Tuesday, June 18, 2013

"Matinya Kita Ummat Muhammad dalam keadaan HINA"

Muhasabah diri. 

"Matinya Kita Ummat Muhammad dalam keadaan HINA"

Semua kehidupan dan makhluk yang mempunyai darah akan membusuk dan dimakan ulat termasuklah manusia. Ummat Muhammad adalah ummat yang paling bertuah kerana memiliki Al-Quran sebagai pendinding dan pembimbing kearah kesempurnaan hukum duniawi dan akhirat. Namun tidak ramai diantara ummat yang dipilih Allah ini untuk memanfaatkan isi Al-Quran yang diturunkan oleh Raja segala alam.

Dikisahkan dari beberapa sejarah, ramai dikalangan mereka yang MENGHAFAL AL-QURAN tidak tega dimakan oleh ulat di dalam liang lahad. Dan jasadnya masih kukuh dan seperti baru disemadikan. Allahurobbi.. Dan memang pernah berlaku di Malaysia terdapat jenazah sebegitu.

"Setidaknya, bacalah Al-Quran walaupun tidak mampu menghafal sepenuhnya"

Dari kisah lain yang dikutip, perkara ini diceritakan bukan untuk mengaibkan si mati. Tetapi untuk memberi pengajaran dan muhasabah kepada Ummat Islam yang lain. Peristiwa ini berlaku di Jordan. Seorang remaja yang telah mati ditanam di perkuburan Islam di sana, telah digali semula kuburnya di atas permintaan keluarga si mati kerana sahabat si mati telah menceritakan bahawa jenazah itu sudah murtad. Baru ditanam 3 jam, keadaan mayat berubah mendadak. Rambut menjadi putih, mukanya kemek seperti di hempap sesuatu yang besar dan seluruh tubuh badannya lebam biru kehitaman. Kejadian itu berlaku hanya selama 3 jam di dalam liang. Baru 3 jam sudah teruk dibadai malaikat.

Malaysia, satu kisah yang di ceritakan oleh orang kampung bahawa Nora (bukan nama sebenar) adalah seorang gadis yang sangat jelita, memiliki segalanya sempurna, wajah dah tubuhnya menggoda. Namun, Nora tidak pernah sujud pada Allah dan menafikan segalanya isi Al-Quran adalah dusta. Nora meninggal dirumah kekasihnya. Kebetulan kekasihnya ada urusan kerja diluar dan terpaksa meninggalkan Nora selama 2 hari saja. Jasad Nora berubah seperti sudah mati selama beberapa minggu. Kulitnya yang jelita berubah menjadi hitam, berkedut dan tersiat-siat seperti dilapah serta dimakan ulat. Dagingnya dimakan hampir 50% sehingga ada bahagian yang sudah ternampak tulang dan isi perut yang membusuk.

Adakah kita terfikir perkara sebegini setiap hari dan setiap sedutan nafas kita bahawa di atas bumi siapakah kita berpijak? Manusia sentiasa lupa tentang kematian. Begitulah pentingnya ummat yang sentiasa berpesan-pesan tentang kematian kepada saudara dan sahabatnya. Dan beruntunglah kita kerana di zaman ini terlalu banyak kemudahan untuk menimba ilmu agama, namun masih terlalu ramai yang lalai mengejar duniawi.

Apabila bercakap tentang amalan apakah yang akan dibawa ke kubur nanti, kita tidak pernah serius menjawab. Kerana kita tiada PENGHAYATAN tentang KEMATIAN. Manusia adalah sinonim dengan kejahilan iaitu bodoh sombong. Kerana sifat manusia adalah, DATANGNYA PENYESALAN ITU APABILA SESUDAH BERLAKU.. Pesan hamba kepada diri dan sahabat, Ummat yang disayangi Allah adalah ummat yang sentiasa ingat akan KEMATIAN. Kerana ingat KEMATIAN itulah membawa seseorang itu BERTAQWA kepada Allah.

Aktiviti seharian, paling tidak (bagi yang terlalu sibuk):
1) Berzikir, selawat paling kurang 10 kali sehari.
2) Mengaji paling kurang 1 ayat sehari.
3) Solat paling kurang 5 waktu sehari tidak termasuk solat-solat sunat.
4) WAJIB-kan diri untuk solat sunat taubat 2 rakaat sebelum tidur.
5) Ingat mati paling tidak 1 kali sehari (Tapi ingat.. Sang Izrail mempunyai 70 kali peluang untuk mencabut nyawa kita setiap hari)

Antara kata-kata kaunseling yang dapat kita berguru adalah:
"Bekerjalah kamu ibarat kamu hidup selamu 1000 tahun lagi, dan BERIBADATLAH kamu ibarat kamu mati ESOK hari"

Disediakan oleh:
Listen Listen & Sahabat2 -
 

Takziah buat keluarga yang kehilangan 3 anaknya serentak

Takziah buat keluarga yang kehilangan 3 anaknya serentak kerana menjadi mangsa lemas di Sungai Golok.
Keluarga ini berasal dari Kg Gua Sitok, Rantau Panjang.

"Ya ALLAH, kau kuatkanlah semangat keluarga ini dan agar mereka mampu banyak bersabar menerima dugaan-dugaan Mu dan Kau cucuri lah rahmat kepada ketiga-tiga Roh adik-beradik ini , tempatkanlah ketiga-tiga adik ini di syurga Firdausi "


Komen " Amiin " jika anda mempunyai belas kasihan ..

" Amiiin "

Barat sebagai pemerhati

Barat sebagai pemerhati
DI sebalik kekecohan ini, Barat mengambil langkah berdiam diri. Mereka duduk diam sebagai pemerhati.
Hakikatnya, segala tindakan Erdogan tidak disenangi mereka apabila beliau berjaya meletakkan Turki sebagai negara ke tujuh yang mempunyai jaringan ekonomi terbesar dunia, hutang IMF juga habis dibayar.
Maka itu, Barat tidak mempunyai alasan untuk campur tangan dalam pentadbiran Turki atau ingin menjadi ‘pak sibuk’. Namun, kekecohan itu sedikit demi sedikit membuka ruang buat Barat untuk mencampuri urusan Turki.
“Saya beri amaran kepada pihak luar supaya jangan mencampuri urusan di Turki. Ini negara saya, rumah saya dan keluarga saya. Saya tidak perlukan orang luar untuk menjadi penasihat,” katanya ketika rusuhan mula-mula tercetus.
Drama pergolakan politik Turki hakikatnya sama seperti negara lain.
Dalam kekecohan ini pastinya parti pembangkang Turki CHP (Cumhuriyet Halk Partisi) menjadi dalang utama tercetusnya protes anti kerajaan ini.
Dikhabarkan, pengaruh golongan sekular dan CHP semakin mengecil hingga membuatkan mereka tertekan dan tercabar.
Penyokong CHP yang turut disokong oleh puak Syiah dan Alawi antara paling ramai terlibat dalam pertempuran dengan pasukan polis anti rusuhan di Dataran Taksim pada malam kelmarin.

