Thursday, March 15, 2012
Skandal NFC: Lebih ramai dijangka didakwa
Siasatan ke atas skandal syarikat ternakan lembu National Feedlot Corporation (NFC) dijangka akan membongkar lebih banyak penyelewengan dan kepincangan syarikat itu yang membabitkan beberapa individu berprofail tinggi.
Selain itu, akhbarNew Straits Timesmelaporkan lebih ramai pegawai kanan dan ahli lembaga pengarah NFC akan didakwa di mahkamah berhubung salah guna dana pinjaman mudah RM250 juta yang diberikan oleh kerajaan kepada syarikat berkenaan.
Akhbar milik Umno itu memetik Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail hanya sebagai berkata “kes NFC jauh daripada selesai,” sekali gus membayangkan lebih ramai yang akan didakwa dalam tempoh terdekat.
Selain itu, New Straits Times yang memetik sumber berkata wakil kerajaan dalam lembaga pengarah NFC juga mungkin didakwa di bawah Akta Syarikat 1965 kerana mengabaikan tanggungjawab dalam melaksanakan amanah yang diberikan.
Awal minggu ini, Pengerusi NFC Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail didakwa atas tuduhan pecah amanah membabitkan hampir RM50 juta ringgit manakala isterinya Datuk Seri Shahrizat Jalil terpaksa melepaskan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Salleh menghadapi hukuman penjara sehingga 20 tahun jika disabit kesalahan di bawah dua pertuduhan utama itu.
NFC menjadi bidasan pembangkang apabila Laporan Ketua Audit Negara 2010 mendedahkan beberapa kelemahan yang menyebabkan syarikat itu tidak mampu memenuhi syarat kontrak yang ditetapkan oleh kerajaan.
Pada tahun 2007, kerajaan di bawah Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi (kanan) meluluskan pinjaman RM250 juta dengan kadar faedah dua peratus kepada NFC untuk memajukan industri ternakan lembu daging tempatan.
Pakatan Rakyat kemudian mengemukakan dokumen-dokumen untuk menuduh Salleh dan anak-anak beliaunya menggunakan dana itu untuk pelaburan yang tidak ada kena mengena dengan terma pinjaman kerajaan.
Antara lain keluarga Shahrizat dituduh membeli beberapa unit kondominium mewah bukan sahaja di dalam negara tetapi juga di Singapura dan Kazakhstan, selain membeli tanah di Putrajaya.
Shahrizat yang juga adalah Ketua Wanita Umno menegaskan beliau tidak ada kena mengena dengan NFC namun akan berundur sebagai menteri apabila tempohnya sebagai Senator tamat awal bulan depan.
PERINGATA
Imran Khan batal lawatan ke India
15 Mac 2012
Ahli politik pembangkang Pakistan, Imran Khan berkata, beliau tidak akan mengambil bahagian dalam satu persidangan di India kerana penulis ‘Satanic Verses’, Salman Rushdie turut akan berada dan berucap pada persidangan yang akan diadakan di Delhi Jumaat ini.
Menurut Khan, hasil tulisan Rusdie telah menyebabkan umat Islam terluka.
“Ramai orang Islam menganggap buku ‘Satanic Verses’ yang diterbitkan pada tahun 1988 sebagai menghina tuhan dan masih kekal diharamkan di India,” katanya.
Berikutan penerbitan buku itu, dua bulan lalu penulis buku telah terpaksa menarik balik beberapa ayat yang ditulis selepas menerima ancaman bunuh daripada beberapa penunjuk perasaan Islam.

Khan yang juga bekas pemain kriket Pakistan kini menjadi pemimpin Pergerakan Pakistan untuk parti Keadilan (Pakistan Tehreek-e-Insaf). - BBC
Mahkamah arah tahan suami Arroyo
WARTAWAN SINAR HARIAN
14 Mac 2012
14 Mac 2012
MANILA - Mahkamah Filipina mengarahkan suami bekas presiden Gloria Macapagal Arroyo ditahan atas tuduhan menerima suapan untuk perjanjian projek bernilai tinggi dengan sebuah syarikat telekomunikasi China.
Jose Miguel Arroyo menafikan kesemua pertuduhan ke atasnya dengan menyatakan bahawa isterinya yang menjadi presiden pada masa itu telah membatalkan perjanjian dengan syarikat ZTE untuk menubuhkan satu rangkaian jalur lebar di seluruh negara pada 2008 dengan nilai AS$330 juta (RM1 bilion) selepas menerima tekanan rakyat.
Menurut peguam Miguel Arroyo, anak guamnya sedia menyerah diri walaupun menafikan dakwaan itu.
