Askar wanita Britain diarah bawa kondom KABUL - Askar wanita yang akan ke Afghanistan diarahkan Kementerian Pertahanan Britain supaya membawa kondom selepas peningkatan kehamilan yang membimbangkan semasa misi ketenteraan. Iklan di dalam sebuah majalah tentera memberi amaran kepada askar wanita supaya mengambil langkah perlindungan kerana terdapat `50 lelaki untuk setiap wanita’. Peraturan ketenteraan di Britain melarang askar mengadakan hubungan seks di kawasan perang. Namun menurut pegawai tentera, larangan itu diabaikan sekiranya hubungan seksual itu berlaku antara askar berpangkat sama dan tidak mendatangkan kesan kepada operasi. Statistik menunjukkan 133 askar wanita hamil di Afghanistan dan Iraq daripada Januari 2003 hingga Februari tahun lepas. |
Tuesday, May 18, 2010
PERGI PERANG JANGAN LUPA BAWA KONDOM !
Awas! 4 penyamun ada di Sik, Kedah
Tembak perut
Oleh Mohamad Hussin
2010/05/18
ALOR SETAR: Sekumpulan penyamun yang berpura-pura menjual getah beku bertindak melepaskan tiga das tembakan ke arah pekerja kedai getah menyebabkan mangsa cedera parah di perut dalam satu kejadian samun membabitkan kerugian RM10,000 di Kampung Sungai Senam, Sik, semalam.
.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, Md Zahir Md Ariff, 34, yang berasal dari Kampung Lubuk Tualang, Sik, ditembak di perutnya dari jarak dekat oleh seorang daripada empat suspek yang sebelum itu berpura-pura membawa 17 kilogram (kg) getah beku untuk dijual.
Difahamkan, selepas menimbang getah dibawa suspek, mangsa masuk ke dalam kedainya mengambil wang bagi membuat pembayaran, sebelum disamun dan ditembak dengan pistol buatan sendiri.
Suspek melepaskan dua das tembakan ke arah rakan mangsa, namun tersasar.
Mangsa sempat bergelut dengan suspek walaupun terkena tembakan sebelum rebah berlumuran darah akibat cedera parah di perut.
Dia dihantar ke Hospi untuk menerima rawatan.
Sebelum itu, keempat-empat penyamun berusia antara 20 hingga 30-an itu menaiki dua motosikal berhenti di depan kedai berkenaan.
Ketua Polis Daerah Sik, Superintendan Zaidong Mustafa, berkata ketika kejadian mangsa yang juga anak saudara kepada pemilik kedai itu menjalankan kerja harian bersama pekerja warga Bangladesh sebelum didatangi empat suspek.
Beliau berkata, empat lelaki menaiki dua motosikal pergi ke kedai getah berlesen di Kampung Sungai Senam, Sik, menjual getah beku 17kg.
“Ketika mangsa membuka laci mengambil wang dan membuat bayaran, tiba-tiba seorang daripada suspek menembak mangsa dari jarak dekat menyebabkan salah satu daripada tiga das tembakan terkena perut mangsa.
“Rakan mangsa cuba membantu tetapi gagal berikutan suspek melepaskan tembakan ke arahnya.
“Suspek melarikan diri bersama wang tunai RM10,000, manakala mangsa dihantar ke HSB untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.
Zaidong berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.
Sementara itu, isteri mangsa, Firiani Bustaman, 32, berkata dia menyedari mengenai kejadian itu selepas dimaklumkan rakan suaminya yang menghubunginya sejurus kejadian itu.
“Saya terkejut selepas mendengar berita suami ditembak. Bagaimanapun, saya bersyukur kerana suami selamat cuma cedera di perut.
“Dia baru empat bulan bekerja dengan bapa saudaranya,” katanya.
Oleh Mohamad Hussin
2010/05/18
ALOR SETAR: Sekumpulan penyamun yang berpura-pura menjual getah beku bertindak melepaskan tiga das tembakan ke arah pekerja kedai getah menyebabkan mangsa cedera parah di perut dalam satu kejadian samun membabitkan kerugian RM10,000 di Kampung Sungai Senam, Sik, semalam.