Gadis gaun merah ikon protes

Gadis gaun merah ikon protes DI kala Turki sedang menjadi tumpuan dunia, masyarakat antarabangsa heboh memperkatakan tentang kemunculan seorang gadis bergaun merah.
Wajahnya tersebar luas di beberapa laman sosial dan media digital sehingga dilabelkan sebagai ‘Gadis bergaun merah, ikon protes’.

Paparan itu jelas menunjukkan gadis yang berada di sebuah taman bunga memakai gaun merah, sambil mengepit tas tangan berwarna putih.

Siapakah wanita itu dan apakah kehebatannya sehingga beliau digelar ikon protes?

Gelaran ikon protes itu diperoleh oleh wanita dikenali sebagai Ceyda Sungar selepas wajahnya dirakam lensa kamera apabila berdiri teguh ketika disembur dengan gas pemedih mata oleh anggota keselamatan bagi menyuraikan perhimpunan di Gezi Park.

‘Kekebalan’ wanita degil itu kemudiannya dipolitikkan kumpulan aktivis wanita bagi menunjukkan kepada dunia betapa kerajaan Turki kejam menggunakan kekerasan terhadap wanita dan peserta demonstrasi.

“Saya tidak mahu menjadi popular, apa yang saya perjuangkan adalah hak wanita yang sekian lama dinikmati. Mengapa kerajaan mahu mengubahnya sedangkan itu adalah hak kami,” katanya ketika dalam ditemu bual majalah Dailymail.

Penyebaran gambar itu juga mendorong sekumpulan wanita untuk kekal bersama golongan lelaki melakukan protes secara lebih agresif sungguhpun amaran keras telah dikeluarkan oleh Erdogan Khamis lalu.
Aksi ‘wanita berbaju merah’ itu juga dilihat sebagai usaha mencabar Erdogan yang ingin 'membersihkan' wanita daripada memakai pakaian mencolok mata berbanding usaha Ataturk yang selama ini membenarkan wanita menggunakan hak mereka untuk bebas berpakaian, bergaul antara lelaki dan wanita tanpa batas.

Usaha mengubah wanita bukan tertakluk kepada pemakaian sahaja, Erdogan juga berusaha membataskan pergaulan wanita dengan lelaki, mengenakan arahan memakai tudung di majlis tertentu dan mengharamkan pengguguran di Turki.

Kesemua perubahan itu wajar disokong kerana berlandaskan syariah Islam.

Selepas dua minggu, ribuan penunjuk perasaan terus berkumpul di Dataran Taksim dengan ratusan daripada mereka mendirikan khemah, berpesta seolah mahu mencabar anggota keselamatan dan kerajaan Turki.

Mereka juga merosakkan kemudahan awam dan hotel berhampiran dataran itu.
Khamis lalu, kumpulan aktivis menyangkal dakwaan Erdogan apabila pemimpin itu sedia melakukan pungutan suara untuk mencorak kembali Dataran Taksim.

Kumpulan aktivis berkata, mereka tidak dijemput untuk rundingan itu dan pungutan suara itu adalah pembohongan terang-terangan kerajaan.

Sehingga semalam , lima disahkan maut termasuk anggota polis manakala lebih 600 anggota keselamatan cedera dalam rempuhan nekad untuk meyuraikan lebih 5,000 penunjuk perasaan.

Kebangkitan Islam di Turki


Kebangkitan Islam di Turki
Kebangkitan Islam di Turki
SEPANJANG 11 tahun Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) menguasai Turki, pelbagai kejayaan dibawa oleh penggerak utamanya yang kini dipimpin Perdana Menteri Turki, Recep Tayyib Erdogan.

Di bawah pemerintahan AKP juga, ekonomi Turki berkembang di mana hutang Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF) dilangsaikan, kekayaan negara diagih kepada rakyat, setiap bandar mempunyai universiti dan 206 empangan dibina.

Perubahan itu  dirasai ketika sebelum AKP menguasai Turki apabila Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) perkapita hanya AS$3,500 (RM11,000) pada 2002 dan kini mencecah AS$10,000 (RM31,000).
Eksport meningkat AS$36 bilion (RM113 bilion) pada 2002 kepada AS$114 bilion (RM357 bilion) dan dijangka melebihi AS$ 500 bilion (RM1,600 bilion) dalam 2023.

Apa lagi dimahukan penduduk Turki? Mengapa protes dicetuskan aktivis pencinta alam di Gezi Park pada 28 Mei bertukar ganas?

Ramai peneliti bidang pemikiran politik Islam berpendapat, bantahan awam itu luar biasa dalam konteks pembangunan pemikiran politik Islam masa kini. Ia dilihat sebagai  kajian  mengenal pasti keupayaan politik Islam dalam membina hubungan kait antara prinsip Islamisme yang selama ini diamalkan dengan ideologi sekularisme yang sudah sebati dalam pemikiran dan kehidupan masyarakat Turki sekian lama.

Sejarah Gezi Park

Protes di Gezi Park, Dataran Taksim bermula apabila kerajaan berhasrat menukar kawasan itu untuk dikomersialkan. Sejurus dikhabarkan rancangan itu, sekumpulan aktivis alam sekitar berkumpul hingga terpaksa dihalau anggota polis.

Protes bermula dengan hanya membawa agenda ketidakpuasan hati terhadap rancangan kerajaan itu akhirnya merebak apabila kumpulan aktivis berhaluan kiri membawa agenda lain seperti mempersoalkan campur tangan Turki ke atas Syria, isu alkohol, minoriti Kurdis tertindas, bercium di tempat awam hingga mendesak peletakan jawatan Erdogan.

Apa hebatnya Gezi Park ini? Gezi Park  antara destinasi pelancong Eropah ke Turki. Ia dikenali The heart of Istanbul atau The New Paris di mana terdapat pusat beli-belah, hotel mewah, pub dan disko.

