Wednesday, August 21, 2013

Pancaroba

Pancaroba

bila orang buat perbandingn macam ni marah melompat2..
orang nk mansuhkan ditolak mntah2
time pangkah x nk pikir... hadap sangant dngn duit seratus dua tu
nah sekarang sapa yng kena ? hehehehehe
 

Pancaroba

Gunung Sakurajima meletus 500 kali

Gunung Sakurajima meletus 500 kali - Global - Sinar Harian:

  • Gunung SakurajimaFoto dikeluarkan Pusat Pemantau Meteorologi Kagoshima menunjukkan kepulan asap tebal dari Gunung Sakurajima memenuhi ruang udara Pulau Kyushu.

TOKYO - Gunung berapi paling aktif di Jepun, Gunung Sakurajima dilaporkan mengeluarkan asap tebal yang ke-500 kali pada tahun ini.

Menurut pakar gunung berapi, kepulan asap tebal direkodkan mencecah 5000 meter dan paling tinggi sejak letusan pada 1955 sekali gus menyebabkan keseluruhan bandar Kagoshima bergelap serta diselaputi debu.

Gunung Sakurajima yang berketinggian 1,117 meter, terletak di pulau Kyushu dan mula memuntahkan asap lewat malam Jumaat lalu.

Walaupun tiada laporan mengenai masalah kesihatan akibat debu Gunung Sakurajima, pihak jabatan kesihatan tetap mengeluarkan arahan supaya penduduk memakai penutup hidung dan mulut ketika berada di kawasan terbuka.

Sepasukan pakar dari institut pengurangan bencana di Universiti Kyoto, bertindak memantau setiap pergerakan gunung berapi tersebut bagi mengelak insiden letusan kuat 1914 yang mengorbankan 58 orang berulang.

Setakat ini, Gunung Sakurajima hanya meletus pada skala kecil beberapa ribu kali setahun dan tidak menjejaskan penduduk.  - MailOnline

Musharraf didakwa dalam kes bunuh Bhutto

Musharraf didakwa dalam kes bunuh Bhutto - Global - Sinar Harian:

  • Pervez MusharrafMusharraf diiringi askar ketika beliau tiba di mahkamah antikeganasan di Islamabad pada April lalu.
 1 / 1 
RAWALPINDI - PAKISTAN . Bekas Presiden Pakistan, Pervez Musharraf, semalam didakwa atas tiga pertuduhan berhubung kes pembunuhan pemimpin pembangkang Benazir Bhutto pada 2007.

Pendakwaraya Chaudhry Azhar berkata, beliau dituduh melakukan pembunuhan, terlibat dalam konspirasi dan memudahkan proses pembunuhan.

Bagaimanapun, Musharraf menafikan kesemua pertuduhan tersebut.

Difahamkan, kes ditangguhkan hingga Selasa depan.

Bekas ketua tentera itu kini diletakkan di bawah tahanan rumah di Islamabad sejak 19 April lalu selepas beliau kembali semula ke negara tersebut, menurut laporan AFP.

