Showing posts with label hamas. Show all posts
Showing posts with label hamas. Show all posts

Thursday, October 4, 2012

Tv Syria selar pemimpin Hamas




         
BEIRUT: Televisyen Syria semalam menyelar pemimpin Hamas Palestin kerana ‘meninggalkan’ Presiden Bashar Al-Assad, yang satu ketika dulu menjadi pelindungnya.

Syria menerima Hamas pada 1999 selepas pihak berkuasa Jordan mengusir pemimpin dalam buangannya, Khaled Meshaal (gambar), yang dituduh menggunakan negara itu untuk menjalankan kegiatan haram.


Persahabatan Bashar dengan Khaled yang dibina atas permusuhan mereka terhadap Israel, terjejas selepas tentera yang setia kepada Presiden Syria itu bertindak terhadap penunjuk perasaan sehingga merebak menjadi pemberontakan bersenjata.

Khaled menutup pejabat Hamas di Damsyik Februari lalu dan berpindah ke Qatar.


“Kedatangan Khaled yang seperti anak yatim mencari perlindungan disambut dengan baik oleh Syria selepas negara lain memulaukannya,” kata televisyen Syria semalam.


“Sekiranya anda bersedih dengan penderitaan rakyat Syria, mengapa anda tidak memberi tumpuan sama kepada rakyat Palestin di wilayah yang dijajah Israel?” antara soalan yang dibangkitkan televisyen itu kepada pemimpin Hamas berkenaan.

Syria dan Iran membentuk ‘paksi penentangan’ bersama-sama kumpulan Hizbullah di Lubnan serta Hamas bagi menentang Israel yang menjajah Tebing Barat dan Semenanjung Gaza sejak 1967. Tetapi, Hamas, yang ideologinya berasaskan ideologi pergerakan Ikwanul Muslimin yang berfahaman Sunni, menjauhkan diri daripada Bashar tahun lalu apabila pemimpin Syria itu memerangi penunjuk perasaan dan pejuang Sunni negara itu. - AFP.

Friday, November 12, 2010

Rundingan Fatah, Hamas gagal


DAMSYIK 11 Nov. - Dua kumpulan Palestin yang bertelagah, Hamas dan Fatah menamatkan pusingan terbaru rundingan mereka malam tadi tanpa mencapai sebarang persetujuan bagi merapatkan jurang perselisihan antara mereka berhubung isu keselamatan.
Pertelagahan Hamas-Fatah yang membawa kepada perang pada 2007, telah menjejaskan perjuangan mereka untuk merampas kembali tanah air Palestin yang ditawan Israel, sekali gus menyebabkan kuasa luar iaitu Syria, Iran, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) mempengaruhi politik Palestin.
Rundingan itu adalah yang kedua sejak September lalu dan diadakan bagi menangani masalah kawalan terhadap jentera keselamatan Palestin yang berpecah antara Genting Gaza yang dikawal Hamas serta Tebing Barat yang dikuasai Fatah.
"Kami tidak mencapai sebarang persetujuan," kata Azzam al-Ahmad dari Fatah, kumpulan sekular yang setia kepada kerajaan Palestin pimpinan Presiden Mahmoud Abbas yang disokong Amerika Syarikat (AS) di sini hari ini.
Seorang lagi pegawai Palestin berkata, kedua-dua puak itu turut gagal menentukan tarikh pusingan rundingan ketiga, namun beliau enggan memberikan butirannya.
Rundingan itu bermula kelmarin dengan delegasi Fatah termasuk pegawai perisikan kanan Majid Farah dan timbalan pemimpin Hamas, Moussa Abu Marzouk mewakili pergerakan itu.
Fatah membantah cadangan untuk mengurangkan kawalannya ke atas pasukan keselamatan Pihak Berkuasa Palestin selepas mengusir golongan yang bersimpati dengan Hamas.
Hamas berkata, sayap risikan Pihak Berkuasa Palestin yang disokong AS dan beroperasi di Tebing Barat dengan kebenaran Israel, bekerjasama dengan rejim Zionis Israel menentang Hamas dan kumpulan-kumpulan lain yang melancarkan tentangan bersenjata ke atas Israel.
Anggota politburo Hamas, Izzat al-Rishq minggu lepas berkata, rundingan mengenai kerjasama keselamatan dengan Fatah boleh merapatkan jurang perselisihan antara kumpulan-kumpulan Palestin tetapi perdamaian sebenar adalah proses yang rumit dan memakan masa. - Reuters

Monday, June 7, 2010

'Hamas bukan pengganas'

ANKARA: Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan, mempertahankan Hamas sebagai kumpulan pejuang Islam Palestin ketika warganya yang terbunuh dalam serangan ganas Israel dikebumikan, semalam.
Kata Recep, Hamas bukanlah pertubuhan pengganas seperti didakwa kebanyakan pihak, termasuk Israel dan Amerika Syarikat.
“Anggota Hamas adalah pejuang yang bertungkus-lumus mempertahankan negara.

“Mereka juga dipilih rakyat melalui pilihan raya,” katanya di bandar Konya.

Ucapannya sering terhenti akibat mendapat sorakan hangat orang ramai yang turut mengibarkan bendera Palestin.

Recep berkata, beliau menyatakan pendirian itu kepada pegawai AS sebelum ini.

“Saya katakan kepada mereka, saya tidak boleh menerima Hamas sebagai pertubuhan pengganas.

“Sehingga kini saya kekal dengan pendirian itu,” katanya.

Sementara itu, ribuan orang berkumpul di seluruh Turki selepas solat Jumaat kelmarin, termasuk sebahagiannya bagi mengiringi jenazah sembilan warga Turki yang terkorban ditembak komando Israel pada Isnin lalu.

Recep turut mengkritik Barat kerana menafikan hak Hamas untuk bergerak melalui landasan demokrasi.

Sementara itu, duta Turki ke Washington, Namik Tan, melahirkan kekecewaannya kerana AS gagal mengecam Israel kerana serangan ganas ke atas kapal bantuan kemanusiaan, Mavi Marmara.
“Kerajaan menghargai campur tangan Washington mendesak Tel Aviv memulangkan semula aktivis Turki yang ditahan, tetapi tiada satu kecaman pun dibuat di mana-mana peringkat.

“AS sepatutnya pihak pertama yang mengutuk serangan berkenaan,” katanya. - AFP