Monday, December 29, 2014

'Mimpi ngeri terburuk saya'

Oleh Gaddafi Musli
JAKARTA (Indonesia) : "Ini adalah mimpi paling ngeri saya." Itu tweet Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes mengenai kehilangan pesawat AirAsia QZ8501 di Indonesia hari ini.
Katanya apa yang penting ketika ini adalah menjaga kebajikan waris penumpang dan anak kapal yang terbabit.
"Kami akan melakukan segala yang terdaya dan memberi maklumat terkini sebaik memperolehinya," tulisnya.
Beliau yang tiba di Surabaya malam ini terharu dengan sokongan diterima di media sosial dan meminta semua kakitangan AirAsia supaya bertabah dan terus beri perkhidmatan terbaik buat pelanggan.
“Saya sebagai CEO kumpulan anda akan terus bersama dalam masa-masa sukar ini. Kami akan melalui pengalaman pahit ini bersama dan saya akan cuba untuk bertemu seberapa banyak daripada anda,” tulisnya lagi.
Beliau turut berterima kasih dengan pihak kerajaan Indonesia, Singapura dan Malaysia dan meletakkan harapan dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR).
Pesawat membawa 162 penumpang dan anak kapal itu terputus hubungan dengan menara kawalan Jakarta pada 7.24 pagi tadi waktu tempatan.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 Disember 2014 @ 10:16 PM


TONY Fernandes dengan status Twitter yang dimuat naiknya. FOTO Nur Adibah Ahmad Izam
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/19612#sthash.gAuRxdhu.dpuf

Buka sekolah ditangguh seminggu

Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan tangguh pembukaan sesi persekolahan 2015 seluruh negara.
Sekolah di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Johor akan yang sepatutnya dibuka pada 4 Januari (Ahad) ditangguh ke 11 Januari (Ahad) manakala negeri lain pada 12 Januari (Isnin).
Berikut adalah kenyataan penuh Timbalan Perdana Menteri merangkap
Menteri Pendidikan:
Sepertimana semua pihak sedia maklum bahawa banjir yang sedang melanda negara sekarang masih berterusan khususnya di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia. Sehingga pada tarikh 28 Disember 2014, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapati sejumlah 340 buah sekolah daripada tujuh buah negeri terlibat dengan banjir, sama ada dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau sekolah tersebut ditenggelami air akibat banjir.
Sebagai Menteri Pendidikan, saya amat memahami dan mengambil berat akan kesukaran yang bakal dihadapi oleh semua pihak termasuk pengurusan sekolah, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekiranya persekolahan bagi tahun 2015 dibuka seperti dijadualkan iaitu pada 4 Januari 2015 (bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor) dan pada 5 Januari 2015 bagi negeri-negeri lain.
Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa KPM dengan ini bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu. Dengan penangguhan ini, tarikh baru sesi bermula persekolahan tahun 2015 bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari 2015 (Ahad). Manakala bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Januari 2015 (Isnin). Penangguhan ini juga dibuat setelah mengambilkira;
a) Sekolah-sekolah yang terlibat sama ada sebagai PPS atau ditenggelami air akan mengambil masa untuk dipulihkan; dan
b) Keadaan guru-guru, ibu bapa dan murid yang menjadi mangsa banjir serta serba kekurangan perlu mengambil masa untuk pemulihan dan membuat persiapan persekolahan mereka.
Sekiranya keadaan banjir tersebut pulih, maka pihak pengurusan sekolah hendaklah menggunakan tempoh tersebut untuk mengadakan gotong royong pembersihan kawasan sekolah masing-masing bagi memastikan anak-anak kita dapat belajar dalam keadaan selamat, selesa dan sempurna.
Terima kasih.
Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin
Timbalan Perdana Menteri
Merangkap Menteri Pendidikan
29 Disember 2014
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 Disember 2014 @ 10:10 AM


JOHOR BAHRU 19 December 2014. Ibu bapa mengambil peluang baki cuti sekolah yang ada membuat persiapan membeli kelengkapan persekolahan anak-anak, di Angsana Mall, Johor Bahru. NSTP/Mohd Azren Jamaludin
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/19831#sthash.KDfFnuId.dpuf

Pengebom remaja paling tadah


Baghdad: Seorang remaja berusia 14 tahun yang memakai anak baju diikat bahan letupan menyerah diri kepada pihak berkuasa Iraq selepas berpaling tadah dari kumpulan Negara Islam (IS).


