Showing posts with label libya. Show all posts
Showing posts with label libya. Show all posts

Friday, January 25, 2013

Libya

#Libya - The brothers from Ansar Shariah, still united and firm in there mission to spread the truth in the land. 

May Allah protect them

Tuesday, October 16, 2012

Musuh Gaddafi dilantik PM baharu Libya




TRIPOLI 15 Okt. - Kongres Agung Kebangsaan (GNC) Libya melantik Ali Zeidan, musuh utama bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi, sebagai Perdana Menteri baharu Libya, semalam.
Presiden perhimpunan kebangsaan, Mohammed Megaryef ketika mengumumkan perkara itu yang disiarkan secara langsung melalui televisyen berkata, Ali dikehendaki membentuk Kabinet dalam tempoh dua minggu.
Ali, 62, menerima 93 undi daripada sokongan Parti Perikatan Liberal, menewaskan Menteri Kerajaan Tempatan, Mohammed al-Hrari, yang mendapat 85 undi semasa pengundian pada perhimpunan itu, semalam.
GNC perlu meluluskan kerajaan yang dicadang Ali terlebih dahulu, sebelum beliau boleh memulakan tugasnya.
Ali akan mengambil alih jawatan itu daripada Abdel Rahim al-Kib, yang memegang jawatan tersebut sejak November lalu.
Ali berkata, keutamaannya kini adalah membentuk pasukan polis dan tentera profesional, sebagai memenuhi tuntutan penunjuk perasaan antimilitia yang mendesak penubuhan pasukan keselamatan profesional.
Beliau mencadangkan kempen pengambilan anggota dan latihan intensif bagi meningkatkan kedudukan tentera dan polis, melalui pengambilan anggota baru yang boleh menggantikan pegawai daripada rejim terdahulu.
Ali juga menekankan keadilan dan perdamaian sebagai keutamaannya berikutan ketegangan antara puak, terutama melibatkan antara bandar Misrata dan Bani Walid, yang meletakkan Libya di ambang perang saudara. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121016/lu_07/Musuh-Gaddafi-dilantik-PM-baharu-Libya#ixzz29U0Mspum
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Monday, October 8, 2012

PM Libya baru Mustafa Abu Shagur dipecat



Mustafa Abu Shagur
Mustafa Abu Shagur
TRIPOLI - Perdana Menteri Libya yang baru dipilih, Mustafa Abu Shagur telah dipecat selepas gagal buat kali kedua untuk mendapatkan kelulusan Parlimen membentuk barisan Kabinetnya.
Mustafa dilaporkan telah memutuskan untuk membentuk kerajaan 'sementara' yang terdiri daripada hanya 10 menteri.
Kongres Nasional Am (GNC) mengundi 125 menyokong dan 44 membantah cadangan Mustafa itu.
Mustafa merupakan perdana menteri yang pertama dipilih selepas Kol Muammar Gaddafi yang memimpin Libya selama empat dekad digulingkan.
Beliau pernah berkhidmat sebagai timbalan perdana menteri di bawah pemimpin sementara Abdurrahim al-Keib.
Tawaran kedua dan terakhir Mustafa hanya mempunyai 10 kementerian berbanding 29 yang dikemukakan minggu lalu.
Cadangan barisan Kabinet pertama Mustafa telah ditolak Khamis lalu atas alasan ia tidak mewakili wilayah-wilayah penting dan kurang anggota yang layak.
Berdasarkan laporan BBC, bandar-bandar utama seperti Zawiya, Benghazi dan Misrata, yang kehilangan ramai pejuang ketika kebangkitan menggulingkan Muammar tahun lalu, menuntut agar diberi ruang perwakilan yang lebih besar dalam kerajaan baru.
Ketika sesi perbahasan Parlimen, penunjukkan perasaan, kebanyakan dari  Zawiya menyerbu pejabat GNC di sini sambil menggesa Mustafa letak jawatan.
Mustafa pada awalnya mahu membentuk kerajaan perpaduan, yang menurutnya dianggotai oleh mereka yang ada merit dan boleh bekerja dengannya.

