Sunday, December 16, 2012

Keluarga rayu 'Memey Monroe' pulang

Keluarga rayu 'Memey Monroe' pulang - Semasa - Sinar Harian:

 Keluarga rayu 'Memey Monroe' pulang
Rohaini memegang gambar Ahmad Suhaimi.
 Keluarga rayu 'Memey Monroe' pulang
Ahmad Suhaimi yang dikatakan menukar jantina.
KUALA TERENGGANU – “Saya harap sesiapa mengenali atau tahu di mana adik saya, segera memaklumkan kepada akhbar ini atau saya sendiri kerana sudah 12 tahun kami tidak bertemu,” luah Rohaini Yatim, 40, kepada Sinar Harian.

Rohaini yang kini menetap di Kuala Ibai berkata, kali terakhir dia bertemu adiknya, Ahmad Suhaimi Yatim, 34, ketika menyewa rumah di Jalan Banggol akhir 2000.

“Ketika bertemu, dia masih berperwatakan lelaki, tetapi daripada maklumat diperoleh dia kini sudah menukar jantina.

“Bukan niat mengaibkan dia, cuma, saya rayu dia pulang ke pangkuan keluarga. Kami tidak pernah menyisihkan dia atau membuang dia,” katanya.

Rohaini berkata, beberapa tahun lalu, bapanya pernah mencari adiknya itu dan berjaya menemuinya dalam keadaan berperwatakan wanita.

“Saya mahu dia tahu yang ibu dan abang sudah meninggal dunia," katanya.

Menurutnya, tahun lalu, ada rakannya memberi alamat laman Facebooknya dengan menggunakan nama samaran Memey Monroe.

Menurut Rohaini, mana-mana individu yang mengenali atau pernah bertemu dengan Ahmad Suhaimi atau menggunakan nama samaran Memey Monroe di laman sosial Facebook memaklumkan kepada pihak akhbar atau menghubunginya di talian 019-9576620.

'via Blog this'

Tidak rela bertukar jadi seronok

myMetroTidak rela bertukar jadi seronok:

TIDAK rela bertukar seronok. Diperkosa dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh teman lelaki yang dikenali melalui laman sosial selepas setahun berhubungan menjadi permulaan kepada Wani melakukan hubungan seks luar nikah setiap kali berjumpa.
Gadis berusia 21 tahun berasal dari utara tanah air ini menyedari penampilan dirinya tidak menarik, ditambah susuk tubuh gempal menjadi faktor utama dia menerima kehadiran mana-mana jejaka yang cuba menjadikannya teman wanita tanpa menyiasat terlebih dulu latar belakang.

“Kami ‘bertemu’ menerusi fb sebelum dia menghulurkan salam perkenalan dan meluahkan hasrat mengenali diri dengan lebih dekat. Ketika itu, saya akui seronok apabila ada lelaki berminat dengan saya, apatah lagi saya tidak pernah mempunyai teman lelaki seperti rakan lain.
“Selepas setahun bersembang di fb, dia mendesak saya berjumpa di pusat beli-belah di ibu kota. Yakin dengan kata-kata dan janji manis ditaburkan membuatkan saya sanggup menipu ibu dan berkata mahu berjumpa rakan perempuan di Kuala Lumpur,” katanya.

Selepas berjumpa, teman lelakinya mengajak Wani menemaninya ke rumah sewa di pinggir ibu kota tanpa mengesyaki niat jahat lelaki durjana berusia 30 tahun itu.

Keyakinannya goyah apabila lelaki terbabit mula menunjukkan kelakuan tidak bermoral dan mengajak Wani melakukan hubungan seks.
Apabila menyedari gadis berkenaan enggan menuruti permintaannya, lelaki yang bertugas sebagai pengawal keselamatan itu memberikan segelas air bertujuan mengurangkan rasa tidak selesa Wani.

“Tanpa syak wasangka, saya minum air berkenaan hingga habis sebelum berasa pening. Sebaik membuka mata, tubuh saya tidak disaluti walau seurat benang, membuatkan saya berasa takut.
“Namun ketakutan beransur hilang apabila dia berjanji akan menjaga dan sehidup semati dengan saya. Disebabkan janji itu, saya berasa selamat dan dihargai, malah membatalkan niat untuk melaporkan perkara ini kepada polis.

