Wednesday, December 25, 2013

Pancaroba

Tentera Amerika ini bergelak ketawa didepan kamera setelah menyeksa kanak-kanak Islam di Afghanistan. Mereka menceroboh negara Islam atas alasan kononnya mahu memerangi 'pengganas' tetapi hakikat sebenarnya merekalah pengganas !

Musuh ummat Islam bukan saja Amerika, tetapi juga Syiah yang bertopengkan Islam dan musuh yang paling berbahaya adalah diri sendiri ! Diri yang tidak ambil peduli keadaan yang menimpa saudaranya di luar sana !

PBB tambah anggota pengaman di Sudan


25 Disember 2013

NEW YORK - Majlis Keselamatan Pertubuhan bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)digesa menghantar 5,500 anggota tentera dan 423 polis tambahan bagi mengawal keganasan di selatan Sudan.

Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon berkata, cadangan itu bagi melindungi 2,000 kakitangan awam dan diplomat.

Sementara itu menurut AFP, pemimpin pemberontak Riek Machar dan Presiden Salva Kiir bersedia berunding untuk tamatkan krisis.

Namun, seorang pegawai berkata, Kiir enggan berbuat demikian jika Machar mendesak untuk pembebasan tahanan.

Ikan 'naik' ke darat

Oleh Mohd Razlan Salleh
LAHAD DATU: Penduduk di Kampung Tambisan Darat, di sini, gempar apabila ribuan ikan 'naik' ke darat dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi tadi.
Fenomena pelik itu menyebabkan beberapa penduduk mengambil kesempatan mengaut ribuan ikan tamban yang terdampar di pantai kampung terbabit.
Menurut sumber Jabatan Meteorologi, fenomena itu adalah yang pertama kali berlaku di kawasan itu dan menafikan dakwaan bakal berlaku tsunami.

Bagaimanapun, pihaknya akan memantau situasi berkenaan dan orang ramai dinasihati supaya tidak panik kerana tiada sebarang petanda berlaku tsunami dikesan ketika ini.
Foto
BEBERAPA penduduk mengambil kesempatan mengaut ribuan ikan tamban yang terdampar di pantai. FOTO ihsan Mohd Irsyad Sahri

Semalam, jabatan terbabit mengesahkan berlaku kejadian gempa bumi berukuran 5.7 skala Ritcher di kepulauan Mariana pada jam 5.12 petang yang berpusat di timur laut Tagum,Filipina, kira-kira 2,842 kilometer dari timur laut Kinabatangan, Sabah.



Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/25

Muhamad Azan ditahan


Kuala Lumpur: Polis mengesahkan Pengerusi Gerakan Turun Kos Sara Hidup Muhamad Azan Safar berikutan perhimpunan haram Jumaat lalu, ditahan malam kelmarin.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, lelaki berusia 24 tahun itu ditahan jam 11.35 malam berhampiran sebuah restoran di Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, di sini.



“Dia dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk siasatan mengikut Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Seksyen 124 B Kanun Keseksaan.

“Penahanan itu berikutan tindakan menghasut dan melakukan perbuatan mengguling kerajaan tanpa melalui sistem demokrasi di Kelab Sultan Sulaiman, Jumaat lalu,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, semalam.

Beliau berkata, lelaki berasal dari Terengganu itu bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis, pagi semalam, selepas selesai merakam keterangannya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/25