Pada era Kerajaan Uthmaniyyah, komuniti Latin Kristian menjadikan tempat ini pusat intelektual dan perdagangan. Mereka terus tinggal di kawasan Taksim sehingga ke hari ini.
Namun, setelah kejatuhan Kerajaan Uthmaniyyah, barisan anak muda Turki menjadikan tempat itu sebagai lokasi meraikan kejayaan pembentukan negara Republik Turki berasaskan ideologi sekularisme yang disemat Presiden Turki pertama, Mustapa Kamal Ataturk.
Ataturk dianggap musuh Islam kerana meracuni pemikiran penduduk Islam di Turki.
Beliau antara individu bertanggungjawab menukar Masjid Aya Sofia menjadi muzium, membunuh ulama Islam dan menukar azan ke bahasa Turki. Beliau tergolong dalam ‘manusia dibenci Islam Islam hingga ke hari ini.

Transformasi

Setelah AKP memerintah Turki pada 2002, dasar sekular Ataturk masih dikekalkan. Erdogan bertindak bijak dengan tidak mahu ideologi itu diubah secara drastik kerana ia sudah sebati dengan rakyat Turki.
Umpama menarik rambut dalam tepung, Erdogan melakukan proses Islamisasi secara perlahan selepas mendapat kepercayaan daripada rakyat melalui pilihan raya dan proses itu dilakukan atas nama hak asasi manusia dan demokrasi.
Beliau bercita-cita mengembalikan kegemilangan Islam sama seperti pemerintahan  pemimpin terulung, Sultan Muhammad Al-Fateh. Beliau mahu rakyat Turki tahu bangsa Turki adalah bangsa paling hebat dan amat digeruni Barat.
Namun, tindakan itu mendapat kecaman golongan haluan kiri apabila dituduh mengkhianati mandat rakyat.

Rancangan Erdogan

Hakikatnya, Turki pada hari ini semakin padat dengan penduduk dan pembangunan. Kehadiran pelancong dan pedagang semakin bertambah kerana kestabilan politik dan ekonomi. Segalanya kejayaan itu adalah atas usaha barisan pentadbiran Erdogan.

Bagi melihat Turki terus berkembang atas dasar Islamisasi, Erdogan berhasrat membina Pusat Ottoman yang suatu ketika dulu pernah dihapuskan oleh Ataturk.

Pembangunan moden Islam itu ingin dimulakan di Dataran Taksim dengan membina laluan bertingkat dengan tingkat pertama dikhususkan untuk pejalan kaki dan tingkat bawah laluan kenderaan.

Ketika pembinaan giat dilakukan, muncul sekumpulan aktivis alam sekitar membantah tindakan yang menebang pokok di kawasan berkenaan hingga tercetusnya keganasan yang luar biasa.

Namun, sebelum itu, Erdogan mengeluarkan kenyataan kehijauan di Dataran Taksim kekal terpelihara.
Tetapi, apa yang berlaku kini, kumpulan aktivis itu sendiri bertindak merosakkan kawasan tersebut dengan menjahanamkan segala kemudahan awam.

Joker punca Heath Ledger temui ajal?


Joker punca Heath Ledger temui ajal?
Joker punca Heath Ledger temui ajal?
Ledger
KEMATIAN Ledger pada pertengahan Januari 2008, disahkan berpunca daripada pengambilan dos dadah berlebihan
Pendedahan diari Joker

WATAK Joker digambarkan sebagai peranan paling rumit buat Ledger sekali gus memberi tanggapan kepada dunia bahawa ia turut memberi kesan kepada anak kelahiran Australia ini mendalaminya.
Kematian Ledger pada pertengahan Januari 2008, disahkan berpunca daripada pengambilan dos dadah berlebihan akibat terlalu mendalami dan ingin mencipta sifat jahat sebagai Joker di dalam filem The Dark Knight.
Adakah ia benar atau rekaan media Barat semata-mata?
Pertengahan Mei, Kim Ledger iaitu bapa aktor kacak ini mendedahkan anak lelakinya itu amat mendalami karakter Joker sehingga mencipta diari watak itu.

Menerusi diari yang bertajuk 'Joker', Ledger telah menyenaraikan berbaris ciri-ciri dan sifat-sifat yang patut ada pada diri antagonis itu.

Pemenang Pelakon Tambahan Terbaik Oscar itu dikatakan mengambil banyak inspirasi daripada watak Malcolm McDowell menerusi filem berunsur jenayah, Clockwork Orange serta sifat seekor dubuk.

"Demi mendalami watak Joker, beliau sanggup bersendirian di dalam bilik hotel berminggu lamanya. Tindakan itu semata-mata untuk merangsang watak. Itu adalah perangai Ledger.
"Beliau sanggup berbuat apa saja demi mendalami watak tetapi saya tidak sangka 'Joker' telah membunuhnya.
"Ledger sanggup menganggap dirinya sebagai Joker yang dicipta secara berperingkat," kata Kim.
Salah satu bahagian yang menjadi tumpuan Ledger dalam diari berkenaan membabitkan satu babak di hospital.

Diari Joker itu turut diselitkan dengan ujian solekan yang dilakukan lapan bulan sebelum kematiannya.

"Pada muka surat terakhir, Ledger turut menulis perkataan selamat tinggal. Ia amat pilu untuk ditatap," katanya.

Filem The Dark Knight bagaimanapun, tetap ditayangkan kira-kira enam bulan selepas kematiannya.
Berbalik ketika detik Ledger masih hidup, aktor yang memiliki senyuman manis itu pernah memberitahu majalah Empire bahawa beliau sangat takut terhadap watak Joker tetapi tetap mahu menampil perbezaan.

"Saya hanya duduk di sebuah bilik hotel di London selama kira-kira sebulan, bersendirian daripada orang ramai, menulis diari sebagai Joker dan mengadakan beberapa eksperimen menghasilkan suaranya.

"Yang penting saya dapat menghasilkan suara ketawa yang ikonik sebagai Joker.

"Namun akhirnya saya sedar, Joker telah membuatkan saya gila di mana hati saya bertukar keras.

"Sememangnya Joker adalah gila, berdarah sejuk dan si badut yang suka membunuh," kata Ledger dalam temu bual terakhirnya.

Ketika hidup
Jika anda berusia lingkungan 20-an hingga 30-an, pasti filem komedi remaja Hollywood, 10 Things I Hate about You terpacul di fikiran selepas melihat wajah lelaki kacak ini.

Nama Ledger diangkat sejurus berjaya membawa watak utama filem tersebut. Selain itu, beliau turut diberi peranan utama dalam filem sanjungan Australia, Two Hands, yang diarahkan oleh Gregor Jordan.

