Sunday, April 19, 2015

DAP bukan boleh perintah selain Pulau Pinang

Mohamad Sabu
Mohamad Sabu
PADANG TERAP - Pas bukan kuda tunggangan atau alat bagi DAP atau PKR kerana kerjasama politik antara komponen itu tidak membawa kerugian kepadanya.

Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu berkata, Pas tidak bimbang kerana DAP tidak boleh menang dan memerintah negeri lain selain Pulau Pinang.

“Kita (Pas) berupaya untuk menang sekurang-kurangnya 10 negeri jikalau PR dijaga sebaik mungkin dengan prinsip dan dasar tidak lari dari perjuangan asal.

“Kalau kita menang di Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Melaka yang menjadi menteri besar ialah Pas. Kenapa kita perlu bimbang,” katanya ketika  merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pas Kawasan Padang Terap kali ke-40 di Kompleks Pas Kawasan, Kampung Barokas, di sini hari ini.

Beliau yang juga Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang berkata, parti itu akan lebih kuat jika bergerak sendirian, tetapi sukar untuk menang dalam pilihan raya.

“Jajahan takluk Pas dari Rantau Panjang hingga Kemaman, hatta Kedah yang Pas paling kuat dalam Malaysia pun, kita hanya berjaya tawan 12 kerusi parlimen pada tahun 1999.

“Pas memerintah Kedah atas sokongan kaum lain yang menyokong PR hasil kerjasama politik PKR dan DAP,” katanya.

Menurutnya, ahli Pas di Pulau Pinang merasakan seolah-olah mereka seperti diperalatkan oleh DAP. Begitu juga di Selangor apabila berasa menjadi alat kepada PKR.

“Tetapi kita belum menang keseluruhan dan tawan Putrajaya. Hanya baru secara rasmi kita menjalinkan kerjasama politik,” katanya.

Lagi serangan bom di Afghanistan

Lagi serangan bom
Pasukan keselamatan Afghanistan dikejutkan dengan letupan kedua berhampiran lokasi serangan pertama. - Foto AFP

KABUL - AFGHANISTAN. Sekurang-kurangnya 35 orang terbunuh dan lebih 100 yang lain cedera dalam satu letupan di bandar Jalalabad, timur Afghanistan, semalam.

Ketua Polis Nangarhar, Fazel Ahmad Sherzad berkata, insiden itu berlaku di luar sebuah bank, ketika penjawat awam beratur untuk mengeluarkan gaji mereka.

Menurutnya, letupan berlaku selepas seorang penyerang bermotosikal menghampiri bank  berkenaan.

"Ia adalah serangan berani mati dan polis sedang menyiasat jika ada letupan kedua, selepas orang ramai bergegas ke tempat kejadian untuk membantu mangsa," katanya.

Kumpulan Taliban menafikan bertanggungjawab melakukan serangan itu.

“Kami mengutuk sekeras-kerasnya serangan itu,” kata jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid.

Difahamkan, serangan itu berlaku sehari selepas sebuah pos kawalan di wilayah Badakhshan diserang Taliban.

Serangan  mengorbankan 18 tentera Afghanistan. - Reuters

Bekas tentera buru pemburu haiwan liar

Kinessa Johnson
Kinessa Johnson

ARUSHA - TANZANIA. Seorang bekas tentera yang menyertai kempen perlindungan haiwan liar Afrika (VETPAW) meraih perhatian pencinta hidupan liar seluruh dunia.
 
Kinessa Johnson yang merupakan seorang veteran dari kempen ketenteraan Amerika Syarikat (AS) di Afghanistan berkata, tujuan pernyertaan beliau bukan untuk mencedderakan sesiapa.
 
"Tapi kami diberi kuasa (untuk menggunakan senjata) jika kami rasa diancam," kata Johnson.
 
Menurut Independent.co.uk, tindakan seorang pemburu, Rebecca Francis yang berbangga dengan aktiviti memburu telah mencetuskan kemarahan ramai pencinta hidupan liar.

Syukur dapat kahwin

Oleh Izlaily Nurul Ain Hussein 
izlaily@hmetro.com.my

Johor Bahru: "Tidak perlu malu, yang penting kita selamat diijabkabulkan kerana itu yang wajib," kata ejen perkapalan, Saifullah Zakaria, 28, selepas menyertai majlis perkahwinan bersama 18 pasangan pengantin lain pada majlis Raja Sehari Mega, di sini, hari ini.
Saifullah bersama isterinya, Izati Ibrahim, 27, memilih perkahwinan sederhana dengan perbelanjaan sekadar RM5,000 berkata, soal bagaimana cara melangsungkan perkahwinan tidak penting, asalkan apa yang wajib didahulukan.
Menurutnya, jika tiada program anjuran Pertubuhan Belia Wawasan Baharu (PBWB) itu, kemungkinan besar dia dan isteri masih belum berkahwin kerana kekangan wang yang tidak mencukupi memandangkan perbelanjaan perkahwinan kini mencecah lebih RM30,000.
"Bayangkan ramai pasangan yang belum berkahwin kerana tidak cukup wang berikutan mahukan majlis kahwin yang gilang-gemilang.
"Bagaimanapun, bagi saya, tidak perlu malu dengan perkahwinan bajet rendah, malah patut rasa bersyukur kerana dapat menjimatkan wang dan mengelakkan hutang serta pembaziran," katanya.
Dia yang berasal dari Muar dan isterinya itu adalah antara 19 pasangan raja sehari yang menyertai majlis perkahwinan di bawah program berkenaan dengan hanya mengeluarkan belanja maksimum RM5,000.
Mereka dinikahkan enam jurunikah yang diketuai oleh Kadi Besar Negeri Johor, Mohd Nooh Kadri.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 April 2015 @ 11:16 PM


