Monday, August 31, 2015

Penyokong Bersih Hilang Ketika Sertai Perhimpunan


Diterbitkan: Isnin, 31 Ogos 2015 2:13 PM
Fahri Ibrahim hilang ketika menyertai perhimpunan Bersih.

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berusia 50 tahun dipercayai hilang di kawasan Masjid India ketika menghadiri perhimpunan Bersih 4.
Ahli PKR Perlis, Fahri Ibrahim kali pertama berkunjung ke ibu negara dan menyertai perhimpunan itu pada petang Sabtu bersama sekumpulan 30 rakannya dari negeri berkenaan.
Rakannya, Mohd Sharun Radzi Salehuddin berkata, dia dan Fahri sedang berehat di Lorong Masjid India selepas solat pada pukul 7 malam apabila Fahri memaklumkan mahu ke tandas.
"Lama kami tunggu dan apabila masuk ke tandas, kami dapati dia tiada di situ.
"Setakat ini, kami masih tidak tahu di mana dia berada," kata Mohd Sharun.
Menurut Mohd Sharun lagi, sebelum itu Fahri kehilangan telefon bimbitnya ketika menyertai perhimpunan hingga menyebabkan mereka sukar menghubunginya.
Fahri yang berambut pendek memakai kemeja T dengan lambang harimau dan seluar sukan hitam.
"Fahri tidak tahu membaca dan ini perhimpunan pertama yang disertainya. Dia juga mengadu penat.
"Kami mencarinya hingga tengah malam sebelum menaiki bas untuk pulang ke Perlis.
"Ada juga ahli kumpulan kami yang tunggu hingga 5 pagi untuk mencarinya tetapi masih gagal," kata Mohd Sharun.
Bagaimanapun, laporan polis berhubung kehilangan Fahri belum dibuat setakat ini.
Bersih 2.0 juga mengeluarkan hebahan mengenai Fahri dan sesiapa yang melihatnya boleh menghubungi Mohd Sharun 019-7297911 atau Azam 012-7609262.

Dedah Sumber Dana, Kata Melanyi Kepada Pengasas Sarawak Report


Diterbitkan: Isnin, 31 Ogos 2015 5:41 PM
Lester Melanyi

PETALING JAYA: Individu yang mendakwa dirinya bekas kakitangan Sarawak Report menggesa pengasas laman web itu mendedahkan sumber dana operasinya.
"Hujung minggu ini, bekas bos saya Clare Rewcastle-Brown ditemuramah media asing mengenai Malaysia. Ada yang menganggap ia sesuatu yang pelik apabila wanita British asyik bercakap mengenai Malaysia, tetapi saya tidak terkejut," kata Lester Melanyi menerusi kenyataan pada Isnin.
Melanyi mendakwa pengasas Sarawak Report dan pengarangnya itu menerima dana daripada "individu berkuasa di Malaysia".
"Jika Clare begitu percayakan ketelusan, dia perlu sediakan akaun Sarawak Report dan tunjukkan dari mana dana yang diperolehinya. Tetapi dia tidak boleh lakukannya kerana jika dia lakukan, kita akan tahu siapa bos dia yang sebenar.
"Dokumen dipalsukan untuk mendapatkan wang. Ia sesuatu yang menjijikkan dan apa yang lebih menjijikkan adalah mereka yang mendapatkan warga asing untuk melakukan kerja kotor mereka," katanya.
Melanyi, bekas wartawan kanan Sarawak Tribune mendakwa pernah berkhidmat untuk Sarawak Report.
Beliau mendakwa pemimpin pembangkang bekerjasama dengan laman web itu untuk mendedahkan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Melanyi mendakwa hampir 90 peratus intipati artikel Sarawak Report mengenai 1MDB telah diubah.
Beliau juga mendakwa telah menemui warga Switzerland, Xavier Andre Justo, bekas eksekutif PetroSaudi International yang dikatakan menyerahkan lebih 10 peratus dokumen berkaitan 1MDB kepada Rewcastle-Brown.

11 Ditahan Sertai Perhimpunan Bersih Di Sungai Petani


Diterbitkan: Isnin, 31 Ogos 2015 2:25 PM
Sebahagian peserta perhimpunan Bersih di Sungai Petani, hujung minggu lalu.

SUNGAI PETANI: Polis menahan 11 individu memakai baju Bersih 4 pada perhimpunan haram itu di Dataran Zero Kilometer, di sini, Ahad malam.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa berkata, kesemua individu yang ditahan itu terdiri daripada 10 lelaki dan seorang wanita, masing-masing berusia lingkungan 17 hingga 48 tahun.
"Mereka ditahan di sekitar kawasan dataran, enam daripada mereka ditahan pada pukul 9.15 malam, manakala selebihnya ditahan pada pukul 9.30 malam," katanya kepada Bernama, Isnin.
Katanya, kesemua mereka ditahan mengikut Seksyen 8(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan telah dibawa ke balai sebelum dilepaskan dengan jaminan polis.
Menurutnya polis akan menyerahkan kertas siasatan kepada pihak pendakwa raya untuk tindakan selanjutnya.-- Bernama

