Showing posts with label terperangkap. Show all posts
Showing posts with label terperangkap. Show all posts

Wednesday, October 3, 2012

300 guru terperangkap dalam kursus dakyah?

Bertempat di sebuah hotel berdekatan jalan Chow Kit Road semalam telah berlangsung satu program apa dinamakan Pengurusan Permentoran Perkhdimatan Awam KPM.

Kononnya program itu untuk memberi penjelasan berhubung polisi dan juga dasar kerajaan serta pembangunan dalam pendidikan untuk anak bangsa.

Seramai 300 orang guru hadir pada program berkenaan yang berlangsung sehari suntuk. Mereka terdiri dari guru-guru yang sekolahnya terletak dalam parlimen Lembah Pantai yang kini diwakili oleh Nurul Izzah Anwar. Adalah dipercayai program berkenaan diadakan mengikut kawasan parlimen.
(Backdrop ceramah berkenaan)

Perjalanan program berkenaan dikatakan sudah mulai nampak senget sejak awal apabila pihak yang menguruskan program berkenaan iaini ahli jawatankuasa terdiri dari guru-guru besar atau pun pengetua. Tugas mereka bagi memastikan semua guru-guru yang dijemput hadir.

Setiap kehadiran dibayar wang sakut RM15 dan diberi makan tengah hari percuma. (Murah sangat harga pendidikan di negara ini?)

Rakaman audio dan gambar tidak dibenarkan disepanjang penceramah memberi kursus tersebut. Alasannya kerana gambar itu boleh mengacam nyawa penceramah? Jadi tidak ada sesiapa dibenarkan merakam gambar program tersebut. Kenapa begitu bahaya sekali penceramah dalam satu program yang dihadiri pendidik seperti itu?  Inilah keganjilan yang menjadi persoalan di kepala yang hadir.

Kata pada mulanya kecurigaan terhadap program berkenaan tidak seberapa membengongkan lagi, tetapi setelah penceramahnya tampil maka terjawab untuk apa dan mengapa program itu diadakan. Ia jelas program itu tidak ada sangkut paut langsung dengan pengurusan permentoran dalam pendidikan, kerana penceramahnya dari individu politik. Di sini mereka mula merasakan terperangkap.

Ceramah itu disampikan oleh orang bernama Mohamed Razali Abd Rahman yang mengakui dia kononnya bekas pegawai khas kepada salah seorang ahli Parlimen DAP. Isi ceramahnya ialah
memburukkan DAP yang ingin melakukan reformasi politik di negara ini serta mendedahkan kononnya tindak tanduk DAP yang boleh menyebabkan orang Melayu dan Islam merasa marah dan mengalami kerugian.

Antara apa didakwa orang bernama Mohamed Razali itu ialah, kononnya DAP ingin menjadikan negara ini sebagai negara Kristian, mahukan perdana menteri dari bukan Islam dan Melayu dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah republik.

Penceramah itu juga mendakwa DAP ada menjalinkan kerjasama dengan Zionis, melatih think tank DAP dan juga kononnya DAP akan mendapat bantuan kewangan dari Israel untuk pilihan raya akan datang. Lebih teruk dan menakutkan kononnya lagi selepas Pakatan Rakyat menang kerajaan Pakatan akan membenarkan penubuhan kem tentera Israel di Port Dickson.

Segala tuduhan itu jelas ia adalah direka khas untuk strategi politik untuk menimbulkan rasa takut dan bimbang dari kalangan orang Melayu. Natijahnya biar orang Melayu marahkan DAP dan pulau PKR dan Pas sekali. Dan bagi guru-guru yang mempunyai sedikit pengetahuan berhubung ketatanegaraan akan menolak isi penceramah itu kerana ia jelas sebuah propaganda dan fitnah.

Guru yang cerdik tahu akan bagaimana proses pembentukan kerajaan dan juga fungsi raja-raja Melayu. Untuk menukar negara ini dari sebuah negara demokrasi dengan raja berpelembagaan kepada sebuah rupblikan bukan sesenang dibayangkan.

