Thursday, May 6, 2010

Mana janjimu?

Nelayan tagih 3 janji 
YAN - Sudah jatuh ditimpa tangga. Itulah nasib dialami kira-kira 100 nelayan Kampung Singkir Laut, di sini apabila tiga janji utama pihak berkuasa tempatan (PBT) dan agensi kerajaan untuk memberikan kemudahan kepada mereka tidak ditunaikan sejak lima tahun lalu.

Tiga janji utama PBT terbabit seperti Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kedah serta Jawatankuasa Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Singkir Laut yang memberi jaminan akan membina satu kompleks nelayan di kuala sungai, mendalamkan dan melebarkan kuala sungai untuk memudahkan laluan bot dan meluluskan permohonan lesen bot untuk kira-kira 30 nelayan, hanya tinggal janji semata-mata kerana sehingga ke hari ini, nelayan masih tidak menerima apa-apa.

Pengerusi Persatuan Nelayan Kampung Singkir Laut, Ibrahim Budi berkata, sudahlah tiga janji utama yang ditaburkan pihak terlibat tidak ditunaikan, pembinaan jeti pendaratan ikan sepanjang 250 meter di kuala sungai yang siap pada tahun 2007 bagai ‘melepaskan batuk di tangga’ juga amat mengecewakan apabila kedudukan jeti dengan kuala sungai amat jauh.

Menurutnya, demi tidak mempersiakan pembinaan jeti itu, persatuan nelayan terpaksa mengambil inisiatif sendiri untuk membina titi penyambung menggunakan kayu terbuang dari jeti ke kuala sungai sejauh 50 meter bagi membolehkan urusan pendaratan ikan dapat dilakukan.

“Tujuan persatuan mengadakan demonstrasi hari ini (semalam) untuk menyuarakan rasa tidak puas hati dengan beberapa pihak seperti LKIM, JPS dan wakil JKKKP yang mengendalikan urusan permohonan kami kerana semua janji yang ditaburkan mereka kepada kami tidak dipenuhi, walaupun kami setia menunggu sejak lima tahun dahulu.

“Kami juga seperti dianaktirikan pihak terlibat kerana tidak mempedulikan kebajikan kami, walhal sebahagian besar penduduk kampung ini terdiri daripada nelayan dan sekiranya tiada kemudahan disediakan, bagaimana kami hendak meningkatkan hasil tangkapan dan pendapatan kami?” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Ibrahim turut menegaskan permohonan nelayan untuk mendapatkan kompleks nelayan sudah dikemukakan kepada LKIM melalui Pengerusi JKKKP, Mashitah Abd Samad sejak lima tahun dahulu dan sebanyak tiga kali permohonan dibuat bagi membolehkan ianya diluluskan.

Bagaimanapun, beliau difahamkan oleh seorang pegawai LKIM bahawa peruntukan pembinaan kompleks nelayan yang sepatutnya dilaksanakan tahun ini terpaksa disalurkan ke tempat lain dan ianya terpaksa ditangguhkan sementara menunggu peruntukan baru tiba.

“Nelayan turut kecewa kerja-kerja pelebaran dan mendalamkan kuala bagi memudahkan kami menyimpan bot tidak dilaksanakan, sedangkan ianya sepatutnya dibuat bersama dengan kerja-kerja membina penahan ombak berdasarkan surat pekeliling dari JPS Kedah.

“Disebabkan kerja pelebaran dan pedalaman kuala tidak dilakukan, pembinaan jeti pendaratan ikan dibuat seperti melepaskan batuk di tangga dan tidak strategik kerana kami difahamkan kontraktor asal membina jeti mengikut pelan JPS, dan tidak langsung merujuk kepada kami,” katanya.

Berkenaan tuntutan janji ketiga, Ibrahim memohon agar LKIM menyegerakan permohonan kelulusan lesen bot untuk kira-kira 40 nelayan Kampung Singkir Laut bagi membolehkan mereka menikmati pelbagai kemudahan seperti penerimaan subsidi diesel, bantuan sara hidup dan elaun berkaitan.

Menurutnya, kesemua nelayan terlibat sudah menghantar permohonan itu sejak tahun 2006, namun sehingga ke hari ini masih tidak menerima maklum balas daripada LKIM berkenaan permohonan itu.