Monday, October 1, 2012

Rakyat Libya serah senjata



Penduduk Libya beratur untuk menyerahkan senjata mereka kepada pasukan tentera di Dataran Syahid, Tripoli, kelmarin. - Reuters
TRIPOLI 30 Sept. - Penduduk Libya, semalam menyerahkan beratus-ratus senjata kepada tentera kerajaan, sebagai tanda sokongan terhadap kempen pembubaran kumpulan militia di negara ini.
Penduduk menyerahkan senjata mereka di pusat pengumpulan senjata di Dataran Syahid di sini dan di Dataran Kebebasan di Benghazi.
"Ini adalah langkah pertama dan kami akan meneruskan usaha ini bagi mewujudkan keamanan di Libya," kata jurucakap tentera, Ali al-Sheikhi.
Penyelia serahan senjata di Tripoli, Kolonel Hussein Abdullah Khalifa berkata, langkah itu dilakukan selepas perhimpunan anti-militia pada bulan ini mendesak tentera untuk bersatu.
Penganjur kempen di sini, Ziad Hadia berkata, beratus-ratus penduduk menyerahkan senjata ringan serta berat termasuk peluru, bom dan raifal.
Di Benghazi, pasukan tentera menerima 730 senjata ringan, 200 butir bom tangan, 100 senjata berat dan 20,000 peluru pelbagai jenis.
Kempen tersebut akan turut dilaksanakan di beberapa bandar lain. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121001/lu_07/Rakyat-Libya-serah-senjata#ixzz282SnDDWO
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Ratusan penduduk Libya serah senjata api

Ratusan penduduk Libya serah senjata api
Sebahagian penduduk menyerahkan senjata di Tripoli, Libya
TRIPOLI - Ratusan penduduk Libya berhimpun bagi gencatan senjata api dan pembubaran militan di Benghazi dan Tripoli selepas diarahkan oleh Panglima Angkatan Tentera Libya.

Jurucakap tentera, Kolonel Hussein Abdullah Khalifa berkata, keperluan menyerahkan senjata api itu semakin ketara berikutan serangan ke atas Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Benghazi baru-baru ini yang mengorbankan duta Amerika ke Libya serta tiga wakil kedutaan.

“Jumlah mereka yang tampil menyerahkan senjata memberangsangkan, termasuk senjata ringan, sederhana dan berat serta sejumlah besar peluru dari gudang penyimpanan," katanya.

Di Benghazi, kira-kira 730 senjata ringan, 200 bom tangan, 20,000 peluru dan puluhan kereta kebal diserahkan.

“Beratus penduduk tiba sejak awal pagi untuk menyerahkan senjata mereka membabitkan lelaki, belia dan wanita, termasuk kanak-kanak bagi menyerahkan peluru yang dijumpai di jalan raya,” katanya.

Sesetengah mereka ada yang memandu kenderaan tentera, kereta perisai, kenderaan antipesawat.

Sebelum ini, kerajaan Libya menganggarkan lebih 200,000 penduduknya memiliki senjata api.

Bagi menarik kempen penyerahan senjata anjuran Ziad Hadia itu, kerajaan turut menawarkan pekerjaan kepada penduduk serta membeli senjata mereka. - AFP

Sunday, July 29, 2012

NATO Game Over - April 1st, 2012



NATO, the world's biggest war machine, has evolved from a defensive to an aggressive alliance.

NATO adds fuel to the fire. Under the pretext of 'Responsibility to Protect', NATO attacked Libya to force a profitable regime change. This intervention escalated the conflict and caused thousands of casualties. The arms industry applauds. NATO's intervention in Afghanistan leaves the country in tatters and on the brink of a civil war, thousands have been killed. After a long-drawn-out war, the alliance reduces troop levels but plans for continued military presence, although military leaders admit that they have reached no tangible results so far.

While hopes are high for nuclear disarmament, NATO still deploys nuclear weapons in five European countries, jeopardizing disarmament processes and encouraging other countries to arm themselves. In times of austerity and drastic cuts to social spending, NATO members invest millions in missile defense and military power against imaginary threats.