“Sejak itu, setiap kali pertemuan yang diadakan dua kali seminggu diakhiri di ranjang. Yang membuatkan saya lebih hanyut, teman lelaki menghadiahkan ‘token’ berbentuk wang tunai RM10 hingga RM20 sebelum pulang ke rumah,” katanya ketika ditemui.

Asyik menangis sambil mengendong bayi berusia dua minggu, Wani tidak terfikir risiko mengandung luar nikah, apatah lagi dia tidak alahan.

Pertemuan kali terakhir, kira-kira dua bulan sebelum melahirkan seorang bayi perempuan, masih melakukan hubungan seks tanpa menyedari dirinya hamil, berikutan mengalami masalah haid.

“Ahli keluarga menegur perubahan tubuh saya yang berisi, seterusnya menyuruh berjumpa doktor. Sangkaan doktor, saya mempunyai masalah penghadaman kerana perut kelihatan besar dan menyuruh datang keesokan paginya untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.

Belum sempat menjalani pemeriksaan keesokan hari, malamnya, Wani mengalami sakit perut seakan-akan mahu membuang air besar.

Tanpa mengesyaki apa-apa, dia masuk ke tandas dan terkejut apabila melihat kepala bayi keluar daripada rahimnya.

“Saya terkejut, dengan tiga kali meneran, bayi cukup sifat selamat dilahirkan. Tangisannya pada awal pagi membuatkan saya buntu, sekali gus mengejutkan ahli keluarga yang nyenyak tidur.

“Abang yang masuk ke bilik air terkejut mendapati lantai dibanjiri darah dan hampir menangis apabila melihat bayi dalam dakapan saya. Ibu pula pengsan serta-merta kerana tidak dapat menerima kenyataan,” katanya.

Pada masa sama, Wani cuba menghubungi teman lelakinya, namun gagal. Laman sosial milik teman lelaki yang selama ini menjadi tempatnya meluahkan perasaan didapati tidak lagi aktif.

“Apabila jadi begini, baru saya sedar, selama ini dia hanya menggunakan saya untuk kepentingannya dan memuaskan nafsu serakahnya.

“Tangisan ibu dan reaksi ayah yang enggan memandang wajah saya membuatkan saya rasa berdosa serta bersalah kerana tidak pernah mendengar nasihat mereka supaya tidak terjebak dalam alam percintaan sebelum usia matang.

“Saya benar-benar menyesal dan berharap tidak akan mengulangi kesilapan sama,” katanya yang bakal menyerahkan bayi comel itu kepada keluarga angkat tidak lama lagi.

'via Blog this'

Harap pujian akhirnya mengandung

myMetroHarap pujian akhirnya mengandung:

GARA-GARA ingin menarik perhatian dan pujian di kalangan rakan kumpulan BBM, setiap sejam gambar profil gadis berusia 19 tahun ini ditukar dengan ‘pos’ berbeza dan solekan tercantik pada pandangan matanya.
Memiliki paras rupa sederhana membuatkan remaja berasal dari ibu kota ini tidak yakin dengan personaliti diri, sekali gus cuba mengambil langkah drastik dengan mengenakan solekan tebal di wajah.

Hasilnya, pujian diterima daripada teman BBM membuatkan anak tunggal yang dikenali sebagai Manja makin ghairah menonjolkan diri.
Akuinya, dia sememangnya mengharapkan kata-kata manis, sekali gus membuktikan dirinya paling cantik di kalangan teman BBM.

“Saya memang sukakan perhatian, oleh itu setiap kali bertukar solekan mahupun pakaian, saya mengambil gambar sebelum dijadikan profil di BBM. Seperti biasa, pujian daripada rakan membuatkan saya bangga dan berusaha meningkatkan penampilan diri.

“Berbanding laman sosial lain, saya lebih aktif di BBM dan memiliki lebih ramai kenalan lelaki berbanding perempuan. Kebanyakan kawan lelaki di BBM tak pernah saya temui sebelum ini, sebaliknya akan ‘approved’ (terima) sesiapa yang berminat untuk berkenalan.
“Menjadi tujuan saya ingin menarik perhatian lelaki, justeru saya sanggup meletakkan nombor pin di status BBM, begitulah bermulanya perkenalan saya dengan ‘peragut’ mahkota kegadisan saya,” katanya ketika ditemui.