“Bila nelayan bertanyakan alasan permohonan mereka masih tidak diluluskan, pegawai terlibat menjawab LKIM masih belum selesai menguruskan permohonan pada tahun-tahun sebelumnya, sedangkan bilangan nelayan di negeri Kedah bukan banyak sangat.

“Takkan permohonan kelulusan lesen bot untuk 20 bot nelayan kampung ini mengambil masa bertahun-tahun untuk diluluskan? Inikah moto 1Malaysia ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ yang diamalkan oleh agensi kerajaan selama ini,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi JKKKP Kampung Singkir Laut, Mashitah Abd Samad ketika ditemui Sinar Harian menegaskan, pihaknya masih menunggu jawapan hitam putih daripada LKIM berkenaan permohonan nelayan untuk mendapatkan satu kompleks nelayan kerana sehingga kini, beliau hanya menerima jawapan lisan pegawai agensi mendakwa peruntukan sudah ada.

Mashitah turut mengemukakan bukti menunjukkan beliau sudah memanjangkan permohonan nelayan kepada LKIM buat kali kedua pada 29 September tahun lalu di samping mendedahkan kerap menghubungi pegawai LKIM untuk mengetahui status permohonan yang diuruskannya.

“Pada 2 Mei lalu, saya ada bertanyakan lagi status permohonan dengan pegawai LKIM dan saya difahamkan ianya diluluskan LKIM dan peruntukan sudah tersedia, bagaimanapun butiran peruntukan itu masih tidak didedahkan.

“Justeru, JKKKP kini menunggu keputusan lanjut daripada pengurusan LKIM bagi tujuan itu dan saya memohon agar nelayan terlibat bersabar seketika,” katanya.

Mashitah turut kesal dengan sikap kontraktor yang membina jeti pendaratan ikan tanpa merujuk pihaknya terlebih dahulu, sehingga kelihatan janggal kerana terletak jauh dari kuala sungai.

Mengenai permohonan kira-kira 40 nelayan Kampung Singkir Laut untuk mendapatkan lesen bot, beliau menggesa mereka mendaftarkan satu persatuan nelayan dengan Pertubuhan Pendaftar (ROS) atau menyertai persatuan nelayan di peringkat daerah dan negeri bagi memudahkan urusan permohonan lesen.

“Masalah utama nelayan di kampung ini adalah disebabkan mereka tidak menubuhkan persatuan nelayan secara sah dan kesemua permohonan dikemukakan atas kapasiti sebagai individu.

“Inilah yang menyukarkan pihak terlibat memenuhi permohonan mereka kerana bimbang kemudahan diberikan disalah guna atau diberikan pada pihak yang salah,” katanya.

Semalam, kira-kira 50 nelayan Kampung Singkir Laut di sini mengadakan demonstrasi aman bagi menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap beberapa PBT yang tidak memenuhi tiga janji utama terhadap nelayan sejak lima tahun dahulu.

Azhar Ibrahim bakal hadapi tindakan

PULAU PINANG: Ketua pembangkang Datuk Azhar Ibrahim akan dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang kerana didakwa melanggar peraturan dewan apabila menyebut perkataan yang disifatkan sebagai berunsur hasutan.
Usul untuk merujukkan Azhar (BN-Penaga) ke jawatankuasa itu dicadangkan oleh Jagdeep Singh (DAP-Datok Kramat) dan disokong oleh lebih 10 anggota penyokong kerajaan.

Jagdeep Singh semasa mengemukakan usul itu berkata ketua pembangkang itu melanggar peraturan 46 DUN yang melarang mana-mana anggota DUN menyebut perkataan yang berunsur hasutan dan memberontak serta bermusuhan antara kaum.

Speaker DUN Datuk Abdul Halim Hussain yang meluluskan usul itu berkata, notis usul mengenai tindakan itu akan dihantar kepada Azhar.

Sementara itu, Azhar ketika ditemui pemberita berkata beliau bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan dan tidak khuatir terhadap sebarang tindakan yang bakal dikenakan.
"Saya bercakap seperti itu setelah Umno dan BN dihina dan dituduh sebagai rasuah, samseng dan sebagainya dan saya sanggup berhadapan dengan sesiapa pun walaupun dibawa ke mahkamah," katanya. - Bernama

pakai baju besi untuk pertahan diri


'Saya perlu pertahan diri'



