Saturday, October 20, 2012
kantoi
Laporan Ketua Audit Negara 2011. (lihat halaman 34) "Peruntukan akan disediakan bagi menghapus kira hutang Perwaja Terengganu Sdn Bhd bermula tahun 2011 dan dijangka selesai Pada tahun 2027..."
Selama 16 tahun .. kerajaan akan membayar sebanyak berapa ?
Banyak tu derr.. apasal PTPTN kata negara BANKRUP?
kantoi
Korang ingat tak ada satu flatt berdemo kecoh gila dlm tv kata tak dapat2 air percuma? bila di siasat rupanya yg berdemo tu ramai org luar jer.. org situ di fahamkan tujuan demo adalah untuk tunjukkan anti hina nabi.aleh2 jadi demo air!!
jumlah 150 org.. tapi lapor dalm 3000 perghhh!! malas nak sembang.. tgk kat link nih jer der!
http:// kingofgoblok.blogspot.com/ 2012/10/ kantoi-demo-tuntut-air-free -di-flat.html —
jumlah 150 org.. tapi lapor dalm 3000 perghhh!! malas nak sembang.. tgk kat link nih jer der!
http://
kita tertipu
Jom pakat2 install perisian ni .. Handpone samsung dan semua gajet yg pakai android sila pasang.. ia akan warning kita 3 kali sebelum menghampiri kamera !!! ingat.. kerajaan aniaya rakyat dengan MELETAK PAPAN TANDA AMARAN DALAM JARAK DEKAT CUMA 1 SAHAJA.. berbanding di luar negara.. jarak 1 km,500 meter,100 meter..so nampak tak kerajaan bukan nak mendidik tetapi nak perah wang saju rakyat?
So sama2 kita jadikan AES penyebab untuk Najib menjadi ketua pembangkang!!
Sila lihat blog gua untuk lebih faham : http:// kingofgoblok.blogspot.com/ 2012/10/ aes-detector-bagi-penguna-a ndroid.html
So sama2 kita jadikan AES penyebab untuk Najib menjadi ketua pembangkang!!
Sila lihat blog gua untuk lebih faham : http://
JOM KITA TENGOK DERETAN KERETA MEWAH KEPUNYAAN DATUK SERI AZALINA OTHMAN SAID
Semua pihak perlu jaga sensitiviti
WARTAWAN SINAR HARIAN
20 Oktober 2012
20 Oktober 2012
SHAH ALAM – Umat Islam dan bukan Islam diingatkan tidak menyentuh sensitiviti agama untuk kepentingan peribadi atau politik.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia, Fathul Bari Mat Jahaya berkata, isu agama perkara sensitif bagi penganutnya dan tidak boleh dijadikan bahan untuk dipolitikkan.
“Walaupun ia ditujukan kepada Pas, namun ia tetap bersifat agama kerana mempersoalkan isu hudud secara terang-terangan. Jangan mempersendakan hukum Islam.
“Analisa ringkas mengenai hukum hudud ini boleh menimbulkan pelbagai reaksi negatif daripada umat Islam,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek bahawa 1.2 juta rakyat Malaysia akan kehilangan kerja sekiranya Pas melaksanakan hudud.
Jelasnya, mereka yang bukan Islam harus faham bahawa hukuman ini hanya dilaksanakan ke atas orang Islam, bukan penganut Kristian, Buddha atau Hindu.
Menurut Fathul Bari, umat Islam juga perlu sedar permainan politik kotor sesetengah pihak yang gemar menggunakan agama sebagai isu mereka.
“Kita asyik bercakap mengenai isu ini, tetapi sama ada Pas atau Umno, semua menghadapi masalah yang sama.
“Kalau DAP tolak Islam, kenapa Pas masih bersama mereka dan berjuang atas dasar negara kebajikan?,” katanya.
Beliau berkata, Umno dan Pas perlu bersatu bagi mengelak masalah itu berlanjutan.
Demi kepentingan agama, Fathul Bari berkata, Pertubuhan Ilmuan Malaysia telah menjelajah beberapa negeri untuk memberi kefahaman mengenai hudud dan turut menerima maklum balas positif dari agama lain.
“Analisa ringkas mengenai hukum hudud ini boleh menimbulkan pelbagai reaksi negatif daripada umat Islam,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek bahawa 1.2 juta rakyat Malaysia akan kehilangan kerja sekiranya Pas melaksanakan hudud.
Jelasnya, mereka yang bukan Islam harus faham bahawa hukuman ini hanya dilaksanakan ke atas orang Islam, bukan penganut Kristian, Buddha atau Hindu.
Menurut Fathul Bari, umat Islam juga perlu sedar permainan politik kotor sesetengah pihak yang gemar menggunakan agama sebagai isu mereka.
“Kita asyik bercakap mengenai isu ini, tetapi sama ada Pas atau Umno, semua menghadapi masalah yang sama.
“Kalau DAP tolak Islam, kenapa Pas masih bersama mereka dan berjuang atas dasar negara kebajikan?,” katanya.
Beliau berkata, Umno dan Pas perlu bersatu bagi mengelak masalah itu berlanjutan.
Demi kepentingan agama, Fathul Bari berkata, Pertubuhan Ilmuan Malaysia telah menjelajah beberapa negeri untuk memberi kefahaman mengenai hudud dan turut menerima maklum balas positif dari agama lain.
200 aktivis tuntut hubungan Jordan-Israel diputuskan
AMMAN 20 Okt. - Kira-kira 200 aktivis Jordan mengadakan demonstrasi di pejabat kedutaan Israel di sini, semalam, menuntut kerajaan memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel.
Aktivis-aktivis sayap kiri dan kemerdekaan menggesa Amman menamatkan dasar-dasar pemulihan" dengan Israel yang mereka dakwa telah memusnahkan perjuangan rakyat Palestin" pada satu tunjuk perasaan sempena 18 tahun perjanjian damai di tandatangani antara kedua-dua negara, yang di sering dirujuk sebagai Perjanjian Wadi Araba.
Peserta demontrasi bertindak membakar bendera Amerika Syarikat (AS) dan Israel sambil melaungkan ke arah pejabat kedutaan "Tidak seorang Zionis di tanah Jordan" . - DPA
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121020/lu_12/200-aktivis-tuntut-hubungan-Jordan-Israel-diputuskan#ixzz29uJW3gIz
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tentera Syria guna bom kluster
BEIRUT 19 Okt. - Pemberontak, hari ini mendakwa tentera Syria menggunakan bom kluster ketika melancarkan serangan udara ke atas kubu pemberontak di bandar Maaret al-Numan, wilayah Idlib.
Dakwaan itu dibuat selepas berpuluh-puluh butir bom itu yang gagal meletup, ditemui di kawasan serangan.
Peluru tersebut mempunyai tulisan Cyrillic yang biasa digunakan oleh beberapa negara Eropah Timur termasuk Rusia, sekutu utama Presiden Bashar al-Assad.