Bayi tsunami kenang dihanyut ombak

Georgetown: “Sukar untuk mempercayai apa yang terjadi, namun pengunjung yang datang ke kedai minum bapa menggelarkan saya bayi tsunami,” kata S Tulaashi, yang berusia 22 hari ketika dihanyutkan ombak besar tsunami yang melanda Malaysia termasuk pantai Miami di Pulau Pinang pada 26 Disember 2004 dan kini berusia sembilan tahun.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.15 tengah hari itu, Tulaashi ketika itu tidur di atas tilam dalam sebuah bilik di kedai milik bapanya manakala ibunya yang masih dalam pantang, berada di bilik bersebelahan.
Tulaashi dihanyutkan ke laut bersama-sama tilam berkenaan selama kira-kira 15 minit sebelum ditolak semula ke pantai tanpa sebarang kecederaan.
Kanak-kanak itu yang kini bersekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Azad di Kebun Bunga berkata, dia sering terpinga-pinga apabila pengunjung dari luar negara datang semata-mata mahu melihatnya walaupun kejadian hitam yang menimpa keluarganya itu sudah hampir sembilan tahun berlalu.
“Saya lebih banyak habiskan masa di kedai ayah dan boleh dikatakan setiap tahun ada pelancong luar serta orang tempatan datang untuk melihat serta bergambar bersama saya, kononnya saya bayi ajaib yang terselamat daripada tsunami.
“Saya bersyukur kerana tuhan menyelamatkan saya tanpa kecederaan dan ia menjadi pengajaran buat saya setiap kali ayah menceritakan kejadian itu,” katanya ketika ditemui di Batu Ferringhi, di sini, semalam.
Sementara itu, bapanya, A Suppiah, 64, berkata walaupun kejadian yang menimpa anak bongsunya itu berlaku sekelip mata, namun dia masih ingat dengan jelas terutama tarikh dan masa kejadian setiap tahun.
Suppiah berkata, dia dan isteri, L Annalmary, 51, mengambil masa lebih sebulan untuk pulih daripada igauan ngeri yang menimpa mereka sekeluarga.
“Saya tidak sedar Tulaashi di bawa arus dan hanya sedar apabila nampak dia bersama tilam ditolak ke tepi pantai.
“Tragedi hitam yang menimpa keluarga tidak mematahkan semangat kami untuk meneruskan kehidupan,” katanya.
Menurutnya, selepas kejadian itu, dia hilang punca pendapatan apabila kedainya musnah dan perniagaannya beberapa tahun kebelakangan ini tidak begitu baik, namun terpaksa meneruskannya kerana tidak mempunyai sumber pendapatan lain.
“Saya usahakan kedai ini sejak 1990 dan selepas kejadian itu saya kerugian lebih RM60,000, malah terpaksa berhutang dengan kawan sebanyak RM40,000 kerana tiada bantuan perniagaan kami terima selepas kejadian, ” katanya dengan nada sedih.
Foto
SUPPIAH (kanan) dan Annalmary serta Tulaashi melihat laporan akhbar tempatan mengenainya ketika dihanyut tsunami.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/25

Fitnah" Guling Kerajaan": Majistret tolak permohonan Polis reman Azan Safar



Majistret menolak permohonan pihak polis untuk mendapatkan perintah tahanan reman bagi menyiasat pemimpin NGO Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN), Azan Safar berhubung perhimounan besar yang akan dijalankan pada 31 Disember.Peguam Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi berkata beliau juga menjangkakan Azan akan dibebaskan selewat-lewatnya jam 11 malam ini, apabila tempoh penahanan 24 jam itu berakhir.

"(Permohonan polis) ditolak memandangkan tiada keperluan dia ditahan begitu lama.“Namun,terpulang pada polis kalau ada bukti cukup untuk mendakwa di mahkamah. Kita akan bela Azan,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi selepas keputusan majistret tersebut.

Katanya lagi, polis menyiasat siswa Universiti Kebangsaan Malaysia itu mengikut Seksyen 124(C) Kanun Keseksaan dan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman.Mohd Azan Safar, yang merancang untuk mengadakan perhimpunan besar bagi membantah kenaikan kos sara semasa sambutan ambang tahun baru itu ditahan ditahan sepasukan anggota polis ketika sedang makan di Kampung Baru, Kuala Lumpur pada malam tadi.

Katanya, polis menyiasat beliau mengikut peruntukan bawah Akta Perhimpunan Aman 2012."Mohon (penyokong) terus bersolidariti berikan sokongan. Perjuangan tidak akan berhenti di sini," katanya melalui sistem pesanan WhatsApp.

Siswa tersebut, yang turut memimpin Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia pada hari Ahad lalu mengadakan flashmob di kawasan beberapa pusat membeli-belah di Kuala Lumpur bagi mempromosi perhimpunan 31 Disember.