A select club of 28 countries intervening worldwide to protect their own interests, in the possession of nuclear weapons and ready to use them first, form a threat to world peace.

http://www.youtube.com/watch?v=kFViWzQ543Q

Thursday, June 7, 2012

Lapangan terbang Libya diambil semula



Lapangan terbang Libya diambil semula
Kenderaan berisi meriam dibawa mengelilingi pesawat dan lapangan terbang.
TRIPOLI - Pihak berkuasa Libya berjaya merampas semula Lapangan Terbang Antarabangsa Tripoli dari tangan bekas pemberontak yang menduduki kawasan landasan sebagai respons terhadap dakwaan penahanan komander mereka, kelmarin.

Menteri Dalam Negeri, Omar Al-Khadrawi berkata, rampasan semula selama sehari itu berlaku selepas kuasa-kuasa kerajaan peralihan melakukan serangan susulan kegagalan rundingan bersama pejuang berhaluan kiri.

Katanya, operasi penerbangan dijangka tertunda sekurang-kurangnya dalam tempoh 24 jam disebabkan oleh kerosakan infrastruktur lapangan terbang berkenaan.

Menurut pegawai kerajaan, kumpulan yang digelar Brigade al-Awfea dari bandar Tarhouna, Libya, didakwa mendesak pembebasan Kolonel Abu Ajila Al-Habshi yang hilang dua hari lalu dan tindakan menawan perkhidmatan penerbangan adalah gesaan terhadap kerajaan bagi mengetahui kedudukan lelaki itu.

Insiden rampasan itu, seorang petugas lapangan terbang cedera selepas terkena tembakan udara oleh pemberontak dan menimbulkan panik kepada pengunjung.

Thursday, September 15, 2011

Serangan NATO di Libya model kerjasama AS-Eropah





2011/09/15

WASHINGTON: Seorang pegawai kanan Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) menyifatkan kempen serangan tentera NATO di Libya adalah 'model' masa depan membabitkan kerjasama negara Eropah dan AS dalam gabungan tentera bersekutu. 

Operasi serangan di Libya dilihat sebahagian daripada beberapa model bagaimana AS boleh mengetuai tentera bersekutu, kata Penolong Setiausaha Jabatan Negara bagi Hal Ehwal Eropah, Philip Gordon di sini, semalam.
“Ini sesuatu yang batu mengenai pendekatan kita terhadap Libya dan apa yang boleh dilakukan Amerika dengan Eropah turut memberi peranan dalam aspek tertentu," katanya. - AFP

Monday, September 5, 2011

'Gaddafi perlu dibicara di Libya'





2011/09/05

TENTERA anti-Gaddafi menemui periuk api disimpan di dalam sebuah rumah di Tripoli, semalam.
TENTERA anti-Gaddafi menemui periuk api disimpan di dalam sebuah rumah di Tripoli, semalam.
Jenayah sepanjang pemerintahan wajar diadili tanpa ambil kira dakwaan ICC

LONDON: Bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi, perlu dibicarakan di negara itu kerana jenayah yang dilakukan sepanjang pemerintahannya tanpa mengambil kira dakwaan yang dikenakan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) terhadapnya.
Penyelaras bersama Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) di Britain, Guma al-Gamaty, berkata Gaddafi perlu dibicarakan di Libya berikutan banyak jenayah yang dilakukan sejak berkuasa pada tahun 1969.
ICC yang beribu pejabat di The Hague, mengeluarkan waran tangkap ke atas Gaddafi kerana jenayah kemanusiaan yang dilakukan ketika pemberontakan di Libya, bersama waran untuk anaknya, Seif al-Islam dan ketua perisikan beliau.

“ICC cuma akan membicarakan Gaddafi atas jenayah yang dilakukan sejak enam bulan lalu. Gaddafi bertanggungjawab ke atas banyak jenayah yang dilakukan sejak 42 tahun pemerintahannya, beliau perlu dibicarakan dan menjawab semua tuduhan dalam perbicaraan di Libya,” katanya kepada televisyen Perbadanan Penyiaran Britain (BBC).