Ahad lalu, Pemantau Syria bagi Hak Asasi Manusia (SOHR) mengeluarkan kenyataan menuduh tentera udara Syria menggunakan bom kluster bagi menumpaskan pemberontak, termasuk di kawasan yang didiami penduduk awam.
Tentera Syria, bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut dengan mendakwa mereka tidak memiliki senjata itu.
Kumpulan pemberontak sebelum ini melancarkan serangan besar-besaran ke atas kem tentera Wadi Deif, yang juga merupakan tempat simpanan kereta kebal dan minyak.
Sebanyak 250 askar mempertahankan pangkalan terbabit selama beberapa hari.
Dalam situasi lain, Utusan Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Liga Arab ke Syria, Lakhdar Brahimi tiba di Damsyik, hari ini bagi merundingkan gencatan senjata sementara menjelang sambutan Aidiladha, minggu depan.
Pegawai Syria berkata, Brahimi akan bertemu Menteri Luar Syria, Walid al-Moallem, esok bagi membincangkan hal tersebut.
Pemimpin itu minggu ini mencadangkan gencatan senjata diadakan di Syria, sepanjang perayaan Aidiladha yang akan bermula pada 26 Oktober ini. - AFP
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121020/lu_01/Tentera-Syria-guna-bom-kluster#ixzz29uIy3RqY
© Utusan Melayu (M) Bhd
Kim Jong-un seorang diktator?
SEOUL 19 Okt. - Anak saudara kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un menyifatkan pemimpin itu sebagai seorang diktator dan mendedahkan bahawa dia tidak pernah bertemu datuknya, Kim Jong-il sejak dia dilahirkan.
Menerusi satu wawancara yang didedahkan di laman web perkongsian video YouTube, Kim Han-sol yang kini melanjutkan pelajaran di Bosnia berkata, dia juga berharap dapat melakukan yang terbaik buat rakyat Korea Utara.
Han-sol, 17, anak kepada Kim Jong-nam, dilahirkan pada 1995 di Pyongyang. Namun, dia membesar bersama keluarga ibunya dan tidak pernah bertemu dengan datuknya sehinggalah Jong-il meninggal dunia.
Saya benar-benar ingin mengenali beliau (Jong-il) dan sering bertanya adakah beliau mengetahui tentang kewujudan saya atau sebaliknya?," katanya dalam satu temu bual dengan pelapor khas Hak Asasi Kemanusiaan Bosnia Herzegovina, Elisabeth Rehn untuk sebuah saluran televisyen Finland.
Jong-nam dianggap sebagai bukan anak kesayangan Jong-il selepas dia ditangkap cuba memasuki Jepun secara rahsia menggunakan pasport palsu pada 2001.
Sejak itu, Jong-nam dan keluarganya hidup terasing di Macau.
Han-sol menjelaskan, bapanya tidak berminat dalam dunia politik berbanding Jong-un.
Saya tidak faham mengapa Jong-un ingin menjadi seorang diktator. Itu adalah antara dirinya dengan datuk saya.
Saya cuma berharap semua perkara akan menjadi lebih baik sekiranya saya kembali ke Korea Utara," ujarnya. - AFP
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121020/lu_04/Kim-Jong-un-seorang-diktator#ixzz29uIr12Yz
© Utusan Melayu (M) Bhd
Pemilik radio bebas Kemboja dipenjara
Susunan AMIRUDDIN HARUN
amir.harun@utusan.com.my
amir.harun@utusan.com.my
SEBUAH mahkamah di Kemboja menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun terhadap seorang pemilik stesen radio bebas atas tuduhan memulakan pemberontakan dalam kalangan penduduk sebuah kampung di timur negara tersebut pada Mei lalu.
Mam Sonando, 70, juga didenda 10 juta riel (RM7,641) atas tuduhan menghasut penduduk-penduduk kampung di wilayah Kratie untuk menubuhkan negara mereka sendiri.
Hakim Chaing Sinat dari sebuah mahkamah di Phnom Penh berkata, Sonando disabitkan bersalah atas empat tuduhan berkaitan pergerakan penyokong pemisahan di timur Kemboja dan mengapi-apikan pemberontakan bersenjata.
Beehive Radio milik Sonando merupakan salah sebuah stesen radio yang sering menyiarkan kritikan terhadap kerajaan Perdana Menteri, Hun Sen.
Isteri Sonando, Din Sophanara, memberitahu pemberita, mereka akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan tersebut. Menurutnya, suaminya tidak terlibat dalam pemberontakan itu dan tidak melakukan sebarang kesalahan.
''Tidak ada demokrasi yang sebenar di Kemboja. Tiada keadilan,'' kata wanita tersebut seperti yang dipetik oleh agensi berita asing, Associated Press (AP).
Tiga individu lain yang dikatakan terbabit dalam pergerakan politik itu bersama Sonando dan dituduh sebagai dalang utama kepada pemberontakan berkenaan juga dijatuhi hukuman tanpa kehadiran mereka.
Salah seorang daripada mereka menerima hukuman penjara 30 tahun, manakala dua lagi rakannya, masing-masing dihukum penjara 15 tahun.
Berpuluh-puluh anggota keselamatan dikerah mengawasi jalan raya di hadapan kompleks mahkamah ketika keputusan itu diumumkan. Laluan ke mahkamah tersebut juga ditutup ekoran demonstrasi jalanan ratusan penyokong Sonando.
Difahamkan tiada keterangan dikemukakan semasa perbicaraan yang mengaitkan Sonando dengan pergolakan melibatkan pertelingkahan tanah di wilayah Kratie yang didakwa kerajaan telah mencetuskan pemberontakan.
Sonando yang pernah dihukum penjara sebanyak dua kali ekoran laporan berita yang dihasilkannya sebelum ini, merupakan presiden pergerakan pro-Demokrasi dan pengkritik Hun Sen yang memerintah negara tersebut sejak 1985.
Pada pertengahan tahun ini, Hun Sen mengarahkan penangkapan Sonando dan menuduhnya mengetuai rancangan untuk menggulingkan kerajaan serta menubuhkan sebuah negara baru.
Sabitan hukuman itu disifatkan oleh kumpulan-kumpulan hak asasi manusia sebagai sebahagian daripada kempen berterusan kerajaan terhadap pengkritik-pengkritiknya.
Kumpulan hak asasi manusia itu turut mendakwa pertempuran dengan pasukan tentera berlaku disebabkan penduduk kampung memprotes tindakan syarikat-syarikat besar merampas tanah yang diusahakan mereka.
Pertelingkahan itu melibatkan tanah ladang konsesi seluas 15,000 hektar yang diberikan oleh syarikat Rusia kepada penduduk-penduduk kampung di wilayah terbabit.
Peladang-peladang terbabit nekad menentang pengusiran oleh syarikat-syarikat berpengaruh itu yang ingin mengambil alih tanah tersebut dengan jumlah pampasan yang sangat kecil atau tanpa pampasan langsung diberikan.
Dalam kejadian pada Mei lalu, seorang budak perempuan berusia 15 tahun ditembak mati apabila beratus-ratus anggota polis yang bersenjata menyerbu penempatan mereka.
