Saturday, July 11, 2015

'Elak kuasa berlebihan'

'Elak kuasa berlebihan'
Kok Yew (kiri) menyerahkan sumbangan kepada seorang penerima.

ALOR SETAR - Jawatan menteri kewangan perlu diasingkan daripada perdana menteri, bagi mengelak wujudnya spekulasi berlaku ketidakseimbangan, penipuan serta penyelewengan dana awam, selain merupakan sistem pentadbiran yang tidak sihat.
Pengerusi DAP Kedah, Tan Kok Yew berkata, sejak awal lagi, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak harus memegang jawatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan serentak, bagi mengelak beliau mempunyai akses dan kuasa berlebihan dalam meluluskan peruntukan.
“Contohnya, pengerusi sebuah NGO tidak boleh serentak memegang jawatan bendahari. Perdana Menteri selaku ketua pentadbiran negara mempunyai kuasa paling tinggi dalam Kabinet, maka beliau tidak wajar memegang jawatan Menteri Kewangan, menyebabkan beliau mempunyai kuasa yang terlalu besar.
“ Disebabkan itu, Kabinet wajar melantik seorang menteri kewangan sepenuh masa. Tidak mungkin kalangan ahli parlimen BN, tiada seorang pun layak?,” katanya.
Adun Derga itu berkata, seeloknya Najib melepaskan jawatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan buat sementara bagi memastikan siasatan dapat dijalankan secara telus dan bebas.
“Laporan Wall Street Journal (WSJ) berhubung wang berbilion ringgit 1MDB dipindahkan ke akaun peribadi milik Najib bukan sahaja mengejutkan rakyat Malaysia, malah mencalarkan reputasi dan imej negara di peringkat antarabangsa,” katanya.
Menurutnya, walaupun Najib menafikan laporan WSJ terbabit, selain mendakwa tuduhan terbabit adalah muslihat politik namun, kenapa perkara itu dihebohkan dan sudah pasti ada sebabnya.
Terdahulu, Kok Yew menyampaikan sumbangan Ramadan dan bubur lambuk kepada 70 penerima di sekitar Dun Derga, anjuran Pusat Komuniti Derga.

Jangan ambil kesempatan atas isu 1MDB

Khalid Abu Bakar
Khalid Abu Bakar
10 Julai 2015
MELAKA - Semua pihak termasuk ahli politik dan badan bukan kerajaan (NGO) diingatkan supaya tidak mengambil kesempatan terhadap isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bagi melakukan sesuatu yang boleh mencemar keharmonian dan keamanan negara ini, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
 
Berikutan itu, Khalid berkata, beliau telah mengarahkan siasatan dilakukan terhadap seorang ahli politik yang mengeluarkan kenyataan tentang adanya demonstrasi besar-besaran mengenai isu tersebut.
 
"Saya beri ingatan tegas di sini kepada sesiapa sahaja tidak kira ahli politik atau NGO, jangan ambil kesempatan terhadap isu (1MDB) sekarang," katanya pada sidang media di sini hari ini.
 
Terdahulu, beliau merasmikan Program Rondaan Bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang merupakan sebahagian daripada Strategi Lautan Biru Kebangsaan di Bandar Hilir, di sini hari ini.
 
Baru-baru ini, seorang Ahli Parlimen menyatakan beliau tidak menolak berlaku demonstrasi besar-besaran membabitkan penyertaan individu, parti politik dan NGO.
 
Ahli Parlimen itu dilaporkan berkata jika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masih tidak meletakkan jawatan atau berehat sementara ketika siasatan ke atasnya sedang dijalankan, suara menuntut demonstrasi itu akan lebih kuat.
 
Mengulas laporan terbaru Sarawak Report yang mendakwa RM2 juta telah didepositkan ke dalam akaun isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Khalid berkata akaun itu akan disiasat jika ada kena mengena dengan kes 1MDB tersebut.
 
Sementara itu, beliau berkata indeks jenayah di negara ini menurun kira-kira 14 peratus untuk tempoh enam bulan pertama tahun ini berbanding tempoh yang sama tahun lepas.
 
Katanya sebanyak 56,175 kes jenayah dicatat dalam tempoh itu tahun ini berbanding 65,336 kes pada tahun lepas.
 
"Jenayah jalanan juga menurun sebanyak 27 peratus, manakala jenayah ragut dan pecah rumah masing-masing turun sebanyak 19.1 peratus dan 10.4 peratus tahun ini," katanya.
 
Ditanya mengenai tangkapan dua lelaki tempatan yang disyaki mempunyai kaitan dengan militan IS di Syria, Khalid berkata polis akan terus memantau perkara itu dan akan mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat.
 
