Thursday, September 20, 2012

Waris bayi dicari



WARTAWAN SINAR HARIAN
20 September 2012
Waris bayi dicari
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai waris bayi itu diminta datang ke JKM berdekatan atau menghubungi Napsiah Leb di talian 019-3038873.
SHAH ALAM – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menjejak waris bayi berusia sembilan bulan yang tinggalkan ibu kandungnya sejak lahir.

Bayi berkenaan dilahirkan pada 27 November 2011 di Hospital Selayang Selangor.

Difahamkan, bayi tersebut diserahkan kepada sepupu ibu kandungnya yang menetap di Kepong.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai waris bayi itu diminta datang ke JKM berdekatan atau menghubungi Napsiah Leb di talian 019-3038873.

Fitnah Skandal Seks: Presiden PAS saman Mashitah Ibrahim




KUALA LUMPUR: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini memfailkan saman fitnah terhadap Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim kerana mengaibkannya dalam akhbar Sinar Harian Mac lalu.

Saman itu merujuk kepada kolum mingguan ‘Langit Terbuka’ yang ditulis Mashitah bertajuk ‘Skandal seks, krisis politik Pakatan’ dan disiarkan pada Mac lalu.

Kes saman difailkan melalui Tetuan Mazwan dan Nasar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi tadi itu menamakan Mashitah sebagai defendan pertama, manakala penerbit Sinar Karangkraf Sdn Bhd sebagai defendan kedua dan pencetak Ultimate Print Sdn Bhd sebagai defendan ketiga.

Wakil peguam Nasar Khan berkata, Mashitah dalam artikelnya secara terangan merujuk kepada Hadi dan sengaja mahu menjatuhkan maruah Ahli Parlimen Marang itu.

“Kata-kata yang digambarkan sedemikian tidak boleh diterima dan menjatuhkan maruah.

“Pihak kami sebelum ini telah dah hantar surat kepada Mashitah supaya dia mohon maaf dan tarik balik kata-katanya namun tiada respon,” katanya kepada pemberita di lobi mahkamah di sini./~FMT

fakta

Gua just ajak korang berfikir.. KLCC indah... namun....
Senaraikan lot2 pejabat : total
Senaraikan lot2 ruang niaga :
Senaraikan lah... lepastu asing asingkan.. berapa pemilik primis tu hak milik melayu..tak pun yang menyewa tu melayu?
Ada?

Korang sering dengan UMNO bergegar ckp tampa umno,melayu takkan maju,nampaknya REALITY melayu di mana?

Tekong2 pemilik perniagaan bukan lah golongan melayu pun..
Sedihnya semua ni berlaku ketika UMNO memerintah!! dah 55 tahun pun!!! apa yang umno berjaya lakukan untuk bantu kaum melayu?

Baca sini untuk faham rintihan peniaga melayu terakhir di KLCC :http://kingofgoblok.blogspot.com/2012/09/kuasa-ekonomi-kaum-melayu-antara.html
 

fakta

FAKTA..

ni adalah FAKTA.. di Semenanjung,Sokongan terhadap umno pada PRU12 cuma sebanyak 48.7 % berbanding PR iaitu 48.9% !!

Jika tiada sabah sarawak..maknanya BN dah tumbang right?

Dalam PRU13 ni.. sokongan rakyat terhadap PR semakin memuncak b
ukan kerana PR berkempen,TETAPI BEBAN HIDUP DAN KENAIKAN KOS2 YG KETERLALUAN membuatkan rakyat condong untuk menumbangkan REJIN umno BN.

So sebab itulah umno dalam diam,memberi ic kepada pendatang asing di Sabah dan Sarawak dan menghalang Suruhanraya diraja untuk menyiasat skandal pemberian IC ini.

Namun kebangkitan Rakyat Sabah dan Sarawak kali ini mula memuncak apabila rakyat sendiri terpaksa bersaing dengan pendatang2 ini.. inilah bahayanya akibat memilih BN dalam pru12 dahulu..

Sahabat/tuan2/puan2 semua.. ini ajakan ikhlas untuk semua.. bukan niat dari parti politik pembangkang.. Sy menyeru kalian
longgarkan minda untuk berfikir.. adakah BN/umno pemimpin yang layak memipin negara lepas ni?