.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, Md Zahir Md Ariff, 34, yang berasal dari Kampung Lubuk Tualang, Sik, ditembak di perutnya dari jarak dekat oleh seorang daripada empat suspek yang sebelum itu berpura-pura membawa 17 kilogram (kg) getah beku untuk dijual.
Difahamkan, selepas menimbang getah dibawa suspek, mangsa masuk ke dalam kedainya mengambil wang bagi membuat pembayaran, sebelum disamun dan ditembak dengan pistol buatan sendiri.
Suspek melepaskan dua das tembakan ke arah rakan mangsa, namun tersasar.
Mangsa sempat bergelut dengan suspek walaupun terkena tembakan sebelum rebah berlumuran darah akibat cedera parah di perut.
Dia dihantar ke Hospi untuk menerima rawatan.
Sebelum itu, keempat-empat penyamun berusia antara 20 hingga 30-an itu menaiki dua motosikal berhenti di depan kedai berkenaan.
Ketua Polis Daerah Sik, Superintendan Zaidong Mustafa, berkata ketika kejadian mangsa yang juga anak saudara kepada pemilik kedai itu menjalankan kerja harian bersama pekerja warga Bangladesh sebelum didatangi empat suspek.
Beliau berkata, empat lelaki menaiki dua motosikal pergi ke kedai getah berlesen di Kampung Sungai Senam, Sik, menjual getah beku 17kg.
“Ketika mangsa membuka laci mengambil wang dan membuat bayaran, tiba-tiba seorang daripada suspek menembak mangsa dari jarak dekat menyebabkan salah satu daripada tiga das tembakan terkena perut mangsa.
“Rakan mangsa cuba membantu tetapi gagal berikutan suspek melepaskan tembakan ke arahnya.
“Suspek melarikan diri bersama wang tunai RM10,000, manakala mangsa dihantar ke HSB untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.
Zaidong berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.
Sementara itu, isteri mangsa, Firiani Bustaman, 32, berkata dia menyedari mengenai kejadian itu selepas dimaklumkan rakan suaminya yang menghubunginya sejurus kejadian itu.
“Saya terkejut selepas mendengar berita suami ditembak. Bagaimanapun, saya bersyukur kerana suami selamat cuma cedera di perut.
“Dia baru empat bulan bekerja dengan bapa saudaranya,” katanya.
Awas! 5 penyamun ada di Kuantan sekarang!
Pemandu lori rugi RM7,000 disamun 5 lelaki
KUANTAN: Seorang pemandu lori kelapa sawit mengalami kerugian sebanyak RM7,000 selepas rumahnya di Kota Gelangi Tiga, Jerantut dimasuki lima penyamun bersenjatakan parang awal pagi tadi.
Pegawai Urusetia Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Noor Asyikin Shamsuri berkata ketika kejadian kira-kira 2.15 pagi itu mangsa, 37, bersama isteri dan empat anak mereka serta ayah pemandu lori tersebut sedang tidur di ruang tamu.
"Suspek yang dipercayai warga Indonesia masuk ke rumah mangsa melalui pintu belakang, mangsa yang tersedar daripada tidurnya kemudian bangun dan cuba melawan tetapi gagal," kepada pemberita, di sini hari ini.
Beliau berkata seorang daripada suspek turut mengacukan parang ke leher mangsa dan mengikat pasangan suami isteri tersebut manakala empat lagi menggeledah bilik tidur mangsa.
Katanya, kejadian itu bagaimanapun tidak disedari empat anak mereka dan ayah pemandu lori terbabit yang masih tidur.
"Kumpulan penyamun itu kemudian melarikan diri selepas mengambil komputer riba, telefon bimbit dan wang tunai milik pemandu lori tersebut yang kesemuanya bernilai RM7,000," katanya.-Bernama
Pelukis kartun yang menghina Rasulullah hidup dalam keadaan bahaya
STOCKHOLM
Polis Sweden pada Minggu lepas 16/05/2010 telah menangkap seorang yang dipercayai terlibat dengan pembakaran rumah pelukis Lars Felix yang membuat lukisan kartun menghina Nabi Muhammad SAW.