Namun kepada guru yang cetek pengetahuan, jahil mengenai sejarah negara serta sistem pemerintahan negara ini akan menerima bulat-bulat apa diucapkan oleh penceramah bernama Mohamed Razali itu. Mereka akan telan tanpa mamah dan kunyah seperti ikan koi menelan pelet berbau busuk itu.

Apa lagi kalau ada guru-guru yang mabuk dengan pemberian wang RM15 kerana dengan wang itu dapat dibeli sekilo anggur untuk dimakan semasa menonton televisyen akan menjadi agen menyebarkan dakyah berkenaan. Mereka akan menyebar dan memberi tahu anak-anak murid mereka apa-apa yang difitnahkan oleh penceramah berkenaan. Diharapkan anak murid pula akan menyampaikan kepada bapa mereka di rumah.

Persoalan kini apakah lelaki itu benar dia sebagai seorang pegawai kepada ahli parlimen DAP? Kalau benar ternyata ia dibayar untuk mendakyah guru-guru setelah melakukan tindakan berpaling tadah kepada tuannya. Boleh jadi juga tidak ada orang bernama seperti itu berkhidmat dengan mana-mana ahli parlimen DAP dan ia adalah rekaan pihak tertentu sahaja. Ia boleh jadi pegawai perang saraf dari sekolah Bukit Aman?

Keraguan ini timbul di kalangan beberapa orang guru yang hadir ke program berkenaan kerana butiran ceramah itu 100% berbau politik memburukkan pembangkang dan tidak ada apa-apa topik pun yang ada hubungkait dengan program berkenaan.

Begitu juga kalau dia benar, kenapa perlu sembunyi diri dan ianya dilindungi? Kenapa perlu berbisik atau menyampaikan maklumat itu secara tersembunyi. Kalau benar apa didakwa itu, bukan guru yang sepatutnya diberi tahu tetapi pihak keselamatan yang perlu mengawalnya. Masalah hubungan dengan Israel bukan masalah kecil ia masalah keselamatan negara yang perlu ditangani oleh pihak polis, tentera dan segala macam pasukan keselamatan.

Dan untuk berbaik dengan Israel bukan menanti Pakatan Rakyat jadi kerajaan sekartang ini kerajaan UBN ada hubungan dan berbaik-baik dengan Israel. Pengkalan tentera tidak perlu dibangunkan di Port Dikson tetapi sudah pun ada di pengkalan hati sesetengah pemimpin negara. Itu Apco adalah jenama Israel? Siapa yang menggunakan khidmat Apco, Pakatan Rakyat atau UBN?

Jelas apabila ia diberi secara berbisik di dalam gelap ia ada motif dan muslihat lain. Motif dan tujuan yang jelas ialah untuk merosakkan kepercayaan rakyat kepada DAP yang kini sedang menjalinkan usaha untuk menumbangkan kerajaan UBN dengan Pas dan PKR. Sekali lagi nampaknya warga guru diperalatkan dan wang rakyat disalah gunakan untuk mempertahankan kuasa politik pihak tertentu.-Harakah

Friday, November 4, 2011

4 maut, 57 terperangkap dalam lombong arang batu di China

2011/11/04

BEIJING: Empat pelombong maut manakala 57 yang lain terperangkap di dalam lombong arang batu meletup secara mengejut di tengah-tengah China, kata laporan agensi berita hari ini.

Kejadian di lombong arang batu di bandar Sanmenxia, wilayah Henan berlaku pada petang semalam apabila 75 pelombong sedang bekerja.
Seramai 14 pekerja berjaya menyelamatkan diri.
Lombong Arang Batu Qianqiu itu milik Yima Coal Group, syarikat perlombongan arang batu terbesar milik kerajaan di Henan. - AP
Berita Harian Online | 4 maut, 57 terperangkap dalam lombong arang batu di China:

'via Blog this'

Tuesday, November 23, 2010

Operasi menyelamat terlalu bahaya



GREYMOUTH - Usaha mencari dan menyelam:at 29 lelaki yang terperangkap di dalam sebuah lombong arang batu di New Zealand terpaksa ditangguhkan disebabkan isu keselamatan akibat kewujudan gas bertoksik, semalam. 