KOTA BHARU 5 Mei - Penulis blog, Syed Azidi Syed Abdul Aziz berkata, beliau terpaksa membuat kenyataan kepada media dan melalui blognya bagi mempertahankan diri selepas 'diserang' pelbagai pihak ekoran pendedahannya mengenai peruntukan sebanyak RM4 juta untuk melemahkan kepimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Beliau percaya kenyataan itu tidak mengganggu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana maklumat yang didedahkannya sememangnya diketahui umum.
"Semua perkara yang saya beritahu kepada media telah diketahui oleh semua pihak dan tidak ada lagi unsur kejutan. Lagi pun saya bukannya sumber utama.
"Saya perlu pertahankan diri saya dan tidak perlu diskriminasi kerana banyak pihak menyerang saya daripada pelbagai sudut selepas ia mendapat liputan meluas daripada media," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas sama ada akan terus membuat pendedahan atau pun akan berdiam diri selepas ini.
Akhbar hari ini melaporkan SPRM meminta Syed Azidi supaya menghentikan pendedahan beliau kepada umum dan media mengenai peruntukan RM4 juta yang didakwa diterimanya untuk memburukkan imej pucuk pimpinan Kerajaan Pusat.
Pengarah Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mustafar Ali dilaporkan berkata, tindakan mendedahkan secara keterlaluan termasuk dalam tulisan yang dimuatkan dalam mana-mana laman blog, boleh mengganggu siasatan pihaknya.
Semalam bekas Pegawai Perhubungan Awam Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) itu turut membidas kepimpinan Pas Pusat yang dianggapnya berbohong jika mereka mendakwa tidak mengetahui tentang kewujudan Global Media Channel Sdn. Bhd. (GMC) yang menjadi jentera untuk Pas memburukkan pentadbiran Kerajaan Pusat.
Beliau mendakwa, penafian Pas mengenai kewujudan GMC adalah semata-mata untuk melindungi lima individu yang menjadi penyumbang dana sebanyak RM4 juta bagi menjalankan operasi gerak saraf itu.

Demi sultan





KOTA BHARU 5 Mei – Segala pergerakan Sultan Kelantan perlu mendapat perkenan Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra terlebih dahulu bagi memastikan keselamatan dan kesihatan baginda terkawal dan terjamin.
Arahan itu dikeluarkan sejajar dengan sikap Tengku Muhammad Faris yang amat menyayangi dan begitu prihatin terhadap keadaan ayahandanya, Tuanku Ismail Petra yang masih dalam keadaan gering.
Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad berkata, titah arahan baginda telah dikeluarkan kepada Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi untuk mengambil langkah-langkah melaksanakannya.
Beliau menyatakan demikian dalam satu kenyataan kepada media di pejabatnya bagi menyampaikan titah Pemangku Raja sebagai makluman kepada rakyat mengenai pergerakan Sultan Kelantan dan keadaan baginda sekarang.
“Berdasarkan titah-titah arahan tersebut, bermula semalam, pihak polis telah mempertingkatkan kawalan dan ini juga ekoran rentetan beberapa peristiwa yang memerlukan langkah berhati-hati diambil,” ujar beliau.
Beliau antara lain merujuk mengenai insiden pengawal keselamatan keluarga Diraja, Ramli Mohamad,50, yang cedera parah ditembak minggu lalu oleh penyerang tidak dikenali.
Semalam sultan Kelantan yang cuba dibawa keluar ke Singapura untuk menjalani pemeriksaan lanjut di Hospital Mount Elizabeth menggunakan pesawat sewa khas dan pesawat komersial dilaporkan telah dihalang oleh pihak berkuasa.
Semasa dibawa keluar perkarangan Istana Mahkota lewat petang semalam, kenderaan yang dinaiki baginda diiringi ke HUSM bagi membolehkan pakar-pakar merawat dan meneliti keadaan baginda.
Menurut Abdul Halim, Tuanku Ismail Petra telah dibawa ke HUSM dengan iringan ketat polis dan ditempatkan di wad diraja.
“Ini supaya doktor pakar dapat memeriksa dan memberi pandangan kepada Pemangku Raja Kelantan dan kerajaan negeri untuk rawatan serta tindakan lanjut.
“Sebelum ini pihak-pihak tertentu telah menghalang doktor-doktor pakar daripada membuat rawatan susulan dan terapi untuk pemulihan baginda.
“Pihak polis juga telah diarahkan untuk membuat kawalan keselamatan yang sepatutnya sesuai dengan keadaan semasa mengikut undang-undang dan perlembagaan,” ujarnya.
Ditanya sama ada baginda akan dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur dengan kemudahan yang terdapat di situ seperti yang disyorkan oleh pakar-pakar perubatan sebelum ini, beliau bagaimana enggan mengesahkan.
“Yang Maha Mulia Pemangku Raja amat prihatin dan amat menyayangi Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al-Sultan dan akan berusaha membuat yang terbaik bagi kebahagiaan dan kesejahteraan ayahandanya yang masih gering, malah makan masih diambil menggunakan tiub.
“Saya berharap agar orang ramai tidak mendengar khabar-khabar angin dan mengikuti blog tetapi bersandarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Sultan Kelantan atau pihak yang bertanggungjawab.
“Kita perlu faham bahawa apa yang berlaku adalah urusan keluarga Diraja Kelantan dan segala-galanya adalah takdir Allah dan kita terima seada-adanya, Kita hanya merancang, Allah yang menentukan segalanya,” ujar beliau.