Sapaan dihulurkan lelaki berasal dari Negeri Sembilan menyatakan minat berkawan membuatkan Manja melonjak keseronokan, sekali gus mengetahui gambarnya di BBM menjadi aset terbesar untuk menarik perhatian.
Hampir sebulan berhubung menerusi BBM, lelaki itu mula mengajak dia bertemu di taman rekreasi. Yakin dengan perbualan di BBM, Manja bertemu lelaki berkenaan tanpa pengetahuan ibu bapanya yang sudah bercerai.

Terpikat dengan ketampanan dan sikap ambil berat lelaki 27 tahun itu, dia tidak ragu-ragu keluar bersama hingga lewat malam, sebelum dipelawa ke rumah bujang lelaki berkenaan.

Cuba menyelamatkan diri, Manja bertegas untuk pulang kerana bimbang bapanya mencurigai ketiadaannya di rumah. Namun, lelaki durjana terbabit tidak sesekali mudah melepaskan mangsa, sebelum menabur kata cinta kepadanya hingga cair.

Kata indah diluahkan lelaki itu membuatkan Manja yakin dialah teman lelaki yang dinantikan selama ini, apatah lagi tutur kata sopan, mengambil berat dan kestabilan ekonomi menjadi faktor dia menerima ‘lamaran’ bergelar kekasih.

“Keesokannya, sekali lagi kami berjumpa dan dia membawa saya berjalan-jalan di sekitar ibu kota, menonton wayang serta menikmati pemandangan indah di Bukit Ampang.

“Sekali lagi, dia mempelawa supaya melepak di rumah sewanya dan saya menuruti permintaannya. Jujur diakui, saya menyedari perbuatan (seks) yang dilakukannya, namun disebabkan sayang, saya merelakannya.

“Sejak itu, setiap kali kami bertemu, pasti diakhiri dengan adegan ranjang tapi saya tak pernah mengandung. Hubungan itu tidak bertahan lama sebelum saya menjalin hubungan dengan lelaki lain pula,” katanya.

Selepas hubungannya berakhir, dia tidak terfikir risiko bakal mengandung jika melakukan seks luar nikah, malah seronok melakukannya. Memegang idea tak guna menjaga kehormatan diri selepas diri ‘ditebuk’ membuatkan Manja lebih ligat.

Tanpa mengalami tanda mengandung hasil hubungan dengan teman lelaki baru, remaja ini hanyut dalam keseronokan dan hanya menyedari hamil selepas lima bulan, sedangkan sebelum itu dia masih aktif melakukan seks.

Selamat melahirkan bayi lelaki tiga bulan lalu, Manja menyesal menyebabkan air mata ibunya mengalir manakala bapa pula enggan bertemu sampai hari ini, sedangkan dia terlalu merindui lelaki yang membesarkannya.

'via Blog this'

Padah tidak pantau anak

myMetroPadah tidak pantau anak:

KUALA LUMPUR: “Inilah padahnya membiarkan remaja berinteraksi di alam maya tanpa pemantauan orang tua,” kata pakar motivasi dan perunding cara keluarga, Zawiyah Hassan mengenai senario remaja perempuan melahirkan anak tidak sah taraf akibat terlanjur dengan pasangan masing-masing selepas berkenalan menerusi laman sosial.
Beliau berkata, apabila anak mula menunjukkan perubahan, peranan ibu bapa dalam membentuk remaja semakin besar, terutama di peringkat usia antara lapan hingga 15 tahun, di mana mereka seolah-olah terperangkap antara dua alam sama ada kanak-kanak atau remaja.

Merujuk kepada sistem pendidikan anak disarankan Saidina Ali RA, ada empat tahap mengajar cahaya mata iaitu peringkat pertama bagi anak berusia satu hari hingga tujuh tahun; kedua (lapan-15 tahun); ketiga (16-21 tahun) dan empat (21 tahun ke atas).
Zawiyah berkata, peringkat pertama bersifat kasih sayang, manakala kedua pula menekankan didikan penuh disiplin bagi membantu mereka membezakan perkara baik atau jahat.