Letupan Mercun: Empat Lagi Lelaki Ditahan


Diterbitkan: Isnin, 31 Ogos 2015 1:30 PM

KUALA LUMPUR: Polis menahan empat lagi individu berhubung insiden letupan dipercayai berpunca daripada mercun ketika peserta perhimpunan Bersih 4 sedang bersurai di sekitar Dataran Merdeka, awal pagi Isnin.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajudin Md Isa berkata, tangkapan itu menjadikan jumlah tangkapan sehingga ini seramai lima orang.
"Keempat-empat mereka ditahan dalam dua kejadian berasingan di sekitar Dataran Merdeka.
"Dalam senario pertama seorang lelaki didapati membakar dan membaling mercun ke arah peserta, manakala senario kedua, dua lelaki didapati membakar mercun dan ketika ditahan datang seorang lagi lelaki cuba menghalang polis daripada menahan kedua-dua lelaki itu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Isnin.
Katanya, tiga daripada empat lelaki yang ditahan awal pagi tadi disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 dan dan seorang lagi mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah.
Tajudin dalam kenyataan media semalam berkata seorang lelaki berusia 21 tahun ditahan di Dataran Merdeka semalam kerana berkelakuan lucah dan gagal menunjukkan kad pengenalan.
Perhimpunan Bersih selama dua hari yang diisytiharkan haram oleh polis dianjurkan oleh kumpulan reformasi pilihan raya Bersih 2.0 yang antara lain menuntut pilihan raya yang bersih dan adil serta sebuah kerajaan yang bersih.-- Bernama

Polis Nafi Tahan Maria Chin


Diterbitkan: Isnin, 31 Ogos 2015 8:42 AM
Maria Chin Abdullah

KUALA LUMPUR: Polis menyangkal dakwaan ketua Bersih 2.0 yang  juga aktivis, Maria Chin Abdullah ditahan selepas perhimpunan Bersih 4 tamat.
Sebuah portal berita mendakwa pemimpin Bersih itu ditahan pada pukul 12.40 pagi Isnin untuk membantu siasatan.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tanjuddin Md Isa menyifatkan laporan itu sebagai tidak bertanggungjawab dan tidak berasas.
"Kami tidak menahan Maria. Saya tidak tahu dari mana mereka mendapat maklumat itu," katanya.
Tajuddin juga menggesa semua pihak supaya tidak menyebarkan laporan yang tidak disahkan bagi mengelak sebarang provokasi.

Empat Cedera Akibat Mercun, Seorang Lelaki Ditahan


Diterbitkan: Isnin, 31 Ogos 2015 8:28 AM
Lelaki yang melempar mercun itu ditahan polis kerana mencetuskan kececohan dan mencederakan empat orang.

KUALA LUMPUR: Kekecohan tercetus berdekatan Dataran Merdeka apabila seorang lelaki melemparkan mercun ke arah peserta Bersih 4 mengakibatkan empat tercedera.
Seorang saksi berkata, lelaki berkenaan yang memakai kemeja T hitam itu melemparkan mercun ke arah kawasan letak kenderaan di situ.
Beliau berkata, cubaan lelaki itu seterusnya bagaimanapun dapat dihentikan peserta demonstrasi itu.
"Sebaik dikenal pasti sebagai individu yang bertanggungjawab melakukannya, lelaki itu dihalang peserta perhimpunan itu," katanya.
Beliau menambah, polis yang tiba di kawasan itu meredakan keadaan, selain diberi rawatan kerana cedera ringan selepas terbabit dalam pergelutan dengan peserta Bersih 4.
"Pasukan perubatan merawat lelaki itu sebelum dia ditahan," katanya.
Empat peserta perhimpunan yang cedera turut mendapat rawatan serta merta.
Seorang pegawai perubatan yang dikenali sebagai Yap berkata, bagaimanapun kecederaan yang dialami tidak serius.
Selepas nyanyian Negaraku berkumandang, kedengaran satu lagi letupan tetapi keadaan terkawal apabila peserta perhimpunan itu mula bersurai.

Polis Pulau Pinang Kenal Pasti Anggota Perhimpunan Haram


Diterbitkan: Ahad, 30 Ogos 2015 7:41 PM
Peserta perhimpunan Bersih di Butterworth, Pulau Pinang. Foto: The Star/ASRI ABDUL GHANI

BUKIT MERTAJAM: Polis sedang mengenal pasti kumpulan lebih kurang 150 orang berpakaian warna kuning yang membawa sepanduk Bersih 4 kerana membuat perhimpunan tanpa permit.

Mereka yang mula bergerak seawal 8.30 pagi dari Pasar awam Kampung Baru ke beberapa kawasan tumpuan orang ramai termasuk Pasar Awam Sri Rambai, pusat membeli-belah Sunway, Autocity dan persimpangan Bukit Minyak.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Rusli Mohd Noor yang mengesahkan himpunan tersebut berkata polis sedang memantau pergerakan mereka dan setakat ini masih belum ada sebarang tangkapan.

"Mereka ini telah berhimpun tanpa permit dan hasil pemantauan anggota kami mendapati mereka telah bersurai 4 petang tadi.

"Kami sedang kenal pasti dan tidak menolak kemungkinan akan membuka siasatan terhadap mereka," katanya kepada Bernama ketika dihubungi pada Ahad.

