Wednesday, September 7, 2011

Shafnie Pinjam Duit Kerana Nafkah Anak Tidak Cukup

 Shafnie Zainudin 
KAJANG: Bekas isteri A.C Mizal iaitu Shafnie Zainudin dimaklumkan ada meminjam wang daripada ibunya yang berusia 62 tahun bagi tujuan perbelanjaan anak-anak lantaran nafkah yang diberikan oleh pelakon dan pengacara tersebut tidak mencukupi.
Rapiah Ab Talib yang merupakan seorang pesara juga memberitahu, Shafnie turut meminjam wang daripada ibu saudaranya selain pernah menjual barang kepada kawan-kawan dan saudara-mara untuk mendapatkan wang lebih demi keselesaan dua anak yang diperoleh hasil perkahwinannya dengan A.C Mizal.
"Saya tolong setakat termampu. Saya tahu duit tidak cukup kerana plaintif (Shafnie) selalu mengadu nafkah yang diberikan oleh defendan (A.C Mizal) tidak mencukupi," katanya pada afidavit keterangannya yang dikemukakan di Mahkamah Rendah Syariah di sini, pada Selasa.
Afidavit keterangan tersebut diikrarkan pada 25 Ogos lalu dalam kapasitinya sebagai saksi kedua dalam permohonan Shafnie untuk mengubah nafkah anak berjumlah RM300 kepada RM3,770 sebulan yang dituntutnya daripada pelakon tersebut.
Shafnie, 36, yang merupakan seorang bekas model berkahwin dengan AC Mizal atau nama sebenarnya Mizal Zaini, 39, pada 24 Jun 1995 dan dikurniakan anak, Muhammad Shafiq Iman, 15, dan Muhammad Shabil Iman, 12, sebelum berpisah pada 17 Oktober 2001.
Dalam prosiding yang bermula pada pukul 3.20 petang itu, Shafnie diwakili oleh peguam syarie Azmi Rais.
Pada keterangan lain, Rapiah memberitahu, tidak beberapa lama selepas bercerai, Shafnie bersama anak-anaknya kembali menetap dengan dia di Batu 12, Jalan Cheras-Kajang, di sini kerana tidak mampu untuk membayar sewa rumah di Kota Damansara, dekat sini.
"Bila tinggal serumah, saya banyak tanggung makan, minum dan lain-lain termasuk perbelanjaan anak-anak. Saya tidak mampu bantu plaintif menjaga anak-anak sepenuh masa kerana saya tidak berapa sihat," katanya dan menambah Shafnie mengambil pembantu rumah untuk menguruskan anak-anak apabila dia bekerja.
Rapiah seterusnya memberitahu, emosi Muhammad Shafiq Iman dan Muhammad Shabil Iman juga terganggu apabila mendengar cerita mengenai AC Mizal kerana tahu ayah mereka hidup dalam suasana yang senang, sedangkan kehidupan mereka adalah sederhana kerana nafkah yang diberikan tidak cukup.
"Muhammad Shafiq Iman pernah cakap pada saya bahawa masa dia berjumpa dengan defendan di mahkamah, dia tahu ayahnya pakai kasut mahal. Anak-anak itu tahu defendan hidup senang kerana tengok dalam televisyen tentang kekayaan defendan," tambah Rapiah.
Saksi menambah, pada pengetahuannya hubungan anak-anak tersebut juga telah lama tidak berjumpa dengan rancangan Maharaja Lawak itu, selain kebanyakan panggilan telefon yang dibuat mereka kepada AC Mizal tidak berjawab.
Menyentuh mengenai pendidikan anak-anak itu, Rapiah memberitahu, Muhammad Shafiq Iman bersekolah di sebuah sekolah swasta Al-Amin di Bangi, dekat sini manakala Muhammad Shabil Iman menuntut ilmu di Sekolah Rendah Seri Sekamati, Kajang, di sini.
"Pada pengetahuan saya, Sekolah Al-Amin bagus kerana membimbing anak-anak dalam pendidikan agama. Tambahan pula, anak-anak tersebut tidak mendapat bimbingan agama daripada bapa kandung mereka. Sejak tingkatan satu, Muhammad Shafiq Iman tidak pernah tinggal solat dan tahu konsep anak soleh," katanya.
Tambahnya, yuran persekolahan Muhammad Shafiq Iman melebihi RM200 sebulan dan akan dibekalkan RM2 sehari sebagai wang belanja dan dinaikkan kepada RM5 jika kanak-kanak itu perlu menghadiri aktiviti ko-kurikulum di sekolah.
"Muhammad Shafiq Iman juga akan menaiki komuter setiap kali menghadiri kelas tambahan," katanya dan menambah, dia tahu A.C Mizal berkemampuan untuk membayar nafkah yang dituntut oleh anaknya kerana kehidupan pelakon itu senang kerana sering keluar di televisyen dan mempunyai syarikat sendiri.
Sementara itu, semasa menjawab soalan peguam syarie Siti Aishah Din yang mewakili A.C Mizal, saksi bersetuju bahawa Shafnie pernah berkahwin untuk kali kedua selepas berpisah dengan A.C MIzal dan perkahwinan tersebut juga berakhir dengan perceraian.
"Saya tak ingat bila mereka bercerai kerana dia kahwin sekejap sahaja," katanya.
Rapiah bagaimanapun tidak bersetuju dengan cadangan Siti Aishah bahawa permohonan tersebut hanya difailkan selepas perceraian kali kedua berlaku dan memberitahu bahawa isu nafkah itu telah lama timbul semasa Shafnie masih bergelar isteri orang.
Hakim Syarie Abdul Halim Abdullah kemudiannya menetapkan perbicaraan bersambung pada 13 September depan untuk membolehkan Siti Aishah meneliti secara terperinci afidavit keterangan Rapiah bagi membolehkan beliau menyoal balas saksi.-mstar

Mat Indera Bukan Ahli PKM & Tak Terlibat Serang Bukit Kepong - Adik

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK
KUALA LUMPUR: Adik tiri kepada Ahmad Indera atau Mat Indera menegaskan bahawa abangnya bukan pengkhianat negara malah turut menafikan tokoh kontroversi itu menganggotai Parti Komunis Malaya (PKM).
Selain itu Baharom Shah Indera, 65, berkata, Mat Indera juga tidak berfahaman komunis malah turut serta berjuang membebaskan negara daripada penjajahan British.
"Abang saya selalu menafikan bahawa beliau bukan seorang yang berfahaman komunis. Beliau juga tidak pernah menganggotai PKM.
"Kami ahli keluarga percaya beliau bukan anggota komunis. Saya yakin beliau adalah pejuang kemerdekaan yang sebenar dengan caranya sendiri," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS di sini, Rabu.
Justeru Baharom Shah mendesak kerajaan membersihkan nama Mat Indera daripada terus dilabel sebagai pengkhianat negara.
Menurutnya, dua asas utama bahawa Mat Indera bukan seorang pengkhianat adalah berdasarkan pegangan agama dan ketegasan tokoh berkenaan menentang British.
"Saya mendesak agar kerajaan bersihkan nama abang saya, jangan lagi label beliau sebagai pengkhianat negara kerana beliau turut menyumbang kepada kemerdekaan negara. Kerajaan perlu betulkan sejarah yang ditulis oleh British.
"Dua asas penting ialah abang saya sangat komited dengan agama dan mengajar agama sama ada di dalam hutan atau di luar hutan semasa beliau terlibat dalam gerakan kemerdekaan negara.
"Keduanya beliau sangat bencikan penjajah British, beliau bergerak menentang British menerusi gerakan gerila," katanya.
Melabelkan Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan berhaluan kiri, Baharom Shah menjelaskan bahawa abangnya itu tidak terlibat dalam tragedi serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong oleh PKM.
"Berdasarkan maklumat yang saya perolehi, Mat Indera datang lewat ke Bukit Kepong semasa kejadian pada 23 Februari 1950. Beliau datang bukan untuk bertempur sebaliknya datang untuk menyelamatkan mangsa yang terlibat.
"Antara yang diselamatkan daripada dibunuh adalah anggota polis, Yusof Rono dan Jamilah Abu Bakar iaitu anak anggota polis merin Bukit Kepong.
"Saya difahamkan ramai lagi mangsa yang diselamatkan oleh Mat Indera," katanya.
Kontroversi mengenai Mat Indera tercetus selepas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dalam ceramahnya di Tasek Gelugor pada 21 Ogos lalu mengangkat pejuang gerila itu sebagai hero tragedi Bukit Kepong.
Mohamad dalam ceramahnya turut menyebut bahawa Mat Indera dan rakan seperjuangan dalam PKM yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong sebagai pejuang kemerdekaan.-mstar

Mat Indera bukan pejuang sebaliknya pengganas - Ghani



NUSAJAYA 7 Sept. - Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman berkata, Ahmad Indera atau Mat Indera yang terlibat dengan gerakan menentang penjajah ketika negara diperintah oleh British, bukan seorang pejuang kemerdekaan sebaliknya pengganas yang kejam dan zalim.
Beliau berkata, berdasarkan fakta sejarah peristiwa Bukit Kepong, Mat Indera adalah anggota Parti Komunis Malaya (PKM) dengan sebagai Ketua Rejimen ke-10 yang kejam dan zalim serta mengancam keselamatan orang awam pada ketika itu.
"Apabila British menguatkuasakan undang-undang darurat pada 19 Jun 1948 di Tanah Melayu, semua parti politik berhaluan kiri seperti Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Angkatan Pemuda Insaf (API) dan PKM telah diharamkan.
"Oleh itu, ramai anggota gerakan berhaluan kiri memilih tindakan sama ada berdiam diri, melarikan diri ke Singapura, bersatu dengan militan PKM atau meneruskan hasrat berjuang atas landasan lain termasuk menyertai Parti Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Bagaimanapun, Mat Indera telah memilih untuk menjadi anggota gerakan komunis militan dan ganas dalam gerakan penentangan bersenjata PKM terhadap pentadbiran British,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan Johor di sini hari ini.
Abdul Ghani berkata demikian bagi mengulas tindakan Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu, yang dengan yakin mempertahankan kenyataannya (Mat Sabu) bahawa Mat Indera dan pengganas komunis dalam peristiwa berdarah di Balai Polis Bukit Kepong adalah pejuang kemerdekaan sebenar. - Bernama

Al-Qaeda kian lemah selepas 10 tahun Tragedi 9/11

NEW YORK: Rangkaian pengganas antarabangsa, Al-Qaeda kini semakin lemah dalam tempoh satu dekad selepas peristiwa 9 September (9/11), manakala Amerika Syarikat (AS) semakin mempunyai semangat tinggi untuk terus menangani kegiatan pengganas global.