Akhbar New York Times melaporkan remaja berkenaan, Usaid Barho pergi ke sebuah masjid Syiah di Baiya, Baghdad untuk melancarkan serangan berani mati.
“Saya membuka jaket dipakai dan berkata ‘saya ada bom pada badan saya. Tetapi saya tidak mahu meletupkannya,” katanya.
Keadaan menjadi kelam-kabut apabila polis segera mengarahkan orang ramai keluar manakala seorang pegawai keselamatan berpakaian preman membantunya menanggalkan bom berkenaan.
Usaid berkata, dia direkrut IS di sebuah masjid di kampungnya di Manbij berhampiran Aleppo yang ditawan kumpulan militan itu.
“Mereka pandai memujuk kami untuk menyertai perjuangan mereka. Mereka meyakinkan saya bahawa pengikut Syiah kafir dan perlu dibunuh,” katanya.
Menurutnya, dia diberitahu orang Syiah akan merogol ibunya jika dia tidak berjuang. Dia kemudian dibawa ke Iraq untuk latihan namun selepas itu persepsinya terhadap IS berubah.
“Saya melihat banyak tindakan mereka bertentangan dengan Islam,” katanya.
Antaranya hukuman keras bagi mereka yang ditangkap merokok, selain pembunuhan orang tidak berdosa.
Katanya, pada akhir latihannya, dia dihantar ke Iraq dan diberi pilihan menjadi pejuang atau pengebom berani mati.
“Saya memilih menjadi pengebom berani mati kerana ia akan memudahkan saya melepaskan diri,” katanya.
Usaid berkata, sebelum peperangan melanda kampungnya di Syria, dia gemar bermain bola sepak selain meminati Jackie Chan. Dia turut bercita-cita menjadi doktor.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 Disember 2014 @ 5:13 AM




SEORANG polis Iraq membantu menanggalkan bahan letupan (kiri) daripada badan Usaid.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/19794#sthash.EDKXeKV3.dpuf

Rawatan alternatif: Membuka salur darah jantung


Dalam minggu ni admin menerima 2 berita akibat masalah jantung.
1. Sepupu admin meninggal kerana jantung Ahad lepas.
2. Jiran admin di masukkan ke hospital kerana masalah jantung tersumbat.
Cara rawatan di bawah telah diamalkan oleh sahabat admin dan ingin admin kongsikan bersama.
Rawatan alternatif: Membuka salur darah jantung - Rawatan alternatif: Membuka salur darah jantung tersumbat
Saya ingin berkongsi satu lagi cara rawatan alternatif untuk membuka atau meluaskan salur darah yang tersumbat di jantung. Oleh itu, sesiapa yang mempunyai masalah jantung tersumbat dan perlu menjalani angiografi atau bypass, bolehlah mencuba rawatan alternatif ini, semoga anda tidak perlu melalui pembedahan bypass tersebut.
Resepi ini diberikan oleh Vaid Sahab (doktor di Auyervedi) untuk dikongsi bersama.
Bahan diperlukan:
1 cawan jus lemon

1 cawan jus halia

1 cawan jus bawang putih

1 cawan cuka epal
Cara
Campurkan semua bahan di atas dan masak dengan api yang perlahan selama 1 jam (60 minit) atau sehingga bahan campuran ini tinggal 3 cawan. Sejukkan, kemudian campurkan dengan 3 cawan madu semulajadi, dan simpan dalam balang yang bersih.
Minum campuran ubat ini satu (1) sudu makan setiap hari. Amalkan sehingga 30 hari dan rasai perbezaannya. In sya Allah rawatan ini akan berhasil.
Testimoninya adalah seorang doktor iaitu jiran saya...DR SHAH RAZALI Srixon Code...Pengerusi Shah Groups... bila 2 saluran darahnya tersumbat dan akan dibuat bypass saya telah mencadangkannya agar mencuba perubatan ini...dan dia telah mengamalkannya minum sesudu 2 kali sehari... Alhamdulillah bila hendak dibuat bypass pemeriksaan keatasnya mendapati 2 saluran yang tersumbat telah terbuka...
Copy n paste.
Usaha dan tawakal. Insya Allah.