Nur Jazlan Bingung Kenapa Bersih Diadakan Di KL


Diterbitkan: Isnin, 31 Ogos 2015 4:43 PM
Nur Jazlan Mohamed

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed mengecam kerajaan Selangor dan Pulau Pinang kerana tidak menawarkan lokasi di negeri masing-masing untuk mengadakan perhimpunan Bersih.
Menerusi kenyataan pada Isnin, beliau berkata, jika mereka ikhlas memperjuangkan kebebasan bersuara, kerajaan pembangkang sepatutnya menawarkan lokasi untuk penganjur mengadakan protes.
Menurut Ahli Parlimen Pulai itu, sejak Akta Perhimpunan Aman (PAA) diluluskan pada 2012, kerajaan Selangor dan Pulau Pinang tidak menawarkan lokasi khas untuk perhimpunan seperti mana yang termaktub dalam akta itu.
"Ahli politik pembangkang termasuk penganjur Bersih menggunakan Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan yang menyebut bahawa setiap rakyat berhak mengadakan perhimpunan secara aman dan tanpa senjata.
"Bagaimana pula dengan Perkara 10(2)(b) yang menyebut hak dan kebebasan rakyat seperti menikmati keamanan, barangan dan berniaga," soal Nur Jazlan.
Sejak akta itu diluluskan, katanya, kerajaan menerusi polis memberi ruang untuk pihak yang mahu menganjurkan perhimpunan aman.
Nur Jazlan berkata, selain persiapan Hari Kebangsaan, sebab lain Dataran Merdeka tidak sesuai untuk perhimpunan seumpama itu adalah kerana banyak institusi keagamaan dan sekolah terletak di sekitar kawasan itu.
Pada 11 Ogos, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menolak permohonan Bersih 2.0 untuk mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka dan Padang Merbuk. Pihak polis juga mengatakan ia perhimpunan haram.
"Kenapa penganjur tidak mengadakan perhimpunan di Selangor atau Padang Kota, Penang? Kerajaan negeri itu sentiasa menyokong kebebasan bersuara.
"Jika ia diadakan disana, kerajaan negeri tentu akan sediakan makanan dan kemudahan selesa untuk peserta tanpa mereka perlu membawa makanan dan khemah sendiri," katanya.
Nur Jazlan berkata, ketidakikhlasan kerajaan Selangor jelas apabila Majlis Bandaraya Shah Alam membenarkan Stadium Shah Alam digunakan untuk perhimpunan itu, tetapi kemudian membatalkannya.
Beliau berkata, adalah lebih baik untuk kedua-dua kerajaan negeri untuk menawarkan lokasi khas untuk perhimpunan seiring perjuangan ke arah kebebasan bersuara.
Nur Jazlan juga mengkritik pengamal undang-undang yang dipilih menganalisa PAA apabila mengatakan, rakyat bebas mengadakan perhimpunan di mana sahaja, tetapi perlu mendapatkan kebenaran polis atau pemilik lokasi berkenaan.
"Apa yang mengelirukan saya adalah kenapa perlu menganjurkan Bersih di Kuala Lumpur dan bukannya di negeri lain seperti Pulau Pinang dan Selangor.
"Bagaimanapun, saya memuji pihak polis yang menjalankan tugas dengan bertoleransi walaupun peserta perhimpunan itu jelas telah melanggar undang-undang," katanya.

PAS 'Hilang' 10 Wakil Rakyat


Diterbitkan: Isnin, 31 Ogos 2015 4:48 PM
Mohamad Sabu

KUALA LUMPUR: PAS kehilangan 10 wakil rakyat serentak selepas lima Ahli Parlimen dan lima Ahli Dewan Undangan (Adun) parti Islam itu menyertai parti politik baharu yang ditubuhkan Gerakan Harapan Baru (GHB).
Bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata keahlian 10 wakil rakyat itu gugur secara automatik apabila mereka dilantik menganggotai jawatankuasa parti baharu yang akan dikenali sebagai Parti Amanah Negara.
"Tak perlu keluar (PAS), keahlian dalam parti lama mereka gugur secara automatik," katanya pada sidang media di sini, Isnin.
Sepuluh yang gugur keahlian PAS secara automatik ialah Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja), Dr Hatta Ramli (Kuala Kerai), Khalid Samad (Shah Alam) dan Mohamed Hanipa Maidin (Serdang).
Selain itu, lima Adun yang meninggalkan PAS ialah Datuk Mohammad Nizar Jamaluddin (Changkat Jering), Aminolhuda Hassan (Parit Yaani), Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi (Pengkalan Kundot), Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib).

Claire sertai Bersih 4.0 di London

Claire sertai Bersih 4.0 di London
Claire Rewcastle-Brown menyertai perhimpunan Bersih 4.0 di London, Britain.
LONDON - BRITAIN. Pengasas portal berita Sarawak Report, Claire Rewcastle-Brown dilihat memberi ucapan dalam sebuah perhimpunan Bersih 4.0 di London, semalam.
 
Melalui beberapa rakaman di YouTube, Claire mengulangi dakwaan dan tuduhan beliau terhadap Perdana Menteri dan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak.
 
Antara isu yang disentuh adalah berkenaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan derma politik RM 2.6 bilion yang diberikan kepada Perdana Menteri.
 
Claire juga mendakwa akan ada lagi isu yang akan beliau dedahkan.
 
"Saya akan membuat yang terbaik untuk menyokong anda (peserta perhimpunan) yang hebat, negara (Malaysia) yang hebat dan anda semua mempunyai masa depan yang cerah," kata Claire dalam salah sebuah rakaman video berkenaan.
 