Perkara itu dinyatakan Setiausaha Pertahanan AS, Leon Panetta ketika melakukan lawatan ke kawasan pemulihan semula Ground Zero, di tengah kota New York, tempat berlakunya serangan 9 September 2001.
Panetta berkata, rakyat Amerika kini boleh menarik nafas lega apabila Al-Qaeda berterusan mengalami kejutan sehingga melemahkan rangkaian itu dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
“Kita boleh berbangga kerana sejak peristiwa 9/11, kita membawa beberapa kejayaan dalam membanteras Al-Qaeda, termasuk melemahkan kepemimpinan Al-Qaeda,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata, tiga pemimpin utama Al-Qaeda, termasuk Osama bin Laden yang terbunuh dalam sebuan kontroversi tentera AS, Mei lalu, semuanya sudah tiada dan dengan itu, pertubuhan itu kini mengalami kemusnahan yang serius.

Panetta bagaimanapun memberi amaran kepada rakyat Amerika agar jangan tunduk sebaliknya memberi tekanan dan kesalahan kepada Al-Qaeda yang menyebabkan tragedi 9/11 lalu sehingga 3,000 orang terkorban. - AFP 

19 maut letupan bom berkembar di Pakistan

QUETTA: Dua letupan bom berkembar yang mensasarkan pasukan keselamatan kerana menahan anggota kanan Al-Qaeda, minggu ini menyebabkan 19 maut manakala 44 lagi cedera di barat daya Pakistan, hari ini.

Letupan pertama membabitkan bom kereta di luar kediaman timbalan ketua polis Bandar Quetta, disusuli letupan kedua membabitkan seorang pengebom berani mati meletupkan dirinya di dalam kediaman sama.
Kejadian itu disahkan pegawai kanan polis, Hamid Shakil.
“Sekurang-kurangnya 19 terbunuh manakala 44 cedera dan angka kematian terus meningkat," katanya.

Beliau berkata, timbalan ketua polis itu cedera manakala isteri dan dua anaknya terbunuh.

Beliau berkata, tujuh askar dan seorang pegawai turut terkorban.

Kediaman ketua polis itu sangat berhampiran dengan bangunan kerajaan dan kediaman pegawai di bandar berkenaan yang menjadi ibu negeri Wilayah Baluchistan yang bersempadan dengan Afghanistan-Iran. - AFP 

9 maut, 45 cedera letupan bom di New Delhi

NEW DELHI: Sekurang-kurangnya sembilan maut dan 45 lagi cedera apabila sebutir bom meletup di luar pekarangan Mahkamah Tinggi di New Delhi, hari ini.
Letupan berlaku jam 10 pagi waktu tempatan berdekatan pintu pagar masuk ke mahkamah berkenaan. Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, R K Singh memberitahu stesen CNN-IBN bahawa letupan itu menyebabkan sembilan terkorban dan 45 lagi parah. - AP

Khalid Samad: Jais kubu Umno di Selangor



SHAH ALAM, 7 Sept: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad (gambar)menyifatkan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) itu memberi bukti jelas bahwa badan itu merupakan kubu ataupun benteng terakhir Umno dalam usaha menyekat pergerakan PAS.

Ini kerana, Jais mahu menyekat PAS dari mendekati rakyat terutamanya program keagamaan yang diadakan di masjid mahupun surau.

Khalid yang didakwa di bawah Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor semalam berkata demikian ketika mengulas tindakan Jais ke atas beliau itu.

“Saya melihat apa yang jua yang dilakukan oleh Jais ini hanyalah bermotifkan politik dan pendirian saya jelas bahawa Jais merupakan kubu Umno serta merupakan benteng terakhir mereka untuk menyekat segala pergerakkan yang dilakukan oleh PAS.

"Enakmen yang diguna pakai oleh mereka adalah yang digubal semasa pemerintahan mereka dan dengan cara ini sahajalah mereka dapat membuat apa yang mereka suka lebih-lebih lagi apabila sudah hampir dengan pilihanraya,” jelasnya.

Sebelum ini, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dalam sidang medianya di Kuala Terengganu mendakwa Umno terlibat di belakang operasi memeriksa yang dibuat Jais ke atas gereja methodist Damansara Utama.

Ekoran itu, Umno Selangor mahu menyaman beliau dan Mustafa menjawab beliau akan memberikan buktinya dalam mahkamah nanti.

Dalam pada itu, Khalid tidak menolak Jais bukan sahaja menyekat pergerakan PAS tetapi juga ingin menimbulkan masalah kepada Pakatan Rakyat.

“Jelas kerana semuanya bermotifkan politik dan Umno berada dalam ketakutan, mereka bukan sahaja ingin menghalang PAS tetapi juga ingin menimbulkan masalah kepada Pakatan Rakyat.

“Sepatutnya Intitusi ini bertujuan menyebarkan pengetahuan tentang Islam tetapi sekarang semuanya telah berubah mereka pula yang menghalang.

“Selama tiga tahun kita telah cuba mencorak Jais dengan pendirian Islam memerintah bukannya diperintah tetapi Jais tetap berkeras dengan pendirian lama mereka yang mahukan pentauliahan jika ingin menyampaikan tazkirah kecuali di rumah sahaja,” katanya lagi.

Khalid didakwa di bawah Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor. Jika sabit kesalahan beliau boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

“Saya akan terus lawan untuk menegakkan Islam walaupun terpaksa hilang keistimewaan sebagai Ahli Parlimen jika disabitkan dengan kesalahan tersebut.

“Kalau Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sanggup kehilangan segala-galanya dalam mencari keadilan kepada gadis Melayu sebelum ini kenapa kita ingin takut untuk menegakkan Islam.

“Dari sudut undang-undang saya akan beri kerjasama sepenuhnya dan akan bersuara jika tindakan tersebut bertentangan dengan apa yang Islam inginkan,” sambungnya lagi.

Khalid didakwa memberikan kuliah agama Islam tanpa permit ketika memberikan tazkirah Ramadan pada 16 Ogos lalu di surau Taman Seri Sementa, Kapar, Klang.
harakahdaily

Mat Indera selamatkan mangsa tragedi Bukit Kepong

KUALA LUMPUR, 7 Sept: Sejarah sebenar mengenai Jamilah Abu Bakar, anak kepada seorang anggota polis marin dalam tragedi di Bukit Kepong yang diselamatkan oleh Mat Indera tidak boleh dinafikan lagi oleh sebarang pihak, walaupun kini sedang diselewengkan oleh pihak-pihak tertentu.

Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kaiat menjelaskan, kenyataan beliau sejak awal isu membabitkan Mat Indera tercetus sekarang menyebut Jamilah yang diselamatkan oleh Mat Indera, bukan keluarganya.

Menurut beliau, namun sesetengah pihak kini sedang berusaha menyelewengkan kenyataannya dengan mengatakan beliau berkata Jamilah dan keluarganya yang telah diselamatkan oleh Mat Indera.

Katanya, kenyataan itu ternyata tidak tepat dan menyeleweng dari fakta sebenar yang disebut oleh beliau sehingga menyebabkan timbulnya kekeliruan berhubung perkara itu.

"Lebih dikesali lagi, akibat penyelewengan laporan itu oleh akhbar Sinar Harian hari ini, ia akan mencetuskan pertikaian lain pula berhubung dengannya," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, di sini, hari ini.

Akibat kesilapan laporan itu, menurut beliau, dibimbangi akan diambil kesempatan oleh pihak tidak bertanggungjawab terutama Umno untuk mempertikaikan kenyataan beliau dan dari pihak PAS.
-harakahdaily

Dr Asri kecam tindakan Jais



KUALA LUMPUR, 7 Sept: Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin (gambar)menyifatkan apa yang dibuat oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sekarang adalah mengekalkan sistem penjajah untuk mengekang agama sendiri.

Sehubungan itu, beliau yang melahirkan simpati terhadap anggota parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang didakwa Jais semalam berkata, "jangan hairan jika ramai orang murtad..kuasa agama untuk menyusahkan perkembangan agama."

Asri mengulas tindakan Jais yang mendakwa Khalid semalam dan akan dibicarakan di Mahkamah Syariah Klang 24 November depan kerana memberikan tazkirah di sebuah surau tanpa tauliah dari Jais.

Sebelum ini, Asri juga adalah menjadi mangsa Jais apabila beliau dikepong oleh penguatkuasa Jais ketika sedang memberikan kuliah agama seumpama penjenayah.