"Mereka ini sebenarnya telah jauh terpengaruh dengan militan tersebut dan kita tidak akan membiarkan mereka ini mengancam keselamatan negara.
 
"Ada beberapa lagi yang sudah kita kenal pasti. Kita akan tahan mereka apabila pulang ke negara ini," katanya.
 
Pada 2 dan 7 Julai lepas, polis menahan dua lelaki tempatan di sekitar Kuala Lumpur, yang disyaki ada kaitan dengan kumpulan militan IS di Syria dan merancang melancarkan serangan di beberapa sasaran penting di Lembah Klang. - Bernama

Dua orang atasan 1MDB letak jawatan


11 Jul 2015

Dua pengarah 1MDB meletak jawatan sebagai langkah protes selepas mengetahui dana berni;lai AS$700 juta (RM2.6 bilion) untuk projek kerjasama dengan PetroSaudi dipindahkan ke syarikat lain pada 2009.

Maklumat itu, lapor The Star, diperoleh daripada penyiasat yang meneliti dakwaan salah laku terhadap dana 1MDB.

Laporan itu juga menyebut Tan Sri Mohd Bakke Salleh dan Tan Sri Azlan Mohd Zainol membuat keputusan meletak jawatan kerana marah apabila tuntutan mereka supaya wang berkenaan diserah semula, diabaikan.

"Ahli lembaga pengarah tidak berpuas hati apabila perjanjian ditandatangani tanpa banyak pertimbangan dan AS$700 bilion (RM2.6 bilion) yang diperuntukkan bagi projek kerjasama dipindahkan ke syarikat lain tanpa kebenaran mereka," lapor akhbar itu.

Tidak dapat dipastikan pihak mana yang mengetepikan Ahli Lembaga Pengarah 1MDB untuk melakukan pindahan berkenaan serta enggan mengikut arahan supaya wang terbabit dipulangkan
Malaysiakini

Lagi..Apa yang NASA sembunyikan tentang Lailatul Qadar ?



Dicatat oleh ustazcyber di 2:21:00 PTG

Subanallah ternyata banyak yang disembunyikan oleh orang-orang barat tentang kehebatan Islam yang ditunjukan dalam bentuk kejadian alam di dunia ini.

Ketua Lembaga Mukjizat Ilmiah Al-Quran dan Sunnah di Mesir, Dr. Abdul Basith As-Sayyid menegaskan bahwa, Badan Nasional Antariksa Amerika (NASA) telah menyembunyikan kepada dunia bukti empiris ilmiah tentang (malam) Lailatul Qadar. Demikian disiar BIP, Ahad (5/7/2015).

Ia menyayangkan kelompok jutawan Arab yang kurang perhatian dengan masalah ini sehingga dunia tidak mengetahuinya. Menurutnya, sesuai dengan hadits Nabi bahwa malam Lailatul Qadar adalah “baljah” (بَلْجَة); tingkat suhunya sedang), tidak ada bintang atau meteor jatuh ke (atmosfera) bumi, dan pagi harinya matahari keluar dengan tanpa radiasi cahaya.”
Sayyid menegaskan, terbukti secara ilmiah bahawa setiap hari (hari-hari biasa) ada 10 bintang dan 20 ribu meteor yang jatuh ke atmosfera bumi, kecuali Lailatul Qadr dimana tidak ada radiasi cahaya sekalipun.

Hal ini sudah pernah ditemukan Badan Antariksa NASA 10 tahun lalu. Namun mereka enggan mempublikasikannya dengan alasan agar non Muslim tidak tertarik masuk Islam.
Statemen ini mengutip ucapan seorang pakar di NASA bernama Carner, seperti yang dikutip oleh harian Al-Wafd Mesir.

Hal tersebut dikemukakan Abdul Basith Sayyid, Kepala Lembaga Mukjizat Ilmiah Al-Quran dan Sunnah di Mesir, serta Dr. Abdul Basith As-Sayyid juga mendukung hal tersebut dalam sebuah program di TV Mesir.

Sayyid juga menegaskan, pakar Carner akhirnya masuk Islam dan harus kehilangan jawatannya di NASA.

Ini bukan pertama kalinya, NASA mendapatkan kritikan dari pakar Islam. Pakar geologi Islam Zaglol Najjar pernah menegaskan, NASA pernah menghilangkan satu halaman di laman web resminya yang pernah dipublikasikan selama 21 hari. Halaman itu berisi hasil ilmiah tentang cahaya aneh yang tidak terbatas dari Ka’bah di Baitullah ke Baitul Makmur di langit.

