Tuesday, October 25, 2011

Penganggur cuba bakar diri depan parlimen


25/10/2011 3:04am

ISLAMABAD 25 Okt. - Seorang rakyat Pakistan yang menganggur membakar dirinya sendiri sebagai cubaan membunuh diri di luar parlimen semalam lalu dimasukkan ke hospital dan kini berada dalam keadaan kritikal, kata pegawai.

Menurut jurucakap polis, Naeem Iqbal, Raja Khan, bapa kepada dua orang anak yang berasal dari wilayah selatan Sindh, Naushero Feroz menuang minyak ke badannya sebelum bertindak membakar dirinya.

Pegawai polis yang bertugas terus menyelamatkan nyawa lelaki itu dan membawanya ke hospital.

Khan meninggalkan surat berdekatan dengan barang-barangnya iaitu beg baju yang menyatakan dia penat kerana terus berada dalam keadaan miskin. - AFP

Utusan Malaysia Online - Terkini:

'via Blog this'

SPR pamer 42,051 nama pemilih dengan rekod meragukan


25/10/2011 2:25pm

KUALA LUMPUR 25 Okt. — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mempamerkan senarai 42,051 nama pemilih yang rekodnya tidak dapat disahkan kesahihan maklumatnya selama seminggu bermula Khamis ini.

Menurut kenyataan SPR hari ini, nama pemilih berkenaan akan dipamerkan bersama daftar pemilih tambahan suku ketiga tahun ini di 987 tempat pameran seluruh negara.

"Senarai nama pemilih yang rekodnya meragukan bukan untuk tujuan tuntutan atau bantahan sebaliknya untuk pengesahan daripada pemilih berkenaan atau waris kepada nama-nama yang dipamerkan.

"Jika nama pemilih itu ada dalam senarai berkenaan, maka beliau perlu hadir ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk mengenal pasti masalah berhubung rekod nombor kad pengenalannya sebelum merujuk kepada SPR untuk urusan berkaitan pendaftaran pemilihnya,” menurut kenyataan itu.

Dalam tempoh yang sama, SPR akan turut mempamerkan senarai 264,404 permohonan pendaftaran sebagai pemilih baru dan 52,215 permohonan untuk pertukaran alamat pusat mengundi daripada pemilih yang sedia berdaftar dengan SPR dalam tempoh urusan pendaftaran pemilih Suku Tahun Ketiga 2011 bermula Julai hingga September lepas. — Bernama

Utusan Malaysia Online - Terkini:

'via Blog this'

KDN selar dakwaan polis terlibat politik


KUALA LUMPUR 24 Okt. - Kementerian Dalam Negeri (KDN) menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Dr. Mujahid Yusof Rawa (Pas-Parit Buntar) yangmengatakan polis terlibat dalam politik.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, anggota polis berhak berasa marah jika ada pihak mempertikai dan memperlekeh sumbangan mereka terutama dalam isu Bukit Kepong yang dicetuskan oleh Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.

''Dalam kes Mohamad Sabu, ia lebih berat kerana dia melabelkan anggota polis yang terkorban dalam pertempuran dengan komunis sebagai pegawai penjajah dan menafikan peranan mereka dalam kemerdekaan negara," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung Rang Undang-Undang Perbekalan 2011 bagi kementeriannya pada sidang Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Sementara itu, Hishammuddin turut menjawab isu pelajar warga Afrika di negara ini yang didakwa menyalahgunakan pas pelajar dan terlibat dalam sindiket penipuan antarabangsa.

Kata beliau, Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pelajaran Malaysia telah membuat pemeriksaan secara berkala di institusi pengajian tinggi awam dan swasta bagi memantau aktiviti pelajar-pelajar warga Afrika yang berjumlah 19,000 orang sepanjang tempoh Januari hingga September 2011.

''Kedua-dua kementerian itu serta kementerian lain yang berkaitan sedang meneliti semula pengeluaran pas pelajar. Keputusan penelitian ini akan dimaklumkan kemudian," katanya.

Utusan Malaysia Online - Parlimen:

'via Blog this'

138 kes kelemahan pengurusan perbelanjaan babit RM361 juta


KUALA LUMPUR 24 Okt. - Analisis oleh Jabatan Audit Negara terhadap perbelanjaan mengurus Kerajaan Persekutuan pada 2010 mendapati terdapat 138 kes kelemahan pengurusan perbelanjaan berjumlah RM361 juta melibatkan beberapa kementerian dan jabatan.