Difahamkan, hampir 1,000 peserta hadir ke perhimpunan bersih di London semalam.
 
Beliau juga muncul dalam sebuah temuramah bersama Sky News UK, hari yang sama.
 
 
Sky News juga memainkan beberapa rakaman mengenai perjalanan aktiviti perhimpunan Bersih 4.0 di Kuala Lumpur yang bermula semalam.

Usul minta Muhyiddin letak jawatan dilulus


30 OGOS 2015Muhyiddin Yassin
Muhyiddin Yassin Muhyiddin Yassin

SUNGAI BESAR - Umno Bahagian Sungai Besar hari ini meluluskan usul meminta Tan Sri Muhyiddin Yassin berundur daripada jawatan Timbalan Presiden parti secara terhormat.
   
Usul itu dicadangkan oleh ketua bahagian berkenaan, Datuk Jamal Md Yunos dalam persidangan perwakilan Umno bahagian Sungai Besar di sini hari ini sebelum ia dibahas dan diluluskan dengan sejumlah 274 perwakilan menyokong manakala 171 membantah.  

Usul tersebut antara lain berpandangan bahawa Muhyiddin perlu memberi peluang kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meneruskan usaha mengukuhkan parti untuk berdepan pilihan raya umum akan datang.  

Jamal dalam satu kenyataan selepas mesyuarat itu berakhir, berkata usul itu dibangkitkan setelah pihaknya berpendapat Umno tidak boleh mempunyai dua nakhoda, apatah lagi di saat parti sedang diasak dengan pelbagai isu yang memerlukan kesepakatan semua anggotanya.  

"Usul ini menerima sokongan lebih dua pertiga perwakilan yang hadir. Kita merasakan Najib perlu mempunyai pembantu yang setia, iaitu Ahmad Zahid. Masa sudah terlalu suntuk, fokus perlu diberikan untuk menentang pihak lawan.  

"Jika Muhyiddin terus kekal sebagai Timbalan Presiden, Najib nanti tidak ada kerja lain kerana asyik perlu menjawab persoalan yang ditimbulkan Muhyiddin," katanya.  

Jamal berkata, cadangan usul itu juga bagi menjaga kerahsiaan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi parti. - Bernama

Bersih 4.0: Melayu kurang sebab Pas tak turun


WARTAWAN SINAR HARIAN
31 OGOS 2015Datuk Mohd Amar Abdullah
Datuk Mohd Amar Abdullah Datuk Mohd Amar Abdullah

BACHOK - Pas tidak menolak kemungkinan kekurangan masyarakat Melayu dalam perhimpunan Bersih 4,0 berbanding masyarakat Cina disebabkan parti itu tidak mengerah ahlinya menyertai demonstrasi itu.

Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Abdullah  berkata, Pas tidak pernah menghalang ahlinya untuk menyertai itu, sebaliknya ia terpulang kepada ahlinya untuk menyertai atas sifat individu.

“Saya tidak tahu sebab sebenar kerana benda terlalu umum, boleh jadi orang sokong BN, orang tidak keluar.

“Secara bandingannya, kalau dalam politik maknanya bila Pas tidak terlibat aktif dengan sendirinya peserta Melayu berkurangan. Maknanya sebelum ini ada  sumbangan Pas dalam Bersih,” katanya kepada media kelmarin.

Terdahulu beliau menghadiri sambutan Hari Kebangsaan ke-58 peringkat negeri Kelantan di Institut Kemahiran Belia Negara di Bachok yang disempurnakan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.

Pengacau baling mercun, empat dilapor cedera


WARTAWAN SINAR HARIAN
31 OGOS 2015Bersih 4.0
Bersih 4.0
SHAH ALAM - Empat orang awam cedera selepas seorang lelaki dilaporkan membaling mercun ke arah orang awam yang sedang berehat berdekatan Dataran Merdeka, malam tadi.

Menurut saksi, lelaki tersebut memakai baju T hitam dan cuba membaling lebih banyak mercun, namun berjaya digagalkan oleh orang awam yang lain.

"Lelaki tersebut dikepung oleh peserta perhimpunan Bersih 4.0," kata saksi dipetik laporan The Star.

Pegawai perubatan memberitahu, kecederaan mangsa tidak membimbangkan.

"Cuma kesan terbakar, itu sahaja," kata pegawai tersebut.

Sementara itu, perhimpunan Bersih 4.0 hari ini yang bersurai dengan aman setakat jam 12.45 tengah malam.

Harapan Baru kini parti politik ‎


SITI NURSYAHIDAH ABU BAKAR
Harapan Baru kini parti politik ‎

31 OGOS 2015
Harapan Baru kini parti politik ‎ Barisan kepimpinan Parti Amanah Negara.
KUALA LUMPUR - Gerakan Harapan Baru kini sah bergelar sebuah parti politik dengan mengambil alih Parti Pekerja.

Pengerusinya, Mohamad Sabu berkata, bagaimanapun pindaan nama dan perlembagaan parti akan dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) sebelum pelancaran rasminya 16 September ini.

Menurut Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu, nama baru parti itu yang akan dicadangkan kepada ROS ialah Parti Amanah Negara atau Amanah.

