Monday, September 9, 2013
Ada wanita di belakang!
Waco (Texas): Pelekat ditampal pada sebuah trak menunjukkan seorang wanita diikat ke belakang mencetuskan kemarahan di sini.
Pelekat itu dihasilkan Hornet Signs, sebuah syarikat pemasaran dan pengiklanan di Waco.
“Saya tidak menjangka reaksi diterima. Kami juga tidak menyokong sebarang tindakan mengikat wanita di belakang kereta. “Tujuan kami hanya untuk melihat siapa yang menyedarinya,” kata Kolb.
Menurut pemilik itu, seorang kakitangannya secara sukarela menawar diri diikat dan gambarnya dirakam untuk membolehkan pelekat itu dihasilkan.
Kolb berkata, pesanan pelekat belakang trak meningkat sejak pelekat itu dipasang, tetapi mengaku turut menerima kecaman orang ramai yang berkata imej itu tidak sesuai.
Bagaimanapun, paling banyak mendapat tumpuan ialah gambar wanita yang diculik itu.
Dalam kaji selidik dijalankan stesen televisyen KWTX, hampir semua reaksi yang diterima negatif.
Ada penonton berkata, mereka menelefon polis sebaik melihat pelekat itu kerana menyangka wanita itu berdepan masalah.
Seorang penonton berkata: “Penculikan atau keganasan terhadap wanita tidak lucu.” - Agensi
Sekali pandang, pelekat itu begitu meyakinkan bahawa memang ada wanita di belakang trak itu.
Pelekat itu dihasilkan Hornet Signs, sebuah syarikat pemasaran dan pengiklanan di Waco.
Pemiliknya, Brad Kolb berkata, pelekat itu dipasang pada trak seorang kakitangan untuk mengukur tahap realistiknya.
“Saya tidak menjangka reaksi diterima. Kami juga tidak menyokong sebarang tindakan mengikat wanita di belakang kereta. “Tujuan kami hanya untuk melihat siapa yang menyedarinya,” kata Kolb.
Menurut pemilik itu, seorang kakitangannya secara sukarela menawar diri diikat dan gambarnya dirakam untuk membolehkan pelekat itu dihasilkan.
DARI sudut ini, kelihatan seolah-olah ada wanita diikat di belakang trak.
Ia dilekatkan pada trak kakitangan itu sebulan lalu.
Kolb berkata, pesanan pelekat belakang trak meningkat sejak pelekat itu dipasang, tetapi mengaku turut menerima kecaman orang ramai yang berkata imej itu tidak sesuai.
Syarikat itu pakar dalam mengeluarkan iklan kereta dan mengambil keputusan mencuba pelekat belakang trak menggunakan imej luar biasa, termasuk gambar penembak tepat dan zombi.
Bagaimanapun, paling banyak mendapat tumpuan ialah gambar wanita yang diculik itu.
Dalam kaji selidik dijalankan stesen televisyen KWTX, hampir semua reaksi yang diterima negatif.
Ada penonton berkata, mereka menelefon polis sebaik melihat pelekat itu kerana menyangka wanita itu berdepan masalah.
Seorang penonton berkata: “Penculikan atau keganasan terhadap wanita tidak lucu.” - Agensi
Bali tempat pertandingan ratu cantik
Peserta Miss World beraksi untuk jurugambar di majlis pelancaran. - Foto AFP
Jakarta: Indonesia memindahkan lokasi pertandingan ratu cantik ‘Miss World’ ke-63 akhir bulan ini ke Bali selepas banyak kumpulan Islam membuat bantahan.
Upacara pembukaan dilancarkan semalam.
Pihak berkuasa berkata, semua acara kini diadakan di Bali kerana kumpulan tegar hampir tidak wujud dan penduduk pulau itu biasa dengan pemandangan pelancong asing berjemur dengan pakaian renang nipis. “Semua acara kini diadakan di Bali hingga penutup,” kata Menteri Penyelaras bagi Kebajikan Rakyat, Agung Laksono kepada media di sini kelmarin.
Katanya, kerajaan ‘mendengar kemahuan rakyat.’ Keputusan itu diambil dalam mesyuarat antara Laksono, Naib Presiden Indonesia, Boediono dan pegawai polis serta wakil Kementerian Pelancongan.