Sayyid menegaskan, “jendela” yang berada di langit itu mirip yang disebutkan dalam Al-Quran.

وَلَوْ فَتْحنَا عَلَيْهِمْ بَابًا مِنْ السَّمَاء فَظَلُّوا فِيهِ يَعْرُجُونَ لَقَالُوا إِنَّمَا سُكِّرَتْ أَبْصَارنَا بَلْ نَحْنُ قَوْم مَسْحُورُونَ

“Dan jika seandainya Kami membukakan kepada mereka salah satu dari (pintu-pintu) langit, lalu mereka terus menerus naik ke atasnya. tentulah mereka berkata: “Se sungguhnya panda ngan kamilah yang dikaburkan, bahkan kami adalah orang orang yang kena sihir”.” (Al-Hijr: 14)

Saat itu Carner menyaksikan dengan bukti jelas bahawa jagat raya saat itu gelap setelah “jendela” itu tersibak. Kerananya, setelah itu Carner mendeklarasikan keislamannya.



Setelah Carner masuk Islam, ia menafsirkan fenomena “mencium Hajar Aswad” atau mengisyaratkan kepadanya – seperti penjelasan Abdul Basith Sayyid – bahwa batu itu merekam semua orang mengisyaratkan kepadanya (dengan lambaian tangan) atau menciumnya. Carner juga mengungkapkan tentang sebahagian potongan Hajar Aswad yang pernah dicuri. Setelah 12 tahun diteliti, seorang pakar muzium Inggris menegaskan bahwa batu tersebut memang bukan dari planet tata surya Matahari.

Carner, pakar Inggris itu kemudian melihat sample Hajar Aswad sebesar biji (kacang) hims. Ia menemukan bahawa batu itu melancarkan gelombang pendek sebanyak 20 radiasi yang tidak terlihat ke segala arah. Setiap radiasi menembus 10 ribu kaki.

Carner menambahkan, batu itu mampu mencatat nama-nama orang yang berhaji dengan radiasi gelombangnya. Sebagaimana, tegas Sayyid Abdul Basith, Imam Syafi’i menyatakan bahwa Hajar Aswad mencatat nama setiap orang yang mengunjunginya baik dalam haji atau umrah sekali saja. (Arrahmah.com)
http://www.ustazcyber.com/2015/07/lagiapa-yang-nasa-sembunyikan-tentang.html

Tahaluf siasi PAS dengan DAP terbatal



Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh
KUALA LUMPUR: Majlis Syura Ulama PAS memutuskan bahawa hubungan tahaluf siasi dengan DAP terbatal, tetapi kekal dengan PKR.
Setiausaha Majlis Syura Ulama, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh, berkata PAS istiqamah dengan prinsip Islam sebagai rahmat untuk semua yang menegakkan keadilan dan kesejahteraan untuk semua kaum.
Justeru, PAS konsisten meneruskan hubungan dengan semua pihak menerusi hubungan tahaluf siasi bersama parti politik dan NGO bukan Islam tetapi pada masa sama PAS tetap teguh berpegang dengan dasar Islam ketika berhubung dengan semua pihak.
"Namun Majlis Syura Ulama kesal dengan tindakan-tindakan provokasi berterusan dan keputusan DAP yang mengecam dan melanggar semangat kerjasama pakatan rakyat, serta campur tangan dalam aqidah, dasar dan matlamat PAS," katanya dalam satu kenyataan.
Katanya, keputusan itu diserahkan kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat untuk dilaksanakan mengikut kesesuaian dan keperluan politik semasa.