‘Tak patut buat begitu’

Kuala Lumpur : Kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad dua kali ke perhimpunan haram Bersih 4.0 kelmarin dan semalam dianggap tidak mencerminkan gesaannya untuk tidak menyokong demonstrasi jalanan.
Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, tindakan Dr Mahathir melanggar prinsip perjuang
an yang beliau pegang selama ini dan jelas bertentangan dengan nilai diketengahkan ketika beliau menjadi perdana menteri.
“Ketika zaman pentadbirannya, beliau secara jelas menyatakan demonstrasi jalanan bukan pendekatan menyuarakan rasa tidak puas hati, apatah lagi menjatuhkan kerajaan,” katanya selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Sepanggar di sini, semalam.
Hishammuddin, yang juga Menteri Pertahanan, berkata, Dr Mahathir tidak pernah disekat menyuarakan pandangannya selepas persaraannya, tetapi tindakan beliau bersekongkol di pentas pembangkang tidak boleh diterima.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 31 Ogos 2015 @ 5:19 AM


TUN Mahathir dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali hadir ke perhimpunan haram di Pasar Seni, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/74104#sthash.3Hm1xdBn.dpuf

Tiada lagi amaran

Ipoh: Penganjur dan peserta perhimpunan di beberapa lokasi di seluruh negara semalam dan kelmarin bakal berdepan dengan tindakan tegas mengikut undang-undang sedia ada termasuk mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana ia perhimpunan haram.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, tiada lagi amaran diberikan kepada penganjur dan peserta perhimpunan haram seperti sebelum ini dengan pendekatan terus mengambil tindakan sewajarnya mengikut peruntukan undang-undang sedia ada, sama ada tindakan pencegahan atau selepas perhimpunan.
Menurutnya, pihak yang terbabit harus tahu apabila warta kerajaan ditandatangani, perhimpunan itu adalah haram mengikut Akta Perhimpunan Aman atau undang-undang lain.
Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, segala tindak-tanduk mereka yang terbabit dalam perhimpunan haram dipantau pihak berkuasa dan tidak bermakna tiada tindakan ketika perhimpunan berlangsung bermakna mereka terlepas daripada undang-undang.
“Tidak semestinya tiada penangkapan dibuat sepanjang perhimpunan berlangsung bererti Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak mengambil tindakan pencegah an dan lepas tangan.
“Pihak PDRM boleh mengambil tindakan, biar pun selepas perhimpunan…kami memantau siapa tokoh di sebalik perhimpunan ini dan kami juga mengikuti setiap patah ucapan mereka…kami tahu tindakan yang dilakukan sebahagian daripada mereka,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Ipoh Timur, di Bangunan UMNO Perak, di sini, semalam.
Hadir sama, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri yang juga Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Ketua UMNO Bahagian Ipoh Timur, Datuk Azian Osman.
Ahmad Zahid berkata, antara tindakan undang-undang yang boleh dikenakan terhadap penganjur dan peserta perhimpunan haram adalah mengikut Akta Perhimpunan Aman, Akta Hasutan, Kanun Keseksaan dan Akta Polis.
Menurutnya, sekiranya dikenakan tindakan kelak, pihak berkenaan jangan menyalahkan pihak berkuasa kerana mereka perlu terima akibat tindakan yang mereka sendiri lakukan.
“Saya bersetuju dengan Tan Sri IGP (Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar), yang mengatakan berani buat berani tanggung. Jangan menuduh pihak berkuasa terutama kerajaan berlaku zalim...kerana sebenarnya mereka yang menzalimi diri mereka sendiri,” katanya.
Ditanya sama ada mantan Perdana Menteri (PM), Tun Dr Mahathir Mohamad akan dikenakan tindakan kerana turut hadir pada perhimpunan itu, beliau berkata, perkara itu tidak sepatutnya menjadi isu kerana bekas PM hanya berada di kawasan perhimpunan itu selama enam minit.
“Dia ada di sana hanya enam minit...saya serahkan kepada polis, kuasa diberikan kepada polis, saya bukan IGP, saya keluarkan arah
an berdasarkan apa yang ditetapkan dalam akta dan undang-undang, saya serahkan sepenuhnya kepada mereka (polis) untuk mengambil tindakan atau apa apa tindakan,” katanya.
Terdahulu, dalam ucapannya Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO berkata, orang Melayu tidak seharusnya membiarkan diri mereka menjadi ‘kuda tunggangan’ DAP untuk tujuan politik.
“Kita sering dicabar kerana mereka (DAP) anggap kita lemah...jadi mereka akan cuba melaga-lagakan kita antara satu sama lain,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 31 Ogos 2015 @ 5:19 AM


Anggota keselamatan mengawal Dataran Merdeka, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/74102#sthash.xS3828oA.dpuf

27 laporan polis berkaitan perhimpunan haram

Kuala Lumpur: Sepanjang tempoh bermula semalam hingga 10.45 malam tadi, polis sudah menerima 27 laporan berkaitan perhimpunan haram di ibu negara.
Setakat ini, lima kertas siasatan dibuka polis Kuala Lumpur dan seorang lelaki berusia 21 tahun ditahan atas kesalahan berkelakuan yang mengaibkan.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md Isa berkata, ia merangkumi 14 laporan polis diterima pihaknya semalam manakala 13 lagi sehingga kini.
Menurut beliau, keadaan setakat ini adalah terkawal walaupun terdapat peserta perhimpunan masih berkumpul berhampiran Dataran Merdeka.
"Pihak penganjur sudah berjanji akan bersurai menjelang ambang merdeka malam ini dan tidak akan mengganggu persiapan sambutan kemerdekaan.
"Jika terdapat sebarang pelanggaran undang-undang tindakan sewajarnya akan diambil berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada. Tidak timbul sebarang isu sambutan ambang merdeka diubah ke Bukit Jalil yang sememangnya dijadualkan berlangsung di situ," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.
Kata Tajuddin, pihaknya masih meneruskan kawalan di sekitar Dataran Merdeka.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 Ogos 2015 @ 11:38 PM