pencuripun nak melawak dengan polis


Kereta Perdana V6 Ketua Polis Selangor pun dicuri


06/05/2010 4:31pm


SHAH ALAM 6 Mei – Kenderaan rasmi Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar hilang dipercayai dicuri ketika diletakkan di tempat letak kereta berhadapan sebuah restoran di Jalan Tengku Ampuan Zabedah 9/H, Seksyen 9 di sini hari ini.
Kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 8.15 pagi, ketika anggota polis yang bertugas memandu kereta jenis Perdana V6 berwarna hitam itu sedang bersarapan di restoran tersebut.
Khalid pula tiada di tempat kejadian ketika kecurian berlaku kerana berada di Singapura atas urusan kerja. – Utusan

nikahpun kena denda


Nikah di Songkhla: Rita Rudaini, Aidil Zafuan didenda RM500

06/05/2010 6:31pm

KUALA LUMPUR 6 Mei – Pelakon, Rita Rudaini dan suaminya, pemain bola sepak kebangsaan, Mohamad Aidil Zafuan Abd. Radzak masing-masing didenda RM500 atau penjara 15 hari kerana bernikah di Songkhla, Thailand tanpa kebenaran mahkamah, tahun lalu.
Mahkamah Rendah Syariah di sini menjatuhkan hukuman tersebut hari ini selepas Rita, 34, dan Mohd. Aidil Zafuan, 23, mengaku melakukan kesalahan tersebut kira-kira pukul 9.30 malam, 25 Februari tahun lalu. – Utusan

UMNO sudah tua rumah kata pergi kubur kata mari


UMNO sambut ulang tahun ke-64 di PWTC Selasa ini

06/05/2010 6:55pm

KUALA LUMPUR 6 Mei – Selasa ini genap 64 tahun usia UMNO sebagai sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara.
Bagi mengingati hari bersejarah itu, tunjang parti pemerintah itu akan mengadakan sambutan untuk meraikan Hari UMNO di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Pegawai Unit Hubungan Media UMNO, Mohd. Faizal Mohd. Salleh berkata, seperti lazimnya, majlis itu akan bermula dengan solat maghrib berjemaah diikuti bacaan Yassin, tahlil serta doa kesyukuran sebelum solat isyak di Dewan Tun Razak 4, PWTC.
Ia akan disusuli dengan ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden parti, dan majlis penyampaian Anugerah Tokoh Melayu Terbilang.
Mohd. Faizal berkata, orang ramai khususnya para anggota UMNO dijemput untuk bersama-sama meraikan majlis bersejarah itu. – Utusan

Kerajaan UMNO guna pelbagai alasan untuk beri lesen judi.Haram tetap haram.


Kerajaan timbang beri lesen pertaruhan untuk Piala Dunia

06/05/2010 6:39pm

KUALA LUMPUR 6 Mei – Kerajaan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulan depan bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussein berkata, jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.
"Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini (mengeluarkan lesen membenarkan pertaruhan) baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak (jumlah wang daripada pertaruhan haram).
"Kerajaan sedang mengkaji perkara ini dan akan memutuskannya jika mahu membenarkan pertaruhan memandangkan kejohanan Piala Dunia ini semakin hampir,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.
Awang Adek berkata, jika lesen itu dikeluarkan, kerajaan dapat mengawal aktiviti perjudian, selain hasilnya boleh digunakan terutama untuk pembangunan bidang sukan di negara ini.
Awang Adek mengakui sudah ada pihak yang membuat permohonan untuk mendapatkan lesen itu, tetapi beliau enggan mendedahkan lebih lanjut maklumat itu sehingga kerajaan membuat keputusan mengenainya. – Bernama