Ledger semakin kuat pada 2001 selepas Anugerah ShoWest untuk “Pelakon Lelaki Masa Depan” bagi persembahannya dalam The Patriot, serta filem A Knight’s Tale yang amat popular.
Dalam 2005, Ledger menerima anugerah “Pelakon Lelaki Terbaik 2005” untuk peranannya dalam filem Brokeback Mountain daripada kedua-dua Lingkungan Pengkritik Filem New York dan Lingkungan Pengkritik Filem San Francisco.

Dia juga dicalonkan untuk Anugerah Akademi untuk “Pelakon Lelaki Terbaik”.

Pada musim bunga 2006, Ledger diumumkan akan melakonkan watak Bob Dylan dalam filem I’m Not There.

Pada 31 Julai 2006, Ledger disahkan secara rasmi untuk berlakon sebagai The Joker, orang jahat buku komik ikonik, dalam filem The Dark Knight, susulan filem 2005 Batman Begins, di samping I’m Not There yang dilakon oleh
Christian Bale yang dijangka siap pada 2008.

TRIVIA
-Dilahirkan pada 4 April 1979 di Perth, Australia Barat.
-Bapanya bernama Kim Ledger, seorang pelumba kereta dan jurutera yang membangunkan syarikat Kejuteraan Besi Ledger. Ibunya yang juga seorang guru Perancis bernama Sally Ledger.
-Berketurunan campuran Inggeris dan Scotland.
-Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Mary's Mount di Gooseberry Hill, kemudian ke Sekolah Guilford Grammar iaitu sekolah pertama Ledger berlakon sebagai Peter Pan pada usia 10 tahun.
-Ibu bapa berpisah sewaktu Ledger berusia 11 tahun.
-Mendapat inspirasi berlakon daripada kakaknya, Kate yang juga seorang aktres kemudian menjadi ejen publisiti.
-Selepas memegang beberapa watak TV dan filem Australia dalam 1990, Ledger berpindah ke Amerika Syarikat (AS) dalam 1998 bagi mengembangkan kerjayanya.
-Pernah menjalinkan hubungan dengan ramai pelakon wanita terkenal seperti Lisa Zane, Heather Graham dan Naomi Watts.
-Dalam 2004, Ledger bercinta dengan pelakon Michelle Williams selepas bertemu di set penggambaran filem Brokeback Mountain dan dikurniakan seorang anak perempuan bernama Matilda Rose pada 28 Oktober 2005.
-Selepas berpisah dengan Williams pada penghujung 2007, Ledger mula menjalinkan hubungan dengan model Helena Christensen dan Gemma Ward.
-Antara filem popular hasil lakonan Ledger adalah 10 Things I Hate About You (1999), The Patriot (2000), A Knight’s Tale (2001), Monster’s Ball (2001), Lords of Dogtown (2005), Brokeback Mountain (2005), Candy (2006), I’m Not There (2007), The Dark Knight (2008), dan The Imaginarium of Doctor Parnassus (2009).
-Turut menerbitkan dan mengarah video muzik serta bercita-cita untuk menjadi pengarah filem.
-Disahkan meninggal dunia pada 22 Januari 2008 kerana dos dadah berlebihan.

Temui anak selepas 44 tahun terpisah



SETELAH lebih empat dekad terpisah dengan anaknya, seorang ibu, Marie-Jose E berjaya menemui anak lelakinya selepas ujian DNA mengesahkan mereka mempunyai pertalian darah.

“Saya hidup dalam fantasi. Ia sangat menakjubkan. Saya berasa sangat gembira.

“Apabila saya bangun dari tidur, saya beritahu diri sendiri bahawa dia (anak) ada di sana, dia wujud...kemudian, saya takut kehilangan dia,” katanya dengan penuh emosi dalam satu temubual melalui telefon dengan AFP.

Marie-Jose yang kini bekerja sebagai guru berkongsi kisah di sebalik kehilangan anak lelakinya itu.

Menurutnya, ayahnya berbangsa Sepanyol merupakan seorang yang sangat tegas dan apabila mendapati Marie hamil pada usia 22 tahun tanpa berkahwin, Marie dibawa ke Santo Celo.

Marie-Jose kemudiannya melahirkan anak lelaki pada 12 Julai 1969 di situ.

Ayahnya berjanji bahawa dia akan dapat menjaga anaknya itu dan bayi baru lahir itu diserahkan kepada rahib wanita di situ oleh ayahnya tanpa persetujuan Marie-Jose.

“Ia merupakan mimpi ngeri. Saya tak bercakap dengan ayah selepas itu,” katanya.

Ibunya meninggal tiga tahun selepas anaknya diambil akibat barah dan ayahnya pula meninggal dua tahun kemudian.

Marie-Jose dan anaknya salah satu daripada ribuan keluarga yang menjadi mangsa kepada skandal pencurian bayi di Sepanyol.

Marie-Jose yang berkahwin dan mempunyai seorang lagi anak lelaki berusia 30 tahun tidak pernah berputus asa mencari anak lelaki sulungnya itu.

Sementara, anak lelakinya itu pula menyedari dirinya adalah anak angkat pada usia 14 tahun.

“Tapi, mereka memberitahu dia, ibu bapa kandungnya meninggal dalam kemalangan jalan raya,” kata Marie-Jose.

Anak lelaki Marie-Jose menghubungi persatuan yang berkaitan di Valencia dan padanan antara dia dan Marie-Jose begitu cepat, ditambah dengan ujian DNA yang mengesahkan pertalian darah antara mereka.

“Sejak itu, kami berhubung melalui telefon setiap hari. Dia sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki berusia lapan tahun. Saya sudah menjadi nenek sekarang.

"Cucu saya memanggil saya yaya (nenek) di telefon. Ia sangat menggembirakan saya,” katanya yang merancang untuk bertemu si anak pada Jumaat ini dan menyambut hari lahir si anak pada 12 Julai ini.

Tahanan politik lancar mogok lapar di Arab Saudi

Tahanan politik lancar mogok lapar di Arab Saudi
Orang ramai menyokong tindakan mogok lapar yang dilakukan di luar penjara di Riyadh.
RIYADH - Sekumpulan tahanan politik melancarkan mogok lapar kerana membantah penahanan mereka yang didakwa tidak tidak mengikut syarat.

Aktivis berkata, lebih daripada 70 tahanan melakukan mogok itu dalam usaha menarik perhatian antarabangsa terhadap situasi tidak berperikemanusiaan yang berlaku di seluruh penjara di Saudi.

“Kami berharap, bantahan ini mendorong tindakan segera daripada negara antarabangsa untuk menghentikan pelanggaran hak asasi manusia,” katanya.

Menurutnya, terdapat lebih daripada 40,000 tahanan kebanyakannya tahanan politik berada di penjara seluruh negara itu.