..AYUH.. bangkit tumbangkan REGIM umno yg 55 tahun berkuasa dengan panuh rasuah dan skandal2 yg menyusahkan rakyat!!!

apa yang anda rugi jika anda SHARED?
 —

Mesir tahan tujuh penganut Kristian Qibti



KAHERAH 19 Sept. - Pendakwa raya Mesir, semalam mengeluarkan waran tangkap ke atas tujuh penganut Kristian Qibti dan seorang pastor Amerika Syarikat (AS) dari Florida atas tuduhan terlibat dengan filem anti-Islam Innocence of Muslims.
Mereka akan dibicarakan atas tuduhan terlibat dengan filem tersebut yang telah mencetuskan rusuhan di dunia Islam.
Kes itu, bagaimanapun disifatkan agak simbolik kerana tujuh lelaki dan seorang wanita yang membintangi filem itu dipercayai tinggal di luar Mesir dan mungkin mereka tidak akan pulang bagi menghadapi tuduhan itu.
Keputusan pendakwa raya itu dilihat bagi meredakan kemarahan rakyat negara ini terhadap filem amatur itu yang menggambarkan Nabi Muhammad sebagai seorang penipu, kaki perempuan dan pelawak di YouTube.
Dalam perkembangan lain, rusuhan bagi membantah penyiaran filem anti-Islam itu terus diadakan di seluruh dunia, hari ini.
Di Jalalabad, kira-kira 1,000 penunjuk perasaan memenuhi jalan-jalan raya di timur Afghanistan dan menyekat sebatang jalan utama ke Kabul, hari ini.
Penunjuk perasaan kebanyakannya pelajar universiti melaung-laungkan ''Pergi Mati Amerika'' dan ''Mati kepada Musuh Islam''.
Di Medan, konsulat AS di bandar ketiga terbesar di Indonesia itu ditutup sementara ekoran bantahan terhadap filem anti-Islam itu yang masuk hari ketiga.
Kira-kira 300 ahli kumpulan Hizbut Tahrir mengadakan demonstrasi di hadapan konsulat AS diikuti kira-kira 50 pelajar Islam yang menggesa Amerika menghukum pembuat filem itu.
Di Islamabad, beratus-ratus peguam yang membantah penyiaran video anti-Islam turut mengadakan tunjuk perasaan di ibu negara Pakistan itu menghala ke kawasan yang menempatkan kedutaan AS dan lain-lain negara.
Mereka melaungkan slogan anti-Amerika dan membakar bendera negara itu sambil menolak pintu pagar bangunan kedutaan AS sebelum mereka dihalang oleh polis.
Peguam itu juga menggesa Duta AS diusir dari Pakistan sebelum bersurai secara aman. - AGENSI

Nik Aziz: Media pertikai Karpal, tak soal pendirian Umno



JAMILAH HAMZAH
20 September 2012
Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
SHAH ALAM - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengkritik tindakan sesetengah akhbar yang hanya mempertikaikan kenyataan Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh mengenai hudud dan pendirian parti komponen Pakatan Rakyat (PR) itu.

Sedangkan kata beliau, akhbar-akhbar berkenaan tidak mempertikaikan pendirian Umno yang tidak mahu meminda Perlembagan Persekutuan.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, hukum hudud bergantung kepada Perlembagaan Persekutuan yang diguna pakai oleh "Kerajaan Umno", yang dilaporkan bertentangan dengan hukum tersebut.

"Selepas mesyuarat Exco pagi tadi, saya ditanya tentang kenyataan Karpal Singh yang dilaporkan berkata hudud tidak boleh dilaksanakan kerana bertentangan dengan Perlembagaan.

"Tapi saya rasa sekarang Umno yang berkuasa hari ini dan menghalang hudud ialah Umno," kata beliau menerusi laman sosial Facebook semalam, mengulas perkembangan terbaru polemik pelaksanaan hukum hudud.

Semalam, akhbar tempatan melaporkan Karpal memberi amaran dengan pendirian Nik Aziz yang akan tetap mahu melaksanakan hudud dan bakal memberi kesan tidak baik kepada pembakang pada pilihan raya umum akan datang.

"Pas akan diberi nasihat secara mendalam agar mematuhi peruntukan Perlembagaan yang telah diterima pakai sejak negara mencapai kemerdekaan," katanya sebagai reaksi segera kepada pendirian baru Nik Aziz.

Justeru, Nik Aziz menambah jika Perlembagaan Persekutuan sendiri bertentangan dengan hudud, ia sendiri perlu dipinda.