ANGGOTA polis meningkatkan kawalan berhampiran Dataran Merdeka. FOTO Mohd Yusni Ariffin
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/74003#sthash.uJRoYtL2.dpuf

Polis Kuching terima empat laporan

Kuching: Polis menerima empat laporan berhubung tindakan peserta perhimpunan yang melanggar syarat Akta Perhimpunan Aman 2012 ketika berhimpun di Padang Song Kheng Hai, Padungan, semalam.
Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Roslan Bek Ahmad berkata, dua daripada laporan yang dibuat mengenai kain rentang berunsur provokasi yang dibawa peserta.
"Satu laporan mengenai perarakan terbuka yang bermula di Hotel Hilton hingga ke Padang Song Kheng Hai.

"Laporan berikutnya mengenai penayangan video yang tidak termasuk dalam permit," katanya ketika membuat pemeriksaan di Padang Song Kheng Hai, sebentar tadi.
Hari kedua perhimpunan di negeri ini tidak mendapat sambutan dan dibatalkan.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 Ogos 2015 @ 4:07 PM


PENGANJUR menurunkan kain rentang perhimpunan. FOTO Rabi Atul Adawiyah Ismail
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/73980#sthash.MbeR1Eti.dpuf

Abdul Azeez kesal tindakan Tun Mahathir

 Oleh Nur Saliawati Salberi

nursaliawati@mediaprima.com.my


Melaka: Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Abdul Azeez Rahim meluangkan rasa kesal dengan tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang hadir ke perhimpunan haram di Kuala Lumpur selain mempersoalkan niat sebenarnya berbuat demikian.

Beliau yang juga Pengerusi Tabung Haji (TH) berkata, beliau tidak dapat memberikan jawapan akan niat sebenar Tun Mahathir apabila ada ahli yang bertanya tindakan itu kepadanya.

"Walaupun hanya lima, 10 atau 20 minit tetapi beliau hadir, saya pun tidak tahu niat sebenarnya untuk hadir ke perhimpunan Bersih, hari ini pembakang menyambar kan Tun Mahathir Menyokong apa yang dibuat pihak penganjur.

"Secara peribadi sebagai ahli parti saya agak kesal dan sedih perkara ini berlaku dalam UMNO, seorang ahli negarawan ulung yang saya hormati dan sanjungi akhirnya beliau bersama-sama walaupun sokong atau tidak kita tidak tahu niatnya," katanya.

Menurutnya, tindakan Tun Mahathir yang berada di perhimpunan Bersih boleh disalah tafsir oleh ahli UMNO. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 Ogos 2015 @ 9:02 PM
DISYORKAN
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/73988#sthash.C9Fa7bso.dpuf

Bersih 4.0 hilang momentum



POLIS menggunakan khidmat anjing bagi mengawal peserta perhimpunan haram Bersih 4.0 di ibu negara semalam.


KUALA LUMPUR – Perhimpunan Bersih 4.0 yang berakhir malam tadi dilihat seolah-olah kehilangan momentum apabila peserta perhimpunan haram yang diadakan di Dataran Merdeka di sini semakin berkurangan berbanding jumlah peserta pada hari pertama.
Tinjauan Kosmo! di sekitar ibu negara mendapati sebahagian peserta perhimpunan haram yang bermula sejak pukul 2 petang kelmarin telah pulang serta berpecah daripada kumpulan masing-masing.
Para peserta bagaimanapun ha­nya berkumpul di luar Dataran Merdeka apabila polis masih mengawal ketat laluan masuk ke kawasan berkenaan. mereka tetap gagal menembusi Dataran Merdeka.
Ketua Polis Daerah Dang Wa­ngi, Asisten Komisioner Zainol Samah berkata, dianggarkan seramai 10,000 hingga 15,000 peserta menyertai perhimpunan haram yang memasuki hari ke­dua semalam.
Jumlah itu jelas berkura­ngan berbanding bilangan peserta pada hari pertama yang mencecah 25,000 orang.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0831&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz3kL7DW9kC 
Hakcipta terpelihara 

Salleh sifatkan Brown wartawan putar belit




KUALA LUMPUR – Pengasas Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown telah memutarbelitkan fakta berkaitan isu-isu di Malaysia semasa ditemu ramah stesen televisyen yang berpangkalan di United Kingdom, Sky TV baru-baru ini, kata Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak.
Menteri Komunikasi dan Multimedia itu berkata, semasa ditemu ramah Brown sekali lagi cuba menggambarkan dirinya sebagai pejuang kebenaran dan keadilan tetapi tidak mengubah fakta bahawa artikel yang diterbitkannya tidak disokong oleh bukti yang sah.
“Malah terdapat bukti yang telah diubah dan dipalsukan. Kami tahu ‘bukti’ ini tidak jatuh dari langit... jadi bagaimana dia boleh mendapatkannya?” soal Salleh dalam entri terbaru blog beliau semalam.
Antara lainnya, Salleh berkata, Brown bercakap seolah-olah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sudah didapati bersalah atau didakwa melakukan jenayah.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0831&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz3kL6JSmVy 
Hakcipta terpelihara 

Puluhan ribu sertai tunjuk perasaan di Tokyo


AP - BERPULUH-PULUH ribu penunjuk perasaan mengadakan bantahan terhadap undang-undang baharu yang membolehkan tentera Jepun menyertai mana-mana peperangan di hadapan bangunan Parlimen di Tokyo semalam.