“Beberapa tahanan juga ditahan tanpa perbicaraan lebih daripada 16 tahun,” katanya.

Media melaporkan, tindakan itu sebagai cubaan menghasut orang ramai untuk menentang kerajaan. - Press TV

Presiden Rusia curi cincin?

Perdana Menteri Rusia, Vladimir Putin
Perdana Menteri Rusia, Vladimir Putin
MOSCOW – Jurucakap Presiden Rusia, Vladimir Putin menafikan dakwaan yang mengatakan Putin mencuri cincin Super Bowl.

Dmitry Peskov memberitahu, pemilik asal cincin tersebut, Robert Kraft memberikan cincin tersebut sebagai hadiah kepada Putin.

Katanya, kedua-dua belah pihak bersetuju terhadap pemberian cincin yang memiliki 124 berlian itu ketika lawatan Kraft ke St. Petersburg, Rusia pada tahun 2005.

Dipetik daripada laporan New York Post, Kraft tidak menyebut secara spesifik bahawa Putin mencuri cincinnya itu.

“Saya menunjukkan kepada Putin cincin itu dan dia mencubanya dan pergi,” katanya.

Kraft memberitahu dia mahukan cincin itu kembali kerana mempunyai pertalian emosi dengan cincin tersebut.

“Saya ada pertalian emosi dengan cincin itu. Ada nama saya di cincin itu,” katanya.

Sementara itu, Peskov berkata, “apa yang Kraft cakap sekarang pelik. Saya berdiri 20 sentimeter daripada dia dan presiden.

"Saya nampak dan dengar bagaimana Kraft memberikan cincin itu sebagai hadiah," katanya.

Cincin 4.94 karat itu kini berada di Perpustakaan Kremlin, di mana semua hadiah rasmi disimpan.

Sehingga kini, kebenaran mengenai cincin tersebut masih menjadi teka teki.

Demonstrasi anti-kerajaan merebak ke Berlin

Demonstrasi anti-kerajaan merebak ke Berlin
Penduduk tempatan melakukan protes di sekitar Berlin.
BERLIN - Ribuan penduduk awam beradak mengadakan demonstrasi di Berlin, Jerman sebagai tanda sokongan terhadap protes anti-kerajaan di Turki.

Menurut laporan Press TV, media tempatan dilaporkan,  kira-kira dua ribu penunjuk perasaan berhimpun di jalan utama sambil melaungkan slogan menyokong penunjuk perasaan di Dataran Taksim di Istanbul.

“Perhimpunan itu diadakan kerana terdapat ramai penduduk Turki yang menetap dan bekerja di bandar itu,” menurut laporan itu.

Sepanjang minggu lalu, demonstrasi sama turut dilakukan di New York dan London.

Kelmarin, Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan mengarahkan polis anti rusuhan untuk mengusir lebih 100,000 penunjuk perasaan di Taman Gezi.

“Menjadi tugas saya sebagai Perdana Menteri untuk mengembalikan keamanan di negara ini," katanya.

Amerika Berbohong. Istri Syaikh Usama bin Laden mengungkap Kebenaran Syaikh Usama Syahid (Insya Allah)




CHECNYA (KabarDuniaIslam) - Ketika Obama mengatakan bahwa berandalan yang dipimpinnya berhasil membunuh Syeikh Usama Bin Laden (rahimahullah), media barat kemudian berlomba-lomba membuat berbagai versi yang berbeda mengenai terbunuhnya orang nomor satu di jajaran Al Qaeda tersebut. Mereka yang akrab dengan metode propaganda demokratik dan kesimpangsiuran informasi langsung menunjukkan ketidakpercayaan akan cerita-cerita yang beredar.

Yang pasti, telah nyata bahwa Amerika memiliki keinginan kuat untuk memberi citra negatif terhadap Syeikh Usama, menghinanya dan meninggalkan kesan buruk dengan mengatakan hal-hal kebalikan dari karakter asli dan latar belakang Syeikh Usama.

Menolaknya pihak Amerika untuk mempublikasi video atau bahkan foto dan cerita meragukan mengenai pemakaman jenazah Syeikh Usama di laut, yang konon menurut Amerika mengikuti aturan Islam, justru memperkuat kecurigaan bahwa Amerika berbohong.

Dan yang sama sekali tidak membantu, skandal-skandal dan bocoran "informasi rahasia" mengenai serangan di rumah Syeikh Usama dan pembunuhan terhadapnya yang disebarkan secara berkala dalam bentuk wawancara, buku dan acara televisi.

Bocoran kebohongan terakhir adalah mengenai pernyataan seseorang yang diduga penjaga Amir Al Qaeda, Abdul Fattah. Fattah mengatakan bahwa Syeikh Usama meledakkan dirinya dengan sabuk bom yang tidak pernah lepas dari tubuhnya. Inilah alasan mengapa Amerika tidak pernah memperlihatkan jenazah Syeikh Usama, demikian ungkap Fattah.

Meskipun demikian, cerita ini dipalsukan untuk menyembunyikan kebenaran mengenai syahidnya Syeikh Usama, Insya Allah.

Jadi, apa yang sebenarnya terjadi di kota Abbottabad, Pakistan, pada malam 2 Mei 2011?

Pertanyaan tersebut dijawab oleh Amal al-Sada, istri Syeikh Usama yang berasal dari Yaman, yang saat kejadian berada di rumah tersebut bersama Syeikh Usama menjelang syahidnya, Insya Allah.

Amal al-Sada menceritakan kejadian sesungguhnya atas syahidnya (Insya Allah) Syeikh Usama dan mengungkapkan hilangnya jenazah asy-syahid Syeikh Usama.

Berikut cerita Amal al-Sada:

"Ketika serangan terjadi dan para tentara kafir itu turun dari helikopter, mujahidin yang berada dalam rumah melawan para tentara kafir itu, dan terjadi pertempuran yang sengit dan hebat.

Adalah tentara Amerika dan pasukan murtad Pakistan itu yang menyerang kami, mereka bergerak bersama.

Ada banyak personil dari mereka. Mereka dengan cepat menyebar di halaman dan di dalam rumah. Kemudian pertempuran mengerikan itu terjadi.

Saat terjadi serangan, Syeikh Usama sedang berada dalam kamarnya. Beliau dengan cepat mengambil senjata dan lari ke jendela. Dalam menit-menit pertama serangan, sebuah peluru menghantam wajahnya, dan beliau langsung menemui syahid, Insya Allah.

Hal itu merupakan rahmat Allah untuk Syeikh Usama.