Khalid dipanggil ke pejabat Jais Shah Alam semalam dan dibebaskan dengan jaminan mulut oleh pembantunya sementara menunggu tarikh perbicaraan.

Khalid didakwa di bawah Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor. Jika sabit kesalahan beliau boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Khalid didakwa memberikan kuliah agama Islam tanpa permit ketika memberikan tazkirah Ramadhan pada 16 Ogos lepas di surau Taman Seri Sementa, Kapar, Klang.

Turut menerima tindakan dari Jais adalah Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Othman apabila tauliah beliau ditarik pada bulan Ramadhan baru-baru ini.

"..simpati apabila ada ahli Parlimen yang diambil tindakan oleh Jais kerana memberi tazkirah..sekalipun tiada bukti ada kesalahan dalam tazkirah tersebut.

"Begitulah susahnya berdakwah..sistem penjajah dipakai untuk mengekang agama sendiri..jangan hairan jika ramai orang murtad..kuasa agama untuk menyusahkan perkembangan agama," tulis Asri dalam Facebook.

Bagi beliau, tindakan Jais ini seumpama arahan Nabi s.a.w "Sampaikan daripadaku walaupun satu ayat" dimansuhkan.

Bagi Dr Asri, perkara ini berlaku kerana pihak yang tidak layak dan berilmu sewajarnya diberikan kuasa mkenjaga agama.

"Yang tidak layak menaungi agama diberikan kekebalan yang tidak diberikan kepada al-Khulafa al-Rasyidin sekalipun..apapun yang selamat HARD ROCK CAFE jua," tulis beliau.
-harakahdaily

Keluarga tuntut kerajaan bersihkan nama Mat Indera



KUALA LUMPUR, 7 Sept: Kerajaan BN diminta membersihkan imej Mat Indera daripada dilabel sebagai pengkhianat negara kerana beliau ternyata seorang pejuang kemerdekaan yang sebenar.

Sehubungan itu, sejarah kemerdekaan negara perlu dikaji semula memandangkan sejarah yang ada kini terdapat terlalu banyak penyelewengan dari fakta yang sebenar.

Adik kepada Mat Indera, Baharom Shah Indera, 65, berkata, fakta sejarah perjuangan sebenar mengenai abangnya sememangnya terlalu banyak yang diselewengkan dan amat perlu dikaji semula oleh ahli-ahli sejarah.
[Gambar: Baharom Shah (tengah) menunjukkan buku Pengukir Nama Johor bersama Suhaizan dan Khairul Faizi pada sidang media di Pejabat Agung PAS.]

Menurut beliau, Mat Indera adalah individu yang komited terhadap agama dan tegas terhadap pendiriannya untuk membebaskan negara daripada penjajahan.

Katanya, namun abangnya telah dituduh sebagai pengkhianat oleh pihak British ketika menjajah negara kita dulu dan ia perlu dikaji semula bagi membersihkan imej dan nama baik ahli keluarganya.

"Dalam hal ini, para pemimpin Umno perlu bersikap jujur terhadap pejuang-pejuang kemerdekaan yang sebenar. Ahli-ahli sejarah juga perlu mengkaji semula fakta-fakta sejarah yang telah diselewengkan itu dan jangan hanya sekadar bercakap sahaja.

"Bagaimana abang saya boleh dituduh pengkhianat, sedangkan beliaulah yang telah menyelamat salah seorang anggota polis, Yusof Rono dan Jamilah Abu Bakar, anak kepada anggota polis marin di Bukit Kepong," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, di sini, hari ini.

Selain itu, menurut beliau, terdapat ramai lagi mangsa yang telah diselamatkan oleh abangnya dalam tragedi di Bukit Kepong.
-harakahdaily

Umno BN cuba alih isu jual kewarganegaraan



PARIT BUNTAR, 6 Sept: Isu sejarah yang membabitkan Mat Indera dan kematian Noramfaizul Mohd Nor di Somalia sedikit sebanyak telah mengalihkan perhatian negara terhadap hal perbuatan Umno BN menjual kewarganegaraan kepada pendatang asing tanpa izin (Pati) dan pemilik MyPR.
“Bagi saya Umno BN cuba sedaya upaya membenamkan isu penting ini, mereka dingatkan supaya jangan pandang sebelah mata terhadap kemampuan Pakatan bagi menangani kerja-kerja kotor BN yang perkuda SPR dan juga JPN bagi menambah jumlah pengundi hantu BN menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) 13 nanti,” kata Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs Khalil Idham Lim (gambar)dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.
Katanya, isu pilihan raya yang adil tetap menjadi asas perjuangan Pakatan Rakyat memandangkan PRU sudah semakin hampir, petunjuk makin jelas di mana-mana, antaranya jalan di kampung kebanyakannya sudah siap hampir 100% diturap dengan tar yang baru.
Tambahnya, gula-gula politik makin giat diagih tatkala menjelang 1 Syawal baru-baru ini dengan jolokan duit raya menjadi petanda bahawa BN amat terdesak untuk meraih undi daripada rakyat.
Lidah Umno iaitu Utusan, ujarnya sanggup memutar belit kenyataan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang didakwa mengiktiraf komunis yang menyerang Rumah Pasung Bukit Kepong sebagai pejuang kemerdekaan sejati dalam ucapannya .
“Tetapi amat malang buat Umno BN kerana isu ini umpama sedang menggali kubur mereka (BN) sendiri, kerana fakta sejarah tidak boleh ditipu di mana ia telah dibukukan cuma tidak diajar secara menyeluruh di sekolah-sekolah,” katanya yang juga Adun Titi Serong.
Beliau berkata, dokumentasi tentang sejarah itulah yang dengan sendirinya mendedahkan siapakah sebenarnya Umno.
Meneuutnya, dan apabila rakyat tahu akan hal itu, sudah pasti parti yang dikatakan sebagai pembela bangsa akan ditolak oleh ahlinya sendiri.
Negara juga, ujarnya telah dikejutkan dengan kematian seorang wartawan Bernama yang menyertai misi bantuan kemanusiaan di Somalia sebagai wakil media.
“Sekali lagi isu ini telah menjelaskan kepada negara bahawa kerajaan pimpinan Najib Razak tidak serius dalam hal keselamatan nyawa rakyatnya,” ujarnya lagi.
Baginya, segala peristiwa dan juga isu yang berlaku itu merupakan tipping point buat rakyat Malaysia untuk berubah daripada mengundi BN kepada mengundi Pakatan Rakyat pada PRU 13 nanti.
“Lakukan perubahan besar ini dengan undi anda bagi menjelaskan kepada dunia bahawa Malaysia punyai sejarah dan nilai yang amat berharga iaitu jati diri anda sebagai warga negara yang berdaulat dan punya hak untuk menukar kerajaan.
“Rakyat mestilah menjadi guru kepada Umno BN yang sudah sangat alpa kepada amanah yang sentiasa dikhinati sejak 54 tahun. Mereka adalah pengkhianat kepada agama, negara dan bangsa mereka sendiri,” ujarnya.
-harakahdaily

XPDC Menjejaki Mat Indera: Isteri Kau... Isteri Aku, Punca Serangan Bukit Kepong.



Tentera Fiji di Tanah Melayu

Isteri Kau, Isteri Aku

Sejak Mat Indera popular dikalangan buruh sehingga diangkat menjadi pemimpin mereka, kerajaan British sudah mula memusuhi Mat Indera. Apatah lagi apabila Mat Indera bergerak di bawah Partai Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dipimpin Dr. Burhanuddin al-Helmy dan Ishak Haji Mohammad. Matlamat mereka ialah untuk membebaskan tanah air daripada penjajahan Inggeris. Mat Indera juga aktif didalam pergerakkan Angkatan Pemuda Insaf (API).

Pada 20 Jun 1948, penjajah British mengisytiharkan Undang-undang Darurat di seluruh negara dan semua gerakan dan partai gerakan kiri telah diharamkan. Pada masa ini revolusi bergema di serata tempat. Mat Indera telah memimpin belasan pemuda memasuki Tentera Pembebasan Nasional Malaya, mengibarkan panji perjuangan bersenjata dan mengisytiharkan perang terhadap penjajah British. Mat Indera kemudiannya dilantik sebagai anggota Jawatankuasa Wilayah Bahagian Johor Jabatan Kerja Melayu serta menjadi salah seorang pemimpin Rejimen Ke-10 Tentera Pembebasan Nasional Malaya.

Mat Indera adalah seorang kader penyusun gerak yang sangat efektif. Pengaruh beliau yang sudahpun tersebar di pelbagai daerah negeri Johor adalah hasil perjuangan beliau pada masa aman dahulu. Pasukan kerja bersenjata pimpinan beliau wujud di pelbagai kawasan terutama di Muar, Air Hitam, Batu Pahat dan Segamat. Mat Indera bersama gerakan KaumMudanya telah berusaha menaburkan benih-benih revolusi di merata kampung dan memperluaskan pengaruh serta tapak organisasi di kalangan ramai pekerja khasnya kaum tani.

Hubungan beliau dengan masyarakat bagai isi dengan kuku. Mat Indera sangat mengambil berat kehidupan masyarakat pelbagai bidang. Masyarakat pula menyambutnya seperti putera terbaik kesayangan mereka sendiri. Mereka lebih-lebih gembira kerana mempunyai tentera mereka sendiri dan Mat Indera yang mereka anggap sebagai seorang pemimpin mereka di waktu aman dahulu kini muncul pula di tengah-tengah mereka sebagai seorang komander Tentera Pembebasan. Banyak kampung telah disusun dan menjadi asas untuk menyokong perjuangan bersenjata mereka. Tambahan pula kesan kemasukan tentera Gurkha dan Fiji British ketika era perang terhadap Jepun mula mendatangkan masalah kepada penduduk kampung.

