Thursday, December 17, 2015

NFCorp: Mohamad Salleh patuhi syarat keluar RM81 juta


Mohamad Salleh Ismail

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini, pengeluaran wang berjumlah RM81 juta daripada akaun khas National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) adalah mengikut terma dan syarat.
Pengerusi Eksekutif NFCorp itu berkata wang itu dipindahkan daripada NFCorp kepada akaun anak syarikatnya, National Meat & Livestock Sdn Bhd pada 2009.
Katanya pengeluaran wang itu mematuhi Notis Pengeluaran Pinjaman dan pihaknya turut mengemukakan segala dokumen berkaitan pengeluaran wang terbabit kepada Kementerian Kewangan.
Mohamad Salleh berkata demikian semasa pemeriksaan balas oleh peguam Razlan Hadri Zulkifli dalam perbicaraan kes samannya terhadap Naib Presiden dan Setiausaha Agung PKR Mohd Rafizi Ramli dan portal berita Malaysiakini berkaitan pembelian hartanah di KL Eco City, Bangsar.
Dalam saman difailkan pada 3 Jun, 2013, Mohamad Salleh, 67, dan NFCorp mendakwa pada 7 Mac, 2012, Mohd Rafizi, selaku pengarah strategi PKR ketika itu, membuat kenyataan berbaur fitnah pada sidang media di pejabat PKR mengenai pembelian hartanah itu dan disiarkan oleh Malaysiakini pada hari yang sama.
Beliau berkata saman difailkan kerana kerugian yang dialami akibat pembohongan, maklumat yang mengelirukan, pendedahan maklumat perbankan yang sulit dan kenyataan fitnah yang dibuat oleh defendan.
Mohamad Salleh memohon ganti rugi am, ganti rugi teladan dan ganti rugi teruk serta faedah, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.
Beliau juga memohon injunksi untuk menghalang defendan daripada terus mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan dan memperdayakan orang ramai mengenai isu itu.
Ketika ditanya Razlan Hadri berhubung pembelian hartanah di Bangsar, Mohamad Salleh menafikan menggunakan wang pinjaman itu untuk membeli hartanah bagi kegunaan peribadi dan keluarganya.
"Itu semua adalah tuduhan yang dibuat oleh pihak pembangkang semata-mata," katanya.
Beliau turut menafikan cadangan Razlan Hadri bahawa berdasarkan Laporan Audit yang dikeluarkan pada 2010, NFCorp tidak dapat mencapai sasaran untuk mengeluarkan 8,000 lembu sembelihan di Pusat Fidlot Nasional Gemas, Negeri Sembilan.
Mohamad Salleh berkata Laporan Audit itu diputar-belit oleh pembangkang kerana syarikat itu gagal mencapai sasaran berikutan kerja selenggaraan yang bukan di bawah tanggungjawabnya, gagal disempurnakan.
Perbicaraan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Azizul Azmi Adnan bersambung eso
k

Kini ada cara 'cool' elak bagasi dicuri, tersalah ambil


Foto yang viral di laman Imgur

SEORANG
 pengguna perkhidmatan penerbangan mungkin sudah menemui cara paling bijak untuk mengelak bagasi dari dicuri atau tersalah ambil.
Seorang pelayar laman Imgur 'jew3lr0se' telah memuatnaik sekeping foto kelmarin yang menunjukkan lelaki tersebut yang tidak dikenali bersama sebuah bagasi yang mempunyai gambar mukanya.
"Lelaki tersebut telah merungkai teka-teki kehidpan seharian," kata Elizabeth yang merujuk kepada idea kreatif lelaki tersebut menampal imej muka pada bagasi.
"Begnya (bagasi) tidak mungkin akan dicuri atau tersalah ambil apabila tiba di lapangan terbang!" ujar Meyers.
Sesetengah pelayar laman Imgur juga pantas mengenalpasti masalah yang berkemungkinan timbul walaupun idea menampal imej muka pada bagasi dipakai.
"Kalau ada pencuri yang memiliki muka serupa, bagasi kita tetap akan hilang!" balas Wanton, seorang warga Australia
.