Pegawai bantuan kecemasan mengumumkan keadaan masih belum selamat untuk petugas memasuki lombong runtuh itu dan enggan meletakkan sebarang jangkaan masa mengenai operasi tersebut. 

Pihak berkuasa negara itu turut mengumumkan satu lubang baru perlu digerudi untuk menguji kualiti udara di dalam lombong, menyebabkan operasi mencari dan menyelamat terpaksa dihentikan sementara. 

Lubang baru itu akan digerudi sehingga kedalaman 150 meter dan operasi itu dijangka mengambil masa sehingga 24 jam. 

Tiada sebarang perhubungan berjaya dibuat dengan pelombong yang terperangkap sejak satu letupan berlaku di lombong itu dipercayai berpunca daripada pembentukan gas metana secara semula jadi, Jumaat lalu. 

Kawasan sekitar lombong mula dipenuhi dengan kaum keluarga mangsa yang berumur antara 17 dan 62 tahun, termasuk warga Britain, Australia dan Afrika Selatan. 

Tidak dapat dipastikan sama ada semua lelaki yang terperangkap di Lombong Pike River itu masih hidup.

Wednesday, November 17, 2010

Kucing hidup 13 hari di atas pokok kelapa


IBRAHIM menyerahkan 'Bong' kepada Zakri (kanan) selepas menyelamatkan kucing itu di Kangar semalam.


KANGAR – Seekor kucing betina yang masih hidup selepas 13 hari terperangkap di atas pokok kelapa setinggi 30 meter akhirnya diselamatkan oleh seorang pengutip buah kelapa di Kampung Alor Merus dekat sini semalam.
Sebelum ini, dua agensi penyelamat gagal menurunkan kucing putih yang diberi nama ‘Bong’ itu memandangkan tiada tangga yang dapat mencapai paras pokok setinggi bangunan sembilan tingkat itu.
Pemilik kucing, Zakri Mat, 36, berkata, ‘Bong’ cuba lari daripada arus deras banjir yang menenggelamkan kampung itu pada 3 November lalu dengan memanjat bumbung rumah.

Thursday, October 14, 2010

33 pelombong diselamatkan



SEORANG pelombong yang diselamatkan, Jose Ojeda mengibar bendera Chile selepas dia keluar dari kapsul penyelamat di lombong San Jose, Copiapo kelmarin.