Jabatan itu menerusi Laporan Ketua Audit Negara 2010 melaporkan, daripada 138 kes tersebut, sebanyak 75 kes perbelanjaan melebihi peruntukan melibatkan 14 kementerian dengan jumlah lebihan sebanyak RM306 juta.

Kementerian Kesihatan mencatatkan lebihan perbelanjaan paling besar iaitu RM173 juta membabitkan 25 kes diikuti Kementerian Dalam Negeri sebanyak RM56.8 juta (lima kes) dan Kementerian Luar berjumlah RM52.7 juta (21 kes).

Kementerian lain adalah Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah (RM14.1 juta); Kementerian Pertahanan (RM6.5 juta) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (RM1.1 juta).

''Perbelanjaan melebihi peruntukan iaitu sebanyak RM306 juta di 14 kementerian dan jabatan itu disebabkan bayaran perkhidmatan dan bekalan, aset serta pemberian dan kenaan bayaran tetap," jelas laporan itu.

Menurut jabatan itu lagi, sebanyak lapan kementerian tidak membelanjakan langsung peruntukan yang diluluskan iaitu berjumlah RM9.88 membabitkan 17 kes.

Sebanyak 21 kementerian dan jabatan pula memohon peruntukan tambahan, pendahuluan daripada Kumpulan Wang Luar Jangka serta membuat viremen berjumlah RM45.07 juta.

"Bagaimanapun tambahan peruntukan dan viremen yang diluluskan itu tidak dibelanjakan malah peruntukan asal masih mempunyai baki berjumlah RM24.95 juta.

"Keadaan ini boleh dielakkan sekiranya kementerian dan jabatan berkenaan memantau peruntukannya dengan teliti," jelas laporan itu.

Jabatan itu menjelaskan lagi, semakan juga mendapati secara keseluruhannya sembilan kementerian dan jabatan berbelanja sebanyak RM3.73 bilion melebihi peruntukan keseluruhan.

Utusan Malaysia Online - Laporan Khas:

'via Blog this'

Bayi 'kepala besar' perlu bantuan



Rathi mendukung Mohd. Fariz Shah Putra yang menghidap penyakit hydrocephalus atau 'kepala besar' di Pulau Pinang, semalam.


PULAU PINANG 24 Okt. - Seorang ibu merayu bantuan orang ramai untuk menampung kos perubatan bayinya berusia setahun yang kini bertarung nyawa di Hospital Pulau Pinang kerana menghidap penyakit hydrocephalus atau 'kepala besar'.

Rathi Fawatih, 25, berkata, bayinya, Mohd. Fariz Shah Putra dimasukkan ke wad sejak Jun lalu dan baru sahaja menjalani dua pembedahan bagi membuang tumor dan air di kepalanya yang semakin mengembang.

Katanya, pembedahan dilakukan pada Julai dan Ogos lalu dan kini bayinya menunggu rawatan susulan bagi menyelamatkan nyawanya.

"Jun lalu, saya dan suami mendapati kepala Mohd. Fariz semakin membesar lalu dia dibawa ke hospital bagi tujuan pemeriksaan dan doktor mengesahkan penyakit yang dialaminya.

"Jika sebelum ini dia aktif seperti bayi lain tetapi sekarang dia hanya mampu menggerakkan mata dan kaki jika terjaga dari tidur," katanya ketika ditemui di hospital itu hari ini.

Sebagai ibu kata Rathi, dia mahu melihat anaknya pulih dan membesar secara normal.

Katanya, dia dan suami terpaksa berganti-ganti menemani anaknya di hospital bagi memantau keadaannya.

Menurutnya, suaminya pula terpaksa berhenti kerja sebagai pemandu lori pada Mac lalu selepas terlantar di hospital kerana menghidap penyakit kencing manis dan jantung.

"Saya juga terpaksa berhenti kerja sebagai operator di sebuah kilang kerana sukar membahagikan masa menjaga anak di hospital," katanya.

Selain itu, mereka turut berdepan masalah membeli keperluan asas Mohd. Fariz seperti susu dan lampin pakai buang yang mencecah RM300 sebulan.

Bagi yang mahu menyalurkan sumbangan boleh menghubungi Rathi menerusi 016-4777776.

Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri:

'via Blog this'

Penggantungan Aziz Bari ditarik balik


KUALA LUMPUR 24 Okt. - Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) hari ini menarik balik penggantungan khidmat ke atas pensyarah undang-undang, Prof. Dr. Abdul Aziz Bari berkuatkuasa serta merta.

Peguam pensyarah berkenaan, Dr. Zulqarnain Lukman berkata, dengan keputusan itu Abdul Aziz perlu melapor diri ke universiti berkenaan esok.

