Tuesday, February 26, 2013
DRAMA AKAN BERAKHIR...?? Lembutnya penguasa terhadap penceroboh,kerasnya pada hamba rakyat diMemali..
26 February 2013
TERKINI LAHAD DATU - "Kita akan tamatkan stand-off sekarang ini" - Timb KPN
INSIDEN PENCEROBOHAN AKAN DISELESAI SECEPAT MUNGKIN
LAHAD DATU, 26 Feb - Polis memberi jaminan bahawa insiden pencerobohan kumpulan bersenjata rakyat Filipina di Kampung Tanduo, kira-kira 130km dari sini, akan ditamatkan secepat mungkin.
Tanpa menyatakan bilakah sebenarnya ia akan berakhir, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid bin Abu Bakar berkata episod yang bermula sejak 12 Feb lepas akan diselesaikan secepat mungkin dan menasihati orang ramai supaya tidak bimbang.
Katanya tindakan boleh diambil pada bila-bila masa terhadap 150 orang penceroboh yang masih bertahan dan enggan keluar dari Kampung Tanduo.
"Kita akan tamatkan stand-off sekarang ini. Cuma saya menasihati orang ramai supaya jangan bimbang dan jangan ragu-ragu. Insya-Allah, kita selesaikannya dengan secepat mungkin," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Tan Sri Dato’ Sri Khalid juga berkata polis tidak tahu menahu mengenai dakwaan sesetengah pihak kononnya empat anggota keluarga Kiram (kerabat Kesultanan Sulu) telah ditangkap oleh pihak berkuasa.
Tan Sri Dato’ Sri Khalid menjelaskan kepada pemberita bahawa insiden pencerobohan kumpulan yang mengaku Askar Diraja Kesultanan Sulu masih di bawah tanggungjawab Polis Diraja Malaysia.
Beliau berkata isu berkenaan masih ditangani sebagai isu keselamatan negara dan operasi turut melibatkan agensi keselamatan lain.
Setakat ini tidak terdapat sebarang unsur luar yang campur tangan dalam usaha polis menyelesaikan isu berkenaan dan menegaskan pihaknya tidak akan membenarkan sebarang campur tangan seperti itu menganggu urusan keselamatan negara.
Geun-hye berdepan cabaran, tugas berat
SEOUL - Calon konservatif Korea Selatan, Park Geun-hye mengesahkan statusnya sebagai presiden wanita pertama negara itu, semalam.
Geun-hye juga anak bekas pemimpin ketenteraan Korea Selatan, Park Chung-he diraikan dalam majlis perasmian dihadiri ribuan rakyat di ibu negara.
Geun-hye, 61, mengaku bakal berhadapan dengan cabaran dan tugas berat termasuk isu nuklear dari negara jiran, Korea Utara.
"Ujian nuklear Pyongyang adalah cabaran utama kepada kelangsungan hidup dan masa depan penduduk seluruh Korea.
"Saya menggesa mereka meninggalkan usaha nuklear itu tanpa sebarang alasan dan membuka lembaran baru bagi mencapai perdamaian serta membangunkan Korea secara bersama," katanya.
Sebelum ini, Geun-hye melancarkan kempen yang menjanjikan hubungan kesepakatan dengan Pyongyang.
Sementara itu, kumpulan pemerhati berkata, usaha damai Geun-hye ditentang oleh pihak antarabangsa yang enggan bersetuju dengan tindakan ujian nuklear Pyongyang.
"Korea Selatan merupakan negara Asia yang sukar bekerjasama tetapi Geun-hye mampu mengubahnya jika beliau membuka semula saluran dialog secara terus dengan Korea Utara sekali gus mencapai kesepakatan," katanya. - Al-Jazeera
Geun-hye juga anak bekas pemimpin ketenteraan Korea Selatan, Park Chung-he diraikan dalam majlis perasmian dihadiri ribuan rakyat di ibu negara.
Geun-hye, 61, mengaku bakal berhadapan dengan cabaran dan tugas berat termasuk isu nuklear dari negara jiran, Korea Utara.
"Ujian nuklear Pyongyang adalah cabaran utama kepada kelangsungan hidup dan masa depan penduduk seluruh Korea.
"Saya menggesa mereka meninggalkan usaha nuklear itu tanpa sebarang alasan dan membuka lembaran baru bagi mencapai perdamaian serta membangunkan Korea secara bersama," katanya.