Selepas selesai prosiding pada 1 Oktober lalu, Sonando ketika dibawa masuk ke dalam van penjara sempat berkata, dia tidak mempunyai sebarang ulasan terhadap keputusan mahkamah itu tetapi gembira kerana 'dapat membantu negara'.
''Saya gembira saya dapat membantu negara,'' katanya kepada pemberita semasa meninggalkan pekarangan mahkamah.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121020/lu_10/Pemilik-radio-bebas-Kemboja-dipenjara#ixzz29uIfKKUb
© Utusan Melayu (M) Bhd
66 jururawat India berkhidmat di Iraq
BAGHDAD 20 Okt. - Iraq semalam menerima 66 orang jururawat baru dari India bagi mengisi jawatan di negara ini yang mengalami kekurangan kakitangan hospital sejak beberapa tahun lalu.
Menurut Ketua Bahagian Kesihatan, Adnan Turki, kesemua mereka dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut kepakaran dan pengalaman masing-masing.
31 orang di wilayah Diwiniyah manakala 35 orang lagi di tugaskan di hospital Medical City Baghdad, katanya. - AFP
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121020/lu_11/66-jururawat-India-berkhidmat-di-Iraq#ixzz29uISKrov
© Utusan Melayu (M) Bhd
Pangkalan tentera Abyan diletup
ADEN 19 Okt. - Sekurang-kurangnya 13 orang anggota tentera dan 13 orang yang dipercayai anggota al-Qaeda terbunuh dalam satu serangan di sebuah pangkalan tentera di wilayah Abyan, selatan negara ini hari ini.
Menurut pegawai tentera, dua militan yang lengkap berpakaian tentera memandu sebuah kereta yang sarat dengan bahan letupan menuju ke pangkalan tersebut, meletupkan dirinya menyebabkan 10 anggota tentera terkorban serta mencederakan 15 yang lain.
Sejurus kemudian, sekumpulan militan menyerang pangkalan itu dari arah laut menyebabkan 11 lagi anggota militan dan tiga anggota tentera terbunuh dalam pertempuran tersebut.
- REUTERS
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121020/lu_05/Pangkalan-tentera-Abyan-diletup#ixzz29uHljoxx
© Utusan Melayu (M) Bhd
China adakan latihan tentera
BEIJING 19 Okt. - China, hari ini mengadakan latihan tentera di Laut China Timur, tindakan terbaru yang dilihat bakal memarakkan lagi ketegangan dengan Jepun berhubung pertikaian wilayah maritim di perairan berkenaan.
Sebanyak 11 kapal tentera, termasuk kapal-kapal perang serta lapan buah pesawat dihantar ke perairan timur negara ini, dalam tindak balas konfrontasi paling serius Beijing sejak akhir-akhir ini.
Latihan selama satu hari itu diumumkan lewat malam tadi oleh agensi berita Xinhua dan turut dimuatkan dalam laman web Kementerian Pertahanan China.
"Latihan ini bertujuan meningkatkan persediaan China bagi melindungi kedaulatan wilayah dan kepentingan maritimnya.
"Kita akan menguji kemampuan tindak balas kecemasan tentera laut dan memastikan penguatkuasaan undang-undang maritim terus dilaksanakan," kata pegawai tentera laut, Laksamana Muda Shen Hao dalam laman web stesen radio China Radio International.
Kementerian itu tidak memberi ulasan lanjut mengenai lokasi latihan itu.
Steen televisyen China Central Television (CCTV) turut menyiarkan imej beberapa buah kapal perang dan helikopter yang mengambil bahagian dalam latihan perang tersebut.
Ketegangan berikutan krisis tersebut semakin meningkat selepas kerajaan Jepun membeli beberapa pulau di perairan terbabit pada bulan lalu, menyebabkan tunjuk perasaan anti-Jepun diadakan di seluruh China dan menjejaskan jualan barangan buatan Jepun di negara ini.
China sejak itu juga beberapa kali mengambil langkah memulaukan Jepun, termasuk enggan menghantar wakil pada persidangan ekonomi global yang berlangsung di negara itu bulan ini.
Beijing, baru-baru ini turut menghantar kapal pengawasan dan kapal kawalan bagi melindungi nelayan China di perairan berdekatan kepulauan Diaoyu/Senkaku yang menjadi pertikaian antara kedua-dua negara, ketika ketegangan memuncak. - AFP
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121020/lu_03/China-adakan-latihan-tentera#ixzz29uH0NfBG
© Utusan Melayu (M) Bhd
15 terkorban dalam satu serangan di wilayah Abyan
KAHERAH 20 Okt. - Sekurang-kurangnya 15 orang tentera dan lima pemberontak yang dipercayai ahli kumpulan al-Qaeda terbunuh dalam satu serangan di pangkalan tentera di selatan Yemen, semalam.
Dalam kejadian tersebut, penyerang menggunakan bom kereta yang sarat dengan bahan letupan menuju di pangkalan tentera brigade 115 di bandar persisiran Shajara, di wilayah Abyan.
Menteri Pertahanan berkata, penyerang memakai pakaian seragam tentera dan menyamar sebelum bertempur dengan anggota tentera di pangkalan tersebut. - DPA
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121020/lu_13/15-terkorban-dalam-satu-serangan-di-wilayah-Abyan#ixzz29uGlye58
© Utusan Melayu (M) Bhd
Ketua Perisikan Lebanon turut maut
BEIRUT 20 Okt. - Ketua Perisikan Keselamatan Dalam Negeri Lebanon, Jeneral Wissam al-Hassan turut maut dalam kejadian letupan sebuah kereta di Beirut, semalam.
Menteri Penerangan, Walid Daouk berkata, tujuh lagi mangsa terkorban dan 86 orang mangsa cedera dalam serangan yang berlaku ketika waktu kemuncak di daerah yang didominasi penganut Kristian, Ashrafieh.
Beberapa pemimpin politik menyalahkan Perdana Menteri Lebanon, Najib Mikati berhubung serangan itu, manakala pembangkang mendesak pemimpin itu segera melepaskan jawatannya berikutan serangan yang dianggap kes pembunuhan berprofil tinggi itu. - AFP
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121020/lu_14/Ketua-Perisikan-Lebanon-turut-maut#ixzz29uGGurcN
© Utusan Melayu (M) Bhd
RM147 Billion tidak dapat dikesan.
Mengikut laporan Sinar Harian semalam, RM147 Billion tidak dapat dikesan... Alangkah baiknya duit yang hilang itu digunakan untuk memberi pendidikan percuma dengan mansuhkan PTPTN sebanyak RM5 Billion. Baki RM142 Billion lagi, banyak perkara dapat dilaksanakan untuk manfaat yang lebih berfaedah kepada rakyat seperti membina lebih banyak rumah kos rendah, membina lebih banyak insfasuktur dan macam-...See More
Besarnya ! Inilah Foto batu Ginjal 1 kg yang berhasil dikeluarkan
(jelajahunik.us)Seorang pesakit, Zhang asal Hubei, Wuhan, China mulanya hanya mengeluh mengalami rasa sakit ketika hendak buang air kecil.
