Showing posts with label perkasa. Show all posts
Showing posts with label perkasa. Show all posts
Thursday, September 6, 2012
LAPURAN BACUL DRP TV TALI BARUT PERKASA DAN UMNO
Sunday, January 22, 2012
Perkasa: Laporan Audit lemah, isu NFC dieksploitasi
KUALA LUMPUR – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mencabar National Feedlot Corporation (NFCorp) mendedahkan kelemahan yang dilakukan pegawai-pegawai yang mengendalikan urusan Laporan Ketua Audit Negara 2010 sehingga merosakkan reputasi syarikat berkenaan dan menjejaskan imej kerajaan.
Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, laporan itu sesuai diguna pakai dalam kementerian dan agensi kerajaan tetapi tidak untuk syarikat swasta.
Beliau berkata, pegawai yang membuat audit mungkin keliru dengan beberapa perkara, antaranya, National Feedlot Corporation atau NFCorp adalah milik Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail manakala Pusat Fidlot Kebangsaan atau NFC adalah dimiliki syarikat kerajaan dan pada masa yang sama mengusahakan ladang satelit.
“Mohamad Salleh menerangkan kepada kami yang NFCorp mempunyai Laporan Audit Dalaman dan membuat audit dalaman syarikatnya. NFCorp pernah diberi lima bintang oleh Jabatan Audit Negara.
“Untuk itu, saya mendesak supaya Ketua Audit Negara, (Tan Sri Ambrin Buang) memberi penjelasan mengenai kekeliruan ini dan menjawabnya secara terbuka,” katanya pada sidang media hari ini.
Hadir sama 12 pertubuhan bukan kerajaan, antaranya Majlis Usahawan Malaysia, Persatuan Anak-anak Kelantan Malaysia, Kelab Che Det, Majlis Perundingan Melayu, Persatuan Pemikir Profesional Malaysia, Gerakan Pelajar Melayu Semenanjung dan Persatuan Blogger.
Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, kekeliruan ini menyebabkan pembangkang mengeksploitasi isu untuk meraih sokongan politik daripada rakyat walaupun ia berat sebelah dan tidak benar.
“Pembangkang menggunakan pelbagai media baru untuk mengelirukan semua orang sehingga tidak dapat membezakan mana satu syarikat milik suami Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dengan agensi kerajaan.
“NFC yang dimiliki kerajaan yang memperuntukkan RM75 juta untuk projek fidlot dan NFCorp yang dimiliki Mohamad Salleh hanya melabur RM13 juta dalam kemudahan infrastruktur," katanya.
Beliau berkata, tidak timbul masalah pelaburan yang dilakukan NFCorp yang membeli kondominium mewah di Bangsar bernilai RM10 juta kerana perjanjian antara kedua-dua pihak tidak menyatakan syarat untuk membenar atau tidak berbuat demikian.
Sebagai syarikat swasta yang mencari pelaburan yang menguntungkan, kata Ibrahim, itu hak NFCorp kerana menggunakan wang poket sendiri dan tidak melibatkan wang kerajaan.
“Begitu juga dengan pusat penyembelihan dan ladang satelit telah dilakukan oleh pihak kerajaan (NFC) sebagaimana dalam perjanjian ditandatangani dan NFCorp (milik Mohamad Salleh) tidak mempunyai kuasa berbuat demikian ,” katanya.
Mengulas mengenai dakwaan berlaku penyalahgunaan kad kredit syarikat untuk tujuan pengembaraan dan hiburan, menurut Ibrahim, wang itu adalah milik NFCorp dan keluarga.
“Mereka berhak untuk berbelanja kerana wang itu bukan diambil dari projek fidlot. Lagipun, anak-anaknya sendiri yang menguruskan syarikat di luar negeri menggunakan kemudahan ini.
“Tidak timbul mereka salah guna wang untuk urusan perniagaan,” katanya.
Menurutnya, Mohamad Salleh juga memberi penjelasan mengenai dakwaan memiliki kereta berjenama Ferari yang dibeli dengan wang kerajaan sebagai satu pembohongan.
“Mereka hanya ada sebuah kereta Mercedes Benz, itu pun didaftar atas nama syarikat, bukan individu dan kegunaan untuk tujuan perniagaan,” katanya Ibrahim.