TOKYO – Berpuluh-puluh ribu penunjuk perasaan berhimpun di luar bangunan Parlimen Jepun semalam bagi membantah rancangan undang-undang baharu yang mungkin membolehkan tentera negara ini terlibat dalam peperangan buat pertama kali sejak Perang Dunia Kedua.
Semakin ramai penduduk Jepun termasuk pelajar universiti dan ibu bapa muda yang menyertai tunjuk perasaan terhadap rang undang-undang kontroversi tersebut ketika parti pemerintah Perdana Menteri, Shinzo Abe bersedia meluluskannya sebelum persidangan semasa berakhir hujung bulan hadapan.
Sambil memegang sepanduk ‘Tolak Peperangan’, ‘Keamanan Bukan Peperangan’ dan ‘Halang Rang Undang-Undang Keselamatan’, penunjuk perasaan yang berteriak kuat memenuhi jalan raya di hadapan bangunan Parlimen Jepun.
Penganjur mendakwa sekitar 120,000 orang mengambil bahagian dalam perarakan di Tokyo dan beberapa tunjuk perasaan yang diadakan di seluruh Jepun tetapi perangkaan daripada pihak polis belum diperoleh setakat ini.
Di bawah rancangan pembaharuan kerajaan, tentera Jepun akan dibenarkan bertempur bagi mempertahankan sekutu Jepun seperti Amerika Syarikat sekali pun jika tiada ancaman secara langsung terhadap negara itu. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0831&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_06.htm#ixzz3kL5ndskY 
Hakcipta terpelihara 

Sunday, August 30, 2015

Dr M, isteri sekali lagi turun Bersih 4.0


WARTAWAN SINAR HARIAN
30 OGOS 2015Dr M, isteri turun Bersih 4.0 sekali lagi
Dr M, isteri turun Bersih 4.0 sekali lagi Dr Mahathir dikerumuni orang ramai ketika di Pasar Seni. Foto Twitter Bersih 2.0.

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dikatakan sekali lagi akan menyertai perhimpunan haram Bersih 4.0 di Dataran Merdeka sebentar lagi.

Difahamkan beliau bersama isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali menaiki KTM Komuter dari satu lokasi yang tidak dapat dipastikan sebelum turun di Pasar Seni.

Sekarang ini, beliau dalam perjalanan ke Dataran Merdeka menerusi Jalan Tun Perak.

Menurut tweet di laman sosial, beliau ada memberikan ucapan di Pasar Seni sebentar tadi.

Semalam, selepas satu program di Johor, beliau bersama isterinya telah singgah di Daratan Merdeka bagi meninjau suasana Bersih 4.0.

Daulat Tuanku bergema di Dataran Merdeka


RAZIATUL HANUM A.RAJAK
30 OGOS 2015Daulat Tuanku bergema di Dataran Merdeka
Daulat Tuanku bergema di Dataran Merdeka

KUALA LUMPUR - Laungan 'Daulat Tuanku' bergema di sekitar Dataran Merdeka sebagai tanda sokongan kepada Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.

Pemimpin DAP, RSN Rayes mengajak peserta menyatakan sokongan itu dan mengutuk pemimpin Umno, Datuk Seri Nazri Aziz.

"Saya minta kita semua laungkan menyokong Sultan Johor. Saya beritahu pemimpin Umno, Nazri (Datuk Seri Nazri Aziz) jangan kurang ajar dan biadab.

"Siapa dia berani mahu lawan sultan? Kita akan pertahankan institusi diraja," katanya kepada ribuan peserta Bersih 4.0 di pentas utama himpunan itu, di Dataran Merdeka.

Sejurus itu, laungan Daulat Tuanku terus bergema beberapa kali sebelum disambut dengan sorakan daripada para peserta.

Terdahulu, dalam satu kenyataan di laman sosial Facebook Johor Southern Tigers, semalam, Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan, kelantangannya bersama ayahandanya Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dalam pelbagai isu demi memperjuangkan kesejahteraan rakyat.

[ARTIKEL BERKAITAN: 'Kami bersuara demi rakyat']

'Peserta Melayu kurang tak bermakna sokong Najib'


MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
30 OGOS 2015'Peserta Melayu tak bermakna mereka sokong Najib'
'Peserta Melayu tak bermakna mereka sokong Najib'

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad berkata, dakwaan yang mengatakan perhimpunan Bersih 4.0 didominasi kaum Cina dan wujudnya propoganda perkaumanan adalah tidak benar.

‎Ujarnya, tuduhan itu sengaja dicetuskan sedangkan hakikatnya 30 peratus daripada peserta Bersih 4.0 adalah orang Melayu.

“Bukan semua Melayu yang tak hadir itu menyokong dan bersama Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Apa yang saya sendiri tinjau ialah 30 peratus peserta perhimpunan adalah orang Melayu. Jadi tidak timbul sama sekali propaganda perkauman," katanya pagi ini ketika berucap di Dataran Merdeka, pagi tadi.