Foto rontgen menunjukkan ada batu besar dalam kandung kemih
Maka ia mengunjungi doktor. Dan hasil pemeriksaan rontgen ditemukan sebongkah batu berukuran besar dalam kandung kemihnya.
Doktor melakukan operasi dan berhasil mengeluarkan batu tersebut
Doktor melakukan operasi pembedahan untuk mengeluarkan batu ginjal yang amat besar . Ternyata setelah dilakukan pengamatan, batu ginjal yang sebahagian besar bahan penyusunnya adalah Kalsium Oksalat mempunyai diameter 11 cm dan berat lebih dari 1 Kg.
Batu ginjal ini diameter dan beratnya tidak main-main
Luar biasa! Terbentuknya batu ginjal ini dapat dicegah apabila kita rajin minum dan berkemih sehingga kristal-kristal kalsium oksalat yang merupakan hasil metabolisme tubuh dan terkandung dalam urine tidak terakumulasi dalam kandung kemih dan ginjal.
Foto rontgen menunjukkan ada batu besar dalam kandung kemih
Maka ia mengunjungi doktor. Dan hasil pemeriksaan rontgen ditemukan sebongkah batu berukuran besar dalam kandung kemihnya.
Doktor melakukan operasi dan berhasil mengeluarkan batu tersebut
Doktor melakukan operasi pembedahan untuk mengeluarkan batu ginjal yang amat besar . Ternyata setelah dilakukan pengamatan, batu ginjal yang sebahagian besar bahan penyusunnya adalah Kalsium Oksalat mempunyai diameter 11 cm dan berat lebih dari 1 Kg.
Batu ginjal ini diameter dan beratnya tidak main-main
Luar biasa! Terbentuknya batu ginjal ini dapat dicegah apabila kita rajin minum dan berkemih sehingga kristal-kristal kalsium oksalat yang merupakan hasil metabolisme tubuh dan terkandung dalam urine tidak terakumulasi dalam kandung kemih dan ginjal.
Sumber
WANTED !!!
WANTED !!!
Kes Polis ;Jenayah Komersial
Yogeswaren a/l Sinnia
810327 07 5595
alamat; Blok D-1-09
Yogeswaren a/l Sinnia
810327 07 5595
alamat; Blok D-1-09
Taman Seri Serdang
13200 Kepala Batas
Pulau Pinang
nama muslim; muhammad shafiq bin abdullah
kes penipuan kewangan , sudah buat report
sesiapa yg mempunyai maklumat boleh hubungi ;
DIN ; 0174855760
E ; 0124532235
SJN BAKRI ; 0125588100
13200 Kepala Batas
Pulau Pinang
nama muslim; muhammad shafiq bin abdullah
kes penipuan kewangan , sudah buat report
sesiapa yg mempunyai maklumat boleh hubungi ;
DIN ; 0174855760
E ; 0124532235
SJN BAKRI ; 0125588100
solat lebih utama
Aminah terus mengusap kepala anaknya yang masih koma setelah terlibat dalam kemalangan jalanraya. Sudah dua hari siibu menanti anaknya sedar, namun harapan masih belum kunjung tiba. Sesekali ibu mengesat air mata bila merenungi muka anak kecilnya yang baru berusia lapan tahun. Aqilah anak manja ibu dilanggar sabuah motorsikal sewaktu melintas dihadapan rumah. Kemalangan memang tidak berbau.
" Ya Allah, sembuhlah anakku, sedarlah ia. Ya Allah, jangan engkau ambil nyawa anak ku" air mata terus bercucuran serentak dengan doa dan munajat berpanjangan.
Petang itu ramai pelawat datang menziarahi pesakit, tidak ketinggalan abang Qilah yang datang bersama ayah. " macamana bang, nampaknya Aqilah belum sedar lagi ni", " sabarlah, kita doalah harap ia sembuh" ucapan suami meyakinkan Aminah agar jangan putus asa. Aminah tidak henti hentinberdoa dan terus berdoa.
Di hadapan katil Aqilah, orang ramai menziarahi seorang kanak kanak yang tercungap cungap berlawan penyakit asma. sangat menderita bila pernafasan tersekat sekat. Seorang wanita tua menghampiri kanak kanak tersebut, sambil mengucap kepala dan membaca sesuatu. " ini cucu saya" ucap wanita tua bila ditanya oleh seorang wanita yang turut menziarahi anak jirannya.
Aminah mengambil kesempatan meminta agar Wanita tua itu mendoakan anaknya. " Mak Cik, tolong doakan anak saya. Sudah dua hari dia koma. Tolonglah " rayu Aminah. " wanita tua itu menghampiri Aqilah sambil mendoakan sesuatu, sambil berpesan agar Aminah membaca sepotong doa setiap kali selepas solah fardu. ".
Dalam hati Aminah mengakui dia seorang yang sering cuai solah. Tambahan pula bila Aqilah koma, dia langsung tidak mengerjakan solah. Payah, tak sempat dan macam macam alasan. Namun oleh kerana mengharapkan anaknya sembuh, dan yakin dengan doa yang diajar wanita tua itu, Aminah mula mendirikan solah, setiap kali solah dia terus membaca doa yang diajar, dan dalam linangan air mata dia terus merayu agar anaknya segera sembuh"
Dua hari kamudian. Aqilah sedar dari komanya betul-betul di saat Aminah bermunajat dengan doa yang diajar wanita tua itu. Betapa gembiranya bila melihat anaknya sedar dan mulai bercakap. Terima kasih ya Allah. Syukur ya Allah.
Petang itu wanita tua sekali lagi datang ziarah cucunya. Aminah meluru ke arah wanita tua itu, sambil bercucuran air mata kegembiraan " terima kasih Mak cik ajar doa pada saya, alhamdulillah anak saya dah sedar, terima kasih, terima kasih" luah Aminah bertalu talu. Wanita tua itu memegang bahu Aminah, sambil berpesan. " sebenarnya solah kamu itu lebih utama dari doa yang kamu baca. Doa itu hanyalah wasilah, solat itu sebenarnya membuka rahmat Allah, ramai orang hanya berdoa agar disembuhkan sakit, namun mereka tinggalkan solah. Macamanalah Allah nak perkenankan doanya".
Aminah terpaku mendengar nasihat yang sangat berguna baginya.