Tentera Gurkha di Tanah Melayu

Inilah antara punca kepada peristiwa penyerangan Bukit Kepong. Menurut Pak Johan, masyarakat kampung ketika itu banyak diganggu oleh askar-askar upahan penjajah ini. Perangai dan tingkahlaku buruk yang ditunjukkan oleh tentera Gurkha dan Fiji ini semakin menyusahkan masyarakat kampung sejak Jepun keluar dari Tanah Melayu. Mereka lebih gemar berjudi dan mabuk, seterusnya mengganggu orang kampung. Askar Fiji pula lebih teruk lagi apabila tidak boleh melihat perempuan. Tidak kira anak dara atau isteri orang, jika mereka suka mereka akan mendapatkannya.

Pernah terjadi satu peristiwa seorang kampung menetak dengan parang seorang lelaki yang sedang mengendap isterinya di dapur. Rupa-rupanya lelaki yang mengendap itu adalah tentera Fiji. Walaupun tentera Fiji ini bersalah, dan hanya tercedera di lengan namun lelaki ini lebih malang lagi kerana dipenjarakan sehari di atas tindakannya itu. Bak kata Pak Johan,"Lagak askar Fiji ini dengan perempuan, tidak peduli. Jika mereka sudah suka, isteri kau..isteri aku.". Lebih malang lagi pengaruh buruk tentera-tentera upahan British ini turut mempengaruhi sebahagian anggota Polis melayu yang berkhidmat untuk British. Walaupun tidaklah seteruk hingga merogol isteri orang, namun budaya minum dan mabuk ini sudah menjadi kebiasaan dikalangan ramai anggota polis yang bekerja dengan British ketika itu.

Sdr Awang (kiri) bersama bapanya Yahya. Pak Yahya adalah anak kepada Pak Sanib.

Oleh kerana maklumat terperinci perjuangan Mat Indera ketika di dalam hutan tidak begitu diketahui oleh Pak Johan. Saya bersama SAMM berjaya menjejak anak kepada rakan baik Mat Indera iaitu Sanib Jasmani. Sanib Jasmani adalah merupakan Ketua Kompeni Rejimen Ke-10, juga berasal dari Johor, dan pernah sama-sama berjuang bersama Mat Indera. Kami berjaya menjejakkan kaki ke Jeram, Muar untuk bertemu anak kepada arwah Sanib Jasmani iaitu Pak Yahya yang berusia 68 tahun.

Menurut Sdr Awang, iaitu anak Pak Yahya yang pernah bertemu sendiri dengan Pak Sanib semasa hidupnya, telah dimaklumkan tentang keburukan perangai tentera dan polis Britih ketika itu yang berlaku zalim dan penindasan terhadap penduduk kampung. Namun apalah daya penduduk kampung ketika itu. Handak diharapkan kepada Polis melayu, mereka juga bekerja dengan British. Hendak melawan mereka tidak bersenjata.

Sanib Jasmani @ Masin merupakan anggota pasukan Melayu Johor.

Ketika inilah Mat Indera menjadi harapan masyarakat kampung untuk membela nasib mereka yang ditindas dan dizalimi oleh anjing-anjing British ini. Menurut Awang juga, Mat Indera yang sememangnya terkenal di kalangan penduduk kampung di Muar hanya menggunakan Komunis untuk mendapatkan bekalan senjata bagi melawan polis dan tentera penjajah ini. Pak Sanib akhirnya pulang kembali ke Malaysia selepas perjanjian damai hatyai pada 1989. Beliau telah meninggal dunia di Gunung Senyum di Jengka, Pahang beberapa tahun lepas.

Keluarga MAT INDERA Di Buang Negeri

Sejak Mat Indera menjadi buruan kerajaan British. Keluarga Mat Indra yang ketika itu tinggal di Bakri sentiasa mendapat penghinaan. Pak Johan turut menceritakan pengalamannya melalui zaman persekolahan ketika itu. Penghinaan terhadap keluarganya yang dikatakan menjadi penyokong komunis dan pengganas sudah ditanamkan oleh propaganda kerajaan British ketika itu. Propaganda itu turut menyerap dikalangan guru dan rakan-rakannya di sekolah ketika itu. Beliau sentiasa dicemuh oleh semua guru di sekolahnya sebagai keluarga komunis. Kecuali seorang guru agama, Haji Hitam yang sentiasa memberi sokongan dan meminta Pak Johan supaya bersabar. Perkara ini tidak sukar difahami kerana, kebanyakan guru ketika itu adalah merupakan lepasan sekolah Inggeris, melainkan guru agama yang mempunyai kefahaman agama yang lebih. Tambahan pula Mat Indera sendiri adalah seorang guru agama yang terkenal di Muar sebelum masuk berjuang di dalam hutan.


Hanya seorang guru agama sahaja yang tidak menghina dan mengutuk saya di sekolah sebagai Komunis dan pengkhianat - Pak Johan

Kemuncak tekanan kerajaan British kepada keluarga Mat Indera ialah mereka diusir dari bumi Johor. Keluarganya di arah untuk keluar dalam tempoh masa 3 bulan. Jika mereka engkar mereka sekeluarga akan dipenjarakan. Akhirnya Pak Johan dan keluarganya memilih untuk berpindah ke Singapura.British memberikan kepada keluarga mereka 3 pilihan tempat untuk  berpindah iaitu di Pulau Pinang, Singapura atau Melaka. Mereka sekeluarga tinggal di Singapura selama setahun.

Sepanjang tempoh lima tahun di Singapura ini, mereka tidak mengetahui khabar berita tentang Mat Indera. Mereka hanya mendengar khabar berita tentang Mat Indera daripada berita serangan di Bukit Kepong dan Mat Indera ditangkap ketika berada di Singapura.

Kredit: Pulakdah

FAKTA SEJARAH HINGGA HARI KIAMAT

UNTUK MEREKA YANG MASIH KURANG SEDAR

British telah berjaya dihambat keluar dari Tanah Melayu kerana anak semua bangsa telah bangun mengangkat senjata melawan mereka. Perjuangan angkat senjata ini adalah fakta sejarah. Fakta yang selama ini telah cuba ditenggelamkan oleh United Malay National Organisation. Niat busuk menenggelamkan fakta ini bertujuan untuk menipu orang ramai agar percaya bahawa gerombolan United Malay National Organisation ini sahaja yang berhak menjadi 'raja’ memerintah Tanah Melayu/Malaysia sampai hari kiamat.

Semenjak tahun 1958 United Malay National Organisation telah ke hulu ke hilir menjajakan ikan busuk – Merdeka dicapai tanpa tumpah darah. Setiap bulan Ogos United Malay National Organsation jadi mamai dengan kesah-kesah dongeng tentang bagaimana mereka menentang gerila Pembebasan Rakyat Malaya yang dipimpin oleh Parti Komunis Malaya (PKM). United Malay National Organisation ini agak bebal kerana kesah kesah dongeng ini membuktikan bahawa mereka - dalam Bahasa Inggerisnya menjadi British’s running dog atau anjing suruhan British. Rakyat Tanah Melayu bangun menentang British tetapi United Malaya National Organisation menentang orang yang menentang British. Jelas ini perbuatan dan kerja barua British.

Perjuangan mengangkat senjata melawan Brtish bermula pada 20 Jun 1948. Sebelum angkat senjata melawan British ini dilancarkan, Parti Komunis Malaya telah juga melancarkan gerakan gerila bersenjata menentang kuasa fascist Jepun. Ini adalah jawapan anak semua bangsa terhadap fascist Jepun yang telah menawan Tanah Melayu pada tahun 1941-1945. Ini fakta sejarah.

Babak-babak sejarah sejarah gilang gemilang bermandi darah ini cuba dilupuskan kerana dalam sejarah ini nama United Malay National Organisation tidak pernah muncul. Bau bau kentut mereka pun tidak terdengar dalam babak-babak sejarah ini. Gerombolan United Malay National Organisation tidak pernah wujud dalam perjuangan anti-imperialis.

Kuasa imperialis Kulit Puteh ( White Colonial Power) – Portugis, Belanda dan British – datang ke Tanah Melayu ini kerana mencari harta kekayan. Kuasa imperial ini datang untuk mengambil hasil bumi – bijeh, emas, getah dan rempah rampai. Buktinya: gerombolan yang datang awal untuk menjarah harta kekayaan di Kepulauan Nusantara adalah lanun seperti Raffles dari East India Company.

Semenjak kuasa imperialis ini - Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun - menjejakkan kaki ke Tanah Melayu – mereka terus diserang. Nama seperti Mat Kilau, Datuk Bahaman, Tok Jaggut, Maharaja Lela, Haji Abdul Rahman Limbong – adalah pemula gerakan anti-imperialis di Tanah Melayu. Ini fakta yang tidak mungkin luput hingga hari kiamat.

Mari saya cerahkan para pembaca dengan beberapa fakta-fakta sejarah yang juga tidak mungkin akan berubah hingga hari kiamat. Para pembaca yang budiman : Sila buka minda dan pakukan ke dalam otak kita semua bahawa parti dan pertubuhan politik Melayu yang tertua di Tanah Melayu ialah Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang ditubuhkan pada tahun 1938 dibawah pimpinan Ibrahim Yacoob. Ini diikuti pula dengan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang ditubuhkan pada tahun 1945 dengan sayap mudanya Angkatan Pemuda Insaf (API) dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS).