Pembuat filem anti-Islam tipu semua



20/09/2012 - 05:33:43 AM Cetak Emel Kawan
   
California: Seorang aktivis Koptik Kristian Amerika Syarikat mendedahkan ditipu produser filem anti-Islam mengenai kandungan sebenar produksi berkenaan yang mencetuskan bantahan di seluruh dunia.

Studio televisyen milik Joseph Nassralla di California digunakan Nakoula Basseley Nakoula membuat filem Innocence of Muslims. Nassralla jadi mangsa
Dalam kenyataan dalam blog, Nassralla, pengasas kumpulan Media for Christ, berkata beliau menjadi mangsa ketika ini selepas Nakoula mengubah kandungan filem itu.

Nassralla berkata, dia dihubungi tahun lalu oleh Nakoula yang memberitahu rancangan membuat program penindasan Kristian di Mesir.

Dalam satu kenyataan, Nassralla berkata, dia diberitahu Nakoula, filem itu akan diberi nama Desert Warrior dan menceritakan budaya penduduk padang pasir.
Nakoula mengubah filem itu tanpa memberitahu orang lain, kata Nasralla.
Di Kaherah, ketua pendakwa raya Mesir mengeluarkan waran tangkap ke atas tujuh warga Koptik Kristian Mesir dan seorang paderi Amerika untuk dibicarakan kerana terbabit dalam pembikinan filem anti-Islam itu.

Mereka dituduh menjejaskan perpaduan negara, menghina dan menyerang Islam secara terbuka serta menyebarkan maklumat palsu dan boleh dihukum mati jika didapati bersalah.

Tarikh bicara tidak ditetapkan dan kes sudah dipindahkan kepada mahkamah jenayah.

Antara dituduh Nakoula, Morris Sadek yang tinggal di Amerika dan paderi Florida, Terry Jones yang diminta mempromosi video itu.

Di Colombo, beratus-ratus penduduk Islam Sri Lanka membantah filem itu dan menuntut mereka yang terbabit menghasilkannya supaya digantung.

Di Islamabad, beratus-ratus peguam yang membantah filem itu merempuh masuk satu kawasan menempatkan kedutaan Amerika dan wakil diplomatik lain menyebabkan Amerika menutup konsulatnya, langkah sama turut diambil di Indonesia.

Reuters

Yahya Sulong kian stabil




         
KUALA LUMPUR: Pelakon veteran, Datuk Yahya Sulong (gambar), 84, yang menderita penyakit angin ahmar kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil sejak dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Kuala Lumpur (HKL), 9 Ogos lalu.

Isterinya, Datin Alisah Ali, 67, ketika dihubungi berkata, suaminya semakin sihat dan sudah sedarkan diri selepas terjatuh di bilik air di rumah mereka, awal Ogos lalu.


“Alhamdulillah, anak memaklumkan bapa mereka (Yahya) sudah menunjukkan perkembangan positif dan mula sedarkan diri selepas koma,” katanya memaklumkan dia sendiri turut dimasukkan ke Wad Onkologi HKL akibat penyakit barah yang dideritai sejak dua tahun lalu.

Menurut Alisah, sejurus dimasukkan ke hospital terbabit, suaminya diberikan alat pernafasan berikutan jantungnya semakin lemah.


“Tiada apa mampu dikatakan lagi melainkan berdoa suami dan saya segera pulih untuk berjumpa anak-anak,” katanya.

Singapura rela aib demi banteras rasuah




         
SINGAPURA: Pemimpin Singapura berikrar menghukum kakitangan kerajaan yang terbabit dalam rasuah tanpa mempedulikan kedudukan mereka, semalam.

Kenyataan itu dibuat ekoran beberapa kes berprofil tinggi, termasuk membabitkan tiga skandal seks yang mengaibkan Singapura yang selama ini dikagumi atas integritinya. Perdana Menteri, Lee Hsien Loong, berkata sesiapa yang melanggar undang-undang akan ditangkap dan dihukum.