------------


Aku hairan, siapa pulak yang nak guling kerajaan nih? Himpunan untuk bantah Kenaikkan kos Sara hidup yang melampau! semua barang naik! Salah kah untuk protes? Bangang!

Misi saya tercapai: Edward Snowden


Washington: Enam bulan selepas kali pertama membocorkan rahsia Agensi Keselamatan Kebangsaan (NSA) Amerika Syarikat Edward Snowden semalam mengisytiharkan bahawa dia sudah mencapai misinya.

Dalam wawancara pertama secara langsung dengan akhbar The Washington Post sejak dia berlindung di Russia, Snowden berkata, dia berpuas hati kerana orang ramai kini sudah mengetahui mengenai kegiatan pengintipan kerajaan AS menerusi rekod telefon dan Internet.


“Bagi saya, dari segi kepuasan peribadi, misi sudah tercapai. Saya menang.

“Sebaik saja wartawan menyebarkan maklumat, semua usaha saya sudah tercapai.


“Saya bukan mahu mengubah masyarakat. Saya mahu berikan mereka peluang untuk berubah,” katanya.


Snowden diwawancara di Moscow oleh wartawan The Washington Post, Barton Gellman, orang pertama memperoleh rahsia yang dibocorkan bekas kontraktor NSA itu.

Pendedahan pertama mengenai pengintipan Amerika Syarikat itu diterbitkan kali pertama oleh The Washington Post dan the Guardian Jun lalu.

Pendakwa raya Amerika Syarikat sudah memfailkan aduan jenayah terhadap Snowden, mendakwanya dengan tuduhan pengintipan dan mencuri harta kerajaan.

Bagaimanapun, Snowden, 30, berkata, tindakannya itu bukan disebabkan dia tidak setia.

“Saya bukan berniat untuk menjatuhkan NSA. Sebaliknya, saya berusaha untuk meningkatkan agensi itu. Saya masih bekerja dengan NSA kini tanpa mereka menyedarinya,” kata Snowden. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/25

Penduduk Kampung Tambisan gempar kehadiran ribuan ikan terdampar


Penduduk berpusu-pusu memunggah ribuan ikan yang terdampar di pesisir Kampung Tambisan, Lahad Datu, kelmarin.
LAHAD DATU 24 Dis. - Awal tahun ini negara dikejutkan dengan pencerobohan pengganas Kiram di Kampung Tambisan di sini, namun kali ini penduduk digemparkan pula dengan kejadian aneh beribu-ribu ikan tamban yang terdampar di sepanjang pesisir pantai kampung berkenaan.
Kejadian tersebut disedari penduduk kira-kira pukul 8 pagi ini apabila terkejut melihat sepanjang pesisir pantai berkenaan tiba-tiba bertukar warna 'putih' ekoran kehadiran ikan spesies laut dalam itu.
Walau bagaimanapun, keadaan panik itu hanya sekejap sahaja apabila situasinya bertukar menjadi pesta dengan penduduk beramai-ramai mengambil kesempatan 'memunggah' ikan itu ke daratan.
Difahamkan ikan tamban amat popular dalam kalangan nelayan dan penduduk sekitar, malah merupakan antara ikan utama yang dijual di pasar pada harga antara RM3 dan RM5 sekilogram.
Penduduk, Suzila Abdullah, 49, mengakui, kejadian ikan terdampar di pesisir kampung berkenaan bukanlah sesuatu yang pelik kerana perkara sama pernah berlaku beberapa tahun lalu.
"Ramai menganggap kebanjiran ikan itu ada kaitan dengan gegaran di tengah laut, tetapi apa yang peliknya mengapa hanya ikan tamban sahaja terdampar, bukannya jenis ikan yang lain," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Sementara itu, seorang lagi penduduk yang ingin dikenali sebagai Umar, 40, mengakui terkejut dengan kejadian tersebut dan ramai yang mengatakan fenomena berkenaan sebagai petanda bakal berlakunya bencana seperti tsunami.
Dalam pada itu, Pengarah Meteorologi Sabah, Abdul Malik Tussin berkata, pihaknya tidak menerima sebarang amaran tsunami ekoran daripada kejadian beribu-ribu ikan terdampar di pantai Kampung Tambisan.
"Hanya kawasan Pantai Barat dan pedalaman sahaja dijangka berlaku hujan selama beberapa hari ini. Justeru, saya nasihatkan orang ramai terutamanya di Pantai Timur agar tidak mempercayai khabar angin yang mengaitkan kejadian di Kampung Tambisan sebagai satu ancaman tsunami," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131225/dn_06/Penduduk-Kampung-Tambisan-gempar-kehadiran-ribuan-ikan-terdampar#ixzz2oRO2ALi6
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Korea Utara didakwa aktifkan kompleks nuklear