Sebelum ini, Geun-hye melancarkan kempen yang menjanjikan hubungan kesepakatan dengan Pyongyang.
Sementara itu, kumpulan pemerhati berkata, usaha damai Geun-hye ditentang oleh pihak antarabangsa yang enggan bersetuju dengan tindakan ujian nuklear Pyongyang.
"Korea Selatan merupakan negara Asia yang sukar bekerjasama tetapi Geun-hye mampu mengubahnya jika beliau membuka semula saluran dialog secara terus dengan Korea Utara sekali gus mencapai kesepakatan," katanya. - Al-Jazeera
Kuarters polis musnah, 54 maut di Aleppo
BEIRUT - Kuarters Akademi Polis di bandar Khan Al-Asal, wilayah Aleppo menjadi sasaran terbaru konflik di Syria.
Kumpulan Pembebasan Syria (FSA) melancarkan serangan udara awal pagi kelmarin, menyebabkan 54 terkorban dan ratusan cedera.
Media tempatan melaporkan, kejadian bertambah buruk apabila tentera rejim Presiden Bashar Al Assad melakukan serang balas.
“Kini, angka korban mencecah 700,000 sejak 23 bulan lalu,” katanya.
Sementara itu, seorang pemimpin kanan pembangkang berkata, beberapa pemimpin kerajaan didakwa menarik diri menyertai mesyuarat Gabungan Kebangsaan Syria kerana didakwa ahli gabungan itu yang terdiri daripada wakil Barat dan sekutu Arab dilihat berat sebelah. - AFP
Kumpulan Pembebasan Syria (FSA) melancarkan serangan udara awal pagi kelmarin, menyebabkan 54 terkorban dan ratusan cedera.
Media tempatan melaporkan, kejadian bertambah buruk apabila tentera rejim Presiden Bashar Al Assad melakukan serang balas.
“Kini, angka korban mencecah 700,000 sejak 23 bulan lalu,” katanya.
Sementara itu, seorang pemimpin kanan pembangkang berkata, beberapa pemimpin kerajaan didakwa menarik diri menyertai mesyuarat Gabungan Kebangsaan Syria kerana didakwa ahli gabungan itu yang terdiri daripada wakil Barat dan sekutu Arab dilihat berat sebelah. - AFP
Rakyat Palestin lancar protes
TEL AVIV - Kira-kira 3,000 tahanan Palestin di penjara Israel melancarkan mogok lapar sehari, sebagai protes terhadap kematian seorang tahanan Palestin, kelmarin.
"Tahanan mengumumkan mereka enggan makan hidangan disediakan," kata jurucakap pegawai perkhidmatan Penjara Israel.
Kelmarin, seorang tahanan Palestin, Arafat Jaradat, 30, dilaporkan mati mengejut kerana serangan jantung di pusat tahanan Megiddo, utara Israel.
Insiden itu mencetuskan kemarahan keluarganya dan penduduk di Palestin yang mendakwa Jaradat dianiaya oleh pasukan perisikan Israel, Shin Bet.
"Jaradat dalam keadaan sihat sewaktu ditahan polis pada minggu lalu," kata wakil pemerhati hak asasi kemanusiaan.
Sementara itu di Semenanjung Gaza, ratusan penduduk Palestin termasuk penyokong Hamas berhimpun mengadakan protes terhadap kematian Jaradad.
Jurucakap Hamas, Fawzi Barhoum berkata, pihaknya yakin kematian Jaradad berkaitan dengan kekerasan dilakukan oleh pihak Yahudi dan kerajaan Israel wajib bertanggungjawab. - AFP
"Tahanan mengumumkan mereka enggan makan hidangan disediakan," kata jurucakap pegawai perkhidmatan Penjara Israel.
Kelmarin, seorang tahanan Palestin, Arafat Jaradat, 30, dilaporkan mati mengejut kerana serangan jantung di pusat tahanan Megiddo, utara Israel.
Insiden itu mencetuskan kemarahan keluarganya dan penduduk di Palestin yang mendakwa Jaradat dianiaya oleh pasukan perisikan Israel, Shin Bet.
"Jaradat dalam keadaan sihat sewaktu ditahan polis pada minggu lalu," kata wakil pemerhati hak asasi kemanusiaan.