Beliau berkata terpulang kepada mahkamah untuk menentukan sama ada hukuman mati sesuai untuk Gaddafi tetapi menambah: “Mahkamah adil dan saksama dan akan memenuhi semua piawaian antarabangsa.”

“Pemerhati antarabangsa daripada pertubuhan hak kemanusiaan dan organisasi dipercayai lain serta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan dibenarkan memantau. Ia akan menjadi perbicaraan yang adil, sesuatu yang Gaddafi tidak pernah berikan kepada penduduk Libya yang mengkritiknya sejak 42 tahun lalu,” katanya. 
“Masa sudah berlalu. Tawaran rundingan kepadanya oleh NTC beberapa bulan lalu dan beliau tidak pernah menerima. Juga sukar bagi Gaddafi dan anaknya mencari tempat selamat atau negara yang mahu menerima mereka,” katanya.

Mengenai waran tangkap ICC, beliau berkata pilihan mereka amat terhad. 

“Apa yang akan mereka hadapi jika ditangkap ialah ditahan dan dilayan dengan baik. Mereka akan dipastikan selamat dan berdepan dengan perbicaraan serta menjawab semua jenayah yang dilakukan,” katanya. 

Sementara itu, Britain dilaporkan pernah menjemput dua anak lelaki Muammar Gaddafi, ke ibu pejabat unit pasukan khas (SAS), ketika bekas Perdana Menteri, Tony Blair, cuba menjalin hubungan dengan rejim Libya, lapor akhbar The Sunday Times.

Dalam pendedahan terbaru daripada dokumen perisikan yang diperoleh media dan kumpulan hak di Tripoli, akhbar berkenaan melaporkan Blair juga membantu seorang lagi anak Gaddafi, Seif al-Islam, dengan tesis kedoktorannya. – AFP 

Friday, September 2, 2011

Zuma pertikai campur tangan Nato

OSLO: Afrika Selatan tidak bersetuju dengan campur tangan tentera Nato di Libya dan tidak mahu turut serta dalam persidangan di Paris, semalam yang bertujuan untuk membina semula negara yang musnah akibat perang itu, kata Presiden Jacob Zuma.
“Kami tidak gembira dengan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) 1973 mengenai zon larangan terbang yang dikenakan bagi membenarkan serangan udara ke atas Libya,” kata Zuma dalam sidang akhbar ketika lawatannya ke Norway.

“Di sebalik PBB yang memimpin proses itu...Nato yang bertanggungajwab dalam proses itu, kami dapati ada negara tertentu dan terlalu ramai yang terbabit dalam proses pembinaan semula Libya. Keadaan itu mengetepikan semua pihak penting yang terlibat,” katanya. - AFP, hmetro

Wednesday, August 31, 2011

Anak Gaddafi lahirkan anak di Algeria

ALGIERS 30 Ogos - Anak perempuan Muammar Gaddafi, Aisha yang lari meninggalkan Libya bersama anggota keluarganya yang lain, melahirkan anak perempuan hari ini, kata pihak berkuasa Algeria.
“Aisha beranak awal pagi ini. Dia melahirkan anak perempuan. Ibu dan anak berada dalam keadaan sihat,” kata pegawai kerajaan, yang enggan dikenali. - AFP, utusan

Monday, August 29, 2011

Pemberontak Raya Sakan DiRumah Mewah Ghadafy



 Beginilah Aksi Para Pemberontak Didalam Rumah Mewah Muammar Ghadafy

29/08/2011 - yepiye.wordpress
Beginilah kondisi rumah Muammar Ghadafy saat para pemberontak menjarah dan memasuki rumahnya yang mewah. Selama ini warga Libya tak pernah mengetahui seperti apa persisnya keadaan di dalam kediaman pemimpinnya selama 4 dekad  ini. Kini, seminggu setelah penjaga kediaman Ghadafi melarikan diri, warga pun menyambangi ‘istana’ tersebut.

Sunday, August 28, 2011

Kapal bawa penduduk tiba di Benghazi.