United Malay National Organisation hanya ditubuhkan pada tahun 1946. Sila baca betul betul. Buka mata dan buka kepala: KMM 1938, PKMM, API dan AWAS pada tahun 1945. United Malay National Organisation ditubuh pada tahun 1946. Baca sekali lagi : sembilan belas empat puluh enam United Malay National Organisation ditubuhkan dan bukan sembilan belas tiga puluh lapan. Tarikh 1946 ini pun untuk United Malay National Organisation telah ditalkinkan. United Malaya National Organisation yang baru ini ditubuhkan pada tahun 1988. Ini fakta sejarah yang tidak akan berubah hingga hari kiamat.

Kemudian mari kita lihat garis-garis perjuangan parti-parti ini. Kesatuan Melayu Muda dan Parti Kebangsaan Melayu Malaya telah memekikkan slogan – MERDEKA! Laungan ini telah menghantui kuasa imperial British. Tuntutan kemerdekaan ini telah mengampoh dan ini menakutkan kuasa kolonial British.

United Malay National Organisation bukan sahaja TIDAK berani melaungkan – merdeka – malah gerombolan ini telah mengeluarkan slogan lawak seram yang berbunyi: Hidup Melayu! Slogan lawak seram ini seolah-olah orang Melayu 'kurang oxygen’. Masih tidak jelas - apakah pada tahun 1946 dahulu orang Melayu sedang nyawa-nyawa ikan atau kurang oxygen untuk bernafas sehinggakan perlu dilaungkan ‘hidup Melayu’. Atau kerana hakikatnya United Malay National Organisation ini satu gerombolan yang bebal dan tidak dapat memikirkan slogan yang masuk akal.

Lawak seram – Hidup Melayu – masih ditakbirkan ke hulu ke hilir hingga ke hari ini. Adalah satu fakta bahawa yang masih lantang melaungkan Hidup Melayu hari ini adalah kaum Mamak Kimma dan kumpulan Awang Hitam yang semakin di sangsikan teromba dan salasilah kerurunan mereka. Kenapa Awang Hitam ini suka melaungkan Hidup Melayu ini memerlukan satu kajian yang lebih rapi.

Adalah juga fakta sejarah bahawa United Malay National Organisation tidak - diulangi sekali lagi dengan huruf besar – T-I-D-A-K - berjuang untuk mendapat kemerdekaan. Apabila kuasa imperial British merasa tekanan senjata dan gerakan massa politik di Tanah Melayu semakin melonjak dan mengampoh maka kuasa imperial memerlukan budak suruhan yang setia. Justeru, diwujudkan satu gerombolan yang dipanggil United Malay National Organisation. Nama Inggeris kumpulaan ini masih dipakai hingga ke hari ini. Nama Inggeris ini sahaja sudah memadai sebagai bukti bahawa gerombolan ini ditelor, dieram dan dinetaskan oleh British.

Pada 20 Jun 1948 kuasa kolonial Britsih telah mengistiharkan apa yang dipanggil ‘darurat’. Perkataan ‘darurat’ ini adalah kelentong besar dari pihak British. British dengan licik telah menggunakan perkataan ‘darurat’ agar orang Melayu tidak sedar bahawa apa yang sedang berlaku pada tahun 1948 sebenarnya ialah perjuangan bersenjata untuk menghalau British. Tidak ada warga Tanah Melayu dalam darurat. Yang darurat ialah kuasa kolonial dan soldadu British yang telah diserang oleh gerila Pembebasan Rakyat Malaya.

Apabila darurat diistiharkan – kuasa kolonial British telah mengharamkan KMM, PKMM, PKM, API, AWAS, Hisbul Musliman dari bergerak bebas di Tanah Melayu. Ramai pemimpin parti , kader politik dan aktivis dalam gerakan nasionalis ini telah di tangkap oleh soldadu British. Nama-nama seperti Burhanuddin al- Helmy , Ishak Haji Muhamad, Chen Peng, Rashid Maidin, Shamsiah Fakeh, S.A. Ganapathy, Ustaz Abu Kabar al- Bakir, Ahmad Boestaman, Kamaruzaman Teh, Abdullah Sidi adalah nama-nama nasionalis yang dikhendaki oleh British.

Apabila pemimpin dan kader dari gerakan nasionalis ini ditangkap, diburu atau dibunuh maka barulah United Malay National Organisation dapat berkembang. Gerombolan United Malay National Organisation dapat bernafas dengan slogan Hidup Melayunya kerana ramai pemimpin-pemimpin rakyat telah memulakan kerja dibawah tanah atau masuk ke hutan mengangkat senjata untuk menjadi gerila Pembebasan Rakyat Malaya.

British dengan licik telah lebih awal merancang satu strateji untuk memastikan United Malaya National Organisation dapat mara ke hadapan. Strateji ini cukup senang: Dua tahun sebelum darurat diistiharkan kuasa kolonial British telah menimbulkan konsep politik yang dinamakan Malayan Union. Ini adalah taktik Britsih untuk mematahkan gerakan nasionalis Melayu yang anti- British. Dengan mencadangkan konsep Malayan Union ini British telah memberi nafas kepada United Malay National Organisation untuk mengumpulkan orang-orang Melayu.

Justeru apabila darurat diistiharkan dua tahun kemudian - pada tahun 1948 – pucuk pimpinan nasionalis Melayu dari KMM, PKMM, PKM telah dipatahkan. Gerakan yang tidak diganggu gugat malah mendapat sokongan British hanyalah United Malaya National Organisation, Malayan Indian Congress dan Malayan Chinese Association – semuanya menggunakan nama Inggeris. Ketika pemimpin gerakan nasionalis dalam penjara atau kini di hutan bergerila maka ketika inilah United Malay National Organisation mencelah masuk menawarkan diri untuk menjadi barua British yang setia. Ini fakta sejarah yang sampai kiamat pun tidak akan berubah.

Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman – dua bengolan ini bukan – B-U-K-A-N- dieja dengan huruf besar - bukan perjuang menentang Britsih. Mereka berebut-rebut menawarkan diri untuk menjadi barua Brtisih yang setia. Pada ketika itu penjajah British memasang dua kuda. Justeru, kuasa kolonial British memiliki dua pilihan. British akan memilih kuda yang lebih setia dan yang boleh menipu orang Melayu dengan bijak bistari. Akhirnya Tunku menjadi kuda pilihan British.

Dengan kemunculan budaya internet segala pembohongan United Malay National Organisation telah diketahui umum. Satu demi satu tipu helah dan fakta songsang tentang perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu telah mula dibongkar. Anak-anak muda semakin sedar kenapa pada ketika ini United Malay National Organisation sedang bermati-matian cuba memesongkankan fakta perjuangan bersenjata melawan British.

Hari ini – pada 5 haribulan September 2011 – United Malay National Organisation sedang bernafas dalam lumpur untuk mempertahankan babak serangan gerila Pembebasan Rakyat Malaya keatas Rumah Pasong Bukit Kepong. United Malay National Organisation melihat serangan ini sebagai detik sejarah perjuangan mereka.

Serangan gerila ini telah dipimpin oleh Mat Indra – seorang guru agama, seorang kader dari Parti Komunis Malaya dan aktivis API. Kemunculan Mat Indera pada tahun 2011 telah meledakkan mitos bahawa Parti Komunis hanya dianggotai oleh orang China. Roh Mat Indra juga telah meledakkan mitos bahawa kaum komunis tidak ada agama. Roh Mat Indra yang muncul tahun ini telah juga mensahehkan bahawa United Malay National Organistaion adalah barua setia British. Ini kerana Sarjan Ketua Rumah Pasong Bukit Kepong pada malam serangan itu ialah Ray Dancey. Sila baca namanya sekali lagi. Namanya bukan Mat Rais bin Lebai Dasi tetapi Ray Dancey – seorang Mat Salleh yang sebelum ini kerjanya ialah mengharu birukan rakyat Palestin.

United Malay National Organsation ini bukan sahaja barua yang setia malah telah menjadi barua yang amat bebal. Tidakkah mereka sedar bahawa serangan keatas Rumah Pasong Bukit Kepong ini berlaku pada 23 Februari 1950. Tahun seribu sembilan ratus lima puluh Tanah Melayu masih dibawah British. Bendera yang berkibar di rumah pasong Bukit Kepong ialah bendera Union Jack. Lagu yang dinyanyikan ialah lagu God Save the Quen dan bukan lagu Memula Moon atau Terang Bulan.(TT)

NOTA:
tulisan ini telah disiarkan
dalam akhbar
 SUARA KEADILAN
yang terbaru - sesiapa ingin
berlanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
 03-22-72-4-45
tukaqtiub

Pengundi pos suami isteri ‘sama jantina’

KUALA LUMPUR, – DAP hari ini telah menemui lagi 21 bukti tambahan pengundi pos, dengan satu kes suami isteri ‘sama jantina’, pesara tentera yang masih menjadi pengundi pos dan 19 pasangan suami isteri yang mendaftar sebagai pasangan tenteranya.

Ketua Pemuda DAP Kebangsaan Anthony Loke berkata, DAP telah menemui sepasang suami isteri tentera berjantina sama di Briged Kem Rasah dengan nama pasangan yang hampir sama.

‘Pasangan sama jenis’ itu bernama Yuniza Bte Nodin dengan kad pengenalan 750504-05-5498 dan Yuzina Bte Nodin dengan kad pengenalan tentera T6096236.