SAN JOSE, Chile – Operasi menyelamatkan 33 orang pelombong yang terperangkap lebih 69 hari di dalam lombong emas dan tembaga bawah tanah San Jose, Chile sedalam 621.71 meter dari dalam permukaan Bumi dimulakan lewat malam kelmarin.
Dalam operasi menyelamat itu, seorang pelombong menjadi mangsa pertama diselamatkan dari lombong itu pada pukul 12.11 pagi waktu Chile. Menurut seorang anggota penyelamat, Manuel Gonzalez Roberto Rios, pelombong pertama yang dipilih menaiki kapsul penyelamat dari dalam tanah itu ialah Florencio Avalos Silva, 31, kerana dia dianggap mempunyai psikologi yang kuat.
Dia memakai topeng oksigen dan peralatan biometrik bagi memantau tindak balas tubuhnya semasa berdiri di dalam kapsul penyelamat yang dihantar menerusi sebuah terowong.
Ahli-ahli keluarganya bersorak dan membunyikan hon sebaik sahaja melihat Silva berjaya dibawa keluar dari terowong bawah tanah dengan menggunakan kapsul penyelamat itu.
Avalos terus memeluk isterinya selepas keluar dari kapsul itu sebelum dia berbual dengan Presiden Chile, Sebastian Pinera.
Dia yang nampak tenang kemudian dibawa untuk mendapatkan rawatan dan bantuan psikologi.
Dalam satu situasi lain yang menakjubkan, pelombong kedua yang diselamatkan memberikan cenderahati kepada pasukan penyelamat dan Pinera.
Pelombong kedua itu, Mario Sepulveda, 40, memeluk isterinya sebelum dia mengambil batu-batu daripada begnya dan memberinya kepada mereka yang berada di sekitar lombong itu sebagai cenderamata.
Dia kemudian menggenggam tangan dan sama-sama menyanyikan lagu Viva Chile.
“Sangat menakjubkan apabila mereka mampu menyelamatkan kami. Saya tidak pernah ragu-ragu bahawa kami semua dapat dikeluarkan dari lombong hidup-hidup,” kata Sepulveda dalam satu temu ramah di televisyen.
Pelombong warga Bolivia, Carlos Mamani Solis, 24, yang menjadi mangsa keempat diselamatkan dan berikrar bahawa dia tidak akan menjejakkan kakinya di dalam lombong.
Sementara itu, pelombong termuda, Jimmy Alejandro Sanchez Lagues, 19, mempunyai cara tersendiri meraikan hari bersejarah itu.
Dia mengibarkan bendera pasukan bola sepak kesukaannya, Universidad de Chile sebaik sahaja dia dikeluarkan daripada kapsul penyelamat yang diberi nama Phoenix 2 itu.
Operasi menyelamat turut diberhentikan buat seketika apabila kapsul penyelamat itu perlu dibaiki selepas mengalami sedikit kerosakan akibat geseran.
Pasukan penyelamat diberi masa selama 48 jam untuk menyempurnakan operasi menyelamat.
Presiden Chile memberitahu, lombong itu akan

Ahli keluarga pelombong sediakan 'kejutan seksi'


LOMBONG SAN JOSE 13 Okt. - Terperangkap di dalam lombong bawah tanah di utara Chile selama 10 minggu bukan saja mengubah kehidupan 33 pelombong terlibat, malah turut memberi kesan kepada pasangan hidup mereka.
Ketika tinggal beberapa jam sebelum ditemukan semula, isteri dan teman wanita pelombong-pelombong terbabit sibuk membuat rawatan kecantikan dan menyediakan 'kejutan seksi' buat pasangan masing-masing selepas terpisah selama dua setengah bulan.
Seolah-olah mendapat tenaga daripada harapan, wanita-wanita ini mendandan rambut, mewarnakan kuku dan memilih pakaian dalam seksi ketika tidak sabar menunggu kumpulan pelombong itu diselamatkan.
"Saya tidak pernah mencantikkan rambut tetapi kini saya telah memendek dan mewarnakannya sedikit perang. Saya menghias diri secara lengkap," kata Cristina Nunez, 26, sambil mengirai rambutnya.
Nunez juga mengaku merancang untuk memakai 'pakaian bayi renda merah' yang diberikan kepadanya untuk pertemuan semula pertama dengan teman lelakinya, Claudio Yanez yang tinggal bersamanya selama 10 tahun dengan dua anak berusia lapan dan satu tahun.
Katanya, dia merancang untuk menetapkan tarikh dengan pendaftar sivil dan melangsungkan perkahwinan sebelum membeli rumah.
Liliana Ramirez, isteri Mario Gomez yang berusia 63 tahun dan ketua kepada kumpulan pelombong itu pula berkata, dia bersedia untuk pertemuan penuh emosi itu.
Dia yang berusia dalam lingkungan 50-an dengan bangganya memberitahu bahawa dia tidak banyak bersolek kerana 'sentiasa kelihatan cantik', selain turut menyiapkan kejutan untuk Gomez.
Isteri dan teman wanita kepada pelombong lain turut membuat persiapan untuk bertemu kembali, namun perancangan mereka itu perlu ditunda sedikit masa lagi kerana kesemua pelombong itu perlu menjalani pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu.
Hanya pertemuan singkat dibenarkan selepas mereka diselamatkan sebelum mereka dibawa dengan helikopter ke bandar Copiapo untuk pemerhatian terperinci di hospital. - AFP