PUNCA SEBENAR BANTUAN LAMBAT SAMPAI TERSEBAR

http://yongsukakuning.blogspot.com/2014/12/punca-sebenar-bantuan-lambat-sampai.html

Berapa keping gambar aneh tersebar di media sosial.

Demikian gambar-gambar itu berbicara:

BANTUAN DISEKAT

BANTUAN PERLU LETAK GAMBAR PM DULU

Tetapi hakiktanya?

PENDUDUK KEBULURAN

Tidakkah itu satu kezaliman?

Firman Allah dalam ayat 8 surah Al-Maidah :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّـهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ ۖ وَلَا يَجْرِ‌مَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَىٰ أَلَّا تَعْدِلُوا ۚ اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَ‌بُ لِلتَّقْوَىٰ ۖ وَاتَّقُوا اللَّـهَ ۚ إِنَّ اللَّـهَ خَبِيرٌ‌ بِمَا تَعْمَلُونَ

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.

Juga Sabda Nabi Muhammad (SAW):

“Barangsiapa merampas hak seorang muslim dengan sumpahnya, maka Allah mewajibkan dia masuk neraka dan mengharamkan baginya syurga,” maka salah seorang bertanya,”Meskipun sedikit, wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab,”Ya, meskipun hanya setangkai kayu sugi (siwak).”[HR Muslim]

Wallahuaklam.

Mohon sesiapa yang hampir dengan tempat berkenaan, hubungi nombor telefon jika ingin memberi banuan.

Model Britain mahu menjadi anggota Parlimen


LONDON 28 Dis. – Seorang model Britain, Jodie Marsh menyuarakan hasrat untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang untuk menjadi anggota Parlimen.
Jodie Marsh
Marsh yang kini menjadi ahli bina badan berkata, dia akan menubuhkan parti politiknya sendiri bagi melayakkannya bertanding dalam pilihan raya.
“Terlalu banyak masalah yang perlu diubah ketika ini dan rakyat mendengar apa yang saya katakan,’’ katanya kepada akhbar The Sun.
Model itu berkata, manifestonya akan menekankan soal kesihatan dalam membina negara ini.
“Saya akan menggesa doktor menggunakan khidmat jurulatih berbanding memberikan ubat kepada pesakit,’’ katanya.
Dia berkata, polisi pendidikannya pula akan menekankan tentang pentingnya kanak-kanak menjaga haiwan peliharaan bagi mengajar mereka tentang tanggungjawab.
Marsh dilihat serius dalam berkempen kerana telah menukar imejnya sejak beberapa tahun ini dengan mengeluarkan beberapa siri dokumentari.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/model-britain-mahu-menjadi-anggota-parlimen-1.42071#sthash.QB5LudC3.dpuf

Anak lunas pinjaman rumah ibu


Joseph Riquelme (tengah) merakam detik ibu bapanya membaca surat
Joseph Riquelme (tengah) merakam detik ibu bapanya membaca surat daripada bank menyatakan pinjaman rumah ibu bapanya telahpun dilunaskannya sebagai hadiah Hari Krismas untuk ibu bapanya. – AGENSI
NEW YORK 28 Dis. – Video memaparkan ibu bapa kepada seorang lelaki menangis apabila membuka hadiah sempena Hari Krismas daripada anaknya berupa sepucuk surat yang menyatakan pinjaman rumah yang didiami ibu bapanya telahpun dilangsaikan, dan video itu tersebar meluas di Internet.
Laman web UPI melaporkan lelaki tersebut yang dikenal pasti sebagai seorang pereka aplikasi Videoshop, Joseph Riquelme merakam detik dia menyerahkan sepucuk surat berupa hadiah Hari Krismas kepada ibu bapanya.
Surat tersebut merupakan surat daripada bank yang memaklumkan bahawa pinjaman rumah yang dibuat oleh pasangan suami isteri itu telah dilunaskan.
Ibu Riquelme kelihatan menangis ketika membaca surat tersebut dan dia kemudian menyerahkan surat itu untuk dibaca oleh suaminya.
Air mata bapa pereka aplikasi tersebut turut kelihatan mengalir selepas membaca surat berkenaan.
Video tersebut bertajuk Merry Christmas ditonton lebih 240,000 kali pada hari pertama ia dimuat naik di YouTube.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/anak-lunas-pinjaman-rumah-ibu-1.42069#sthash.rW2s58ff.dpuf