Kedua mereka ini berkongsi lokaliti yang sama iaitu 130/22/07/401 – 1 Briged Kem Rasah.


“Adakah tentera Malaysia membenarkan perkahwinan sama jenis? Bagaimana ini boleh terjadi? Mampukah SPR menjelaskan kesilapan sebegini? Adakah akan seperti dahulu bahawa kesilapan SPR cuma 0.0001 peratus sahaja?” kata Loke yang juga Ahli Parlimen Rasah dalam siding akhbar di sini hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi DAP Negeri Sembilan berkata, 19 pasangan tentera di Kem Rejimen Askar Melayu Diraja di Rasah pula, setiap rumah pasangan itu diwakili oleh seorang sahaja.

Ini kerana, menurutnya, salah seorang dari pasangan yang berkhidmat sebagai tentera, dan pasangannya yang tidak bekerja sebagai tentera, menggunakan MyKad pasangan yang bekerja sebagai tentera.

“Nombor MyKad ini bukan milik suami atau isteri anggota tentera. Jadi salah seorang suami atau isteri itu masih boleh didaftarkan di kawasan lain dan boleh pula mengundi dua kali. Ia tidak kira siapa. Isunya sekarang ialah undi tambahan sudah boleh dibuat.

“Ada wanita dengan nombor kad pengenalan lelaki, dan sebaliknya. Dan perlu diingat, kesemua ini adalah pendaftar baru. Ini cuma dalam satu kem sahaja, bukan di seluruh Malaysia lagi,” katanya menambah bahawa kes yang sama turut berlaku di kawasan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin.

Justeru, Loke memberi contoh, N M Ezwanee bin Mat Isa bernombor kad pengenalan 830902-55-290 yang nombor belakangnya iaitu ’0′ mewakili perempuan.

“Sementara itu Norlianiza Binti Abu, dengan kad pengenalan tentera T5005217 lahir pada hari yang sama iaitu 2 September 1983, sama dengan kad pengenalan Ezwanee pula,” katanya.

Beliau turut mendedahkan lagi tentang seorang bekas tentera, Kalidass a/l Maniam yang pernah bekhidmat di Rejimen ke-2 Artileri Kem Mahkota, Johor yang masih aktif dalam senarai pengundi di situ sedangkan beliau sudah bersara dan berdaftar sebagai pengundi biasa di Parlimen Sungai Siput.

Menurut Loke, Kalidass sekarang menggunakan MyKad 571226-08-5211 dan menetap di Sungai Siput Utara, Perak dan sudah tidak menggunakan kad pengenalan tentera beliau yang bernombor T3006437 itu lagi.

“Ini tidak adil, SPR seharusnya menukar perubahan dan persaraan Kalidass secara automatik,” kata Loke.

Ketika dihubungi Roketkini, Kalidass yang telah menyertai DAP menjelaskan bahawa beliau bersara pada 2 Disember 2010.

“Selepas bertukar kad tentera dengan kad pengenalan baru melalui Mindef, saya pun mendaftar sebagai pengundi. Tidak berapa lama kemudian, tergerak hati untuk menyemak nombor tentera saya yang dahulu,” katanya.

Justeru Kalidass terus memaklumkan perkara ini di ibu pejabat ADUN Jalong supaya penyelewengan ini dapat diketengahkan lagi.-ROKETKINI

N'N:Tapi UMNO sudah silap perancangan kerana menghina Mat Indera samalah seperti mereka menghina Rakyat Johor, kerana Mat Indera adalah tokoh pejuang kemerdekaan yang berasal dari Johor dan beliau diiktiraf oleh Kerajaan Johor.
-naimnikmat

Usia 120 tahun masih sihat



KOTA BHARU - Siapa sangka dalam usia menjangkau 120 tahun, seorang warga emas, Limah Dollah (gambar) masih dikurniakan kesihatan yang baik dengan penglihatan yang jelas.

Menurut Limah, walaupun tidak mampu melakukan sebarang pekerjaan disebabkan keadaannya yang semakin uzur namun penglihatannya masih jelas.

“Saya tinggal bersama anak dan 12 cucu di Kampung Paya Lada sejak berpuluh tahun lalu. Kini saya menghabiskan masa bersama cucu dan anak saya di rumah dan merekalah yang menjaga makan dan minum saya,” katanya kepada Sinar Harian.

Pendapatan yang tidak seberapa disebabkan anak sulungnya yang hanya bekerja sendiri tidak mematahkan semangatnya untuk meneruskan kehidupan malah dia tetap bersyukur kerana mempunyai tempat bergantung.

“Sekurang-kurangnya saya dapat meraikan sambutan hari raya bersama keluarga,” katanya.

Mat Sabu sedia debat dengan Muhyiddin




KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu sedia berdebat dengan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam isu pejuang kemerdekaan, khususnya peristiwa Bukit Kepong.

Beliau berkata, selepas isu kontroversi ucapannya di Tasek Gelugor, 27 Ogos lalu, Muhyiddin banyak ‘menyerang’ beliau dalam ucapannya termasuk meminta supaya ‘bertaubat dan bertakwa’.

“Jadi eloklah saya bertemu dengan beliau sendiri. Tidak kiralah sama ada mahu berdebat, berdialog, atau berbincang, terpulang,” katanya pada sidang media, semalam.

Turut hadir dalam sidang media itu naib presiden, Sala­huddin Ayub, setiausaha agung, Datuk Mustafa Ali dan ketua penerangan, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Menurutnya, walaupun Khairy Jamaluddin mencabar beliau berdebat tetapi Ketua Pemuda Umno itu tidak banyak mengecamnya, Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, Muhyiddin adalah Ahli Parlimen Pagoh, yang mana kawasan itu berdekatan dengan Bukit Kepong.

“Saya pun mahu tanya dia (Muhyiddin) juga, di mana unsur saya perlu bertaubat. Sebab saya nak belajar juga dari tokoh ulama macam Muhyiddin Yassin,” sindir Mohamad.

Sementara itu, Tuan Ibrahim berkata beliau akan menghantar surat jemputan berdebat kepada Muhyiddin pada minggu ini juga.

“Perlu ikut taraf, Timbalan Presiden Umno lawan Timbalan Presiden Pas. Jemputan itu akan diberikan dalam masa terdekat ini dan akan diserahkan kepada Ketua Penerangan Umno,” katanya.

Mengulas hasrat Kelantan untuk menganjurkan debat dengan Khairy, Mohamad berkata, beliau setakat ini belum menerima sebarang makluman

Beribu-ribu guru di Kenya mogok


NAIROBI 7 Sept. - Kebanyakan sekolah di Kenya terpaksa ditutup hari ini apabila beribu-ribu orang guru melancarkan mogok meminta kerjaan menambah bilangan guru di sana.
Kesatuan Guru Kenya Kebangsaan (KNUT) yang mempunyai seramai 200,000 orang ahli, meminta kerajaan untuk mengupah lebih ramai guru bagi menampung bilangan pelajar yang semakin bertambah selepas Presiden Mwai Kibaki memperkenalkan pendidikan sekolah menengah dan rendah percuma.
“Kesemua sekolah rendah kerajaan dan 40 peratus sekolah menengah ditutup, dan 11.1 juta pelajar terjejas,” kata pegawai kesatuan, David Okuta. - Reuters

Polis selamatkan kanak-kanak ditawan bapa


SYDNEY 7 Sept. - Polis Australia hari ini menyelamatkan seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dari bapanya yang menjadikan dia tawanan dengan memakai beg galas yang disyaki mengandungi bom selama hampir 12 jam, lapor polis dan media tempatan.
Lelaki berusia 52 tahun itu memasuki sebuah pejabat guaman di Sydney dengan membawa anak perempuannya dan dipercayai ia berpunca berkaitan dengan perebutan hak penjagaan kanak-kanak itu.
Selepas hampir 12 jam pihak polis berunding dengannya, lelaki itu berjaya ditangkap dan polis masih menyiasat kandungan beg galas tersebut.
Menurut polis, tiada sesiapa di dalam pejabat yang bersebelahan dengan bangunan Mahkamah Keluarga ketika kejadian itu berlaku. - Reuters

Pemimpin Somalia berunding




Sharif Sheikh Ahmed (kiri), Ibrahim Mohamed Mahmud (tengah) dan Speaker Parlimen Somalia, Sharif Hassan Sheik Adenduring (kanan) semasa pembukaan Mesyuarat Perudingan peringkat tertinggi di Mogadishu pada 4 September lalu untuk menamatkan perang saudara di negara itu. - AP


MOGADISHU 6 Sept. - Para pemimpin Somalia hari ini dijadual menandatangani perjanjian untuk menubuhkan sebuah kerajaan baru, dan membubarkan pentadbiran berusia tujuh tahun yang gagal membawa keamanan di negara yang berpecah-belah ini.
Mereka membincangkan perjanjian politik baru yang mendapat sokongan daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di ibu negara ini sejak tiga hari lalu.
Pemberontak al-Shabaab berundur dari Mogadishu pada bulan lalu setelah bertahun-tahun berjuang untuk menumbangkan kerajaan pusat.
"Persidangan penting ini adalah untuk meluluskan pelan bagi menamatkan tempoh peralihan kuasa di Somalia," kata wakil PBB ke Somalia, Augustine Mahiga dalam satu kenyataan lewat semalam.
Perjanjian tersebut adalah yang terbaru antara banyak percubaan untuk menamatkan perang saudara yang sudah berlarutan lebih dua dekad di Somalia.
Perbalahan politik berpanjangan dan pemberontakan militan al-Shabaab telah melemahkan Kerajaan Persekutuan Peralihan di Somalia, sehingga gagal menunaikan mandat utamanya bagi menyatupadukan negara ini, merangka Perlembagaan baru dan menganjurkan pilihan raya.
Perjanjian politik baru itu tertumpu kepada peningkatan tahap keselamatan di Mogadishu dan kawasan lain di selatan Somalia, perdamaian di seluruh negara, draf Perlembagaan, pembaharuan pentadbiran dan institusi.
Presiden Somalia, Sharif Sheikh Ahmed; Presiden wilayah pemisah Puntland, Ibrahim Mohamed Mahmud; pemimpin wilayah Gamudug di tengah negara ini dan para pemimpin militia prokerajaan, Ahlu Sunna Wal Jamaa dijadual menandatangani perjanjian itu.
Pelan tersebut akan dilaksanakan dalam tempoh setahun akan datang, selepas Sharif dan Speaker Parlimen pada Jun lalu bersetuju untuk melanjutkan penggal mereka selama setahun lagi. - AFP

Tiga beradik akhirnya jejak kaki ke sekolah




GELAGAT Norhidayah Mohd. Zaki (kanan) bersama Nordiana (tengah) dan Mohd. Alif (kiri) ketika mula bersekolah di Sekolah Kebangsaan Seri Budiman, Kuala Terengganu, semalam.