Monday, October 11, 2010
Perkasa sering menjadi sasaran
Beliau berkata, Perkasa bukan pertubuhan yang bersifat perkauman atau kumpulan pelampau seperti yang digelar sesetengah pihak, kerana ia turut menolak perkauman. “Pada kami, kami hanya mempertahankan Perkara 143 dalam Perlembagaan Persekutuan dan selain itu, kami juga menyentuh tentang isu ekonomi kerana ia adalah sebahagian daripada proses demokrasi,” katanya selepas melancarkan Perkasa Daerah Kuala Langat di sini, semalam. Ibrahim berkata demikian ketika diminta mengulas gesaan Pemuda MCA semalam supaya kepimpinan Barisan Nasional (BN) memisahkan diri daripada pelampau atau kumpulan pelampau di negara ini. Ketuanya, Datuk Wee Ka Siong berkata, langkah itu penting dalam usaha BN melobi sokongan daripada seluruh rakyat, selain menunaikan tanggungjawabnya dalam menjaga kebajikan semua pihak agar tiada siapa yang tersisih daripada proses pembangunan. Mengenai kenyataan Wee bahawa Pemuda MCA menghormati kontrak sosial dan Perlembagaan Persekutuan, Ibrahim meminta Wee memberikan tafsiran serta pemahamannya berhubung perkara itu. Ahli Parlimen Pasir Mas itu turut mempersoalkan tindakan Wee yang hanya mengkritik perjuangan Perkasa tetapi tidak mengkritik tindakan pengerusi Hindraf P Waytha Moorthy yang mempertikai titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar pada 4 Oktober lalu. “Beliau (Wee) juga tidak desakpun kerajaan tubuh Suruhanjaya Diraja mengenai isu membabitkan konsesi balak yang berlaku semasa pemerintahan pakatan pembangkang di Perak. “Kami turut digelar primitif tetapi kami terima. Kami bangga digelar primitif kerana primitif ini asli. Walaupun kami dianggap primitif, itu kami tidak kisah, kerana kami hanya pertahankan hak kami,” katanya. Sementara itu, ketika ditanya sama ada Perkasa mempunyai perancangan untuk meletakkan calon pada pilihan raya umum akan datang berikutan peningkatan sokongan terhadap NGO itu, Ibrahim menegaskan Perkasa bukan parti politik. “Kami tidak langsung berfikir ke arah itu (untuk bertanding dalam pilihan raya umum), belum lagi. Fokus kami hanya untuk menyatupadukan orang Melayu,” katanya. - Bernama |
Tuesday, September 28, 2010
Pemuda UMNO, PAS, PKR timbang ajakan PERKASA
2010/09/28
KUALA LUMPUR: Kepimpinan Pemuda UMNO, Dewan Pemuda PAS dan PKR bersetuju dan bersedia menimbang ajakan Wira Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Kedah untuk mengadakan rundingan meja bulat membincangkan isu perpaduan Melayu. Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, berkata pergerakan itu bersetuju dengan cadangan Wira PERKASA dan sentiasa terbuka berbincang mengenai isu perpaduan Melayu.
“Perpaduan Melayu bukan milik UMNO saja tetapi merangkumi semua orang Melayu termasuk orang Melayu dalam PAS, PKR dan badan bukan kerajaan yang berteraskan Melayu.
“Cadangan persidangan meja bulat membincangkan perpaduan Melayu mesti dijadikan kenyataan membabitkan parti politik, termasuk pertubuhan Melayu dan bukan hanya cakap-cakap saja,” katanya ketika dihubungi Berita Harian di sini, semalam.
Kelmarin, Ketua Wira PERKASA Kedah, Shaharol Niza Omar mengajak pemimpin sayap Pemuda UMNO, PAS dan PKR menyertai rundingan meja bulat bagi membincangkan isu perpaduan Melayu.
Shaharol Niza berkata, pihaknya berpendapat perpecahan bangsa Melayu sudah sampai ke tahap serius dan pihaknya bersedia menjadi orang tengah menemukan pemimpin sayap pemuda tiga parti itu mencari jalan penyelesaian demi masa depan perjuangan Melayu.
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Azman Shapawi Abdul Rani, pula berkata cadangan rundingan meja bulat antara pemimpin sayap UMNO, PAS dan PKR adalah idea yang baik.
Katanya, Dewan Pemuda PAS Pusat bersedia untuk memberikan kerjasama kerana rundingan berkenaan membawa kepada kebaikan umat Islam dan orang Melayu di negara ini.
Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Amirudin Shari, berkata pihaknya berminat dengan cadangan berkenaan bagi membincangkan masalah sebenar orang Melayu dan bukannya isu perpaduan semata-mata.
“AMK mahu perbincangan intelek dan sihat dalam hal ini dan ia harus mengambil berat masalah sebenar orang Melayu pada zaman sekarang dan bukan isu perpaduan Melayu berdasarkan emosi,” katanya.
Monday, September 13, 2010
UMNO perlukan Perkasa untuk raih sokongan Melayu
12/09/2010 9:15pm
KUALA LUMPUR 12 Sept. - Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini berkata, UMNO tidak mampu berbalah dan memisahkan diri daripada Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) jika tidak mahu menanggung risiko kehilangan lebih banyak sokongan.