BILA TENGOK NEGARA MAJU PASANG KAMERA AES, KITA PUN NAK PASANG KAMERA AES 1MALAYSIA
BILA TENGOK NEGARA MAJU PASANG KAMERA AES, KITA PUN NAK PASANG KAMERA AES 1MALAYSIA, TAPI ADAKAH DAPAT MENGGURANGKAN KEMALANGAN...? KENAPA KITA TIDAK TENGOK DAN BUAT PEBANDINGAN JARINGAN JALAN RAYA NEGARA MAJU YANG PASANG KAMERA AES MACAM MANA...? JANGAN LA PULA NANTI BILA DILAKSANAKAN KAMERA AES HANYA SEMATA-MATA UNTUK PIHAK KERAJAAN DAN PIHAK YANG MENDAPAT KONTRAK PEMASANGAN KAMERA AES 1MALAYSIA
BUAT UNTUNG SEMATA-MATA TETAPI, KADAR KEMALANGAN TIDAK JUGA KURANG.....KERANA PEKARA MACAM NI BANYAK KALI DAH TERJADI...TENGOK CONTOH KONSESI LEBUH RAYA SUDAH LA...YANG AKHIRNYA RAKYAT YANG JADI BEBAN KERANA KEBODOHAN PIHAK-PIHAK TERTENTU YANG MEMBUAT PERJANJIAN KONSESI LABUH RAYA....SO DALAM KES KAMERA AES 1MALAYSIA NI HARAP RAKYAT TAK LA DI JADIKAN KORBAN SEKALI LAGI....
Rakyat harus nilai bgimana PM 1MALAYSIA menghadapi isu kenyataan SOI LEK berkaitan hukum hudud baru-baru ini..
Rakyat harus nilai bgimana PM 1MALAYSIA menghadapi isu kenyataan SOI LEK berkaitan hukum hudud baru-baru ini..yang pasti PERKASA dah keluarkan kenyataan HARAM umat islam undi MCA,maknanya HARAMlah juga kita BN kerana MCA adalah parti kompenan umno/BN dan jangan kita lupa mereka tetap dari "SYAITAN yang dikenali' punya geng betul tak..? cuba rakyat bayangkan jika komen hudud ini dibuat oleh GUAN EN
G ataupun kit siang..pasti gegak gempita TV3,UTUSAN serang...isu ini tidak lebih dari pepatah SENJATA MAKAN TUAN..tuan yang dikenali...penghinaan ini akan senyap didada akhbar arus perdana namun rakyat harus bangkit demi ISLAM tercinta..
100 Sebab Kenapa Umno Wajib Ditolak
Kepada sesiapa yang masih belum membaca buku 100 Sebab Kenapa Umno Wajib Ditolak,boleh dapatkan disini..Baca jangn xbaca! Macai² umNO & bEND kalau teringin nak baca pon xpe,tambah ilmu :)
link mediafire : http://www.mediafire.com/ ?il2ufphye7q8idj
P/S: TIADA VIRUS YE DALAM LINK MEDIAFIRE,INI BUKAN FILES,INI FORMAT PDF,KANG ADA PULAK MACAI YG KATA AKU SEND VIRUS --"
kredit to Altaïr ibn-La'Ahad II.
link mediafire : http://www.mediafire.com/
P/S: TIADA VIRUS YE DALAM LINK MEDIAFIRE,INI BUKAN FILES,INI FORMAT PDF,KANG ADA PULAK MACAI YG KATA AKU SEND VIRUS --"
kredit to Altaïr ibn-La'Ahad II.
Benarkah najib pewaris Genting?
Benarkah najib pewaris Genting? mengapa Najib membisu bola CSL menyatakan 1.2 juta umat islam yg bekerja di genting dan mana2 pub/kasino/ akan hilang kerja?
Nak tahu bahawasanya najib pewaris genting? baca link sini : http://
agenda UDA yg fokus melayu kian tersasar akibat campurtangan org politik!!
Cer tgk...sini,agenda UDA yg fokus melayu kian tersasar akibat campurtangan org politik!!
Agenda melayu UDA ialah.. cari sebanyak mana tanah peniaga melayu di KL.. kemudia jual kepada cina.. mengapa cina? sebab cina yg banyak duit boleh beli tanah yg mahal2..
sila tgk sini.. ada video di dalam : http:// kingofgoblok.blogspot.com/ 2012/10/ uda-pincang-tugas-tidak-aka n-teruskan.html —
Agenda melayu UDA ialah.. cari sebanyak mana tanah peniaga melayu di KL.. kemudia jual kepada cina.. mengapa cina? sebab cina yg banyak duit boleh beli tanah yg mahal2..
sila tgk sini.. ada video di dalam : http://
Najib telah tutup pintu untuknya
Mohd Sayuti Omar, | 20 Okt 2012 |
Penegasan Presiden Umno Mohd Najib Razak dalam sidang akhbar selepas mesyuarat MT hari ini di mana ahli Umno yang khianati parti dan sabotaj calon Umno tidak akan dibenarkan bertanding dalam pilihan raya, penegasan ini menyebabkan ahli parlimen Pasir Mas akan mati sambil berdiri - 'mati dalam cacang'.
Penjelasan Najib itu menamatkan teka teki yang kononnya Umno akan memberi laluan kepada ahli parlimen itu bertanding atas tiket BN dalam pilihan raya umum nanti. Beliau diuar-uar akan diberi bye oleh Umno. Sebelum ini konco-konco ahli parlimen berkenaan sudah menyebarkan berita kemungkinan itu. Bahkan kononnya sudah ada kata putus dan surat hitam putih ditanda tangani oleh Najib memberi laluan itu.
Alasan Najib kononnya memberi laluan dia bertanding atas tiket BN kerana ahli parlimen berkenaan dikatakan akan menang mudah kerusi Pasir Mas dan kemenangan itu akan membantu BN untuk mengekalkan kuasa pemerintahan. Kononnya juga tiga buah kerusi Dun di dalam Pasir Mas iaitu Chetok, Pengkalan Pasir dan Tendong akan menang dengan mudah. Kemenangan kerusi-kerusi itu boleh membantu Umno untuk menumbangkan kerajaan Pas Kelantan.
Ketiga-tiga kerusi berkenaan kini dimiliki oleh PAS.
Seperti mana dijelaskan Najib dalam sidang media lewat petang semalam, sebuah jawatankuasa khas untuk mengambil tindakan ke atas pengkhianat parti itu akan dibentuk yang dipengerusikan oleh veteran Umno Tengku Ahmad Rithaudden Tengku Ismail.
Jika dinilai dari definisi pengkhianatan seperti mana disebut Najib itu, dia bukan saja melakukan satu pengkhinatan ke atas Umno tetapi lebih dari dua kali. Beliau pernah berlawan dengan calon Umno dalam tahun 1990 apabila bertanding atas tiket Semangat 46. Pada tahun 2004 sekali lagi mengkhianti calon Umno apabila dia bertanding atas tiket Bebas menggunakan lambang payung berwarna kuning.
Ekoran tindakan itu beliau telah dipecat dari Umno menerusi peraturan dan undang-undang mana-mana ahli Umno yang mensabotaj calon Umno, melawan dalam pilihan raya akan dipecat atau keahliannya akan gugur secara automatik. Ekoran itu tahun 2008 beliau bertanding atas tikit lambang bulan atas ehsan PAS dan menang.