Para tentara Amerika itu, untuk sesaat memasuki kamar dan menemui Syeikh Usama telah syahid, Insya Allah.

Mereka mengambil jenazahnya dan membawanya keluar rumah, memasukkannya ke helikopter marinir Amerika.

Kemudian helikopter itu lepas landas, sementara masih berada di udara, terdengar suara ledakan keras. Mungkin helikopter itu ditembak. Helikopter itu terbakar dan meledak di udara. Bagian-bagiannya berjatuhan. Semua yang berada di helikopter itu mati dan tubuh mereka hancur. Begitu pula dengan jenazah Syeikh Usama.

Orang-orang kafir Amerika itu ingin mempertontonkan jenazah Syeikh Usama pada dunia dan menunjukkan kemenangan mereka, namun Allah menghancurkan rencana mereka.

Semua rencana itu dimusnahkan oleh Allah, bahkan termasuk jenazah Syeikh Usama. Tidak ada yang tersisa untuk mereka, sehingga Amerika harus mengarang cerita mengenai pemakaman Syeikh Usama di laut. Allah telah melindungi Syeikh Usama selama hidup dan juga melindunginya dari musuh saat syahidnya, Insya Allah.

Semoga Allah memberinya syahid dan taman-taman di syurga tertinggi!"

***

Sebagai tambahan cerita yang dikisahkan Amal al-Sada, beberapa waktu setelah serangan di Abbottabad itu, melalui saluran Fox TV, pada Agustus 2011 Amerika mengungkapkan bahwa mujahidin Imarah Islam Afghanistan berhasil menembak jatuh helikopter "Team 6" milik angkatan laut AS yang ikut dalam penyerbuan di rumah Amir Al Qaeda tersebut. Dua puluh dua tentara kafir Salibis Amerika terbunuh. Atas kejadian itu, Obama mengungkapkan simpati terhadap keluarga dan kerabat para tentara yang terbunuh.

Kemungkinan berita itu hanya untuk menutupi kekalahan tentara Salibis Amerika yang terbunuh di helikopter, yang membawa jenazah Syeikh Usama, pada malam tanggal 2 Mei 2011 tersebut.

Sumber : Kavkazcenter

(KabarDuniaIslam/Kavkazcenter)

Mogok seluruh Turki


Istanbul: Dua kesatuan sekerja terbesar Turki memulakan mogok seluruh negara semalam bagi membantah tindakan keras polis ke atas penunjuk perasaan antikerajaan.

Ia diadakan sehari selepas Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan mempertahankan tindakannya mengusir penunjuk perasaan di Taman Gezi.


Menteri Dalam Negeri Muammer Guler mengecam mogok itu dengan menyifatkannya sebagai haram dan memberi amaran supaya anggota kesatuan tidak berarak di jalan raya ketika kerajaan berusaha menangani kekacauan yang berlarutan sejak tiga minggu lalu.

Polis masih menembak gas pemedih mata dan meriam air ke arah sekumpulan penunjuk perasaan di Istanbul dan di Ankara awal semalam selepas pertempuran hujung minggu yang berpunca daripada pengusiran penunjuk perasaan dari Taman Gezi, pusat gerakan membantah kerajaan Recep.


Hampir 600 orang ditahan dalam kekacauan kelmarin, menurut persatuan peguam di Istanbul dan Ankara.


Kesatuan sekerja KESK dan DISK mewakili ratusan ribu pekerja menggesa diadakan mogok sehari bagi membantah cara polis bertindak menangani tunjuk perasaan. “Tuntutan kami supaya polis menghentikan keganasan serta-merta,” kata jurucakap KESK Baki Cinar.

Menurutnya, kesatuan sekerja itu disertai jurutera, doktor gigi dan doktor.


Keganasan hujung minggu memburukkan krisis yang menjadi ancaman terbesar pernah dihadapi kerajaan Recep.

Berucap pada perhimpunan 100,000 penyokong Parti Keadilan dan Pembangunan yang diketuainya, Perdana Menteri Turki itu menegaskan, adalah menjadi tanggungjawabnya untuk mengarah polis menyerbu Taman Gezi selepas penunjuk perasaan tidak mengendahkan amarannya supaya bersurai.


Kekacauan politik melanda Turki bermula apabila bantahan secara aman untuk menyelamatkan 600 pokok di Taman Gezi daripada ditebang ditangani secara ganas oleh polis pada 31 Mei.


Ia kemudian merebak menjadi tunjuk perasaan menentang Recep.


Empat orang terbunuh sementara hampir 7,500 cedera setakat ini.


KESK dan DISK sebelum ini mengadakan mogok dua hari untuk menyokong penunjuk perasaan itu dua minggu lalu apabila ribuan pekerja berarak di jalan raya. - AFP

Dakwaan Snowden intip untuk China tak berasas


Beijing: China semalam menyifatkan dakwaan bekas kontraktor perisikan Amerika Syarikat yang kini bersembunyi di Hong Kong mengintip untuk Beijing sebagai tidak berasas.

Pihak berkuasa China berkata demikian dalam kenyataan tegas pertamanya berhubung isu Edward Snowden sehari selepas bekas Naib Presiden Amerika Syarikat Dick Cheney menggelar Snowden ‘pengkhianat; yang mungkin mengintip untuk kerajaan komunis China.


“Saya berpendapat ia tidak berasas sama sekali,” kata jurucakap Kementerian Luar Hua Chunying kepada wartawan apabila ditanya sama ada Snowden mengintip untuk negara itu.

Minggu lalu, Hua berkata, beliau tidak mempunyai maklumat untuk diberitahu mengenai Snowden, bekas kontraktor Agensi Perisikan Kebangsaan Amerika Syarikat (NSA) berusia 29 tahun itu.


Snowden baru-baru ini mendedahkan kegiatan pengintipan besar-besaran oleh NSA menerusi telefon dan sistem komputer di seluruh dunia.


Dia membuat beberapa sidang akhbar sejak tiba di Hong Kong pada 20 Mei, menyatakan keyakinannya terhadap sistem kehakiman bebas di bekas tanah jajahan Britain itu serta berikrar untuk menentang sebarang usaha mengekstradisinya oleh Amerika Syarikat.

Pendedahannya memerangkap syarikat teknologi terkemuka Amerika yang mengaku menyerahkan data kepada Washington, tetapi hanya selepas dipaksa atas arahan mahkamah.

Britain intip wakil G20


London: Dokumen yang didedahkan bekas pengintip Amerika Syarikat Edward Snowden menunjukkan Britain mengintip perwakilan asing ke mesyuarat London G20 pada 2009.

