Showing posts with label tukar. Show all posts
Showing posts with label tukar. Show all posts

Monday, July 30, 2012

.Ini fakta bkn auta..

 Jom Kongsi...Cukai Kereta diTurunkan hanya melibatkan sekitar RM8bil shj Ptptn 5bil,tol 10bil,minyak kna tgk harga pasaran dulu sama ada trun byk ker trun ckit tujer...Insyaallah smua blh dilaksanakn...Ini fakta bkn auta...Sdgkan ketirisan dan penyelewengan dlm Perbelanjaan dan Pembangunan Projek yg diuruskan oleh Kerajaan BN adalah RM28Billion setahun . Secara logiknya tidak akan berlaku bangkrup sepertimana dakwaan BN...Ini lah sebab njib smpai skung xbarani nk debat...Kihkihkih....

Saturday, October 29, 2011

Terpaksa tukar nama bapa



KAMPUNG KUNDANG - Saudara baru Orang Asli, di sini, kecewa kerana terpaksa menukar nama bapa mereka kepada Abdullah sekiranya mahu tersenarai sebagai penerima wang zakat.

Salina Abdullah, 51, mendakwa, sebaik saja menganut agama Islam, dia dipaksa menukar nama asal bapanya, Bakar kepada Abdullah untuk memperoleh segala bentuk bantuan daripada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu (Muip) Pahang.

Menurutnya, keadaan itu menyebabkan kebanyakan Orang Asli di situ bimbang untuk memeluk agama Islam meskipun nama asal bapa mereka secara jelas menunjukkan nama Islam seperti yang tertera dalam kad pengenalan.

“Jika nama saya saja yang diubah tidak apa, tapi nama bapa turut diubah kepada Abdullah dan ini menyebabkan kami rasa terkilan demi untuk menerima sumbangan zakat,” katanya kepada Sinar Harian.

Salina yang menggunakan nama Lina Bakar sebelum memeluk Islam berkata, kebanyakan saudara baru di situ sudah menukar nama bapa mereka kepada Abdullah, namun ada yang masih menggunakan nama asal seperti dalam kad pengenalan.

“Jika nama bapa kami (saudara baru) seperti, Semut, Jari, Kari, Limpi, Ah Hong atau Ganesen mungkin kita terima jika ditukar kepada Abdullah, namun sungguh kecewa kerana nama bapa seperti orang Islam juga terpaksa digugurkan,” katanya.

Abdul Wahid Abdullah, 39, berkata, nama asalnya adalah Rani Hamid, tetapi dia didesak menukar namanya dan bapanya di dalam kad pengenalan sekiranya mahu menerima wang zakat.

Menurutnya, sebagai seorang saudara baru, mereka sememangnya layak menerima sumbangan, tetapi akibat nama tidak berbin atau berbintikan Abdullah, hak mereka sebagai saudara baru dinafikan.

“Kita minta supaya kesemua saudara baru yang memeluk Islam diberi hak menggunakan nama bapa masing-masing asalkan nama itu baik dan tidak membawa apa-apa maksud buruk,” katanya.

Nasimah Abdullah, 53, berkata, dia tidak ada masalah untuk menukar nama asal bapanya ‘Pak Safi’ kepada Abdullah kerana beranggapan pertukaran nama itu tidak menjejaskan hubungan dia dan bapanya.

“Biarlah kalau nak tukar nama bapa sekali pun, janji hubungan saya dan bapa takkan terputus, tetapi jika nama bapa Islam biarlah ia kekal dan jika sebaliknya nama itu seharusnya diubah supaya membawa maksud yang lebih baik,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Yang Dipertua Muip, Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan berkata, Muip tidak pernah sesekali meminggirkan mana-mana saudara baru selepas mereka memeluk Islam termasuk pemberian zakat kepada golongan berkenaan.

Katanya, meskipun nama saudara baru atau nama bapa mereka tidak sesuai dengan nama Islam, Muip tidak pernah meminggirkan mereka, sebaliknya bantuan zakat turut diberikan kepada asnaf berkenaan.

“Mungkin ada salah faham dan kekeliruan di sini, tapi saya jelaskan Muip tidak memaksa mana-mana saudara baru untuk menukar nama pemohon atau nama bapa mereka kepada Abdullah.

“Tetapi kita nasihatkan kepada mereka supaya menukar nama kepada yang lebih elok dan sesuai setelah memeluk Islam dan sekiranya nama mereka tidak sesuai sekali pun kita tetap beri bantuan,” katanya.

Sunday, September 25, 2011

SPRM tukar tiga pegawai dituduh samun pengurup wang

KOTA BHARU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil tindakan tegas menukar tiga pegawainya yang disyaki menyamun pengurup wang rakyat asing pada 15 September lalu, ke bahagian pentadbiran jabatan itu. 
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM, Datuk Zakaria Jaffar, berkata pertukaran itu bagi memastikan ketiga-tiga pegawai berusia 20 hingga 35 tahun itu tidak terbabit dalam kes penyiasatan sepanjang siasatan polis.

"SPRM memandang serius kes ini dan tidak akan melindungi pegawai-pegawai berkenaan yang didakwa terbabit dalam perbuatan jenayah.
"Justeru tindakan diambil untuk menukar pegawai-pegawai berkenaan ke Bahagian Pengurusan Sumber Manusia berkuatkuasa serta merta dan hanya akan menjalankan tugasan pentadbiran sepanjang siasatan polis," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian penyerahan Kompleks Pejabat SPRM Kelantan di sini hari ini. 