“Peringkat ketiga pula, ibu bapa perlu menjadi kawan rapat kepada anak, bersedia mendengar masalah dan luahan perasaan mereka. Usah melenting terlebih dulu, nasihat anak secara berhemah, baru remaja selesa untuk berbicara.

“Ibu bapa cuba meletakkan diri di kedudukan anak remaja yang memerlukan seseorang bagi mendengar cerita mereka. Jika mereka tidak bersedia menjadi kawan kepada anak, anak mungkin memilih teman sebaya yang tidak berpengalaman sebagai rujukan.
“Bagi peringkat terakhir, bermaksud kebebasan kepada anak dengan kawalan dan pemantauan ibu bapa supaya mereka tidak tergelincir melakukan kesilapan dalam hidup. Seandainya sistem ini diterapkan, risiko anak mencari kasih sayang di luar berada di tahap rendah,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, anak muda juga perlu sedar tanggungjawab utama menjaga diri terletak di bahu masing-masing, bukan pada orang lain, sama ada keluarga atau masyarakat.
“Andai mereka menggunakan alasan kurang menerima kasih sayang dan perhatian keluarga bagi melakukan aktiviti tidak sihat, selain kononnya tindakan itu mampu menyedarkan kewujudan mereka di mata ibu bapa, sebenarnya mereka tersilap percaturan.

“Setiap perkara mereka lakukan, sama ada baik atau buruk, memberi implikasi besar terhadap diri sendiri, terutama pada masa depan.

“Cinta adalah perasaan anugerah kurniaan Allah SWT dan setiap individu memerlukannya, cuma usia muda dan pemikiran tidak matang membuatkan remaja terjerumus dalam maksiat,” katanya.

'via Blog this'

Wanita perokok cari penyakit

Berita Harian | Wanita perokok cari penyakit:

Alberta: Wanita yang merokok walaupun sebatang sehari berisiko tinggi meninggal dunia secara tiba-tiba akibat serangan jantung dan masalah berkaitan jantung, kata penyelidik.

Risiko itu dua kali ganda berbanding wanita yang tidak merokok, dan lebih tinggi bagi perokok yang sudah lama mengamalkan tabiat buruk itu.

Satu kajian baru menunjukkan perokok wanita berdepan bahaya jantung lebih tinggi berbanding yang disangka sebelum ini, walaupun mereka kelihatan sihat. Namun ancaman itu boleh dikurangkan dalam masa lima tahun jika mereka berhenti merokok, kata penyelidik Kanada.


Ketua penulis kajian, Roopinder Sandhu, yang juga pakar elektrofisiologi kardiak di Institut Jantung Mazankowski, Universiti Alberta, berkata: “Kematian kardiak tiba-tiba selalunya menjadi petanda pertama sakit jantung dalam kalangan wanita, jadi, perubahan gaya hidup yang mengurangkan risiko amat penting. – Agensi

'via Blog this'

Kopi kurangkan risiko kanser mulut

Berita Harian | Kopi kurangkan risiko kanser mulut:
London: Mengambil sekurang-kurangnya empat cawan kopi sehari mampu mengurangkan risiko kanser mulut sehingga 50 peratus disebabkan kesan perlindungannya, tanpa mengira sama ada pengguna terbabit adalah seorang perokok atau kaki minuman keras.

Penyelidik dari Persatuan Kanser Amerika Syarikat di Atlanta berkata kesannya bukan disebabkan oleh kafien tetapi beratus-ratus antioksida semula jadi lain yang ditemui dalam minuman terbabit.

Persatuan itu berkata ia juga tidak mengira berapa kerap seseorang minum atau mengambil minuman keras.

Keputusan turut mengesahkan kajian sebelum ini kira-kira dua tahun lalu oleh sekumpulan penyelidik lain yang mendakwa bahawa mengambil empat cawan kopi setiap hari boleh mengurangkan risiko kanser sehingga 39 peratus, lapor American Journal of Epidoemiology.