'Kelancauan' ahli parlimen berkenaan selepas beliau menang atas tiket PAS beliau cuba untuk 'terak' (masuk) Umno semula. Berbagai usaha dilakukan termasuk berbaik-baik dengan isteri presiden Umno dan sanggup mencium tangan bukan mahram, malangnya tidak berhasil. Satu sumber ibu pejabat Umno memberi tahu sudah lebih tujuh bulan temujanji dibuatnya untuk berjumpa dengan Najib Razak tidak dilayan.
Katanya dia juga cuba menggunakan beberapa pemimpin Umno bahagian Pasir Mas untuk membawanya kembali semula ke pangkuan Umno. Antara orang yang berusaha ialah bekas Adun di salah kerusi di Pasir Mas bekerja keras untuk membawa semua ahli parlimen itu masuk. Sekali lagi malangnya usaha bekas Adun itu yang merupakan 'ayam didik' ahli parlimen berkenaan, tidak berhasil dan beliau sendiri dicurigai oleh ahli Umno Pasir Mas.
Umno Pasir Mas juga telah menutup rapat pintu terhadap ahli parlimen berkenaan, bukan itu saja 'rebak onak dan duri' diletak di jalan menuju ke pejabat Pasir Mas untuk memastikan ahli parlimen berkenaan tidak akan mendatangi pejabat Umno untuk bersandiwara bagi memastikan dia diterima.
Dengan ketegasan Najib dan Umno bahagian Pasir Mas itu marilah kita tunggu dan tengok apa yang bakal berlaku dalam pilihan raya akan datang. Kalau ahli parlimen itu tetap mahu menunjukkan bisanya bertanding, beliau boleh pilih satu dari 20 cogan (lambang) yang dibenarkan untuk diguna oleh orang-orang tidak berparti sebagai lambang dalam pilihan raya.
Sebelum ini cogan bebas ternyata tidak membawa tuah kepada ahli parlimen berkenaan bahkan lambang bebas pernah menghilangkan wang pertaruhannya. Apakah peristiwa malang itu akan berlaku nanti? Kalau berlaku ia tidak memeliklah bahkan baru padan dengan muka! Apakah Pasir Mas akan kebanjiran dengan air mata, tunggulah nanti. -http://msomelayu.blogspot.com/
Ini kalilah tukar, jom ubah selamatkan Sabah
Nazri Abdullah, | 20 Okt 2012 |
KOTA KINABALU: Negeri Sabah memerlukan satu gagasan politik baru yang lebih bertanggungjawab demi merubah kehidupan rakyat di negeri ini, kata Pesuruhjaya PAS Negeri Mohd Aminuddin Aling.
Menurutnya, walaupun sudah 49 tahun merdeka dan bersama dalam Persekutuan Malaysia sejak 1963, namun sehingga kini Sabah masih terpinggir dari arus pembangunan.
Bercakap pada Konvensyen Politik Baharu Sabah di sini hari ini, beliau berkata, sewajarnya perkara itu tidak berlaku memandangkan Sabah kaya dengan sumber hasil bumi terutama petroleum, balak dan tanah yang luas.
Faktor utama Sabah ketinggalan ujarnya disebabkan kegagalan pemerintah sedia ada mengurus hasil bumi dengan bertanggungjawab sehingga hasil negeri hanya berlegar di kelompok pemimpin atasan dan tidak sampai kepada rakyat.
"Sebab itu kita adakan konvensyen kali ini, sebagai persediaan PAS bersama Pakatan Rakyat untuk menawarkan kerajaan yang lebih baik dan bertanggungjawab seperti yang dikehendaki rakyat Sabah.
"Hari ini mari kita popularkan slogan 'Jom ubah, selamatkan Sabah, ini kalilah tukar', katanya.
Sementara itu, konvensyen yang diadakan di Star City Convention Centre hari ini antara lain bagi meningkatkan kefahaman rakyat terhadap perubahan dan tawaran yang dikemukakan Pakatan Rakyat.
Ianya juga sebagai persediaan PAS berdepan pilihan raya umum ke 13 nanti.
Konvensyen ini diadakan dengan mengumpulkan semua tokoh-tokoh penting PAS bersama-sama rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat bagi membentuk pemikiran baru di kalangan rakyat Sabah.
Ia juga diadakan ketika slogan 'Ini kalilah' sedang meniti dibibir rakyat Sabah untuk melihat kejatuhan kerajaan BN samada di negeri mahupun di peringkat pusat.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan memberikan ucaptama petang ini.
Beberapa kertas kja turut dibentangkan termasuk oleh Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa, Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Hatta Ramli, Naib Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), Vincent Lee dan Senator Khairiah Mohamed Timbalan Pengerusi Tetap Dewan Muslimat PAS Kelantan.
Turut hadir memberi pandangan perubahan politik Sabah pagi ini juga adalah Bekas Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Yahya Lampong, Bekas Timbalan Menteri Datuk Seri Panglima Lajim Ukin serta Datuk Wilfred Bumburing.
Menurutnya, walaupun sudah 49 tahun merdeka dan bersama dalam Persekutuan Malaysia sejak 1963, namun sehingga kini Sabah masih terpinggir dari arus pembangunan.
Bercakap pada Konvensyen Politik Baharu Sabah di sini hari ini, beliau berkata, sewajarnya perkara itu tidak berlaku memandangkan Sabah kaya dengan sumber hasil bumi terutama petroleum, balak dan tanah yang luas.
Faktor utama Sabah ketinggalan ujarnya disebabkan kegagalan pemerintah sedia ada mengurus hasil bumi dengan bertanggungjawab sehingga hasil negeri hanya berlegar di kelompok pemimpin atasan dan tidak sampai kepada rakyat.
"Sebab itu kita adakan konvensyen kali ini, sebagai persediaan PAS bersama Pakatan Rakyat untuk menawarkan kerajaan yang lebih baik dan bertanggungjawab seperti yang dikehendaki rakyat Sabah.
"Hari ini mari kita popularkan slogan 'Jom ubah, selamatkan Sabah, ini kalilah tukar', katanya.
Sementara itu, konvensyen yang diadakan di Star City Convention Centre hari ini antara lain bagi meningkatkan kefahaman rakyat terhadap perubahan dan tawaran yang dikemukakan Pakatan Rakyat.
Ianya juga sebagai persediaan PAS berdepan pilihan raya umum ke 13 nanti.
Konvensyen ini diadakan dengan mengumpulkan semua tokoh-tokoh penting PAS bersama-sama rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat bagi membentuk pemikiran baru di kalangan rakyat Sabah.
Ia juga diadakan ketika slogan 'Ini kalilah' sedang meniti dibibir rakyat Sabah untuk melihat kejatuhan kerajaan BN samada di negeri mahupun di peringkat pusat.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan memberikan ucaptama petang ini.
Beberapa kertas kja turut dibentangkan termasuk oleh Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa, Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Hatta Ramli, Naib Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), Vincent Lee dan Senator Khairiah Mohamed Timbalan Pengerusi Tetap Dewan Muslimat PAS Kelantan.