Bekas perdana menteri itu berkata, sebaliknya UMNO memerlukan seberapa banyak sokongan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) jika parti induk Barisan Nasional (BN) itu tidak mahu kehilangan sokongan akar umbi.
"Saya berpendapat bahawa UMNO khususnya tidak begitu kuat, kita tidak boleh tolak sebarang orang kerana kalau kita hilang 100, 200 orang pun, mungkin kita akan kalah.
"Jadi kita nak sokongan seberapa banyak, tak payahlah kita bermusuh dengan orang. Saya fikir, kita perlu dekatkan diri dengan seberapa kumpulan yang boleh,” katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di kediamannya di Seri Kembangan, dekat sini, hari ini.
Pada Khamis lepas, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, UMNO menjauhi daripada Perkasa yang lantang membuat kenyataan ekstrem mengenai isu-isu perkauman.
Dr. Mahathir berkata, ahli UMNO ketika ini berpecah antara menyokong atau menjauhkan diri daripada Perkasa, sambil menjelaskan keadaan seperti itu boleh menyebabkan jurang yang lebih parah di kalangan mereka.
"Ia telah menyebabkan rasa serba salah di kalangan ahli UMNO sendiri. Ada yang akan kekal dan ada yang menjauhkan diri...ini akan lebih memisahkan mereka.
"Selain itu, pada pilihan raya umum lepas, margin adalah amat tipis sekali.
Katakan jika kita kalah sedikit...kita mungkin kalah pada pilihan raya,” katanya.
Ditanya sama ada UMNO akan kerugian jika menjauhkan diri dari Perkasa, Dr Mahathir berkata: “Kita tidak mampu berbalah dengan ramai orang. Jika anda mahu bertengkar, bertengkarlah dengan seorang, bukan semua.” - Bernama
Saturday, September 11, 2010
Umno Tak Sokong Perkasa Sebab Nak Umum PRU-13?
Oleh:Dzulkarnain Taib
SHAH ALAM 10 Sept - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menolak kemungkinan perubahan mendadak pendirian Umno terhadap Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), sebuah badan yang dilihat memperjuangkan politik 'Ketuanan Melayu secara ekstrim disebabkan faktor Pilihan Raya Umum yang yang mungkin dipanggil secara mengejut.
Bagaimanapun Anwar berkata beliau kurang yakin terhadap kenyataan Umno yang mengatakan parti itu kini tidak lagi menyokong.
Anwar berkata Umno perlu menjelaskan pendirian parti itu samada ia adalah suatu dasar atau hanya penyesuaian kepada keadaan politik semasa.
Ketika ditemui media pada majlis jamuan rumah terbuka Menteri Besar Selangor di I-City, Seksyen 7 disini petabng tadi, Anwar yang juga Penasihat Ekonomi Selangor berkata Umno yang patut dipersalahkan kerana membenarkan kewujudan Perkasa dalam bentuk yang ada pada hari ini.
"Mereka menyokongnya, berikan kemudahan dan mereka juga memberi bantuan kepada Perkasa," kata Anwar.
Sebelum ini Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dilaporkan telah memaklumkan kepada rakan komponen lain dalam Barisan Nasional bahawa parti iu tidak akan menyokong Perkasa or presidennya, Datuk Ibrahim Ali pada pilihan raya umum akan datang.
Kata beliau Perdana Menteri sendiri sehingga kini berdiam diri mengenai isu ini sambil mengatakan Datuk Seri Najib Razak telah membiarkan Perkasa terus menerus membangkitkan kebencian kaum selama ini.
Berlainan pula dengan tindakan mantan Perdana Menteri yang juga Penaung Perkasa, Tun Dr Mahathir yang melawan arus dengan menyokong badan itu dengan menganggap ia sebagai tongkat kepada Umno yang lemah.
"Beliau hanya cuba membuat dirinya relevan," kata AnwarRAKYAT MARHAEN: Umno Tak Sokong Perkasa Sebab Nak Umum PRU-13?
Friday, September 10, 2010
Perkasa tidak perlukan mana-mana pihak
Sebaliknya, Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, Perkasa amat memerlukan sokongan rakyat negara ini khususnya mereka yang bersetuju dengan agenda perjuangan pertubuhan itu.
‘‘Sejak Perkasa ditubuhkan kami telah menetapkan beberapa agenda perjuangan dan paling utama adalah mempertahankan Perlembagaan daripada dicabul oleh mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab.
‘‘Selain itu, Perkasa turut memperjuangkan kewujudan kerajaan yang amanah, adil, saksama, tidak rasuah, tidak menyalahgunakan kuasa, mempunyai sistem penyampaian yang cekap serta mesra rakyat,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas laporan media hari ini bahawa Barisan Nasional (BN) dengan sokongan sebulat suara 13 parti komponennya terutama UMNO membuat keputusan untuk menjauhi Perkasa kerana dikhuatiri ia boleh menjejaskan kewibawaan dan keupayaan BN meraih sokongan pengundi pelbagai kaum.