“Tiada sebarang kelonggaran diberikan tanpa mengira kekananan mereka atau bagaimana ia akan memalukan mereka,” katanya. Sebelum ini, dua birokrat kanan Singapura dituduh mendapatkan khidmat seks daripada eksekutif wanita beberapa syarikat yang membekalkan perkhidmatan teknologi komputer kepada pertubuhan mereka. Walaupun Singapura mengenakan hukuman berat atas kesalahan rasuah - boleh dipenjara lima tahun dan denda sehingga S$100,000 (RM248,666) - Lee berkata, ia tidak cukup untuk menghalang seseorang cuba menyalahgunakan jawatan mereka. “Lebih baik mengalami malu dan meneruskan sistem bersih untuk jangka panjang daripada berpura-pura tiada apa-apa berlaku dan pada masa sama membiarkan ia merebak,” katanya. - AP

Majalah pula hina Nabi




         
PARIS: Sebuah majalah Perancis semalam menyiarkan karikatur provokasi, menunjukkan Nabi Muhammad berbogel.

Ia sudah pasti menyemarakkan lagi kemarahan umat Islam selepas bantahan terhadap sebuah filem anti-Islam yang diterbitkan di Amerika Syarikat, (AS).
Lebih 30 orang terbunuh dalam serangan atau tunjuk perasaan ganas terhadap filem ‘Innocence of Muslims’, termasuk 12 orang dalam serangan oleh seorang pengebom wanita di Afghanistan, Selasa lalu.

Kebimbangan kemarahan itu merebak ke Eropah semakin meningkat semalam selepas majalah Perancis, Charlie Hebdo menyiarkan empat karikatur yang menggambarkan Nabi Muhammad (SAW) dengan satu daripadanya menunjukkannya punggungnya terdedah.



Perancis meningkatkan langkah keselamatan di kedutaannya di beberapa negara.

Menteri Luarnya, Laurent Fabius mengaku beliau bimbang mengenai tindak balas yang mungkin berlaku.

Kedutaan, konsulat, pusat kebudayaan dan sekolah antarabangsa Perancis di sekitar 20 negara diarah tutup esok kerana bimbang menjadi sasaran tunjuk perasaan selepas solat Jumaat.

Pemimpin masyarakat Islam di Perancis mengecam majalah berkenaan tetapi akan merayu supaya kaum muslimin di negara itu bertenang.

Pengarang majalah itu, Stephane Charbonnier yang asalnya kartunis dengan menggunakan nama Charb berkata, karikatur itu akan ‘mengejutkan mereka yang inginkan kekejutan.’

“Kebebasan akhbar. Adakah ia satu provokasi? Saya tidak meminta masyarakat Islam membaca Charlie Hebdo, sama seperti saya tidak ke masjid untuk mendengar ceramah yang bertetangan dengan segala yang saya percaya,” katanya.

Tahun lalu majalah berkenaan menyiarkan edisi menghina Islam berjudul Sharia Hebdo, menyebabkan pejabatnya di Paris diserang dengan bom api.

Perdana Menteri, Jean-marc Ayrault berkata, mereka yang tidak berpuas hati dengan karikatur berkenaan boleh membawa kes itu ke mahkamah.

Beliau menyelar tindakan majalah berkenaan tetapi pada masa sama, menegaskan mengenai kebebasan bersuara yang diamalkan di Perancis.

“Innocence of Muslims,’ filem yang diterbitkan oleh pelampau Kristian di Amerika Syarikat dengan menggambarkan Rasulullah sebagai samseng yang gilakan wanita, mencetuskan tunjuk perasaan di 20 negara selepas trelernya disiarkan di Youtube. - AFP

Iran tak akan tunduk kepada kuasa besar: Ali




         
TEHERAN: Iran tidak akan tuduk kepada tekanan kuasa besar dunia meskipun jika mereka marah terhadap sikapnya itu.

Bercakap kepada anggota tentera dan keluarga mereka di utara negara itu, pemimpin tertinggi Iran, Ali Khamenei berkata, Republik Islam itu membuat keputusan hanya berdasarkan kepentingan rakyat dan negara.
Ali juga menuduh media Barat dan Israel sengaja membesar-besarkan isu sekatan terhadap ekonomi Iran.

Beliau menggesa rakyat Iran supaya tidak mempedulikan laporan seumpama itu.



“Menggambarkan keadaan buruk di negara ini memang menjadi amalan media Barat dan Zionis yang bertujuan mengekang kemajuan Iran,” katanya.


Majlis Keselamatan PBB dan Barat menguatkuasakan sekatan ekonomi terhadap Republik Islam berkenaan bagi memaksanya mengakhiri aktiviti nuklearnya. - AFP

Tentera Israel adakan latihan mengejut




         
BAITULMAQDIS: Tentera Israel semalam mengadakan latihan mengejut di utara sempadan negara itu.