Sah PAS-DAP Bercerai


Diterbitkan: Sabtu, 11 Julai 2015 9:14 AM

PETALING JAYA: Majlis Syura Ulama PAS pada Sabtu secara rasminya menyokong usul tergempar Dewan Ulama PAS Pusat pada persidangan muktamar bulan lalu untuk memutuskan hubungan  dengan rakan sekutunya, DAP.
Keputusan tersebut sekali gus menamatkan teka-teki mengenai status Pakatan Rakyat yang kekal menjadi tanya tanda sebelum ini.
Bagaimanapun, PAS mengekalkan tahaluf siyasi dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Setiausaha Majlis Syura Ulama, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata keputusan tersebut dibuat kerana kesal dengan tindakan provokasi berterusan DAP.
"Majlis Syura Ulama kesal dengan tindakan-tindakan provokasi berterusan dan keputusan DAP yang mengecam dan melanggar semangat kerjasama Pakatan Rakyat, serta campur tangan dalam aqidah, dasar dan matlamat PAS.
"Oleh itu, hubungan tahaluf siasi dengan DAP terbatal," katanya.
Beliau berkata, PAS konsisten meneruskan hubungan dengan semua pihak menerusi hubungan tahaluf siasi bersama parti politik dan badan bukan kerajaan (NGO) bukan Islam.
"PAS tetap teguh berpegang dengan dasar-dasar Islam ketika berhubung dengan semua pihak.
"PAS terus istiqamah dengan prinsip Islam sebagai rahmat untuk semua yang menegakkan keadilan dan kesejahteraan untuk semua kaum," katanya.
Jelas beliau lagi, keputusan tersebut diserahkan kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat untuk dilaksanakan menurut kesesuaian dan keperluan politik semasa.
Pada awal bulan lalu, PAS meluluskan usul yang dibawa Dewan Ulama PAS Pusat bagi memutuskan tahaluf siyasi atau kerjasama politik dengan DAP susulan beberapa kenyataan pimpinan parti itu terhadap PAS dan Presidennya, Datuk Seri Andul Hadi Awang.
Bagaimanapun usul berkenaan mahu PAS kekal di dalam Pakatan Rakyat bersama PKR

Aset 1MDB Bernilai RM13 Bilion Tidak Boleh Dijual Dengan Mudah


Diterbitkan: Sabtu, 11 Julai 2015 9:22 AM
Gambar hiasan.

PETALING JAYA: Pasukan penyiasat meneliti buku 1Malaysia Development Bhd (1MDB) merasakan hampir RM13 bilion asetnya yang diklasfikasikan sebagai sedia untuk dijual, tidak mudah dicairkan.
Pada 31 Mac 2014, 1MDB mempunyai aset berjumlah RM51.41 bilion di mana hampir RM19.5 bilion merupakan aset semasa yang membabitkan wang tunai dan aset yang ada untuk dijual.
Aset semasa, kira-kira RM3.85 bilion adalah dalam bentuk tunai.
Namun kira-kira RM1 bilion daripada wang tunai tersebut tidak boleh digunakan kerana sekatan.
"Malah, aset yang dimiliki untuk dijual tidak boleh dicairkan dengan mudah," kata seorang penyiasat.
Pasukan penyiasat juga berkata kedudukan kewangan 1MDB adalah tidak mapan dan menghadapi masalah kecairan.
Syarikat pelaburan strategik milik kerajaan itu mempunyai beban hutang sebanyak RM41.8 bilion dan Menteri Kewangan II, Datuk Ahmad Husni Hanadzlah sebelum ini berkata, ia menghadapi masalah aliran tunai.
Pasukan penyiasat berkata juruaudit luar yang meneliti buku 1MDB tidak mengesahkan nilai aset yang dimiliki 1MDB PetroSaudi Ltd sebelum mengeluarkan laporan tersebut.
Juruaudit luar juga tidak mendedahkan maklumat penting ke atas pinjaman 1MDB untuk membiayai pelaburannya.

Keuntungan daripada pelaburan tersebut tidak disahkan.

1MDB PetroSaudi Ltd adalah usaha sama 40:60 antara 1MDB dan PetroSaudi International Ltd yang berpangkalan di London yang didedahkan enam bulan lalu selepas ditubuhkan pada akhir September 2009.

Selepas pendedahan usaha sama itu, kira-kira 40 peratus ekuiti 1MDB dalam syarikat tersebut ditukar kepada hutang.

Pasukan penyiasat juga mendedahkan antara 2009 dan 2014, 1MDB terpaksa menggantikan dua juruaudit luar kerana perbezaan pendapat dengan pihak pengurusan terhadap penilaian aset.

Parlimen Greece luluskan rancangan menyelamat



PERDANA Menteri Greece, Alexis Tsipras (tengah) mengucapkan tahniah kepada wakil rakyat pada akhir sesi di Parlimen Greece di Athens. - Foto AFP
ATHENS: Parlimen Greece hari ini meluluskan rancangan penyusunan semula ekonomi yang diumumkan kelmarin sekali gus menyokong kerajaan haluan kiri pimpinan Perdana Menteri Alexis Tsipras berunding dengan peminjam antarabangsa.
Bagaimanapun, beberapa ahli daripada parti pemerintah, Syriza termasuk yang dipertua parlimen, Zoe Constantopoulou dan Menteri Tenaga, Panagiotis Lafazanis berkecuali daripada mengundi.
Cadangan baru untuk menyelamatkan Greece daripada bankrap membabitkan beberapa langkah meningkatkan cukai dan pengurangan perbelanjaan kerajaan.
Seramai 251 ahli dewan menyokong pakej itu, 32 (menolak) dan lapan berkecuali manakala sembilan tidak hadir.
Jika diluluskan kreditor antarabangsa rancangan menyelamat itu, Greece akan menerima pakej menyelamat ketiga bernilai lebih 50 bilion euro. - Reuters

Pembunuh pengasas AmBank sudah kembali ke Malaysia dakwa Pascal Najadi

Saturday, July 11, 2015



Pascal Najadi - anak Hussain Najadi - mendakwa, lelaki yang bertanggungjawab mengarahkan pembunuhan ke atas pengasas AmBank itu sudah kembali ke negara ini menggunakan nama samaran.