Menggulas lanjut, Khalid berkata ‎oleh kerana perhimpunan kali ini bertambah ramai sehingga menyebabkan penyokong Melayu nampak berkurangan.

 Himpunan Bersih 4.0 berlangsung selama dua hari, hari ini merupakan hari terakhir Himpunan ini yang mana akan tamat pada pukul 12 malam ini.

Setakat ini himpunan berlangsung aman, dan peserta makin bertambah dari semasa ke semasa.

Gambar peserta Bersih 'pijak' Hadi viral


MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
30 OGOS 2015Gambar peserta Bersih 'pijak' Hadi viral
Gambar peserta Bersih 'pijak' Hadi viral Gambar peserta Bersih 'pijak' Hadi viral.

KUALA LUMPUR - ‎Kurang ajar 'upacara' pijak gambar Tuan Guru (Datuk Abdul Hadi Awang), demikian kapsyen sebuah gambar yang menjadi viral di media sosial hari ini.

‎Gambar tersebut menunjukkan bagaimana seorang peserta Bersih 4.0 memijak sebuah gambar yang memaparkan gambar Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang 'berpelukan' dengan Perdana Menteri, Datuk  Seri Najib Tun Razak.

Himpunan Bersih 4.0 memasuki hari terakhir hari ini selepas bermula kira-kira jam 2.00 petang semalam.

[ARTIKEL BERKAITAN: Himpunan Bersih 4.0 masuk hari kedua]

Tinjuan Sinar Online pagi ini di Dataran Merdeka mendapati keadaan masih terkawal dan para peserta makin bertambah dari semasa ke semasa.

Bersih 4: Tiada tangkapan setakat petang ini - Polis

SABTU, 29 OGOS 2015 @ 8:36 PM

KUALA LUMPUR: Tiada sebarang tangkapan dan insiden yang tidak diingini berlaku sepanjang perhimpunan Bersih 4 di ibu negara setakat petang ini. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajudin Md Isa, berkata keadaan keselamatan adalah terkawal dan peserta perhimpunan masih berkumpul berdekatan Dataran Merdeka. "Polis Kuala Lumpur masih meneruskan kawalan, terutamanya di Dataran Merdeka dan di tempat-tempat yang menjadi tumpuan peserta perhimpunan berkumpul. "Sekiranya berlaku sebarang pelanggaran undang-undang, tindakan sewajarnya akan diambil berdasarkan peruntukan undang-undang yang sedia ada," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Tajudin berkata, polis akan terus memastikan Bandaraya Kuala Lumpur berada dalam keadaan selamat dan ketenteraman awam terkawal. Katanya, orang ramai dinasihatkan supaya memberi kerjasama dengan tidak memasuki kawasan Dataran Merdeka esok bagi menyertai perhimpunan yang menyalahi undang-undang itu. - BERNAMA

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/78236

Bekas ketua penerangan PAS Sarawak, dipilih Pengerusi GHB negeri

JUMAAT, 28 OGOS 2015 @ 12:10 PM

BEKAS Ketua Penerangan PAS Sarawak, Andri Zulkarnaen Hamden. KUCHING: Mesyuarat pemilihan anggota jawatankuasa Gerakan Harapan Baru (GHB) Sarawak pada 20 Ogos, sebulat suara memilih bekas Ketua Penerangan PAS Sarawak, Andri Zulkarnaen Hamden sebagai pengerusi negeri. Andri berkata, beliau akan menerajui GHB Sarawak dan akan dibantu anggota jawatankuasa (AJK) yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama serta latar belakang profesional berbeza. "Dalam mesyuarat itu juga kami bersetuju sebulat suara GHB Sarawak akan meletakkan calon bagi bertanding dalam pilihan raya negeri akan datang. "Dewan Undangan Negeri (DUN) yang menjadi sasaran GHB bukan hanya kerusi pengundi Melayu, malah kerusi majoriti bukan Islam juga menjadi sasaran," katanya. Andri berkata, GHB Sarawak menyasar kerusi antaranya DUN Lambir, Samalaju, Semariang, Muara Tuang, Kedup, Triboh, Batang Sadong, Sebuyau, Beting Maro, Belawai, Dalat, Demak Laut dan Dalat. "Namun pembahagian kerusi ini hanya akan diputuskan selepas berunding dengan rakan-rakan daripada DAP dan PKR serta kelulusan GHB pusat untuk semakan. "Kami sudah mempunyai calon yang berwibawa, berpotensi serta bersedia untuk diletakkan di kawasan fokus berkenaan. Rata-rata adalah kalangan anak tempatan yang sudah tentu diberi keutamaan," katanya. Mengikut Andri yang juga bekas Yang Dipertua PAS Kawasan Santubong, GHB Sarawak akan mengadakan sidang media memperkenalkan AJK dan mempromosi program mereka pada 4 September ini. "Pada 6 September, sidang media bersama Pengerusi GHB, Mohamad Sabu yang juga bekas Timbalan Presiden PAS serta pemimpin GHB pusat seperti Dr Mohd Hatta Ramli, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, Anggota Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad dan Anggota Parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud bersama pimpinan Pakatan Rakyat Sarawak akan diadakan," katanya. - BERNAMA

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/77893