Antara pegawai yang menjadi sasaran ialah daripada sekutu Natonya, Turki dan rakan negara Komanwel, Afrika Selatan, lapor akhbar The Guardian.


“Britain menggunakan keupayaan perisikan canggih untuk mengawasi komunikasi antara pegawai di dua mesyuarat pada April dan September 2009,” kata akhbar itu.

Pendedahan berkenaan pasti memalukan Britain yang menjadi tuan rumah sidang kemuncak G8 di Ireland Utara bermula semalam, perhimpunan terbesar pemimpin antarabangsa sejak G20 empat tahun lalu.


Perdana Menteri David Cameron enggan mengulas laporan berkenaan.


Ketika ditanya sama ada beliau boleh menjamin tetamunya bahawa tidak ada operasi yang serupa akan dilakukan ketika mereka berkumpul di resort Lough Erne, Cameron berkata: “Kami tidak mengulas mengenai isu keselamatan atau pengintipan dan saya tidak akan memulakannya.”

Jupe sedekah al-Quran ke 7 masjid


Jakarta: Beberapa artis yang sedang menjalani hukuman penjara sering melakukan ritual khusus selepas dibebaskan.

Antaranya membuang pakaian ke laut, kononnya untuk membuang sial.


Bagaimanapun, selebriti Julia Perez atau lebih dikenali sebagai Jupe enggan menuruti amalan itu.

Penyanyi dangdut dan juga pelakon filem itu sebaliknya memilih untuk menunaikan nazarnya sebaik keluar dari penjara - membahagikan kitab suci al-Quran kepada tujuh masjid.


Jupe mempunyai alasan istimewa untuk berbuat demikian.


“Kenapa tujuh? Kerana tujuh itu angka kesukaan Allah. Langit ada tujuh. Pada saya, ia angka bertuah untuk saya: katanya ketika ditemui di Masjid Baitussalam, Kalimalang, Jakarta Timur, semalam.

Kekasih Gaston Castano itu berkata, dia tidak tertarik untuk mengikuti ritual membuang pakaian ke laut. “Membahagi-bahagikan al-Qur’an lebih berfaedah untuk meraikan pembebasan dari penjara,” katanya. “Ketika menziarah Masjid Nabawi semasa menunaikan umrah, ramai orang membeli al-Quran untuk dibahagi-bahagikan. Saya tanya kenapa hendak dibahagi-bahagikan? Kita akan peroleh pahala jika membeli dan kemudian membahagi-bahagikannya. Apa lagi kalau ramai yang membaca al-Quran yang kita bahagikan itu,” kata Jupe.

Thai pantau sami bergaya


Bangkok: Badan Kebangsaan Buddha Thailand, semalam berkata, pihaknya memantau sami di seluruh negara bagi mengesan tingkah laku yang tidak wajar berikutan aduan yang timbul daripada video yang memaparkan sami Buddha di atas sebuah jet peribadi.

Video di YouTube itu menunjukkan seorang sami memakai kaca mata hitam yang bergaya sambil membawa beg kembara berjenama dan fon kepala tanpa wayar serba moden. Ia mencetuskan kritikan penganut Buddha di seluruh negara.


Ketua Pengarah Pejabat Kebangsaan Buddha, Nopparat Benjawatananun berkata, badan itu sudah menyaksikan video berkenaan awal tahun ini dan memberi amaran kepada sami dari kuil di timur laut negara itu agar tidak mengulang tingkah laku bermewah-mewah.

Negara yang mempunyai populasi Buddha terbesar, Thailand cuba membantu menegakkan doktrin Buddha berusia 2,600 tahun melalui pelbagai kaedah termasuk melaksanakan pengharaman penjualan alkohol pada cuti keagamaan. Bagaimanapun, usaha itu kadangkala dicemari sami Buddha sendiri. - AP

Larangan pakai hijab: Polis Indonesia tertekan


JAKARTA 17 Jun - Umat Islam dan kumpulan hak asasi manusia menggesa Ketua Polis Nasional Indonesia Jeneral Timur Pradopo membatalkan dekri dibuat pada 2005 yang melarang pegawai wanita dalam pasukan keselamatan itu memakai tudung atau hijab.
Poengky Indiarti, pengarah eksekutif Imparsial, sebuah kumpulan hak asasi manusia, menggesa Timur menyemak semula dekri itu bagi memulihara keadilan dan kebebasan beragama.
"Peluang saksama perlu diberikan kepada semua individu termasuk wanita Islam yang memakai hijab untuk menjadi anggota pasukan polis. Ia adalah diskriminasi sekiranya hanya anggota wanita dalam pasukan polis di Aceh dibenarkan memakai hijab," kata Poengky dipetik berkata demikian oleh akhbar berbahasa Inggeris, The Jakarta Postpada Isnin.
Keputusan yang dibuat oleh Ketua Polis Nasional ketika itu, Jeneral Da'i Bachtiar pada 2005, memerintahkan semua anggota pasukan itu hanya memakai pakaian seragam rasmi dan secara khusus melarang pegawai wanita memakai hijab.
Melanggar larangan itu boleh dipecat.
Bagaimanapun, anggota wanita dalam pasukan polis di Aceh dikecualikan daripada peraturan itu kerana Aceh menguatkuasakan undang-undang kecil 2001 berasaskan syariah yang mewajibkan semua wanita menutup rambut mereka.
Cendekiawan Islam Azyumardi Azra, sementara itu berkata, polis perlu mendukung cogan kata Indonesia iaitu Bhinneka Tunggal Ika (Perpaduan dalam Kepelbagaian) dengan menarik balik larangan memakai hijab itu.
Amidhan Shaberah dari Majlis Ulama Indonesia (MUI) berkata, larangan memakai hijab menunjukkan polis 'sebuah institusi menindas' dan MUI dijangka membincangkan isu itu pada mesyuarat dalamannya dalam waktu terdekat.
Komisi Nasional Hak Asasi Manusia (Komnas HAM) dan Indonesian Police Watch (IPW) turut membantah larangan itu.
"Di Indonesia, banyak institusi membenarkan pekerja mereka memakai hijab. Saya menggesa Komisi Dewan Perwakilan mengenai hal ehwal undang-undang dan Kementerian Pemerkasaan dan Perlindungan Kanak-kanak supaya memansuhkan larangan itu," kata pengerusi IPW Neta S. Pane.
Jurucakap Polis Indonesia, Komisioner Kanan Agus Rianto berkata, bantahan tidak akan mempengaruhi polis untuk menukar polisi mereka dan mereka akan terus mematuhi dekri itu sehingga di dipinda. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130617/lu_09/Larangan-pakai-hijab-Polis-Indonesia-tertekan#ixzz2WZTk8r8t
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Bantah kenaikan harga minyak