Bercakap kepada Malaysiakini dari Russia melalui Skype, Pascal berkata dia dimaklumkan mengenai perkara itu oleh satu sumber yang enggan didedahkan.

Pascal juga mendakwa suspek, Lim Yuen Soo mempunyai hubungan dengan seorang isteri ahli politik kanan di Malaysia.

Menurut Pascal, polis wajar meneliti rekod telefon Lim sejak lima tahun lalu kerana ia mungkin dapat mendedahkan komunikasi antara suspek dengan wanita yang dimaksudkannya itu.

Siasatan Malaysiakini juga mendedahkan Lim bukanlah sekadar ahli perniagaan yang menguruskan "pusat hiburan dan parkir kereta" seperti digambarkan polis.

Lim dipercayai memiliki sebuah firma kawalan keselamatan dikenali sebagai Active Force Security Services Sdn Bhd.

Bahrain digesa tamat pencabulan hak asasi

Bahrain digesa tamat pencabulan hak asasi
Polis melakukan pemeriksaan badan terhadap dua kanak-kanak di luar sebuah masjid di pinggir Manama. Foto: AFP

BRUSSELS - BAHRAIN. Bahrain digesa supaya menamatkan segala bentuk pencabulan hak asasi manusia di negara Teluk Parsi itu.

Semalam, Parlimen Eropah menerima pakai resolusi yang menggesa pembebasan segera dan tanpa syarat semua tahanan yang dipenjarakan atas kesalahan melanggar hak kebebasan bersuara.

Mereka termasuk beberapa wartawan, tahanan politik dan penunjuk perasaan yang mengadakan bantahan aman di seluruh negara.

Menurut laporan Press TV, resolusi itu turut meminta kerajaan Bahrain untuk segera memperbaiki keadaan hak asasi manusia di negara berkenaan.

"Kami juga menggesa pembebasan Presiden Hak Asasi Manusia bagi Bahrain (BCHR), Nabeel Rajab.

"Kes Rajab antara contoh penganiayaan dan pencabulan hak asasi manusia di Bahrain," kata ahli Parlimen Eropah, Alyn Smith.

Sejak 2011, pihak berkuasa Bahrain mengharamkan perhimpunan-perhimpunan  awam dan menghantar kereta kebal ke jalan-jalan  sekali gus memburukkan lagi cubaan untuk mengembalikan keamanan di negara itu.

Menteri Luar Bahrain, Khalid Al Khalifa menegaskan tindakan itu wajar kerana penunjuk perasaan telah membahayakan negara dan menjurus kepada perselisihan mazhab.

Rakyat India atasi kekayaan China


New Delhi: Hasil kajian syarikat maklumat kekayaan Wealth X menunjukkan semakin ramai rakyat India menjadi jutawan dalam tempoh setahun.

Bilangan jutawan di India menunjukkan peningkatan 27 peratus daripada 196,000 kepada 250,000 sejak setahun lalu.

Sejajar itu, pembelian barangan mewah juga meningkat, sekali gus menunjukkan golongan kaya semakin banyak berbelanja berbanding sedekad lalu.

Peningkatan itu semakin mengatasi China dan Jepun. Jumlah orang kaya di Jepun meningkat 3.15 peratus pada 2014 dengan harta mereka bertambah 4.7 peratus.

China pula menunjukkan peningkatan golongan kaya sebanyak 3.7 peratus pada 2014 selepas penurunan 5.06 peratus pada tahun sebelumnya. Jumlah harta mereka pula meningkat 3.3 peratus.

Sebagai perbandingan, antara 2013 hingga 2014, jumlah nilai aset bersih individu India di India meningkat 9.49 peratus manakala jumlah harta mereka bertambah 8.34 peratus.

Malah, bandar besar India seperti Mumbai (2,440) dan New Delhi (2,130) kini mempunyai lebih ramai golongan kaya berbanding Singapura (1,395), Shanghai (1,535) dan Seoul (1,095). - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 Julai 2015 @ 5:02 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/63596#sthash.1CmyaCqK.dpuf