Gambar fail bertarikh 6 Ogos tahun lalu, menunjukkan kawasan kompleks nuklear Yongbyon yang terletak di barat laut Korea Utara. - AGENSI
SEOUL 24 Dis. - Korea Utara dipercayai mahu mengaktifkan semula kompleks nuklear utamanya secara meluas selepas Pyongyang berikrar untuk memperkukuhkan program persenjataan negara itu.
Penganalisis dari Institut Universiti Amerika Syarikat (AS)-Korea Johns Hopkins, Nick Hansen berkata, berdasarkan imej satelit yang diperoleh baru-baru ini, kompleks nuklear Yongbyon dilihat mula menghasilkan saluran bahan api untuk digunakan dalam reaktor plutonium.
Hansen berkata, analisis yang dilakukan terhadap imej berkenaan juga mengenal pasti sebuah loji bahan api untuk menjana reaktor plutonium berkuasa 5 megawat yang dibuka semula awal tahun ini.
"Saya mendapati bumbung sebuah bangunan baharu diselaputi jelaga, sekali gus menunjukkan proses meleburkan besi dilakukan dalam kemudahan tersebut.
"Proses pemanasan itu mungkin melibatkan bahan besi selain kesan putih yang dipercayai asid hydrofluoric (campuran hidrogen dan fluorida) yang sering digunakan bagi menghasilkan saluran bahan api," katanya melalui laman institut terbabit, 38 North.
Hansen menambah, sebuah kawasan berhampiran disyaki menjadi tempat buangan berdasarkan imej sejumlah bahan berwarna kelabu dipercayai abu yang terhasil daripada proses pembuatan saluran bahan api.
"Pendedahan tentang kemudahan terbabit menunjukkan satu usaha besar-besaran dilakukan oleh Korea Utara untuk menghidupkan semula kompleks nuklear Yongbyon," katanya.
Negara komunis itu menjalankan ujian nuklear ketiga pada Februari lalu yang didakwa paling besar berbanding ujian pada 2006 dan 2009.
Dua bulan kemudian, Pyongyang mengumumkan untuk membuka semula kompleks nuklear Yongbyon yang terletak di barat laut negara itu selepas ditutup sejak 2007 bagi meningkatkan jumlah senjata atom.
Korea Utara ketika ini mempunyai simpanan bahan nuklear, kebanyakannya plutonium yang dianggarkan boleh menghasilkan antara enam hingga 10 bom. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131225/lu_09/Korea-Utara-didakwa-aktifkan-kompleks-nuklear#ixzz2oRMlJNE7
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Pemberontak komunis lancar serangan sebelum gencatan senjata