KUALA TERENGGANU 6 Sept. - Lazimnya mereka hanya memerhatikan rakan sebaya berulang-alik ke sekolah dan mendengar dengan asyik cerita-cerita yang disampaikan tentang apa yang dipelajari serta kegiatan yang dilakukan.
Hari ini, tiga beradik itu, Norhidayah Mohd. Zaki, 9, Nordiana, 8, dan Mohd. Alif, 7, mengalami sendiri apa yang selama ini hanya dapat mereka bayangkan daripada cerita-cerita rakan sebaya.
Ketiga-tiganya bangkit sejak awal pagi dan dengan perasaan teruja menyarung seragam sekolah baru dan menyandang beg menuju ke sekolah.
Selepas tidak dapat bersekolah selama ini ekoran ketiadaan surat beranak, impian tiga beradik dari Kampung Nibong Che Damak ini untuk belajar seperti kanak-kanak lain tercapai dengan bantuan Pergerakan Pemuda UMNO Kuala Terengganu.
Norhidayah membonceng motosikal bapanya, Mohd. Zaki Othman, 48, manakala ibu mereka, Rohani Ngah, 33, bersama adik-adiknya menaiki van yang disediakan oleh pergerakan itu ke Sekolah Kebangsaan Seri Budiman di sini.
Selepas proses pendaftaran selesai kira-kira pukul 9 pagi, tiga beradik itu ditempatkan di kelas yang sama iaitu kelas pemulihan bagi membolehkan mereka menguasai pembelajaran asas membaca, menulis dan mengira.
Norhidayah dilihat cukup teruja sehingga tidak lekang dengan senyuman ketika duduk dikelilingi rakan sekelas, Nordiana pula nampak agak tergamam manakala Mohd. Alif masih kekok dan takut-takut.
"Saya tak pandai membaca, menulis dan mengira, tetapi apabila sudah sekolah, saya boleh belajar. Apabila besar nanti saya mahu jadi doktor," kata Norhidayah yang sudah lama teringin bersekolah seperti rakan sekampung ketika ditemui di sekolah itu.
Rohani sebelum ini dilaporkan begitu resah memikirkan masa depan keluarga terutama anak-anaknya yang tiada sijil kelahiran termasuk Mohd. Syawal, 5.
Segala-galanya bermula pada tahun 2000 apabila pernikahannya dengan Mohd. Zaki, 48, tidak mendapat restu keluarga sehingga gagal memperoleh surat pengesahan nikah walaupun dikatakan telah berkahwin secara sah.
Kegagalan itu menyebabkan pasangan berkenaan membuat keputusan untuk 'berkahwin semula' pada 2005 untuk memperoleh sijil nikah dan memudahkan urusan dengan Jabatan Pendaftaran Negara.
Justeru, apabila anak bongsu mereka, Nurul Fatihah, 3, dilahirkan, hanya kanak-kanak itu memperoleh sijil kelahiran.
Pasangan itu yang tidak mempunyai pekerjaan tetap mendakwa pernah mengeluarkan belanja menggunakan orang tengah bagi membantu mendapatkan sijil kelahiran tetapi tidak berhasil.
Bagaimanapun, menerusi bantuan Biro Aduan Pergerakan Pemuda UMNO, masalah yang dihadapi empat beradik itu telah dibawa ke pengetahuan JPN dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD). Akhirnya, mereka menerima sijil kelahiran pada 28 Ogos lalu.
Sementara itu, Rohani dengan nada terharu mengucapkan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua pihak yang membantu mendapatkan sijil kelahiran untuk empat anaknya dan membantu menyekolahkan mereka.
"Saya rasa sangat beruntung dan ini hadiah paling besar dan bermakna, seolah-olah kami sudah bebas daripada bebanan besar selama ini," ujarnya.

Buaya tembaga gergasi ditangkap


PENDUDUK kampung mengerumuni buaya tembaga jantan sepanjang 6.4 meter yang ditangkap di bandar Bunawan, Pulau Mindanao, Filipina.
PENDUDUK kampung mengerumuni buaya tembaga jantan sepanjang 6.4 meter yang ditangkap di bandar Bunawan, Pulau Mindanao, Filipina.

MANILA: Seekor buaya tembaga berukuran 6.4 meter panjang, dipercayai yang paling besar ditemui, ditangkap di bahagian selatan Filipina setelah beberapa kejadian serangan buaya berlaku.
Seorang pemburu, Rollie Sumiller berkata, reptilia jantan seberat 1,075 kilogram itu dipercayai membaham seorang petani yang hilang Julai lalu di bandar Bunawan dan juga menyerang dan membaham kepala kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dua tahun lalu.
Pemburu itu menyiasat isi perut haiwan itu dengan memaksanya muntah selepas ia ditangkap Sabtu lalu, tetapi, tiada cebisan tubuh manusia ataupun kerbau yang dilaporkan hilang oleh penduduk di situ ditemui.

“Penduduk merasa lega, tapi kami tak pasti ia telah memakan manusia kerana mereka pernah melihat beberapa ekor buaya lain di kawasan itu,” kata Sumiller.


Kerajaan tempatan di bandar miskin yang menempatkan 30,000 orang penduduk itu, membuat keputusan untuk tidak membunuh buaya tetapi akan membuka sebuah taman semula jadi untuk mempamerkan buaya itu kepada orang ramai.

Ketua Bahagian Hidupan Liar, Kementerian Alam Sekitar Filipina, Josefina de Leon berkata, mungkin buaya itu adalah yang terbesar pernah ditangkap di dunia.

“Berdasarkan rekod yang ada, buaya yang terbesar ditangkap sebelum ini ialah sepanjang 5.48 meter,” katanya. - AFP

Rugi RM80,000 angkara tak tukar nama

KUALA LUMPUR: Seorang wakil insurans terkejut apabila pihak bank menyamannya bagi mendapatkan semula wang pinjaman kereta BMW yang pernah dibuatnya sedangkan kereta berkenaan sudah dijual kepada sebuah syarikat kereta terpakai empat tahun lalu.
Difahamkan, syarikat beroperasi di Kota Damansara itu tidak menyelesaikan proses pertukaran hak milik kereta mangsa, Ho Pui Tiong, 41, hingga menyebabkan beliau kerugian hampir RM80,000 apabila disaman pihak bank, awal bulan lalu.

Menurutnya, dia menjual kereta BMW miliknya dan membeli kereta baru daripada syarikat terbabit dengan bayaran tambahan RM10,000 secara tunai.

“Namun, lebih memeranjatkan, penama hak milik kereta BMW terbabit tidak ditukar hingga hari ini walaupun segala bayaran sudah saya jelaskan kepada syarikat itu.

“Lebih menghairankan, saya mendapati kereta berkenaan tidak dijual kepada pemilik baru, tetapi digunakan seorang ahli keluarga pemilik syarikat terbabit untuk kegunaan peribadi sejak tiga tahun lalu.

“Saya cuba menghubungi syarikat itu sebelum dimaklumkan syarikat terbabit tidak beroperasi sejak beberapa bulan lalu,” katanya ketika membuat aduan di Balai Berita, di sini, semalam.


Pui Tiong berkata, dia dimaklumkan kereta itu sudah dijual kepada pembeli baru dari Melaka, namun proses pertukaran hak milik dan penama kenderaan berkenaan masih tidak selesai.

“Saya mengetahui kejadian itu selepas menerima surat saman daripada bank awal bulan lalu berjumlah hampir RM80,000.
“Bagi menyelesaikan bayaran saman itu, saya kini terpaksa menjual sebuah rumah milik keluarga di Puchong,” katanya.

Sehubungan itu, Pui Tiong membuat laporan di Balai Polis Jinjang bagi menuntut syarikat terbabit bertanggungjawab atas kerugiannya.

