Bagaimanapun, lelaki berusia 35 tahun itu tidak dapat berlari jauh akibat kecederaannya yang parah sebelum rebah tidak jauh dari tempat beliau diserang.
Rakan mangsa yang berusia 36 tahun turut parah akibat ditetak di belakang badan manakala seorang lagi mangsa sempat lari menyelamatkan diri.
Dalam kejadian 9 malam itu, tiga sahabat berkenaan dikatakan berbual di depan rumah apabila sebuah kereta Proton Wira berhenti di depan mereka dan tiga lelaki bersenjatakan parang keluar daripada kereta lalu menyerang mereka.
Menurut abang mangsa yang ditetak di belakang badan, Encik M Perumal, 48 tahun, beliau dimaklumkan tiga lelaki itu menyerang adik iparnya bersama dua rakan.
'Adik ipar saya dan seorang rakannya gagal melarikan diri dan mereka ditetak kumpulan lelaki itu.
'Mereka cedera di tangan dan belakang badan. Mereka hanya dapat berlari sejauh beberapa meter sebelum rebah,' katanya.
Menurutnya, seorang lagi rakan mereka yang berusia dalam lingkungan 20-an, sempat lari ke belakang rumah bagi menyelamatkan diri.
Katanya, adik ipar dan rakannya yang cedera parah itu kemudian dikejarkan ke Hospital Tampin manakala tiga penyerang itu melarikan diri.
'Saya tidak mengetahui motif serangan itu tetapi tidak menolak kemungkinan mereka tersilap sasaran kerana setahu saya, adik ipar saya tidak mempunyai musuh. Bagaimanapun, saya serahkan kepada polis untuk menyiasat,' katanya.
Polis masih menyiasat kejadian itu. -- Harian Metro.
Cyberita Online Luar Negara