Turut hadir memberi pandangan perubahan politik Sabah pagi ini juga adalah Bekas Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Yahya Lampong, Bekas Timbalan Menteri Datuk Seri Panglima Lajim Ukin serta Datuk Wilfred Bumburing.
Haram mengundi MCA, Umno bagaimana?
Riduan Mohd Nor, | 19 Okt 2012 |
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyambut baik kenyataan keras Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Ali yang membayangkan haram bagi umat Islam untuk mengundi MCA dalam pilihan raya ekoran kenyataan terbaru Presiden MCA berhubung hudud yang didakwa menghina Islam.
DPPM menganggap Perkasa masih mempunyai iman di hati kerana sanggup mempertahankan Islam dengan mengeluarkan kenyataan keras seperti ini meskipun akan dibenci oleh pemimpin Umno BN serta rakan-rakan NGO mereka yang lain.
Setidak-tidaknya Perkasa berani mengeluarkan kenyataan beramaran tersebut yang pastinya akan menyentakkan pemimpin MCA. Kebenaran perlu ditegakkan meskipun ianya pahit untuk ditelan.
Namun demikian DPPM merasa sedih kerana para pemimpin Umno masih diam membatu dan ‘menikus’ untuk bangkit menegur atau mengherdik Presiden MCA itu.
Para ulama dan cendikiawan Islam di dalam Umno juga ramai, tetapi tidak ada seorang pun yang bangkit lantang menegur pemimpin MCA. Seolah-olah tidak ada apa yang berlaku dan pemimpin Umno menganggap itu bukan suatu kesalahan.
Di sisi rakyat, kesalahan tersebut adalah suatu penghinaan terhadap agama Islam. Kesalahannya terlalu serius dan tindakan keras perlu diambil terhadap pemimpin seperti ini.
Lebih malang lagi, bukan sekadar tidak menegur, malah Umno masih lagi berkompromi dan menjalinkan kerjasama padu dengan MCA melalui BN. Seolah-olah kenyataan Presiden MCA yang terang-terangan menghina Islam tidak memberi apa-apa kesan terhadap hubungan erat antara mereka.
MCA masih lagi diberi tempat, kerusi, kedudukan bahkan bersuara apa sahaja yang mereka inginkan tanpa sekatan dan teguran dari pemimpin Umno. Apakah nilai pemimpin Islam seperti ini?
DPPM percaya, umat Islam di negara ini merasa malu kerana mendapat pemimpin negara yang begitu lemah sehingga ada pemimpin parti komponennya yang menghina Islam lalu mereka tidak boleh berbuat apa-apa.
Sehubungan itu, DPPM mencabar Perkasa keluarkan kenyataan dan pendirian tegas berhubung sokongan terhadap UMNO dalam Barisan Nasional dalam PRU13.
Jika mengundi MCA dianggap haram, mengundi Umno yang bersekongkol dengan MCA bagaimana pula?
Justeru, Jika benar Perkasa mahu mendaulatkan Islam dan menjaga kesucian Islam, mereka perlu tegas dalam menyatakan ‘amar ma’aruf nahi mungkar’ sekalipun mereka akan dihina dan dicemuh oleh Umno.
Persimpangan ini perlu dipilih dan Perkasa perlu ikhlas dalam menentukan hala tuju perjuangan mereka dengan berpandukan perkara berikut: Mahu menjaga kepentingan agama Islam atau kepentingan politik dan dunia yang sempit sehingga mengundang kemurkaan Allah SWT.
Penulis ialah Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia
Musuh 1Umno ialah ahli-ahlinya sendiri...
http://wrlr.blogspot.com, | 20 Okt 2012 |
Jika ahli-ahli umno sendiri sudah semakin meluat dan bertindak mensabotaj parti yang mereka anggotai sendiri, apa lagi yang diharapkan oleh isteri Rosmah untuk mempertahankan kuasa di Putrajaya.
Ahli-ahli umno telah melakukannya pada Pilihan Raya Umum ke-12 pada 2008 yang lalu. Meraka akan terus melakukannya kali ini, dan pasti akan bertambah daripada jumlah pada PRU-12 yang lalu.
Saudara Aspan Alias menulis mengenai pengumuman Najib mengenai penubuhan jawatankuasa khas elak sabotaj parti 2008 berulang.
Baca seterusnya dan pengumuman Najib mengenai JK Khas berkenaan, di sini: Najib yakin ahli Umno akan sabotaj lagi..
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily
Umno tidak dakwah Chua Soi Lek isu hudud
Harakahdaily, | 19 Okt 2012 |
KUALA LUMPUR: Kenyataan berterusan oleh pimpinan MCA mempertikaikan hukum-hakam dan perundangan Islam membuktikan Umno tidak menjadikan perkongsian kuasa Barisan Nasional sebagai medium dakwah.
“Walaupun setelah berpuluh tahun Umno berpakat dengan parti bukan Islam untuk memerintah Malaysia, mereka masih gagal memberi penjelasan tentang Islam yang sebenarnya kepada rakan-rakan politik mereka di kalangan bukan Islam,” kata Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Khairuddin A. Razali (gambar).
Katanya, kenyataan terkini Presiden MCA, Chua Soi Lek dalam satu video blog mendakwa jika hudud dilaksanakan di negara ini, sebanyak 1.2 juta rakyat Malaysia bakal kehilangan kerja adalah satu lagi bukti kegagalan Umno menyampaikan dakwah Islam.
Hal ini, ujarnya sangat berbeza dengan PAS yang menjadikan Pakatan Rakyat sebagai medium menyampaikan kebaikan Islam dan perundangan Islam kepada bukan Islam.
Beliau berkata, hasilnya dalam tempoh 4 tahun kebelakangan ini tidak sedikit pemimpin bukan Islam dalam DAP dan PKR mula bersikap mesra hukum dan perundangan Islam.
“Keadaan ini membuktikan bahawa Tahaaluf Siyasi yang digagaskan oleh PAS telah berjaya mencapai sebahagian matlamatnya iaitu memperkenalkan Islam kepada bukan Islam.
“Insya Allah sekiranya rakyat memberi mandat kepada PAS menggantikan Umno dakwah Islam akan lebih lancar di negara Malaysia tercinta ini,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Mengapa Fathul Bari tidak bantah Chua Soi Lek?
Azhar Yahya, | 19 Okt 2012 |
Ketika Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mendakwa seramai 1.2 juta rakyat Malaysia akan kehilangan kerja sekiranya hudud dilaksanakan di Malaysia. Ramai tertanya-tanya, di manakah Fathul Bari yang dilihat sunyi sepi tidak membantah kenyataan tersebut.
Persoalan ini timbul apabila Fathul Bari sebelum ini banyak mengeluarkan kenyataan mewakili Ulamak Umno dalam berbicara tentang agama.
Sepatutnya kenyataan Datuk Seri Chua ini menjadi perhatian beliau untuk ditegur tanpa lengah kerana ia berkait rapat dengan kesucian Islam dan sensitiviti umat Islam.
Adakah beliau memilih isu menguntungkan sahaja untuk mengulas?