BENGHAZI 28 Ogos - Sebuah kapal yang membawa penduduk yang dipindahkan dari Tripoli, tiba di bandar Benghazi semalam.
Menurut Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi (OIM), kapal itu membawa kira-kira 263 orang dan tiba pada pukul 9.30 pagi (waktu Malaysia 5.30 petang) selepas pelayaran selama tempoh 30 jam.
“Penumpangnya terdiri daripada lapan rakyat libya yang merupakan bekas banduan politik, warga Mesir dan Algeria serta pekerja-pekerja asing dan keluarga mereka dari Filipina, Mauritania dan India,
“Mereka akan diperiksa di kem Persatuan Bulan Sabit Merah sebelum dibawa ke sempadan Mesir untuk penghantaran kembali ke tanah air,” katanya.
Tambahnya, kapal kedua yang membawa bekalan makanan, ubat-ubatan dan lain-lain bertolak semalam dari Benghazi ke Tripoli. – AFP

Britain sumbang 3 juta Euro kepada Libya

LONDON 28 Ogos - Negara Britain menyumbang 3 juta Euro (RM 12.9 juta) kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Antarabangsa untuk bantuan kemanusiaan segera di Libya, semalam.
Menurut Menteri dalam Jabatan Pembangunan Antarabangsa (DFID), Andrew Mitchell berkata pakej bantuan tersebut akan menolong menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan asas seperti memberi makanan untuk hampir 700,000 orang dan bantuan perubatan kepada 5000 mangsa yang tercedera akibat pertempuran itu.
"Kami telah melihat kejadian yang dashyat itu dari hospital Tripoli dan kami sedang bergerak pantas untuk menghulurkan bantuan kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Antarabangsa dalam menangani isu itu,” katanya kepada saluran televisyen BBC. – AFP

Gaddafi lari ke Algeria?




Seorang pemberontak Libya bergambar sambil tangannya menunjukkan isyarat 'V' (kemenangan) di kerusi berbentuk ikan duyung diperbuat daripada emas milik anak perempuan Muammar Gaddafi, Aisha di rumahnya di Tripoli, kelmarin. - AFP


TRIPOLI 27 Ogos - Satu konvoi enam buah kereta Mercedes yang mungkin membawa pemimpin Libya, Muammar Gaddafi dilihat menyeberangi Libya ke Algeria semalam, lapor agensi berita Mesir MENA yang memetik sumber pemberontak.

Laporan itu bagaimanapun masih belum disahkan Algeria atau Libya.
Menurut agensi berita MENA yang memetik sumber pemberontak, enam kereta Mercedes diiringi kereta perisai dan anggota tentera dilihat memasuki bandar Ghadames di Algeria semalam.
Sumber memberitahu, pemberontak tidak dapat mengejar konvoi tersebut kerana kekurangan senjata dan kelengkapan tempur.
"Kami rasa konvoi itu mungkin membawa pegawai tertinggi Libya iaitu Gaddafi serta anak-anaknya," lapor sumber terbabit.
Gaddafi terpaksa berundur dari kubu kuatnya, Bab al-Aziziya di Tripoli selepas ia ditawan pemberontak awal minggu ini.
Sehingga kini, lokasi sebenar pemimpin Libya itu bersama anak- anaknya masih menjadi tanda tanya dengan kumpulan pemberontak dilapor meneruskan pemburuannya dibantu kelengkapan serta perkhidmatan risikan Pakatan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).
Dalam perkembangan berkaitan, pemberontak Libya semalam menawan Ras Jdir di sempadan Tunisia selepas ia dipercayai merupakan satu daripada jalan alternatif kepada Gaddafi untuk melarikan diri, namun kini ia telah disekat.
Sementara itu, Kesatuan Afrika (AU) semalam menggesa pembentukan sebuah kerajaan menyeluruh di Libya dengan mengatakan ia tidak boleh mengiktiraf kumpulan pemberontak sebagai wakil sah negara tersebut ketika pertempuran terus berlaku.
Penolakan tersebut menunjukkan betapa kuatnya pengaruh Gaddafi kepada kesatuan tersebut memandangkan beliau merupakan antara pembiaya utama dan pernah memberi sejumlah besar wang kepada beberapa pemimpin Afrika. - AFP/Reuters