lagi buang bayi


Mayat bayi cukup sifat ditemui terapung dalam Sungai Klang

06/05/2010 8:10pm

KUALA LUMPUR 6 Mei – Mayat seorang bayi lelaki yang cukup sifat dan masih bertali pusat ditemui terapung dalam Sungai Klang berhampiran Kampung Sungai Lancung, Subang, dekat sini hari ini.
Mayat bayi malang itu ditemui oleh seorang pemancing warga Indonesia kira-kira 12 tengah hari tadi dengan terdapat kesan lebam di kepala dan dipercayai baru dilahirkan dalam tempoh 24 jam lalu.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Zainal Rashid Abu Bakar berkata, pemancing itu Omar Hussein, 32, menemui mayat bayi tersebut yang dalam keadaan bogel ketika sedang memancing berdekatan sungai itu.
"Apabila menyedari benda terapung dalam sungai itu adalah bayi, lelaki itu bertindak mengangkat dan meletakkan bayi terbabit di tepi sungai sebelum menghubungi polis,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Beliau berkata, kesan lebam di kepala bayi itu dipercayai berpunca akibat dibawa arus deras.
Zainal Rashid berkata, identiti bayi itu belum dapat dikenal pasti kerana pihaknya tidak menemui sebarang petunjuk dalam sungai terbabit yang boleh mengaitkannya dengan individu tertentu. – Bernama

Menjalankan Pemerintahan Mengenai Urusan Umat Islam



Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
“Sesiapa yang menjalankan pemerintahan mengenai urusan umat Islam tanpa menghiraukan kemiskinan,keperluan,kefakiran dan hajat mereka, nescaya Allah akan membiarkannya pada hari kiamat tanpa menghiraukan kemiskinannya, keperluannya, hajatnya dan kefakirannya.”
 
Riwayat Abu Daud

Nik Aziz enggan ulas isu Istana Kelantan



Oleh Norliza Wasilan
norlizawasilan@bharian.com.my
2010/05/06

MB turut membisu dakwaan RM4j diagih Kickdefella 

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, mengambil pendirian untuk mendiamkan diri daripada memberi sebarang ulasan berhubung perkembangan terkini Istana Kelantan dan Operasi Gerak Saraf bagi melemahkan imej kepemimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Pendirian Nik Aziz itu disampaikan Setiausaha Akhbarnya, Ahmad Fadhli Shaari, kepada wakil media yang menunggu, ketika beliau mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri, semalam.
“Buat masa ini, Tok Guru (Nik Aziz) tidak bercadang untuk mengulas apa-apa pun, termasuk mengenai keadaan Tuanku (Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra). 

“Mengenai isu (dakwaan peruntukan) RM4 juta seperti didakwa Kickdefella pun beliau tidak (berhasrat untuk) jawab,” katanya kepada wakil media yang menunggu di Kota Darul Naim, semalam. 

Tuanku Ismail Petra kini dalam rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian. Baginda berada dalam rawatan di situ sejak malam kelmarin dengan diiringi sepasukan anggota polis ke situ, yang memintas kenderaan dinaikinya sejurus keluar dari Istana Mahkota, kira-kira jam 7.15 malam. 

Ketika kejadian, Tuanku Ismail Petra bersama Raja Perempuan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid bersama anakanda ketiganya, Tengku Muhammad Fakhry, dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Pengkalan Chepa, untuk mengambil penerbangan awam ke Kuala Lumpur sebelum ke Singapura bagi meneruskan rawatan susulan. 
Blog Kickdefella kendalian Syed Azidi Syed Abdul Aziz sebelum ini mendakwa diberikan peruntukan RM4 juta bagi menggerakkan OGS menerusi firma Global Media Channel (GMC) bagi melemahkan imej Abdullah dalam usaha memudahkan Pas mempertahankan Kelantan menjelang Pilihan Raya Umum 2008. 

Syed Azidi turut menamakan seorang Exco Pas Kelantan, ahli majlis Majlis Perbandaran Kota Bharu, pengarang kanan sebuah akhbar propembangkang, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kelantan dan seorang pemimpin Dewan Pemuda Pas Kelantan sebagai pembiaya peruntukan itu. 