Isa sah tanding Naib Presiden

Isa sah tanding Naib Presiden:
Isa Samad
KUALA LUMPUR 20 Ogos - Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad mengesahkan akan bertanding merebut jawatan Naib Presiden pada pemilihan UMNO Oktober ini.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Jempol berkata, sebagai orang lama dalam parti banyak pengalaman yang boleh disumbangkan kepada UMNO dan berharap mendapat sokongan.
Menurutnya, jika terpilih sebagai salah seorang Naib Presiden, beliau yakin dengan pengalaman serta kemampuannya itu mampu membantu memperkukuh parti pada masa hadapan.
"Apa yang saya miliki terutamanya dari segi pengalaman dan kebolehan dapat membantu mengurus parti untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang," katanya.
Beliau berkata demikian selepas melancarkan krim mandian Purich keluaran Delima Oil Products Sdn. Bhd, iaitu anak syarikat Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FVGH) di sini hari ini.
Yang turut hadir Pengurus Besar Felda, Datuk Faizoull Ahmad; Presiden FVGH, Mohd. Emir Mavani Abdullah dan Ketua Pengawai Eksekutif (CEO) Delima Oil, Zakaria Arshad.
Pada pemilihan 2004, Mohd. Isa meraih undi tertinggi untuk jawatan Naib Presiden tetapi beliau kemudiannya digantung keahlian kerana melanggar etika pemilihan parti.
Selepas tiga tahun digantung, pada 23 Jun 2008 keahlian beliau dikembalikan dan seterusnya berjaya memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang.
Mengenai persaingan sengit yang bakal dihadapinya, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu berkata, beliau tidak gentar kerana masing-masing ada kelebihan tersendiri.
"Ia bukan satu masalah besar. Saya mempunyai pengalaman secukupnya (untuk bertanding) malah penuh warna-warni. Ada turun dan naik. Politik saya masih hidup," ujarnya.
Ditanya mengapa masih mahu bertanding dan bukan beri laluan kepada calon muda, Mohd. Isa berkata, pemimpin berpengalaman masih diperlukan untuk memantapkan parti.
Jelasnya, sebagai sebuah parti yang besar, UMNO memerlukan gabungan dan kerjasama mantap antara pemimpin berpengalaman dan golongan muda sebagai pelapis.
Sementara itu, Mohd. Isa menjelaskan beliau tidak meletak sasaran untuk memenangi jawatan Naib Presiden sebaliknya menyerahkan kepada 150,000 perwakilan membuat keputusan.
"Saya serah kepada perwakilan untuk buat pertimbangan. Kalau difikirkan saya sesuai, mereka pilih saya. Kalau tak sesuai, saya tiada masalah dengan itu," katanya


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130821/po_01/Isa-sah-tanding-Naib-Presiden#ixzz2caAYtJF5
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Kerakusan musnahkan Bumi

Kerakusan musnahkan Bumi:

Pembalakan tidak terkawal merupakan satu daripada aktiviti yang memusnahkan ekologi Bumi. - AGENSI
LONDON 20 Ogos - Manusia menggunakan sumber asli yang disediakan oleh Bumi bagi tempoh setahun hanya dalam tempoh sembilan bulan dan 'berlebih-lebihan dalam penggunaannya'.
Kumpulan pemikir bebas yang berkempen untuk alam sekitar, Global Footprint Network berkata, dunia telah 'melebihi batasnya', merujuk kepada manusia telah kehabisan bekalan seperti tanah, pokok dan ikan serta mengatasi kapasiti tahunan Bumi untuk menyerap bahan buangan termasuk karbon dioksida dalam setahun.
Kata kumpulan itu, untuk baki sepanjang tahun ini, dunia mengalami 'hutang' ekologi dengan simpanan ikan dan hutan semakin pupus, tanah semakin berkurangan dan karbon dioksida semakin berkumpul di atmosfera.
'Hari penggunaan sumber secara berlebihan' dikira dengan membandingkan permintaan manusia ke atas sumber global dengan kemampuan Bumi menambah sumber serta menyerap sisa buangan.
Dalam tempoh kurang sembilan bulan tahun ini, manusia telah menggunakan lebih banyak sumber Bumi yang boleh diperbaharui dalam setahun.
Menurut Global Footprint Network, pada 1961, manusia hanya menggunakan kira-kira dua pertiga daripada sumber Bumi dan peningkatan pelepasan karbon dioksida mengakibatkan penggunaan mengatasi apa yang boleh disediakan oleh planet ini.
Manusia kini memerlukan bersamaan 1.5 planet untuk terus kekal dan menjelang pertengahan abad ini, keperluan itu akan meningkat kepada dua planet.
China mempunyai jejak ekologi terbesar berikutan penduduknya yang ramai, namun beberapa negara lain memerlukan permintaan yang tinggi terhadap sumber asli bagi setiap orang.
Sekiranya setiap orang mahu hidup seperti penduduk Amerika Syarika, manusia memerlukan empat planet untuk membekalkan permintaan, kata laporan itu.
Empat perlima daripada jumlah penduduk dunia tinggal di negara yang menggunakan lebih banyak sumber berbanding kemampuan mereka. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130821/lu_09/Kerakusan-musnahkan-Bumi#ixzz2ca77nb00
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Mari kita baca BERITA HAIRAN. Senyummmm