Polis mengatakan mereka menangkap seorang warga Sweden keturunan Kosovo berusia 21 tahun di bandar Andskrona Selatan, pada hari Sabtu di rumahnya sekitar 40 km dari rumah pelukis tersebut.
Bahagian depan rumah pelukis tersebut mengalami sedikit kerosakan ketika rumah tersebut dilempar bom petrol yang menyebabkan salah satu tirai rumah terbakar , semasa peristiwa tersebut berlaku pelukis tersebut tidak berada di dalam rumah berkenaan.
Serangan ini adalah yang serangan kedua selama seminggu yang dialami Felix, yang pada tahun 2007 dia membuat lukisan kartun Nabi Muhammad SAW dalam bentuk penghinaan terhadap Rasulullah SAW, yang mengundang banyak ancaman terhadap dirinya.
Felix melaporkan kepada pemberita "dia hidup dalam keadaan bahaya yang besar dan nyata": Saya tidak boleh lagi tinggal di rumah ini.
Felix awal minggu ini mengalami sebuah serangan semasa memberikan kuliah umum di Universitas Uppsala, dimana seorang lelaki dari barisan pertama selama kuliah disampaikan datang menghampirinya dan memukul kepalanya.
Difahamkan terdapat satu pertubuhan tentera di Iraq yang mempunyai hubungan dengan Al-Qaeda pada bulan August tahun lalu menjanjikan hadiah 100 ribu dolar bagi sesiapa sahaja yang dapat membunuh Felix.
Bagimana umurmu dihabiskan? Susun gambar 8 tahun!
Hampir 8 tahun susun gambar
SHEPTON MALLET, Britain - Seorang pesara yang berumur 86 tahun, Jack Harris menghabiskan masa hampir lapan tahun untuk menyiapkan satu susun suai gambar lukisan yang berukuran 1.52 meter panjang di rumahnya di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Setelah pesara itu menganggap semua 1,500 kepingan gambar sudah disusun, dia kemudiannya berdiri untuk mengagumi kejayaannya.
Namun, semasa berdiri itu, dia mendapati kemungkinan seekor anjing telah memakan sekeping gambar terakhir yang sepatutnya diletakkan di satu ruang kosong pada susun suai gambar berkenaan.
Seorang menantu perempuan pesara itu, Eve Harris berkata, bapa mentuanya berasa amat sedih kerana dia tidak dapat melengkapkan gambar susun suai itu.
"Dia (bapa mentuanya) berasa amat kecewa setelah mendapati sekeping gambar telah hilang," katanya.
Keluarga Haris percaya kepingan gambar terakhir itu mungkin tercampak secara tidak sengaja.
Menantu perempuannya itu memberikan kepingan susun suai gambar itu sebagai hadiah Hari Krismas pada 2002.
Pesara itu yang merupakan bekas ahli perniagaan diberikan pelbagai jenis kepingan susun suai pada setiap tahun dan dia akan menyelesaikan susunan gambar berkenaan pada musim panas.
Namun, kata Harris, susun suai lukisan cat pada abad ke-19 itu terpaksa diselesaikan selama tujuh setengah tahun kerana ia berbeza dengan susun suai gambar yang pernah dilakukannya sebelum ini. - Agensi
Dah jumpa punca gula tak ada
Sorok lebih 5.5 metrik tan gula
Oleh MANIRAH OTHMAN
manirah.othman@kosmo.com.my
manirah.othman@kosmo.com.my
KUALA TERENGGANU - Dua lelaki ditahan kerana didapati menyorok sebanyak 5.5 metrik tan gula setelah sekian lama menipu pelanggan termasuk memaksa mereka menunjukkan sijil nikah ketika hendak membeli gula.
Perbuatan tidak bertanggungjawab lelaki berusia 40-an dan lewat 50-an itu terbongkar apabila kedai mereka yang terletak di Jalan Yahya Ahmad, Dungun dekat sini diserbu pada kira-kira pukul 11 pagi semalam.