Malaysia iktiraf kerajaan sementara Libya



KUALA LUMPUR - Malaysia mengiktiraf Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) sebagai kerajaan sementara Libya yang sah, kata Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman.
Beliau berkata, Kuala Lumpur berharap NTC, yang disokong oleh rakyat Libya akan mengurus pentadbiran sementara negara itu ke arah perpaduan nasional, perdamaian dan pembangunan semula yang membawa keamanan dan kestabilan berkekalan kepada Libya dan rakyatnya.
NTC dipengerusikan oleh Mustafa Abdul Jalil dan Mahmoud Jibril serta anggota lain yang dilantik.
"Malaysia menyertai gesaan antarabangsa mendesak tentera Muammar Gaddafi supaya menyerah kepada pilihan majoriti rakyat Libya," kata Anifah dalam kenyataan di sini malam kelmarin.
Katanya, tindakan itu bagi mengelak lebih banyak pertumpahan darah dalam kalangan rakyat tempatan dan mencegah negara utara Afrika itu daripada terjebak ke dalam kancah krisis kemanusiaan yang dahsyat.
Setakat ini sebanyak 57 negara telah mengiktiraf NTC dengan kebanyakan daripadanya adalah negara-negara Barat.
mengulas pendirian Malaysia itu, pakar sains politik Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dr. Ahmad Atory Hussain ketika dihubungi menyifatkan ia satu keputusan yang wajar berdasarkan keadaan di Libya pada masa ini.
Beliau menjelaskan, walaupun NTC didalangi pasukan pemberontak, majoriti rakyat Libya sendiri menyokong pergerakan itu dan menolak rejim Gaddafi.
"Ia membuktikan Malaysia sebuah negara yang mengamalkan hubungan diplomatik yang praktikal dan realistik.
"Tidak timbul isu patutkah pengiktirafan diberikan (kepada NTC), ini kerana kerajaan kita juga memikirkan kesan pengiktirafan tersebut terhadap rakyat Malaysia yang masih berada di Libya," katanya.

Thursday, August 25, 2011

Di mana Gaddafi?



TRIPOLI - Sejak kumpulan pemberontak berjaya memasuki Tripoli kelmarin kini yang masih menjadi tanda tanya masyarakat dunia sehingga kini adalah di manakah pemimpin Libya, Muammar Gaddafi bersembunyi? Bagaimanakah nasib Libya selepas kejatuhan rejim pemerintahan yang dipimpin oleh beliau selama 42 tahun?

Pemberontak Libya dipercayai telah menguasai hampir keseluruhan kawasan di Libya yang terletak di bawah kekuasaan Gaddafi.

Tetapi, kehilangan Gaddafi dan kegagalan mereka untuk menahan beliau selepas mengepung kediamannya dilihat sebagai satu kekurangan untuk mengisytiharkan kejayaan penuh mereka.

Pemimpin veteran Libya itu dipercayai tidak muncul di khalayak ramai selama lebih daripada dua bulan.

Beliau hanya membuat penampilan melalui rakaman mesej suara akhir, Ahad lalu dan menggesa semua penduduk bangkit untuk menentang pemberontak.

Sehingga kini kumpulan pemberontak masih tidak mengetahui lokasi sebenar di mana Gaddafi bersembunyi.

Jurucakap Pentagon di Washington percaya beliau masih berada di Libya tetapi pelbagai spekulasi berhubung kehilangannya mula tersebar secara meluas.

Berikut adalah antara lokasi yang didakwa menjadi tempat persembunyian Gaddafi sejak berlakunya pemberontakan di negara itu kira-kira enam bulan lalu;


1. Hotel Rixos, Tripoli

Pada Mei lalu, Gaddafi pernah muncul dalam sebuah rakaman stesen televisyen semasa beliau menginap di Hotel Rixos di Tripoli tanpa disedari petugas media yang turut berada di situ. Kaki tangan hotel mendedahkan terdapat sebuah terowong rahsia yang menghubungkan hotel itu ke laluan bawah tanah. Laluan tersebut dipercayai mungkin digunakan oleh Gaddafi untuk memudahkan pergerakannya secara rahsia di seluruh Libya.