DI MESIR HASBUNALLAH WA NI'MAL WAKEEL

Mesir

Mesir, tanah subur lagi menenangkan,
Bumi anbiyak ramai para cendekiawan,
Sejarahmu panjang bagaikan rantaian,
Lahirnya Musa membawa peringatan.

Jika Baginda pembawa kebenaran,
Maka Firaun pula dengan kebatilan,
Zaman berzaman Islam ditawan,
Akhirnya tongkat pembelah lautan.

Kini sejarah itu datang ke Medan,
Bersama Firaun Qarun & Haman,
Menentang Nabi Musa & Harun,
Janji Allah S.W.T pasti bertepatan.

Penjahat rakus zalim bak Setan,
Bunuh & bakar rakyat marhain,
Siapa lagi bangsat dimaksudkan,
Jika bukan Al-Sisi & seangkatan.

Allah S.W.T melihat akan kezaliman,
Tidak sekali-kali tidur atau pengsan,
Tatkala tibanya makan wal zaman,
Hancur berkecailah tentera Syaitan.

Presiden Mursi pembawa Iman,
Buat rakyat Mesir yang kehausan,
Ayuh kita berdoa dengan Ihsan,
Moga nusrohNYA buat Mujahidin.

via : Mohd Fahimi Al-Muhandis

Jenazah anak lelaki kepada Mursyidul 'Am Ikhwan Muslimin, Dr.Mohammed Bad'ie disempurnakan hari ini

Jenazah anak lelaki kepada Mursyidul 'Am Ikhwan Muslimin, Dr.Mohammed Bad'ie disempurnakan hari ini selepas disembahyangkan di Masjid Al-Hamd, Tajammuk Khomis.

As-Syahid Ammar Bad'ie berusia 38 tahun terkorban selepas dibunuh oleh militia samseng upahan dalam himpunan aman di Ramsis kelmarin.

Semoga Allah merahmati rohnya dan darahnya menjadi laknat kepada mereka yang membunuh.

Sumber: Akhukum Abdul Malik

Kroni Regim Saudi, Walid bin Thalal (gambar kanan) telah memberhentikan Tareq Suwaidan dari TV Ar-Risalah.

17.08.2013 | Kroni Regim Saudi, Walid bin Thalal (gambar kanan) 
telah memberhentikan Tareq Suwaidan dari TV Ar-Risalah.

Katanya "Tidak ada tempat bagi seorang Ikhwan di dalam group kami."

Tareq Suwaidan membalas:
“Hanya orang lemah sahaja yang akan takutkan rezekinya.
Hanya orang yang matlamatnya dunia semata-mata yang mahu mengorbankan prinsip-prinsipnya."

Sumber: Dakwatuna.

.........................................................................................

Tareq Suwaidan ni adalah ulama progressif dari Kuwait dan mempunyai degree, master, PhD, semua dalam bidang engineering.

Benarlah! orang beriman tidak akan menjual dirinya demi kesenangan dunia semata-mata.

DAJJAL SUDAH KELUAR - MUBARAK BAKAL DIBEBASKAN MINGGU INI



Mahkamah Jenayah Kaherah dijangka bakal mebebaskan bekas Presiden yang digulingkan, Mohammad Hosni Mubarak minggu ini daripada pertuduhan melibatkan dua orang anaknya Alaa' dan Jamal Mubarak. Memetik kenyataan peguam beliau.