Tiga pegawai SPRM yang dilaporkan bertugas di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya sebelum ini ditahan kerana disyaki menyamun seorang pengurup wang rakyat asing kira-kira RM900,000 pada 15 September lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). 

Zakaria berkata, pihaknya kini sedang menjalankan siasatan dalaman berhubung kes itu bagi menentukan sebarang pelanggaran peraturan yang serius dan jika terdapat pelanggaran, SPRM tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan yang lebih berat dan setimpal. 

Beliau berkata, ketiga-tiga pegawai terbabit terdiri daripada pegawai berpangkat Pemangku Penolong Pesuruhjaya (Gred P48), Penolong Kanan Penguasa (Gred P32) dan Penolong Penguasa (Gred P29). 
Sementara itu, Zakaria berkata, bangunan baru SPRM Kelantan bernilai RM24.6 juta itu akan beroperasi sepenuhnya pada 1 November ini. 

Beliau berkata, bangunan yang mula dibina pada Ogos 2008 di atas tanah seluas 0.727 hektar di Mukim Kenali, berhampiran bandar Kota Baharu itu dilengkapi pelbagai prasarana termasuk bilik temubual dan rakaman saksi, bilik menunggu saksi serta tiga unit lokap untuk lelaki dan wanita selain kemudahan untuk golongan kelainan upaya seperti lif, bilik air dan kawasan parkir khas. 

"Aspek keselamatan turut diberi perhatian khusus dengan dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) di luar dan dalam kawasan bangunan, tingkap yang dipasang jeriji besi serta pintu masuk yang dilengkapi sistem 'kad akses'," katanya. 

Majlis penyerahan replika kunci itu disempurnakan oleh Pengarah Kanan Cawangan Kerja Bangunan Am, Jabatan Kerja Raya Kuala Lumpur, Datuk Dr Amer Hamzah Mohd Yunus kepada Zakaria. - BERNAMA 

Monday, August 8, 2011

Tukar pemandu bas serta-merta



JPJ akan memeriksa semua bas bagi mengesan pemandu yang mempunyai rekod trafik yang teruk. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR – Pemandu bas ekspres yang mempunyai rekod kesalahan jalan raya yang serius tidak akan dibenar membawa penumpang pada musim perayaan nanti dan mereka perlu ditukar dengan pemandu lain dengan serta-merta.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, jika syarikat bas berkenaan gagal berbuat demikian, perjalanan bas ekspres terbabit tidak akan dibenarkan sama sekali dan pengusaha berdepan dengan tindakan tegas.
Antara kesalahan yang telah dikenal pasti ialah lesen tamat tempoh serta rekod melanggar peraturan jalan raya termasuk kesalahan memandu dengan laju.
“Saya tidak mahu tengok atau dengar lagi kejadian-kejadian yang tidak diingini sepanjang musim perayaan dan kita akan ambil tindakan tegas termasuk memastikan semua pemandu bas yang mempunyai rekod buruk tidak membawa penumpang,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.kosmo

Monday, May 31, 2010

Tukar kerajaan sebelum negara bankrap

PENGKALAN CHEPA, 31 Mei: "Nak selamat ekonomi, kita kena tukar kerajaan pada pilihan raya ke 13 nanti, janganlah sampai bankrap dulu baru nak tukar kerajaan," kata mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim (gambar).
Beliau berkata, Malaysia mengalami defisit sejak 10 tahun lalu namun situasi itu terselindung di sebalik suara hipokrit pihak yang lebih mementingkan kuasa politik.
"Mungkin jarang rakyat yang terdiri daripada orang kampung serupa kita ini tidak menyedari realiti itu sebab di dalam akhbar tidak dinyatakan kedudukan perkara sebenar.
"Kalau di dalam radio, TV pula diheboh dan digambarkan dengan visual berbentuk mewah-mewah kononnya untuk menunjukkan bahawa negara mempunyai struktur ekonomi yang kukuh, rakyat tidak perlu ragu dan bimbang dengan pentadbiran kerajaan yang ada, sedangkan hakikat sebenar adalah sebaliknya," katanya pada ceramah perdana yang diadakan di Padang Tembak, dekat sini malam tadi.
Beliau berkata, perjuangan Umno BN kini jauh tersasar dari prinsip asal walaupun beberapa kali dinyatakan perlu ada transformasi.
"Berubah bukan nak jaga orang Melayu seperti kelantangannya mempertahankan Melayu, tapi nak jaga orang tertentu sebab itu mereka kaya-raya, menteri-menteri kaya, kalau tengok harta Najib memang besar.
"Namun sedarkah kita sejauh mana pula kesedaran mereka terhadap berapa ramai golongan miskin terbela di tangan mereka," katanya.
Tambahnya, apa yang berlaku sekarang adalah rakyat terpaksa bergelumang dengan kancah kemiskinan di dalam negara sendiri yang dikatakan maju angkara kerakusan pemimpin yang berbelanja melebihi dari nilai pendapatan.
"Jika situasi ini terus berlarutan jawabnya semakin banyaklah lagi harga barang akan naik, lebih banyak krisis barangan akan berlaku dan kita akan terus dicengkam inflasi kerana pendapatan tidak berubah," katanya.
Oleh itu, katanya rakyat mempunyai kuasa untuk menentukan corak bagi menyelamatkan ekonomi negara pada masa hadapan dengan menukar kerajaan.