Pengguna di Britain mengambil anggaran 70 juta cawan kopi setiap hari. Minuman popular berkenaan kini sudah terbukti dikaitkan dapat mengurangkan risiko mendapat kanser usus, strok dan penyakit Alzheimer, kata Daily Mail.

Bagaimanapun, mengambilnya terlalu banyak boleh meningkatkan kadar jantung dan tekanan darah manakala wanita hamil dinasihatkan mengehadkan pengambilan mereka kerana dibimbangi kopi berlebihan boleh meningkatkan risiko mempunyai bayi yang kecil. – Agensi'via Blog this'

Suami koma lepas doktor enggan telefon ambulans

Berita Harian | Suami koma lepas doktor enggan telefon ambulans:

Georgetown: Seorang doktor lelaki didakwa enggan menghubungi ambulans untuk menghantar seorang pesakit ke Hospital Pulau Pinang (HPP) dalam kejadian di sebuah klinik di Jalan Sungai Nibong, Bayan Baru di sini, Sabtu minggu lalu.

Mangsa, seorang pemandu lori, Mohammad Rozi Ismail, 36, dikatakan mengalami kejang dan tidak sedarkan diri sejurus menerima suntikan penahan sakit daripada doktor bertugas selepas mengadu sakit perut di klinik itu pada jam 9.45 malam itu.

Jantung terhenti

Kegagalan menghubungi ambulans itu menyebabkan isteri mangsa, Azriatul Akma Taharim, 33, terpaksa memandu kenderaan sendiri selama hampir 30 minit ke HPP sebelum dimaklumkan jantung suaminya sudah terhenti agak lama menyebabkannya kini koma.

Azriatul Akma berkata, sebaik menerima suntikan berkenaan daripada doktor terbabit, mata suaminya terbeliak ke atas, badan mengalami kejang dan mulut berbuih menyebabkan keadaan klinik itu menjadi kelam-kabut.

'via Blog this'

Empat terbunuh serangan roket di lapangan terbang Pakistan

Berita Harian | Empat terbunuh serangan roket di lapangan terbang Pakistan:

PESHAWAR: Empat terbunuh manakala ramai yang lain cedera dalam serangan beberapa roket pemberontak ke arah lapangan terbang di bandar Peshawar, barat laut Pakistan, lewat semalam.

Menurut Pegawai Kanan Polis Pakistan, Imran Shahid, susulan serangan roket terbabit, lapangan terbang di barat laut bandar Peshawar terpaksa ditutup.

"Tiga roket dilepaskan, di mana dua daripadanya meletup di dalam lapangan terbang Peshawar manakala satu lagi terjatuh dan meletup di atas kenderaan di luar lapangan terbang terbabit," katanya di sini, hari ini.

Sehingga kini, masih belum jelas lokasi roket itu mendarat dan kadar kerosakan yang dialami.

Berikutan serangan terbabit, kedengaran bunyi tembakan berterusan di sekitar lapangan terbang berkenaan, khususnya dilepaskan Angkatan Tentera Udara Pakistan yang berpangkalan di lapangan terbang itu.

Sebaik saja serangan roket pertama, pihak tentera menutup kawasan lapangan terbang berkenaan bagi melancarkan operasi mencari. - AFP

'via Blog this'

Wangian guna nama roket laris

Kosmo! Online - Dunia:



SEORANG peniaga menyembur minyak wangi M-75 ke atas tangan pelanggannya.


