atau maklumat pengagihannya. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1101&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_06.htm#ixzz3HllnrPWj 
Hakcipta terpelihara 

Tentera Burkina 
Faso bubar Parlimen

Peenduduk Burkino Faso membakar kereta-kereta yang diletakkan
Peenduduk Burkino Faso membakar kereta-kereta yang diletakkan di perkarangan bangunan Parlimen, di Ouagadougou, kelmarin sebagai membantah cadangan kerajaan untuk meminda Perlembagaan bagi membolehkan Presiden Blaise Compaore melanjutkan penggal pemerintahannya. – AFP

OUAGADOUGOU 31 Okt. - Presiden Burkina Faso, Blaise Compaore enggan meletakkan jawatan sebaliknya mahu mengetuai kerajaan peralihan, walaupun keganasan politik di ibu negara ini telah meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa dan mengakibatkan lebih 100 lagi cedera.
Awal hari ini, ketua tentera, Jeneral Honore Traore mengumumkan pembubaran Parlimen dan kerajaan, sekali gus menubuhkan kerajaan peralihan yang akan melaksanakan pilihan raya dalam tempoh 12 bulan
Beliau turut mengarahkan perintah berkurung selama 24 jam berkuatkuasa, hari ini dan tamat subuh esok.
Beberapa jam kemudian, Presiden Compaore mengumumkan kesediaan beliau untuk berunding secara terbuka dengan pihak pembangkang sepanjang tempoh peralihan dan akan menyerahkan kuasa kepada Presiden yang dipilih secara demokrasi.
Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) menyambut baik keputusan Compaore untuk membatalkan langkah membentangkan usul meminda Perlembagaan negara, seperti yang dituntut penunjuk perasaan propembangkang dan memuji pembentukan kerajaan perpaduan sebagai persiapan mengadakan pilihan raya umum.
Semalam, beratus-ratus penunjuk perasaan menceroboh bangunan Parlimen dan beberapa bangunan kerajaan lain di Ouagadougou bagi membantah usul untuk meminda Perlembagaan bagi melanjtkan tempoh pemerintahan Compaore yang telah menjadi Presiden sejak 27 tahun lalu.
Tindakan penunjuk perasaan itu menyebabkan kerajaan terpaksa akur dan membatalkan usul tersebut serta menarik semula perintah darurat yang diumumkan beberapa jam sebelum itu, tetapi dua langkah itu gagal meredakan krisis yang masih berlanjutan. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/tentera-burkina-8232-faso-bubar-parlimen-1.19262#sthash.EXCatcVa.dpuf