Penduduk berdemonstrasi di hadapan bangunan Parlimen bagi menentang rancangan kerajaan untuk menaikkan harga minyak di Jakarta, semalam. - AGENSI
JAKARTA 17 Jun - Beribu-ribu rakyat Indonesia mengadakan demonstrasi di seluruh negara hari ini, bagi membantah rancangan kerajaan untuk menaikkan harga minyak.
Polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata ketika beratus-ratus penunjuk perasaan cuba menyerbu bangunan kerajaan tempatan di Jambi.
Demonstrasi bantahan tersebut diadakan di ibu negara dan beberapa bandar lain ketika ahli-ahli Parlimen Indonesia bersidang bagi meluluskan perubahan bajet yang akan membolehkan kerajaan mengumumkan peningkatan harga minyak pertama sejak 2008.
Di Jakarta, kira-kira 3,000 penunjuk perasaan berkumpul di luar bangunan Parlimen ketika hujan, untuk membantah kenaikan harga minyak.
Mereka membakar tayar dan mengibarkan kain rentang yang tertera ''Tolak kenaikan harga minyak' dan 'Gantung SBY' (Presiden Susilo Bambang Yudhoyono).
Polis berkata, kira-kira 19,000 anggota polis dan askar dikerahkan di seluruh Jakarta bagi mengawal keadaan.
Jurucakap polis wilayah Jambi, Almansyah berkata, polis terpaksa mengambil tindakan tersebut apabila beratus-ratus penunjuk perasaan cuba merempuh pintu masuk ke bangunan kerajaan tempatan.
''Situasi menjadi sangat huru-hara dan polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan mereka.
''Keadaan terkawal dan tiada siapa berjaya memasuki bangunan tersebut,'' katanya.
Walaupun hanya sejumlah kecil rakyat Indonesia memiliki kereta, rancangan peningkatan harga petrol sehingga 44 peratus dijangka meningkatkan kos keperluan harian.
Penggubalan bajet negara itu yang akan turut menyediakan bantuan kewangan kepada isi rumah miskin, membolehkan Susilo mengumumkan peningkatan harga minyak tersebut.
Persidangan Parlimen bagi membincangkan bajet itu akan berlarutan selama beberapa jam, namun jika diluluskan, Susilo dijangka mengumumkan peningkatan harga minyak malam ini. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130618/lu_01/Bantah-kenaikan-harga-minyak#ixzz2WZTZ8i4J
© Utusan Melayu (M) Bhd 

64 juta pengguna aktif Facebook di Indonesia


JAKARTA 18 Jun - Kira-kira 64 juta rakyat Indonesia menjadi pengguna aktif Facebook dan sekali gus meletakkan negara ini sebagai antara lima pasaran terbesar bagi tapak rangkaian sosial itu.
Kedudukan ini mendorong Facebook untuk meraih manfaat kewangan daripadanya dengan mempelawa syarikat perniagaan kecil dan sederhana menyiarkan iklan di laman itu.
"Ini adalah perangkaan dalaman kami tentang pengguna aktif secara bulanan sehingga Mac," kata Naib Presiden Facebook bagi rantau Asia Pasifik, Dan Neary seperti yang dipetik akhbar harian berbahasa Inggeris The Jakarta Post pada Selasa.
Beliau berkata, pada suku pertama tahun ini, Facebook, yang beribu pejabat di Menlo Park, California, mempunyai 1.1 bilion pengguna di seluruh dunia dan 390 juta pengguna aktif di Asia Pasifik.
Beliau berkata, Indonesia mengatasi beberapa negara lain kerana ia mempunyai jumlah pengguna telefon bimbit yang amat ramai berikutan kadar penembusan jalur lebar bergeraknya yang lebih tinggi daripada kadar penembusan jalur lebar tetap.
Ini, kata beliau, menepati strategi Facebook untuk muncul sebagai sebuah syarikat yang menawarkan 'perkhidmatan bergerak' yang lebih terkemuka.
Harian itu berkata Indonesia merupakan pasaran yang dipacu 'kemudahan bergerak'.
Langganan telefon bimbit di Indonesia - negara yang mempunyai lebih 240 juta penduduk - mencapai 290 juta pada 2012 apabila ramai penduduknya menggunakan dua atau lebih peranti itu. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130618/lu_10/64-juta-pengguna-aktif-Facebook-di-Indonesia#ixzz2WZT8EZGT
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Turki mungkin panggil tentera untuk redakan ketegangan

PASUKAN polis menembak gas pemedih mata ke arah sekumpulan penunjuk perasaan untuk menyuraikan mereka berhampiran Dataran Taksim, Istanbul, Turki kelmarin.- AP


ISTANBUL - Pemerintah Turki semalam memberi amaran akan mendapatkan khidmat pasukan tentera untuk membantu melegakan protes antikerajaan yang berlaku di seluruh negara.
Pengumuman itu hadir ketika pertempuran tercetus di antara polis antirusuhan dan penunjuk perasaan pada hujung minggu lalu, sekali gus membuatkan keadaan menjadi bertambah tegang.
Kehadiran pasukan tentera di jalanan akan membuktikan bahawa krisis semakin memuncak yang kini sudah memasuki minggu ketiga. Ia nyata menjadi cabaran terbesar kepada pentadbiran pimpinan Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan.
"Polis akan menggunakan semua kuasa mereka untuk menamatkan ketegangan. Sekiranya tindakan ini tidak cukup, pasukan tentera bersenjata boleh dikerahkan ke bandar ini," tegas Timbalan Perdana Menteri Turki, Bulent Arinc.
Dua kesatuan perdagangan utama Turki, KESK dan DISK memulakan tunjuk perasaan di seluruh negara sebagai bantahan terhadap tindakan polis menyuraikan penunjuk perasaan di Taman Gezi.
KESK dan DISK yang mempunyai ahli mencecah ratusan ribu orang merancang untuk mengadakan demonstrasi supaya keganasan polis ke atas orang awam dihentikan serta-merta.
Pasukan tentera Turki yang berkuasa dan telah melakukan empat kali rampasan kuasa dalam tempoh 50 tahun masih mendiamkan diri sehingga sekarang. Inilah kali pertama dalam sejarah moden Turki pasukan tentera tidak campur tangan dalam krisis politik negara berkenaan. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0618&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_06.htm#ixzz2WWLUhJNq 
Hakcipta terpelihara