Serbuan dilakukan oleh pegawai penguat kuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Dungun diketuai oleh Ahmad Mahmood serta dibantu oleh lima anggota polis.
"Kami terkejut kerana mendapati hampir separuh ruang kedai dipenuhi stok gula bernilai kira-kira RM9,000 pada hal sebelum ini mereka kata tiada gula.
"Kami juga terkejut kerana peniaga runcit pada kebiasaannya menyimpan gula sebanyak 100 kilogram pada satu-satu masa,'' kata Ahmad ketika dihubungi Kosmo! semalam.
BN tewas tipis
Dalam pertandingan tiga penjuru itu, Ho Leng, 50, meraih 18,845 undi manakala Hui Yew, 45, memperoleh 18,447 undi dengan Narawi hanya memperoleh 232 undi dan sekali gus hilang wang pertaruhan.Pengumuman keputusan pilihan raya kecil Parlimen Sibu dilakukan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu, Wong See Meng, kira-kira jam 10.55 malam tadi.
Pilihan raya parlimen Sibu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Robert Lau Hoi Chew yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan pada 9 April lalu.
Parlimen Sibu memiliki 54,695 pengundi berdaftar dengan 2,537 daripadanya adalah pengundi pos. Peratusan keluar mengundi adalah sekitar 70 peratus.
Mengikut pecahan peratus pengundi, 66 peratus adalah pengundi Cina diikuti Melayu, 17 peratus, Iban (15 peratus), Orang Ulu (0.11 peratus), Bidayuh (0.5 peratus) manakala lain-lain pengundi, 0.14 peratus.
Ho Leng adalah Pengerusi DAP Sarawak dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Assek, di sini.
Beliau berkelulusan undang-undang dari Inner Temple, Inns of Court, School of Law, London manakala Narawi pula adalah bekas tentera yang kini seorang ahli perniagaan.
Hui Yew pula adalah Penolong Bendahari Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Sibu dan sepupu kepada penyandang kerusi berkenaan, mendiang Datuk Robert Lau Hoi Chew dan adalah lepasan undang-undang dari Hull University, London.
Belum baligh lagi
Syed Ali tempelak Nik Aziz
KUALA LUMPUR 17 Mei - Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee menganggap Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat "meludah ke langit dan terkena muka sendiri" kerana tidak tahu membezakan antara kebenaran dan kemungkaran di dalam politik.Menurutnya, Menteri Besar Kelantan itu boleh disifatkan sebagai pemimpin politik yang cemas melihatkan sokongan kepada parti pembangkang ketika ini semakin terhakis.
"Beliau hanya mahu wakil rakyat pembangkang dijadikan seperti kerbau dicucuk hidung dan boleh ditarik ke kiri atau ke kanan tanpa banyak bantahan.
"Mujurlah sekarang ini sudah ramai wakil rakyat pembangkang keluar parti kerana sedar dengan penyelewengan dan penipuan oleh pemimpin mereka," ujar Syed Ali dalam blog UMNO Bahagian Cheras, http://umnobahagiancheras.blogspot.com/.
Menurut beliau lagi, jika ada wakil rakyat daripada parti menyokong kerajaan menyertai pembangkang khususnya Pas, sudah tentu Nik Abdul Aziz memberi gelaran yang baik kepada mereka.
Bagaimanapun katanya, apabila pembangkang keluar parti, Nik Abdul Aziz akan memberi gelaran buruk termasuk terbaru menganggap ahli Parlimen yang melompat parti sebagai "belum baligh".
Kata Syed Ali lagi, soal keluar parti bukan bermakna seseorang itu belum matang tetapi berlaku kerana seseorang itu tahu akan parti yang diwakilinya tidak amanah kepada rakyat.
"Beliau bercakap tanpa menggunakan akal fikiran yang matang malah mahu setiap percakapannya dijadikan fatwa walaupun bercanggah dengan kebenaran,'' katanya.
Menurut Syed Ali, jika Nik Abdul Aziz amanah dengan tanggungjawab yang diberi, beliau tidak sepatutnya mengeluarkan pelbagai kenyataan yang mengeliru dan menyesatkan fikiran rakyat.