Sumber : Rassd.com

‪#‎prihatinmesir‬

Admin : Admin telah lama menjangka perkara ini bahawa Husni Mubarak akan terlepas daripada pertuduhan ini. Sebab itu ketika Dr. Muhammad Mursi menjadi Presiden, antara perkara yang beliau cuba ubah ialah merombak sistem kehakiman dan hakim-hakim mahkamah itu sendiri.

Namun, mendapat tentangan hebat daripada pelbagai pihak dan dilihat sebagai diktator dan cuba mencampuri urusan kehakiman negara sehingga akhirnya membawa kepada rampasan kuasa oleh tentera.

Tragedi Kudeta.

Situasi Mesir
Isnin - 19/Ogos/2013:12/Syawal/1434
PASCA JUMAAT KEMARAHAN KE-2
Tragedi Kudeta.

Berdasarkan twitter Parti FJP, gambar yang dimuatnaik ini merupakan 3 mangsa tahanan politik ketika dalam perjalanan menuju ke penjara Abu Za'bal. Mereka dibunuh (sesak nafas akibat gas & tembakan peluru hidup) kemudian dibakar.

Menurut Osama Elmahdy, bilangan kesemua kejadian Abu Za'bal seramai 37 mangsa. 32 jenazah telah diserahkan kepada ahli keluarga mereka, manakala 5 lagi jenazah enggan diterima oleh ahli keluarga.

Kaitan kejadian:
[https://www.facebook.com/photo.php?fbid=553214211380820&set=a.212067928828785.45750.203794872989424&type=1&relevant_count=1]

via : Mini-Pavilion 'From Palestine With Love'(MAP)

Kita di Fasa ke-4

Kita di Fasa ke-4

Saudara-saudara kita, singa-singa Chechen

Sebuah “Kesaksian”

Waktu terjadi banjir di Madinah, kubur 70 orang keluarga Perang Uhud itu dilanda banjir, mayat para sahabat timbul keluar, masih utuh kerana mereka dikuburkan di kawasan padang pasir. Selepas banjir surut, darahnya masih mengalir harum dan dikuburkan semula tetapi sudah tidak ditandai nama nama mayat tersebut dan yang ditandakan kerana dikenali cuma 2, iaitu Saidina Hamzah RA kerana diketahui dengan luka didadanya, badannya tinggi besar. Jasadnya masih berdarah dan harum, bahkan tangannya masih menutup lukanya terkena tombak, yang masih keluar darah, walaupun sudah beberapa ribu tahun. Dan yang satu lagi adalah Abdullah bin Jaz RA kerana diketahui telinga dan hidungnya terpotong akibat diikat benang. Kedua orang inilah yang sekarang nisannya ada di Uhud. Jadi kalau sekarang kita berziarah ke Gunung Uhud, hanya ada 2 nisan saja. 

Sebuah “Kesaksian”

Dr Thariq As-Suwaidan dalam kasetnya yang berharga, “Qisshatun Nihayah”, yang dinukil secara langsung dari Syaikh Mahmud Ash-Shawaf menyebutkan peristiwa besar yang dialami oleh sebahagian ulama dalam penguburan semula sebahagian sahabat yang gugur syahid di perang Uhud.

Bagaimana mereka menyaksikan para sahabat setelah 1400 tahun berlalu, bagaimana jasad mereka seperti sedia kala tanpa perubahan, tanpa pembusukan. Sebagai bukti nyata atas kebenaran berita gembira dari Nabi Muhammad SAW kepada para syuhada, bahawa bumi tidak memakan jasad mereka.

Berikut adalah sebahagian dari kaset pembicaraan Dr Thariq As-Suwaidan tentang peristiwa tersebut.

“Syaikh Mahmud Ash-Shawaf telah menyampaikan kepada kami bahwa dia adalah salah seorang yang diundang daripada kalangan ulama besar untuk pemakaman semula para sahabat yang gugur syahid di perang Uhud di kompleks kuburan syuhada Uhud, perkuburan yang terkenal. Kerana dilanda banjir, maka sebahagian jasadnya timbul ke permukaan. Para ulama diundang untuk menguburkan semula para sahabat tersebut.