Sementara itu di Semenanjung Gaza, ratusan penduduk Palestin termasuk penyokong Hamas berhimpun mengadakan protes terhadap kematian Jaradad.
Jurucakap Hamas, Fawzi Barhoum berkata, pihaknya yakin kematian Jaradad berkaitan dengan kekerasan dilakukan oleh pihak Yahudi dan kerajaan Israel wajib bertanggungjawab. - AFP
‘Saya tak terbabit dalam pemberian kontrak Petronas’
Kuala Lumpur: Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan beliau sama sekali tidak terbabit dalam membuat keputusan berhubung dakwaan pemberian kontrak Petronas kepada anaknya.
Malah, bekas Perdana Menteri itu berkata beliau cuma diberitahu oleh Presiden Petronas selepas kontrak itu diberikan dan beliau sanggup bersumpah di dalam masjid dengan menjunjung al-Quran berhubung perkara itu. “(Ketua Pembangkang Datuk Seri) Anwar Ibrahim menuduh saya, sebagai penasihat Petronas terlibat dalam pemberian kontrak Petronas kepada anak saya. “Bagi Anwar, inilah yang biasa dilakukan olehnya jika ia berkuasa. Ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan memang banyak kontrak diberi olehnya kepada penyokong politiknya dan keluarganya. “Kementerian sudah mempamerkan ketika mesyuarat Agung UMNO senarai orang yang mendapat kontrak semasa ia berkuasa. Terdapat dalam senarai nama penyokongnya dan keluarganya. Tidak ada satu pun dari anak saya yang tersenarai,” katanya dalam entri terbaharu blognya, www.chedet.cc. Dr Mahathir berkata, walaupun digelar sebagai penasihat Petronas, beliau tidak memberi apa-apa nasihat kepada syarikat itu. “Petronas diletak di bawah Perdana Menteri dan Perdana Menterilah yang memberi arahan kepada Petronas. Semasa saya jadi Perdana Menteri pun saya tidak memberi apa-apa bantuan kepada anak saya,” katanya.
Katanya, tiada seorang pun anaknya mendapat tempat dalam kerajaan atau dalam parti ketika beliau sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. -BERNAMA
Pelajar paling ramai manfaat Baby Hatch
Kuala Lumpur: Golongan pelajar dikenal pasti paling ramai memanfaatkan Pusat Perlindungan Bayi Tidak Diingini (Baby Hatch) oleh Pertubuhan Kebajikan dan Pengurusan Anak Yatim (Orphan Care) apabila seramai 31 bayi tidak diingini golongan itu dihantar ke pusat berkenaan.
Setiausaha Kerjanya Azra Banu berkata, pelajar terbabit terdiri daripada warga tempatan dan warga asing manakala seramai 30 bekerja dan enam masih menganggur turut menyerahkan bayi mereka ke pusat itu.
“Sejak ditubuhkan pada 29 Mei 2010 sehingga kini, 71 bayi tidak diingini di seluruh negara diserahkan kepada Baby Hatch. Daripada jumlah itu empat daripadanya diserahkan tanpa pengenalan atau dokumen serta tidak diketahui ibu atau keluarganya.
“Selain warga tempatan, 14 warga asing turut menghantar bayi mereka ke pusat itu terdiri daripada pelajar dan pekerja dari beberapa negara termasuk Filipina, Indonesia, Timur Tengah dan Afrika.
“Ibu bayi dihantar di sini kebanyakannya berumur antara 18 hingga 30 tahun,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Azra berkata, Baby Hatch juga kini diwujudkan di Johor Bahru, Johor manakala di Kota Bharu, Kelantan dijangka dilancarkan selewat-lewatnya bulan depan.
“Kita juga berjaya memujuk 28 ibu agar tidak menyerahkan bayi mereka di Baby Hatch sebaliknya menjaga sendiri anak mereka dengan bantuan keluarga masing-masing selepas melalui sesi kaunseling.
“Bagaimanapun, kami tetap berharap kes pembuangan bayi berkurangan sekali gus tidak memerlukan lebih banyak Baby Hatch pada masa akan datang,” katanya.
Menurut Azra, sehingga kini ramai pasangan sudah lama berkahwin dan tidak memiliki anak datang untuk menghantar permohonan bagi urusan anak angkat.