2. Tunisia

Gaddafi mungkin tidak bersendirian di Tunisia kerana Perdana Menteri , Al Baghadadi al-Mahmoudi dan ketua kesatuan televisyen, Abdallah Mansour sudah pun berada di Pulau Djerba di Tunisia. Petugas media masih gagal menjejaki beliau di lapangan terbang selepas khabar angin menyatakan pemimpin Libya itu dijangka akan menghantar isteri dan anak perempuannya untuk melarikan diri ke Tunisia.


3. Afrika Selatan

Terdapat spekulasi mendakwa Gaddafi diberi perlindungan di Afrika Selatan selepas sebuah pesawat negara itu dilihat mendarat di Tripoli, Ahad lalu. Bagaimanapun, Menteri Luar., Maite Nkoana-Mashabane menolak khabar angin tersebut dan menyatakan pesawat tersebut digunakan untuk mengambil sekumpulan pekerja.


4. Kompleks Bab al-Aziziya

Kediaman Gaddafi di Kompleks Bab al-Aziziya dipercayai menjadi lokasi utama tempat persembunyian beliau sejak dahulu lagi. Tetapi usaha kumpulan pemberontak mengepung kediamannya sejurus selepas memasuki Tripoli tidak memberi sebarang tanda bahawa pemimpin Libya itu bersembunyi di rumahnya.


5. Sirte

Sokongan terhadap Gaddafi masih terus kekal di bandar kelahiran beliau di Sirte di Mediterranean. Ada pihak mendakwa beliau melarikan diri ke bandar itu untuk bersembunyi.


6. Hospital di luar Tripoli

Stesen televisyen Al-Arabiya melaporkan Gaddafi bersembunyi di sebuah hospital di Tajoura terletak di pinggir timur Tripoli. Pada Mei lalu, ketua keselamatan Britain mendakwa Gadaffi berpindah-randah dari pelbagai lokasi hospital kerana dipercayai ia menjadi ’tempat’ paling selamat dari sebarang bentuk serangan.


**Kerajaan Venezuela, Arab Saudi, Zimbabwe, Uganda turut percaya hospital di luar Tripoli menjadi lokasi utama persembunyian Gaddafi.-SH

Tuesday, August 23, 2011

Gaddafi tumbang

TRIPOLI: TRIPOLI: Ketua pemberontak Libya, Mustafa Abdel Jalil semalam mengisytiharkan berakhirnya ‘era Gaddafi’ yang memerintah negara itu selama 40 tahun selepas tentera pemberontak menguasai hampir keseluruhan bandar raya ini.
‘Era Gaddafi sudah berakhir,” katanya pada sidang akhbar di Benghazi, timur Libya, merujuk kepada pemimpin veteran Libya, Muammad Gaddafi.

Mustafa berkata, beliau berharap, Gaddafi yang menghadapi waran tangkap yang dikeluarkan Mahkamah Keadilan Antarabangsa akan ditangkap supaya beliau boleh dibicarakan secara adil.

Mustafa megucapkan tahniah kepada rakyat Libya kerana ‘kemenangan bersejarah’ itu dan juga mengucapkan terima kasih kepada Nato kerana memberikan sokongan ketenteraan.

Beliau bagaimanapun berkata, kemenangan sebenarnya ialah apabila Gaddafi, 69, ditangkap.

Menurutnya, hampir keseluruhan Tripoli kini berada di bawah penguasaan pemberontak.


Laporan sebelum ini menyatakan Gaddafi bersembunyi selepas tentera pemberontak menyerang bandar raya itu dan berlaku pertempuran sengit di luar perkarangan istana Presiden.

Dalam pada itu, tiga anak Gaddafi dikatakan berada dalam tahanan pemberontak.