Beliau berkata

”Di antara orang yang aku kuburkan adalah Hamzah RA, badannya besar, kedua telinga dan hidungnya terpotong, perutnya terbelah, dia meletakkan tangannya di atas perutnya. Ketika kami menggerakkannya dan mengangkat tangannya, darahnya mengalir. Aku menguburkannya bersama sahabat-sahabat lainnya yang gugur syahid di Uhud.”

Dr Thariq As-suwaidan berkata,

”Ini adalah perkara yang terbukti secara mutawatir dan dengan mata kepala. Semoga Allah SWT menyampaikan kita semua ke darjat para syuhada. Syaikh Mahmud telah menyampaikan kepada kami tentang aroma harum misk yang berasal darinya ketika darah mengalir dari jasad Hamzah RA.”

SubhanAllah, setelah 1400 tahun lebih, betapa agungnya Engkau ya Allah. Alangkah besarnya kekuasaan-Mu, Maha suci Engkau. Betapa utamanya, betapa mulianya, Allah memberikannya kepada para syuhada. Jika seperti itu kemuliaan jasadnya yang terpendam di perut bumi yang tak seorangpun melihatnya, lalu bagaimanakah dengan kemuliannya di surga yang luasnya seluas langit dan bumi.

Selamat bagi yang telah melihat sahabat mulia ini, Hamzah bin Abdul Mutthalib RA pakcik Rasulullah SAW

Jasad Syuhada Yang Tidak Mengalami Pembusukkan

Jabir bin Abdillah bercerita,

”Menjelang perang Uhud, ayahku memanggilku pada malam hari. Ia berkata: ’Aku merasa akan menjadi orang yang paling pertama gugur di antara para sahabat Nabi SAW. Sungguh aku tidak meninggalkan sesuatupun yang lebih kusayangi selain engkau, disamping Nabi Muhammad SAW. Sesungguhnya aku memiliki hutang, maka lunasilah. Dan bersikap baiklah kepada saudara-saudara perempuanmu.’ Keesokan harinya, ia pun menjadi orang yang pertama gugur. Ia dimakamkan bersama orang yang lain dalam satu lubang kubur. Tetapi hatiku merasa kurang selesa membiarkan ayahku berkongsi lubang kubur bersama orang lain. Enam bulan kemudian, aku membongkar makamnya dan mengeluarkannya. Ajaib, jasadnya masih tetap utuh sama seperti pertama kali aku menguburkannya.”

(Hadis Riwayat Bukhari, Fathul Bari, 3/214 )

Petikan hadis di atas membuktikan di mana ayah Jabir RA terbunuh dalam perang Uhud dan ketika enam bulan kemudian makamnya dibongkar, maka jasadnya tetap utuh. Enam bulan adalah waktu yang lama di mana tubuh mayat seharusnya sudah hancur. Penelitian membuktikan bahwa 24-36 jam pertama mayat dikuburkan, maka bola mata mulai menonjol dan kornea menghitam. Cabang-cabang urat nadi mulai terlihat di perut dan dada. 2-5 hari berikutnya, wajah dan seluruh tubuh menggelembung, dari tubuh mayat keluar bau busuk. Setelah melewati 5-10 hari, kulit mulai rapuh dan tubuh dilitupi larva. Organ-organ tubuh meleleh ke tanah dan mulai menyisakan tulang saja. (dinukil dari buku Ushuluth Thibbisy Syar’i, Dr. Muhammad Ahmad Sulaiman)

CATATAN - Dalam buku sejarah bencana banjir pertama kali terjadi pada tahun 46 Hijrah atau 667 Masehi atau 43 tahun setelah Perang Uhud yang ceritanya mirip, iaitu jasad jasad mereka mengapung.