"Pemimpin pembangkang yang berada dalam keadaan jahil berpolitik seperti Nik Aziz sebenarnya menjadi beban kepada parti sehingga menimbulkan kekecewaan kepada wakil rakyat mereka," ujarnya.
Tambah Syed Ali, ahli Pas turut keliru dengan pendirian Nik Aziz, apakah beliau bercakap itu dalam keadaan sedar atau sekadar melepaskan geram kerana kecewa dengan kemerosotan pengaruh politik partinya.
Tolong bantu mereka yang susah
Ibu tunggal jadi tukang cuci sara 5 anak
KUALA TERENGGANU 17 Mei - "Jika diingat masa lalu, memang sedih. Kami sekeluarga pernah makan sebiji telur dikongsi beramai-ramai kerana tidak cukup wang untuk membeli lauk."Begitulah luahan Fatimah Salleh, 48, ibu tunggal yang kini menyara lima orang anaknya setelah kematian suami 10 tahun lalu.
Dia yang berasal dari Kedai Buluh, Bukit Payung dekat sini mengakui, mereka putus tempat bergantung apabila suaminya, Shafie Botak, 55, meninggal dunia kerana menghidap penyakit buah pinggang.
Sejak itu ujarnya, dia terpaksa menjadi ayah dan ibu kepada lima anaknya yang masih bersekolah dengan bekerja sebagai tukang cuci dan sapu di sebuah syarikat swasta dengan gaji RM400 sebulan.
"Memang saya bertekad untuk menghantar anak-anak ke sekolah walau apa cara sekalipun. Saya tidak mahu pelajaran mereka terabai walaupun kami hidup susah.
"Namun kerana tidak cukup wang, anak saya yang sulung terpaksa berhenti sekolah ketika dia memasuki tingkatan empat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.
Jelasnya, dia yang mempunyai lima orang anak itu terpaksa berulang-alik ke bandar dengan menaiki bas awam sejauh 11 kilometer untuk ke tempat kerja di bandar Kuala Terengganu setiap hari.
Walaupun dia terpaksa memerah keringat setiap hari namun dia sedikit pun tidak pernah mengeluh kerana mengingatkan tanggungjawab suaminya yang meminta dia menjaga anak-anaknya dengan baik.
"Walaupun kais pagi makan pagi kais petang makan petang dan kadang-kadang terpaksa meminta belas ihsan orang namun tidak sesekali saya akan abaikan anak-anak saya.
"Saya juga bersyukur kerana anak-anak saya memahami dan tidak pernah meminta apa-apa sekalipun melihat kanak-kanak lain mempunyai basikal untuk ke sekolah," jelasnya.
Menurut wanita itu, kehidupan dia sekeluarga kini semakin bertambah baik apabila anak keduanya kini membantu keluarganya dengan menjadi pengajar di sebuah kolej swasta di negeri Johor.
Bedah siasat kekalahan di Sibu - Hishammuddin
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, bedah siasat itu mesti dilakukan secara telus untuk mengetahui faktor yang menyumbang terhadap kekalahan tersebut.
"UMNO memang kecewa dengan kekalahan itu, tetapi kita menerima keputusan berkenaan secara terbuka. Walaupun kalah tipis, BN perlu melakukan bedah siasat yang boleh dijadikan panduan untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang," ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada para pemberita selepas merasmikan Program Juara Rakyat Bersama Veteran UMNO dan Perasmian Berkelompok Persidangan Tahunan Cawangan UMNO Bahagian Padang Besar di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Jaafar Hassan di sini hari ini.
Hishammuddin berkata, kekalahan di Sibu secara tidak langsung memberi panduan kepada BN untuk lebih menjurus terhadap empat perkara utama sebelum pilihan raya umum nanti.
"Perkara pertama ialah memastikan jentera parti benar-benar kuat. Kedua, kita hendaklah memulihkan semangat jentera parti sendiri supaya sentiasa kuat.
"Perkara ketiga dan yang paling mustahak ialah semua jentera BN mesti disatukan, sementara yang keempat pula jentera BN wajar 'turun padang' untuk lebih rapat dengan pengundi," ujarnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)