Cemuh Miss World
Laksono membuat ulasan itu selepas 600 orang menyertai bantahan di pulau Jawa, membawa kambing dipakai selempang ‘Miss World’ di Yogyakarta untuk mencemuh pertandingan itu.
Pelajar di Surabaya pula membawa kain rentang berbunyi: “Kami sedia mati supaya pertandingan Miss World dibatalkan.”
Mereka menyertai pesuruhjaya hak asasi manusia, menteri kerajaan dan kumpulan aliran utama Islam yang semuanya menyuarakan bantahan terhadap acara itu, ramai mempertikaikan ia mengeksploitasi wanita dan bukan eksport ‘hedonisme’ Barat.
Acara itu akan memaparkan wanita daripada 129 negara dan dianggap sesetengah pihak berkuasa termasuk gabenor Bali, I Made Mangku Pastika, sebagai promosi percuma untuk industri pelancongan Indonesia.
Tahun lalu, bintang pop sensasi Lady Gaga membatalkan konsertnya selepas beberapa bantahan meletus dan golongan radikal menggelarnya ‘syaitan’ serta mengancam membakar tempat persembahan dan mengkritiknya kerana hanya memakai ‘coli dan seluar dalam.’
Pakai kain batik Bali
Walaupun penganjur Miss World sudah berjanji menggantikan pusingan bikini terkenal pertandingan itu dengan kain batik Bali untuk segmen fesyen tepi pantainya, ribuan penduduk berarak di jalanan minggu ini bagi mengecam keputusan mengadakan acara itu di Indonesia.
Jumaat lalu, golongan radikal membakar patung penganjur dan menggelar mereka ‘kafir.’
Pertandingan itu bermula semalam dan pusingan berikutnya dijangka diadakan di dalam dan sekitar ibu kota ini, dengan pemenang akan dimahkotakan pada 28 September.
Kira-kira 90 peratus penduduk Indonesia daripada sejumlah 240 juta mengaku Islam.
AGENSI

Berlusconi kawan baik ketua Mafia
Silvio Berlusconi |
Berlusconi yang tiga kali menjadi Perdana Menteri, membayar berjuta-juta euro kepada kumpulan jenayah terancang itu untuk mendapat perlindungan selain membantu empayar perniagaannya.
Hakim Dino Lo Forti, Daniela Troja dan Mario Conte, berkata Dell’Utri adalah bekas senator dari Palermo dalam Parti Kebebasan Rakyat (PDL) pimpinan Berlusconi.
Dia adalah orang tengah antara jutawan itu dengan Cosa Nostra selama 20 tahun sehingga 1992 apabila anggota Mafia membunuh dua pendakwa raya dalam serangan bom.
Dipenjara tujuh tahun
Dell’Utri, 73, dihukum penjara tujuh tahun kerana berpakat dengan Mafia pada Mac lalu. Dia menafikan dakwaan dan mahu merayu keputusan itu di Mahkamah Agung. Tiga hakim berkenaan juga menyifatkan lebih daripada mencukupi untuk menganggap benar Berlusconi memberi berjuta-juta euro kepada Mafia.
Laporan itu adalah berita buruk terbaru bagi Berlusconi. Jun lalu, beliau didapati bersalah atas tuduhan membayar wang untuk hubungan seks dengan seorang gadis bawah umur dalam insiden ‘Rubygate’.
Kerjaya politik berkubur
Ogos lalu, beliau disabitkan atas dakwaan melakukan penipuan cukai dan dijangka menjalani hukuman setahun penahanan rumah atau perkhidmatan masyarakat dan berkemungkinan disingkir dari Parlimen.
Pemerhati politik American University di Rome, James Walston, menyifatkan laporan itu menguburkan kerjaya politik Berlusconi.
AGENSI
Wanita dipenjara dua dekad terlepas hukuman mati
Gambar pada 1 Ogos lalu menunjukkan Milke tiba untuk sesi memberi keterangan di mahkamah Maricopa County, Phoenix. - Foto AP
Phoenix: Seorang wanita Arizona yang menunggu lebih dua dekad untuk menjalani hukuman mati dibebaskan dengan jaminan Jumaat lalu.
Ia berikutan keputusan seorang hakim memutuskan tiada bukti langsung mengaitkan Debra Milke dengan kematian anak lelakinya.
Hanya ada satu bukti iaitu pengakuannya kepada seorang detektif yang dipersoalkan kejujurannya.