“Sehingga Januari lalu, 2,566 pasangan menghantar permohonan manakala hampir 490 pasangan pula menunggu giliran,” katanya.
Mangsa kekejaman Marcos dapat pampasan
Manila: Presiden Filipina Benigno Aquino semalam menandatangani undang-undang yang akan memberi pampasan kepada mangsa penindasan bekas diktator negara itu, Ferdinand Marcos, 27 tahun selepas revolusi ‘kuasa rakyat’ menamatkan pemerintahannya.
Sebanyak 10 bilion peso (RM756 juta) akan diagihkan kepada beribu-ribu rakyat yang diseksa, perkosa atau ditahan tentera Marcos, selain saudara-mara mereka yang terbunuh ketika pemerintahannya. Bercakap dalam satu majlis di Manila bagi memperingati ulang tahun revolusi yang dipimpin ibunya, Benigno berkata, undang-undang itu adalah sebahagian usaha kerajaannya untuk ‘memperbaiki kesilapan lampau’. - Agensi
4 maut terkena bom buatan sendiri
Bangkok: Empat orang terbunuh dan lebih 20 lagi cedera apabila bom buatan sendiri meletup ketika pergaduhan di festival agama Buddha di timur laut Thailand awal pagi semalam, kata polis.
Mereka yang terkorban ialah dua anggota polis dan dua pengunjung konsert di kuil wilayah Maha Sarakham, kata ketua polis daerah, Kritchai Sreumsri. Menurutnya, kejadian berlaku apabila polis bertindak akibat daripada pergaduhan itu dengan mengejar seorang lelaki yang membawa bom buatan sendiri yang kemudiannya meletup.
Konsert berkenaan diadakan sempena Hari Makha Bhucha yang diraikan bagi i memperingati ajaran Buddha pada hari bulan penuh. - Agensi
Gesa kerah lebih ramai askar ke Papua
Jakarta: Timbalan Speaker Dewan Perwakilan Priyo Budi Santoso meminta kerajaan mengerah lebih ramai anggota keselamatan ke Papua.
Gesaan itu dibuat selepas kejadian serangan yang menyebabkan lapan anggota tentera terbunuh minggu lalu. “Kerajaan perlu menimbangkan penghantaran lebih ramai anggota keselamatan ke Papua di samping memastikan pendekatan tanpa keganasan bagi mengelak masalah itu menjadi lebih besar,” katanya yang bertanggungjawab mengenai hal politik, undang-undang dan hak asasi kemanusiaan, kepada wartawan semalam. Dewan dan kerajaan dijangka membincangkan isu itu dalam mesyuarat minggu depan.
“Kami mahu bertanya kepada kerajaan mengenai usaha untuk mewujudkan keamanan di Papua dan sama ada ia sudah hilang kawalan terhadap situasi itu,” kata ahli politik parti Golkar terbabit. - Agensi
Syria sedia berunding
Moscow: Menteri Pertahanan semalam berkata, Syria bersedia mengadakan rundingan dengan pejuang antikerajaan bersenjata tetapi kerajaan tetap meneruskan perjuangannya “menentang keganasan.”
Kata Walid al-Moualem, Damsyik bersedia berdialog dengan sesiapa saja yang mahukan proses itu dijalankan, termasuk pihak yang “memiliki senjata api di tangan mereka.” “Kami bersedia kerana kami percaya reformasi tidak boleh dicapai melalui pertumpahan darah, sebaliknya hanya melalui dialog,” katanya kepada agensi berita Itar-Tass.
Itar-Tass tidak melaporkan komen lanjutan daripada Walid dan tidak menyatakan jika dia ada menetapkan sebarang syarat bagi memulakan dialog. Kata Walid, apa yang berlaku di Syria adalah perang ke atas keganasan. “Kami sangat mematuhi jalan keamanan dan menentang keganasan,” katanya. Kenyataan Walid itu adalah isyarat paling jelas setakat ini ditunjukkan Damsyik setakat ini untuk berunding dengan pejuang yang cuba menggulingkan Presiden Bashar al-Assad. Perang saudara di Syria sejak hampir dua tahun lalu kini mengorbankan kira-kira 70,000 orang. Sementara itu, ketua kumpulan pembangkang Gabungan Kebangsaan Syria, Moaz al-Khatib, berkata pihaknya belum dihubungi Damsyik mengenai sebarang cadangan rundingan.