Pinjam duit ibu

SHAFNIE (kiri) dan AC Mizal keluar dari mahkamah 
selepas perbicaraan kes tuntutan nafkah
 anak di Mahkamah Syariah Kajang, semalam. 
- Foto Ahmad Irham Mohd Noor
KAJANG: Bekas isteri pelakon dan pengacara AC Mizal, Shafnie Zainuddin didakwa meminjam duit ibunya semata-mata menanggung perbelanjaan harian dan persekolahan dua anak lelakinya.
Ibu Shafnie, Rapiah Ab Talib, 62, dalam afidavit keterangannya diikrarkan di Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam berkata dia mengetahui nafkah cucunya, Muhammad Shafiq Iman, 15, dan Muhammad Shabil Iman, 12, tidak mencukupi kerana Shafie (plaintif) tinggal bersamanya dan selalu mengadu perkara itu. “Selepas plaintif bercerai dengan AC Mizal (defendan), plaintif tinggal sementara di Kota Damansara kemudian berpindah ke rumah saya kerana tidak mampu bayar sewa rumah dan pembantu rumah. “Bila tinggal serumah, saya menanggung makan minum dan lain-lain. Saya tidak dapat bantu Shafnie menjaga anaknya sepenuh masa kerana tidak berapa sihat sebab itu plaintif kena ambil pembantu rumah. Saya tahu plaintif yang bayar pembantu rumah itu,” katanya dalam afidavit berkenaan. Menurut keterangan Rapiah yang juga pesara dalam afidavit itu lagi, Shafnie pernah menjual barang dengan kawan dan saudara-maranya kerana ingin mencari duit lebih untuk anaknya. Dalam afidavit itu juga, Rapiah menjelaskan anak sulung Shafnie, Muhammad Shafiq bersekolah di sekolah swasta kerana tidak mendapat bimbingan agama daripada bapa kandung mereka.

Tambahnya, dengan menghantar mereka ke sekolah swasta Al-Amin, Muhammad Shafiq mendapat pengetahuan agama lebih seperti tidak tinggal solat dan tahu konsep menjadi anak soleh. Rapiah juga menjelaskan dia mengetahui bekas menantunya itu hidup senang kerana selalu muncul di kaca televisyen dan mempunyai syarikat sendiri. “Saya tahu defendan berkemampuan membayar nafkah anak lebih daripada jumlah sekarang,” katanya. Selain itu, Rapiah berkata dia nampak emosi cucunya terganggu kerana tahu ayah mereka hidup senang tapi mereka hidup sederhana kerana nafkah tak mencukupi. Sementara itu, dalam soal balas peguam syarie Siti Aishah Din yang mewakili penyanyi itu, Rapiah memberitahu mahkamah Shafnie memfailkan kes itu pada 2008, selepas bercerai dengan suami keduanya. Shafnie yang berkahwin dengan AC Mizal pada 24 Jun 1995 memfailkan permohonan itu pada 30 Julai 2008. Pasangan itu bercerai talak satu pada 17 Oktober 2001.

Shafnie dalam permohonannya, menuntut RM3,770 sebulan dan perbelanjaan tahunan RM9,000 untuk kedua-dua anak mereka. Perubahan nafkah itu merangkumi perbelanjaan bulanan makan minum (RM400), pengangkutan (RM240), insurans pendidikan (RM1,000), pembantu rumah (RM200), pengajian al-Quran (RM280), dana amanah pendidikan (RM1,000) dan sewa rumah (RM650).

Khalid didakwa

SHAH ALAM: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad dijangka dihadapkan ke Mahkamah Syariah Klang pada 24 November ini berhubung tindakannya menyampaikan ceramah agama di sebuah surau tanpa tauliah, bulan lalu.
Semalam, beliau hadir di pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kira-kira jam 10 pagi bertujuan memberi keterangan terhadap siasatan atas dakwaan itu yang dikatakan dilakukannya di sebuah surau di Taman Seri Sementa, Kapar, Klang, bulan lalu.

Penolong Pengarah, Unit Perhubungan Awam dan Penerbitan Jais, Nurhamizah Othman, berkata Ahli Parlimen Shah Alam itu dipanggil Bahagian Penguat Kuasa Jais untuk memberikan keterangan bagi membantu siasatan kes itu. Menurutnya, siasatan berkenaan masih dijalankan dan sedang dalam proses untuk dilengkapkan pihak Jais “Jais menerima aduan daripada orang ramai atas dakwaan Ahli Parlimen itu menyampaikan ceramah tanpa tauliah. “Pihak Jais memanggil beliau pada pagi ini (semalam) untuk memberikan keterangan berhubung dakwaan itu,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam. Seksyen 119 (1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 memperuntukkan bahawa mana-mana orang yang mengajar agama Islam atau perkara mengenai Islam tanpa tauliah di bawah Seksyen 118 adalah melakukan kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Difahamkan, Khalid didakwa memberikan kuliah agama Islam tanpa permit ketika memberikan tazkirah Ramadan pada 16 Ogos lalu di surau Taman Seri Sementa.

Sementara itu, Khalid ketika dihubungi, berkata beliau tidak mengatakan tauliah penceramah tidak perlu, tetapi kehadirannya di surau berkenaan hanya mengadakan ceramah mengenai Islam saja. Menurutnya, selain memberikan keterangan, beliau dimaklumkan bahawa kesnya itu akan disebut di Mahkamah Syariah Klang pada 24 November ini.

“Memang saya hadir untuk berikan keterangan kepada Jais pagi ini (semalam) kerana didakwa memberi ceramah agama tanpa tauliah dan saya difahamkan kes ini akan didengar di Mahkamah Syariah Klang, 24 November ini,” katanya. Sementara itu, memetik akhbar dalam talian Pas, Harakahdaily, semalam, Khalid berkata, ketika tazkirah Ramadan itu beliau memang menyentuh peranan umat Islam dalam menguruskan hal ehwal agama di negeri ini.


Katanya, beliau ingin beritahu kepada hadirin keadilan Islam ini bukan kepada Islam saja bahkan kepada Yahudi, hatta berlawan dengan Khalifah Islam sendiri.

“Saya nak kaitkan, kita umat Islam kena dengar kedua-dua belah pihak dalam kes Jais siasat gereja ini bukan dari sebelah pihak dan membuat keputusan,” katanya.

Semua dibawa pulang

KUALA LUMPUR: “Pihak kedutaan Malaysia memaklumkan akan membawa pulang semua pelajar di Syria kerana keadaan semakin meruncing. Baki wang simpanan juga tinggal tidak seberapa dan saya perlu menangguhkan bayaran sewa rumah kerana tidak mampu.
“Kami benar-benar terdesak ketika ini. Rasa bersyukur bila dimaklumkan kerajaan akan membantu menyelesaikan masalah kami,” kata Noor Ikhwan Abdul Razak, 23, ahli Jawatankuasa Persatuan Pelajar Malaysia di Syria ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, perkara itu dimaklumkan wakil kedutaan di Damsyik sewaktu pertemuan dengan wakil pelajar yang diaturkan khusus untuk mencari penyelesaian berhubung masalah dihadapi kumpulan pelajar berkenaan.

Katanya, keadaan di negara bergolak itu semakin meruncing dengan sekatan ke atas penggunaan kad kredit untuk mengeluarkan wang masuk minggu kedua.

“Saya sendiri terpaksa menangguhkan bayaran beberapa keperluan lain kerana perlu berjimat untuk membeli makanan,” katanya menerusi perbualan telefon, semalam.

Ikhwan berkata, kedutaan memaklumkan ia akan dilakukan selewat-lewatnya bulan ini.


Dia yang mengikuti pengajian di Universiti Fatah Islami berkata, setakat ini lebih 200 penuntut negara ini terjejas.

Akhbar ini semalam melaporkan, Kementerian Pengajian Tinggi akan mengemukakan surat kepada institut pengajian tinggi (IPT) di Syria bagi memaklumkan masalah dihadapi penuntut Malaysia.

Pelakon sambung belajar

GEORGETOWN: Pelakon Mubarak Majid atau nama sebenarnya Mohamad Mubarak Majid bergelar penuntut pada usia 55 tahun apabila mendaftar sebagai penuntut baru Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Lakonan dan Pengarahan di Universiti Sains Malaysia (USM).
Dia mengambil jurusan itu sepenuh masa antara 3,883 penuntut dari dalam dan luar negara yang mendaftar di universiti itu bagi sesi pengajian 2011/2012.

“Sudah lama saya mahu menyambung pelajaran, namun hasrat itu terbantut kerana menguruskan keluarga dan anak-anak. Saya pernah mencuba sekali, tetapi ia tidak dapat dilakukan,” katanya.

Mubarak yang sudah membabitkan diri dalam bidang lakonan hampir 30 tahun berkata, pemilihan USM dianggap cabaran buat dirinya yang secara tidak langsung menjadi pendorong untuknya berusaha lebih gigih.

Israel tahan pemimpin Hamas

RAMALLAH: Tentera Israel, semalam menahan seorang pemimpin Hamas di timur Baitulmaqdis yang diusir rejim Zionis ke Tebing Barat tahun lalu.
Mohamed Abu Tir ditahan awal pagi semalam di kediaman sementaranya di Kufr Aqab, kawasan kejiranan dekat Ramallah, kata pegawai Hamas kepada media.

Naib Presiden Majlis Undang-Undang Palestin Hamas, Ahmed Bahr mengecam pehananan itu dengan menuduh Isarel menculik Mohamed.

“Rancangan Zionis untuk mengosongkan Tebing Barat daripada pemimpin Hamas tidak akan berjaya,” katanya.

Abu Tir ditahan Jun tahun lalu dan diusir ke Tebing Barat pada Disember selepas beliau enggan meninggalkan Baitulmaqdis Timur walaupun Kementerian Dalam Negeri Israel membatalkan permit kediamannya kerana hubungannya dengan Hamas. - AFP