Kes tersebut dikemukakan oleh presiden Benigno Aquino yang sebelum ini turut mendakwa Arroyo terlibat dengan rasuah termasuk tuduhan memanipulasi keputusan pilihan raya pada 2007.

Kerani wakil rakyat dakwa ditampar
15 Mac 2012
KLANG UTARA - Seorang kerani wanita pejabat seorang wakil rakyat di kawasan ini mendakwa dipukul dan ditampar seorang lelaki, dipercayai ahli sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), beberapa hari lalu.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintendan Mohamad Shukor Sulong berkata, mangsa berusia 28 tahun itu mendakwa, dia didatangi lelaki berkenaan sekitar jam 12 tenah hari yang memberitahu kehadirannya ke pejabat itu untuk menemui wakil rakyat bagi urusan berkaitan lesen.
Menurutnya, mangsa memaklumkan, hasrat lelaki berusia 28 tahun itu tidak dapat ditunaikan apabila wakil rakyat terbabit tiada di pejabat.
"Berlaku pertengkaran mulut antara kedua-duanya sebelum wanita itu mendakwa dia dipukul dan ditampar lelaki berkenaan yang secara tiba-tiba naik angin," katanya.
Mohamad Shukor berkata, kejadian itu disaksikan beberapa orang yang berada dalam pejabat berkenaan, namun tidak pasti apa punca pergaduhan itu.
"Tidak lama kemudian lelaki itu terus beredar dari pejabat, berikutan insiden itu, mangsa telah membuat laporan di Balai Polis Kapar.
"Buat masa ini, polis sedang menjalankan siasatan lanjut bagi memastikan sama ada benar dakwaan wanita itu dipukul atau sebaliknya memandangkan tiada kecederaan dapat dikesan," katanya.
Dalam masa yang sama, beliau berkata, polis juga sedang mengesan lelaki berkenaan yang dipercayai melarikan diri bagi diambil keterangan balasnya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 506/323 Kanun Keseksaan.
Jangan swastakan GLC demi hak Bumiputera, gesa DPIM
NURUL NADIA MOHD KAMARUZAMAN
15 Mac 2012
15 Mac 2012
KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM), Tan Sri Muhammad Ali Hashim menggesa kerajaan mengkaji semula dasarnya mahu menswastakan ataupun melupuskan pegangannya dalam syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC) bagi mengelakkan kepentingan ekonomi golongan miskin Melayu dan Bumiputera terus terhakis.
Beliau berkata, tindakan tidak bersetuju dengan kerajaan itu bukan bermakna DPIM antipenswastaan, tetapi GLC adalah satu institusi penting yang mampu membantu ekonomi Bumiputera negara ini yang semakin lama semakin menemui kegagalan.
"Pada pendapat saya, adalah tidak munasabah pelupusan pegangan dilakukan atas alasan untuk memenuhi keperluan para pelabur swasta dalam pasaran modal.
"Menswastakan GLC, kerajaan memindahkan hak milik ekuiti amanah rakyat Malaysia yang miskin dan berpendapatan rendah untuk meningkatkan kekayaan golongan pelabur saham swasta, yang umumnya berpendapatan tinggi.
"Ini membelakangkan slogan Rakyat Didahulukan," kata beliau kepada pemberita selepas majlis perasmian Jihad Bisnes Satu Pendekatan Bagi Memajukan Ekonomi Bangsa anjuran Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) di sini, hari ini.
Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Ketua Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), Datuk Seri Idris Jala berkata, pelupusan atau penswastaan itu termasuk mengurangkan pegangan atau menjual pegangannya kerajaan dalam GLC.
Menurut Idris, langkah itu merupakan sebahagian daripada Inisiatif Pembaharuan Strategik yang membabitkan peranan kerajaan dalam sektor swasta.
Pada Mac 2010, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kerajaan sudah mengarahkan Khazanah Nasional Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) supaya mempercepatkan langkah melupuskan pegangan ekuiti di dalam GLC untuk menjadikan pasaran modal lebih menarik bagi para pengurus dana.
Bagaimanapun, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata pengurangan pegangan di dalam GLC oleh cabang pelaburan kerajaan itu dan KWSP tidak akan menjejaskan kepentingan negara kerana ia dilindungi melalui pegangan saham emas di dalam pelaburan strategik serta pemantauan oleh pengawal atur mengenai apa yang dilakukan oleh syarikat berkenaan.
Penganalisis berkata usaha berterusan untuk mengurangkan pegangan kerajaan akan menarik lebih banyak pelaburan antarabangsa yang akan membawa masuk nilai tambah kepada pegangan saham korporat serta menjadikan Bursa Malaysia lebih menarik kepada para pengurus dana asing.