Dalam keputusan pada mesyuarat bulanan BN bagi memperkukuhkan gagasan itu yang pertama kali diadakan di Putrajaya semalam, semua parti komponen turut mengalu-alukan tindakan UMNO apabila mengambil langkah pertama menyatakan pendirian mahu menjauhkan diri daripada Perkasa.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang mempengerusikan mesyuarat itu berkata, UMNO tidak akan menyokong Perkasa atau Presidennya pada pilihan raya umum akan datang kerana tindakan itu berpotensi menghakis sokongan pengundi bukan Melayu terhadap BN.
Ibrahim berkata, dalam agenda perjuangan Perkasa, pertubuhan itu juga mahukan pemimpin atau wakil rakyat yang beriman, bertaqwa, menjaga solat, celik al-Quran, berakhlak mulia, amanah, mesra rakyat dan tidak sombong.
‘‘Pemimpin atau wakil rakyat juga tidak boleh sama sekali melakukan maksiat, mempunyai sifat tamak haloba dan melakukan perkara-perkara tidak bermoral,’’ katanya.
Mengenai pendirian 13 ahli komponen BN tersebut, Ibrahim berkata, beliau percaya jika Perkasa tidak wujud sekali pun sokongan bukan Melayu kepada BN tetap sama selepas Pilihan Raya Umum Ke-13.
‘‘Ia kerana komponen BN terutama pemimpinnya mempunyai bermacam-macam rekod yang boleh menyebabkan rakyat menolak parti itu dan janji Parti Keadilan Rakyat (PKR) kepada mereka,’’ katanya.
Beliau berkata, Perkasa memberi kebebasan penuh kepada mana-mana ahli-ahlinya untuk membuat penentuan pada Pilihan Raya Umum Ke-13.
Wednesday, April 28, 2010
MCA tuduh Perkasa punca undi Cina terhadap BN kurang
Presidennya, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkata, kewujudan pertubuhan seperti Perkasa inilah sebenarnya menyebabkan kurangnya sokongan pengundi Cina kepada calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor baru-baru ini.
"Kemajuan negara akan terbantut jika kita terus mempunyai pemimpin seperti Ibrahim Ali yang tidak sensitif terhadap perasaan kaum lain.
"Ini sekali gus akan mengagalkan usaha gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Sebelum ini, Ibrahim Ali menggesa kerajaan menangguhkan bantuan dan peruntukan yang dijanjikan untuk masyarakat Cina apabila keputusan pilihan raya kecil kawasan itu menunjukkan kebanyakan pengundi kaum itu tidak menyokong calon BN, P. Kamalanathan.
Menurut Ibrahim, tindakan itu adalah penting kerana kaum Cina tidak berterima kasih walaupun kerajaan sebelum ini telah banyak membantu mereka.
Pada pilihan raya kecil itu, Kamalanathan menang dengan majoriti 1,725 undi setelah menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim.
Dalam pada itu, Soi Lek berkata, duit kerajaan adalah milik rakyat dan ia seharusnya digunakan untuk kemajuan rakyat berbilang kaum di negara ini.
"Saya telah berjumpa dengan Perdana Menteri dan beliau memberi jaminan untuk mengotakan janjinya yang mahu membawa pembangunan kepada penduduk di Hulu Selangor.
"Saya yakin BN akan sentiasa mengotakan apa yang telah dijanjikannya kepada pengundi," jelasnya.
Tuesday, March 30, 2010
Pecat Rais, Mukhriz, Awang Adek, Wan Omar Kerana Sokong Perkasa
KUALA LUMPUR 30 Mac - Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye mendesak kerajaan memecat mana-mana penjawat awam yang menyokong Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) sekiranya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ikhlas mempromosi objektif konsep 1Malaysia yang diwar-warkan oleh beliau.
Ini kerana, menurut Dr Lee, kenyataan-kenyataan ektremis Perkasa berlawanan dengan arus pembangunan negara serta bertentangan dengan perpaduan nasional.
"Pemimpin Perkasa yang pada masa sama penjawat awam yang hadir semasa Mesyuarat Agung Pertama Perkasa pada 27 Mac 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putra termasuklah Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar.
Menteri Peneranhgan, Datuk Seri Dr Rais Yatim juga secara terbuka menyatakan sokongan kepada Perkasa.
"Saya mendesak agar mereka dipecat daripada jawatan supaya usaha membina Malaysia yang bersatu dan progresif mampu dilaksanakan," kata Dr Lee dalam satu kenyataan beliau hari ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)