Isu-isu yang merugikan politik Umno ditinggalkan walaupun ia isu yang besar di sisi Islam.
Datuk Seri Chua yang memetik satu SMS oleh individu tidak dikenali sebenarnya menggunakan cara yang sama yang diajar oleh Umno untuk menakut-nakutkan rakyat Malaysia.
Umno menakut-nakutkan orang ramai dengan pelbagai andaian yang karut sekiranya Pakatan Rakyat memerintah. Negara akan muflis, mundur ke belakang dan lain-lain lagi menjadi bebelan Umno ke mana sahaja mereka pergi.
Nampaknya Datuk Seri Chua belajar daripada Umno untuk menakutkan rakyat dengan menghina hukum Hudud. Beliau begitu berani menghina kerana yakin tidak ada sesiapa pun daripada kalangan pemimpin dan Ulamak Umno termasuk Fathul Bari akan menegur dan mengambil tindakan kepadanya.
Beliau yakin Umno dan Ulamaknya tidak akan berbuat apa-apa kerana ia memberi keuntungan kepada politik Barisan Nasional untuk menarik undi orang Cina.
Kalau PAS yang menegurnya, beliau tidak ambil kisah kerana memang sifat PAS yang suka membangkang.
Ini bukan kali pertama Umno dan ulamanya senyap dalam berdepan dengan kenyataan Datuk Seri Chua menghina hudud.
Ketika Datuk Seri Chua menyatakan bahawa Malaysia akan kehilangan pelabur dan negara akan binasa jika Hudud dilaksanakan selepas merasmikan forum mengenai Hudud di Wisma MCA, Umno dan ulamanya juga senyap tidak membantah.
Malah beliau juga menegaskan bahawa hudud tidak adil kepada semua khasnya kaum wanita di samping menyebut bahawa undang-undang Islam adalah kejam.
Mungkin kerana ugutan keras MCA akan keluar Barisan Nasional jika Umno melaksanakan hudud menyebabkan Umno dan ulamanya termasuk Fathul Bari menikus demi kepentingan survival politik mereka walaupun terpaksa menggadaikan Islam.
Penulis ialah Timbalan Ketua Ulamak Pelapis PAS (Pusat).
[Panas] MT Umno terima laporan BN tumbang PRU13
http://greenboc.blogspot.com, | 20 Okt 2012 |
Blogger Umno Reform, Anuar Mohd Nor mengatakan bahawa ada satu laporan dihantar ke Majlis Tertinggi Umno menyatakan bahawa Barisan Nasional (BN) bakal tumbang pada PRU 13 nanti.
Dalam laporan tersebut, BN dikatakan akan tewas di negeri Wilayah Persekutuan, Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu. Sementara di Johor pula bakal menyaksikan banyak kerusi BN dirampas Pakatan Rakyat (PR).
Laporan tersebut menyatakan puncanya adalah kerana etnik Cina di seluruh negara nampaknya sudah membuat keputusan untuk menolak BN. Lihat bawah.
Apa puncanya etnik Cina menolak BN? Apakah kerana mereka sudah faham yang selama ini, BN hanya meneruskan formula penjajah British dalam mentadbir Malaysia?
Atau kerana mereka sudah tidak lagi berjaya ditakutkan dengan momok 13 Mei?
Yang paling penting sekarang ialah kesediaan semua pihak untuk memperkukuhkan negara bangsa Malaysia.
Kita tidak harus lagi hidup terpisah-pisah dalam negara ini. Jangan biarkan lagi politikus yang tentukan halatuju negara.
Rakyat harus bangkit mendesak politikus agar mengikut kemahuan mereka. Ini boleh dilakukan! Bagaimana? Mulakan dengan laman sosial seperti Facebook, Twitter dan Youtube.
Kemudian, kembangkan melalui tindakan.
Jika benar BN bakal tumbang. Biarlah ianya berlaku secara aman. Pertukaran kerajaan atau pemerintahan adalah perkara biasa.
Saya sendiri pernah menyaksikan pertukaran Nepal dari sebuah kerajaan yang diperintah oleh Raja selama 4000 tahun kepada sebuah republik.
Pada ketika itu, ramai saintis politik mengatakan Raja mungkin menggunakan tentera untuk pertahankan kerajaannya.
Mereka silap kerana Raja keluar dari istana dengan tenang kerana dia mempunyai kecintaan tinggi terhadap Nepal.
Biarlah Nepal jadi republik jika itu yang rakyat mahukan. Asalkan Nepal tidak hancur kerana manusia berebut kuasa.
Malaysia harus belajar dari Nepal! -aminiskandar
Dalam laporan tersebut, BN dikatakan akan tewas di negeri Wilayah Persekutuan, Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu. Sementara di Johor pula bakal menyaksikan banyak kerusi BN dirampas Pakatan Rakyat (PR).
Laporan tersebut menyatakan puncanya adalah kerana etnik Cina di seluruh negara nampaknya sudah membuat keputusan untuk menolak BN. Lihat bawah.
Apa puncanya etnik Cina menolak BN? Apakah kerana mereka sudah faham yang selama ini, BN hanya meneruskan formula penjajah British dalam mentadbir Malaysia?
Atau kerana mereka sudah tidak lagi berjaya ditakutkan dengan momok 13 Mei?
Yang paling penting sekarang ialah kesediaan semua pihak untuk memperkukuhkan negara bangsa Malaysia.
Kita tidak harus lagi hidup terpisah-pisah dalam negara ini. Jangan biarkan lagi politikus yang tentukan halatuju negara.
Rakyat harus bangkit mendesak politikus agar mengikut kemahuan mereka. Ini boleh dilakukan! Bagaimana? Mulakan dengan laman sosial seperti Facebook, Twitter dan Youtube.
Kemudian, kembangkan melalui tindakan.
Jika benar BN bakal tumbang. Biarlah ianya berlaku secara aman. Pertukaran kerajaan atau pemerintahan adalah perkara biasa.
Saya sendiri pernah menyaksikan pertukaran Nepal dari sebuah kerajaan yang diperintah oleh Raja selama 4000 tahun kepada sebuah republik.
Pada ketika itu, ramai saintis politik mengatakan Raja mungkin menggunakan tentera untuk pertahankan kerajaannya.
Mereka silap kerana Raja keluar dari istana dengan tenang kerana dia mempunyai kecintaan tinggi terhadap Nepal.
Biarlah Nepal jadi republik jika itu yang rakyat mahukan. Asalkan Nepal tidak hancur kerana manusia berebut kuasa.
Malaysia harus belajar dari Nepal! -aminiskandar
Laporan sebelum ini
klik untuk baca
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.
Kantoi! Ketua Umno rasmi konsert ditaja syarikat arak
http://jalanpulang1978.blogspot.com, | 20 Okt 2012 |
KANTOI! Shalimin Ketua Umno Taiping Rasmi Konsert Ditaja Syarikat ARAK!
Kalau sudah namanya 'syaitan yang dikenali' yang haram pun boleh jadi HALAM!
Subscribe to:
Posts (Atom)