GAZA - Jualan minyak wangi sempena nama roket yang dilancarkan oleh pejuang Palestin ke wilayah Israel mendapat sambutan hangat.
Wangian diberi nama M-75 itu ditawarkan untuk pengguna lelaki dan wanita. Diisi di dalam kotak berwarna hitam dan hijau, M-75 dihasil menggunakan bau-bauan oren, lemon dan herba-herba yang terdapat di Gaza.
"Minyak wangi ini menyenangkan dan menarik. Sama seperti peluru berpandu pejuang Palestin iaitu M-75," kata pemilik syarikat kosmetik yang bertanggungjawab mengeluarkan M-75 iaitu Stay Stylish, Shadi Adwan.
Pengarah syarikat pengedar minyak wangi di Gaza, Continental Style, Rajaey Odwan memberitahu, M-75 memberi peluang kepada para pelanggannya untuk menghidu 'bau kemenangan'.
"Saya harap bau minyak wangi ini cukup kuat untuk dihidu hingga ke Tel Aviv dan mengingatkan orang Yahudi tentang kemenangan pejuang Palestin," kata seorang pelanggan, Ahmed Hassan yang membeli 30 botol M-75 untuk dijadikan hadiah kepada ahli keluarga dan rakan-rakannya.
M-75 yang berkapasiti 59 milimeter dijual pada harga RM40 sebotol.
Konflik selama lapan hari antara pejuang Hamas dan Israel itu mengakibatkan lebih lebih 170 orang warga Palestin dan enam orang Israel terbunuh. Serangan itu tamat selepas kedua-dua pihak bersetuju menghentikan serangan selepas gencatan senjata tajaan Mesir berjaya. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1216&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz2FAQtHSLL 
Hakcipta terpelihara 

'via Blog this'

Pengganas ditembak depan isteri

Kosmo! Online - Negara:



DUA anggota polis Filipina memeriksa peralatan untuk membuat bom yang digunakan oleh Mohd. Noor (gambar kecil) di Davao, Filipina.



KUALA LUMPUR - Seorang rakyat Malaysia yang disyaki anggota kumpulan militan Jemaah Islamiah (JI) mati ditembak di hadapan isterinya oleh pasukan keselamatan Filipina di sebuah hotel di Davao malam kelmarin selepas dipercayai cuba melakukan serangan bom di bandar tersebut.
Mohd. Noor Fikrie Abd. Kahar, 26, yang berasal dari Kedah meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.
Dia dipercayai memasuki Filipina dari Sandakan, Sabah pada April lalu untuk bertemu dengan isterinya, Anabelle Nieva Lee, seorang rakyat negara itu.
Memetik laporan agensi berita, Ketua Polis Davao, Superintendan Kanan Ronaldo Dela Rosa memberitahu, kehadiran suami isteri itu di Hotel Sampaguita, Davao berjaya dijejaki oleh polis Filipina yang menugaskan sepasukan anggota pasukan gerak khas dan taktikal (SWAT) mengepung hotel itu pada pukul 7 malam.
Mohd. Noor dan Anabelle yang membawa beg sandang, dilihat keluar dari bilik hotel mereka pada pukul 10.30 malam dan menuju ke lobi hotel.
Pada waktu itu, Dela Rosa bersama anggotanya telah meminta mereka untuk menyerah diri namun Mohd. Noor bertindak mengeluarkan telefon bimbit dan mengugut untuk meletupkan bom menggunakan peralatan itu jika dia ditembak.
Tindakannya itu menyebabkan keadaan di lobi hotel itu menjadi kelam-kabut sehingga mendorong polis membiarkan pasangan tersebut lari keluar dari bangunan demi keselamatan orang awam.
Mohd. Noor yang membawa beg sandang berisi bom cuba melarikan diri ke arah sebuah taman awam sebelum dia ditembak oleh penembak tepat yang sedia menunggu di kawasan tersebut.
Dela Rosa berkata, polis turut menemui bahan letupan yang diperbuat daripada kepala mortar bersaiz 60 milimeter, telefon bimbit dan peralatan lain untuk membuat bom.
Mohd. Noor dipercayai merancang untuk meletupkan sebuah hotel di Davao tetapi setakat ini belum dapat dipastikan sama ada bangunan itu ialah Hotel Sampaguita.
Kejadian itu turut disahkan oleh Pengarah Jabatan Pasukan Petugas Khas (Operasi/Cegah Keganasan) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Mohamad Fuzi Harun ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam.
Sementara itu, satu sumber memberitahu Kosmo! Ahad bahawa gerak-geri Mohd. Noor sebagai anggota militan telah dipantau sejak dia berada di Malaysia lagi.
"Dia masuk ke Filipina pada April lalu untuk belajar buat bom. Apabila berada di sana dia berkahwin dengan seorang wanita tempatan (Anabelle)," kata sumber itu.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1216&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz2FAPohFOD 
Hakcipta terpelihara 

'via Blog this'