''Bagaimanapun siasatan ke atas beliau (Abdul Aziz) berhubung kenyataannya terhadap titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah masih diteruskan," katanya ketika dihubungi di sini malam ini.

Beliau menambah, keputusan tersebut dimaklumkan menerusi sepucuk surat yang dihantar UIAM kepadanya kira-kira pukul 6.30 petang.

Khidmat Abdul Aziz digantung UIAM pada 19 Oktober lalu ekoran kenyataannya mempertikaikan titah Sultan Selangor berhubung pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya, baru-baru ini.

Dalam kenyataan yang disiarkan portal propembangkang Malaysiakini baru-baru ini, Abdul Aziz dipetik berkata, tindakan Sultan Selangor campur tangan berhubung isu pemeriksaan gereja tersebut bukan sesuatu tindakan yang lazim.

Selain itu, Abdul Aziz turut menyifatkan tindakan Sultan Selangor dilihat tidak konsisten.

Kenyataan beliau mendapat kecaman daripada beberapa Ahli Parlimen yang mendesak kerajaan mengenakan tindakan tegas terhadap Abdul Aziz ekoran keceluparannya itu.

Rektor UIAM, Prof. Datuk Dr. Zaleha Kamaruddin baru-baru ini berkata, dalam tempoh penggantungan itu, Abdul Aziz perlu memberi penjelasan berhubung isu tersebut iaitu sama ada beliau telah menjejaskan kepentingan universiti selaras dengan Peraturan 15, Peraturan Tatatertib Kakitangan atau tidak.

Sementara itu, Abdul Aziz ketika dihubungi enggan mengulas lanjut berhubung 'pembebasannya' oleh pihak UIAM.

Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri:

'via Blog this'

Laporan audit dedah LPKP ambil masa lebih 700 hari selesai kes, aduan


KUALA LUMPUR 24 Okt. – Laporan Ketua Audit Negara 2010 mendedahkan ada kes tangkapan dan aduan oleh Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) mengambil masa lebih 700 hari untuk diselesaikan.

Menurut laporan itu, tempoh tersebut bermula dari tarikh tangkapan sehingga tindakan amaran, pembayaran kompaun, penggantungan atau pembatalan lesen yang boleh diselesaikan dalam masa sehari.

Perkara tersebut dikesan menerusi semakan terhadap 486 kes tangkapan dari tahun 2008 hingga Mei 2010, menurut laporan itu yang dikeluarkan hari ini.

Selain itu, semakan juga mendapati LPKP mengambil masa antara 41 hingga 756 hari untuk menyelesaikan 123 daripada 257 aduan, yang mana bertentangan dengan piagam organisasi iaitu 30 hari bagi urusan pengendalian aduan.

Jabatan Audit Negara turut mendapati ada kelemahan lain dalam LPKP seperti tidak mengambil tindakan pendakwaan, prosedur kerja penguatkuasaan tidak dipatuhi dan pengurusan fail serta dokumen yang tidak teratur.

Sehubungan itu, jabatan tersebut mengesyorkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), yang ditubuhkan 31 Januari lepas bagi menggantikan LPKP di Semenanjung Malaysia, memperbaiki kelemahan LPKP tersebut bagi memastikan penguatkuasaan dan pengurusan yang cekap dan teratur. — BERNAMA

Utusan Malaysia Online - Berita Utama:

'via Blog this'

Dewi Persik dapat hadiah berlian

JAKARTA: Sebagai menghargai sambutan hebat daripada penonton, pelakon Pacar Hantu Perawan, Dewi Persik, dilaporkan menerima hadiah berlian bernilai hampir RM355,000.

Penerbit filem berkenaan, KK Dheeraj, mengesahkan berita itu.


Kata Dheeraj, berlian berkenaan sangat sesuai untuk dipakai wanita secantik Dewi.

“Tetapi, yang penting, berlian itu sekadar tanda kami mengucapkan terima kasih kepada Dewi,” katanya.


Dheeraj berkata, tiada sebarang isu timbul apabila dia memilih menghadiahkan Dewi dengan berlian mahal.


Katanya, walaupun Dewi berlakon dengan dua aktres filem lucah, Vicky Vette dan Misa Campo, filem Pacr Hantu Perawan jelas memuaskan penonton.

“Tidak sesuai jika saya memberi hadiah kepada pelakon lucah. Justeru, saya memilih untuk memberikan penghargaan kepada aktres tempatan,” katanya. - Inilah.com

myMetro | Dewi Persik dapat hadiah berlian:

'via Blog this'