Milke dibebaskan dari penjara Maricopa County selepas penyokongnya membayar jaminan AS$250,000 (RM831,880).
Mahkamah Rayuan membatalkan sabitannya Mac lalu dengan menekankan pendakwa raya sepatutnya mendedahkan maklumat yang menimbulkan keraguan terhadap kredibiliti detektif yang sudah bersara itu yang mendakwa Milke membuat pengakuan.
Milke, 49, tidak dilepaskan sepenuhnya, namun seorang hakim berkata, dia mungkin bebas tetapi perlu bersedia untuk satu perbicaraan baru dalam kes yang menjadikannya antara tahanan paling dimusuhi.
Bunuh anak tuntut bayaran insurans
Milke disabitkan atas kematian anak lelaki berusia empat tahun, Christopher, yang didakwa dibunuh untuk mendapatkan bayaran insuran berjumlah AS$5,000 (RM16,636).
Ibunya dituduh memakaikan anak lelakinya pakaian kegemaran pada Disember 1989 dan memberitahu dia akan berjumpa Santa Claus di pusat beli-belah sebelum menyerahkannya kepada dua lelaki yang membawa kanak-kanak itu ke padang pasir dan menembaknya.
Tertuduh dipenjarakan sejak 1990. Seorang peguam bela memberitahu hakim minggu lalu Milke akan tinggal di sebuah rumah yang dibeli penyokongnya.
Pendakwa raya enggan mengulas berhubung pembebasan itu dan tidak merayu bon.
Ibu Milke berasal dari Jerman dan berkahwin dengan anggota polis tentera udara Amerika di Berlin pada 1960-an. Milke mendapat sokongan kuat dari penduduk negara itu dan Switzerland.
AP

Hindu, Muslim India bertempur
Penduduk Muzaffarnagar bertekak dengan anggota polis ketika perintah berkurung selepas pertempuran meletus antara orang Hindu dan Islam. - Foto AP
Lucknow: Beratus-ratus anggota tentera dikerah untuk menamatkan rusuhan dan pergaduhan antara penduduk Hindu dan orang Islam selepas tiga penduduk kampung maut kerana membantah seorang wanita muda diganggu di utara India.
Sembilan orang terbunuh termasuk seorang wartawan penyiaran India dan jurugambar polis, apabila dua kumpulan itu bertempur menggunakan senapang dan pisau di perkampungan Kawal di Uttar Pradesh, semalam.
Keganasan segera merebak ke perkampungan berhampiran di daerah Muzaffarnagar, kelmarin.
“Perintah berkurung dikuatkuasakan di tiga kawasan dilanda rusuhan di Muzaffarnagar. Keadaan masih tegang,” kata ketua Jabatan Dalam Negeri, R M Srivastava.
Periksa pintu ke pintu
Anggota tentera memeriksa pintu ke pintu untuk mencari dan merampas senjata.
Perintah berjaga-jaga diisytiharkan untuk keseluruhan wilayah Uttar Pradesh yang mempunyai 200 juta penduduk.
Pertempuran meletus kelmarin selepas beribu petani Hindu mengadakan mesyuarat di daerah Kawal untuk menuntut keadilan dalam pembunuhan tiga lelaki pada 27 Ogos lalu selepas membantah kejadian seorang wanita dimaki hamun.
Menteri Kebajikan Minoriti negeri itu, Mohammad Azam Khan, berkata sesetengah yang hadir dalam mesyuarat itu memberi ucapan menggesa penduduk Islam dibunuh.
Petani diserang ketika mereka kembali ke rumah selepas mesyuarat, kata pegawai polis kanan Arun Kumar.
“Serangan nampaknya dirancang dengan baik. Sesetengah penyerang bersenjatakan raifal dan pisau tajam,” kata Kumar.
Tembakan senjata api dilaporkan di beberapa kawasan perkampungan. Dalam tempoh beberapa jam, pertempuran meletus di perkampungan berhampiran, kata Kumar.
Seorang pemimpin parti nasionalis Hindu, Bharatiya Janata berkata ketegangan memuncak sejak tiga orang dibunuh di sebuah kedai teh, 27 Ogos lalu.
“Jika pembunuh ditangkap, situasi mungkin masih boleh dikawal,” kata Vijay Bahadur Pathak.