Latihan sehari itu, yang diadakan ketika wujud ketegangan berhubung program nuklear Iran dan masa depan senjata kimia Syria, diarah oleh Ketua Tentera Zionis, Leftenan Jeneral Benny Gantz.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan tentera, ia bertujuan untuk mengkaji kemampuan dan kebersediaan beberapa unit tentera dengan diketuai oleh kor meriam.

Latihan itu tidak diumumkan sebelum ini, tetapi tentera rejim itu berkata, ia sudah dijadualkan.



Israel mengawasi sempadan nya dengan Syria berikutan laporan bahawa kerajaan Presiden Hafez Al-Assad menimbang membekalkan senjata kimia kepada kumpulan Hizbullah di Lubnan. - AFP

Taliban dakwa berjaya ubah strategi Nato

KABUL: Taliban semalam menyambut baik keputusan Nato untuk menghentikan operasi bersama dengan pasukan keselamatan Afghanistan.
Ia menyifatkannya perkembangan itu sebagai permulaan kepada kekalahan menyeluruh Nato di negara berkenaan.

Pasukan Bantuan Antarabangsa (ISAF) yang diketuai Amerika Syarikat (AS) sebelum ini mengemukakan perubahan dalam strategi mereka selepas beberapa tentera Barat ditembak mati oleh rakan tempatan mereka di samping tindak balas terhadap filem anti-Islam yang diterbitkan di AS.

“Ini adalah hasil operasi dan taktik mujahidin sehingga memaksa pihak musuh membatalkan rancangan mereka. Ia adalah kemenangan mujahidin yang berjaya mencetuskan keraguan di kalangan tentera musuh.

“Insya Allah, ini adalah permulaan kepada kekalahan menyeluruh mereka,” kata jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahed menerusi telefon. - AFP

Majalah Perancis siar karikatur hina nabi




KETUA editor Charlie Hebdo, Charb menunjukkan muka 
depan majalah satira berkenaan di Paris semalam.


PARIS - Sebuah majalah Perancis menerbitkan karikatur menghina Nabi Muhammad semalam sekali gus memburukkan lagi ketegangan global berhubung filem Innocence of Muslims yang memperlekehkan agama Islam.
Perkembangan tersebut menyebabkan Perancis meningkatkan kawalan keselamatan di semua kedutaan negara itu.
Karikatur biadap itu disiarkan majalah mingguan tempatan, Charlie Hebdo, beberapa hari selepas bantahan ganas tercetus dari Benua Asia hingga ke Afrika kerana memprotes filem Innocence of Muslims.
Setakat ini, lokasi pemerintah Amerika Syarikat (AS) terutama kedutaan negara kuasa besar itu menjadi sasaran penunjuk perasaan.
Keganasan berkaitan filem amatur tersebut menyebabkan sekurang-kurangnya 30 orang terbunuh di tujuh buah negara termasuk Duta AS yang maut di Libya.
AS turut menutup sementara konsulatnya di Jakarta ekoran demonstrasi serupa, manakala beratus-ratus penunjuk perasaan membakar patung Presiden Barack Obama di ibu negara Sri Lanka, Colombo.
Kementerian Luar Perancis mengeluarkan amaran perjalanan semalam dengan menggesa rakyatnya yang berada di dunia Islam supaya berwaspada dan mengelakkan perhimpunan awam dan mengunjungi "bangunan sensitif" seperti bangunan keagamaan dan kedutaan Barat.
Mengulas berhubung tindakan majalah Charlie Hebdo, Perdana Menteri Jean-Marc Ayrault berkata, kebebasan bersuara adalah terjamin di Perancis tetapi menegaskan kebebasan tersebut perlu disertakan dengan rasa tanggungjawab dan hormat kepada bangsa dan agama lain.
Menteri Luar, Laurent Fabius pula mengeluarkan komen lebih keras apabila menyifatkan tindakanCharlie Hebdo menyiarkan karikatur tersebut umpama mencurahkan minyak ke dalam api.
Dalam perkembangan berkaitan, pasukan polis pencegah rusuhan berkawal di luar beberapa pejabat majalah berkenaan.
Tahun lalu, pejabat majalah itu dibaling dengan bom api selepas ia menerbitkan edisi memperlekehkan gerakan radikal Islam.
Ketua Editor Charlie Hebdo yang dikenali sebagai Charb diletakkan di bawah perlindungan polis selama setahun selepas insiden tersebut.
Ditanya berhubung kontroversi terbaharu majalah berkenaan, Charb mempertahankan keputusan untuk menyiarkan karikatur biadap tersebut.
"Nabi Muhammad bukan suci buat saya," katanya dalam satu temu bual di sebuah pejabat majalah berkenaan di sini.
"Saya tidak menyalahkan orang Islam kerana tidak tertawa melihat kartun kami. Saya hidup di bawah undang-undang Perancis dan bukan undang-undang al-Quran," tambahnya.
Menurut ketua editor berkenaan, dia tidak menyesal dan tidak berasa bertanggungjawab berhubung sebarang keganasan yang bakal tercetus ekoran penerbitan tersebut.
"Saya bukan orang yang keluar ke jalan-jalan raya sambil membawa batu dan raifal automatik Kalashnikov," ujarnya. - AP