Dalam kenyataan awalnya, Mustafa Abdel Jalil memberitahu stesen televisyen al-Jazeera, mereka menahan Saif al-Islam dan Al-Saadi, dua anak Gaddafi.

Abang mereka, Muhammad, dilapor menyerah diri.

Menurut Mustafa “Saif kini ditahan dengan kawalan ketat sehingga dia didakwa kelak.” Sementara itu, bunyi tembak menembak terus kedengaran di seluruh ibu negara itu selepas penyokong setia Gaddafi yang terkepung melancarkan serangan balas.

Kereta kebal tentera kerajaan muncul dari kompleks istana yang dikenali sebagai Bab al-Aziziya dan mula melepaskan bedilan sejurus selepas subuh berikutan serangan pemberontak.

Penduduk berkata, tentera pemberontak cuba memanjat tembok perkarangan istana presiden tetapi ditembak oleh pengawal.

Pemimpin Libya itu masih menguasai kawasan Rixos di barat daya Tripoli dan tentera upahan masih berjuang untuknya.

Anak bongsunya, Khamis al-Gaddafi dipercayai mengetuai serangan balas.

Kira-kira 1,300 orang dikatakan terbunuh dalam pertempuran terbaru di Tripoli itu.

Jurucakap pemberontak, Nouri Echtiwi berkata: “Keadaan tenteram selama empat jam menyusuli sambutan besar-besaran penyokong pemberontak di jalan raya.

“Kemudian kereta kebal dan pikap yang dilengkapi mesingan keluar dari Bab al-Aziziya, kubu kuat terakhir Gaddafi dan mula membedil Jalan Assarin dan kawasan al-Khalifa.

“Mereka membedil secara rambang pada semua arah setiap kali mendengar bunyi tembakan.” Ketika rejimnya kelihatan di ambang keruntuhan, televisyen swasta Libya melaporkan pemimpin Libya itu sudah ‘melarikan diri seperti seorang pengecut.’ - Agensi, hmetro

Thursday, August 11, 2011

Anak Muammar Gaddafi `mati hidup kembali’

TRIPOLI 10 Ogos - Anak lelaki pemimpin Libya Muammar Gaddafi, Khamis yang dilaporkan terbunuh sebelum ini dilihat di dalam siaran video televisyen tempatan, hari ini. Stesen televisyen menunjukkan video anak lelaki bongsu Gaddafi yang berusia 28 tahun itu beruniform ketika melawat mangsa pengeboman Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di dalam hospital, semalam. Ia merupakan kali pertama komander yang ditakuti itu dilihat umum sejak serangan NATO di pusat operasi di Zilton yang membunuh 32 orang pada 5 Ogos yang didakwa turut meragut nyawa Khamis. - AFP, utusan

Saturday, August 6, 2011

Anak lelaki Gaddafi terbunuh

BENGHAZI 5 Ogos - Pasukan pemberontak Libya hari ini berkata, anak lelaki Muammar Gaddafi, Khamis dan 30 orang yang lain terbunuh dalam serangan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di sebuah pusat operasi di barat bandar Zliten.
Jurucakap kumpulan militan revolusi, Mohammed Zawawi berkata, perisik yang berada di kawasan Gaddafi mengesahkan Khamis merupakan antara yang terkorban dalam serangan itu.
"Semalam, berlaku serangan udara oleh NATO di bilik operasi Gaddafi di Zliten dan kira-kira 32 orang tentera Gaddafi terbunuh.
"Antara mereka yang terbunuh ialah Khamis," kata Zawawi yang merupakan jurucakap untuk Tentera Revolusi Bersatu.
Khamis yang telah lama memimpin militia prokerajaan, dikatakan telah mengetuai perang di Zliten, kubu Gaddafi yang berjaya menyekat kumpulan pemberontak daripada mara ke Tripoli.
Serangan berlaku beberapa jam selepas Tripoli membawa kumpulan wartawan menyertai lawatan di pusat Zliten dalam usaha menafikan dakwaan bandar itu diserang. - AFPutusan