Mengulas lanjut, Muhammad Ali berkata, kewujudan GLC dilihat banyak memainkan peranan memajukan ekonomi orang Melayu, malah berjaya merekod prestasi menggalakkan dan berupaya menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.
"Jika ia dilakukan bertujuan meringankan beban rakyat, kenapa syarikat GLC yang berjaya membantu orang Melayu mahu dilupuskan? Saya mempersoalkan hal ini kepada kerajaan.
"Justeru, tidak ada sebab lagi peranan mereka harus dicurigai," kata beliau lagi.
Muhammad Ali menegaskan, jika kerajaan tetap mahu menswastakan GLC, beliau mahu ia diwakafkan kepada orang yang baik, yang mampu menguruskan dengan penuh amanah demi masa depan dan nasib orang Melayu.
"Sekalipun GLC bukan milik individu Melayu, ia adalah milik amanah yang harus dipegang untuk manfaat generasi masa depan.
"Syarikat GLC sewajarnya diiktiraf sebagai korporat amanah negara untuk menegakkan keadilan ekonomi dan melindungi kepentingan golongan miskin dan lemah," katanya.
Muhammad Ali turut mengingatkan bahawa 'kebocoran besar' hak milik ekonomi Melayu telah berlaku sebelum ini setelah kerajaan menswastakan pegangan hak milik ekuiti GLC.
"Lebih membimbangkan, tanpa strategi ekonomi Melayu baharu yang mapan, langkah pelupusan ini pasti akan diikuti oleh tindakan lebih besar melupuskan GLC kelak.
"Antara syarikat GLC seperti Felda, Lembaga Tabung Haji, Khazanah Nasional Berhad, Permodalan Nasional Berhad, Johor Corporation Berhad dan Petronas yang disifatkan sebagai tonggak serta benteng terakhir dalam mempertahankan keadilan hak milik ekonomi negara," katanya.
Orang Melayu perlu buang taksub politik, lancar jihad bisnes
NURUL NADIA MOHD KAMARUZAMAN
15 Mac 2012
15 Mac 2012
KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM), Tan Sri Muhammad Ali Hashim menyeru orang Melayu menekankan keperluan "jihad bisnes" untuk memperbaiki semula kedudukan ekonomi yang terjejas teruk ekoran "sikap taksub politik."
"Sekarang ini, selepas terkesan daripada sikap taksub politik, habis ekonomi orang Melayu jatuh. Oleh sebab itu, kita perlu satukan semula dengan menggunakan jihad bisnes," kata beliau.
Menurut bekas Ketua Pegawai Eksekutif Johor Corporation ini, kelemahan ekonomi bangsa Melayu dan umat Islam berpunca daripada tindakan meletakkan kepentingan politik dalam perniagaan sehingga berlaku perpecahan.
Justeru beliau menyarankan agar orang Melayu memperjuangkan perniagaan sebagai satu cabang jihad dan meletakkan perjuangan bisnes sebagai perkara utama dalam agenda ekonomi Islam Hadhari.
Menurut beliau, peniaga-peniaga Melayu terlalu taksub dengan politik sehingga mengetepikan ekonomi.
"Bukan kita tidak boleh melibatkan diri dengan politik, tetapi biar ia seimbang. Siang malam sibuk berkempen dan berparti, macam mana nak kembangkan perniagaan dan ekonomi sendiri. Tumpu sehingga betul-betul berjaya, tapi sokongan sebagai rakyat Malaysia tetap juga laksanakan.

"Perlu ada sikap profesional, sebab itulah jihad dilihat sebagai ideologi yang dapat membantu peniaga Bumiputera berada di landasan yang betul," kata beliau pada sidang media di akhir seminar Jihad Bisnes Satu Pendekatan Bagi Memajukan Ekonomi Bangsa anjuran Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) hari ini.
Katanya, cabaran ekonomi orang Melayu semakin hebat dan oleh itu, mekanisme baru perlu diwujudkan untuk membantu menegakkan keadilan ekonomi dan melindungi kepentingan golongan miskin dan lemah.
"Berjihad dalam bisnes adalah bertujuan untuk menyatupadukan golongan ahli perniagaan. Jika dahulu, ekonomi Melayu naik sehingga 22 peratus sebab semua menyokong dan membantu ekonomi Melayu," katanya.
Beliau berkata, orang Melayu perlu memperjuangkan nilai Islam dalam perniagaan dengan membina sistem ekonomi yang sesuai dengan jiwa Melayu dan melihat umat Islam.
"Jihad bisnes tidak mengejar kekayaan untuk keperluan peribadi, tetapi menggunakan harta untuk membantu orang Islam lain. Justeru, landasan Islam tidak mementingkan kepentingan individu saja.