Fatwa bunuh pengarah Innosence of Muslims muncul




19 September 2012
Fatwa bunuh pengarah Innosence of Muslims muncul
Pihak polis Pakistan cuba menghalang penunjuk perasaan ketika demonstrasi membantah filem anti-Islam. - Foto EPA
BEIRUT - Hezbollah memberi amaran akan ada kesan buruk peringkat global yang "amat bahaya" jika Innosence of Muslims dikeluarkan sepenuhnya sementara satu fatwa diisytiharkan terhadap penerbit tersebut yang kini menyembunyikan diri bersama keluarganya.

Amaran itu datang daripada ketua Hezbollah, Hassan Nasrallah kelmarin.

Kematian akibat protes, yang memasuki minggu kedua, telah mencecah hampir 20 orang.

"Amerika harus faham... AS harus faham bahawa mengeluarkan keseluruhan filem ada bahayanya, sangat bahaya, (akan menyebabkan) tindak balas di seluruh dunia," kata beliau.

Penelitian awal minggu ini menunjukkan ada satu pautan yang membawa kepada keseluruhan kandungan filem.

Perkhidmatan pemantauan kumpulan pengganas, SITE Intelligence Group berkata, Ahmad Fouad Ashoush telah mengeluarkan fatwa terhadap pelakon dan anggota krew filem tersebut.

"Saya mengeluarkan satu fatwa dan menggesa belia Muslim di Amerika dan Eropah agar melaksanakan tugas ini, di mana membunuh pengarah, penerbit dan pelakon-pelakon dan sesiapa yang membantu dan mempromosikan filem ini," kata imam itu.

4 culik, bunuh aktivis dipenjara




19 September 2012
4 culik, bunuh aktivis dipenjara
ARRIGONI
BANDAR GAZA - Empat ahli kumpulan jihad Palestin dijatuhi hukuman penjara dan dua daripadanya dipenjarakan seumur hidup selepas Mahkamah Tentera Gaza mendapati mereka bersalah menculik dan membunuh aktivis keamanan warga Itali pada April tahun lalu.

Mahkamah turut mengarahkan tiga tertuduh yang berumur antara 24 dan 26 tahun itu dilucutkan jawatan daripada pasukan polis.

Difahamkan, aktivis pro-Palestin, Vittorio Arrigoni, 36 telah diculik oleh beberapa ahli kumpulan jihad pada 14 April tahun lalu sebagai pertukaran untuk membebaskan kumpulan tahanan gerakan Salafi tersebut.

Bagaimanapun, kerajaan Hamas gagal memenuhi tuntutan mereka dalam tempoh 30 jam sehingga menyebabkan Arrigoni dibunuh di utara Gaza.

Insiden pembunuhan ke atas warga asing itu adalah yang pertama di Gaza sejak Hamas mengambil alih pemerintahan pada Jun 2007.  -  AP