Gambar fail bertarikh 7 Oktober 2011, menunjukkan seorang pegawai penyiasat berjalan di ke arah deretan trak-trak yang hangus terbakar akibat diserang pemberontak komunis di wilayah Surigao del Norte, selatan Filipina. - AGENSI
MANILA 24 Dis. - Pemberontak komunis di selatan Filipina bertindak membakar tiga buah teksi, sejam sebelum gencatan senjata selama 48 jam dikuatkuasakan sempena sambutan perayaan Krismas.
Jurucakap polis wilayah, Cif Inspektor Jed Clamor berkata, gerila Tentera Baharu Rakyat (NPA) membakar tiga buah teksi milik syarikat Holiday Taxi di bandar Panabo lewat malam semalam.
"Ini merupakan serangan yang dirancang. Mereka bertindak menyewa tiga buah teksi di lokasi berlainan untuk ke Panabo, sebelum mengacukan senjata ke arah pemandu dan membakar teksi berkenaan,'' kata Clamor.
Beliau menambah, 10 orang lelaki bersenjata memberitahu kepada pemandu teksi bahawa mereka merupakan anggota kumpulan NPA.
Polis mengesyaki, insiden itu merupakan sebahagian daripada cubaan peras ugut terhadap syarikat pengangkutan tersebut.
NPA yang bergerak aktif di sekitar kawasan pedalaman gugusan kepulauan Filipina sering memeras ugut peniaga-peniaga bagi mendapatkan dana.
Terdahulu, Parti Komunis yang mengawal NPA serta 4,000 ahlinya, mengisytiharkan gencatan senjata selama 48 jam sempena sambutan Krismas bermula hari ini termasuk pada sambutan tahun baharu nanti.
Sebelum ini, Presiden Benigno Aquino III mengisytiharkan perdamaian unilateral dengan NPA bermula pada 21 Disember lalu sehingga 15 Januari ini.
Dalam satu kenyataan hari ini, panel rundingan damai kerajaan menggesa pihak komunis supaya menghormati pengisytiharan yang telah ditetapkan.
"Kami menggesa mereka supaya menghormati gencatan senjata yang telah diisytiharkan oleh kerajaan,'' kata kenyataan itu. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131225/lu_10/Pemberontak-komunis-lancar-serangan-sebelum-gencatan-senjata#ixzz2oRM5NNcS
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Aceh larang sambutan tahun baharu



BANDA ACEH 24 Dis. - Majlis Permusyawaratan Ulama Aceh (MPU) hari ini, mengeluarkan fatwa melarang umat Islam di wilayah ini, meraikan sambutan tahun baharu minggu depan
Bagaimanapun, fatwa tersebut tidak menghalang penduduk bukan beragama Islam di sini untuk menyambutnya.
Menurut jurucakap Datuk Bandar, Illiza Sa'aduddin Djamal, larangan itu dibuat ekoran peraturan yang dikeluarkan oleh pemerintah di wilayah ini.
"Kalau ada yang mahu meraikan sambutan tahun baharu, keluar sahaja dari wilayah ini. Sambutan itu tidak sesuai diadakan di sini," katanya.
Namun, bagi penduduk yang bukan beragama Islam mereka boleh meraikan sambutan tersebut di rumah masing-masing.
Aceh merupakan satu-satunya wilayah di Indonesia yang melaksanakan undang-undang syariah.
Fatwa tersebut dikeluarkan sehari sebelum sambutan ulang tahun ke-9 tragedi tsunami pada 2004 yang mengorbankan kira-kira 286,000 orang di 14 buah negara termasuk di Indonesia. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131225/lu_03/Aceh-larang-sambutan-tahun-baharu#ixzz2oQuAEnc9
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Sabung nyawa guna jambatan uzur



BEBERAPA kanak-kanak bersabung nyawa menggunakan jambatan gantung yang semakin uzur di Kota Belud, Sabah kelmarin.


KOTA BELUD - Lebih 70 penduduk di Kampung Kawang-Kawang di sini terpaksa bersabung nyawa hampir setiap hari apabila jambatan gantung yang mereka lalui untuk urusan seharian sejak 25 tahun lalu kini semakin usang.
Menurut penduduk, jambatan gantung sepanjang 20 meter yang digunakan untuk menyeberangi Sungai Kawang itu boleh runtuh pada bila-bila masa memandangkan strukturnya yang semakin mereput selain dipenuhi dawai berkarat.
Seorang penduduk, Asli Mendan, 37, berkata, jambatan gantung itu adalah laluan utama bagi penduduk yang tidak mempunyai kenderaan untuk ke pekan Kota Belud bagi urusan mencari rezeki, menghantar anak ke sekolah dan aktiviti harian lain.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1225&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz2oQsAFYPN 
Hakcipta terpelihara