Showing posts with label kebuluran. Show all posts
Showing posts with label kebuluran. Show all posts

Sunday, August 28, 2011

Penuh khemah



MOGADISHU: Setiap tanah lapang di ibu negara Somalia dipenuhi ribuan khemah penduduk kampung (IDPs) yang berhijrah ke bandar bagi mendapatkan bantuan, terutama makanan, dan pemandangan itu dapat dilihat di sepanjang jalan.
Mereka berhijrah ke bandar selepas kampung mereka musnah akibat perang saudara hingga tiada apa yang tinggal, menyebabkan penduduk menderita kebuluran.

Menurut ketua khemah di daerah Hawl Wadaq, Jaafar 42, semua yang menghuni khemah pelarian datang dari luar Mogadishu dan ada yang datang sejauh 200 hingga 600 kilometer.

“Kebanyakan mereka hanya berjalan kaki dari kampung ke ibu negara, ada yang berjalan kaki 15 hari hingga sebulan dan ada juga yang meninggal dunia ketika perjalanan.

“Golongan kanak-kanak yang kurang zat dan nutrasi (khasiat) akibat kebuluran sering menghidapi penyakit. Ada yang tidak dapat bertahan dan ramai yang mati,” katanya ketika ditemui di khemah IDPs Maalin, di sini, semalam.

Jaafar berkata, mereka tiada pilihan lain kecuali datang ke bandar bagi mendapatkan bantuan makanan, air dan perubatan di pusat bantuan yang didirikan pelbagai pertubuhan dunia dan juga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pelbagai negara.


“Setiap khemah didirikan sekitar kawasan Mogadishu adalah tidak kurang dari 800 hingga 1,000 orang dan kami bergantung hidup dengan sumbangan pelbagai pihak.

“Penghuni khemah beratur dan menunggu di setiap pusat bantuan disalurkan seperti klinik kesihatan, makanan dan air setiap hari. Kami hanya boleh berharap ada pihak sudi meringankan penderitaan kami dengan menyalurkan bantuan,” katanya.

Sementara itu, tinjauan Metro Ahad di sekitar ibu negara itu mendapati, keseluruhan kawasannya terjejas teruk akibat perang saudara yang berlanjutan sejak 1990 dan boleh dikatakan hampir semua bangunan, rumah dan sebagainya musnah teruk akibat bedilan bom dan meriam.

Semua bangunan di sini juga dikesan mempunyai kesan tembakan dan tidak boleh dihuni lagi.

Negara yang sebelum ini mempunyai semuanya, termasuk universiti, stadium bola, teater nasional dan banyak lagi, namun semuanya musnah akibat perang saudara berpanjangan berikutan tiada sefahaman antara lebih 2,000 puak di negara Afrika Utara ini.

Friday, August 19, 2011

400,000 kanak-kanak di ambang maut

NAIROBI: Angka kematian akibat kebuluran yang melanda Somalia akan bertambah meruncing sekiranya tindakan segera menanganinya tidak diambil masyarakat dunia, kata Encik Andrew Mitchell, menteri pertama Britain melawat Mogadishu selepas lebih 18 tahun.
'Fakta yang nyata ialah keadaan di selatan Somalia bertambah buruk setiap hari,' kata Encik Mitchell, yang juga Setiausaha Pembangunan Antarabangsa Britain, selepas melakukan lawatan ke Mogadishu.'Ketika ini, lebih 400,000 kanak-kanak terdedah kepada risiko kematian dan mereka akan terkorban sekiranya tindakan segera tidak diambil,' katanya yang turut mengumumkan dana bernilai 29 juta euro ($50 juta) bagi membantu Somalia.Menurut beliau, tanpa tindakan segera, krisis di Somalia hari ini akan lebih buruk daripada krisis kebuluran yang menimpa negara Afrika itu pada 1991-1992 apabila lebih 200,000 orang terkorban.'Ini bagai satu perlumbaan mengejar masa,' kata Encik Mitchell yang melakukan lawatan ke khemah pelarian.Lebih 12 juta penduduk di sebahagian wilayah Djibouti, Habsyah, Kenya, Somalia dan Uganda berdepan dengan risiko kebuluran ekoran musim kemarau terburuk dalam tempoh berdekad.Somalia merupakan negara yang paling teruk terjejas.Sementara itu, mangsa kebuluran Somalia di kem-kem pelarian dilaporkan berhadapan ancaman keganasan setiap hari sehingga membuatkan mereka memilih berlapar daripada mendapatkan bekalan makanan yang diagih-agihkan agensi-agensi bantuan.Di kem Bad-baado di Mogadishu yang menempatkan 20,000 pelarian mangsa kebuluran, kejadian rogol, keganasan dan bunyi tembakan berlaku hampir setiap hari.Kem tersebut terletak berhampiran lokasi pertempuran selalu tercetus antara tentera pemerintah dengan kumpulan militan Al- Shabab di Mogadishu.'Saya tidak boleh berada di sini bersama anak-anak. Ramai anggota militan bersenjata ada di sini.'Anda boleh mendengar bunyi tembakan setiap waktu. Saya juga bimbang dirogol,' kata Cik Halima Hassan Hilowle.Seperti kebanyakan pelarian lain, Cik Halima memilih tinggal di kem Hawale, kira-kira 1.6 kilometer dari Bad-badoo bagi keselamatan dirinya serta anak-anak.Kem tersebut yang dikendalikan orang persendirian dan dikawal ketat pengawal keselamatan pada waktu malam, bagaimanapun tidak menerima bantuan bekalan makanan daripada agensi-agensi kemanusiaan.'Kami tidak mempunyai bekalan air dan tempat berlindung. Kami tidak punya apa-apa.'Kami juga tidak menerima bekalan ubat dan makanan. Satu-satunya kemudahan yang disediakan pertubuhan bukan kerajaan di sini ialah tandas,' kata pelarian, Encik Abdi Abdullah. -- Agensi., cyberita