Pakistan umum Jumaat cuti am bantah filem hina Nabi



WARTAWAN SINAR HARIAN
19 September 2012
 konsulat Amerika Syarikat (AS).
Ratusan penunjuk perasaan berhimpun.
ISLAMABAD - Kerajaan Pakistan hari ini mengumumkan Jumaat ini sebagai cuti kebangsaan bagi rakyatnya mengadakan protes terhadap rakyat Amerika yang anti-Islam, keadaan yang membawa kepada bantahan besar-besaran di seluruh dunia sejak 10 hari lalu.
Kabinet Pusat telah memutuskan hari Jumaat sebagai hari rasmi bagi melahirkan rasa cinta kepada Nabi Muhammad SAW.
Keputusan itu diambil selepas parti-parti agama memanggil protes pada Jumaat bagi mengecam filem Innocence of Muslims.
Menteri Dalam Negeri, Rehman Malik ketika bercakap kepada pemberita awal hari ini berkata, Parti Rakyat Pakistan akan menyertai demonstrasi.
Kelmarin, Parti Sunni Tehreek menggesa orang ramai di seluruh negara itu menutup perniagaan dan mengadakan perarakan terhadap filem yang dihasilkan di Amerika Syarikat (AS).
Hari ini, kira-kira 500 peguam melanggar sekatan jalan yang diadakan di kawasan diplomat yang dikawal ketat.
Sejak protes dan tunjuk perasaan tercetus minggu lalu, kira-kira 30 orang telah terbunuh di seluruh dunia sehingga kini.

Terkilan tadika diarah tutup, pengusaha bingung



WARTAWAN SINAR HARIAN
19 September 2012
Terkilan tadika diarah tutup, pengusaha bingung
Kanak-kanak Tadika Permata Islamiyah yang kini sudah lebih seminggu tidak bersekolah.
Terkilan tadika diarah tutup, pengusaha bingung
Kehadiran Syed Othman (kiri) memberikan sumbangan duit raya didakwa menjadi punca tadika itu diarahkan tutup secara mengejut.
PASIR GUDANG – “Mak.. bila kita nak ke sekolah lagi,” begitulah antara luahan kanak-kanak Tadika Permata Islamiyah di Pangsapuri Seri Delima, Bandar Seri Alam, di sini yang ditutup sejak 10 September lepas.

Tanpa sebab yang pasti, tadika tersebut diarahkan tutup oleh Ketua Umno Cawangan Pangsapuri Seri Delima, Faizal Sisar sehingga membuatkan pengusahanya Mariam Sarian, 47, bingung dan tertanya-tanya.

Menurut Mariam yang membuka tadika itu sejak Februari lalu, tindakan tanpa sebarang notis itu merupakan penganiayaan bukan sahaja kepadanya, malah kepada 40 kanak-kanak tadika berkenaan.

Katanya, tadika berkenaan pada perancangannya beroperasi di kawasan lapang bersebelahan rumahnya, tetapi dipelawa Faizal mengaktifkan bilik gerakan Umno cawangan berkenaan.

“Segalanya bermula apabila Faizal menganggap saya tidak menghormatinya apabila membenarkan Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Permas, Syed Othman Syed Abdullah datang memberikan sumbangan duit raya kepada kanak-kanak tadika itu.

“Saya bertambah kecewa ketika datang ke tadika pada pagi Isnin 10 September bersama anak-anak ini untuk memulakan sesi persekolahan, ia telah dimangga,” katanya.


Tadika berdaftar dengan SSM, dipantau PPD

Mariam berkata, tadikanya berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan beberapa kali berjumpa dengan pihak Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Pasir Gudang.

Menurutnya, walaupun yuran bulanan dikenakan sebanyak RM80, tetapi kadang-kala tidak berbayar sehingga terpaksa mengeluarkan duit poketnya sendiri untuk membayar gaji guru dan peralatan tadika yang lain.

“Pihak PPD telah membuat lawatan ke tadika ini dan menyuruh saya menyiapkan kertas kerja untuk urusan pendaftaran Tadika Permata Islamiyah.

“Saya tak pernah berkira dalam soal yuran kerana niat saya ingin membantu anak-anak orang Sabah yang tidak berpeluang ke sekolah kerana masalah sijil lahir dan tidak mampu ke tadika swasta lain.

“Saya pernah beritahu ibu bapa kanak-kanak tadika saya, kalau saya kaya, memang anak-anak ini saya sekolahkan percuma untuk melihat masa depan mereka cerah,” katanya.
Katanya, dia bingung dengan keputusan yang dibuat Faizal.

“Kalau alasannya tadika saya beroperasi tanpa kebenaran PPD, kenapa selepas Syed Othman datang memberikan sumbangan duit raya baru tadika saya diarahkan tutup hanya melalui telefon.

“Saya tidak berhak menghalang sesiapa sahaja atau mana-mana parti politik atau pertubuhan yang ingin datang memberikan sumbangan, tambahan lagi untuk kanak-kanak,” katanya.