Sementara itu, Exco Kerajaan Negeri, Datuk Husam Musa, ketika ditemui di pejabatnya semalam, berkata beliau tidak perlu membuat sebarang kenyataan bagi mengulas isu itu kerana namanya tidak pernah disiarkan dalam mana-mana artikel atau akhbar. 

“Tak perlu mengulas mengenai isu RM4 juta kerana nama saya secara rasmi tidak pernah dikaitkan dengan mana-mana (laporan) media, (selain itu,) kerajaan (negeri) tidak terbabit, (jadi) buat apa nak jawab, sedangkan nama lima dalang itu tidak disebut. Kalau tuan (media) nak minta komen, biarlah akhbar sebut dulu nama saya terlebih dulu,” katanya.

Pelajar Tingkatan Empat Lahir Bayi Dalam Tandas Klinik



KUALA TERENGGANU, 5 Mei (Bernama) -- Seorang pelajar Tingkatan Empat melahirkan bayi dalam tandas di Pusat Kesihatan Jerangau, Felda Jerangau, Dungun dekat sini, Rabu.

Difahamkan pelajar itu ke klinik berkenaan pada pukul 11 pagi dengan ditemani jirannya setelah mengadu sakit perut dan sebaik tiba di klinik, remaja terbabit dilaporkan ke tandas dan bersalin di dalam tandas terbabit.

Kejadian yang menggemparkan pesakit di klinik itu disedari oleh orang ramai yang lalu berhampiran tandas terbabit apabila ternampak air bersama darah mengalir keluar daripada tandas berkenaan.

Mereka yang bertindak membuka tandas menemui pelajar berkenaan berlumuran darah dalam keadaan lemah bersama seorang bayi.

Pelajar yang bersekolah di sebuah sekolah menengah di sekitar Dungun itu kemudian dihantar ke Hospital Hulu Terengganu untuk mendapatkan rawatan bersama bayinya.

Pemangku Ketua Polis Dungun ASP Alias Abu Bakar ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

-- BERNAMA

Pergerakan sultan dikawal





ABDUL HALIM menunjukkan kenyataan media yang mengandungi titah Tengku Muhammmad Faris pada sidang media di Kota Bharu semalam.



KOTA BHARU - Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra mengeluarkan titah kepada Ketua Polis Kelantan supaya segala pergerakan Sultan Kelantan perlu mendapat perkenan baginda.
Serentak itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi dititah supaya memastikan pasukan polis memberi perhatian serius terhadap keselamatan ayahanda baginda, Tuanku Ismail Petra.
Semua langkah itu diambil adalah bagi menjaga keselamatan dan kesihatan Sultan Kelantan.
Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad berkata, berikutan titah itu, polis telah mempertingkatkan kawalan terutama di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di sini bermula kelmarin.

Kesihatan Sultan terjejas - Tengku Anis

KOTA BHARU - Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid mendakwa kesihatan Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra terjejas selepas dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian sejak kelmarin.
Baginda berkata, Tuanku Ismail didapati tidak cukup tidur dan rehat selepas dipaksa tinggal di hospital itu.
Katanya, suasana di dalam Wad Diraja di HUSM juga tidak selesa berbanding ketika baginda tinggal di Istana Mahkota.
"Keadaan tersebut menyebabkan darah Tuanku Ismail naik dan kesihatan baginda dibimbangi akan terjejas lebih teruk," kata Tengku Anis ketika dihubungi di sini semalam.

Bunuh dan makan orang


2 lelaki dihukum penjara makan gadis

06/05/2010 3:15am

SAINT PETERSBURG 6 Mei – Mahkamah Rusia semalam menjatuhkan hukuman penjara dengan kawalan maksimum ke atas dua lelaki yang didapati membunuh dan memakan seorang gadis berumur 16 tahun pada Januari lalu.
Menurut Mahkamah Bandar St. Petersburg, seorang lelaki berusia 21 tahun yang merupakan peminat muzik rock Goth dijatuhkan hukuman 19 tahun tahun penjara dengan kawalan maksimum.
Sementara itu, rakan subahatnya yang berumur 20 tahun dijatuhkan hukuman penjara 18 tahun juga dengan kawalan maksimum.
Menurut mahkamah itu, kedua-dua lelaki itu telah menggoda mangsa untuk datang ke apartmen mereka, di mana mangsa telah dilemaskan di dalam tab mandi sebelum anggota badannya dimasak di dalam ketuhar. – AP