PASANGAN raja sehari, Muhammad Rahmat Shahri (kanan) dan Nur Assyilla Zainal (kiri) bersama 18 pasangan lain bergambar dengan mas kahwin masing-masing selepas selamat diijabkabulkan pada Majlis Raja Sehari Mega di Masjid Al Muttaqin, Taman Sutera, Johor Bahru. FOTO Mohd Azren Jamaludin
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/44551#sthash.8fvmjjgh.dpuf

Tak sanggup ‘lepas’ anak


Agensi
Bangkok: Seorang budak perempuan berusia dua tahun yang mati akibat kanser otak menjadi orang paling muda di dunia dibekukan dengan harapan dapat dihidupkan kembali menggunakan kemajuan sains.
Matheryn Noavaratpong dihentikan daripada menggunakan mesin sokongan hidup Januari lalu selepas mati akibat kanser otak yang dikesan selepas kanak-kanak itu dikejarkan ke hospital apabila gagal bangun tidur, tahun lalu.
Doktor menemui ketumbuhan 11 sentimeter di dalam otaknya dan terus membawanya untuk pembedahan bagi membuang separuh daripada tumor berkenaan.
Ibu bapanya dimaklumkan bahawa peluang untuk Matheryn sedar daripada koma sangat tipis, namun kanak-kanak itu mula sedar tidak lama selepas itu.
Ayahnya, Sahatorn Naovaratpong berkata: “Kami memutuskan untuk melawan penyakit itu”.
Beberapa bulan kemudian, dia menjalani beberapa pembedahan yang akhirnya mengakibatkan 80 peratus bahagian kiri otaknya terpaksa dibuang, namun malangnya kanser merebak ke seluruh organ itu.
“Ketika itu kami menyedari perjuangannya sudah berakhir. Keluarga dan saudara-mara memeluknya buat kali terakhir sebelum dia dipisahkan daripada mesin sokongan,” katanya.
Keluarganya sempat menghubungi Alcor Life Extension Foundation - pertubuhan terbesar yang menawarkan pengawetan manusia yang dipanggil cryonics - seterusnya otak Matheryn diekstrak serta dipelihara dalam keluli tahan karat dan bekas vakum dipenuhi cecair nitrogen.
Tubuhnya pula dimasukkan ke dalam peti sejuk beku sehingga penawar dijumpai selain kaedah membantu badannya membesar diperoleh.
“Ia memerlukan perancangan menyeluruh dan kami tidak sabar untuk mengetahui keputusannya. Apapun yang terjadi kami akan berfikiran positif,” kata Sahatorn.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/44810#sthash.9xVKErG6.dpuf

China bina landasan kapal terbang di wilayah pertikaian


gambar satelit yang diambil pada 2 April lalu merakamkan kerja
Gambar satelit yang diambil pada 2 April lalu merakamkan kerja pembinaan landasan kapal terbang di Terumbu Fiery Cross di Laut China Selatan giat dijalankan. Reuters
BEIJING 17 April – China dilapor giat membina sebuah lapangan terbang di kawasan pertikaian di Laut China Selatan, tindakan yang bakal mengundang kemarahan dan meningkatkan lagi ketegangan membabitkan negara-negara di Asia Tenggara.
Berdasarkan laporan portal Pusat Pengajian Antarabangsa dan Strategik (CSIS) yang beroperasi di Washington, gambar satelit baru-baru ini menunjukkan pembinaan tersebuat dijalankan di kawasan Terumbu Fiery Cross yang kini menjadi sebuah pulau besar.
Jelas laporan itu, landasan kapal terbang terbabit dianggarkan berukuran 3,110 meter panjang dan proses pembinaan kemudahan tersebut telah siap satu pertiga.
“Sebaik-baik sahaja landasan itu siap dibina sepenuhnya, China mempunyai kemampuan untuk mendaratkan segala jenis pesawat termasuk aset tentera.
“Malah keluasan Terumbu Fiery Cross membolehkan China membina bangunan menyimpan dan menyelenggara pesawat,” tambah CSIS.
Sebelum ini, CSIS melaporkan, kurang empat minggu lalu, gambar satelit menunjukkan dua seksyen dengan ukuran masing-masing 468 meter dan 200 meter masih dalam pembinaan.
Tambah portal terbabit, sebelum pembinaan itu, China kekurangan upaya untuk mengisi bahan bakar dan bekalan bagi meneroka bahagian selatan Laut China Selatan.
Pembinaan landasan itu berada di kawasan rebutan rangkaian Kepulauan Spratly yang turut dituntut beberapa negara Asia Tenggara termasuk Filipina, Malaysia dan Vietnam yang masing-masing menempatkan tentera dan membina lapangan terbang sejak 1970-an.
Selasa lalu, Presiden Filipina, Benigno Aquino III memberi amaran bahawa aktiviti Beijing di wilayah pertikaian itu boleh mencetuskan kebimbangan dunia termasuk kemungkinan konflik ketenteraan. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/china-bina-landasan-kapal-terbang-di-wilayah-pertikaian-1.82069#sthash.x3X302gc.dpuf