"Jika kita berjihad dalam perniagaan, ekonomi akan lebih mudah dipertingkatkan," katanya.

Kes saman terhadap Zahid diteruskan
Berita Harian Online | Kes saman terhadap Zahid diteruskan:
PUTRAJAYA: Saman yang dikemukakan seorang ahli perniagaan terhadap Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berhubung dakwaan menyerang akan diteruskan untuk perbicaraan di Mahkamah Tinggi.
Ini kerana Ahmad Zahid gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan hari ini untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang menolak permohonan beliau untuk membatalkan saman itu.
Panel tiga hakim terdiri daripada Datin Paduka Zaleha Zahari, Datuk Clement Allan Skinner dan Datuk Aziah Ali, sebulat suara menolak rayuan Ahmad Zahid dan memerintahkan menteri itu membayar RM5,000 sebagai kos.
Pada 4 Julai 2007, Amir Bazli Abdullah, 41, selaku plaintif memfailkan saman menuntut ganti rugi terhadap Ahmad Zahid yang didakwa menumbuk muka beliau pada 16 Januari 2006.
Ahmad Zahid mengemukakan permohonan di Mahkamah Tinggi untuk membatalkan saman itu pada 29 Ogos 2007, dengan alasan ia adalah remeh tetapi ditolak oleh Mahkamah Tinggi pada 21 April 2010.
Ahmad Zahid memfailkan tuntutan balas terhadap Amir Bazli menuntut ganti rugi kerana mengalami tekanan, malu, kebimbangan yang dialami oleh beliau dan juga ganti rugi bagi libel berhubung penerbitan insiden itu selepas Amir Bazli melaporkan kepada media.
Dalam pernyataan pembelaannya, Ahmad Zahid yang ketika itu adalah Timbalan Menteri Penerangan menafikan beliau menumbuk Amir Bazli sehingga menyebabkan kecederaan di bahagian mukanya, mendakwa ia adalah rekaan Amir Bazli. - BERNAMA
'via Blog this'
2012/03/15
PUTRAJAYA: Saman yang dikemukakan seorang ahli perniagaan terhadap Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berhubung dakwaan menyerang akan diteruskan untuk perbicaraan di Mahkamah Tinggi. Ini kerana Ahmad Zahid gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan hari ini untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang menolak permohonan beliau untuk membatalkan saman itu.
Pada 4 Julai 2007, Amir Bazli Abdullah, 41, selaku plaintif memfailkan saman menuntut ganti rugi terhadap Ahmad Zahid yang didakwa menumbuk muka beliau pada 16 Januari 2006.
Ahmad Zahid mengemukakan permohonan di Mahkamah Tinggi untuk membatalkan saman itu pada 29 Ogos 2007, dengan alasan ia adalah remeh tetapi ditolak oleh Mahkamah Tinggi pada 21 April 2010.
Ahmad Zahid memfailkan tuntutan balas terhadap Amir Bazli menuntut ganti rugi kerana mengalami tekanan, malu, kebimbangan yang dialami oleh beliau dan juga ganti rugi bagi libel berhubung penerbitan insiden itu selepas Amir Bazli melaporkan kepada media.
Dalam pernyataan pembelaannya, Ahmad Zahid yang ketika itu adalah Timbalan Menteri Penerangan menafikan beliau menumbuk Amir Bazli sehingga menyebabkan kecederaan di bahagian mukanya, mendakwa ia adalah rekaan Amir Bazli. - BERNAMA
'via Blog this'
242,294 'pengundi awal' pada pilihan raya umum
Kosmo! Online - Negara:
'via Blog this'
KOTA KINABALU - Kesemua 242,294 pengundi pos akan secara automatik menjadi 'pengundi awal' pada pilihan raya umum akan datang, sekali gus memantapkan lagi ketelusan proses pilihan raya di negara ini.
Pengerusi Suruhanjaya Pilhan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, daripada jumlah itu, 147,681 orang merupakan anggota tentera manakala 94,613 anggota polis.
Katanya, ini berikutan pelaksanaan peraturan baharu yang diperkenalkan buat pertama kali pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) kelak.
"Pengundian secara pos ini menimbulkan kontroversi seolah-olah undi pos tidak telus dan perkara ini telah dibawa dalam perbincangan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya dan setelah dipersetujui, SPR sendiri bersetuju mengendalikan pilihan raya awal.
"Proses pengundian awal ini sama juga dengan proses biasa iaitu tidak menggunakan sampul surat dan karung, cuma masa dan hari mengundi yang berbeza. Pengundian awal ini mungkin diadakan lebih awal iaitu dua atau tiga hari sebelum hari pengundian sebenar," katanya.
'via Blog this'
Subscribe to:
Posts (Atom)