Bagaimanapun, Moaz berkata, dia menunda lawatannya ke Russia dan AS sehingga mereka dapat “melihat perkembangan selanjutnya.” Beberapa minggu lalu, kerajaan Syria dan pembangkang membayangkan mereka bersedia untuk berhubung - langkah yang lebih lembut berbanding pendirian keras kedua-dua pihak sebelum ini.
Namun, pembangkang berkata, sebarang penyelesaian politik kepada krisis Syria mesti berasaskan kepada penyingkiran Bashar. Damsyik pula menolak sebarang prasyarat rundingan. - Reuters
Hamid arah AS tinggalkan Wardak
Kabul: Hamid Karzai mengarahkan pasukan khas AS meninggalkan sebuah wilayah strategik di Afghanistan, membayangkan keinginannya mengawal militia serta menguatkan lagi ketegangan di negara itu.
Menurut Presiden Afghanistan itu, dia memberi tempoh dua minggu kepada pasukan terbabit keluar dari Wardak yang menjadi pusat aktiviti Taliban.
Akhbar The New York Times melaporkan, arahan Hamid dikeluarkan sebagai langkah terakhir selepas mereka cuba dan gagal mendapatkan kerjasama tentera asing dalam siasatan kes pembunuhan serta penyeksaan penduduk negara itu.
“Keputusan diambil kerana individu bersenjata yang bekerja dengan tentera AS terbabit mengganggu, menyeksa, malah membunuh rakyat tidak berdosa,” katanya. Antara contoh diambil, kes seorang pelajar yang dilarikan dari rumahnya pada waktu malam dan ditemui mati dengan kesan penderaan serta dikelar di leher dua hari kemudian. Kabul tidak menamakan kumpulan yang terbabit tetapi difahamkan, AS melatih pelbagai kumpulan militia tempatan dan sesetengahnya beroperasi di luar kawalan kerajaan. Wardak adalah kawasan sangat bermasalah dan sebuah helikopter Chinook AS pernah ditembak jatuh oleh Taliban pada Ogos 2011.
Seramai lapan warga Afghanistan dan 30 warga AS terbunuh dalam insiden itu.
Sementara itu, tentera AS berkata, mereka akan membincangkan isu itu dengan pegawai Afghanistan dan memandang serius setiap dakwaan salah laku. - AFP
Pekerja berjam mahal dipecat
Beijing: China berkata, kakitangan kerajaan yang tidak berdisiplin, dipecat daripada Parti Komunis dan berdepan tuduhan rasuah, semalam.
Menurut kenyataan pegawai kerajaan Shaanxi, Ketua Biro Pemeriksaan Keselamatan Wilayah, Yang Dacai, didapati bersalah “melakukan kesalahan disiplin serius” ketika bertugas.
“Yang juga disyaki melakukan beberapa jenayah lain,” katanya.
Yang menjadi perhatian tahun lalu selepas gambarnya tersenyum lebar di lokasi kemalangan bas di lebuh raya mengorbankan 36 orang tersebar luas di Internet.
Gambar itu kemudian disusuli imejnya memakai pelbagai jenis jam tangan mahal.
Tindakan kerajaan Shaanxi itu membayangkan peranan Internet semakin meluas mendedahkan amalan rasuah kakitangan kerajaan di China. - AP
Sukan imbang badan di atas tali kain popular
BANDAR GUATEMALA, Guatemala - Sukan ekstrem mengimbangkan badan semasa berjalan di atas tali semakin popular di negara ini.
Beberapa pemuda buat kali pertamanya melakukan aksi berbahaya itu di sebatang jalan raya di sini kelmarin.
Mereka berjalan di atas tali yang diregangkan di tepi sebuah jejambat.
Seorang pemuda, Luis Amezquita turut membuat aksi mengimbangkan badan mereka dalam keadaan terbalik.
Kedua-dua kaki Amezquita 'disangkut' pada tali menyebabkan dia kelihatan seperti bergayut.
Bagaimanapun, mereka menggunakan abah-abah keselamatan semasa melakukan aksi tersebut. - Agensi
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0226&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz2Lxbfz7PP
Hakcipta terpelihara
Subscribe to:
Posts (Atom)