Uttar Pradesh menjadi tempat pergaduhan kaum terburuk India pada Disember 1992 selepas samseng Hindu membakar masjid kurun ke-16, Babri di Ayodhya.
Kerajaan India memberi amaran bahawa negara itu menyaksikan satu peningkatan keganasan masyarakat, dengan 451 insiden dilaporkan pada tahun ini, berbanding 410 pada 2012.
Bulan lalu, keganasan kaum menyaksikan dua maut dan 22 lagi cedera di sebuah kampung di Bihar, timur Uttar Pradesh. Keganasan juga dilaporkan meletus di daerah Shamli dan Kashmir.

Rakyat Tunisia desak kerajaan berundur
TUNIS - Berpuluh-puluh ribu rakyat Tunisia kelmarin menyertai bantahan besar-besaran untuk mendesak kerajaan yang didominasi parti Islam berundur.
Protes yang dianjurkan oleh gabungan parti pembangkang, Barisan Penyelamat Kebangsaan (NSF) menandakan genap 40 hari tempoh berkabung sejak tokoh pembangkang, Mohammed Brahmi dibunuh.
Mohammed yang dibunuh di hadapan keluarganya mengheret Tunisia ke dalam krisis politik dan mendorong berpuluh-puluh wakil rakyat pembangkang menarik diri daripada kerajaan campuran.
Insiden terbabit turut menyebabkan rancangan membentuk perlembagaan baharu negara itu terbantut.
Pada Jumaat lalu, NSF mengumumkan bahawa mereka akan memulakan mogok lapar hingga tuntutan mereka dipenuhi.
"Kami berazam akan meneruskan perjuangan untuk mengambil alih negara daripada keadaan malang disebabkan oleh mereka yang berkuasa," kata pemimpin sebuah parti pembangkang utama, Nida Tunis, Beji Caid Essebsi.
Tunisia pernah mencetuskan gelombang kebangkitan pro-demokrasi ketika rakyat negara itu bangkit menggulingkan bekas Presiden Zine El Abidine Ben Ali pada Januari 2011,
Namun, peralihan Tunisia kepada sebuah negara demokrasi tidak terlaksana.
NSF menuntut kerajaan dikuasai parti Islam, Ennahda berundur segera ekoran kegagalan menjamin keselamatan dan menguruskan ekonomi.
Bagaimanapun, Ennahda menawarkan untuk membubarkan kerajaan selepas empat minggu bagi memastikan kerajaan sempurna dan badan yang menganjurkan pilihan raya dapat berfungsi dengan baik.
Pembangkang sebelum ini mengadakan beberapa siri bantahan sejak kematian Mohammed namun, kelmarin merupakan bantahan terbesar pernah dianjurkan. - AP
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0909&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz2eLdSj13z
Hakcipta terpelihara
Guru redah sungai 12 kilometer ke sekolah
KERALA, India - Seorang guru di India sanggup berenang meredah sungai sejauh 12 kilometer (km) setiap hari seawal pukul 9 pagi untuk ke sekolah di perkampungan Malappuram di sini, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Abdul Mallik yang telah menjadi guru sejak 20 tahun lalu itu akan meredah air sungai yang mencecah paras leher dengan bantuan sebuah tiub tayar di pinggangnya.
Ketika berenang merentasi sungai, semua kelengkapan seperti pakaian, kasut dan bekalan makanan Mallik akan disimpan di dalam satu beg plastik dan dijulang dengan sebelah tangan hingga dia tiba ke seberang.
Walaupun sukar, ini adalah tanggungjawab yang menjadi rutin harian dan perlu dilakukan guru berusia 40 tahun itu untuk ke sekolah setiap hari.
"Jika saya ke sekolah dengan menaiki bas ia mengambil masa selama tiga jam untuk perjalanan sejauh 12 kilometer.
"Jadi, berenang merentasi sungai adalah lebih mudah, cepat dan saya boleh tiba ke sekolah tepat pada masanya," kata Mallik.
Menurut laporan media tempatan, Mallik akan menukar pakaian basahnya di belukar di tebing sungai dan meneruskan perjalanan menaiki bukit selama 10 minit untuk tiba ke sekolah.
Guru kerajaan seperti Mallik biasanya menerima gaji sebanyak Rs.25,000 (RM1,281). - Agensi
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0909&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2eLdE6KH1
Hakcipta terpelihara
Subscribe to:
Posts (Atom)