Anak pandai membaca sejak masuk tadika

Sementara itu, ibu kanak-kanak tadika tersebut, Fauziah Nari, 37, berkata, anaknya yang berumur tujuh tahun tidak berpeluang ke sekolah kerana berdepan masalah sijil kelahiran, tetapi mula pandai membaca dan menulis selepas diterima masuk ke tadika berkenaan.

Menurutnya, walaupun pendaftaran yang dikenakan sebanyak RM332 dan yuran bulanan RM80 agak membebankan, tetapi Mariam banyak membantu memudahkan dari segi bayaran.

“Kalau ikutkan memang tak mampu kerana suami hanya pekerja kontrak bangunan, tapi saya minta tolong cikgu Mariam tu untuk bayar ansur-ansur kerana saya mahu anak boleh membaca seperti orang lain,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Seorang lagi ibu kanak-kanak Tadika Permata Islamiyah, Sabariah Awang, 39, berkata, tadika itu banyak membantu kanak-kanak masyarakat Sabah yang kurang berkemampuan.

Menurutnya, dia tidak pernah membuat bayaran pendaftaran dan yuran bulanan kerana tidak mampu memandangkan suami tidak bekerja tetap, sebaliknya membantu tadika itu menyediakan makanan dan minuman.


Tak ikut silibus, yuran mahal

Dalam pada itu, Faizal berkata, dakwaan tadika itu dihentikan operasi disebabkan kehadiran Syed Othman adalah tidak benar, sebaliknya kerana memikirkan masa depan kanak-kanak yang diajar tidak mengikut silibus.

Menurutnya, pendaftaran dan yuran yang dikenakan juga terlalu mahal sehingga membebankan ibu bapa kanak-kanak, sedangkan tadika itu dibenarkan beroperasi tanpa sebarang bayaran.

“Ia melibatkan nama dan maruah saya kerana orang ingat saya yang buka tadika tu, sedangkan kanak-kanak diajar langsung tidak mengikut silibus dan tiada peperiksaan.

“Lagipun tadika tu belum mendapat kelulusan pihak bertanggungjawab. Saya bimbang kalau diteruskan saya akan dipertanggungjawabkan kerana membenarkan tadika itu beroperasi tanpa kelulusan,” katanya.

Katanya, tadika itu akan dibuka semula selewat-lewatnya pada minggu depan melalui seliaan Umno Cawangan.

“Kita tunggu bantuan kerusi, meja dan kelengkapan lain daripada Umno Bahagian Pasir Gudang. Sekiranya guru-guru yang sedang kita usahakan dan kelengkapan diterima cepat, minggu depan tadika ini akan beroperasi semula di bawah seliaan kita sendiri,” katanya.


Jabatan Pelajaran tak halang teruskan

Sementara itu, Pegawai Kanan Pendaftar Tadika Swasta Jabatan Pelajaran Negeri, Mohd Saad Mohd Ansor berkata, pihaknya tidak menghalang sekiranya tadika itu ingin meneruskan operasi.

Menurutnya, tidak wajar pemilik tadika itu diarahkan henti operasi secara mengejut tanpa sebarang notis.

Tadika itu tidak menimbulkan masalah, sekiranya pihak kita minta pemilik sediakan kertas kerja, itu maknanya kita dah tahu siapa yang bertanggungjawab ke atas tadika itu dan maklumat juga di bawah pemantauan kita.

“Kalau boleh ditangguhkan arahan penutupan itu kita akan bantu untuk membuat pendaftaran sepenuhnya dan kalau diarah pindah sekalipun kita akan bantu untuk mendapatkan lokasi yang sesuai.

“Kita minta pemilik datang berjumpa dengan saya untuk berbincang kerana hanya tinggal beberapa bulan sekolah bercuti panjang,” katanya.


Tadika mungkin dibuka minggu depan

Wakil Ahli Parlimen Pasir Gudang, Baharudin Taib ketika dihubungi Sinar Harian pula berkata, pihaknya sudah maklum berkenaan hal ini dan ia terjadi berkemungkinan kerana salah faham.

“Kita akan berjumpa dengan kepimpinan Umno kawasan itu untuk berbincang. Kemungkinan besar minggu depan tadika tersebut boleh beroperasi seperti biasa tetapi masih belum ditetapkan sama ada di bawah pengurusan lama atau baru,” katanya.